http://edubahasabyayda.blogspot.com/2009/05/pengenalan-morfologi.

html Pengenalan Morfologi
Bidang Morfologi Morfologi ialah bidang ilmu bahasa yang mengkaji struktur, bentuk dan penggolong kata. Struktur kata bermaksud susunan bunyi ujaran atau lambang yang menjadi unit tatabahasa yang bermakna. Bentuk kata pula ialah rupa unit tatabahasa sama ada bentuk tunggal atau hasil daripada proses pengimbuhan, pemajmukan dan penggandaan. Penggolongan kata pula ialah proses menjeniskan perkataan berdasarkan keserupaan bentuk dan latar fungsi dengan anggota lain dalam golongan yang sama. Definisi Morfologi Menurut Kamarudin Hj.Husin dan rakan –rakannya dalam buku Pengajian Melayu 1, Ilmu Bahasa dan Kecekapan Berbahasa,1997 : 83, morfologi ialah disiplin ilmu bahasa yang mengkaji struktur, bentuk dan penggolongan kata.Bentuk kata ini merujuk bentuk bunyi atau ujaran sesuatu kata itu. Manakala Abdullah Hassan juga menyatakan definisi morfologi dalam buku Linguistik Am,2007 : 117 , morfologi ialah bidang linguistik yang mengkaji bagaimana perkataan dibina.Kajian ini dilakukan terhadap unsur-unsur yang membentuk perkataan, proses-proses membentuk perkataan dan bentuk – bentuk perkataan ialah morfem dan kata. Nik Safiah Karim dan rakan – rakannya dalam buku Tatabahasa Dewan Edisi Baharu , 2004 :43 berpendapat morfologi ialah bidang ilmu bahasa yang mengkaji struktur , bentuk dan penggolongan kata.Dengan struktur kata dimaksudkan susunan bentuk bunyi ujaran atau lambang yang turut menjadi unit bahasa yang bermakna. Sehubungan itu, Siti Hajar Hj.Husin Abdul Aziz, dalam bukunya Tatabahasa Bahasa Melayu ( Perkataan ), 1996 : 17 telah menyatakan teori morfologi iaitu morfologi satu cabang daripada ilmu linguistik yang mengkaji soal – soal yang berkaitan dengan kemungkinan adanya perubahan kata, golongan kata, dan makna kata akibat daripada perubahan bentuk kata.Morfologi mengkaji selok –belok bentuk kata dan fungsi gramatik atau semantik perubahan kata itu.Beliau juga telah merumuskan bahawa morfologi adalah bidang mengkaji bagaimana morfem – morfem itu bergabung untuk membentuk ayat.

1

Menurut Raminah Hj.Sabran dan Rahim Syam dalam buku Kajian Bahasa Untuk Pelatih Maktab Perguruan ,1985 :152, bidang morfologi merupakan bidang dalam kajian bahasa yang mengkaji tentang perkataan dan cara –cara pembentukkannya.O`Grady & Guzman juga menyatakan pendapat pada tahun 2000 :121 dalam buku yang disediakan oleh Radiah Yusoff dan rakan – rakannya,2004:36 iaitu morfologi adalah merujuk kepada kajian tentang pembentukan kata dan struktur kata. Manakala ahli bahasa juga iaitu Leonard Bloomfield dalam bukunya Language yang telah

diterjemahkan oleh Alias Mahpol, Kamaruzaman Mahayiddin dan Noor Ein Mohd.Noor,menyatakan bahawa “Morfologi adalah konstruksi yang mengandungi bentuk – bentuk terikat antara konsituen – konsituennya.”“Morfologi meliputi konstruksi kata – kata dan bahagian kata”.

Apakah itu "Sintaksis"
Sintaksis merupakan satu bidang bahasa yang tugasnya mengkaji rumus-rumus yang menerbitkan ayat-ayat gramatis sesuatu bahasa serta hukum-hukum tentang susunan kata yang menyebabkan terjadinya ayat sebagai sesuatu bentuk binaan bahasa yang sempurna.Terdapat pelbagai definisi yang telah diberikan untuk bidang ini.Antaranya definisi dari aspek makna dalam sesuatu bahasa yang lain seperti bahasa Yunani, iaitu sun yang bererti “dengan” dan tattein yang bererti “menempatkan bersama – sama”. Oleh yang demikian, secara etimologi, sintaksis dapatlah diertikan sebagai “menempatkan kata – kata secara bersama-sama untuk menjadi kelompok kata atau ayat.

2

http://fosee.mmu.edu.my/~maaroff/notakursus2.doc Minggu 6 : Morfologi
1. Definisi Morfologi 2. Bidang Morfologi Pendahuluan: Para pelajar dikenalkan dengan definisi atau konsep morfologi serta bidang morfologi yang meliputi aspek bentuk kata, proses pembentukan kata dan golongan kata. Objektif Pada akhir bab ini, pelajar dapat mengenal pasti : • • Morfologi 1. Definisi Morfologi Morfologi ialah bidang ilmu bahasa yang mengkaji struktur, bentuk dan penggolongan kata. Dengan struktur kata dimaksudkan susunan bentuk bunyi ujaran atau lambang (tulisan) yang menjadi unit bahasa yang bermakna. Bentuk kata pula ialah rupa unit tatabahasa sama ada berbentuk tunggal atau hasil daripada proses pengimbuhan, pemajmukan dan penggandaan. Penggolongan kata ialah proses menjeniskan perkataan berdasarkan keserupaan bentuk dan/atau fungsi dengan anggota lain dalam golongan yang sama. Morfologi bahasa Melayu ialah bidang yang mengkaji struktur, bentuk dan penggolongan kata dalam bahasa Melayu. 2. Bidang morfologi Bidang morfologi meliputi aspek : 2.1 Bentuk kata 3 Definisi morfologi Bidang morfologi

1 Kata tunggal Perkataan dalam bahasa Melayu yang tidak menerima sebarang imbuhan atau tidak mengalami proses penggandaan dan perangkaian tergolong ke dalam jenis kata tunggal.1 Bentuk kata 2.3 Penggandaan 2.3. Terdapat sekurang-kurangnya dua jenis kata tunggal. iaitu kata tunggal yang mengandungi hanya satu suku kata dan kata tunggal yang mengandungi dua suku kata atau lebih.1 Bentuk kata 2.2 Pemajmukan 2. 2.1 Kata tunggal 2.1.1.4 Kata ganda 2.3 Kata majmuk 2.1 Kata tunggal satu suku kata 4 .2.2.3 Golongan kata 2.2 Kata kerja 2.2.3.3 Golongan kata 2.1.2 Proses pembentukan kata 2.2 Proses pembentukan kata 2.3.2 Kata terbitan 2.1.1.1 Pengimbuhan 2.3.1.1 Kata nama 2.1.3 Kata adjektif 2.4 Kata tugas 2.2.

harp. sen. KVK cat. bin. ya 2. trak. tin. KKVK stor. golf 6. seks. brek. roh.Jumlah kata tunggal dengan satu suku kata dalam bahasa Melayu amat terhad. krim. iaitu kira-kira 500. skop. 4. KVKK teks. Pola gabungan konsonan-vokal dalam kata tunggal bahasa Melayu adalah seperti berikut : 1. terutama bahasa Arab dan bahasa Inggeris. pruf. Ada antaranya merupakan pinjaman daripada bahasa-bahasa asing. bank. skel. kord. bah. zink. KKKV 7. VK 3. lap. gred. draf. 5. dril. KVKK 6. volt. KKVK 5. KKKVK Contohnya : 1. ru. dram. 5 . VK Am 3. skor. KVK 4. KV 2. dan. KV yu. KKKV skru.

skrin. unta. ikan. KVK + KVK aku (a+ku). VK + KVK 6. KKKVK skrip. 4. 5.7. strok.1. erti. Antara pola-pola kata tunggal dengan dua suku kata adalah seperti yang berikut : 1. ekor. V 2. 3. ais. ulat. umpan. VK + KVK ambil.2 Kata tunggal dua suku kata Sebahagian besar daripada perkataan dalam bahasa Melayu terdiri daripada dua suku kata. indah. straw. V + KVK adik. VK + KV undi. iblis. 2. aur. KVK + KV 11. V + KV + VK + KVK 7. 2. VK + KV 5.1. emas. empat. embun. V 3. ubi (u+bi). 6 . inti. KV 9. KV 8. KV + VK + KV + KVK 4. abdi. V + KV 10. itu (i+tu). V + VK air. KV + V Contoh : 1. izin. ubat. asli. apa (a+pa). ombak.

pintal. rata. 10. guru. bau. 7. buah. 9. dia. bandar. V 10. KVK + KV lampu. buku.6. KV + KVK Kapal. KV 3. jumpa. KV 19. pasu. jarum. kita. V 9. KV + V Dua. KV + KV + KV + KV + VK + KV + VK + KV + KVK + KVK+ KV + KVK+ KVK 12. pukul.3 Kata tunggal tiga suku kata Jumlah kata tunggal dengan tiga suku kata agak sedikit. kuil. V 15. VK 14.1. Perkataan-perkataan tiga suku kata ini banyak daripadanya ialah kata-kata pinjaman. sikat. pintu. tua. KVK + KVK Jemput. KVK + KV + VK 16. hiris. saya. kuih. jambu. KVK + KVK+ KV 7 . sandar. tentu. KV 8. KVK + KV + V 7. 2. diam. VK + V + V + KV + KVK 11. Antara pola-polanya ialah : 1. 11. mulut. KV 6. KVK + KV + KV + KV + V + KV + V + KV + VK + KV + KV + KV + KVK + KV + KV 5. liar. buih. KVK + KV + KVK 18. doa. KV 13. KV 2. KV 17. sendi. janji. V 4.1. bakul. telur. KV + VK Jauh. KV + KV Jala. bantal. 8.

(jika bukan nama khas) Contoh : tabika cerpen (taman bimbingan kanak-kanak) (cerita pendek) c) Jika akronim yang terbentuk daripada gabungan huruf awal dan/atau suku kata itu menjadi nama khas.2. kata itu ditulis bermula dengan huruf besar. Contoh : LUTH ABIM (Lembaga Urusan dan Tabung Haji) ( Angkatan Belia Islam Malaysia) b) Akronim yang terbentuk daripada gabungan huruf awal dan/atau suku kata ditulis dengan huruf kecil keseluruhannya. dan ditulis serta dilafazkan sebagai kata yang wajar.1. keseluruhannya ditulis dengan huruf besar.2 Bentuk kata terbitan 8 .1. Contoh : Bernama Pernas Intan (Berita Nasional Malaysia) (Perbadanan Nasional) (Institut Tadbiran Awam Negara) 2. a) Akronim yang terbentuk daripada gabungan beberapa huruf awal rangkai kata yang disingkatkan.4 Kata tunggal (akronim) Akronim ialah kata singkatan yang terbentuk dengan menggabungkan huruf awal. Akronim boleh ditulis dengan tiga cara. suku kata atau gabungan kombinasi huruf awal dan suku kata daripada satu rangkai kata.1.

ekawarna. prasejarah. tatabahasa. maharaja.1.2. pembaca. jururawat.1. penggali. ekabahasa. pemburu.3 awalan kata nama awalan kata kerja awalan kata adjektif Contoh : 2. melompat. pembajak. mahasiswa. pengasuh. 2.1 2. iaitu proses yang menggandingkan imbuhan pada kata dasar. juruterbang. prakata. pengecat. prasekolah. juruwang.Kata terbitan ialah bentuk perkataan yang dihasilkan melalui proses pengimbuhan. 2.1. pengetin. penghantar.2.1.1 pe pem pen peng penge ke juru maha tata pra eka dwi awalan kata nama pekebun. melombong. pencuri. melawat. kata kerja terbitan dan kata adjektif terbitan.2. prauniversiti. pentafsir. pentadbir.1.1. pembelot. pendengar. tatacara. penjaja. peladang.2. ketua. kekanda. pekedai. pengurus. merebus.1. 9 . pesawah.1.2 2.1. Pengimbuhan ini melahirkan bentuk perkataan yang disebut kata terbitan.1.2 awalan kata kerja me melihat.1.2. prasyarat. pengebom. pelaut. pengkaji.2. dwifungsi. 2. mahaguru. pembesar. kekasih. merawat. dwibahasa. jurubahasa.1 Kata terbitan berawalan Awalan dapat wujud dalam kata nama terbitan.

2.3. memperlebar. terkurus. mengebom.1. bersuara.2. membilang. berlari.1. mengkritik.1. membawa. iaitu : 2. mencuri. mengkaji.3 awalan kata adjektif ter se terkecil. setebal. berfikir. bercukur. secantik.1 Rangkai kata bebas.3.1. menghijau.1.3. memperisteri.1 2. membesar. termakan. bekerja. memperhamba. Kata majmuk dapat dibahagikan kepada tiga kelompok.3 rangkai kata bebas istilah khusus maksud kiasan 2.mem men meng menge memper ber be ter - membaca. tertinggi. mengetin.1.1. mendayung.2 2. mengekod. tersepak. dan mewujudkan makna tertentu. mengelap. beraja. mengambil. mencari. terbesar. 2. cita rasa janji temu alat tulis menteri besar pegawai tadbir jalan raya meja tulis terima kasih ketua menteri naib cancelor 10 . mengecat. sehodoh. mempersuami. bertanya. senipis.3. terambil. terminum.3 Kata majmuk Proses yang merangkaikan dua kata dasar atau lebih. berbuah. mendaki. berasa.

1.1.2.3.1.3.3.3.2 Istilah khusus reka bentuk uji kaji kertas kerja mata pelajaran 2.1.1 Kata majmuk yang telah mantap ditulis sebagai satu perkataan.1.2 Penggandaan kata majmuk a) gandaan unsur pertama kertas-kertas kerja mata-mata pelajaran perdana-perdana menteri pegawai-pegawai tadbir timbalan-timbalan menteri 11 setiausaha sukarela suruhanjaya tandatangan tanggungjawab warganegara pesuruhjaya .1.3 Maksud kiasan Buah hati Duit kopi Pilih kasih Kaki bangku reka cipta atur cara kaji selidik urus niaga bulan madu kaki judi hati batu kaki ayam 2. antarabangsa beritahu bumiputera jawatankuasa kakitangan kerjasama olahraga matahari 2.

2. buku-buku.1 Pengimbuhan 2.mengemaskinikan d) imbuhan apitan 2.naib-naib canselor b) gandaan seluruh kata kakitangan-kakitangan suruhanjaya-suruhanjaya setiausaha-setiausaha pesuruhjaya-pesuruhjaya c) imbuhan awalan dan akhiran ambil kira uji bakat ubah suai kemas kini mengambil kira menguji bakat mengubahsuaikan . Awalan yang boleh membentuk kata nama ialah : i) ii) awalan peawalan ke12 .1.1.4 Kata ganda Kata ganda ialah bentuk yang dihasilkan melalui proses mengulangi kata dasar yang disebut penggandaan penuh. Biasanya perkataan ini berfungsi sebagai subjek atau objek dalam ayat-ayat aktif transitif. kekura. lelaki. pensyarah-pensyarah. penggandaan separa seperti negeri-negeri. Imbuhan-imbuhan ini dibantu fungsinya melalui kedudukan perkataan terbitannya pada kedudukan namanya dalam ayat bahasa Melayu.2. jejari.1 Imbuhan kata nama Imbuhan kata nama ialah imbuhan yang menerbitkan perkataan tertentu golongan nama. Minggu 7: Proses pembentukan kata 2.

mempunyai enam bentuk iaitu pe-. a) Fungsinya Awalan pe.termasuk dalam golongan nama.iii) iv) i) awalan seawalan juru awalan pe- Semua perkataan yang diimbuhkan dengan awalan pe.dengan kata nama : pekebun pekedai pesawah pekilang Contoh pe. dan kata tugas untuk membentuk nama terbitan tertentu. dan penge-.dengan kata keterangan : penyudah pengurang 13 . peny-.boleh diimbuhkan dengan bentuk dasar golongan kata nama. pem-.dengan kata adjektif : pemurah pesakit pemutih Contoh pe. peng-.dengan kata kerja : pembawa pemukul pembaca petunjuk Contoh pe. kata kerja. kata adjektif. Contoh pe. pen-. Awalan pe.

berasal dari perkataan satu yang telah dipendekkan menjadi awalan yang membawa maksud satu kepada kata dasar yang diimbuhkannya. Contoh : sebuah sebatang seekor sebutir sepucuk 14 .Contoh pe. Contoh : ketua kekasih kekanda kerangka ( orang yang menjadi pemimpin ) ( orang yang dikasihi ) ( kakak atau abang ) ( benda yang berangka ) iii) Awalan seAwalan se. Awalan se biasanya diimbuhkan dengan penjodoh bilangan.khusus berupa perkataan kata nama.dengan kata tugas : penyebab penyatu ii) Awalan keAwalan ke.adalah awalan yang menerbitkan kata nama. Awalan se.adalah awalan kata nama kerana perkataan-perkataan yang diterbitkan dengan ke.

iv) Awalan juru Awalan juru dapat berfungsi sebagai awalan kata nama. 15 .2. Juru bermaksud ahli atau orang yang terlibat secara langsung dengan maksud pekerjaan kata dasar dan boleh bergabung dengan kata dasar golongan kata nama.2 Pemajmukan Pemajmukan adalah cantuman dua atau lebih perkataan yang bebas dalam satu binaan dengan mempunyai makna yang khas dan tertentu iaitu makna yang tidak berkaitan antara perkataan-perkataan yang membinanya. kata kerja dan kata akar. Contoh awalan juru dengan kata nama : Juruwang Jurubahasa Contoh awalan juru dengan kata kerja : jurukira jurucakap jurujual juruterbang juruselam Contoh awalan juru dengan akar kata : jurutera jurumudi 2.

3.2. Contohnya : 16 . Tiga jenis penggandaan ialah : 2.2. Kata dasar boleh juga digandakan secara berentak.2.1 2.2.3 Penggandaan Proses yang menggandakan kata dasar atau sebahagian diulang ialah proses penggandaan dalam bahasa Melayu.3 2.3.3. Contoh : air sungai tahi lalat rumah putih ( air yang terdapat di sungai ) ( tahi yang dikeluarkan oleh lalat ) ( rumah yang berwarna putih ) 2.Contoh : kapal terbang balai raya air batu bulan madu Rangkaikata berbeza dengan kata majmuk kerana rangkaikata tidak mempunyai makna yang khas dan maknanya berkaitan antara satu dengan yang lain.2.1 penggandaan penuh penggandaan separa penggandaan berentak Penggandaan penuh Proses yang menggandakan keseluruhan kata dasar tanpa sebarang perubahan termasuk yang mengandungi imbuhan.3.2 2. Kata dasar boleh mengalami penggandaan penuh atau penggandaan separa.

3.3 Penggandaan berentak 17 . Contohnya : sesemut lelabi lelangit sesungut lelaki jejari Contoh penggandaan sukukata akhir : segala-gala berlari-lari mencari-cari sepandai-pandai 2.budak-budak sekolah-sekolah rumah-rumah rendah-rendah kereta-kereta 2.3.2.2.2 Penggandaan separa Proses yang menggandakan sebahagian dari kata dasarnya biasanya sukukata dan bentuknya ditentukan oleh sukukata awal atau sukukata akhir kata dasar yang diulang itu.

yang diulang ialah bunyi-bunyi konsonan yang ada pada kata dasar tetapi bunyi-bunyi vokalnya berubah dalam bentuk ulangan.Proses penggandaan yang boleh jadi berentak suku atau berentak bunyi. Penggandaan berentak suku bermaksud hanya sukukata sahaja yang diulang. Contoh : batu-batan bukit-bukau sampah-sarap kayu-kayan mandi-manda Contoh sukukata akhir yang diulang : anak-pinak hutang-piutang kuih-muih suka-duka selok-belok sayur-mayur saudara-mara Dalam penggandaan berentak bunyi. sama ada sukukata awal atau sukukata akhir yang diulang. Contoh : gunung-ganang gopoh-gapah suku-sakat cucu-cicit ( u kepada a ) ( o kepada a ) ( u kepada a ) ( u kepada i ) 18 .

tempat. Nama boleh dibahagikan kepada tiga jenis iaitu : 2.3.3.2 Kata nama am adalah nama umum yang diberikan bagi menyebut segala benda. Nama khas ditulis huruf awalnya dengan huruf besar. proses. Contoh : kilang lembu tasik mimpi hantu 19 . dan konsep yang abstrak.1.3.3 Kata ganti nama 2.Minggu 8: Golongan kata 2.3.1. perkara.3.1. Contohnya : Datuk Seri Syarifah Syawati Raja Ahmad Salleh Abbas Ananas comosus ( nanas ) Si Belang ( harimau ) Menara Kuala Lumpur Proton Perdana 2.1. keadaan.1 Kata nama khas 2. binatang.1 Kata nama khas diberi kepada orang.1 Kata nama Kata nama adalah segala perkataan yang menduduki kedudukan nama dalam struktur-struktur tertentu ayat-ayat bahasa Malaysia. atau benda.2 Kata nama am 2. kejadian.1.3.

iv) Kata ganti nama penunjuk adalah perkataan-perkataan yang dipakai bagi mengganti nama benda yang ditunjuk atau yang dirujukkan itu. dan mana. mereka. mana (bagi keupayaan atau perolehan). ii) Kata ganti nama pertanyaan adalah perkataan yang dipakai bagi mengganti perkataan nama dalam ayat tanya seperti apa. v) Kata ganti nama hubungan adalah perkataan yang menggantikan perkataan nama dalam rangkaikata atau ayat. iii) Kata ganti nama umum adalah perkataan yang dipakai bagi mengganti nama umum yang tidak tentu seperti apa (bagi benda atau barang).sekolah guru bapa perpisahan Kata ganti nama terbahagi kepada lima jenis iaitu : i) ii) iii) iv) v) kata ganti nama orang kata ganti nama pertanyaan kata ganti nama umum kata ganti nama penunjuk kata ganti nama hubungan i) Kata ganti nama orang adalah perkataan-perkataan yang dipakai bagi mengganti nama orang seperti saya. dan lain-lain. Kata ganti nama penunjuk dalam bahasa Melayu ialah perkataan itu dan ini. 2.3. bagaimana (bagi hal atau cara). Kata ganti nama dalam bahasa Melayu ialah yang. siapa. bila (bagi masa). awak. kami. dia. siapa (bagi orang).2 Kata kerja 20 .

2 Kata kerja aktif tak transitif Kata kerja tak transitif adalah kata kerja yang tidak boleh menerima objek dalam ayat-ayat yang predikatnya mengandungi kata kerja.3.3.1 Kata kerja aktif transitif 2.2.2. Kata kerja aktif transitif Kata kerja aktif transitif adalah kata kerja yang boleh menerima objek tepat dan objek tak tepat (sipi) dalam ayat aktif transitif yang predikatnya mengandungi kata kerja. 2. sama ada sebagai awalan yang tersendiri atau sebagai sebahagian daripada apitan me-…kan.2. Ibu sedang menggoreng ikan di dapur. datang dan pergi dan kumpulan yang menerima salah satu daripada imbuhan- 21 .3. me-…i. Aminah sedang mencuci pakaian. Dalam ayat transitif ini. Kata kerja aktif tak transitif boleh dibahagikan kepada dua kumpulan iaitu kumpulan kata kerja yang tidak menerima sebarang imbuhan seperti perkataan-perkataan tidur. Contoh: i) ii) iii) iv) Samad membacakan ayahnya surat.1. Pengarang itu menulis buku.2. iaitu : 2. memper-…kan.3.3 Kata kerja pasif 2. memper-…i atau akhiran –i dengan menduduki kedudukan kata kerja dalam rangkai kata predikat.3.2 Kata kerja aktif tak transitif 2.2. jatuh. duduk.Perkataan-perkataan golongan kata kerja bahasa Melayu terbahagi kepada 4 jenis. kata kerjanya hendaklah menerima awalan me-.

sseperti berasah. terbunuh.3 Kata Adjektif Kata adjektif ialah kata yang menerangkan sifat atau keadaan sesuatu benda atau kata nama. berlipat. berkereta. Kata adjektif boleh berdiri sendiri sebagai frasa adjektif untuk memenuhi tugas predikat sesuatu ayat. tercapai dan sebagainya. Kata adjektif boleh disertai kata keterangan amat. kehujanan dan sebagainya.seperti terangkat. ber-.3. Kata kerja pasif berawalan ter. sungguh dan sangat. dan bersendirian. Pemuda itu sedang berbual. Pelajar-pelajar itu pergi ke Pulau Besar semalam.imbuhan : me-. Padi sedang menguning.2.3.an seperti kecurian.. (i) (ii) (iii) Kata kerja pasif berawalan ber. ber-…an dan ter seperti perkataan menangis. 2. 22 . Gadis itu tersenyum. Anak Pak Mat menangis di dalam bilik. Kata kerja pasif ke …. Contoh : i) ii) iii) iv) v) vi) Pegawai itu berkereta ke pejabat. kedinginan. bertulis dan sebagainya.3 Kata kerja pasif Kata kerja pasif ialah kata kerja untuk ayat pasif sebagai lawan ayat aktif transitif. 2. terjatuh.

+ kata adjektif yang terbesar yang terpandai yang tertinggi 3) paling + kata adjektif paling besar paling pandai paling tinggi paling lemah paling baik 23 .2.1 Darjah Penghabisan Darjah penghabisan dalam bahasa Melayu dinyatakan dengan menggunakan cara-cara berikut: 1) se + kata adjektif + gandaan + kata nama 2) yang + ter.3.3.+ kata adjektif 3) paling + kata adjektif 4) kata adjektif + sekali 5) yang + ter + amat atau sangat 6) amat atau sungguh atau sangat + adjektif + sekali 1) se + kata adjektif + gandaan + kata nama sepandai-pandai tupai setinggi-tinggi gunung sekeras-keras batu sebaik-baik manusia secantik-cantik bunga 2) yang + ter.

3. penerang. penguat. pembenar. penafi.+ amat atau sangat yang teramat pandai yang teramat mulia yang teramat tinggi yang tersangat lemah yang tersangat baik yang tersangat cantik 6) amat atau sangat atau sungguh + adjektif + sekali amat cantik sekali sangat cantik sekali sungguh cantik sekali amat pandai sekali sangat pandai sekali sungguh pandai sekali 2. pemeri dan tugas-tugas lain. penegas. klausa. Jenisjenis kata tugas ialah: 1. atau frasa untuk mendukung sesuatu tugas sintaksis tertentu sama ada sebagai penghubung. penentu. pendepan.4) kata adjektif + sekali besar sekali pandai sekali tinggi sekali lemah sekali baik sekali 5) yang + ter. kata hubung 24 .4Kata Tugas Kata tugas hadir dalam ayat. pembantu.

2 2. sambil. hingga.1 Kata Penyambung Ayat Kata penyambung ayat ialah kata hubung iaitu sejumlah perkataan yang bertugas menghubungkan dua binaan ayat atau lebih sehingga menjadi satu bentuk ayat yang berlapis iaitu ayat majmuk. kata perintah. kemudian. dan kata pangkal 25 . kata tanya. kata seru 3. semoga. kata pangkal ayat 6. kata penegas 9. sekiranya.3. kata bantu 7. 14. atau. kalau.3.3. jikalau. malahan.2. 2. andai kata.3 kata penyambung ayat kata praklausa kata prafrasa 2. sungguhpun.4. lalu. serta.3.1 2. 12. kata pemeri kata sendi nama kata pembenar kata arah kata bilangan Empat belas jenis kata tugas ini boleh dikelompokkan ke dalam tiga kelompok iaitu : 2. tetapi. ketika. iaitu yang terdiri daripada kata seru. semasa.4. kata penguat 8. sewaktu. kata tanya 4. kata pembenar. setelah. 13. kata nafi 10. supaya. agar.3. sementara. walaupun.4. 11. kata perintah 5.4. kerana.4. Berikut diberikan beberapa contoh: dan.2 Kata Praklausa Kata praklausa ialah sejumlah perkataan yang terletak di hadapan klausa.

iaitu frasa nama. Kata Perintah: jangan. adalah. jemput. mesti. apa. Berikut diberikan beberapa contoh. Berikut diberikan beberapa contoh.4. betul.3.3 Kata Prafrasa Kata prafrasa ialah perkataan yang terletak di hadapan frasa. pengayaan atau sebagai penerang pangkal kepada klausa. amat. oh. mahu. Kata Pangkal Ayat: maka. bukan. usah. frasa kerja atau frasa adjektif yang berfungsi sebagai membantu. bila. memerikan. tah. 2. sungguh. paling. tolong. belum. sekali. pernah. menunjukkan menguatkan. hendak. sedang. dapat. boleh. siapa. dan menegaskan. Minggu 9: Sintaksis 1. agak. arah. juga.ayat. sangat. Kata Seru: aduh. kah. hatta. sahaja. Kata Tanya: berapa. membilang. harap. alkisah. masih. pun. akan. bagaimana. adapun. sila. benar. terlalu. arakian. menyendikan. ialah. wahai. cis. menafikan. tidak. Definisi Ayat 26 . eh. amboi. harus. sudah. mana. pertanyaan. wah. Tugas perkataan-perkataan ini adalah untuk menimbulkan seruan. lah. telah. minta. Kata Pembenar: ya. aduhai.

ayat pasif. Ayat Pasif 5. Ayat Aktif 4. ayat tunggal dan ayat majmuk. ayat aktif. Definisi ayat Ayat ialah unit pengucapan yang paling tinggi letaknya dalam susunan tatabahasa dan mengandungi makna yang lengkap. iaitu dimulakan dan diakhiri dengan kesenyapan.2. pola ayat dasar boleh dibahagikan kepada empat jenis iaitu : Pola 1 : Frasa Nama + Frasa Nama 27 . (Nik Safiah Karim. Ayat Tunggal 6. Ayat boleh terbentuk daripada satu perkataan atau susunan beberapa perkataan yang diucapkan dengan intonasi yang sempurna. Pola Ayat Dasar 3. pelajar-pelajar dapat mengenal pasti ayat bahasa Melayu dari segi: • • • • • Sintaksis: 1. Objektif Pada akhir bab ini. 1986) pola ayat dasar ayat aktif ayat pasif ayat tunggal ayat majmuk 2. Pola Ayat Dasar Dalam bahasa Melayu. Ayat Majmuk Pendahuluan: Dalam bab ini para pelajar didedahkan dengan kepelbagaian ayat-ayat bahasa Melayu seperti ayat dasar.

Pola 2 : Anak mereka + sedang tidur. Contoh : Ahmad membaca buku. Ayat aktif terdiri daripada ayat aktif transitif dan ayat aktif tak transitif. Ayat Aktif Ayat aktif ialah ayat yang mengandungi kata kerja yang mengutamakan subjek asal sebagai judul atau unsur yang diterangkan. 3. (aktif transitif) Dia menangis sepanjang hari. Pola 4 : Rumah saya + di Negeri Sembilan. (aktif tak transitif) 28 . 3.2 Ayat Aktif Tak Transitif Ayat aktif tak transitif ialah ayat yang mengandungi kata kerja tak transitif. Ayat Aktif Transitif Ayat aktif transitif ialah ayat yang mengandungi kata kerja transitif. Pola 3 : Baju itu + merah.1. (aktif transitif) Harimau itu menerkam kijang. 3. iaitu yang tidak diikuti oleh objek sebagai penyambutnya. iaitu yang diikuti oleh frasa nama ataupun klausa komponen sebagai objek atau unsur penyambutnya. (aktif tak transitif) Teksi itu menuju ke utara.Pola 2 : Frasa Nama + Frasa Kerja Pola 3 : Frasa Nama + Frasa Adjektif Pola 4 : Frasa Nama + Frasa Sendi Nama Contoh : Pola 1 : Encik Zainal + pengurus syarikat.

blogspot. dan binaan atau konstruksi ayat. § Sintaksis bukan sahaja mengkaji proses pembinaan ayat tetapi juga hukumhukum yang menentukan bagaimana perkataan disusun dalam ayat.http://ramlibinyahya.com/2009/04/definisi-sintaksis.html DEFINISI SINTAKSIS § Cabang ilmu bahasa yang mengkaji bentuk. Ayat § Ayat ialah binaan yang terdiri daripada unsur ayat. iaitu unit-unit yang 29 . struktur.

frasa dapat dibahagikan kepada dua jenis iaitu frasa endosentrik dan frasa eksosentrik. Subjek dan predikat mempunyai unsur-unsur. frasa adjektif (FA) dan frasa sendi nama (FS). FA dan FS § Menurut binaannya. ia berpotensi untuk diperluas menjadi dua perkataan atau lebih. § Frasa tidak boleh dipecahkan kepada subjek dan predikat. Perhatikan contoh di bawah: Subjek Subjek 30 . Subjek Ayat Predikat Ayat Frasa Subjek Frasa Predikat Rumus Pola Ayat Ahmad mengulang kaji tatabahasa Frasa Nama Frasa Kerja FN + FN Cikgu ke sekolah Frasa Nama Frasa Sendi Nama FN + FS Fatimah amat rajin Frasa Nama Frasa Adjektif FN + FA Ah Chong seorang usahawan Frasa Nama Frasa Nama FN + FN Frasa § Frasa ialah satu binaan atau unsur ayat yang terdiri daripada sekurang-kurangnya dua perkataan atau jika terdiri daripada satu perkataan. ada empat jenis frasa iaitu FN. Binaan Ayat Bahagian subjek dan bahagian predikat merupakan bahagian utama yang membentuk klausa atau ayat dalam Bahasa Melayu. iaitu sama ada frasa nama (FN). frasa kerja (FK). § Seperti yang diterangkan di atas. § Contohnya: Ahmad sedang membuat kerja rumah § Contoh ayat di atas terdiri daripada dua bahagian iaitu (i) Ahmad sedang dan bahagian (ii) membuat kerja rumah. § Bahagian subjek dan predikat. FK. merupakan bahagian utama yang membentuk klausa atau ayat bahasa Melayu.membentuk ayat. · Lihat contoh-contoh berikut dan kaji unsur-unsur (frasa) yang mendasari ayat. Subjek dan prediket pula mempunyai unsur-unsur.

(tingkatan enam menjadi penerang kepada pelajar. Ayat seperti ini dipangil ayat dasar kerana menjadi punca penerbitan ayat-ayat lain. Jika kita hendak menambah maklumat kepada maklumat kepada maklumat asas itu dengan penerangan kepada maklumat asas itu dengan peneragan kepada subjek atau penerangan kepada predikat.Bah. Frasa Adjektif (FA) atau Frasa Sendi Nama (FS) Lihat contoh berikut: Subjek Ayat Predikat Ayat Frasa Subjek Frasa Predikat Rumus Pola Ayat Jamilah pengurus sumber manusia Frasa Nama Frasa Nama FN+FN Atan budak pandai Frasa Nama Frasa Adjektif 31 . frasa adjektif dan frasa sendi nama. Ayat Unsur Bah. Ayat Dasar dan Ayat Terbitan Perhatikan ayat berikut: Pelajar itu membaca buku. Rumus-rumus ini boleh terdiri daripada unsur-unsur Frasa Nama (FN). Frasa Kerja (FK). maka ayat berkenaan boleh menjadi seperti berikut: Pelajar tingkatan enam itu membaca buku. iaitu subjek ayat) Pola Ayat Dasar Pola ayat dasar mempunyai rumusnya tersendiri. Bahasa subjek dibina oleh frasa nama dan predikat dibina sama ada oleh frasa nama. frasa kerja. Ayat ini terdiri daripada satu klausa kerana mempunyai satu subjek (pelajar itu) dan satu predikat (membaca buku). Ayat Unsur Ah Tian guru senaman Tipah membeli gula Suara ketua pengawas itu serak-serak basah Munainady menoreh getah · Jadual di atas menunjukkan rumus binaan ayat yang mudah.

Sign up to vote on this title
UsefulNot useful