You are on page 1of 34

NAMA SEKOLAH : SEKOLAH KEBANGSAAN ASYAKIRIN

ALAMAT SEKOLAH : SEKOLAH KEBANGSAAN ASYAKIRIN,


LOT 7352, BLOK 32, KEMENA LAND DISTRICT INFRONT OF
PINECOURT APARTMENT, KM 5, JALAN SULTAN ISKANDAR,
97000, BINTULU, SARAWAK.
NAMA GURU : PUAN PATRICA LEE AK JOBLEE
: PUAN SUDAN ANAK AMPING
: PUAN JUNI ZUHAIRAH BINTI ABDUL GHAFAR
NO. TEL SEKOLAH : 086-330264
NO. FAX SEKOLAH : 086-330367
NO. HP GURU : PUAN PATRICA (01135082392)
: PUAN SUDAN (0178048808)
: PUAN JUNI (0136354062)
ALAMAT EMAIL SEKOLAH :skasyakirinbtu@gmail.com

1
ISI KANDUNGAN

BAHAGIAN MUKASURAT
A 3-5
B 6
C 7-22
D 23-33

2
BAHAGIAN A. KOMPONEN PENGURUSAN ALAM SEKITAR

1.0 Organisasi

Sekolah Kebangsaan Asyakirin mempunyai kelab berkaitan alam sekitar iaitu Kelab
Alam Sekitar. Kelab Pencinta Alam Sekitar (PALS) sebagai sebuah kelab yang
berperanan dalam menerapkan nilai murni untuk menjaga alam sekitar dalam
kalangan murid serta warga sekolah. Kelab ini ditubuhkan pada tahun 2015
sehingga kini.Keanggotaan murid dalam kelab ini melibatkan sesetengah murid
sahaja iaitu murid Tahap 2 (Tahun 4, 5 dan 6). Mesyuarat kelab ini dilaksanakan
sekurang-kurangnya 2 kali setahun. Manakala, perjumpaan kelab pula sekurang-
kurangnya 2 kali setiap bulan bersama-sama guru penasihat dan ahli-ahli kelab.

JAWATANKUASA INDUK KELAB ALAM SEKITAR

Penaung
Guru Besar
Encik Abang Zainal
Abidin bin Abang
Zaini

Pengerusi
Penolong Kanan Penolong Kanan
Pentadbiran Penolong Kanan HEM
KOKO
Puan Dayang Puan Aminah binti
Halimah binti Unus Encik Rozalani bin Sisi
Haji Raini

Guru Penasihat Kelab Alam


Sekitar
1. Puan Sudan (K)
2. Puan Juni Zuhairah
3. Puan Patrica

3
Guru Besar
Encik Abang Zainal
Abidin bin Abang Zaini

Penolong Kanan
Pentadbiran
Puan Dayang Halimah
binti Unus

Penolong Kanan HEM


Puan Aminah binti Sisi

Penolong Kanan KOKO


Encik Rozalani bin Haji
Raini

JAWATANKUASA TERTINGGI KELAB PENCINTA ALAM SEKITAR

4
Pengerusi
Nur Humaira binti
Mohd. Noor Abdullah

Setiausaha
Siti Nur Bahyah binti
Hazman

Bendahari
Aleessa Ijah ak Aquino

AJK
Jennetty Sarani ak
Rabony

BAHAGIAN B. KEGIATAN KESEDARAN ALAM SEKITAR TERBAIK

5
Sekolah Kebangsaan Asyakirin telah menyertai Pertandingan 3R – Inspiring Innovation
and Music with Nature di bawah seliaan guru mata pelajaran Sains pada tahun 2015
dan juga pada tahun 2016 (Rujuk Lampiran). Tema bagi kategori sekolah rendah
adalah “SCHOOL FACILITY”. Pasukan murid yang dibentuk (tidak melebihi 5 orang)
bersama dua orang guru pengiring perlu menggunakan bahan-bahan kitar semula atau
terbuang seperti kertas, plastic, bahan logam dan sebagainya untuk membentuk fasiliti
di sekolah seperti rak buku.

Pada 20 Februari 2016, salah seorang wakil kakitangan Sekolah Kebangsaan


Asyakirin turut terlibat dalam aktiviti gotong-royong “Jom Ganyang Aedes” (Rujuk
Lampiran). Wakil daripada Sekolah Kebangsaan Asyakirin iaitu Encik Sofee Haji Kederi.
Pada 28 September 2016 juga, dua orang wakil Sekolah Kebangsaan Asyakirin terlibat
dalam Program Perkhemahan Sains Bertemakan Teknologi Hijau dan Program
Pengauditan Hijau Sekolah Sekolah Rendah dan Menengah iaitu Encik Shahrin bin
Omar dan Encik Safwan bin Sobri. Program dilaksanakan di Mardiah Resort, Bintulu
(Rujuk Lampiran).

Selain itu, sekolah juga turut mempergiatkan usaha yang berkaitan dengan alam
sekitar. Pihak sekolah telah melaksanakan “Projek Tapak Semaian Bunga SK
Asyakirin” pada November 2016. Satu kertas kerja telah diusulkan bagi merealisasikan
perancangan untuk menjadikan SK Asyakirin sebagai “Sekolah dalam Taman”
menjelang tahun 2017. Pelbagai aktiviti dijalankandi bawah projek ini seperti menanam
anak benih bunga di dalam polibeg, membina semula tapak semaian sedia ada yang
terbengkalai, membina landskap taman yang lebih tersusun dan cantik serta
menghijaukan kawasan sekolah dengan pokok yang bersesuaian. Projek ini
dilaksanakan dengan kerjasama seluruh warga sekolah dan juga para pekebun
sekolah.

6
BAHAGIAN C. PENGHIJAUAN SEKOLAH TERBAIK

Amalan 3R / Amalan Mesra Alam

Pihak sekolah juga telah melaksanakan amalan 3R atau amalan mesra alam di
peringkat sekolah yang melibatkan murid, seluruh warga sekolah dan komuniti
setempat seperti ibu bapa. Pihak sekolah telah menyertai satu pertandingan Projek
Kitar Semula yang dianjurkan oleh pihak Petronas bersama dengan Pejabat Pendidikan
Daerah, Bintulu. Pertandingan ini melibatkan 3 buah sekolah rendah dan 3 buah
sekolah menengah di sekitar Bintulu selama 3 bulan. Pihak sekolah mestilah
menyediakan bahan-bahan yang boleh dikitar semula seperti kertas, tin aluminium dan
plastik sahaja. Kutipan bahan-bahan kitar semula tersebut dilakukan pada setiap hari
jumaat. Melalui program ini, murid-murid digalakkan untuk membuang bahan-bahan
yang boleh dikitar semula ke dalam tong sampah kitar semula yang betul.

Hal ini bagi membudayakan amalan menjaga kebersihan alam sekitar sekolah
seterusnya amalan kitar semula bahan-bahan terpakai yang terdapat di sekolah. Murid-
murid disediakan dengan beberapa tong sampah kitar semula untuk membuang bahan-
bahan yang boleh dikitar semula. Melalui program ini juga, pihak ibu bapa turut serta
dalam menjayakan program ini. Contohnya, membawa bahan-bahan yang boleh dikitar
semula daripada rumah masing-masing untuk disumbangkan kepada pihak sekolah
pada setiap hari jumaat.

Program ini mempunyai nilai dan impak yang tinggi dalam kalangan murid-murid
bagi membudayakan sifat mencintai alam sekitar sekolah dan semangat kerjasama ibu
bapa turut menyumbang dalam melancarkan proses pertandingan ini.

7
Gambar Rajah 1 : Tong sampah kitar semula yang disediakan di sekolah.

Gambar Rajah 2 : Mesyuarat Projek Kitar Semula bersama pihak PPD Bintulu.

Penghijauan Taman Dan Persekitaran Sekolah

Pihak sekolah telah bersama-sama bergotong royong untuk menghijaukan persekitaran


sekolah. Pada tahun ini, semua warga sekolah termasuk pihak pentadbir, guru-guru,
staf sekolah, pekebun sekolah serta murid-murid telah turun padang untuk
mencantikkan kawasan sekolah. Aktiviti ini bertujuan untuk menstruktur semula
kawasan taman di kawasan lapang tengah sekolah bagi merealisasikan kewujudan
kawasan taman SERASI yang indah. Aktiviti ini diadakan pada waktu petang dua kali
berturut-turut pada waktu aktiviti unit beruniform murid-murid Tahap 2. Murid-murid juga
diberi pendedahan tentang cara menghiasi kawasan sekolah seperti cara-cara mudah
membuat simen ferro. Aktiviti ini diketuai Guru Besar Sekolah Kebangsaan Asyakirin

8
sendiri iaitU Encik Abang Zainal Abidin bin Abang Zaini. Warga sekolah memberi
kerjasama yang erat tanpa jemu bagi memastikan projek penghijauan sekolah berjalan
lancar. Berikut merupakan beberapa gambar sepanjang projek dilaksanakan:

Gambar sebelum aktiviti.

9
10
Gambar semasa aktiviti.

11
12
13
Gambar semasa aktiviti : Projek simen ferro.

14
15
16
Gambar selepas aktiviti.

17
Perbezaan sebelum dan selepas aktiviti.

18
Projek Taman SERASI SK Asyakirin.

19
Program Pendidikan Khas Integrasi juga mempunyai beberapa tapak tanaman
dan taman yang diusahakan oleh guru-guru, pembantu pengurusan murid dan juga
murid-murid. Tapak tanaman ini digunakan bagi melatih murid untuk bercucuk tanam
dalam kemahiran hidup. Murid-murid didedahkan dengan pelbagai jenis tanaman yang
boleh ditanam dan dituai dalam masa yang singkat. Contohnya, sayur-sayuran seperti
kangkung, daun bawang, bayam, cili, kunyit, lengkuas dan terung. Hasil tuaian sayur-
sayuran tersebut dijual dan dana jualan digunakan untuk menjalankan membiayai
program-program yang ada di kelas Pendidikan Khas. Murid-murid bersama guru-guru
dan staf kelas Pendidikan Khas akan menjalankan kerja-kerja perkebunan seminggu
sekali bagi membersihkan kawasan tanaman dan menjaga kesuburan tanaman.

Murid menuai hasil tanaman kangkung.

Murid membersihkan kawasan tanaman untuk menjaga kesuburan tanaman.

20
Hasil tanaman sayur sawi yang dipaketkan untuk dijual.

Selain itu, kelas Pendidikan Khas Integrasi Sekolah Kebangsaan Asyakirin juga
mempunyai taman-taman yang ditanam dengan pelbagai jenis bunga-bungaan.
Penyediaan taman ini bagi mencantik dan menceriakan kawasan kelas. Persekitaran
kelas yang kondusif juga diambil kira bagi meransang minat murid untuk datang ke
sekolah yang mempunyai persekitaran kelas yang cantik dan bersih. Ibu bapa turut
serta dalam apa-apa program gotong-royong yang telah diadakan oleh kelas
Pendidikan Khas Sekolah Kebangsaan Asyakirin.

Taman PPKI yang sentiasa dijaga bagi mengekalkan kecantikkan dan kebersihannya.

21
Hadapan kelas PPKI yang diceriakan dengan pokok renek dan bunga-bungaan.

22
BAHAGIAN D. KEBERSIHAN DAN KEINDAHAN PERSEKITARAN SEKOLAH

Pengurusan dan kreativiti landskap sekolah Sekolah Kebangsaan Asyakirin lebih


menekankan kepada elemen semulajadi. Pokok-pokok ditanam sebagai langkah
menghijaukan kawasan sekolah. Warga sekolah turut bekerjasama menyumbangkan
tanaman pokok untuk ditanam di sekitar kawasan sekolah. Tong sampah disediakan di
setiap ruang sekolah bagi membolehkan pembuangan sampah yang sistematik dan
bersih. Pihak pekerja sekolah turut sama-sama membantu dalam memastikan sekolah
bersih dan teratur terutamanya dalam penyelenggaraan longkang, parit, tandas dan
lain-lain.Pada tahun 2014, pihak PIBG Sekolah Kebangsaan Asyakirin yang diketuai
Encik Shahran telah melaksanakan gotong-royong telah membersihkan kawasan
hadapan sekolah yang sering dilanda banjir (Rujuk Lampiran). Pihak mereka mendapati
bahawa lubang aliran air ke longkang tersumbat dengan sampah, batuan, lumpur dan
tumbuhan. Mereka turut mengenalpasti beberapa lubang aliran air ke longkang yang
tertimbus dalam tanah. Keadaan ini menyebabkan aliran air ke longkang menjadi
perlahan dan memudahkan air naik secara mendadak sekaligus menyebabkan banjir.
Aktiviti gotong-royong ini telah berjaya mengatasi banjir di kawasan hadapan sekolah.

Keindahan dan kecantikan persekitaran sekolah turut dihias dengan kata-kata


pedoman, nasihat dan sebagainya. Pihak sekolah pernah menyertai Projek Bilik Kelas
Ceria dan Kondusif anjuran PPD Bintulu pada tahun 2016 (Rujuk Lampiran). Projek ini
bertujuan untuk menggalakkan seluruh warga sekolah ke arah kerjasama untuk
mewujudkan suasana persekitaran bilik kelas yang ceria.Pihak sekolah juga telah
melaksananakan projek keceriaan kelas sempena program 3K peringkat Sekolah
Kebangsaan Asyakirin pada tahun 2016 (Rujuk Lampiran). Usaha ini tidak lain dan tidak
bukan untuk memastikan suasana yang cantik dan kondusif supaya murid dapat
menimba ilmu dengan ceria. Usaha ini juga jelas menunjukkan komitmen pihak sekolah
ke arah kecemerlangan meaksanakan tugas. Program ini diberi nama “Kelasku Ceria”
dan dianjurkan oleh Jawatankuasa Keceriaan Kelas 2016. Antara aktiviti yang
dilaksanakan seperti mengecat luar dinding kelas, melukis mural, menghias sudut-sudut
di dalam kelas, menyediakan bunga hidup untuksetiap kelas, pertandingan kelas ceria

23
dan kondusif peringkat sekolah dan mengadakan gotong-royong perdana. Projek ini
melibatkan seluruh warga sekolah dan juga para ibu bapa.

Pada tahun ini juga, projek keceriaan kelas juga masih diteruskan. Penglibatan
bukan sahaja melibatkan warga sekolah tetapi juga melibatkan ibu bapa. Pertandingan
kceriaan kelas terus memberikan semangat kepada seluruh warga sekolah untuk
menceriakan kelas dan juga kawasan sekitar sekolah.

Murid-murid membantu membersihkan dan menceriakan kelas.

Murid membersihkan papan putih di dalam kelas.

24
Guru sedang mengecat dan melukis hiasan dinding koridor berdekatan bilik guru.

Ibu bapa turut sama membantu mengecat kelas.

25
Mural bertemakan hidupan laut.

Pihak Jawatankuasa Keceriaan PPKI Sekolah Kebangsaan Asyakirin juga tidak


terkecuali dengan mengambil inisiatif untuk mengadakan projek keceriaan (Rujuk
Lampiran). Objektif projek keceriaan ini untuk menceriakan kelas dan memberi suasana
pembelajaran baru yang kondusif khasnya untuk murid-murid berkeperluan khas di
PPKI Sekolah Kebangsaan Asyakirin.Projek ini melibatkan guru-guru PPKI, semua
murid PPKI, pembantu pengurusan murid dan ibu bapa. Dinding kelas PPKI dan juga
ruang makan PPKI dihiasi dengan mural dan hiasan yang bertemakan flora dan fauna.

Kawasan kantin juga sentiasa dipastikan supaya sentiasa bersih dan teratur dari
segala aspek seperti ruang makan, ruang jual beli dan sebagainya. Ini kerana
penyediaan kawasan kantin yang ceria dan bersih dapat memberi tahap kesihatan dan
kebersihan yang terbaik kepada seluruh warga sekolah.

26
KANTIN SEKOLAH

Padangan kantin dari luar.

Ruang makan guru dan staf.

27
Kawasan sinki di ruang makan guru dan staf.

Pandangan hadapan bahagian membeli makanan.

28
Pandangan di dalam kawasan kantin.

Pandangan di bahagian dalam kantin.

Bagi pengurusan tandas pula, pihak sekolah sentiasa memastikan kebersihan


tandas hasil daripada kerjasama pihak pekerja pembersihan. Pihak pekerja sentiasa
mencuci tandas secara harian supaya sentiasa terjaga dari aspek bau, lantai, sinki

29
mangkuk tandas dan pengurusan sisa sampah di tandas. Kemudahan di tandas juga
lengkap dan mencukupi. Sememangnya isu tandas telah menjadi keutamaan kepada
seluruh warga sekolah dan juga ibu bapa. Sejak dari tahun 2013 lagi, pihak PIBG
sekolah sentiasa memastikan keadaan tandas dibaik pulih secara keseluruhan (Rujuk
Lampiran). Sehingga kini, pelbagai inisiatif yang diambil oleh pihak sekolah untuk
memastikan tandas sekolah sentiasa dalam keadaan baik dan bersih.Pada Mei 2016,
Jabatan Kerajaan Tempatan, Kementerian Kesejahteraan Bandar, Perumahan dan
Kerajaan Tempatan (KPKT) telah mengadakan Pertandingan Anugerah Tandas Bersih
1Malaysia (ATB1M) peringkat kebangsaan (Rujuk Lampiran). Jadi, pihak sekolah telah
menyertai pertandingan ini yang melibatkan tandas murid aras bawah, tandas kelas
PPKI dan tandas prasekolah. Satu kertas kerja projek telah dibuat untuk menyasarkan
kebersihan dan keceriaan ruang luar tandas, ruang dalam tandas dan keceriaan
kaunter pelbagai seperti sinki, tempat cuci tangan dan cermin.

TANDAS SEKOLAH

Jalan menuju ke tandas dihiasi dengan hiasan dan ceria .

30
Sinki yang ceria dan bersih dilengkapi dengan cecair pencuci, baldi dan pili air
untuk mencuci tangan.

Tandas untuk kegunaan warga sekolah.

31
Hiasan di tandas murid.

Pandangan dari luar tandas murid.

32
Pandangan di dalam tandas murid.

33
LAMPIRAN

34