You are on page 1of 2

SEKOLAH KEBANGSAAN SUNGAI JEJAWI

36000 TELUK INTAN


PERAK DARUL RIDZUAN Tel. No: 05-6552007
No. Fax: 05-6552475
ABA 5015 Kod Sek: ABA 5015
http://skjjv.ppdhilirperak.edu.my

“1MALAYSIA: RAKYAT DIDAHULUKAN PENCAPAIAN DIUTAMAKAN”


Ruj. Kami:SKSJ19/08/17(PPKI)Bil,( 1 )
Tarikh : 8 April 2019

Adabi Consumer Industries Sdn Bhd


Lot 136, Rawang Intergrated Ind Park,
Persiaran Rawang 1,
Taman Industri Integrasi Rawang,
48000 Rawang, Selangor

Tuan,

MEMOHON TAJAAN LAWATAN SAMBIL BELAJAR KE MAPS IPOH BAGI MURID-


MURID PENDIDIKAN KHAS DAN GURU.

Dengan hormatnya perkara di atas adalah dirujuk.

2. Sukacita dimaklumkan bahawa Program Pendidikan Khas Integrasi Bermasalah


Pembelajaran (PPKIBP) sekolah ini akan membawa murid-murid kami untuk mengadakan
lawatan sambil belajar bertempat di MAPS IPOH. Sehubungan dengan itu pihak kami memohon
jasa baik pihak tuan untuk memberi sumbangan kepada pihak kami. Butiran lanjut adalah seperti
berikut:

Tarikh : 30 JULAI 2019


Tempat : MAPS IPOH
Bilangan : 15 orang murid
5 orang guru
: 25 orang ibu bapa

No. talifon : 012- 348 3936 (penyelaras ppki- En Shaharudin)


: 0133922817 (Pn. Fazila)

3. Pihak kami sangat berbesar hati sekiranya pihak tuan sudi membantu kami untuk menaja
program ini. Sumbangan tuan boleh dibuat atas nama : PIBG Sekolah Kebangsaan Sungai
Jejawi melalui nombor akaun 08031010014434 (Bank Islam)
4. Untuk pengetahuan pihak tuan, pelajar-pelajar PPKI di sini terdiri daripada pelajar
istimewa yang mempunyai pelbagai masalah seperti Lembam, Kerencatan Akal Ringan, Down
Sindrom, Hyperaktif, dan Autisme.

Kerjasama dan tindakan daripada pihak tuan selanjutnya amatlah dihargai dan didahului dengan
ucapan terima kasih.
Saya yang menurut perintah,

...................................................
( NOOR FADZILLA BT. MAHMAD RAZALI )
GURU PPKI SKSJ

You might also like