You are on page 1of 5

1.

0 Pengenalan
Menurut Kamus Dewan (2015), kepelbagaian ialah berbagai – bagai jenis. Kepelbagaian
merangkumi banyak perkara sama ada abstrak atau konkrit yang boleh diperoleh di sesuatu
tempat atau kawasan yang sama. Selain itu, budaya pula membawa maksud tamadun,
peradaban, kemajuan fikiran dan akal budi. Maka, sosio-budaya membawa maksud amalan
yang berupa gaya hidup dan peradaban bagi sesuatu masyarakat, lahir dari pegangan dan
kecenderungan diri masyarakat berkenaan dalam berbagai bidang hidup, untuk memberi
kepuasan dan merangsang pembangunan hidup masyarakat itu. Latar budaya yang diwarisi
atau dialami pelajar dalam keluarga, etnik atau masyarakat yang lebih luas mempengaruhi
perkembangan, kepercayaan, pegangan serta keperibadian seseorang. Hal ini bertepatan
dengan Gollnick dan Chin (1990) yang berpendapat bahawa “Culture provides the blueprint
that determines the way an individual thinks, feels and behaves in society”. Justeru,
kepelbagaian sosiobudaya ini pastinya memberi implikasi atau kebaikan terhadap pelbagai
pihak.

Dalam tugasan ini, saya telah menemu bual Puan Vijayaletchmy a/p Muniandy,
pensyarah Institut Pendidikan Guru Kampus Bahasa Melayu untuk mendapatkan maklumat
berkaitan implikasi-implikasi program kepelbagaian sosiobudaya yang telah diadakan di
insititut ini.

2.0 Implikasi Program Kepelbagaian Sosiobudaya

Sistem pentadbiran di institut ini bukan sahaja berperanan untuk memberi pengajaran dan
pembelajaran kepada pelajar semata-mata, bahkan ia merupakan saluran untuk menyemai
sifat kepada pelajar berkenaan dengan wadah perjuangan negara yang sangat
mementingkan nilai–nilai murni dalam masyarakat berbilang kaum demi mencapai
perpaduan. Hal ini bertepatan dengan Mok Soon Sang (2002), guru bukan hanya
menyampaikan ilmu pengetahuan semata-mata tetapi juga menanam sikap, nilai dan sahsiah
yang sempurna dan mematuhi peraturan masyarakat. Perkara-perkara ini telah tercapai
melalui dengan adanya program kepelbagaian sosiobudaya yang telah dilaksanakan di institut
ini.

Menurut Vijayaletchmy, melalui program yang telah diadakan di institut ini, murid dapat
saling mengenali dan menghormati budaya kaum lain dengan terlibat secara sukarela dalam
menjayakan aktiviti budaya bagi kaum lain. Sebagai contoh, persembahan lakonan dan tarian
sewaktu sambutan Tahun Baru Cina baru-baru ini. Terdapat pelajar Melayu dan India juga
menari bagi menjayakan persembahan tarian kipas tersebut. Pelajar-pelajar tersebut

1
berpeluang menggayakan pakaian bagi kaum lain. Selain itu, majlis-majlis yang di sambut ini
ini juga memberi peluang kepada pelajar bagi menjamu atau merasa makanan-makanan
tradisonal bagi kaum-kaum lain. Dengan cara ini setiap pelajar dapat merasa makanan-
makanan bagi setiap kaum tanpa mengira latar belakang kelas sosial masing-masing.
Menurut Rohan Meighan (1986), kelas sosial menggambarkan perbezaan cara hidup atau
pendapatan dalam sesuatu bangsa yang sama. Hal ini kerana makanan yang disediakan
sudah tentulah boleh dimakan oleh setiap orang di kampus tersebut. Oleh itu, apabila pelajar-
pelajar yang berlainan kaum dan budaya terlibat sama dalam aktiviti seumpama ini, mereka
akan lebih mendalami sesuatu budaya kaum tersebut dan secara tidak langsung, pelajar juga
mula belajar bagaimana sikap tolak ansur dan memahami dapat diterapkan dalam menerima
budaya kaum lain.

Antara implikasi yang dihadapi oleh pelajar disebabkan kepelbagaian sosiobudaya


juga termasuklah kaum etnik. Pelajar yang tinggal dan belajar dalam lingkungan satu etnik
yang selalunya mengamalkan budaya, cara fikir dan pandangan dunia yang sama kurang
mendapat pendedahan akan budaya kaum lain. Pemahaman dan kesedaran budaya lain
hanya dipelajari melalui bacaan bukan amalan. Kemungkinan proses penyesuaian diri
dengan kaum atau etnik lain akan menjadi sesuatu yang sukar. Justeru, melalui program
kepelbagaian sosiobudaya yang diadakan, Pelajar akan terdedah kepada amalan, adat
resam, pandangan dan cara fikir kaum etnik yang berbeza sama ada secara sedar ataupun
sebaliknya. Pelajar dalam situasi ini akan dapat belajar dan mengetahui bahasa etnik lain
secara tidak langsung. Perasaan saling menerima dan saling menghormati dapat dipupuk
hasil pergaulan pada masa formal belajar dan secara tidak formal. Malahan, pelajar akan
lebih memahami sesuatu budaya tersebut secara praktikal dan bukan sekadar teori melalui
pembacaan sahaja.

Seterusnya, implikasi kepelbagaian sosiobudaya yang lain ialah pelajar dapat


meningkatkan kemahiran berkomunikasi mengikut laras bahasa yang sesuai. Hal ini kerana
aspek bahasa pengantar turut memberi impak kepada keberkesanan proses pengajaran dan
pembelajaran. Pertembungan dialek yang terdiri daripada pelbagai kaum dan latar belakang
dalam sesebuah kelas dapat diatasi dengan menggunakan satu bahasa pengantar dan
bahasa perpaduan warga negara Malaysia iaitu Bahasa Melayu. Semua pelajar dapat
menggunakan bahasa standard dalam pertuturan dan komunikasi dengan baik. Hal ini secara
tidak langsung dapat meningkatkan kemahiran berbahasa bagi pelajar yang bahasa
pertamanya bukan bahasa Melayu dalam aspek percakapan mahupun penulisan.

2
Pelajar lebih peka terhadap perbezaan agama dan kepercayaan agama masing-
masing. Malahan, pelajar perlu menerima seadanya nilai dan kepercayaan tersebut dan
menjaga sensitiviti sesebuah agama. Sebagai contoh, pelajar bukan Islam memahami dan
dapat menerima bahawa setiap pelajar Islam perlu menunaikan ibadah puasa pada bulan
puasa. Dengan cara ini, mereka akan lebih menghormati pelajar Islam yang sedang
berpuasa. Masyarakat Cina pula percaya bahawa alam semesta ini dikuasai oleh semangat
yang kekuatanya luar biasa. Beberapa semangat itu berada dan hidup didalam fenomena-
fenomena alam seperti langit, matahari, tanah, air, tumbuh-tumbuhan, gunung serta
fenomena-fenomena alam lainnya. Fenomena alam itu diklasifikasikan kepada yang dan yin.
“Yang‟ merupakan prinsip dasar untuk laki-laki, matahari, arah selatan, panasnya cahaya dan
siang yang termasuk keaktifan. Manakala, “yin‟ adalah suatu prinsip seperti wanita, bulan,
arah utara, dingin, gelap (malam), dan segala yang bersifat pasif (Syed Ismail, 2010).
Kepercayaan dalam masyarakat India pula dikaitkan dengan dewa-dewi, unsur alam, unsur
jahat seperti hantu, roh dan penunggu serta kesan-kesan negatif. Sesiapa yang melanggar
kepercayaan biasanya dikatakan akan menerima nasib buruk atau kesan negative.

Berdasarkan temubual, Puan Vijayaletchmy ada menyatakan hal berkenaan program


iftar perdana yang disambut oleh warga kampus ini. Program tersebut dapat menambah
pengetahuan pelajar lain tentang puasa itu sendiri. Ketika program itu dijalankan, pelajar
bukan Islam akan mendahulukan pelajar Islam untuk mengambil makanan kerana memahami
keadaan pelajar Islam yang masih belum makan pada hari tersebut. Seterusnya, program
kepelbagaian sosiobudaya seperti Pencak Bunian dan program Bakawali dapat memberi
pendedahan awal kepada guru terhadap kepelbagaian sosiobudaya yang terdapat di
Malaysia bagi memudahkan guru pelatih berkhidmat sebagai guru kelak. Hal ini agar guru
pelatih akan lebih berhemah dan lebih menghormati nilai setempat dalam berhadapan dengan
murid yang datang daripada pelbagai latar belakang sosiobudaya. Malahan, hal ini dapat
emberi kesedaran terhadap tanggungjawab seorang guru dalam memupuk perpaduan dalam
kalangan murid di sekolah secara tidak langsung dapat merapatkan jurang persefahaman
antara pelbagai kaum dan etnik di Malaysia.

3
3.0 Kesimpulan

Kesimpulannya, program kepelbagaian sosiobudaya yang dijalankan di Institut Pendidikan


Guru Kampus Bahasa Melayu ini memberi peluang kepada pelajar dan pensyarah dalam
mengenali dan mempelajari kepelbagaian budaya yang terdapat di negara kita. Setiap
individu perlu memahami dan menerima kepelbagaian budaya ini dengan hati terbuka demi
menjaga keamanan negara. Selain itu, sistem pendidikan merupakan titik permulaan kepada
pemahaman kepelbagaian budaya. Penekanan perlu diberikan kepada pengintegrasian
pengetahuan, kemahiran asas serta nilai murni bagi perkembangan menyeluruh dari
kepelbagaian kebolehan dan budaya murid. Konsep kebudayaan dalam sosiologi dikatakan
cara hidup yang dipelajari, diubahsuai dan diturunkan dari generasi ke generasi. Hal ini perlu
dijaga dan dipelihara agar keunikan budaya di negara kita akan terus menjadi satu tarikan
pelancong dan juga sebagai satu wahana perpaduan.

4
4.0 Rujukan

Kamus Dewan Edisi Keempat. (2015). Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.

Gollnick, D. M. Chin, P.C. (1998). Multicultural Education in a Pluralistoc Society, 6th Edition.
Upper Saddle River, NJ: Prentice Hall.
Meighan, R. (1986). A Case Study of Democratic Learning in Teacher Education in
Educational Review 38,3. 1986
Mok Soon Sang. (2002). Psikologi Pendidikan untuk Kursus Diploma Perguruan Semester 3.
Subang Jaya: Kumpulan Budiman.
Syed Ismail. (2010). Budaya dan Pembelajaran. Selangor: Penerbitan Multimedia Sdn. Bhd.