You are on page 1of 10

1.

0 Pengenalan

Tema Hari Guru 2018 iaitu “Guru Pemacu Transformasi Pendidikan” telah diumumkan
pada 23 Mac 2018. Tema ini berarti guru merupakan penggerak utama menggerakkan
sesuatu usaha dengan lebih cepat dan berkesan serta menggilap kemenjadian murid supaya
mempunyai pengetahuan, kemahiran berfikir aras tinggi, keperibadian dan identiti terbaik. Hal
ini kerana guru yang mampu membawa perubahan dalam dunia pendidikan kepada
pembaharuan yang lebih cemerlang. Guru berperanan sebagai pemacu transformasi
pendidikan negara dalam memastikan kejayaan dan aspirasi dasar-dasar transformasi negara
tercapai dengan lebih cepat dan berkesan.

1.1 Peranan guru sebagai pemacu transformasi pendidikan negara

1.2 Guru sebagai pemangkin kualiti pendidikan negara

Bagi merealisasikan Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia 2013-2025 (PPPM),


guru memainkan peranan untuk melonjakkan kualiti pendidikan negara ke tahap bertaraf
dunia. Guru perlu memiliki satu wawasan yang unggul untuk mentransformasikan pelbagai
aspek pendidikan, berpemikiran aras tinggi dan mampu berinovasi supaya mampu
meningkatkan keberhasilan sekolah dan memperkasakan kemenjadian murid. Oleh itu, ini
adalah merupakan satu keperluan bagi guru dalam abad ke-21 untuk melengkapkan diri
masing-masing dengan kemahiran pendekatan pelajaran abad ke-21. Hal ini demikian kerana
jika kita lihat dalam konteks pendidikan pada masa kini, akademik bukanlah penentu kepada
kecemerlangan seseorang murid malah mereka juga perlu dinilai dari aspek insaniah dan
kemahiran di luar kelas. Justeru, guru-guru di sekolah perlu menguasai pendekatan
pembelajaran abad ke-21 seperti project based-learning, problem based-learning, inquiry
based-learning dan sebagainya dan seterusnya melaksanakan pendekatan-pendekatan
tersebut terhadap murid-murid di sekolah supaya murid-murid boleh meningkatkan potensi
mereka secara holistik selari dengan tuntutan PPPM 2013-2025.

225 patah perkataan

1
1.3 Guru sebagai pembentuk modal insan

Tidak dapat dinafikan bahawa hasrat Kementerian Pendidikan Malaysia iaitu


melahirkan generasi baharu yang merupakan modal insan kelas pertama serta memudahkan
proses pembinaan negara bangsa adalah bermula daripada seorang guru. Guru perlulah
mempunyai personaliti yang ideal kerana murid sentiasa melihat guru mereka sebagai model
terbaik yang perlu diikuti. Menurut Carl Jung dalam Haliza Hamzah dan Joy Nesamalar (2016),
seseorang manusia menunjukkan perubahan tingkah laku adalah hasil daripada peniruan
tingkah laku terhadap individu-individu yang berada di sekeliling mereka. Oleh itu, guru
perlulah melengkapi diri mereka dengan perwatakan atau personaliti yang positif di sekolah.
Personaliti merangkumi pemikiran, persepsi, sikap, watak, nilai, keupayaan, kecerdasan,
kebiasaan, motivasi dan sebagainya.

Personaliti ini penting untuk membolehkannya membentuk modal insan yang berkualiti
seperti mana hasrat Kementerian Pendidikan Malaysia kerana pola personaliti pendidik akan
mempengaruhi pola personaliti murid yang seterusnya mampu mempercepat proses ke arah
pemacuan transformasi pendidikan negara. Kita tidak ingin melihat kejadian-kejadian seperti
guru menendang pelajar, guru memarahi pelajar-pelajar dengan perkataan yang negatif
seperti bodoh, sial dan sebagainya kerana hal ini akan mencerminkan kualiti peribadi guru
yang tidak baik dan sekiranya situasi sedemikian tidak dibendung, maka akan rosaklah
generasi muda pada hari ini. Selain itu, guru juga tidak boleh bersikap bias terhadap murid-
murid semasa di dalam kelas kerana tindakan tersebut akan merencapkan pemikiran murid
untuk berfikir pada tahap yang tinggi kerana guru langsung tidak memberi ruang dan peluang
kepada murid-murid untuk melibatkan diri secara aktif dalam pengajaran dan pembelajaran di
dalam kelas.

235 patah perkataan

2
2.0 Langkah-langkah yang harus diambil oleh guru untuk meningkatkan
profesionalisme kendiri

2.1 Pembelajaran Sepanjang Hayat (PSH)

Guru perlu menanamkan konsep pembelajaran sepanjang hayat dalam sanubari diri
sendiri. Tidak dapat dinafikan bahawa konsep PSH membolehkan ilmu seseorang guru lebih
dinamik dan memberi peluang kepada guru membaca, menulis dan membuat penyelidikan
tindakan. Hanya dengan ilmu pengetahuan dapat menjadikan manusia bertaqwa dan
mengagumi Tuhannya (Tajul Ariffin & Noraini dalam Mariam, Mohammed dan Siti, 2002).

Apabila kita berbicarakan tentang PSH, terdapat dua pendekatan iaitu secara
bersemuka dan dilaksanakan secara atas talian (Online Learning). Seseorang guru perlu
melaksanakan PSH dan bukan hanya sekadar bersyukur apabila mendapat ijazah pertama,
malah mereka perlu menyambung pelajaran mereka dalam peringkat ijazah sarjana dan
peringkat doktor falsafah. Hal ini demikian kerana, dengan adanya PSH, guru-guru boleh
menambahkan ilmu pengetahuan berkaitan sesuatu subjek yang dipelajari secara khusus dan
mereka boleh mengetahui isu-isu yang berkaitan dalam dunia pendidikan ketika mereka
melaksanakan kajian lapangan. Hal ini adalah sangat membantu untuk membuat transformasi
dalam pendidikan bukan sahaja dalam pendekatan pengajaran malah juga terhadap
pengurusan murid-murid di sekolah.

157 patah perkataan

3
2.2 Menghadiri Kursus, Latihan Atau Seminar Peningkatan Profesionalisme Keguruan

2.2.1 Latihan Pembangunan Profesional Berterusan ‘Continuous Professionalisme


Development’ (CPD)

Pada masa kini, kita mengetahui bahawa dalam dunia pendidikan telah berlaku
banyak perubahan dasar pendidikan daripada Kurikulum Baru Sekolah Rendah (KBSR)
kepada Kurikulum Standart Sekolah Rendah (KSSR), pengenalan dasar Memartabat Bahasa
Melayu, Memperkasakan Bahasa Inggeris (MBMMBI), dasar Melindungi Masa Instruksional
(MMI) dan sebagainya. Oleh itu, situasi seperti ini menuntut para guru di sekolah untuk
menghadiri Latihan Pembangunan Profesional Berterusan (CPD) demi meningkatkan
profesionalisme kendiri. Latihan CPD yang diberikan oleh guru penyelia atau guru
pembimbing kepada para guru adalah ditumpukan ke atas keperluan individu dan latihan
berasaskan sekolah. Antaranya ialah seperti kursus atau latihan yang bersifat formal, tidak
formal dan berstruktur secara berkelompok atau individu.

Program ini membolehkan guru menyepadukan amalan dan teori serta kompetensi
guru bagi mencapai kemahiran abad ke-21. Melalui latihan tersebut, para guru dapat
meluaskan tahap kemahiran dengan selaras tahap kecekapan mereka dengan lebih tinggi.
Para guru juga dapat menyesuaikan diri dalam alam pekerjaan selepas menjalankan latihan
CPD. Kaedah tersebut bukan sahaja dapat membentuk personaliti guru dan sifat kepimpinan
yang lebih utuh dalam diri pelajar guru, malah profesionalisme kendiri juga dapat
dipertingkatkan kerana dilatih melalui penyertaan dalam pembentangan kertas kerja.

182 patah perkataan

4
2.3 Peka terhadap teknologi terkini

Pada abad ke-21, perubahan era globalisasi telah memberikan cabaran besar
terhadap profesion keguruan. Guru perlu sentiasa bersedia meningkatkan pengetahuan dan
kemahiran mereka bagi menjadikan komputer sebagai teknologi pengajaran dan
pembelajaran (P&P) abad ke-21. Kemahiran ICT boleh diperkatakan merupakan tulang
belakang bagi pendidikan pada masa kini.

Melalui kajian yang dilaksanakan, pengguaan ICT dalam pengajaran dapat membantu
para pendidik dalam mencapai objektif pengajaran dan pembelajaran (Baharuddin dalam
Nurul Afiqah, 2001). Hal ini demikian kerana dengan mengamalkan pengajaran ICT secara
tidak langsung dapat menarik minat murid-murid untuk melibatkan diri secara aktif dalam sesi
pengajaran dan pembelajaran kerana wujudnya unsur visual dan unsur audio yang lebih
berkesan jika dibandingkan dengan kaedah pengajaran tradisional. Hal ini adalah selari
dengan konsep yang diutarakan oleh Howard Gardner yang telah memperkenalkan 9
kecerdasan pelbagai yang terdapat dalam diri murid-murid yang perlu diberi perhatian oleh
guru semasa mengajar. Contoh pendekatan pengajaran berasaskan ICT yang boleh
diaplikasikan oleh guru ialah seperti blended-learning, flipped classroom dan sebagainya.

3.0 Penutup

Sebagai penutup wacana, guru merupakan seorang pemimpin anak bangsa yang
perlu memainkan peranan sebagai pencetus, penggerak dan pemegang amanah kepada
proses transformasi sistem pendidikan negara. Seperti yang dinyatakan dalam Pelan
Pembangunan Pendidikan Malaysia (PPPM) 2013-2025, guru merupakan agen utama dalam
memacu transformasi pendidikan ke arah merealisasikan Wawasan 2020. Justeru, guru perlu
berusaha meningkatkan profesionalisme kendiri demi merealisasikan hasrat sebagai pemacu
transformasi pendidikan. Wahai guru-guru, teruskan tugasmu, ingatlah “Guru Pemacu
Transformasi Pendidikan!”

227 patah perkataan

5
Buku Internet

Memiliki satu wawasan yang unggul


untuk mentransformasikan pelbagai
aspek pendidikan, berpemikiran aras
tinggi dan mampu berinovasi

Peranan guru
menilai murid- sebagai menguasai
murid dari aspek PE
pemangkin kualiti pendekatan
insaniah dan pendidikan
kecemerlangan pembelajaran
negara abad ke-21

meningkatkan potensi
murid-murid secara holistik
selari dengan tuntutan
PPPM 2013-2025

GAMBAR RAJAH 1: PETA I-THINK PERANAN GURU SEBAGAI PEMANGKIN KUALITI


PENDIDIKAN NEGARA

6
Buku Internet

mempunyai personaliti yang ideal


kerana murid sentiasa melihat murid
sebagai model terbaik.

membolehkannya
melahirkan modal
Peranan guru insan yang
tidak boleh sebagai
PE berkualiti seperti
bersikap bias pembentuk mana hasrat
terhadap murid- modal insan Kementerian
murid semasa di
Pendidikan
dalam kelas
Malaysia

memberi ruang dan peluang


kepada murid-murid untuk
melibatkan diri secara aktif dalam
pengajaran dan pembelajaran

GAMBAR RAJAH 2: PETA I-THINK PERANAN GURU SEBAGAI PEMBENTUK MODAL


INSAN

7
Langkah-langkah yang harus diambil oleh guru
untuk meningkatkan profesionalisme kendiri

Pembelajaran Menghadiri Kursus, Latihan Peka terhadap


Sepanjang Hayat Atau Seminar Peningkatan teknologi terkini
(PSH) Profesionalisme Keguruan

-membolehkan ilmu -menghadiri Latihan -sentiasa bersedia


seseorang guru lebih Pembangunan Profesional meningkatkan
dinamik dan Berterusan (CPD) pengetahuan dan
memberi peluang kemahiran mereka
kepada guru -kursus atau latihan yang bagi menjadikan
membaca, menulis bersifat formal, tidak formal komputer sebagai
dan membuat dan berstruktur secara teknologi pengajaran
penyelidikan berkelompok atau individu. dan pembelajaran
tindakan. (P&P) abad ke-21.
-membolehkan guru
-pendekatan iaitu menyepadukan amalan dan -menarik minat
secara bersemuka teori serta kompetensi guru murid-murid untuk
dan dilaksanakan bagi mencapai kemahiran melibatkan diri
secara atas talian abad ke-21. secara aktif dalam
(Online Learning). sesi pengajaran dan
-meluaskan tahap
kemahiran dengan selaras pembelajaran
-menambahkan ilmu
pengetahuan tahap kecekapan mereka -Contoh pendekatan
berkaitan sesuatu dengan lebih tinggi. pengajaran
subjek yang berasaskan ICT yang
-dapat menyesuaikan diri
dipelajari secara boleh diaplikasikan
dalam alam pekerjaan
khusus
selepas menjalankan latihan oleh guru ialah
-mengetahui isu-isu CPD. seperti blended-
yang berkaitan learning, flipped
dalam dunia classroom dan
pendidikan ketika sebagainya.
mereka
melaksanakan kajian
lapangan.

GAMBAR RAJAH 3: PETA I-THINK LANGKAH-LANGKAH YANG HARUS DIAMBIL OLEH


GURU UNTUK MENINGKATKAN PROFESIONALISME KENDIRI

8
Bibliografi

Abd Malek Samsuri. (1997). Penggunaan teknologi pendidikan di kalangan guru-guru

mata pelajaran Bahasa Melayu di daerah Muar. Tesis Sarjana. Universiti

Teknologi Malaysia.

Abdullah Sani& Kumar,P. (1990). Pendidikan di Malaysia. Petaling Jaya: Longman

Malaysia.

Ahmad Mahdzan Ayob & Noran Fauziah Yaakub. (1992). Guru dan Perguruan. Kuala

Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.

Gengkapak. (2009, April 24). Kemahiran Profesional Guru;Peningkatan Profesional Kendiri.

Dimuat turun daripada https://www.scribd.com/document/14587544/Kemahiran-

Profesional-Guru-Peningkatan-Profesional-Kendiri-Cabaran-Profesion-Keguruan

pada 14 Julai 2018.

Haliza Hamzah & Joy Nesamalar Samuel. (2016). Pengurusan Bilik Darjah dan Tingkah Laku

Edisi Kedua. (2016). Shah Alam: Oxford Fajar Sdn.Bhd.

Hasnida Ghazali. (2010). Perkembangan Profesional Ke Arah Pembangunan Modal Insan

Guru. Dimuat turun daripada

https://www.academia.edu/1470541/PERKEMBANGAN_PROFESIONAL_KE_ARAH

_PEMBANGUNAN_MODAL_INSAN_GURU pada 14 Julai 2018.

9
Mariam Md. Salleh, Mohammed Sani Ibrahim & Siti Rahayah Ariffin. (2009). Kepimpinan
Dan Pengurusan Strategik Di Institusi Pendidikan Mara (Leadership and Strategic
Management in MARA Educational Institution). Jurnal Pendidikan Malaysia, V.34(1).
Oktober 2009: 219-233.

Nurul Afiqah Zahuri. (2015). Kesediaan Guru Mengintegrasikan Komputer dalam Pengajaran.
Dimuat turun pada 17 Julai 2018 dari
http://afiqahzahurifolio.weebly.com/coretan/kesediaan-guru-mengintegrasikan-
komputer-dalam-pengajaran

Omar Zin. (2018, Mac 23). Guru Pemacu Transformasi Pendidikan tema Hari Guru 2018.

Dimuat turun daripada http://www.utusan.com.my/berita/nasional/guru-pemacu-

transformasi-pendidikan-tema-hari-guru-2018-1.633492 pada 14 Julai 2018.

Pendidik. (2003). Falsafah Pendidikan Kebangsaan. Kuala Lumpur: Wardah

Communication Sdn.Bhd.

Pendidik. (2018, Mac 25). Tema Hari Guru 2018. Dimuat turun daripada
https://www.pendidik2u.my/tema-hari-guru-2018/ pada 14 Julai 2018.

Shah Rizal Bin Ismail. (2017, Mac 3). Cara Meningkatkan Tahap Profesional Guru.

Dimuat turun daripada https://www.scribd.com/document/257529906/Cara-

Meningkatkan-Tahap-Profesional-Guru pada 14 Julai 2018

10