You are on page 1of 1

SEKOLAH KEBANGSAAN BUKIT MUTIARA

Jalan Bukit Mutiara 2,


No.Tel : 073516122
Taman Bukit Mutiara, No.Fax : 073516128
81100 Johor Bahru, Johor E-mail : skbmjba1116@gmail.com

Rujukan Kami : jba1116/100-5/3 ( )


Tarikh : 14 April 2019
Ibu/Bapa,

PEMBERITAHUAN BAGI LAWATAN SAMBIL BELAJAR KE MUZIUM LAYANG-LAYANG DAN


MRSM PASIR GUDANG

Adalah dengan hormatnya, perkara di atas dirujuk.


Sukacita dimaklumkan bahawa, pihak sekolah dengan kerjasama Unit Bimbingan dan
Kaunseling dan Unit Kecemerlangan Tahun 6, akan mengadakan Lawatan Sambil Belajar seperti
ketetapan berikut :-

Tarikh : 17 April 2019 (Rabu)


Masa : 7.20 pagi hingga 3.00 petang
Tempat : Muzium Layang-layang dan MRSM Pasir Gudang
Sasaran : Seramai 80 orang Murid
2. Sehubungan dengan itu, murid yang terlibat perlu berbayar sebanyak RM 15 untuk
bayaran makan tengah hari dan tambang bas.
3. Segala kerjasama dan sumbangan tuan terlebih dahulu diucapkan ribuan terima kasih.

Sekian untuk makluman pihak tuan.

Sekian, terima kasih.

‘BERKHIDMAT UNTUK NEGARA’

Saya yang menjalankan amanah.

(Noor Huda Bt Hamid)


Guru Besar
SK Bukit Mutiara,
Johor