You are on page 1of 5

PERANAN INSTITUSI KELUARGA

Apa itu keluarga? Keluarga merupakan unit terkecil dari masyarakat yang terdiri daripada suami

dan isteri sahaja atau bersama anak-anak dan hidup dalam keadaan saling bergantung.

Keluarga merupakan satu komponen penting dalam pembentukan sesebuah masyarakat dan

membentuk sesebuah negara. Institusi kekeluargaaan dipandang sebagai sebuah institusi yang

akan menjadi pencorak kepada masyarakat yang akan dibina. Oleh itu, pembangunan dan

pembentukan institusi keluarga menjadi faktor penentu dalam pembangunan sesebuah negara.

Apakah peranan institusi keluarga? Pertama sekali, peranan keluarga adalah untuk memimpin

melalui suri teladan. Ibu bapa menjadi suri teladan kepada anak-anak dengan cara

memaparkan watak dan keperibadian yang mulia apabila berada di dalam mahupun di luar

rumah apabila berinteraksi dengan masyarakat. Hal ini demikian kerana anak-anak mudah

terpengaruh dengan kelakuan dan sikap ibu bapa bak kata pepatah ke mana tumpahnya kuah

kalau tidak ke nasi. Bukan sahaja ibu bapa malah abang dan kakak dalam keluarga tersebut

turut perlu menjadi contoh yang baik dengan sentiasa menghormati orang yang lebih tua dan

memastikan pencapaian akademik dan kokurikulum di sekolah sentiasa baik.

Seterusnya, menyemat semangat perpaduan untuk membentuk bangsa yang bersatu. Ibu bapa

perlu mendidik anak-anak supaya menghormati rakan-rakan dan masyarakat yang terdiri

daripada kaum yang lain daripada mereka. Ibu bapa perlu menerangkan keppentingan

menghormati adat and kepercayaan kaum yang lain kerana sikap tersebut menunjukkan

bahawa kita saling memahami dan bertoleransi antara satu sama lain. Sebagai contoh, mereka

boleh membawa anak-anak ke rumah terbuka kaum lain semasa perayaan untuk mendedahkan

anak-anak mereka kepada situasi dan kepentingan hidup secara toleransi dan bertolak ansur.

Adik-beradik yang lebih tua juga perlu menggalakkan adik-adik yang kecil untuk berkawan

dengan semua orang dan menghormati mereka tidak kira kaum dan warna kulit.

1
Tambahan pula, keluarga berperanan memupuk kesedaran bahawa pendidkan adalah alat

penebus martabat bangsa. Ibu bapa perlu mendedahkan kepada anak-anak tentang

kepentingan pendidikan bukan sahaja kepada dirinya sendiri tetapi keluarga, masyarakat dan

juga negara. Pendidikan mampu mengubah nasib diri, keluarga, masyarakat dan negara

seseorang. Anak-anak perlu diberi pendedahan berkenaan dengan cara-cara mempertingkat

daya dan usaha dalam pendidikan. Pendidikan bukan hanya dari segi pencapaian akademik

tetapi juga persiapan untuk menghadapi kehidupan dewasa dan keterampilan, tingkah laku

serta pengetahuan dalam hubungan dengan fungsi-fungsi lain. Dengan ini, anak-anak yang

merupakan bakal pemimpin negara dapat menyediakan diri dari semua segi untuk memastikan

negara kita kekal maju dan mampu bersaing dengan negara-negara jiran yang lain bak kata

pepatah berdiri sama tinggi, duduk sama rendah.

Sesebuah institusi keluarga hanya boleh memainkan peranan jika dapat mengekalkan keadaan

harmoni dan hubungan silaturahim yang kukuh. Faktor keruntuhan institusi kekeluargaan perlu

didedahkan kepada masyarakat Malaysia agar mereka dapat mengambil langkah pragmatik

bagi megelakkan perkara dan nasib tersebut daripada dialami keluarga mereka. Apakah faktor

keruntuhan institusi kekeluargaan yang berlaku di negara kita?

Faktor pertama adalah kekurangan ilmu agama. Pasangan yang kurang ilmu agama akan

mempunyai kekurangan pengetahuan mengenai perkahwinan serta tanggungjawab dan

peranan suami isteri. Tanpa ilmu agama yang kukuh, perbalahan dan perselisihan faham akan

mudah berlaku dan institusi keluarga tersebut akan menjadi lemah dan goyah. Akibatnya,

mereka akan mudah berputus asa dan bertindak untuk mengambil jalan keluar yang mudah

iaitu melalui penceraian. Penceraian akan menjejaskan kedua-dua pihak yang terlibat bukan

hanya dari segi fizikal tetapi emosi dan mental juga.

Selain itu, masalah ekonomi turut menjadi faktor keruntuhan institusi kekeluargaan. Hal ini

demikian kerana status kewangan yang tidak stabil akan menyebabkan keperluan kedua-dua

2
pihak tidak dapat dipenuhi dengan sempurna. Masalah ekonomi yang berpanjangan akan

menyebabkan keadaan dalam keluarga tersebut menjadi tidak terurus. Keadaan ini akan

menyebabkan tekanan kepada pasangan suami isteri untuk menyara keluarga.

Sehubungan dengan itu, langkah-langkah yang pragmatik dan efektif perlu diambil untuk

mengatasi masalah keruntuhan institusi kekeluargaan. Kerajaan boleh memainkan peranan

dengan mengadakan kempen tentang isu kekeluargaan. Pada tahun 2002, di bawah pimpinan

Tun Dr Mahathir bin Mohammad, Perdana Menteri Malaysia, Kementerian Pembangunan

Wanita dan Keluarga telah menganjurkan program “Utamakan Keluarga – Semakin Hari

Semakin Sayang”. Program tersebut bermatlamat melahirkan institusi keluarga yang kukuh,

berakhlak, sihat, berilmu, berdaya tahan, beriman dan harmoni. Program- program seperti ini

perlu diperbanyakkan supaya dapat memberikan kesedaran kepada rakyat Malaysia tentang

kepentingan institusi kekeluargaan yang kukuh dan cara mempertahankannya. Dengan

program sebegini, masyarakat akan lebih menghargai keluarga mereka dan secara tidak

langsung keluarga yang harmoni dan bahagia dapat diwujudkan.

Bukan sahaja kerajaan dan pihak berkuasa pperlu memainkan peranan untuk mengatasi

kemelut ini tetapi masayarakat Malaysia juga perlu memberikan sumbangan dengan berusaha

mengatasi masalah tersebut. Amalan bertolak ansur dan menjauhi sikap mementingkan diri

sendiri merupakah salah satu langkah yang boleh diambil oleh masyarakat. Tidak dinafikan

bahawa amalan bertolak ansur ini sukar untuk dipraktikkan dan lebih-lebih lagi dalam kalangan

remaja yang mempunyai ego yang tinggi. Namun, ibu bapa perlu berusaha untuk memastikan

amalan bertolak ansur ini, disemat dalam diri anak-anak sejak kecil lagi. Dengan mengamalkan

sikap bertolak ansur ini, hubungan silaturahim antara keluarga dapat dieratkan. Setiap

pergaduhan dan perselisihan faham yang berlaku dapat diselesaikan dengan mudah dan dalam

bentuk perbincangan tanpa menggunakan kekerasan dan memutuskan hubungan silaturahim

antara individu.

3
Oleh yang demikian, masyarakat Malaysia perlulah bersikap proaktif dan mengambil langkah

pragmatik bagi memastikan institusi keluarga mereka tidak mengalami nasib yang sama.

Institusi kekeluargaan yang kukuh dan stabil dapat memberikan impak yang positif kepada

semua pihak. Semua pihak haruslah berganding bahu bagai aur dengan tebing untuk

memastikan bahawa isu keruntuhan institusi kekeluargaan tidak membarah. Aktiviti

kemasyarakatan serta kempen dan perfileman yang memaparkan nilai-nilai kasih sayang perlu

diterapkan dari peringkat kanak-kanak lagi agar generasi yang akan datang menjadi lebih peka

dalam menangani masalah yang bakal dihadapi dalam hidup pada suatu hari nanti. Institusi

keluarga yang dipimpin oleh ibu bapa mempunyai integriti yang tinggi sebagai asas

pembentukan masyarakat yang dapat mewujudkan negara yang kukuh, harmoni dan stabil.

4
RUJUKAN :

1. Rashid, A. R. (2006). Institusi keluarga: Krisis dan konflik. Kuala Lumpur: Utusan

Publications & Distributors Sdn. Bhd.

2. Embong, W.H., & Muhammad, S.N (2004). Kesedaran terhadap peranan bapa kepada

anggota keluarga mempengaruhi gejala keruntuhan akhlak remaja. Skudai : Universiti

Teknologi Malaysia.

3. Fatimah, R., & Jemain, A . A .(2015) Institusi Keluarga di Malaysia : Peranan dan kualiti.

Bangi, Selangor: Penerbit Universiti Kebangsaan Malaysia.

4. Riadi, M. (2012, November 21). Definisi,fungsi dan bentuk keluarga.

https://www.kajianpustaka.com/2012/11/definisi-fungsi-dan-bentuk-keluarga.html

5. Program `Utamakan Keluarga - Semakin Hari Semakin Sayang' dilancar.

http://ww1.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2002&dt=0801&pub=Utusan_Malaysia&se

c=Dalam_Negeri&pg=dn_10.htm

6. Nuuraneszah.blogspot.com. (2019). LANGKAH MENGUKUHKAN INSTITUSI

KEKELUARGAAN. http://nuuraneszah.blogspot.com/2018/03/langkah-mengukuhkan-

institusi.html

7. Pengukuhan institusi kekeluargaan semakin penting. (Tan Sri Lee Lam Thye).

http://ww1.utusan.com.my/utusan/Rencana/20121109/re_07/Pengukuhan-institusi-

kekeluargaan-semakin-penting

You might also like