You are on page 1of 7

1.

0 Pengenalan

Pentaksiran merupakan bahagian utama dalam pengajaran dan pembelajaran yang merangkumi
semua proses daripada pengujian, penilaian, dan pengukuran. Ciri-ciri pentaksiran yang baik
perlulah merangkumi kesahan, kebolehpercayaan, keobjektifan, kemudahtadbiran, dan
kemudahtafsiran (Abu Bakar Nordin, 1986). Kesahan kandungan merujuk kepada ujian mengukur
apa yang patut diukur. Oleh itu, bagi mendapatkan kesahan kandungan semasa pembinaan ujian,
Jadual Spesifikasi Ujian (JSU) adalah sangat diperlukan sebelum penggubalan item dan ujian
dilaksanakan. Pembinaan JSU juga adalah bertujuan memastikan ujian yang ditadbirkan
mengandungi bilangan item yang tepat dan aras kesukaran yang sejajar dengan hasrat kurikulum.
Menurut Boon Pong Ying et. al (2017), kemahiran guru dalam menggubal item merupakan faktor
penting untuk mengenal pasti murid yang berkualiti. Pembinaan item pula akan menentukan
kebolehpercayaan dan kemudahtadbiran ujian. Kebolehpercayaan ujian juga boleh dilihat apabila
tiada unsur tekaan dalam menjawab sesuatu item (Ng See, 1991).

Oleh itu, untuk mendapatkan kebolehpercayaan, prinsip semasa memasang item ujian yang
akan saya bina adalah memasikan item tidak bertindan dan tidak memberikan bayangan jawapan
untuk item lain. Selain itu, bagi kemudahtadbiran pula, saya mengambil kira ciri berikut semasa
menyediakan kertas ujian iaitu, arahan yang diberikan kepada calon jelas dan mudah difahami (sila
rujuk muka depan kertas ujian), tempoh masa ujian adalah sesuai, dan item ujian dipasang tersusun.
Saya telah membina JSU bagi mata pelajaran Matematik tahun 3. Soalan saya merangkumi
bahagian A iaitu soalan aneka pilihan yang mempunyai pilihan jawapan A, B,C dan D.

2.0 Jadual Analisis Item


2.1 Hasil Dapatan Analisis Item

Proses analisis item bagi soalan objektif dilaksanakan dengan menganalisis indeks kesukaran dan
indeks diskriminasi bagi setiap item yang telah saya bina. Saya telah mentadbir ujian yang
melibatkan 34 orang murid tahun 5 Amal SK Sg Machang, Lenggeng semasa Program Berasaskan
Sekolah (PBS) yang lalu. Analisis item akan dibuat melibatkan 15 item objektif. Analisis ini juga
melibatkan kumpulan tinggi dan kumpulan rendah. Oleh itu daripada 34 orang murid, saya telah
mengambil 33 peratus daripada jumlah murid berdasarkan markah yang tertinggi dan 33 peratus
juga berdasarkan markah terendah iaitu seramai 11 orang tertinggi dan 11 orang terendah.
Seterusnya, saya akan mengira indeks kesukaran dan indeks diskriminasi untuk setiap item ujian
dan rumuskan tahap kesukaran soalan atau item tersebut.

2.2 Indeks Kesukaran Item (IK)

Indeks kesukaran (IK) menunjukkan aras kesukaran sesuatu item, iaitu sama ada sesuatu item itu
mudah dijawab atau sukar dijawab. Pengukuran IK adalah bertujuan untuk mengenal pasti konsep
yang perlu diajar semula, iaitu apabila guru mendapati item yang dibina tidak dapat dijawab oleh
sebahagian besar pelajar. Selain itu, IK juga mampu mengenal pasti dan melaporkan kekuatan dan
kelemahan bahagian-bahagian kurikulum, iaitu sama ada murid dapat menguasai sesuatu sukatan
itu. IK turut memberi maklum balas kepada murid tentang kekuatan dan kelemahan mereka bagi
setiap tajuk pengajaran yang diuji. Formula pengiraan Indeks Kesukaran (IK) adalah seperti berikut:

𝐍𝐓+ 𝐍𝐑
Indeks Kesukaran =
𝐍

𝑁𝑇 = Bilangan calon kumpulan pada aras tinggi yang menjawab dengan betul.
𝑁𝑅 = Bilangan calon kumpulan pada aras rendah yang menjawab dengan betul.
N = Jumlah calon dalam kedua-dua kumpulan tinggi dan rendah.

Indeks Kesukaran (I.K) Pentafsiran Item Keputusan

IK > 0.33 Tinggi (Sukar) Ubah suai item


0.34−0.66 Sederhana Item Sesuai
0.67−1.0 Rendah (Mudah) Item Diterima

Nilai IK adalah berada dalam julat 0.0 hingga 1.0. Semakin tinggi bilangan murid menjawab
sesuatu item itu dengan betul, maka semakin mudah item tersebut (Wood, 1960).

No. Item Bil. Jawapan Pengiraan IK Pentaksiran Item Penerimaan Item


Betul
1. 29 𝟏𝟏+𝟕 Rendah Ubah Suai
IK= 𝟐𝟐
=0.82

2. 31 𝟏𝟏+𝟗 Rendah Ubah Suai


IK= 𝟐𝟐
=0.91

3. 19 𝟏𝟏+𝟐 Sederhana Terima


IK= 𝟐𝟐
=0.59

4. 24 𝟏𝟏+𝟒 Rendah Terima


IK= =0.68
𝟐𝟐

5. 27 𝟏𝟏+𝟕 Rendah Ubah Suai


IK= =0.86
𝟐𝟐

6. 19 𝟏𝟏+𝟐 Sederhana Terima


IK= 𝟐𝟐
=0.59

7. 9 𝟕+𝟎 Tinggi Ubah Suai


IK= 𝟐𝟐
=0.32

8. 19 𝟔+𝟑 Sederhana Terima


IK= 𝟐𝟐
=0.41

9. 24 𝟏𝟏+𝟔 Rendah Terima


IK= =0.77
𝟐𝟐

10. 21 𝟖+𝟒 Sederhana Terima


IK= 𝟐𝟐
=0.55

11. 8 𝟔+𝟎 Tinggi Ubah Suai


IK= 𝟐𝟐
=0.27
12. 16 𝟏𝟎+𝟐 Sederhana Terima
IK= =0.55
𝟐𝟐

13. 18 𝟗+𝟐 Sederhana Terima


IK= 𝟐𝟐
=0.50

14. 27 𝟗+𝟖 Rendah Terima


IK= 𝟐𝟐
=0.77

15. 9 𝟖+𝟎 Sederhana Terima


IK= 𝟐𝟐
=0.36

Jadual 2.2

2.2.1 Huraian Analisis Indeks Kesukaran Item

Jadual 2.2 merupakan analisis keseluruhan indeks kesukaran item objektif. Jadual tersebut boleh
dirujuk pada jawapan yang diberi oleh murid. Berdasarkan jadual tersebut didapati bahawa
sebanyak 7 item iaitu 46.7% dalam kategori sederhana iaitu dalam lingkungan indeks kesukaran
0.34−0.66. Di samping itu, hanya 3 item objektif dalam lingkungan indeks kesukaran IK > 0.8 iaitu
item terlalu mudah dan perlu diubahsuai iaitu item soalan 1, 2 dan 5. Indeks kesukaran bagi item
soalan 2 iaitu 0.91 menunjukkan hampir semua murid dapat menjawabnya dengan mudah. Oleh
itu, item-item soalan ini tidak boleh disimpan dalam bank soalan dan perlu diubah suai untuk menjadi
item soalan berkategori sederhana. Manakala terdapat 2 item (13%) iaitu item soalan 7 dan 11 yang
mempunyai indeks dalam lingkungan IK kurang daripada 0.33 yang ditafsirkan sebagai item yang
terlalu sukar dan perlu diubahsuai untuk menurunkan tahap kesukaran kepada tahap sederhana
supaya dapat dijawab oleh semua murid

2.3 Indeks Diskriminasi Item

Indeks Diskriminasi (ID) digunakan untuk membezakan pencapaian antara murid kumpulan tinggi
dan murid berkumpulan rendah. Mehrens dan Lehmann (1991) berpendapat bahawa item yang baik
akan dapat membezakan atau mendiskriminasikan antara murid yang berkeupayaan rendah dan
yang berkeupayaan tinggi. Julat ID boleh berada dalam lingkungan -1.00 hingga 1.00. Diskriminasi
yang positif menunjukkan bahawa item tersebut boleh dijawab oleh ramai murid kumpulan tinggi
tetapi ramai murid kumpulan rendah yang tidak dapat menjawabnya dengan betul. Diskriminasi
yang negatif pula menunjukkan bahawa item tersebut tidak boleh dijawab oleh ramai murid
kumpulan tinggi tetapi kumpulan rendah pula yang boleh menjawabnya. Formula pengiraan Indeks
Diskriminasi (ID) adalah seperti berikut:

𝐍𝐓− 𝐍𝐑
I.D. = 𝟏
𝐍
𝟐

𝑁𝑇 = Bilangan calon kumpulan pada aras tinggi yang menjawab dengan betul.
𝑁𝑅 = Bilangan calon kumpulan pada aras rendah yang menjawab dengan betul.
N = Jumlah calon dalam kedua-dua kumpulan tinggi dan rendah.

Indeks Diskriminasi (I.D) Pentafsiran Item Keputusan

ID > 0.4 Diskriminasi tinggi Item amat sesuai diterima


0.20−0.39 Diskriminasi sederhana Item perlu diubahsuai dan
dicuba sekali lagi
0.10−0.19 Diskriminasi rendah Item perlu disemak semula
ID < 0.1 Kurang diskriminasi Item perlu dibuang

No. Item Bil. Jawapan Pengiraan IK Pentaksiran Item Penerimaan Item


Betul
1. 29 𝟏𝟏−𝟕 Diskriminasi sederhana Ubahsuai item & cuba
ID= 𝟏𝟏
=0.36
semula
2. 31 𝟏𝟏−𝟗 Diskriminasi rendah Semak & tulis semula
ID= 𝟏𝟏
=0.18

3. 19 𝟏𝟏−𝟐 Diskriminasi tinggi Amat sesuai diterima


ID= 𝟏𝟏
=0.82

4. 24 𝟏𝟏−𝟒 Diskriminasi tinggi Amat sesuai diterima


ID= 𝟏𝟏
=0.64

5. 27 𝟏𝟏−𝟕 Diskriminasi sederhana Ubahsuai item & cuba


ID= 𝟏𝟏
=0.27
semula
6. 19 𝟏𝟏−𝟐 Diskriminasi tinggi Amat sesuai diterima
ID= 𝟏𝟏
=0.82

7. 9 𝟕−𝟎 Diskriminasi tinggi Amat sesuai diterima


ID= 𝟏𝟏
=0.64

8. 19 𝟔−𝟑 Diskriminasi sederhana Ubahsuai item & cuba


ID= 𝟏𝟏
=0.27
semula
9. 24 𝟏𝟏−𝟔 Diskriminasi tinggi Amat sesuai diterima
ID= 𝟏𝟏
=0.45

10. 21 𝟖−𝟒 Diskriminasi sederhana Ubahsuai item & cuba


ID= 𝟏𝟏
=0.36
semula
11. 8 𝟔−𝟎 Diskriminasi tinggi Amat sesuai diterima
ID= 𝟏𝟏
=0.55

12. 16 𝟏𝟎−𝟐 Diskriminasi tinggi Amat sesuai diterima


ID= 𝟏𝟏
=0.72

13. 18 𝟗−𝟐 Diskriminasi tinggi Amat sesuai diterima


ID= 𝟏𝟏
=0.64

14. 27 𝟗−𝟖 Kurang diskriminasi Dibuang


ID= 𝟏𝟏
=0.09

15. 9 𝟖−𝟎 Diskriminasi tinggi Amat sesuai diterima


ID= =0.72
𝟏𝟏

2.3.1 Huraian Analisis Indeks Diskriminasi Item


Berdasarkan daripada jawapan yang diberi oleh murid-murid 5 Amal. Kami dapati bahawa, 9 item iaitu
60% daripada keseluruhan soalan ditafsir dalam kategori item yang mempunyai diskriminasi positif yang
tinggi I.D. > 0.4 dimana keputusannya amat sesuai diterima. Terdapat 4 item soalan iaitu 26.7% (item
soalan 3, 6, 12, dan 15) yang mempunyai Indeks Diskriminasi yang lebih daripada 0.70. Hal ini
menunjukkan soalan-soalan ini mempunyai diskriminasi positif yang tinggi. Soalan-soalan ini mampu
membezakan murid yang cerdas dan lemah dengan lebih berkesan. Oleh itu, item-item ini amat sesuai
diterima dan boleh dikekalkan dalam kertas ujian. Item-item tersebut juga boleh disimpan dalam bank
soalan untuk kegunaan masa hadapan.

Seterusnya, terdapat 4 item (item 1, 5, 8 dan 10) yang berdiskriminasi sederhana iaitu antara
0.20 – 0.39. Antara item yang mempunyai ID sederhana adalah item 1 (0.36), item 5 (0.27), item 8 (0.27)
dan item 10 (0.36). Kesemua item ini mempunyai diskriminasi yang positif tetapi pada tahap yang
sederhana dan ia perlu diubah suai dan digubal semula bagi menambahkan lagi keberkesanan penilaian
yang dibuat. Keempat-empat item ini adalah menjadi 26.7% daripada keseluruhan item soalan. Soalan-
soalan tersebut perlu diubahsuai untuk meningkatkan diskriminasi positif untuk menjadikan soalan yang
berkualiti dan boleh disimpan dalam bank soalan untuk ujian pada masa hadapan.

Seterusnya, berdasarkan jadual tersebut kami mendapati bahawa 1 item ditafsir dalam kategori
item yang mempunyai diskriminasi positif yang rendah (0.10−0.19) iaitu 6.7% daripada keseluruhan
soalan. Keputusannya item tersebut perlu ditulis semula. Hal ini kerana item soalan 2 perlu diubahsuai
untuk meningkatkan diskriminasi positif yang tinggi. Dengan itu, kesemua soalan ini dapat disimpan
dalam bank soalan untuk menjamin ujian yang kualiti dan juga adil kepada semua murid. Terdapat 1
soalan yang mempunyai indeks diskriminasi negatif iaitu indek diskriminasinya kurang daripada 0.1, item
14 (0.09), dan soalan tersebut dikatakan tidak baik untuk PRN kerana ia secara songsang membezakan
pelajar pandai daripada pelajar lemah, iaitu lebih ramai pelajar lemah dapat menjawab soalan–soalan ini
dengan betul berbanding pelajar pandai. Item tersebut ialah item buruk dan harus dibuang.

2.4 Analisis Distraktor

Indeks diskriminasi item perlu diperoleh bagi setiap item untuk menentukan keberkesanan pengganggu.
Nilai diskriminasi bagi jawapan betul adalah positif dan nilai diskriminasi bagi pengganggu sepatutnya
rendah atau negatif. Pengganggu perlu diteliti dengan betul apabila item menunjukkan nilai diskriminasi
positif yang besar.

Item 3 dengan indeks diskriminasinya 0.82 ;

Item Kumpulan A B C D
Tinggi 11
3 Rendah 7 1 1 2
RUMUSAN
Distraktor yang baik dan berkesan kerana ramai murid lemah yang memilih
A
jawapan ini
B Distraktor yang agak baik kerana ada murid lemah yang memilih jawapan ini
C Distraktor yang agak baik kerana ada murid lemah yang memilih jawapan ini

Item 6 dengan indeks diskriminasinya 0.82 ;

Item Kumpulan A B C D
Tinggi 11
Rendah 2 7 2
RUMUSAN
B Distraktor yang baik kerana lebih ramai murid lemah memilih jawapan ini
C Distraktor yang lemah kerana tiada pilihan dari mana-mana kumpulan
D Distraktor yang agak baik kerana ada murid lemah yang memilih jawapan ini

Item 14 dengan indeks diskriminasinya 0.09 ;

Item Kumpulan A B C D
Tinggi 9 2
5 Rendah 8 3
RUMUSAN
B Distraktor yang baik kerana lebih ramai murid lemah memilih jawapan ini
C Distraktor yang lemah kerana tiada pilihan dari mana-mana kumpulan
Distraktor yang lemah kerana lebih ramai murid prestasi tinggi memilih
D
jawapan ini.

Distraktor B merupakan distraktor yang sangat baik kerana dipilih oleh 3 orang murid lemah manakala
pilihan D pula dipilih 3 murid lemah. Namun demikian saya berpendapat hal ini kerana murid yang lemah
tidak melihat dengan teliti perkataan BUKAN pada soalan tersebut. Gambar buah pisang yang jelas dan
juga distraktor A yang memberikan pilihan ‘berbuah’ membuatkan murid lemah segera memilih A sebagai
pilihan jawapan.

Selain itu, saya juga berpendapat bahawa murid kumpulan prestasi tinggi perlu untuk memantapkan
pengetahuan mereka dengan diberikan pelbagai lagi latihan pengayaan supaya mereka tidak akan
memilih distraktor-distraktor yang hampir sama dengan jawapan kunci/ jawapan sebenar.

3.0 Analisis Pencapaian Murid dalam Item Kategori Terlalu Sukar


4.0 Analisis Pencapaian Murid dalam Item Kategori Terlalu Mudah
5.0 Item Soalan yang Telah Diubahsuai
6.0 Rujukan
7.0 Lampiran