You are on page 1of 14

EDU 3026: PENGAJARAN, TEKNOLOGI DAN PENAKSIRAN 2

TAJUK

Bahagian III
Laporan Kajian Tindakan Yang
Dilaksanakan Berdasarkan Isu P& P
Yang Dihadapi Oleh Guru

KUMPULAN
EL N04

DISEDIAKAN OLEH
NAMA NO. ID NO. TELEFON
SIEW AI FEI 840917-05-5698 012-2219507

NAMA TUTOR E-LEARNING: PN. ROSNIDAR BINTI MANSOR

TARIKH SERAH: __30 NOVEMBER 2011______________

1
Pengenalan
Era globalisasi pendidikan semakin berkembang pesat terutamanya pada zaman milenium ini. Dunia
pendidikan mengalami pelbagai perubahan di mana satu ledakan ilmu yang bukan sahaja perlu dimuridi malah
perlu dikuasai. Ia menjadi satu kemestian untuk melengkapkan diri seseorang individu agar berupaya
menghadapi keseimbangan hidup di dunia kontemporari yang semakin mencabar. Matematik ialah ilmu
berstruktur dan berhierarki, justeru itu setiap individu murid mesti memahami dan menguasai konsep-konsep
asas dalam matematik. Tambahan pula boleh dikatakan setiap aktiviti sosial manusia tidak terpisah daripada
menggunakan matematik.

Murid-murid telah mula didedahkan dengan unsur-unsur masalah matematik berayat pada tahap satu. Murid
dikehendaki memilih operasi tambah, tolak, darab dan bahagi bergantung kepada arahan soalan yang
melibatkan satu langkah penyelesaian sahaja. Kebanyakan dapat diperhatikan murid cukup berminat dalam
mengikuti kelas matematik dan prestasi pencapaian pada tahap satu amat membanggakan dan ia
mengambarkan bahawa mata pelajaran matematik pada saat itu amat menyeronokkan. Pada tahap dua pula
murid dikehendaki menyelesaikan soalan matematik yang memerlukan lebih daripada satu langkah
penyelesaian. Strategi penyelesaian soalan matematik dengan memilih operasi yang betul sahaja mungkin
tidak menepati arahan soalan kerana ia juga mungkin mempunyai dua langkah penyelesaian untuk
menghasilkan penyelesaian yang sempurna. Maka kebanyakkan keseronokkan tadi akan berubah apabila
minat murid mula berkurangan terhadap mata pelajaran matematik yang juga menakut murid kepada bentuk
soalan bertambah sukar bagi mereka. ‘Minat’ di sini bermaksud tertarik kepada matematik atau merasa ingin
memberi perhatian kepadanya. Prestasi murid tahap dua juga kurang memuaskan berbanding dengan tahap
satu murid tersebut.

Murid juga diperhatikan kurang membuat soalan yang mencabar minda mereka. Jika mereka selalu dibimbing
dan diberi latihan mereka akan lebih mengingati dan melihat persamaan dan perbezaan dalam teknik
penyelesaian masalah. Murid akan memmuridi teknik pengumpulan maklumat, menyusun mengikut operasi
yang akan dilakukan serta melaksanakannya. Pengalaman berulang akan memperkukuhkan kemahiran dalam
penyelesaian soalan matematik .

Pernyataan Masalah
Kelemahan murid dalam mata pelajaran matematik sering menjadi tajuk perbincangan setiap lapisan
masyarakat dan menjadi fokus utama media terutamanya semasa keputusan peperiksaan diumumkan. Rata-
rata mengatakan prestasi murid dalam menjawab soalan matematik amat rendah. Program Matematik KBSR
bertujuan untuk membimbing murid menguasai kemahiran asas mengira empat operasi iaitu tambah, tolak,
darab dan bahagi. Maka kandungan sukatan matematik KBSR adalah asas untuk murid menangani masalah
kehidupan harian di samping persediaan mengikuti program matematik KBSM.

2
Sesuatu masalah iaitu persoalan untuk mendapatkan jawapan yang bermula dari sekumpulan maklumat yang
diberi secara terus dan jelas ataupun tersirat. Dalam usaha menyelesaikan sesuatu soalan matematik , ada
kalanya konsep baru perlu dicipta dan menyiasat dengan kritis fakta-fakta berhubung dengan konsep baru
tersebut. Namun penyelesaian soalan matematik bukan merupakan satu penyelesaian yang mekanis dan
rutin tetapi ia sebagai proses yang melibatkan penggunaan mental secara kreatif dan kritis. Terdapat dua
fenomena yang mungkin memberi sumbangan kepada kelemahan kemahiran penyelesaian soalan dalam
matematik. Pertama murid menghadapi kesukaran memahami soalan panjang dalam penyelesaian masalah
oleh itu murid tidak dapat menterjemah kehendak soalan. Kedua sikap negatif murid terhadap matematik
menyebabkan mereka kurang berminat, malas membuat latihan, cuai dan tidak membaca soalan panjang
dengan baik.

Pemilihan Sampel Kajian


Sampel ialah sumber untuk mendapatkan data. Populasi bagi kajian ini adalah merupakan murid sekolah
rendah khususnya murid tahun 5H yang terdiri daripada 36 orang murid di SJKC Ladang Sua Betong , Port
Dickson. Dalam ujian peperiksaan sekolah ke-3 , terdapat 12 orang murid gagal dalam mata pelajaran
matematik iaitu satu per tiga daripada satu kelas .
Rasional pemilihan sampel kajian di kalangan murid tahun 5H adalah kerana tahap tersebut merupakan tahap
yang akan menghadap peperiksaan UPSR pada tahun depan . Oleh kerana murid berada dalam tahun
5, maka mereka dianggap telah melalui dan sepatutnya menguasai kemahiran asas membaca, menulis dan
mengira. Pada tahap ini, mereka telah dipecahkan kepada aliran-aliran tertentu mengikut kebolehan serta
pencapaian masing-masing. Walau bagaimanapun, mata pelajaran matematik adalah merupakan
matapelajaran teras yang wajib diambil oleh semua murid tidak kira apa juga aliran. Oleh itu, adalah penting
untuk kita mengetahui tahap minat terhadap matematik, faktor-faktor yang menggalakkan minat murid
terhadap matematik dan masalah yang boleh menyebabkan matematik tidak diminati pada murid Tahun 5H ini.
Kajian ini juga mengaitkan minat murid dan pendekatan pengajaran guru dalam masalah matematik ,membuat
latihan , membuat persediaan untuk peperiksaan dan menghadapi ujian atau peperiksaan . Diharap selepas
kajian , peratusan murid yang gagal akan kurang.

Batasan Kajian
Data dalam kajian ini dikumpulkan melalui borang soal selidik dan kejujuran telah ditegaskan semasa
instrumen ditadbirkan di bawah bimbingan saya. Subjek kajian atau murid tidak dibenarkan berbincang di
antara satu sama lain semasa menjawab dan mereka diingatkan dari masa ke semasa bahawa tiada jawapan
yang betul bagi setiap item. Setiap item dibacakan sekurang-kurangnya dua kali kepada subjek kajian atau
murid dan segala kesukaran dalam memahami kehendak item dijelaskan oleh saya. Ini kerana umur subjek
kajian atau murid yang masih muda iaitu 11 tahun.

3
Kaedah Pungutan Data
Pemungutan data berdasarkan borang soal selidik yang mengandungi item-item berkaitan dan boleh
mempengaruhi pencapaian matematik murid. Soal selidik yang dibina menggunakan Format Skala Likert 4
mata.
Skala 1 Amat Tidak Setuju (ATS)
Skala 2 Tidak Setuju (TS)
Skala 3 Setuju (S)
Skala 4 Amat Setuju (AS)

Murid diminta bulatkan di nombor skala yang diberikan berdasarkan kepada mereka yang pernah melakukan
atau mengiatkan keadaan yang dicadangkan oleh pernyataan yang diberi.

Reka Bentuk Kajian


Reka bentuk yang digunakan untuk kajian ini adalah jenis soal selidik. Kaedah ini adalah sesuai dan mudah
untuk mendapatkan maklumbalas daripada responden yang ramai. Kaedah ini bersesuaian dengan tujuan
untuk melihat masalah murid dalam penyelesaian soalan dalam matematik. Kaedah ini melibatkan proses
penyediaan soal selidik, mengutip data dan akhir sekali menganalisis data. Alat penyelidikan ini telah diuji
kesahan dan kebolehpercayaannya terlebih dahulu dalam kajian rintis. Ini bertujuan untuk mempastikan
supaya alat kajian tersebut sesuai digunakan dalam kajian ini.
Soalan soal selidik ini mengandungi 5 bahagian iaitu Bahagian A , Bahagian B, Bahagian C , Bahagian D dan
Bahagian E .Bahagian A mengandungi 15 item yang mengandungi maklumat minat murid. Manakala Bahagian
B pula mengandungi 11 item tentang pendekatan guru . Bahagian C mengandungi 7 item yang yang
mengadungi maklumat murid membuat latihan Matematik. Bahagian D pula mengandungi 5 item sahaja
tentang murid membuat persediaan untuk peperiksaan dan akhir sekali Bahagian E mengandungi 7 item
tentang murid menghadapi ujian atau peperiksaan.

Bahagian Faktor Bilangan Item


A Minat 15
B Pendekatan Guru 11
C Membuat Latihan Matematik 7
D Membuat Persediaan Untuk Peperiksaan 5
E Menghadapi Ujian Atau Peperiksaan 7
Jadual 1 : Pecahan Item Mengikut Bahagian

Analisis Data
Analisis data dibuat secara kuantitatif dan data yang diperolehi dianalisis dengan kaedah statistik. Ujian
deskriptif digunakan untuk mengetahui tanggapan murid terhadap kecenderungan minat mereka pada
pengajaran guru matematik dan juga untuk mengetahui sejauh manakah responden terhadap penyelesaian

4
soalan matematik. Data yang dipungut melalui borang soal selidik dianalisis dengan menggunakan bantuan
komputer. Statistik yang digunakan adalah peratus.

Faktor Minat
Faktor utama minat dalam penyelesaian soalan matematik bergantung kepada item A1 , A5 dan A6. Daripada
penganalisian data gambaran bagi item A1 (58% setuju)iaitu matematik adalah satu mata pelajaran yang
diminati dan A5(65% amat setuju) ialah murid berasa bangga apabila dapat menjawab soalan penyelesaian
masalah Matematik dengan betul serta A6 ( 56% setuju ) iaitu murid akan cuba menjawab semua soalan
Matematik yang diberi oleh guru.
Jadual 2
Analisis item Bahagian A ( Minat ) mengikut peratus Skala Likert

Item % Amat % % %
Tidak Tidak Setuju Amat
Setuju Setuju Setuju
1. Matematik adalah mata pelajaran yang saya minati. 8 11 58 22
2. Saya seronok belajar dalam Matematik. 8 8 44 39
3. Saya selalu membuat latihan Matematik sendiri di rumah. 3 28 42 28
4. Semakin banyak saya memmuridi Matematik,semakin 11 17 39 33
saya menyukainya.
5. Saya berasa bangga apabila dapat menjawab soalan 3 8 28 61
penyelesaian masalah Matematik dengan bentul.
6. Saya akan cuba menjawab sumua soalan Matematik 6 8 56 31
yang diberikan oleh guru .
7. Soalan Matematik dapat dijawab jika saya membaca - 8 50 42
soalan dengan teliti dan yakin.
8. Masalah-masalah harian yang berkaitan dengan 3 33 33 31
Matematik dapat saya selesaikan.
9. Saya tidak suka menangguhkan kerja sekolah Matematik. 17 17 44 22
10. Saya sentiasa menanti pembelajaran Matematikdi 17 14 25 17
sekolah.
11. Saya akan berbincang dengan kawan semasa menjawab 17 17 31 36
soalan Matematik.
12. Langkah-langkah menjawab soalan Matematik amat 6 22 44 28
bermakna buat saya.
13. Saya akan betanya guru apabila menghadapi masalah 3 19 39 39
dalam Matematik.
14. Saya akan mengisi masa lapang dengan membuat 17 25 44 14
latihan tambahan Matematik.
15. Soalan bercerita dalam penyelesaian masalah Matematik 11 36 31 22
amat mudah difahami.

5
Jadual 2 menunjukkan hasil analisis 15 item bagi minat murid. Didapati skor purata yang tertinggi iaitu bagi
item A1, A2, A5, A6 dan A7 bagi minat murid merupakan faktor dorongan mereka sendiri untuk belajar atau
‘motivasi dalaman’ yang mungkin juga merupakan antara faktor dalam mendapat rangsangan daripada
pengalaman yang lepas terhadap mata murid dalam matematik atau mendapat guru yang baik dan memahami
murid tersebut. Berdasarkan purata lebih daripada 3 boleh dikatakan bahawa maklumbalas keseluruhan murid
amat positif terhadap faktor minat bagi mereka yang diuji.

Faktor Pendekatan
Faktor utama pendekatan guru dalam penyelesaian soalan matematik bergantung kepada item item B3,B7,B8
dan B10. Daripada penganalisian data gambaran bagi item B3 (53% amat setuju)iaitu guru Matematik banyak
menujuk contoh-contoh soalan Matematik dan B7(50% amat setuju) ialah guru Matematik menerangkan
pelbagai kaedah Matematik dengan jelas serta B8 ( 47% amat setuju ) iaitu latihan Matematik yang diberikan
oleh guru amat mencukupi. Manakala dalam B10 terdapat 42% murid setuju dan 44% murid amat setuju
dalam soalan Matematik mempengaruhi pengetahuan sedia ada dalam menjawab soalan .

Jadual 3
Analisis item Bahagian B ( Pendekatan Guru )mengikut peratus Skala Likert

Item % Amat % % %
Tidak Tidak Setuju Amat
Setuju Setuju Setuju
1. Guru Matematik sentiasa member motivasi dan semangat 11 8 39 39
untuk terus belajar dalam Matematik.
2. Pengajaran guru Matematik menarik minat saya. 3 19 39 36
3. Guru Matematik banyak menujuk contoh-contoh soalan - 6 36 56
Matematik.
4. Guru Matematik sentiasa mengajar dengan alat Bantu 3 22 44 28
mengajar yang menarik.
5. Saya suka belajar Matematik kerana ia mudah difahami. 3 22 33 39
6. Guru Matematik saya sentiasa bersungguh-sungguh dan 8 6 44 39
bersemangat untuk mengajar Matematik.
7. Guru Matematik menerangkan pelbagai kaedah Matematik 6 8 33 50
dengan jelas.
8. Latihan Matematik yang diberikan amat mencukupi. 6 8 36 47
9. Guru sentiasa memberikan soalan Matematik yang 6 25 28 39
mencabar.
10. Soalan Matematik mempengaruhi pengetahuan sedia ada 3 8 42 44
saya dalam menjawab soalan.

6
11. Bahasa dalam Matematik amat mudah difahami. 11 22 39 25

Dalam jadual 3 menunjuk faktor pendekatan guru dalam penyelesaian masalah matematik bergantung kepada
item-item yang mempunyai peratusan tertinggi iaitu dengan merujuk kepada item B3, B7 dan B8. Jadual 3
menunjukkan peratus item-item yang dipersetujui oleh murid. Daripada dapatan data dan analisis didapati guru
merupakan idola atau ikutan bagi murid dan sehubungan dengan itu peribahasa melayu ada menyebut “Bapa
burik anaknya tentu rintik.” yang mengaitkan hubungan guru dan murid amat bergantungan secara positif
mengikut teladan yang ditunjukkan oleh guru. Justeru itu murid akan membuat persepsi ke atas guru mereka
berdasarkan apa yang diperhatikan dan dipertontonkan kepada murid.

Faktor Membuat Latihan dan Tugasan


Faktor utama membuat latihan dan tugasan dalam penyelesaian soalan matematik bergantung kepada item
item C1,C4 dan C5. Daripada penganalisian data gambaran bagi item C1 (47% setuju)iaitu sebaik sahaja
menerima tugasan untuk subjek Matematik , murid terus membuatnya tanpa melengahkan masa dan C4(56%
amat setuju) ialah murid menepati masa untuk menyiapkan dan menghantar semua tugasan kerja Matematik
serta C5 ( 53% setuju ) iaitu murid membuat tugasan atau kerja rumah setelah murid menetahui kaedah yang
sebenar untuk menyelesaikan tugasan tersebut.

Dalam jadual 4 menujuk purata yang rendah dengan merujuk item C2 ( 22% tidak setuju ) dan C3 ( 39% tidak
setuju) yang menekankan kepada tugasan atau latihan tambahan yang diberikan oleh guru di mana murid
mungkin tidak dapat menerima arahan guru matematik mereka. Murid mungkin mengganggap tugasan atau
latihan sebagai beban dan tekan kepada mereka.

Jadual 4
Analisis item Bahagian Bahagian C (membuat latihan/tugasan)mengikut peratus Skala Likert

Item % Amat % % %
Tidak Tidak Setuju Amat
Setuju Setuju Setuju
1. Sebaik sahaja menerima tugasan untuk subjek 3 22 47 28
matematik,saya terus membuatnya tanpa melengahkan
masa.
2. Apabila saya berasa kurang jelas tentang jalan kerja yang 14 22 42 22
harus digunakan, saya mendapatkan penjelasan daripada
guru matematik
3. Saya cuba mendapatkan contoh-contoh penyelesaian 6 39 36 39
matematik daripada bahan-bahan selain daripada buku

7
teks seperti buku-buku rujukan dan buku-buku
latihanmatematik di pasaran.
4. Saya menepati masa untuk menyiapkan dan menghantar 3 19 22 56
semua tugasan kerja matematik.
5. Saya membuat tugasan atau kerja rumah setelah saya 6 6 53 36
mengetahui kaedah yang sebenar untuk
menyelesaikantugasan tersebut.
6. Apabila saya menerima semula tugasan yang sudah 6 17 39 39
disemak oleh guru, saya mengambil perhatian tentang
sebarang pembetulan dan ulasan tentang kaedah yang
saya gunakan.
7. Saya menyemak semula jalan kerja dan kaedah yang 14 19 44 22
saya gunakan untuk menyelesakan tugasan yang diberi
sebelum menghantarnya

Berdasarkan kajian ke atas pelajar-pelajar yang mendapat keputusan cemerlang dalam peperiksaan UPSR
sebelum ini, antara faktor kejayaan mereka ialah membuat soalan-soalan latihan secukupnya, dan
membincangkan jawapan yang mereka dapat salah untuk mengetahui bagaimana mendapatkan jawapan yang
betul. Dr Shukri Abdullah (Pakar Motivasi & Strategi Belajar) pula berpendapat latihan bukan saja memenuhi
keperluan Output Learning malah ia turut melengkapkan keperluan Input Learning, justeru membantu dengan
banyaknya seseorang murid dalam membuat persiapan pembelajaran sebelum kelas dan latihan pengukuhan
selepas kelas dan lebih-lebih lagi murid yang sedang membuat persediaan peperiksaan. Oleh demikian, untuk
mendapat cemerlang dalam peperiksaan murid harus rajin membuat latihan dan tugasan .

Faktor Membuat Persediaan Untuk Peperiksaan


Berdasarkan jadual 5 bahawa faktor utama membuat persediaan untuk peperiksan dalam penyelesaian
soalan matematik bergantung kepada item D3,D4 dan D5. Daripada penganalisian data gambaran bagi item
D3 (44% setuju)iaitu murid membuat ulangkaji awal bagi setiap baagian dalam subjek matematik bagi
menghadapi peperiksan dan D4 (44% setuju) ialah murid merujuk soalan peperiksaan matematik tahun-tahun
yang lepas dan cuba menjawabnya. serta D5 ( 47% amat setuju ) iaitu murid cuba menghafal formula sesuatu
topic berdasarkan soalan-soalan ramalan.

Jadual 5
Analisis item Bahagian Bahagian Bahagian D (membuat persediaan untuk peperiksaan) mengikut peratus
Skala Likert

Item % Amat % % %
Tidak Tidak Setuju Amat
8
Setuju Setuju Setuju
1. Saya mengulangkaji semula isi-isi pelajaran seberapa 6 25 39 31
awal yang mungkin setelah mempelajarinya di dalam
kelas
2. Apabila membuat persediaan untuk ujian dan 11 19 42 28
peperiksaan matematik, saya lebih suka membuat latihan
secara bersendirian dan hanya berbincang bersama-
sama kawan-kawan apabila perlu.
3. Saya membuat ulangkaji awal bagi setiap bahagian 3 25 44 28
dalam subjek matematik bagi menghadapi peperiksaan.
4. Saya merujuk soalan peperiksaan matematik tahun- 11 8 44 36
tahun yang lepas dan cuba menjawabnya.
5. Saya cuba menghafal formula sesuatu topik berdasarkan 6 17 31 47
soalan-soalan ramalan.

Ketua UMNO bahagian Kota Bharu, Datuk Mohd. Fatmi Che Salleh mengingatkan para pelajar bakal
menduduki peperiksaan khususnya supaya membuat persediaan rapi dari sudut mental dan
fizikal.Beliau berkata persedian itu adalah penting bagi setiap pelajar untuk meletakkan diri masing-
masing dalam keadaan lebih kondusif ketika menjawab setiap soalan subjek yang diambil. Oleh
demikian, murid yang tidak membuat persedian seperti ulangkaji sebelum menduduk peperiksaan akan
gagal mendapat keputusan yang cemerlang.

Faktor Menghadapi Ujian Atau Peperiksaan

Berdasarkan jadual 6 kesemua item menujukkan bahawa murid setuju dan amat setuju dalam item
menghadapi ujian atau peperiksaan, terutamannya item E5 iaitu murid mempastikan akan cuba menjawab
semua soalan yang ditetapkan dalam peperiksaan matematik terdapat 44 % daripada setuju dan amat setuju.

Jadual 6
Analisis item Bahagian Bahagian Bahagian E (menghadapi ujian atau peperiksaan)
mengikut peratus Skala Likert

Item % Amat % % %
Tidak Tidak Setuju Amat
Setuju Setuju Setuju
1. Saya mempastikan bahawa saya membaca semua 6 11 44 39
arahan dalam kertas soalan matematik dan

9
memahaminya dengan jelas.
2. Saya membaca soalan-soalan matematik dengan teliti 6 11 39 44
untuk mencari kata-kata kunci bagi mengetahui apa yang
diperlukan oleh soalan.
3. Saya merancang masa untuk setiap bahagian soalan 3 25 44 25
matematik berdasarkan tahap kesukarannya, iaitu
melebihkan masa kepada soalan yang sukar dan
mengurangkan masa bagi soalan yang lebih mudah.
4. Saya merancang jawapan dalam bentuk rangka kasar 8 8 44 36
kaedah dan formula yang akan digunakan untuk setiap
soalan matematik.
5. Saya mempastikan saya cuba menjawab semua soalan - 11 44 44
yang ditetapkan dalam peperiksaan matematik

6. Saya menyemak semua jawapan bagi setiap soalan 6 6 31 58


matematik sebelum menyerahkan kertas jawapan.

7. Saya menyemak kertas jawapan peperiksaan matematik 6 8 44 42


berdasarkan skema jawapan yang dibincangkan bersama
guru.

Peperiksaan merupakan proses bagi menilai sejauhmana kefahaman murid terhadap pelajaran yang telah
dipelajari. Oleh itu, murid harus cermas semasa menjawab soalan peperiksaan.

Melaksanakan Tindakan

Untuk menaikkan peratusan murid lulus dalam peperiksaan Matematik, beberapa tindakan telah dijalankan .

1) Gerak gemur matematik iaitu mengadakan ulangkaji soalan-soalan peperiksaan matematik juga boleh
diadakan dalam kelas dan sekolah.

2) Guru berjumpa dengan ibu bapa untuk berbincang tentang masalah-masalah yang dihadapi oleh anak-
anak mereka di sekolah. Perjumpaan yang khas perlu diadakan apabila timbulnya masalah ini
disepanjang hari persekolahan supaya aktiviti-aktiviti murid-murid yang bersikap malas dapat dikawal
oleh ibu bapa di rumah. Walaupun masalah sikap murid yang malas ini mungkin tidak dapat
dihapuskan sama sekali, tetapi semoga keprihatinan dan kerjasama dari kedua-dua pihak guru dan ibu
bapa dapat mengurangkan masalah ini kepada satu tahap yang lebih rendah.

3) Kelas tambahan khas seperti kelas pemulihan untuk matapelajaran Matematik diadakan kepada murid
untuk membimbing murid yang lemah dalam Matematik.

10
4) Banyakkan latihan Matematik kepada murid untuk mengukuh ingatan tentang formula dalam
Matematik. Kebanyakkan mereka buat latihan , kecekapan mereka menjawab soalan .

5) Guru perlu menyediakan klinik matematik untuk membantu murid yang lemah . Murid yang lemah boleh
datang berjumpa dengan guru pada waktu rehat atau pada hari yang ditetapkan ataupun membuat
temujanji.

6) Ibu bapa perlu membina suasana yang menggembirakan bagi anak-anak mempelajari matematik.
Elakkan memarahi atau menghina anak-anak apabila mereka membuat kesilapan dalam latihan
matematik. Ibu bapa perlu memberi peluang dan ruangan untuk anak-anak memcuba kemampuan
mereka dalam matematik.

7) Ibu bapa juga boleh ruangkan masa yang sesuai untuk mengikuti perkembangan pelajaran anak-anak
terutama pelajaran yang lemah seperti matematik.

8) Ibu bapa perlu melihat kerja rumah atau latihan yang diberikan oleh guru-guru di sekolah . Pasikan
anak-anak membuat latihan tersebut dan juga memperbaiki kesalahan yang dilakukan .

9) Murid perlu berfikir positif , jangan membuat tanggapan negative bahawa mata pelajaran matematik
adalah sukar melalui cakap-cakap orang

10) Murid perlu mencuba belajar bersungguh-sungguh terlebih dahulu dalam matematik dan memberi
peluang dan ruang masa yang cukup dalam membuat latihan matematik . Janganlah sekali gagal
dalam latihan matematik, membuat andaian bodoh dalam pelajaran ini selama-lamanya.

11) Murid juga perlu membuat penilaian dari semasa ke semasa tentang kemampuan dan kebolehan
dalam matematik, seterusnya mencari kaedah-kaedah tertentu untuk meningkatkan kemahiran dan
mengatasi kelemahan-kelemahan.

Penutup
Matematik merupakan mata pelajaran penting dalam kurikulum sekolah-sekolah di negara kita. Mata pelajran
ini mula diajarkan dari peringkat tadika hinggalah menengah. Malah di kolej dan universiti juga, matematik
masih menjadi komponen penting dalam hampir kebanyakan kursus pengajian.

Penguasaan dalam ilmu ini menuntut seseorang itu memahami konsep-konsep pengiraan asasnya. Melalui
pemahaman konsep, secara langsung melatih manusia untuk berfikir.

11
Selain itu, mata pelajaran ini juga memerlukan seseorang pelajar menghafaz segala rumus yang diperlukan
sebagai jalan penyelesaian bagi masalah yang dikemukakan. Ini sekaligus mengasah bakat berfikir dalam diri
seseorang individu. Untuk itu, seseorang yang ingin mahir harus membuat banyak latihan secara langsung.

Menerusi penguasaan matematik, pemikiran manusia akan menjadi semakin matang. Setiap masalah akan
diselidik dari pelbagai sudut untuk mencari jalan penyelesaian.

Manusia yang berjaya di dunia ini adalah berkat penguasaan dalam bidang matematik. Penguasaan juga amat
penting dalam mencipta alat-alat kelengkapan yang bakal digunakan untuk tujuan penyelidikan dan kajian
yang berkaitan dengan pengiraan dan penyukatan.

Oleh itu, tanpa kebolehan dalam matematik, segala kejayaan tidak mungkin menjadi suatu kenyataan.
Kesimpulannya, setiap individu harus menguasai matematik untuk terus hidup dengan lebih produktif dan
bermakna.

Maruah dan masa depan pendidikan matematik di Malaysia bergantung sepenuhnya kepada para pendidik.
Pengajaran matematik yang efektif akan memberi tumpuan kepada pemahaman murid terhadap sesuatu
konsep di samping kemahiran dalam penyelesaian masalah. Dengan kajian yang dibuat masalah atau
kekurangan dapat dikenal pasti dan pengajaran dengan pelbagai petua agar proses pengajaran dan
pembelajaran menjadi lebih bermakna di samping aktiviti yang melibatkan murid dapat diperluaskan lagi.
Dengan itu proses pengajaran dan pembelajaran dapat berjalan dengan lancar dan berkesan bagi
meningkatkan mutu dan kualiti pendidikan dalam menghadapi cabaran zaman sains dan teknologi. Kajian ini
telah dijalankan untuk mengetahui puncanya kemerosotan keputusan murid.

Dalam proses pengajaran dan pembelajaran, guru adalah segalanya. Guru bukan seorang guru semata-mata
tetapi juga sebagai seorang pemandu, kaunselor, pencipta, pemberi teladan, pekerja rutin, pendakwah,
pemantau dan penerima kenyataan. Tanpa guru matematik bagaimana seseorang murid itu dapat dan cuba
menguasai sesuatu kemahiran atau konsep matematik. Maka timbullah persoalan adakah murid menghafal
fakta atau sifir atau adakah mereka faham soalan matematik atau adakah mereka hanya meniru daripada
kawan tanpa cuba fahami terlebih dahulu. Mengikut kajian yang telah dibuat ke atas murid rata-rata
menunjukkan bahawa mereka tidak mampu fahami soalan, tidak tahu merancang strategi dan sudah tentu
tidak tahu melaksana strategi. Oleh itu guru matematik memainkan peranan dalam hal ini dengan
menunjukkan langkah penyelesaian bersama dengan penggunaan teknik penyoalan agar mereka faham,
seterusnya menambahkan minat dalam pembelajaran mereka. Penggunaan pelbagai contoh dan kaedah
penyampaian akan membolehkan murid menguasai kemahiran penyelesaian masalah dengan baik dan
terancang. Pengajaran yang berteraskan faham binaan dengan penekanan kepada pemahaman konsep akan
mendatangkan rasa minat dan kesedaran dalam diri murid terhadap kepentingan matematik dan berusaha

12
menggunakan matematik untuk menyelesaikan masalah dalam mata pelajaran lain, dan dalam kehidupan
harian. Mereka didapati lebih berhati-hati, bekerjasama, mempercayai serta saling menghormati antara satu
sama lain iaitu antara murid dengan murid dan antara murid dengan guru. Oleh itu carilah rakan yang boleh
membantu atau kumpulan belajar dan sentiasa membuat latihan dan berjumpa guru.

Selain daripada guru, ibu bapa memainkan peranan yang penting dalam meningkatkan pencapaian keputusan
dalam peperiksaan. Guru hanya sebagai pengganti kepada ibu bapa di sekolah , di rumah ibu bapa boleh
membantu murid menngkatkan keberkesanan pembelajaran dalam matematik . Sebagai individu yang
berkedudukan paling kritikal dlam proses pembelajaran , murid sendiri perlu memainakna peranan penting
dalam mengatasi masalah dan cabaran dalam pembelajaran matematik .

Sebelum kajian tindakan in dijalankan , terdapat 12 orang murid yang gagal dalam matematik dan kebanyakan
markah mereka dalam arah bawah 20 markah .Selepas kajian tindakan ini, Cuma terdapat 9 orang murid yang
gagal . Walaupun masih terdapat 9 orang murid , tetapi kebanyak markah mereka terdiri daripada 30 keatas.
Manakala peratus bagi murid yang dapat A juga meningkat dari 19.44% ke 27.77% .

Rujukan

1) Isu-isu dalam pendidikan matematik , Sabri Ahmad/Tengku Azwawi , Utusan Publications 2006.
2) Masalah dan Sikap Murid-Murid Tahun Lima Terhadap Penyelesaian Matematik KBSR: Satu Kajian di
SRB St. Faith Kenyalang, Kuching 1998 , Lim Poh Moi
http://devadason.tripod.com/research/1998_03_Lim.htm
3) http://www.scribd.com/doc/25535512/Soal-Selidik
4) Faktor-Faktor Yang Mempengaruhi Minat Terhadap Matematik Di Kalangan Pelajar Sekolah Menengah
Johari ,Bin Hassan & Norsuriani Binti Ab Aziz
http://eprints.utm.my/11972/1/Faktor.pdf
5) Khabar Kota Bharu, 4 November 2011,
http://www.khabarkotabharu.com/fatmi-nasihat-pelajar-membuat-persediaan-rapi-menjelang-

13
peperiksaan/#axzz1eAEdb47D

14