You are on page 1of 22

ISI KANDUNGAN MUKA SURAT

ISI KANDUNGAN 1

1.0 PENDAHULUAN 2

2.0 KEPENTINGAN BAHAN BANTU BELAJAR 2-5

3.0 KESIMPULAN 5

RUJUKAN 6-7

LAMPIRAN 8-22

1
1.0 Pendahuluan

Pada zaman yang serba moden ini, penggunaan pengajaran berbantukan bahan bantu
belajar (BBM) telah diterima oleh guru, pendidik dan murid dalam dunia pendidikan. Bahan
Bantu Belajar (BBM) amat penting dalam proses pengajaran dan pembelajaran. Penggunaan
BBM dapat menyalurkan maklumat kepada murid berkaitan dengan mata pelajaran yang
diajar dengan lebih jelas dan sistematik. Pelbagai faedah dan manfaat yang diperolehi jika
bahan bantu belajar diaplikasikan di dalam proses pengajaran dan pembelajaran bukan hanya
kepada murid sahaja bahkan kepada guru itu sendiri. Ngui Kuen Sang (1981) menyatakan
bahawa tiada takrif yang lengkap walaupun pada keseluruhannya, pendidik bersetuju bahawa
penggunaan bahan bantu belajar dalam situasi pengajaran dan pembelajaran oleh
pengalaman yang melibatkan penggunaan pandangan dan penglihatan.

Seterusnya, Faizah Ja’apar (2017) berpendapat bahawa bahan bantu belajar (BBB)
merupakan suatu alternatif yang digunakan oleh guru untuk membantu semasa sesi
pengajaran dan pembelajaran berlangsung. Bahan bantu belajar amat penting untuk
diaplikasikan dalam proses pengajaran dan pembelajaran kerana alat ini dapat membantu
dalam menyalurkan maklumat yang berkaitan dengan mata pelajaran yang diajar dengan
lebih jelas dan berkesan. Oleh itu dapat disimpulkan bahawa bahan bantu belajar merupakan
kelengkapan yang digunakan oleh guru atau murid untuk membantunya dalam
menyampaikan pengajaran didalam bilik darjah.

Bahan mengajar bukan terhad kepada buku teks, papan hitam dan kapur sahaja, tetapi
merangkumi segala bahan yang digunakan dalam pengajaran yang melibatkan semua
pancaindera. Atan Long (1981) membahagikan alat bantu mengajar kepada tiga kategori,
iaitu alat pendengaran, alat pandangan dan alat pandang-dengar. Manakala, Noraziah
Hamid (1981) pula membahagikan bahan bantu belajar kepada dua multimedia iaitu media
elektronik dan media bukan elektronik. Penggunaan bahan bantu belajar mempunyai
kebaikannya tersendiri bagi pembelajaran murid dan pengajaran guru.

2.0 Kepentingan Bahan Bantu Belajar

2.1 Aspek Seni Bahasa

Penggunaan bahan bantu belajar dalam pembelajaran aspek tatabahasa dan aspek seni
bahasa dapat menimbulkan minat dan motivasi kepada murid untuk belajar. Ini disokong oleh
pendapat Rashidi dan Abdul Razak (1998) yang menyatakan bahawa bahan bantu belajar
dapat merangsang minat dan tumpuan murid terhadap pembelajaran yang mendorong
kepada pemerolehan pengetahuan dan kemahiran oleh murid. Bahan bantu belajar berfungsi

2
sebagai suatu alat yang mampu memberikan keseronokan serta minat yang lebih mendalam
terhadap sesuatu pembelajaran (Aszoura Mohamed Salleh, 2007). Ini secara tidak langsung
dapat meningkatkan minat murid untuk mempelajari aspek tatabahasa melalui pengalaman
yang sangat menyeronokkan serta membantu mereka memahami pembelajaran dengan lebih
mendalam dan realistik. Contohnya, bahan bantu belajar yang telah dihasilkan ialah topeng
haiwan dalam aktiviti bercerita. Penggunaan topeng haiwan ini dapat merangsang minat dan
tumpuan murid terhadap pembelajaran dan seterusnya menjamin pemerolehan pengetahuan
dan kemahiran oleh murid (Rashidi & Abdul Razak, 1998). Penggunaan topeng ini akan
menjadikan cerita tersebut lebih menarik dan menimbukan minat murid untuk menghayati
cerita yang disampaikan. Ini kerana penggunaan bahan bantu belajar yang sesuai dan
menarik dalam proses pengajaran penting bagi mempertingkatkan kejayaan pembelajaran
dan mencapai objektif yang telah ditetapkan terutamanya dalam pengajaran mata pelajaran
Bahasa Melayu. Pengalaman yang dilalui oleh murid di dalam proses pengajaaran dan
pembelajaran menggunaan topeng akan menimbulkan rasa minat dan perasaan ingin tahu di
dalam pembelajaran. Penggunaan topeng dapat meningkatkan motivasi untuk memberi
sepenuh perhatian kepada pengajaran guru. Ini kerana topeng yang digunakan dapat
menyatakan gambaran sebenar cerita dipelajari oleh murid. Jadi murid akan lebih seronok
dan tidak bosan dengan pengajaran guru kerana terdapat sesuatu yang baharu setiap kali
penyampaian pengajaran dan pembelajaran mereka (Izham Hamzah & Noraini Attan, 2007).
Namun, kelemahan bahan bantu belajar yang dihasilkan ialah topeng yang dihasilkan mudah
rosak dan tidak tahan lama. Jadi, penambahbaikan yang boleh dilakukan adalah dengan
melamina (laminate) topeng tersebut dengan plastik supaya topeng tersebut lebih tahan lama
dan tidak rosak.

Selain itu, bahan bantu belajar ini juga memberikan kebaikan terhadap pengajaran
guru. Penggunaan bahan bantu belajar ini dapat membantu guru menghasilkan proses
pengajaran dan pembelajaran yang menarik dan berkesan. Kaedah pengajaran yang
menggunakan bahan bantu belajar jelas dapat membantu guru mempercepat proses
pemahaman murid serta dapat menghasilkan suatu suasana pembelajaran yang lebih efektif
berbanding kaedah tradisional yang hanya tertumpu kepada buku teks. Ini disokong oleh
pendapat Ahmad Zanzali dan Daud (2010) yang menyatakan bahawa penggunaan buku teks,
papan hitam dan kapur tulis sahaja tidak mencukupi sebagai kaedah pengajaran guru dalam
proses pengajaran, bahkan guru perlu mengaplikasikan bahan bantu belajar bagi meningkat
minat murid terhadap pengajaran guru. Contohnya, penggunaan bahan bantu belajar
berdasarkan multimedia seperti tayangan gambar sebagai latar belakang penceritaan dan
iringan muzik yang telah dihasilkan dalam pengajaran seni bahasa amat digalakkan dalam
proses pengajaran dan pembelajaran abad ini. Bahan bantu belajar berdasarkan multimedia

3
mampu menarik perhatian serta membolehkan murid menjiwai watak semasa aktiviti bercerita
dijalankan disebabkan persekitaran yang sesuai. oleh itu, penggunaan bahan bantu belajar
multimedia seperti latar belakang gambar dan iringan muzik ini dapat membantu guru
menyampaikan pengajaran dengan mudah, cepat dan berkesan. tanpa penggunaan bahan
bantu belajar, kaedah dan teknik yang digunakan oleh guru bukan sahaja tidak mencukupi,
maah objektif pengajaran yang telah ditetpkan juga sukar untuk dicapai.

2.2 Aspek Tatabahasa

Seterusnya, penggunaan bahan bantu belajar dalam pembelajaran tatabahasa juga dapat
membantu meningkatkan kefahaman dan penguasaan murid. Ini dapat dibuktikan dengan
pendapat Norfarizah Bakhir dan Zazril Ikhmal Zamri (2016) yang menyatakan bahawa bahan
bantu belajar dapat mewujudkan suasana pengajaran yang lebih menarik dan bersifat
interaktif yang menjadikan pembelajaran lebih mudah difahami dan berkesan. Murid lebih
mudah memahami apa yang dipelajari disamping dapat merasai keseronokan semasa
belajar. Kefahaman yang mendalam tentang tatabahasa dapat meningkatkan pencapaian dan
kejayaan murid dalam bahasa Melayu. Proses pembelajaran akan kurang kualiti dan efektif
serta pencapaian akademik akan menurun sekiranya tiada pengaplikasian bahan bantu
belajar. Oleh itu, kad bergambar telah dihasilkan untuk digunakan dalam pengajaran aspek
tatabahasa bagi meningkatkan kefahaman serta pencapaian dalam aspek tatabahasa. Bahan
grafik seperti kad bergambar ini telah lama digunakan sebagai media pengajaran untuk
menyalurkan maklumat (Jamalludian Harun & Zaidatun Tasir, 2003) kerana memudahkan
murid untuk memahami sesuatu pembelajaran. Ini dapat dibuktikan dengan pendapat
Jamalludian Harun dan Zaidatun Tasir (2003) menyatakan bahawa penggunaan bahan grafik
seperti kad bergambar dapat menyampaikan maklumat dengan lebih berkesan. Hal ini kerana
segala bentuk mesej yang diterima oleh murid melalui penglihatan memiliki daya ketahanan
serta daya ingatan yang lebih tinggi sekiranya direka bentuk dengan tepat. Malah, grafik
berwarna warni yang terdapat pada kad bergambar menjadikan fokus murid lebih terarah
kepada pembelajaran yang dilalui. Jadi, murid akan lebih mudah untuk memahami isi
kandungan pembelajaran kerana visual yang dipaparkan akan lebih memberi impak kepada
penerimaan sesuatu maklumat yang ingin disampaikan. Justeru, penggunaan bahan bantu
belajar seperti kad bergambar dalam pembelajaran tatabahasa dapat meningkatkan
kefahaman dan penguasaan murid dalam aspek tatabahasa. Namun, kelemahan bagi bahan
bantu belajar ini adalah saiz kad bergambar yang dihasilkan terlalu kecil. Jadi, tidak semua
murid di dalam kelas tersebut dapat melihat kad gambar tersebut dengan jelas. Ini akan
menyebabkan murid tersebut hilang tumpuan dan sukar mencapai objektif pembelajaran yang
telah ditetapkan. Justeru, penambahbaikan yang boleh dilakukan keatas bahan bantu belajar

4
tersebut adalah dengan membesarkan kad bergambar tersebut supaya semua murid dapat
melihat dengan jelas.

Seterusnya, penggunaan bahan bantu belajar dalam proses pengajaran dapat membantu
guru dalam penyampaian isi pelajaran bagi mencapai objektif yang telah ditetapkan. Ini
disokong oleh pendapat Mohsin dan Hassan (2011) menyatakan kepentingan menggunakan
bahan bantu mengajar dalam proses pengajaran dan pembelajaran dalam kalangan guru
adalah membantu guru dalam menyampaikan ilmu pengetahuan. Penggunaan bahan bantu
belajar dapat memudahkan guru menyampaikan isi pelajaran. Contohnya penggunaan kad
perkataan. Penggunaan kad perkataan dapat memudahkan guru mengajar kerana guru tidak
perlu menulis kembali perkataan tersebut. Ini disokong oleh Siti Fatimah dan Ab. Halim (2010)
yang menyatakan bahawa penggunaan bahan bantu belajar merupakan salah satu kepada
penyelesaian masalah, kekurangan tenaga dan masa dalam proses penyediaan proses
pengajaran dan pembelajaran. Oleh itu, masa dapat dijimatkan dan dapat dipenuhi dengan
aktiviti-aktiviti lain yang dapat membantu murid mencapai objektif yang ditetapkan.
Kepelbagaian penggunaan bahan bantu belajar dapat mempelbagaikan gaya mengajar guru
agar sesi pengajaran dan pembelajaran bermakna dan menarik.

Kesimpulan

Kesimpulannya, bahan bantu belajar sangat penting dalam pengajaran aspek seni bahasa
dan aspek tatabahasa kepada pengajaran guru dan pembelajaran murid. Penggunaan bahan
bantu belajar dapat membantu murid untuk memahami topik yang dipelajari serta dapat
belajar dalam suasana yang menyeronokkan serta dapat fokus sepenuhnya terhadap
pembelajaran yang disampaikan. Dengan tumpuan dan perhatian yang penuh dari murid,
tidak mustahil murid akan dapat menguasai setiap topik dan mencapai objektif yang telah
ditetapkan. Pengaplikasian bahan bantu belajar dalam proses pengajaran dan pembelajaran
dapat memberikan galakan kepada murid untuk terus belajar. Proses penambahbaikan boleh
dilakukan jika bahan bantu belajar yang dihasilkan terdapat kelemahan. Ini bertujuan untuk
meningkatkan penggunaan bahan bantu mengajar untuk memudahkan proses pengajaran
dan pembelajaran di dalam bilik darjah supaya prestasi murid serta tahap pendidikan di
negara akan terus berkembang.

5
Rujukan

A. Long. (1981). Pedagogi: kaedah am mengajar. Fajar Bakti: Kuala Lumpur.

Ahmad Zanzali, N.A dan Daud, N.D. (2010). Penggunaan bahan bantu mengajar di kalangan
guru pelatih yang mengajar mata pelajaran Matematik. Fakulti Pendidikan. Universiti
Teknologi Malaysia.

Aszoura Mohame Salleh. (2007). Keberkesanan kaedah pembelajaran berbantukan komputer


(penggunaan perisian Power Point interaktif) terhadap peningkatan penguasaan konsep
Sains tingkatan 1. Fakulti Sains dan Pendidikan Asas. Universiti Terbuka Malaysia.

Faizah Ja’apar. (2017). Bahan bantu mengajar (BBM) dalam pengajaran dan pembelajaran
(p&p) di Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Daerah Pontian: Ijazah Sarjana
Pendidikan Teknik dan Vokasional. Laporan Penyelidikan yang tidak diterbitkan.
Universiti Tun Hussein Onn Malaysia.

Jamalludian Harun dan Zaidatun Tasir. (2003). Multimedia dalam pendidikan. Pahang: PTS
Publications & Distributors Sdn. Bhd.

Mohamad Mohsin, Siti Faizzatul Aqmal dan Hassan Razali. (2011, November). Pengajaran
dan pembelajaran berasaskan ‘Streaming Video’ bagi meningkatkan tahap kefahaman
pelajar abad ke-21. Persidangan Kebangsaan Penyelidikan dan Inovasi dalam
Pendidikan dan Latihan Teknik dan Vokasional CIE-TVT 2011, Pulau Pinang.

Mohd. Izham Mohd. Hamzah dan Noraini Attan. 2007. Tahap kesediaan guru sains dalam
penggunaan teknologi maklumat berasaskan komputer dalam proses pengajaran dan
pembelajaran Universiti Teknologi Malaysia. Jurnal Teknologi. 46 (E): 45-60.

Mohsin, M., Aqmal, S.F. & Hassan, R. (2011). Pengajaran dan pembelajaran berasaskan
‘Streaming Video’ bagi meningkatkan tahap kefahaman pelajar abad ke-21. Dalam
Persidangan Kebangsaan Penyelidikan dan Inovasi Dalam Pendidikan dan Latihan
Teknik dan Vokasional.

Ngui Kuan Sang (1981). Teknologi pendidikan: penggunaannya dalam pengajaran Geografi.
Kuala Lumpur: Fajar Bakti.

Noraziah Abdul Hamid. (1981, Disember). Alatan mengajar dalam pengajaran bahasa. Kertas
Kerja Seminar Perguruan di Universiti Malaya.

Norfarizah Bakhir dan Zazril Ikhmal Zamri. (2016). Penggunaan bahan bantu mengajar
berasaskan papan pelbagai sentuh untuk pembelajaran Sains. Conference Proceeding:

6
2nd International Conference On Creative Media, Design & Technology (Reka2016).
Universiti Sains Malaysia

Rashidi Azizan & Abdul Razak Habib. (1998). Pengajaran dalam bilik darjah: Kaedah dan
strategi. Kajang: Masa Enterprise.

Rosnah Yunus. (2016). Keberkesanan kad imbasan bergambar dalam meningkatkan


kemahiran membaca suku kata Jawi dalam kalangan murid tahun 5 Sekolah
Kebangsaan Parit Jawa, Muar, Johor. Ijazah Sarjana Muda Pendidikan, Fakulti
Pengajian Bahasa Utama, Universiti Sains Islam Malaysia.

Siti Fatimah dan Ab. Halim. (2010). Persepsi guru terhadap penggunaan bahan bantu
mengajar berasaskan teknologi multimedia dalam pengajaran j-QAF. Journal of Islamic
and Arabic Education. 2(2). 53-64.

7
Lampiran

8
Lampiran

RANCANGAN PELAJARAN HARIAN

1. Mata Pelajaran : Bahasa Melayu


2. Tahun : Tahun 2
3. Bilangan Murid : 20 orang
4. Tarikh : 8 Ogos 2019
5. Hari : Rabu
6. Masa : 9.15 hingga 10.15 pagi
7. Tema : Kemasyarakatan
8. Tajuk : Arnab dan Kura-kura
9. Kemahiran Fokus : Aspek Seni Bahasa
10. Standard Kandungan
4.3 Menghasilkan bahan sastera dengan menyerapkan keindahan dan kesantunan
bahasa serta mempersembahkannya secara kreatif.
11. Standard Pembelajaran
4.3.2 Mepersembahkan cerita:
I. Cerita haiwan
12. Objektif Pembelajaran

Pada akhir pengajaran dan pembelajaran ini, murid dapat:

i. Bercerita dengan menggunakan nada, sebutan, intonasi dan bahasa badan


yang sesuai dan betul.
13. Sistem Bahasa
Seni bahasa: bercerita dengan bahasa yang indah
Sistem ejaan, sebutan, intonasi dan nada.
Kosa kata : apa, siapa, mana
Pengisian Kurikulum (Elemen Merentas Kurikulum)
 Ilmu : Pendidikan Sivik
 Nilai Murni : Kerjasama, kesungguhan dan kerajinan.
 Teknologi Maklumat dan Komunikasi : belajar melalui TMK iaitu tayangan
video dan latar belakang aktiviti bercerita menggunakan LCD dan komputer
riba
 Kreativiti dan Inovasi : pergerakan kreatif semasa bercerita

14. Strategi Pengajaran dan Pembelajaran (Kepelbagaian Kaedah dan Teknik)


 KB : Menjana idea dan menyusun mengikut urutan

9
 KP : Verbal linguistik, intrapersonal dan kinestatik
 BCB : Mengumpul maklumat dan memproses maklumat

15. Bahan Bantu Mengajar


Bil Perkara Jumlah
1 Komputer riba 1
2 LCD 1
3 Pembesar suara 1
4 Video cerita Arnab dan Kura-kura 1
5 Teks cerita mengikut babak 4
6 Latar belakang situasi cerita Arnab dan Kura-kura 9
7 Topeng haiwan 3
8 Kertas sebak saiz sederhana 4
9 Pen marker 4
10 Muzik latar 5

16. Pengetahuan sedia ada


i. Murid pernah mendengar atau membaca cerita Arnab dan Kura-kura.

Langkah / Isi Pelajaran Aktiviti Pengajaran dan Catatan


Masa Pembelajaran
PENGURUSAN  Kebersihan kelas  Murid memastikan kelas Peralatan yang
BILIK DARJAH  Persediaan murid bersih dan mereka sesuai
(2 minit) untuk belajar bersedia untuk belajar
Set Induksi Topeng haiwan: 1. Murid melihat guru BBM
(5 minit) memakai topeng arnab dan -Topeng arnab dan
Soalan: kura-kura. kura-kura
1. Apakah nama 2. Murid bersoal jawab KB
haiwan yang cikgu dengan murid tentang -Menjana idea
pakai topeng ini? nama haiwan berdasarkan Pembelajaran
Jangkaan jawapan: topeng tersebut. Kontekstual
1. Kura-kura. 3. Guru menghubungkaitkan -
2. Arnab jawapan dengan tajuk Menghubungkaitkan
pelajaran pada hari ini. nama haiwan yang
diketahui oleh murid
dengan isi pelajaran.

10
Langkah 1 Video Arnab dan 1. Murid menonton cerita BBM
Kura-kura:
(15 minit) Arnab dan Kura-kura yang - Video Arnab dan
ditayangkan oleh guru. Kura-kura
2. Murid dibahagikan kepada - Kertas sebak
lima empat kumpulan. - Pen marker
3. Setiap kumpulan - Pelekat
menerima sehelai kertas
sebak dan pen marker. Teknik
4. Murid menulis nama-nama - Berbincang
haiwan yang terdapat KB
Pautan:
http://www.youtube.com dalam cerita dalam bentuk - Menganalisis
/watch?v=RCJBM
peta i-Think Buih.
5. Setiap kumpulan KP
menampal kertas masing- - Verbal linguistik
masing pada papan putih. - Interpersonal
Murid memeriksa jawapan
kumpulan masing-masing Nilai Murni
Peta buih:
bersama-sama guru. - Kerjasama
- Kerajinan

Langkah 2 Topeng haiwan: 1. Murid dibahagikan kepada BBM


(18 minit) 4 kumpulan. - Latar belakang
2. Setiap kumpulan diberikan cerita
satu sampul yang - Topeng haiwan
mengandungi teks babak - Muzik latar
yang berbeza. - Teks babak
3. Murid perlu berbincang cerita
secara berkumpulan untuk - Komputer riba
melakonkan babak - Pembesar suara
tersebut mengikut kreativiti KB
tersendiri. - Menganalisis
4. Lakonan dijalankan secara KP
pentomin. - Interpersonal
5. Seorang murid akan - Verbal linguistik
membacakan dialog yang Teknik
diberikan, manakala murid

11
Latar belakang babak: yang lain akan - Perbincangan
melakonkan watak mereka kumpulan
berdasarkan babak yang - Lakonan
diberikan.
6. Pada akhir pembelajaran, Kreativiti dan
wakil daripada setiap Inovasi
kumpulan diminta untuk -Pergerakan kreatif
memberikan nilai dan
pengajaran yang terdapat
dalam cerita tersebut.

Petikan babak:

Langkah 3 Topeng haiwan Aktiviti BBM


(23 minit) 1. Murid akan dibahagikan - Topeng haiwan
kepada tiga kumpulan. - Petikan dialog
2. Kumpulan pertama akan
mendapat topeng Arnab, Ciri PA21
kumpulan kedua mendapat -Berkomunikasi
topeng Kura-Kura dan secara lisan dengan
kumpulan ketiga mendapat berkesan
topeng Burung Hantu. KB
3. Setiap ahli kumpulan perlu -Menjana idea
tampil ke hadapan untuk KP
melakonkan watak setiap - Verbal linguistik
haiwan tersebut - Kinestetik
berdasarkan cerita Arnab - Interpersonal
dan Kura secara bergilir-
gilir. Kreativiti dan
Nilai murni cerita inovasi
arnab dan kura-kura: Penggayaan - Pergerakan
1. Baik hati 1. Murid menyebut nilai kreatif
dan pengajaran yang

12
2. Bersungguh- diperolehi berdasarkan BCB
sungguh cerita Arnab dan Kura- -Mencatat dan
3. Sabar Kura dengan melaporkan
4. Hormat- bimbingan guru. maklumat
2. Murid perlu menulis
nilai murni tersebut di
dalam buku tulis
masing-masing.

Pemulihan
1. Murid perlu menyusun
menghormati
semula jalan cerita
Arnab dan Kura-Kura
Petikan babak:
berdasarkan petikan
babak yang disediakan
oleh guru.
2. Guru membimbing
jawapan murid.
Penutup Kognitif 1. Murid membuat rumusan KB
(4 minit) Nilai murni tentang isi pelajaran -Merumus
1. Baik hati bersama-sama dengan Nilai
2. Bersungguh- guru. - Kesungguhan
sungguh 2. Guru memberi pujian dan
3. Sabar meminta murid untuk KP
4. Hormat- menepuk tangan atas - Verbal linguistik
menghormati kesungguhan dan - Intrapersonal
Sosial kerjasama yang
1. Pujian ditunjukkan.
terhadap
kerjasama dan
kesungguhan
murid.

13
17. Refleksi
i. Pengajaran hari ini berjaya mencapai objektif kerana __/20 murid dapat
menguasai kemahiran yang dipelajari.
ii. Terdapat __/20 murid yang masih tidak dapat menguasai isi pelajaran
aspek seni bahasa dan akan diberikan bimbingan.

14
Lampiran

Topeng Haiwan

Latar Belakang Aktiviti Bercerita Yang Dipancarkan Pada Skrin Layar

15
Lampiran

Kisah Sang Arnab Dan Sang Kura-Kura

Petikan Setiap Babak

Babak Pertama

Arnab seekor haiwan yang sombong, dia selalu mengejek kura-kura kerana kura-kura
berjalan lambat.

Arnab : Hahahahaha.. akulah binatang yang comel dan paling laju. Tidak seperti kura-
kura. Hodoh dan lambat. Hahahahaha

Kura-kura : Hei, Arnab. Walaupun aku lambat tetapi aku mempunyai akal. Jangan kau
sombong dengan aku wahai sang Arnab.

Arnab : Kau memang binatang hodoh dan lambat. Semua orang mengata pasal kau.

Babak Kedua

Sang kura-kura sangat marah,sang kura-kura mencabar arnab berlari.

Kura-kura : Baiklah, aku cabar kau berlumba lari dengan aku.

Arnab : Kau mahu aku berlumba dengan kau? Hahaha.. batalkan saja niat kau itu kura2
sebab aku tahu aku akan menang.

Kura-kura : Jangan kau angkuh sangat wahai sang Arnab, sepurnama nanti kita akan
berjumpa selepas terbitnya matahari.

Arnab : Kalau itu yang kau hajati, aku terima. Tetapi aku harap kau tidak malu dengan
apa yang kau inginkan.

Kura-kura : Baiklah.

Babak Ketiga

Pada waktu pertandingan, arnab berlari laju sementara kura-kura berlari secepat
mungkin. Di persimpangan jalan , arnab terjumpa kebun lobak.

Arnab : Hmm, kenapa aku mahu berlari dengan laju, sedangkan kura2 sgt lmbt. Baik aku
makan lobak ini. Biar aku lebih bertenaga nanti. Aku pun rasa lapar.

Arnab makan sehingga kenyang. Oleh kerana terlalu kenyang ,Arnab pun tertidur. Kura-
kura pun berjalan perlahan supaya arnab tidak terjaga.

Kura-kura : Oh, di sini rupanya Sang Arnab. Hmm baik aku segera memintasnya.

16
Babak Keempat

Apabila arnab bangun , kura-kura sudahpun menang.

Kura-kura : Arnab, Bangun. Aku sudah pun menang.

Arnab : Hah! Kau tipu aku. Aku tau kau belum sampai lagi

Kura-kura : Jika kau tidak percaya tanyerlah binatang2 lain di garisan penamat.

Arnab berasa sangat malu lalu dia pun meminta maafa daripada sang kura-kura,sejak
peristiwa itu , arnab pun menjadi baik dan menjadi rakan kepada kura-kura.

Arnab : Aku berasa sangat malu pada kau Kura2. Aku amat menyesal. Aku harap kita
akan jadi kawan baik kelak.

Kura-kura : Aku maafkan kau… kita akan jadi kawan baik sampai bila-bila.

17
RANCANGAN PELAJARAN HARIAN

18. Mata Pelajaran : Bahasa Melayu


19. Tahun : Tahun 5
20. Bilangan Murid : 26 orang
21. Tarikh : 3 September 2018
22. Hari : Isnin
23. Masa : 8.15 hingga 9.15 pagi
24. Tema : Kemasyarakatan
25. Tajuk : Gotong royong
26. Kemahiran Fokus : Aspek tatabahasa
27. Standard Kandungan
5.1 Memahami dan menggunakan golongan kata dengan betul mengikut konteks.
28. Standard Pembelajaran
5.1.3 Memahami dan menggunakan kata ganti nama diri tanya mengikut konteks
dengan betul.
29. Objektif Pembelajaran

Pada akhir pengajaran dan pembelajaran ini, murid dapat:

ii. Menyatakan 2 daripada 3 kata ganti nama diri tanya dengan betul.
iii. Membina 2 ayat yang mengandungi kata ganti nama diri tanya mengikut
konteks dengan betul.
30. Sistem Bahasa
Tatabahasa : Tatabahasa: kata ganti nama diri tanya
Kosa kata : apa, siapa, mana
Pengisian Kurikulum (Elemen Merentas Kurikulum)
 Ilmu : pendidikan kesihatan
 Nilai Murni : kerjasama, kebersihan, tolong-menolong
 Teknologi Maklumat dan Komunikasi :
 Kreativiti dan Inovasi :
 Elemen Keusahawanan :

31. Strategi Pengajaran dan Pembelajaran (Kepelbagaian Kaedah dan Teknik)


 KB : Menjana idea, menyusun mengikut urutan, menganalisis
 KP : Verbal linguistik, intrapersonal dan kinestatik
 BCB : Mengumpul maklumat dan memproses maklumat
 Pembelajaran Kontekstual : Pembelajaran Konstruktivisme

18
32. Bahan Bantu Mengajar
Bil Perkara Jumlah
1 Komputer riba 1
2 LCD 1
3 Pembesar suara 1
4 Video / Lirik lagu : Susu Oh Susu 1
5 Video panduan minum susu kotak 1
6 Poster 1
7 Lembaran kerja 26
8 Kad pesanan 4
9 Gambar 2

33. Pengetahuan sedia ada


ii. Murid pernah mempelajari kata tanya dan kata ganti nama diri

Langkah / Isi Pelajaran Aktiviti Pengajaran dan Catatan


Masa Pembelajaran
PENGURUSAN  Kebersihan kelas  Murid memastikan Peralatan yang
BILIK DARJAH  Persediaan murid untuk kelas bersih dan sesuai
(2 minit) belajar mereka bersedia untuk
belajar
Set Induksi 4. Murid ditayangkan
(5 minit) video “”
5. Murid bersoal jawab
dengan guru berkaitan
video tersebut.
6. Guru
menghubungkaitkan

19
jawapan dengan tajuk
pelajaran pada hari ini.
Langkah 1 Kad bergambar 1. Murid dibahagikan
(15 minit) kepada lima kumpulan.
2. Setiap kumpulan
diberikan satu sampul
yang mengandungi kad
bergambar.
3. Murid perlu membina
beberapa ayat tanya
menggunakan kata
ganti nama diri tanya
berdasarkan situasi
yang terdapat dalam
kad bergambar
tersebut.
4. Hasil kerja setiap
kumpulan ditampalkan
di papan putih.
5. Setiap wakil kumpulan
perlu membacakan
bintang ayat yang telah dibina.
6. Kumpulan lain perlu
menilai ayat tersebut.
7. Kumpulan yang dapat
membina ayat
menggunakan kata
ganti nama diri tanya
yang betul akan
diberikan bintang bagi
setiap ayat.
Langkah 2 1. Satu teks dialog yang BBM
(18 minit) tidak lengkap
dipaparkan dihadapan TMK : Video
kelas.
Teknik

20
2. Murid perlu mengisi
dialog tersebut dengan KB
kata ganti nama diri
tanya yang sesuai. KP
3. Wakil kumpulan perlu
melakonkan dialog Nilai Murni
tersebut di hadapan
kelas. PAS
4. Kumpulan yang dapat
menjawab dengan EK
betul akan diberikan
bintang. Penilaian
Objektif (i)

Langkah 3 Aktiviti 1 BBM


(23 minit) 1. Murid diminta  Kad
untuk membina perkataan
ayat yang  Lembaran
mengandungi kerja
kata ganti diri
tanya secara
lisan.
2. Beberapa orang Ciri PA21
murid diminta
untuk membaca KB
ayat yang
dibina secara KP
lisan.
3. Guru membuat Kreativiti dan
pembetulan inovasi
dengan serta
merta. BCB

Aktiviti 2 Penilaian
Pengayaan Objektif (ii)

21
1. Murid membina
tiga ayat yang
mengandungi kata
ganti nama diri
tanya berdasarkan
kad perkataan.

Pemulihan
1. Murid mengisi
tempat kosong
dengan kata ganti
nama diri tanya
dalam lembaran
kerja yang
diperoleh.
Penutup Kognitif  Murid membuat BBM
(4 minit)  Kata ganti nama diri rumusan tentang isi
tanya: pelajaran bersama- KB
 Siapa sama dengan guru.
 Apa  Guru memberi Nilai
 Mana pujian dan meminta
murid untuk PAS
Sosial menepuk tangan
 Pujian terhadap atas kesungguhan KP

kerjasama dan dan kerjasama -

kesungguhan murid. yang ditunjukkan.

34. Refleksi
iii. Pengajaran hari ini berjaya mencapai objektif kerana __/26 murid dapat
menguasai kemahiran yang dipelajari.
iv. Terdapat __/26 murid yang masih tidak dapat menguasai kemahiran dan
akan diberikan bimbingan.

22