KAJIAN ISU

TAJUK: OBJEKTIF PERSEPSI GURU SENI SENI TERHADAP SEKOLAH PERLAKSANAAN MENENGAH DI PENDIDIKAN VISUAL

KAWASAN MERLIMAU, MELAKA.

1.

Pengenalan Objektif kurikulum ditentukan dengan berdasarkan kepada beberapa kriteria yang

dikira dapat mewujudkan suatu kurikulum yang bermanfaat kepada pelajar. Antara kriteria-kriteria yang digunakan untuk menentukan kurikulum sekolah ialah matlamat individu, masyarakat, dunia dan sarwajagat. Objektif sesuatu kurikulum digubal berdasarkan matlamat kurikulum, dan matlamat kurikulum pula telah disediakan berdasarkan tujuan. Maka tujuan, matlamat dan seterusnya objektif saling berhubungkait dan perlu difahami oleh pendidik dengan jelas sebelum merancang sesuatu pengajaran. Dalam pengajaran dan pembelajaran Pendidikan Seni Visual (KBSM) telah dirancang dengan teratur, kemas dan berubah mengikut keperluan semasa atas usaha Pusat Perkembangan Kurikulum, Kementerian Pendidikan Negara. Sukatan Pelajaran Pendidikan Seni Visual ini mengandungi Matlamat, Objektif, Organisasi Kurikulum dan Kandungan. (Rujuk Sukatan Pelajaran Kurikulum Bersepadu Sekolah Menengah Pendidikan Seni Visual, 2000).

2.

Latar belakang masalah Keberkesanan pengajaran dan pembelajran boleh ditingkatkan sekiranya guru

dapat memahami kemampuan dan persepsi diri terhadap objektif yang terkandung dalam
Salsabila Tang Abdullah Guru PSV SMKSR 1

sukatan pelajaran. Maklumat yang diperolehi boleh digunakan untuk memperbaiki pengajaran diri dan seterusnya berjaya mencapai hasrat negara untuk muncul sebagai negara maju menjelang tahun 2020. Angelo dan Cross (1993) menyatakan bahawa terdapat pelbagai kaedah yang boleh digunakan oleh penyelidik untuk mendapatkan maklumat dari subjek kajian. Antara kaedah yang boleh digunakan untuk memperolehi maklum balas ialah temu bual, soal selidik dan pemerhatian. Dalam kajian ini penyelidik telah menggubah satu set soal selidik berdasarkan sukatan pelajaran pendidikan seni visual untuk mengukur domain persepsi guru seni terhadap objektif pendidikan seni visual sekolah menengah. Selain daripada itu, kaedah temu bual dan pemerhatian turut digunakan untuk mendapat maklumat yang lebih kukuh dan tepat.

3. 1.

Pernyataan Masalah Apakah persepsi guru-guru seni terhadap kefahaman objektif Pendidikan Seni Visual?

2. 3.

Sejauh manakah objektif Pendidikan Seni Visual dilaksanakan semasa P&P? Adakah pencapaian akedemik, pengalaman mengajar dan kekerapan menghadiri kursus seni mempengaruhi kefahaman objektif?

4.

Bagaimana sesuatu objektif boleh menjelaskan matlamat dalam membentuk insan yang seimbang dan harmonis dari segi JERI?

Salsabila Tang Abdullah Guru PSV SMKSR

2

Tidak terdapat perbezaan yang signifikan antara kefahaman objektif dengan pencapaian akademik guru seni. Pengalaman mengajar Salsabila Tang Abdullah Guru PSV SMKSR 3 . Dapatan kajian dapat memberi makluman kepada Kementerian Pendidikan dan pentadbiran sekolah menilai tahap perlaksanaan objektif di sekolah supaya tindakan susulan boleh diadakan. SMK Dato Abdul Rahman Yakub dan SMK Sungai Rambai. Pencapaian akademik bagi sampel guru dapat dikategorikan kepada 2 kumpulan iaitu Diploma 6 (40%) orang dan Sarjana Muda 9 (60%) orang. 6. 2. 5. Di sini terdapat empat buah sekolah menengah kebangsaan iaitu SMK Seri Makota. Skop kajian Merlimau merupakan kawasan yang terletak di bahagian selatan negeri Melaka.4. Jumlah bilangan guru yang mengajar mata pelajaran seni visual adalah 15 orang iaitu 11 (73.3%) orang guru lelaki dan 4 (26. Tidak terdapat perbezaan yang signifikan antara kefahaman objektif dengan kekerapan menghadiri kursus seni.7%) orang guru perempuan. Kepentingan kajian Kajian yang dijalankan ini sedikit sebanyak memberi gambaran tentang pelaksanaan objektif Pendidikan Seni Visual di sekolah-sekolah kawasan Merlimau. Kesemua guru adalah berbangsa Melayu. Hipotesis kajian 1. Tidak terdapat perbezaan yang signifikan antara kefahaman objektif dengan pengalaman mengajar dalam mata pelajaran Pendidikan Seni Visual. SMK Dang Anum. 3.

Objektif Menurut I. Pertama. (Rujuk lampiran 3) 7.K.D. peringkat pencapaian minimum yang harus diperolehi. Menurut C.7%) orang. Davies (1976) dalam Objectives in Curriculum Design. Ia merupakan satu idea. Oleh kerana tujuan merupakan satu idea. Definisi Istilah 7.” Dalam pendidikan. 6 – 10 tahun 1 (6. Ia merupakan hasil pengajaran yang dijangkakan dan bukan prosesnya. perkataan matlamat pula akan memberi penerangan mengenai arah itu. Jika perkataan tujuan di atas ialah tujuk arah.3%) orang. 2-5 tahun 3 (20%) orang. 7.guru seni di kawasan Merlimau adalah berbeza-beza iaitu kurang dari 2 tahun 3 (20%) orang.2 Perbezaan di antara Tujuan. perkataan ‘matlamat’ kadang-kadang disamakan dengan objektif am. suatu cita-cita. definisi ‘Tujuan’ ialah “kenyataan am yang cuba memberi bentuk dan arahan kepada kehendakkehendak yang lebih terperinci pada masa akan datang… Tujuan adalah titik permulaan. Husin (1989) dalam bukunya yang bertajuk Pedagogi 3 telah menerangkan bahawa objektif mengandungi tiga unsur yang penting.1 Objektif Objektif ialah perkara-perkara yang jelas tentang tingkah laku yang dapat dibuat oleh murid-murid untuk menunjukkan sesuatu yang telah dapat dipelajari. Matlamat. Kedua. dan suatu arah untuk dituju. manakala pengalaman mengajar lebih dari 10 tahun 8 (53. Menurut Kamarudin Hj. ia menekankan perlakuan yang dikehendaki daripada murid-murid sebelum berakhirnya pelajaran. syarat-syarat yang diperlukan bagi perlakuan itu dan ketiga. Cavert (1974) Salsabila Tang Abdullah Guru PSV SMKSR 4 . maka matlamat merupakan pecahan-pecahan mengenai idea itu.

dia perlulah memutuskan beberapa isu penting. Matlamat memberi pemerian tentang tingkah laku penuntut secara am.yang bertujuan untuk menghasilkan perubahan tingkah laku yang diharapkan. matlamat ialah peringkat am tingkahlaku. tingkah laku dan ekspresif. menggalakan interaksi sesama murid. Apa yang dilakukan oleh guru adalah untuk mencipta satu persekitaraan . atau menggalakan interaksi murid dengan bahan pengajaran. Mengikut Krathwohl (1971). eksplisit. dan melatih tingkah laku ini hingga ke tahap dia berupaya mempamerkannya ke satu paras yang memuaskan di bawah keadaan tertentu. iaitu pelajar diharap dapat mempamerkannya Salsabila Tang Abdullah Guru PSV SMKSR 5 . Guru berkenaan perlu memilih isi pelajaran yang berkaitan. Pernyataan objektif pengajaran merupakan satu perihalan tingkah laku. manakala objektif ialah peringkat khusus tingkah laku. memperbaiki atau menghapuskan tingkah laku semasa.dalam An Approach to the Design of Mediated Instruction. Objektif ialah penyataan spesifik mengenai gerak balas (response) penuntut (iaitu tingkalaku) yang telah dirancangkan. Objektif ialah satu kenyataan berkenaan dengan apa yang boleh dilakukan oleh murid-murid hasil daripada pengajaran dan pembelajaran. definisi ‘matlamat’ ialah “matlamat ialah kategori dan peringkat am tingkah laku yang telah dipelajari dalam satu bahagian pembelajaran.” Dengan itu. Apabila seseorang guru membuat keputusan untuk mengajar. proses pendidikan bermakna mengadakan satu siri persekitaran yang membolehkan murid untuk mempelajari tingkah laku baru. Ia boleh dikategorikan ke dalam beberapa jenis antaranya ialah implisit. Ini dilakukan melalui interaksi antara guru dengan murid secara individu atau kumpulan. kaedah pengajaran yang sesuai dan prosedur penilaian yang berkaitan dengan objektif pengajaran yang telah ditetapkan.

Persepsi tidak semestinya betul atau salah secara mutlak. mengarah pengalaman pembelajaran pelajar dalam institusi pendidikan. terutamanya seseorang yang diupah oleh sesebuah sekolah untuk mengajar. perhatian serius perlulah diberikan. Setelah membuat analisis sama ada secara spontan atau sebaliknya. satu idea terbentuk di dalam pemikirannya tentang perkara berkenaan. Persepsi adalah satu proses kognitif yang dilakukan oleh seorang individu untuk memberi makna kepada persekitarannya. Oleh sebab peranan objektif pengajaran amat penting dalam proses pengajaran. sama ada kerajaan ataupun swasta. 7. 7. Good (1959) mentakrifkan guru sebagai seseorang yang telah mengikuti kurikulum profesional di sesebuah institusi rasmi dengan tujuan unuk membimbing.dengan agak tekal. Salsabila Tang Abdullah Guru PSV SMKSR 6 .4 Guru Page (1977) dalam International Dictionary of Dictionary of Education telah mendefinisikan guru sebagai seseorang yang mengajar. Baird (1986) menganggap perbezaan persepsi adalah sesuatu yang dijangkakan.3 Persepsi Persepsi merupakan tanggapan seseorang tentang sesuatu perkara setelah orang itu mengalami perkara yang dimaksudkan.

kritis. selaras dengan hasrat FPK. kreatif. Tokoh-tokoh Pendidikan Seni seperti Efland (1977) telah menghuraikan 3 komponen utama yang dijadikan matlamat dan objektif Pendidikan Seni. Kandungan kurikulum berupaya membantu murid meningkatkan rasa kesyukuran terhadap Tuhan. Kepentingan objektif dalam mata pelajaran pendidikan seni visual Objektif penting dan berfaedah kepada pembinaan ujian sebagai panduan untuk menentukan isi dan arah yang perlu ditekankan. 9. menghargai keindahan alam persekitaran. Kesemua objektif yang dikemukakan mempunyai perbezaan dan persamaan. mengkaji kepelbagaian bahasa seni tampak dan menguasai teknik-teknik pendidikan seni. iaitu yang melibatkan perkembangan individu. warisan budaya dan seni dalam masyarakat. keluarga. Mcfee (1961) mengatakan objektif Pendidikan Seni untuk membentuk tingkah laku dan meningkatkan kepekaan terhadap persekitaran dan alam. inovatif.8. mempunyai nilai-nilai estetik yang tinggi. masyarakat dan negara. imaginatif. Feldman (1972) mengariskan objektif Pendidikan Seni sebagai mengenal dunia sekitar. keindahan seni dan warisan bangsa serta dapat menyumbang ke arah pembangunan diri. Objektif melewati kandungan mata pelajaran Pendidikan Seni Visual. belajar bahasa seni tampak. Matlamat dan objektif Pendidikan Seni Visual Matlamat Pendidikan Seni Visual Sekolah Menengah adalah untuk membentuk keperibadian generasi Malaysia yang celik budaya. namun apa yang terpenting ialah ia dirancang berdasarkan matlamat dan berkeupayaan membentuk generasi yang sejajar dengan hasrat pembangunan negara. tetapi sekadar kandungan tidak menjadi matlamat Salsabila Tang Abdullah Guru PSV SMKSR 7 . ini bukan bermakna kandungan tidak penting.

guru dapat merancang kaedah dan peralatan yang releven dan sesuai untuk keperluan pelajar. kefhaman. estetika serta seni dalam kehidupan (dalam Iberahim Hassan 2001). terdapat tiga domain utama dan menjadikan fokus dalam mata pelajaran seni visual iaitu: i. aplikasi. 10.S. prosedur.akhir. Salsabila Tang Abdullah Guru PSV SMKSR 8 . yang dikeluarkan oleh State of Ohio Department of Education 1977. Psikomotor dan Rohaniah. Domain Kognitif: Ilmu yang berkaitan dengan gubahan. Bloom (1965) telah menemukakan taksonomi objektif kognitif yang merangkumi pengetahuan. mengambarkan hubungan antara tujuan. Lansing (1971). Mazlan Mohamad (1997) dalam bukunya yang bertajuk Pendidikan Seni 2: Kurikulum Pendidikan Seni telah menerangkan buku Planning Art Education – in the Middle/ secondary School of Ohio. analisis. Pendekatan ini juga diperkenalkan sebagai pendekatan perkembangan menyeluruh. sejarah dan aplisiasi. Objektif Pendidikan Seni dalam beberapa domain Matlamat Kurikulum Pendidikan Seni Visual sejajar dengan kehendak FPK dalam aspek interlek. Kandungan merupakan cara atau landasan untuk menulis objektif pengajaran. Keempat jenis objektif tingkah laku ialah Kognitif. Pendapat ini disokong oleh Mager (1971). Popham (1969) mengemukakan pendapatnya tentang kepentingan kenyataan objektif dalam pengajaran. Afektif. Ia mementingkan perkembangan potensi pelajar dari segi interlek. jasmani dan rohani. sintesis dan penilaian. matlamat. Menurut Keneeth M. maka sekurang-kurangnya terdapat empat jenis objektif tingkah laku yang tertera dalam kesemua (sepuluh) objektif. emosi. Menurut beliau mutu pengajaran tidak akan meningkat tanpa penggunaan objektif tingkah laku. B. Berdasarkan objektif yang ditulis.

Aras pencapaian objektif dipadukan daripada taksonomi domain kognitif. iii. Krathwohl (1965) mengatakan domain ini mementingkan perkembangan emosi dan perasaan. R. ii. 2 Memupuk budaya penyelidik dalam proses penghasilan karya Domain Afektif Kognitif 9 Salsabila Tang Abdullah Guru PSV SMKSR . pertimbangan.objektif. dan mempunyai asas kemahiran vokasional. (dalam Iberahim Hassan 2001). pendekatan dan aktiviti. meningkatkan kualiti koordinasi antara mata. Manakala D. tangan . Domain Afektif: Suatu aspek yang berkaitan dengan nilai. bersedia menjalankan amalan menggunakan masa lapang secara berfaedah. (dalam Iberahim Hassan 2001). menghargai warisan dan mempunyai sahsiah yang baik. memperkembangkan keyakinan terhadap pencipta. otot dan mental. sikap. memperolehi kemahiran-kemahiran asas praktik dalam kehidupan seharian. Domain Psikomator: Memupuk kepada pertumbuhan kemahiran dalam pergerakan atau gerak balas yang boleh terbentuk melalui aktiviti pengajaran dan pembelajaran. Domain Rohaniah: Turut diterapkan dalam Kurikulum Bersepadu Sekolah Menengah yang bermatlamat memperkukuhkan kepercayaan beragama. ia bukan sahaja merupakan alat pengukur terhadap pencapaian pelajar tetapi boleh dijadikan sebagai aras berbicara. Maka kesemua objektif dalam Pendidikan Seni Visual di sekolah menengah dapat dianalisa berdasarkan domein seperti berikut: Objektif 1 Menghargai keindahan alam ciptaan Tuhan. Objektif ini dikemukakan oleh Simpson (Kapfer. iv. dan membentuk perlakuan dan peribadi yang berlandaskan nilai murni. keperihatinan. 1965) ia mementingkan perkembangan dan memelihara kecergasan diri. minat. peka kepada nilai dan norma masyarakat.

Menjadikan bidang seni visual sebagai prospek kerjaya. (rujuk lampiran 1) Jacobs dan Ary (1990) . Menyedari dan menghargai suasana seni dalam persekitaran dan kaitan dengan keselesaan hidup. (kajian ini walaupun hanya 15 responden. ia merupakan latihan penulisan ilmiah bertujuan menambah pengetahuan dan pengalaman). media. daya kreativiti. Majid Konting (1990) berpendapat bahawa kebaikan menggunakan soal selidik ialah ianya boleh melibatkan responden yang lebih ramai. displin serta kemahiran dalam bidang seni visual yang dapat diamalkan dalam kehidupan dan kerjaya. interpretasi dan penilaian terhadap karya seni visual. Satu set soal selidik berbentuk skala likert telah disediakan untuk mengumpul data. Membuat diskripsi. Salsabila Tang Abdullah Guru PSV SMKSR 10 . teknik dan teknologi untuk mereka cipta barangan kraf dan produk seni visual yang berkualiti. teknologi dan mata pelajaran lain. snalisis. sacara lebih luas dan menyeluruh. Mohd. 3 Meningkatkan pengetahuan. Menggunakan pelbagai kemahiran. Membina jati diri ke arah pembentukan negara bangsa. Menghargai sumbangan dan pengaruh tokoh-tokoh seni visual dalam konteks perkembangan sejarah seni visual di Malaysia dan antarabangsa. inovasi. Mendapat nilai tambah dalam displin sains. dan Psikomator Kognitif dan Psikomator Kognitif 4 5 6 Kognitif Kognitif dan Afektif Afektif 7 8 9 10 Afektif Afektif Afektif 11. Rekabentuk kajian Rekabentuk kajian ini bersifat kualitatif dan kuantitatif.seni visual.

Subprogram yang digunakan ialah ujian-t. Menurut Mohd Majid Konting (1990) penganalisisan data berstatistik menggunakan perisisan pengaturcaraan SPSS dapat menghasilkan pengiraan yang tepat dan bebas daripada ralat. tetapi mereka merupakan generasi muda yang menerima ilmu pengetahuan yang kukuh dari universiti pendidikan seperti UPSI. Program yang digunakan ialah Statistical Package for the Social Science (SPSS). Penyelidik dapat mengamati sesuatu tingkah laku subjek berpandukan pemboleh ubah – pemboleh ubah yang telah dikenal pasti. perasaan. kepercayaan dan lain-lin secara langsung. Walaupun terdapat subjek yang mempunyai pengalaman mengajar yang kurang dari 2 tahun. kaedah pemerhatian turut diplaktiskan. Dapatan kajian Tinjauan terhadap persepsi sebahagian guru seni terhadap pemahaman objektif kurikulum pendidikan seni visual Berdasarkan data yang dikumpul didapati bahawa hampir kesemua sampel kajian iaitu seramai 14 (93. UPSI telah mendidik dan memberi konsep baru dalam beberapa Salsabila Tang Abdullah Guru PSV SMKSR 11 . (rujuk lampiran 3) Ini adalah kemungkinan disebabkan kebanyakan subjek terdiri daripada guru yang berpengalaman dan antaranya telah lama menjadi jurulatih utama. Selain daripada itu. ANOVA sehala. Data-data yang diperoleh dianalisis menggunakan bantuan komputer. Seramai 5 orang guru ditemu bual dalam kawasan Merlimau.3%) orang guru seni mengatakan bahawa mereka memahami objektif pendidikan seni visual sekolah menengah dengan baik.Temu bual digunakan sebagai alat pengumpulan data untuk memperoleh maklumat tentang fakta. 12. Hanya seorang guru sahaja yang tidak memahami objektif Pendidikan Seni Visual dengan sepenuhnya. Pearson Correlation.

Pelajar dilatih secara ilmiah supaya dapat mengenali ciri-ciri teperinci bagi sesuatu aliran seni. Pengkaji telah memilih objektif 2 iaitu memupuk budaya penyelidik dalam proses penghasilan karya seni sebagai dasar menentukan pelaksanaan objektif dalam P&P. Menurut Tuckman (1978). Walaupun guru seni tersebut telah mengambil masa 2 minggu untuk mengajar sebahagian kecil dalam unit catan tetapi hasilnya amat memerangsangkan. Kaedah pemerhatian terhadap pelaksanaan objektif pendidikan seni semasa pengajaran dan pembelajaran Dengan izin pihak pentadbir sekolah dan bantuan pengetua sekolah lain di kawasan Merlimau. Model Efland. menyelidik aliran kedua catan tersebut. pelajar terpaksa membuat rujukan perpustakaan untuk mengumpul maklumat dan seterusnya membuat laporan. Dapatan data ialah kelima-lima orang guru seni telah mengamalkan objektif ini dalam P&P. penyelidikan ialah suatu usaha yang sistematik untuk mendapat jawapan kepada sesuatu masalah.pendekatan yang dikenalpasti sesuai dengan suasana pendidikan di negara kita antaranya DBAE yang ditaja oleh Yayasan Getty. sebagai contoh 1: Dalam mengajar unsur-unsur seni seperti garisan: Pelajar diminta mengkaji dan menyelidik garisan yang terdapat di sekeliling bilik darjah dan mengkaji fungsi setiap jenis garisan dalam masa 160 minit. Contoh 2: Dalam unit catan: Pelajar diminta bandingbezakan antara 2 jenis catan yang berlainan teknik. Ia bertujuan untuk mencari kebenaran dan menambah ilmu pengetahuan. Walaupun keesahan dan kebolehpercayaan Salsabila Tang Abdullah Guru PSV SMKSR 12 . penyelidik telah berpeluang memerhati beberapa orang guru seni menjalankan aktiviti P&P. Lansing dan lain-lain. Pendekatan pengumpulan dan penyusunan data-data membantu pelajar membuat penyelidikan secara saintifik mengenai seni.

0000 10. Hipotesis nol diterima. (2tailed) . Penyelidik telah menggunakan analisis ujian t program SPSS. kekerapan menghadiri kursus seni dan pengalaman mengajar dengan kebolehan memahami objektif Bagi menjawab hipotesis 1 iaitu: Tidak terdapat perbezaan yang signifikan antara kefahaman objektif dengan pencapaian akademik guru seni.347 Salsabila Tang Abdullah Guru PSV SMKSR 13 .kaedah ini rendah tetapi rumusannya ialah tidak 100% objektif yang dilaksanakan merujuk kepada matlamat FPK tetapi sebahagian objektif pasti dilaksanakan oleh guru seni yang berpengalaman.0000 2.806 -1.000 df 13 8.000 Sig. .8889 Std. Error Deviation Mean . Ujian t menunjukkan t (13) = -.435 .6667 .396 t-test for Equality of Means Sig.435 adalah tidak signifikan.806.088 t -. Std. (rujuk jadual 1) Jadual 1 T-Test Group Statistics pencapaian akademik OBJEKTI Diploma F Sarjana Muda N 6 9 Mean 10.0000 . Hubungan antara pencapaian akedemik. p = 0. Tidak terdapat perbezaan yang signifikan terhadap pencapaian akademik dengan kefahaman objektif.8889 Independent Samples Test Levene's Test for Equality of Variances F OBJEKTI Equal F variances assumed Equal variances not assumed 3.

0724 3.564 .444 F . 12) = 0.8 kali -1.000 .3333 setahun 2 – 4 kali tak pernah .3333 setahun Std.0000 setahun 5 . Error Sig.2972 1.7729 2.7729 -4.603 .507 . Hipotesis nol diterima.0724 -2.200 4.7391 -3.9639 -2. (rujuk lampiran 2) Jadual 2 Oneway ANOVA OBJEKTIF Between Groups Within Groups Total Sum of Squares 6.3608 1.2972 4.72.603 Upper Bound 3.564 1.7729 -4.000 . Ini kemungkinan disebabkan guru yang tidak menghadiri kursus dapat ‘inhouse traning’ dari guru yang telah menghadiri kursus.4142 1. Tidak terdapat perbezaan yang signifikan terhadap kefahaman objektif antara kekerapan menghadiri kursus seni.507 Post Hoc Test Multiple Comparisons Dependent Variable: OBJEKTIF Tukey HSD Mean Difference (I-J) (I) kekerapan (J) kekerapan kursus kursus tak pernah 2 .720 Sig. Ujian ANOVA sehala menunjukkan nilai F (2 .7391 4.3608 1.2766 1.400 53. p = .4142 1.3333 setahun 5 – 8 kali tak pernah 1. 95% Confidence Interval Lower Bound -3. .4 kali 1.2766 1.333 59.Bagi menjawab hipotesis 2 iaitu: Tidak terdapat perbezaan yang signifikan antara kefahaman objektif dengan kekerapan menghadiri kursus seni.3333 setahun 2 .0000 setahun 5 .9639 Salsabila Tang Abdullah Guru PSV SMKSR 14 .8 kali -1.7729 2.4 kali .733 df 2 12 14 Mean Square 3. adalah tidak signifekan.

Dari dapatan data didapati bahawa 60% guru tidak dapat menyenaraikan kandungan seni visual dengan tepat. Secara tidak langsung ia telah menyokong penulisan Salsabila Tang Abdullah Guru PSV SMKSR 15 .408 15 1.93 . nilai pekali kolerasi yang ditunjukkan adalah sangat rendah.23 .9333 mengajar Correlations OBJEKTIF OBJEKTIF Pearson Correlation Sig. sd = 1. p = 0. (2-tailed) N 1.06) dengan pengalaman mengajar (min = 2. sd = 2.0656 1.231 .27). sd = 2. Ujian kolerasi menunjukkan r = 0. nilai pekali kolerasi yang ditunjukkan adalah sangat rendah.231 . 15 .000 .53 .2799 N 15 15 Pengalaman mengajar Ujian kolerasi menunjukkan r = 0.53 .93 .408 adalah tidak signifikan. Deviation 2. (2-tailed) N Pearson Correlation Sig. p = 0. Tidak terdapat hubungan yang signifikan antara kefahaman objektif (min = 10.000 .5333 Pengalaman 2.408 adalah tidak signifikan.06) dengan pengalaman mengajar (min = 2.27).Bagi menjawab hipotesis 3 iaitu: Tidak terdapat perbezaan yang signifikan antara kefahaman objektif dengan pengalaman mengajar dalam mata pelajaran Pendidikan Seni Visual.408 15 pengalaman mengajar .(rujuk jadual 3) Jadual 3 Kolerasi Descriptive Statistics Mean OBJEKTIF 10. sd = 1. 15 Std. Tidak terdapat hubungan yang signifikan antara kefahaman objektif (min = 10.23 .

Kekerapan merujuk sukatan pelajaran akan membantu dan memastikan guru dapat merancang sesuatu pelajaran dengan tepat. 13.7% (1 orang) guru sahaja yang merujuk sukatan setahun sekali. 40% (6 orang) guru merujuk seminggu sekali. Selain daripada itu. Ini menunjukan bahawa guru seni lebih fokus kepada apa yang perlu pelajar mempelajari dan guru seni kurang sensitif terhadap perubahan mata pelajaran seni visual. Namun.7 % (4 orang) guru seni merujuk sukatan setiap kali sebelum merancang P&P. aktiviti yang dirancangkan oleh guru bertujuan untuk mencapai objektif sesuatu topik / unit atau ia benar-benar dirancang untuk mencapai objektif sukatan dan seterusnya mencapai matlamat mata pelajaran pendidikan seni visual. Salsabila Tang Abdullah Guru PSV SMKSR 16 . Perbincangan dan cadangan Keputusan kajian menunjukkan bahawa persepsi guru seni terhadap kefahaman objektif seni visual adalah sangat baik.7% (4 orang) juga yang merujuk sebulan sekali dan hanya 6. masih perlu kajian selanjutnya. apa yang mereka memberi penjelasan ialah walaupun guru seni tidak dapat menyenaraikan kandungan dengan tepat tetapi apa yang mereka jelas ialah unit-unit yang terkandung dalam setiap kandungan.yang pernah ditulis oleh Iberahim Hassan (2001) dalam kertas kerjanya yang bertajuk Pendidikan Seni Di Malaysia antara Harapan dengan Realiti telah mempersoalkan sejauh mana penguasaan ilmu dikalangan kita (guru seni) yang berkaitan dengan kandungan mata pelajaran ini? Setelah mengadakan temubual bersama tiga orang guru seni yang berpengalaman (pengalaman mengajar seni lebih dari 10 tahun dan telah menjadi JU Seni lebih daripada 5 tahun). 26. dari dapatan data juga menunjukkan bahawa sebanyak 26.

2. Objektif yang dipilih mestilah objektif yang mengandungi isi.Berdasarkan temubual yang telah dijalankan di beberapa buah sekolah menengah kawasan Merlimau. Ruang bilik seni tersebut perlu disusun dengan selesa dan sudutsudut khas agar dapat memberi inspirasi kepada pelajar apabila melakukan aktiviti penyelidikan. beberapa cadangan telah diperolehi dalam usaha mempertingkatkan kefahaman dan pelaksanaan kehendak objektif yang sebenarnya dalam penagajaran dan pembelajaran antaranya. dan pengalaman yang dianggap terpenting dan sesuai dengan peringkat pelajar. kemahiran. guru harus memilih objektif pengajaran dengan sebaiknya. Pendapat Ground (1970) mengenai 5 aspek memilih objektif pengajaran dengan baik boleh dijadikan sebagai pandauan dan ingatan iaitu: • Adakah objektif itu menyatakan hasil pembelajaran yang sesuai dengan bidang pelajaran seni visual? • Adakah objektif itu mengambarkan perkembangan yang logikal dengan bidang seni visual? • • • Adakah kategori tatatingkat objektif itu sesuai dengan kebolehan pelajar? Adakah objektif itu selaras dengan fsalsafah pendidikan? Adakah objektif itu selari dengan keperluan masa depan pelajar dan masyarakat? 3. Dengan masa yang terhad ini dan dengan perkembangan pengetahuan yang amat pesat. 1. Bagi setiap sekolah seharusnya mempunyai bilik seni khas untuk menjalankan aktiviti P&P.240 minit. Salsabila Tang Abdullah Guru PSV SMKSR 17 . Dalam satu minggu pelajar belajar seni visual hanya antara 160 .

5. IPTS dan pusatpusat kraftangan amat digalakkan. Objektif pengajaran untuk satu unit akan berkembang dan menjurus ke arah pembangunan negara. Hasil modul pengajaran tersebut adalah atas usaha-usaha jurulatih-jurulatih utama yang penuh pengalaman dan pengetahuan dalam bidang seni. Ia bukan setakat memberi ilmu pengetahuan tetapi juga dapat menyedari pelajar mengenai prospek kerjaya yang berkaitan dengan bidang seni. 6. pembelajaran kontekstual. Salsabila Tang Abdullah Guru PSV SMKSR 18 . Kunjungan dan lawatan ke galeri. kajian masa depan. Guru seni perlu membuat bacaan awal agar dapat mendalami serta menghayati topik yang akan disampaikan. Pastikan guru seni yang mengajar berpandukan modul pengajaran yang disediakan oleh Jabatan Pendidikan Melaka. IPTA. P&P yang dijalankan dapat merangsang dan mencabar intelek pelajar. 7. Kursus ini bukan setakat kandungan mata pelajaran yang perlu disemak tetapi juga pencapaian / pelaksanaan objektif turut dibincangkan agar pendidik benar-benar faham kehendak matlamat Pendidikan Seni Visual dan seterusnya mencapai kehendak FPK. 8. penggunaan ICT dan lainlain perlu difahami dengan baik oleh setiap guru seni kerana jika kenyataan objektif ditulis dengan jelas dan tepat tetapi kaedah / strategi penyampaian ilmu kurang baik.4. Kaedah-kaedah pengajaran yang disyorkan oleh PPK seperti pembelajaran masteri. hasil pembelajaran turut mengecewakan. studio-studio seniman. Kursus seperti semakan semula perlu diadakan sekurang-kurangnya 2 kali dalam sepenggal. Guru perlu jelas apa yang harus dipelajari oleh pelajar dalam topik berkenaan.

objektif empat sehingga dua belas ialah domain afektif. Walaupun terdapat guru yang sentiasa melakukan unsur penyelidikan dalam P&P tetapi tidak semua objektif dapat dilaksanakan kerana beberapa masalah yang wujud sebagai penghalang seperti kekangan masa. bilangan objektif yang ada dalam sukatan pelajaran ialah 12. pentadbir dan juga kelemahan guru seni sendiri. Salsabila Tang Abdullah Guru PSV SMKSR 19 . 3. 5 dan 6 boleh dikategori dalam domain kognitif. Antaranya objektif 2. Objektif 10 dikategori sebagai domaian rohaniah. Jelas dilihat domain psikomotor kurang difokuskan pada masa itu. afektif dan psikomotor jika dibandingkan sebelum ia disemak oleh Pusat Perkembangan Kurikulum. 3 dan 4 adalah domain psikomotor. ‘Pendidikan Seni Visual sebagai tunggak pendidikan’ hasrat sebegini oleh kebanyakkan pencinta seni akan tercapai sekiranya pendidik seni memahami dan dapat mentafsir dengan tepat hubungan antara FPK. Guru faham akan kesemua objektif dengan jelas tetapi belum pasti mereka menulis kenyataan objektif rujuk kepada matlamat dan FPK. 7. 2. 8 dan 9 adalah domain afektif. organisasi kurikulum dan kandungan yang tercatat dalam Sukatan Pelajaran KBSM Pendidikan Seni Visual. Objektif 2. objektif 1. 4. objektif. Objektif 1. matlamat. Menurut kajian yang telah dibuat oleh Iberahim Hassan (2000). 3 dan 4 ialah domain kognitif. kekangan peperiksaan. Manakala sukatan baru hanya terdapat sepuluh objektif sahaja. Sebelum tahun 2000.Kesimpulan Objektif Pendidikan Seni Visual yang ada sekarang lebih menyeluruh kepada domain kognitif.

Penilaian di bilik darjah. Tanjong Malim. Gary W. Reka Bentuk Penyelidikan : Falsafah. Pendidikan Seni 2: Kurikulum Pendidikan Seni. Mazlan Mohamad. Toronto: Little. Penulisan Tesis Dalam Bidang Sains Sosial Terapan. USA: State of Department of Education. Nasir Iberahim. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka. Iberahim Hassan. Balai Seni Lukis Negara. Iberahim Hassan. Arthur (1977). Edmund Burke Feldman. Brown and Company. Isahak Harun. (2001). Sidek Mohd Noah (2002). Koh Boh Boon. Kuala Lumpur: Longman Malaysia. Pedagogi 3. Efland. Serdang: Universiti Putra Malaysia. UPSI. Pendidikan Seni Untuk Maktab & Universiti. Asas-asas Dalam Amalan Pedagogi. Developing and Evaluating Educational Research. Bhd. Kuala Lumpur: Kumpulan Budiman Sdn. Mohd. Proseding Konvensyen Kebangsaan Pendidikan Seni Visual. (2000). Prof. Mokhtar Ismail. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa Dan Pustaka. Husin. (1995).Bibliografi Ahmed Ghazie Ibrahim. Proseding Konvensyen Kebangsaan Pendidikan Seni Visual. New Jersey: Upper Saddle River. Othman Mohamed. (2001). Kaedah Penyelidikan Pendidikan. (1989). (2000). Bhd. (1997). Kamarudin Hj. (2003). Matlamat Dan Objektif Pendidikan Seni Visual Untuk Sekolah Menengah: Perlu Kajian Semula. Balai Seni Lukis Negara. Pahang: PTS Publications & Distributors Sdn. Ohio. Pendidikan Seni Di Malaysia: Antara Harapan Dan Kenyataan dalam Seminar Pedagogi Pendidikan Seni Visual. Majid Konting (1993). Moore (1983). Kuala Lumpur: Universiti Malaya. Kini Dan Masa Hadapan. Pengajaran Dan Pembelajaran Pendidikan Seni Di Sekolah: Dulu. Md. Planing Art Education in the Middle/ secondary School of Ohio. Teori dan Praktis. Salsabila Tang Abdullah Guru PSV SMKSR 20 . Serdang: Universiti Putra Malaysia. (1996) Philosophy of Art Education. Madya Iberahim Hassan.

Borg & Meredith Damien Gall (1983). Education Research An Introduction. Walter R. New York & London: Longman. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa Dan Pustaka.Sulaiman Ngah razali. Salsabila Tang Abdullah Guru PSV SMKSR 21 . Pedagogi Teori dan Praktik. (1997).

Sign up to vote on this title
UsefulNot useful