You are on page 1of 81

Peribahasa

Perumpamaan Pepatah Bidalan

Perumpamaan merupakan sejenis


peribahasa berlapis yang membandingkan
sesuatu benda dengan benda yang lain dan
umumnya berisi pengajaran.

• Perumpamaan berbentuk perbandingan,


biasanya digunakan di pangkal
ayat,contohnya bagai, ibarat, laksana,
seperti, bak, umpama dan sebagainya
• Perumpamaan berbentuk bukan
perbandingan. Tidak didahului kata-kata
perbandingan

Ciri-ciri Perumpaaan :
* mempunyai maksud berlapis
* perbandingan tingkah laku manusia
dengan keadaan sekeliling

小学藏书阁 1
PERUMPAMAAN
Bagai Ibarat Laksana Seperti Umpama

小学藏书阁 2
Bagai telur di hujung tanduk

Maksud: Kedudukan seseorang yang tidak Peribahasa yang sama maksud


tetap atau tidak terjamin.
 Bagai abu di atas tunggul

 Bagai embun di hujung rumput

Contoh: Apabila menyedari keadaannya bagai telur di hujung tanduk, Mike telah membuat
keputusan untuk meletakkan jawatan.

Bagai telur di hujung tanduk

Maksud: Kedudukan seseorang yang tidak Peribahasa yang sama maksud


tetap atau tidak terjamin.
 Bagai abu di atas tunggul

 Bagai embun di hujung rumput

Contoh: Apabila menyedari keadaannya bagai telur di hujung tanduk, Mike telah membuat
keputusan untuk meletakkan jawatan.

Bagai telur di hujung tanduk

Maksud: Kedudukan seseorang yang tidak Peribahasa yang sama maksud


tetap atau tidak terjamin.
 Bagai abu di atas tunggul

小学藏书阁 3
 Bagai embun di hujung rumput

Contoh: Apabila menyedari keadaannya bagai telur di hujung tanduk, Mike telah membuat
keputusan untuk meletakkan jawatan.

Bagai isi dengan kuku

Maksud: Hubungan persahabatan yang Peribahasa yang sama maksud


sangat erat.
 Bagai lesung dengan antan

 Bagai dakwat dengan kertas

 Bagai inai dengan kuku

Contoh: Hubungan mereka bagai isi dengan kuku. Mereka saling berhubung dan tidak
pernah bertengkar.

Bagai telur di hujung tanduk

Maksud: Kedudukan seseorang yang tidak Peribahasa yang sama maksud


tetap atau tidak terjamin.
 Bagai abu di atas tunggul

小学藏书阁 4
 Bagai embun di hujung rumput

Contoh: Apabila menyedari keadaannya bagai telur di hujung tanduk, Mike telah membuat
keputusan untuk meletakkan jawatan.

Bagai cincin dengan permata

Maksud: Pasangan yang sangat sepadan. Peribahasa yang sama maksud

 Bagai pinang dibelah dua

 Tegak sama tinggi, duduk sama rendah

 Laksana asam dengan garam

Contoh: Pasangan pengantin yang bersanding itu bagai cincin dengan permata sehingga
ramai tetamu terpaku melihat mereka.

Bagai melepaskan batuk di tangga

Maksud: Melakukan sesuatu pekerjaan Peribahasa yang sama maksud


dengan tidak bersungguh-sungguh.
 Berdiang di abu angin

小学藏书阁 5
 Hangat-hangat tahi ayam

Contoh: “Buatlah kerja ini dengan bersungguh-sungguh dan bukannya sekadar bagai
melepaskan batuk di tangga.” kata Cikgu Maniam kepada Hafiz.

Bagai aur dengan tebing

Maksud: Saling membantu. Peribahasa yang sama maksud

 Seperti pahat dengan penukul

 Berat sama dipikul ringan sama dijinjing

 Hati gajah sama dilapah, hati kuman sama dicecah

Contoh: Kita hendaklah mengamalkan sikap bagai aur dengan tebing untuk menjayakan
sesuatu kerja.

Bagai bulan dipagari bintang

Maksud: Kecantikan seseorang akan


menyerlah ketika dikelilingi oleh rupawan.

Contoh: Puteri Jamiliah bagai bulan dipagari bintang apabila dikelilingi oleh dayang-dayang

小学藏书阁 6
istana.

Bagai dihiris dengan sembilu

Maksud: Perasaan yang sangat sedih. Peribahasa yang sama maksud

 Seperti kaca terhempas ke batu

Contoh: Hatinya bagai dihiris dengan sembilu apabila mendapat tahu anaknya terlibat
dalam aktiviti penagihan dadah.

Bagai duri dalam daging

Maksud: Sesuatu perkara yang sangat tidak


menyenangkan.

Contoh: Dia merasakan dirinya bagai duri dalam daging kerana telah merosakkan
rancangan yang diatur oleh ahli kumpulannya.

小学藏书阁 7
Bagai enau dalam belukar, melepaskan pucuk masing-masing

Maksud: Tiada permuafakatan dalam


masyarakat, hanya berpegang pada
pendapat sendiri serta melakukan pekerjaan
masing-masing.

Contoh: Masalah sosial tidak akan selesai jika setiap lapisan masyarakat bersikap bagai
enau dalam belukar, melepaskan pucuk masing-masing.

Bagai itik pulang petang

Maksud: Jalan dengan lambat sambil Peribahasa yang sama maksud


melenggang.
 Lenggang lenggok bagai cupak hanyut

Contoh: Adik berjalan bagai itik pulang petang menuju ke arah emak kerana badannya yang
semakin gemuk.

小学藏书阁 8
Bagai kacang melupakan kulit

Maksud: Melupakan jasa seseorang atau Peribahasa yang sama maksud


tidak tahu mengenang budi.
 Seperti ulat lupa akan daun

Contoh: “Janganlah bersikap bagai kacang melupakan kulit setelah kamu berjaya nanti,”
nasihat Cikgu Tan kepada muridnya.

Bagai ketam menyuruh anaknya berjalan dengan betul

Maksud: Perbuatan menasihati orang lain Peribahasa yang sama maksud


supaya melakukan perbuatan yang betul
 Bersihkan halaman sendiri dahulu, baru
sedangkan diri sendiri tidak membuatnya
bersihkan halaman orang
dengan betul.

Contoh: Encik Ali memarahi anak lelakinya yang merokok. Sikapnya bagai ketam menyuruh
anaknya berjalan dengan betul kerana dia sendiri pun merokok.

小学藏书阁 9
Bagai kiambang putus tali

Maksud: Berlari atau berjalan dengan Peribahasa yang sama maksud


pantas.
 Seperti lipas kudung

 Bagai lintah dipotong ekor

Contoh: Beberapa orang pemuda lari bertempiaran bagai kiambang putus tali untuk
menyelamatkan diri daripada orang yang sedang mengamuk itu.

Bagai lebah menghimpun madu

Maksud: Orang yang sangat rajin atau Peribahasa yang sama maksud
tekun.
 Seperti anai-anai makan kayu

Contoh: Khaidi bagai lebah menghimpun madu. Dia tidak suka membuang masa dan tekun
bekerja.

小学藏书阁 10
Bagai menatang minyak yang penuh

Maksud: Mendidik anak dengan penuh kasih


sayang.

Contoh: Encik Bakri mendidik anak-anaknya bagai menatang minyak yang penuh, segala
keperluan untuk anak-anaknya disediakan dengan sempurna.

Bagai murai dicabut ekor

Maksud: Seseorang yang becok mulutnya. Peribahasa yang sama maksud

 Mulut bagai ekor ayam dihembus

Contoh: Mizah bagai murai dicabut ekor, ada-ada sahaja yang hendak diceritakannya.

小学藏书阁 11
Bagai si kudung beroleh cincin

Maksud: Beroleh untung tetapi tidak dapat Peribahasa yang sama maksud
merasai nikmatnya.
 Mutiara berkalung di leher babi

 Bgai gembala diberi keris

Contoh: Wati mendapat sebuah gitar sebagai hadiah hari jadinya tetapi dia tidak pandai
memetik gitar. Nasibnya bagai si kudung beroleh cincin.

Bagai tikus membaiki labu

Maksud: Merosakkan lagi barang yang Peribahasa yang sama maksud


sedang dibaiki.
 Tidak dapat dibaiki, jangan dirosakkan

Contoh: Berterus teranglah jika kamu tidak pandai membaiki televisyen ini. Jangan bagai
tikus membaiki labu.

小学藏书阁 12
Bagai air mencari jenisnya

Maksud: Seseorang yang gigih mencari Peribahasa yang sama maksud


ilmu.
 Biar penat badan asalkan senang hati

Contoh: Usah biarkan anak muda dengan keseronokan dunia sebaliknya mestilah bersikap
bagai air mencari jenisnya.

Bagai air titik ke batu

Maksud: Sukar memberi nasihat kepada Peribahasa yang sama maksud


orang yang degil.
 Seperti hujan jatuh ke pasir

Contoh: Kamariah berasa sakit hati apabila segala nasihatnya kepada Vinod bagai air titik
ke batu kerana tidak pernah diendahkannya.

Bagai anjing berebut tulang

小学藏书阁 13
Maksud: Bersikap tamak dan ingin berebut
harta.

Contoh: Pak Mat tidak sanggup melihat anak-anaknya bagai anjing berebut tulang apabila
mereka bertelagah kerana berebutkan harta pusakanya.

Bagai anjing menyalak di ekor gajah

Maksud: Yang lemah hendak melawan Peribahasa yang sama maksud


dengan yang berkuasa.
 Umpama pisau di tangan kanan, timun di
tangan kiri

Contoh: “Tindakan kamu hendak menentang orang yang berkuasa itu bagai anjing
menyalak di ekor gajah kerana kamu tidak akan berjaya,” nasihat Pak Udin kepada anak
lelakinya.

Bgai ayam disambar helang

小学藏书阁 14
Maksud: Hilang atau mati secara tiba-tiba.

Contoh: “Aku masih tidak dapat menerima kenyataan bahawa Hussien meninggal secara
tiba-tiba bagai ayam disambar helang,” kata Leha

Bagai anjing tersepit di pagar

Maksud: Serba salah apabila ditimpa Peribahasa yang sama maksud


kesusahan.
 Bagai ayam kena kepala

 Bagai cicak makan kapur

Contoh:Keadaan Laiman bagai anjing tersepit di pagar apabila terpaksa meminta


pertolongan daripada Syarif yang selama ini dimusuhinya.

Bagai belut diketil ekor

小学藏书阁 15
Maksud: Pantas mengelakkan diri. Peribahasa yang sama maksud

 Seperti pucuk dilancarkan

 Bak cetus api

Contoh: Suzi bagai belut diketil ekor apabila secara tidak sengaja telah memecahkan pasu
bunga ibunya.

Bagai berumah di tepi pantai

Maksud: Selalu berada dalam keadaan Peribahasa yang sama maksud


bimbang dan cemas.
 Seperti bergalah di tengah arus

Contoh: “Keadaan kami sekarang ini bagai berumah di tepi pantai kerana sering diganggu
oleh along,” kata Zizan.

Bagai buntal kembung

Maksud: Seseorang yang bodoh dan Peribahasa yang sama maksud

小学藏书阁 16
sombong. Beriak tanda dalam, bergoncang tanda penuh

Contoh: Sikap Zamri yang bodoh dan sombong bagai buntal kembung itu menyebabkan
ramai orang tidak menyukainya.

Bagai bunyi cempedak jatuh

Maksud: Bunyi jatuh yang sangat kuat. Peribahasa yang sama maksud

 Bagai ayam kena kepala

 Bagai cicak makan kapur

Contoh:Kami terkejut apabila almari itu terjatuh kerana bunyinya bagai bunyi cempedak
jatuh.

Bagai demai gajah berlalu

Maksud: Kerosakan yang besar hingga sukar Peribahasa yang sama maksud

小学藏书阁 17
disembunyikan.  Seperti ditempuh gajah lalu

 Mana busuk yang tidak berbau

Contoh: ”Masalah yang menimpa kita sekarang ini bagai demai ajah berlalu dan harus
ditangani dengan segera,” kata Osman..

Bagai geluk tinggal di air

Maksud: Hidup dalam kedaifan dan hanya Peribahasa yang sama maksud
berharap pada bantuan.
 Sauk air mandikan diri

Contoh: Sejak akhir-akhir ini, hidup keluarga Susan bagai geluk tinggal di air serta tersisih
daripada orang kampung sejak ayah mereka meninggal dunia

Bagai gembala diberi keris

Maksud: Pemberian yang tidak membawa Peribahasa yang sama maksud

小学藏书阁 18
apa-apa makna.  Bagai si kudung beroleh cincin

 Mutiara berkalung di leher babi

Contoh: Pemberian komputer riba kepada keluarga itu bagai gembala diberi keris serta
tersisih daripada orang kampung sejak ayah mereka meninggal dunia

Bagai kacang direbus satu

Maksud: Melonjak-lonjak kegembira kerana Peribahasa yang sama maksud


mendapat keuntung
 Seperti kera mendapat pisang

 Pasang pelita dilanggar tikus

Contoh: Taufik bagai kacang direbus satu sebaik sahaja menerima berita tentang
kejayaannya itu.

Bagai kambing dalam biduk

Maksud: Hidup dalam ketakutan.

小学藏书阁 19
Contoh: Semua zaman Jepun, rakyat hidup bagai kambing dalam biduk kerana takut akan
askar-askar Jepun.

Bagai kambing diseret ke air

Maksud: Malas melakukan sesuatu


pekerjaan yang disuruh.

Contoh: Kami sudah tidak mahu bekerjasama dengan Kim kerana sikapnya bagai kambing
diseret ke air, dia hanya melakukan sesuatu tugas apabila disuruh.

Bagai kelip-kelip terbang malam

Maksud: Rahsia yang telah terbongkar. Peribahasa yang sama maksud

 Biar pecah di perut, jangan pecah di


mulut

小学藏书阁 20
Contoh: Perbuatannya hendak menyembunyikan rahsia itu ternyata sia-sia apabila telah
terbongkar bagai kelip-kelip terbang malam.

Bagai kerakap tumbuh di batu

Maksud: Kehidupan yang miskin dan Peribahasa yang sama maksud


melarat.
 Yang rebah ditindih

Contoh: Abang Long hidup bagai kerakap tumbuh di batu kerana hartanya habis digunakan
untuk berjudi.

Bagai lintah dipotong ekor

Maksud: Melakukan pekerjaan dengan Peribahasa yang sama maksud


pantas.
 Bagai kiambang putus tali

 Seperti lipas kudung

小学藏书阁 21
Contoh: Jika kamu semua boleh bekerja bagai lintah dipotong ekor, kita tentu dapat
menyiapkan semua tempahan itu,” kata Encik Firdaus.

Bagai melukut di tepi gantang

Maksud: Tidak dipedulikan oleh masyarakat.

Contoh: “Aku berasa amat sedih kerana hidup bagai melukut di tepi gantang, tiada sesiapa
yang simpati,” keluhnya sendirian.

Bagai mencari belakang di atas akar

Maksud: Melakukan pekerjaan yang tidak Peribahasa yang sama maksud


mendatangkan hasil.
 Biar pecah di perut, jangan pecah di
mulut

Contoh: Perbuatan Khaidi mencari guli yang terjatuh ke dalam paya itu bagai mencari
belakang di atas askar.

小学藏书阁 22
Bagai puyuh laga

Maksud: Percakapan yang tidak habis-habis. Peribahasa yang sama maksud

 Seperti bertih goreng

Contoh: “Aku berasa sungguh tertekan dengan sikap Azman yang bercakap bagai puyuh
laga itu,” luah Raymond.

Bagai rambut dibelah tujuh

Maksud: Sesuatu yang terlalu sikit atau


kecil.

Contoh: Ayah membahagikan harta kepada anak-anaknya bagai rambut dibelah tujuh.

小学藏书阁 23
Bagai wau putus tali

Maksud: Putus harapan dan berserah Peribahasa yang sama maksud


kepada takdir.
 Menadah tangan ke langit, bagai aur di
atas bukit

Contoh: Kehidupan Mak Joyah bagai wau putus tali apabila dia tidak dihiraukan oleh
anak-anaknya.

Bagai anjing buruk kepala

Maksud: Penghinaan terhadap seseorang yang


keburukannya diketahui walau ke mana pun dia pergi.

Contoh: Asraf berasa sungguh sedih apabila mengenangkan nasib dirinya bagai anjing
buruk kepala kerana sering dihina walau ke mana pun dia pergi.

小学藏书阁 24
Bagai kerbau terkejut oleh gong

Maksud: Tercengang-cengang kehairanan.

Contoh: Lina yang tidak mengetahui apa yang berlaku bagai kerbau terkejut oleh gong
apabila melihat orang ramai berpusu-pusu keluar dari pusat beli belah itu..

Bagai bunyi siamang kenyang

Maksud: Banyak bercakap kerana mendapat


kesenangan.

Contoh: “Apakah yang menggembirakan hati kamu sehingga kedengaran bagai bunyi
siamang kenyang?” soal Usman.

Bagai bulan purnama penuh

Maksud: Gadis yang sangat cantik. Peribahasa yang sama maksud

 Laksana janda baru bangun tidur

Contoh: Anak perumpuan Encik Zahid sungguh cantik bagai bulan purnama penuh apabila
dia tidak dihiraukan oleh anak-anaknya.

小学藏书阁 25
Bagai berseru di padang pasir

Maksud: Seruan yang tidak diambil peduli. Peribahasa yang sama maksud

 Seperti memetik di tengah padang luas

Contoh: Walaupun telah beberapa kali penghulu kampung meminta penduduk bersatu
menjaga keharmoniaan tetapi tidak dipedulikan, seruannya bagai berseru di padang pasir.

Bagai balak terendam

Maksud: Keadaan orang yang pemalas dan Peribahasa yang sama maksud
gemuk..
 Seperti sumpit abu ditegakkan

Contoh: Lelaki itu bagai balak terendam kerana hanya duduk di rumah tanpa melakukan
apa-apa pekerjaan.

Bagai sumbu pelita, menerangi orang lain dengan membakar diri sendiri

Maksud: Orang yang mengorbankan Peribahasa yang sama maksud

小学藏书阁 26
kepentingan diri sendiri demi kepentingan  Memerah kain basahan orang
orang lain.
 Seperti lilin membakar diri

Contoh: Keadaanya bagai sumbu pelita, menerangi orang lain dengan membakar diri
sendiri , kerana habis wangnya digunakan oleh ayahnya untuk berjudi.

LATIHAN PERUMPAMAAN 1

Bahagian A: Isi tempat kosong dengan peribahasa yang paling sesuai.

 Bagai bunyi cempedak jatuh  Bagai aur dengan tebing

 Bagai isi dengan kuku  Bagai lebah menghimpun madu

 Bagai wau putus tali  Bagai sumbu pelita, menerangi orang lain
dengan membakar diri sendiri
 Bagai bulan purnama penuh
 Bagai kambing diseret ke air
 Bagai puyuh laga
 Bagai lintah dipotong ekor
 Bagai buntal kembung
 Bagai geluk tinggal di air
 Bagai melepaskan batuk di tangga
 Bagai anjing berebut tulang
 Bagai berumah di tepi pantai

小学藏书阁 27
Soalan Jawapan
1 Hubungan Ali dengan Ahmad sangat erat _______________
sejak mereka berkenalan.
2 Keadaan di Kampung Melayu sangat aman dan sejahtera
kerana penduduk di sana hidup_____________________.
3 Azman berasa terganggu dengan kawannya yang bercakap
________________ itu.
4 Kehidupan Madam Ng ______________ apabila dia tidak
dihiraukan oleh ketiga-tiga orang anaknya.
5 Kehidupan kedua-dua orang adik-beradik itu ____________
apabila ibubapa mereka terkorban dalam suatu
kemalangan.
6 Sikap Khatid yang sombong dan bodoh ____________ itu
menyebabkan ramai orang tidak mahu bergaul dengannya.
7 Keadaan penduduk-penduduk di kampung itu ___________
kerana kawasan mereka sering berlaku masalah merompak.
8 Encik Lim berasa sungguh sedih melihat anak-anaknya
______________ untuk berebut harta pusakanya.
9 Shima berasa malu untuk berhadapan dengan Hamid
kerana rahsianya yang disimpan selama ini telah terbongkar
______________.
10 Encik Loh selalu memuji Ahmad yang bekerja ___________.

Soalan Jawapan
11 Sikap Darren yang _____________ itu selalu dipuji oleh guru
tingkatannya.
12 Meriam dimarahi oleh pengurusnya kerana melakukan kerja
_______________.
13 Anak lelaki Encik Bakri baru memperisterikan seorang gadis
kampung yang wajahnya ____________.

小学藏书阁 28
14 Tidak ada sesiapa pun yang mahu bekerjasama dengan
Taufik kerana sikapnya yang ___________________.
15 Bayi itu menangis apabila pasu bunga itu terjatuh kerana
bunyinya _______________.
16 Azilina berasa sungguh terharu menerima bantuan daripada
Zi Shan kerana sanggup mengorbankan dirinya
____________ itu.

Bahagian B: Lengkapkan ayat di bawah dengan peribahasa yang paling sesuai.

1 Mak Minah masih tidak dapat menerima kenyataan bahawa anak bongsunya telah
hilang _________________________________________________________ apabila
menuntut di universiti luar negara.

2 Cikgu Azleen sentiasa manasihati murid-muridnya supaya tidak bersikap


___________________________________________________ apabila berjaya nanti.

3 Bika memenangi sebuah basikal daripada pertandingan itu tetapi dia tidak pandai
mengayuh. Nasibnya diumpamakan sebagai___________________________________

____________________.

4 Puan Fatimah sanggup bercerai dengan suaminya kerana sikapnya ________________

___________________________________ yang hanya duduk di rumah tanpa melakukan


apa-apa pekerjaan.

5 Keuntungan yang sedikit itu _________________________________________________

apabila dibahagi-bahagikan kepada beberapa orang yang terbabit.

小学藏书阁 29
6 Masalah yang semakin berleluasa itu __________________________________________
dan sukar untuk ditangani.

7 Perbuatan Khalid yang mencari sebutir cincin di padang yang luas itu tidak akan
berhasil __________________________________________________________.

8 Rakyat jelata hidup dalam ketakutan __________________________________________

______________________semasa zaman pemerintahan Jepun.

9 Pemberian barang aksesori kereta kepadanya_________________________________

______________________ kereta dia tidak memiliki kereta.

Bahagian C: Pilih satu jawapan terbaik bagi tiap-tiap soalan.

1 Adik bersungguh-sungguh membaiki kereta mainan yang rosak itu, tetapi akhirnya
kereta itu bertambah rosak. Keadaan ini

A. bagai melepaskan batuk di tangga


B. bagai tikus membaiki labu
C. bagai puyuh laga
D. bagai buntal kembung
2 Kami berasa simpati melihat kehidupan Sofia yang begitu miskin dan melarat kerana
segala wang simpanannya digunakan untuk mengubati ibunya yang berpenyakit kanser.
Perumpamaan yang sesuai dengan pernyataan di atas ialah

A. Bagai kerakap tumbuh di batu


B. Bagai wau putus tali
C. Bagai mencari belalang di atas akar
小学藏书阁 30
D. Bagai ayam disambur helang

3 Hubungan Rita dengan Haliza sangat erat sehingga tidak pernah bertengkar. Hubungan
mereka boleh dikatakan

A. bagai berumah di tepi pantai


B. bagai sumbu pelita, menerangi orang lain dengan membakar diri sendiri
C. bagai dakwat dengan kertas
D. bagai pinang dibelah dua

4. Pasangan pengantin yang bersanding itu ____________________ sehingga ramai


tetamu yang hadir ke majlis perkahwinan terpaku melihat mereka.

A. bagai itik pulang petang


B. bagai cincin dengan permata
C. bagai dihiris dengan sembilu
D. bagai menatang minyak yang penuh

5 Pekerja yang sangat rajin bekerja itu telah dinaikkan pangkat oleh majikannya.
Perumpamaan yang sesuai dengan pernyataan di atas ialah

A. bagai lebah menghimpun madu


B. bagai air titik ke batu
C. bagai anjing berebut tulang
小学藏书阁 31
D. bagai gembala diberi keris

6 Joel ___________________ apabila dihadiahi sebuah motosikal sedangkan dia tidak


pandai menunggang motosikal.

A. seperti kera mendapat bunga


B. seperti hujan jatuh ke pasir
C. bagai gembala diberi keris
D. bagai aur dengan tebing
7 Penduduk-penduduk kampung amat kecewa dengan kontraktor kerana projek
pembinaan perumahan tidak dibuat dengan sempurna. Perumpamaan yang sesuai
dengan pernyataan di atas ialah

A. Bagai anjing buruk kepala


B. Bagai mencurahkan air ke daun keladi
C. Bagai itik pulang petang
D. Bagai melepaskan batuk di tangga

8 Walaupun sudah lima tahun bekerja di syarikat itu, tetapi dia hanya melakukan sesuatu
kerja apabila disuruh oleh majikannya. Situasi ini diumpamakan sebagai

A. bagai pahat dengan penukul


B. bagai duri dalam daging
C. bagai enau dalam belukar, melepaskan pucuk masing-masing
D. bagai wau putus tali

小学藏书阁 32
9 Madam See menjaga Lucy dengan penuh kasih sayang meskipun dia hanya merupakan
anak angkat. Situasi ini sesuai dengan perumpamaan

A. Bagai si kudung beroleh cincin


B. Bagai bunyi cempedak jatuh
C. Bagai menatang minyak yang penuh
D. Bagai rambut dibelah tujuh

10 Penduduk-penduduk di kampung itu hidup dengan mesra dan harmoni kerana mereka
mengamalkan sikap saling membantu. Keadaan ini dikatakan

A. Bagai isi dengan kuku


B. Bagai aur dengan tebing
C. Bagai duri dalam daging
D. Bagai bulan dipagari bintang
11 Perompak itu lari dengan pantas sekali apabila melihat dua orang polis sedang meronda
di kawasan itu. Perumpamaan yang sesuai dengan pernyataan di atas ialah

A. Bagai ketam menyuruh anaknya berjalan dengan betul


B. Bagai air mencari jenisnya
C. Bagai anjing tersepit di pagar
D. Bagai kumbang putus tali
12 Sejak kematian suaminya, Amila dan tiga orang anaknya hidup dengan mengharap
pada bantuan orang lain. Situasi ini boleh dikatakan

小学藏书阁 33
A. Bagai kacang direbus satu
B. Bagai buntal kembung
C. Bagai geluk tinggal di air
D. Bagai kambing diseret ke air

13 Masalah vandalisme di kawasan perumahan itu sukar untuk menemui titik penyelesaian
kerana masyarakat setempat bersikap _________________.

A. Bagai duri dalam daging


B. Bagai enau dalam belukar, melepaskan pucuk masing-masing
C. Bagai murai dicabut ekor
D. Bagai tikus membaiki labu

14 Susila pantas mengelakkan dirinya apabila tidak sengaja memecahkan pasu bunga
kesayangan ibunya. Keadaan ini dikatakan

A. Bagai anjing menyalak di ekor gajah


B. Bagai berumah di tepi pantai
C. Bagai belut diketil ekor
D. Bagai geluk tinggal di air

小学藏书阁 34
15 Tentera yang gagah itu sanggup mengorbankan diri demi menyelamatkan mangsa
peperangan itu. Perumpamaan yang sesuai dengan kenyataan di atas ialah

A. Bagai sumbu pelita, menerangi orang lain dengan membakar diri sendiri
B. Bagai berseru di padang pasir
C. Bagai anjing buruk kepala
D. Bagai melukut di tepi gantang
16 Peragawati yang sungguh cantik itu ______________ memikat hati ramai lelaki.

A. bagai bunyi siamang kenyang


B. bagai kambing dalam biduk
C. bagai bulan purnama penuh
D. bagai air mencari jenisnya
17 Masalah sosial yang serius itu _________ amat membimbangkan setiap lapisan
masyarakat.

A. bagai melepaskan batuk di tangga


B. bagai duri dalam daging
C. bagai tikus membaiki labu
D. bagai anjing berebut tulang

18 “Apakah yang menggembirakan hati kamu sehingga kedengaran ________?” tanya


Mimi kepada Johari.

A. bagai denai gajah berlalu


B. bagai bunyi siamang kenyang
C. bagai bunyi cempedak jatuh
D. bagai puyuh laga

小学藏书阁 35
19 Perumpamaan yang bermaksud melonjak-lonjak kegembiraan kerana mendapat
keuntungan ialah

A. Bagai lintah dipotong ekor


B. Bagai kerakap tumbuh di batu
C. Bagai kacang direbus satu
D. Bagai wau putus tali

20 “Mengapakah nasihat aku kepada Rafidah selama ini _____________ walaupun dia
sedar akan kebenarannya,” keluh Rosman.

A. bagai mencurahkan air ke daun keladi


B. bagai berseru di padang pasir
C. bagai rambut dibelah tujuh
D. bagai geluk tinggal di air
21 Perumpamaan yang bermaksud penghinaan terhadap seseorang yang keburukannya
diketahui walau ke mana pun dia pergi ialah

A. Bagai anjing buruk kepala


B. Bagai kelip-kelip terbang malam
C. Bagai lintah dipotong ekor
D. Bagai gembala diberi keris

小学藏书阁 36
22 Katijah selalu dipuji oleh majikannya dan dinaikkan pangkat walaupun hanya bekerja
setahun kerana sikapnya yang melakukan pekerjaan dengan pantas. Perumpamaan
yang sesuai dengan pernyataan di atas ialah

A. Bagai kambing diseret ke air


B. Bagai anjing menyalak di ekor gajah
C. Bagai lintah dipotong ekor
D. Bagai air titik ke batu

PERUMPAMAAN
Bagai Ibarat Laksana Seperti Umpama

小学藏书阁 37
Ibarat telur sesangkak, pecah sebiji pecah semuanya

Maksud: seseorang yang menerima nasib Peribahasa yang sama maksud


buruk, akibatnya turut dirasai oleh orang
 Seekor kerbau membawa lumpur
lain.
semuanya habis terpalit

 Sebab nila setitik rosak susu sebelanga.

Contoh: “Jangan bertindak terburu-buru kerana kesan tindakan kamu akan tempias
kepada kami ibarat telur sesangkak, pecah sebiji pecah semuanya,” nasihat Fedrick.

Ibarat beban belum lepas dari bahu

Maksud: Belum lagi berlepas daripada


tanggunggan

Contoh: “Walaupun anak-anak sudah bersar, kita ibarat beban belum lepas dari bahu
kerana mereka belum bekerja lagi,” kata Pak Samad kepada isterinya.

Ibarat burung, mulut manis jangan dipakai

Maksud: Kata-kata manis untuk


memperdayakan seseorang.

小学藏书阁 38
Contoh: Mereka tidak sedar bahawa kata-kata lelaki itu ibarat burung, mulut manis jangan
dipakai kerana dia memang suka memperdayakan orang.

Ibarat rumput yang sudah kering, ditimpa hujan segar sekali

Maksud: Hidup yang dulu dalam kesusahan kini beroleh


kesenangan kerana bantuan orang lain.

Contoh: Keluarga itu ibarat rumput yang sudah kering, ditimpa hujan segar sekali apabila
mendapat bantuan daripada kerajaan.

Ibarat ayam, tiada kais, tiada makan

Maksud: sekiranya tidak bekerja tiada makan.

Contoh: Kehidupan Taufik yang ibarat ayam, tiada kais, tiada makan memaksa dia untuk
berusaha dengan lebih gigih.

Ibarat tahun berubah musim

小学藏书阁 39
Maksud: Pendirian yang berubah-ubah. Peribahasa yang sama maksud

 Sekerat ular, sekerat belut

Contoh: Shahimi tidak mempunyai pendirian yang tetap ibarat ahun berubah musim
apabila membuat keputusan yang berubah-ubah.

Ibarat perahu, tak akan karam sebelah

Maksud: kecelakaan atau kemalangan yang menimpa seorang


ahli keluarga akan turut dirasai ahli keluarga yang lain.

Contoh: Penderitaan yang dirasai oleh Ina turut dirasai oleh keluarganya ibarat perahu, tak
akan karam sebelah.

Ibarat bunga, sedap dipakai layu dibuang

Maksud: seseorang perempuan yang dikasihi semasa muda


tetapi diceraikan apabila semakin tua..

Contoh: Nasib Zubaidah ibarat bunga, sedap dipakai layu dibuang apabila diceraikan oleh
suaminya yang elah beristeri muda itu.

小学藏书阁 40
Ibarat burung dalam sangkar, mata lepas badan terkurung

Maksud: Kehidupan seseorang yang sentiasa dikongkong.

Contoh: Hamzah berasa bosan dengan kehidupannya yang ibarat burung dalam sangkar,
mata lepas badan terkurung.

小学藏书阁 41
PERUMPAMAAN
Bagai Ibarat Laksana Seperti Umpama

Laksana katak, sedikit hujan banyak bermain

Maksud: Suka memperbesar-besarkan Peribahasa yang sama maksud


perkara yang kecil.
 Setitik dilautkan, sekepal dibukitkan

Contoh: Janganlah laksana katak, sedikit hujan banyak bermain, hal yang kecil ini tidak
perlulah kita besar-besarkan.

Laksana kodok ditimpa kemarau

Maksud: Sangat gelisah (berkeluh-kesah). Peribahasa yang sama maksud

 Seperti cacing kepanasan

小学藏书阁 42
Contoh: Jahiliah laksana kodok ditimpa kemarau apabila suaminya yang turun ke laut
masih belum pulang walaupun sudah larut malam.

Laksana pohon kayu tiada berbuah

Maksud: Ilmu yang tidak dimanfaatkan. Peribahasa yang sama maksud

 Adat kemenyan sebesar lutut jika tidak


dibakar tidak akan berbau

Contoh: Orang itu laksana pohon kayu tiada berbuah kerana segala ilmunya tidak pernah
diamalkan.

Laksana antah melukut, lapar sangat baru berguna

Maksud:Sesuatu yang dianggap tidak penting, akhirnya berguna juga.

Contoh: Nasib Wahina dalam laksana antah melukut, lapar sangat baru berguna. Dia hanya
diperlukan apabila keadaan terdesak sahaja.

小学藏书阁 43
Laksana buah bemban, masak jatuh ke lumpur

Maksud: Menghilangkan diri dengan tiba-tiba.

Contoh: Kehilangan Yusri laksana buah bemban, masak jatuh ke lumpur sebaik sahaja
perlumbaan itu tamat.

Laksana lembu dogol, tak boleh ditanduk dan di sondol

Maksud: Seseorang yang suka mengugut tetapi sebenarnya tidak


berbahaya.

Contoh: “Tindakan Ellison mengugut kamu itu laksana lembu dogol, tak boleh ditanduk
dan di sondol, jadi kamu tidak usah takut,” kata Syikin kepada kawannya.

Laksana buah bemban, masak jatuh ke lumpur

Maksud: Menghilangkan diri dengan tiba-tiba.

Contoh: Kehilangan Yusri laksana buah bemban, masak jatuh ke lumpur sebaik sahaja

小学藏书阁 44
perlumbaan itu tamat.

Laksana jentayu menantikan hujan

Maksud: Sangat merindui seseorang.

Contoh: Siti laksana jentayu menantikan hujan kerana sudah dua tahun tidak berjumpa
dengan teman lelakinya yang bekerja di luar negara itu.

Laksana lembu kasi, galak saja tiada melawan

Maksud: Seseorang yang berbadan besar Peribahasa yang sama maksud


tetapi penakut.
 Rupa harimau, hati tikus

Contoh: “Kamu memang memalukan kumpulan kami, badan besar tetapi tidak berani
menentang pihak lawan laksana lembu kasi, galak saja tiada melawan” marah ketua
kumpulan itu kepada Ali.

小学藏书阁 45
Laksana asam dengan garam

Maksud: Amat sepadan. Peribahasa yang sama maksud

 Tegak sama tinggi, duduk sama rendah


 Bagai cincin dengan permata
 Bagai pinang di belah dua

Contoh: Pasangan yang baru berkahwin itu laksana asam dengan garam.

Laksana kunyit dengan kapur

Maksud: Seseorang yang cepat mesra.

Contoh: Encik Halim amat disukai oleh penduduk-penduduk kampung kerana dia laksana
kunyit dengan kapur.

Laksana bunga dedap, sungguh merah berbau tidak

Maksud: Orang yang tampan dan elok tetapi tidak berbudi bahasa.

Contoh: Alen tidak disukai oleh kawan-kawannya kerana dia seorang yang tidak berbudi
bahasa walaupun dari luarannya kelihatan elok dan tampan. Keadaan ini dikatakan
laksana bunga dedap, sungguh merah berbau tidak.

小学藏书阁 46
Laksana wau melawan angin

Maksud: Perbuatan yang sia-sia. Peribahasa yang sama maksud

 Seperti meluruskan ekor beruk

Contoh: Keinginan Shakir melawan musuh yang hebat itu laksana wau melawan angin
kerana tidak akan tercapai.

小学藏书阁 47
PERUMPAMAAN
Bagai Ibarat Laksana Seperti Umpama

Seperti rusa masuk ke kampung

Maksud: Hendaklah pandai menyesuaikan Peribahasa yang sama maksud


diri dengan adat resam tempat yang
dikunjungi/ Keadaan orang yang  Masuk ke kandang kambing
tercengang-cengang apabila memasuki mengembek, masuk ke kandang kerbau
suatu tempat yang baharu. menguak

Contoh: Razali seperti rusa masuk ke kampung sebaik sahaja tiba ke Kuala Lumpur.

Seperti mengajar itik berenang

小学藏书阁 48
Maksud: Mengajar seseorang yang arif atau Peribahasa yang sama maksud
pandai.
 Membuang garam ke laut
 Anak kera hendak diajar memanjat
 Orang tua diajar makan pisang

Contoh: “Janganlah kamu menjadi seperti mengajar itik berenang,Salamah itu memang
pandai menggubah bunga telur,” kata Hassan kepada Kassim.

Seperti anak ayam kehilangan induk

Maksud: Berpecah serta hilang tempat Peribahasa yang sama maksud


bergantung.
 Patah kemudi perahu hanyut
 Bagai layang-layang putus tali

Contoh: Semenjak kematian ibu bapa, mereka adik-beradik seperti anak ayam kehilangan
induk.

Seperti anjing dengan kucing

小学藏书阁 49
Maksud: Dua orang yang selalu bertengkar Peribahasa yang sama maksud
jika bertemu.
 Tidak boleh bertemu roma

Contoh: Faizal dan Rosli seperti anjing dengan kucing, jika bertemu mesti bertengkar.

Seperti api dalam sekam

Maksud: Perbuatan jahat yang tersembunyi. Peribahasa yang sama maksud

 Pepat di luar, rencong di dalam

Contoh: Dia seperti api dalam sekam kerana niat jahatnya telah diketahui orang.

Seperti ayam berak kapur

Maksud: Seseorang yang kelihatan pucat Peribahasa yang sama maksud


dan tidak bermaya.
 Seperti orang mabuk gadung

Contoh: Sejak terlantar di hospital, muka Hasini seperti ayam berak kapur.

Seperti cendawan tumbuh selepas hujan

小学藏书阁 50
Maksud: Sesuatu masalah yang bertambah
serius.

Contoh: Masalah sosial yang berlaku seperti cendawan tumbuh selepas hujan amat
membimbangkan setiap lapisan masyarakat.

Seperti cicak makan kapur

Maksud: Berasa malu kerana kesalahannya Peribahasa yang sama maksud


sendiri, atau bersenang hati (gembira).
 Bagai budak menyapu hingus

Contoh: Fedrick seperti cicak makan kapur apabila terlanggar Cikgu Faridah di kantin
sekolah.

Seperti gergaji dua mata

Maksud: Mengambil kesempatan daripada


pertelingkahan antara dua pihak.

小学藏书阁 51
Contoh: Dia cepat menjadi kaya kerana bersikap seperti gergaji dua mata.

Seperti harimau menyembunyikan kukunya

Maksud: Menyembunyikan pengetahuan Peribahasa yang sama maksud


yang dimilikinya.
 Dada manusia tidak dapat diselam

Contoh: Mereka memandang rendah akan kebolehan Lee Ping dalam acara lumba lari.
Lee Ping sebenarnya bersikap seperti harimau menyembunyikan kukunya.

Seperti hujan jatuh ke pasir

Maksud: Memberi nasihat kepada Peribahasa yang sama maksud


seseorang yang tidak berguna.
 Bagai air titik ke batu

Contoh: Segala nasihat yang diberikan kepada Sabrina seperti hujan jatuh ke pasir kerana
dia tidak pernah mengendahkannya.

Seperti katak di bawah tempurung

小学藏书阁 52
Maksud: Bergengetahuan cetek dalam
hal-hal dunia..

Contoh: Jika ada wang pergilah melawat ke negeri orang, jangan menjadi seperti katak di
bawah tempurung.

Seperti kera mendapat bunga

Maksud: Tidak tahu menghargai pemberian


orang lain.

Contoh: Rafiq seperti kera mendapat bunga,hadiah daripada abangnya itu tidak
dihargainya langsung.

Seperti langit dengan bumi

Maksud: Perbezaan yang amat ketara. Peribahasa yang sama maksud

 Seperti sayur dengan rumput

Contoh: Keluasan dan kemewahan rumah Baki dengan rumah Halim amat ketara; bak
kata orang tua-tua seperti langit dengan bumi.

小学藏书阁 53
Seperti lipas kudung

Maksud: Melakukan sesuatu pekerjaan Peribahasa yang sama maksud


dengan sangat cepat.
 Bagai kiambang putus tali
 Bagai lintah di potong ekor

Contoh: Walaupun kakinya sakit, dia membuat kerja seperti lipas kudung.

Seperti menarik rambut di dalam tepung, rambut jangan putus tepung jangan
berselerak

Maksud: Seseorang yang melakukan Peribahasa yang sama maksud


pekerjaan dengan sangat teliti dan
bersungguh-sungguh.  Biar lambat asalkan selamat
 Sepuluh kali diukur sekali dikerat

Contoh: Sikap Sharon melakukan sesuatu kerja seperti menarik rambut di dalam tepung,
rambut jangan putus tepung jangan berselerak amat dipuji.

Seperti mencurah air ke daun keladi

小学藏书阁 54
Maksud: Nasihat atau perbuatan yang tidak Peribahasa yang sama maksud
dipedulikan.
 Membuang garam ke laut
 Seperti telinga kuali

Contoh: Segala nasihat yang diberikan kepadanya seperti mencurah air ke daun keladi
kerana tidak pernah dihiraukannya.

Seperti orang buta kehilangan tongkat

Maksud: Berada dalam keadaan yang susah. Peribahasa yang sama maksud

 Hangus tidak berapi, karam tiada berair

ContohPara pendaki gunung yang tersesat itu seperti orang buta kehilangan tongkat
apabila kompas mereka rosak.

Seperti pahat dengan penukul

Maksud: Hanya bekerja apabila disuruh.

Contoh: Tuk Penghulu kesal dengan sikap penduduk Kampung Mutiara yang seperti pahat
dengan penukul.

小学藏书阁 55
Seperti pipit menelan jagung

Maksud: Orang miskin berlagak seperti orang kaya yang


akhirnya mendapat susah.

Contoh: Rafiq yang bersikap seperti pipit menelan jagung itu dipulaukan oleh
kawan-kawan sekerjanya.

Seperti tikus jatuh di beras

Maksud: Memperoleh kekayaan yang tidak Peribahasa yang sama maksud


disangka-sangka
 Dapat durian runtuh
 Bagai ayam dibawa ke lampuk

Contoh: Haiqal yang menyertai pertandingan program realiti itu seperti tikus jatuh di beras
setelah memenangi tempat pertama.

Seperti ular kena palu

Maksud: Jalan atau barisan yang bengkang-bengkok.

Contoh: Barisan orang yang menunggu untuk membuat kad pengenalan itu seperti ular

小学藏书阁 56
kena palu.

Seperti katak kena simbah air

Maksud: Mendapat sesuatu yang amat menggembirakan.

Contoh: Setelah sekian lama berasa tersisih, kini Shela seperti katak kena simbah air
apabila projeknya diberi penghargaan.

Seperti Belanda minta tanah

Maksud: Orang yang tamak, diberi sedikit Peribahasa yang sama maksud
hendak banyak.
 Beri betis hendak peha

Contoh: “Sikap Aziza yang seperti Belanda minta tanah tidak disukai oleh ramai orang.

Seperti gunting makan di hujung

小学藏书阁 57
Maksud: Berbuat sesuatu dalam diam tetapi Peribahasa yang sama maksud
berhasil.
 Penyu bertelur beratus-ratus senyap,
ayam bertelur sebiji riuh sekampung

Contoh: Jangan memandang remeh terhadap pengaruh budaya barat yang tidak ubah
seperti gunting makan di hujung.

Seperti kera kena belacan

Maksud: Orang yang tidak boleh duduk diam..

Contoh: Budak lelaki itu sangat lincah seperti kera kena belacan ketika berada di rumah
kawan ibunya.

Seperti langau di ekor gajah

Maksud: Menurut kemahuan orang besar atau orang ramai.

Contoh: Ahli kumpulan itu mengikut sahaja segala suruhan Heidi seperti langau di ekor
gajah.

小学藏书阁 58
Seperti lalat buta

Maksud: Berpusing-pusing tak tentu hala. Peribahasa yang sama maksud

 Ibarat kiambang

Contoh: “Jangan berpusing-pusing seperti lalat buta nanti kepala kamu penting,” nasihat
Puan Maria kepada anak lelakinya.

Seperti limau masuk seulas

Maksud: Mempunyai kelebihan berbanding orang lain.

Contoh: Mereka selalu merujuk Rosli apabila ada kemusykilan kerana dia seperti limau
masuk seulas dalam kalangan pelajar di situ.

小学藏书阁 59
Seperti menangguk di air keruh

Maksud: Mengambil kesempatan dalam keadaan yang tidak baik


untuk kepentingan sendiri.

Contoh: Peniaga itu tidak menghiraukan kebajikan pengguna dan bertindak seperti
menangguk di air keruh apabila menaikkan harga sesuka hati.

Seperti pungguk rindukan bulan

Maksud: Mengharapkan sesuatu yang sukar Peribahasa yang sama maksud


diperoleh.
 Mati puyuh hendakkan ekor
 Menanti kucing bertanduk

Contoh: Penduduk di kawasan itu seperti pungguk rindukan bulan apabila harapan mereka

小学藏书阁 60
untuk mendapat kemudahan bas awam belum tercapai.

Seperti sampah hanyut

Maksud: Miskin dan melarat. Peribahasa yang sama maksud

 Penyu bertelur beratus-ratus senyap,


ayam bertelur sebiji riuh sekampung

Contoh: Jangan memandang remeh terhadap pengaruh budaya barat yang tidak ubah
seperti gunting makan di hujung.

小学藏书阁 61
PERUMPAMAAN
Bagai Ibarat Laksana Seperti Umpama

Umpama buah kepayang dimakan, mabuk dibuang sayang

Maksud: Serba salah kerana sesuatu yang disayangi


merosakkan diri.

Contoh: Saya serba salah untuk menyerahkan anak tunggal saya kepada pihak berkuasa,
dia umpama buah kepayang dimakan, mabuk dibuang sayang.

Umpama kiambang di air, akarnya tidak jejak di bumi

小学藏书阁 62
Maksud: Seseorang yang tidak menetap Peribahasa yang sama maksud
lama di sesuatu tempat.
 Bagai menjenguk jerat sial

Contoh: Dia umpama kiambang di air, akarnya tidak jejak di bumi kerana selalu berpindah
dari satu tempat ke tempat yang lain.

Umpama air digenggam tak tiris

Maksud: Sangat kedekut atau bakhil.

Contoh: Yusuff yang bersikap umpama air digenggam tak tiris tidak disukai oleh kawannya.

Umpama galah di tengah arus

Maksud: Tidak berasa selamat.

小学藏书阁 63
Contoh: Kedudukan Unis umpama galah di tengah arus di syarikat itu apabila dia telah
menerima rasuah dari pihak lain.

Umpama Belanda kesiangan

Maksud: Cuba berlagak seperti orang putih.

Contoh: Anak Encik Lee yang baru pulang dari Australia itu umpama Belanda kesiangan.

Umpama telur sesarang dierami induknya

Maksud: Kejayaan anak-anak merupakan hasil didikan yang


sempurna daripada ibu bapa.

Contoh: “Saya tumpang gembira dengan pencapaian keluarga kamu umpama telur
sesarang dierami induknya ,” kata Encik Lee dengan David.

小学藏书阁 64
Umpama air di dalam kolam

Maksud: Orang yang sabar, tenang dan baik tingkah lakunya.

Contoh: Sikap Kai Cheong umpama air di dalam kolam walaupun menghadapi pelbagai
cabaran tetapi tetap juga bersabar haruslah kita contohi.

Umpama pisau di tangan kanan, timun di tangan kiri

MaksudOrang yang lemah tidak dapat melawan Peribahasa yang sama maksud
orang yang berkuasa.
 Bagai anjing menyalak di ekor
gajah

Contoh: “Penduduk-penduduk di kawasan itu ditindas dan tidak mendapat pembelaan


umpama pisau di tangan kanan, timun di tangan kiri ,” jelas Encik Darren kepada ketua
kampung itu .

Umpama hendak menepung tidak berberas

Maksud: Sukar memperoleh kesempurnaan dalam sesuatu


pekerjaan yang dibuat dengan tidak cukup syarat.

Contoh: Restauran makanan laut itu terpaksa ditutup kerana kekurangan modal umpama

小学藏书阁 65
hendak menepung tidak berberas.

Umpama memerah nyiur, santan diambil, hampas dibuang

Maksud: Mengikut mana-mana yang baik, yang buruk dijadikan


sempadan ketika mendengar cakap orang.

Contoh: “Saya berharap kamu dapat mengamalkan sikap yang baik dan menjadi seorang
yang berbudi bahasa umpama memerah nyiur, santan diambil, hampas dibuang ,” nasihat
Madam Tan kepada anak lelakinya.

LATIHAN PERUMPAMAAN 2

Bahagian A: Isi tempat kosong dengan peribahasa yang paling sesuai.

 Seperti ular kena palu  Seperti sampah hanyut

 Ibarat telur sesangkak, pecah sebiji  Laksana katak, sedikit hujan banyak

小学藏书阁 66
pecah semua bermain

 Seperti langau di ekor gajah  Seperti orang buta kehilangan tongkat

 Laksana pohon kayu tiada berbuah  Seperti cacing kepanasan

 Seperti pahat dengan penukul  Seperti kera kena belacan

 Seperti pungguk rindukan bulan  Seperti mencurah air ke daun keladi

 Ibarat tahun berubah musim  Seperti cendawan tumbuh selepas hujan

Soalan Jawapan
1 Kehidupan Syafiq dan keluarganya _____________ setelah
dia gagal dalam pernaigaannya.

2 Mak Cik Joyah berasa amat kecewa kerana segala


nasihatnya kepada anak lelakinya ________________.

3 Beberapa orang ahli pengakap yang tersesat di dalam hutan


itu _______________apabila kompas mereka rosak.

4 Perangai Hamza yang ________ selalu suka


memperbesar-besarkan perkara yang kecil.

5 “Tolong fikirkan kesan buruknya sebelum kamu bertindak


supaya tidak menjadi __________ kepada kumpulan kami,”
nasihat ahli-ahli kumpulan kepada Tomy.

6 Masalah sosial yang berlaku ______________ telah menjadi


suatu perbualan hangat di seluruh pelosok negara.

7 Pemuda yang baru tamat pengajian dari universiti ________


kerana segala ilmunya tidak pernah diamalkan.

小学藏书阁 67
Soalan Jawapan
8 Shakira tidak mempunyai pendirian yang tetap __________
apabila membuat keputusan yang berubah-ubah.

9 Sophia ______________ apabila menunggu keputusan


pertandingan perbahasan itu diumumkan.

10 Ayah selalu berhati-hati apabila memandu kereta di jalan


yang ____________ itu.

11 Khalid tidak dapat dinaikkan pangkat oleh majikannya


walaupun sudah 15 tahun bekerja kerana sikapnya yang

_____________.

12 Puan Fatimah tidak berdaya melarang anak lelakinya yang

_____________ ketika berada di rumah kawannya.

13 Ahli-ahli kumpulan itu mengikut sahaja segala suruhan


ketua mereka ________________.

14 Pekerja-pekerja di kilang itu ______________ apabila


permintaan mereka untuk menambahkan kemudahan
kilang belum tercapai.

Bahagian B: Lengkapkan ayat di bawah dengan peribahasa yang paling sesuai.

1 “Walaupun anak-anak sudah besar, tetapi kita __________________________________


kerana mereka masih belum bekerja lagi,” kata Encik Ahmad kepada isterinya.

2 Madam Lee ________________________________________ kerana suaminya masih

小学藏书阁 68
belum pulang walaupun sudah larut malam.

3 Yasvani ________________________________________, barang yang diberikan oleh


orang lain selalu dirosakkan dan tidak tahu menghargainya langsung.

4 “Jangan memandang rendah akan pelajar yang pendiam itu. Dia sebenarnya bersikap
____________________________________,” kata Ahmad kepada Amilia.

5 Peniaga itu tidak menghiraukan kebajikan pengguna dan bertindak _________________

____________________________________ apabila menaikkan harga sesuka hati.

6 Kehidupan Dennis dan keluarganya menjadi senang ______________________________

____________________________ apabila mendapat bantuan daripada saudara-mara


mereka.

7 Kehilangan Beeka ___________________________________________ sebaik sahaja


membincangkan perkara itu dari segi kewangan.

8 “Aku tidak mahu diibaratkan ________________________________________________


apabila menghadapi masalah barulah kamu meminta bantuan daripada saya,” tegas
Halim kepada kawannya.

9 Osman __________________________________________________________ sebaik


sahaja melanjutkan pelajaran di luar negara.

10 Muka nenek ______________________________________________________________


kerana sudah berhari-hari terlantar di hospital.

11 Keputusan Azizah dengan keputusan Shamudin amat ketara, bak kata orang tua-tua

______________________________________________________________.

小学藏书阁 69
Bahagian C: Pilih satu jawapan terbaik bagi tiap-tiap soalan.

1 Walaupun menghadapi pelbagai masalah terutamanya masalah di tempat kerja dan di


rumah, Rosli tetap bersikap tenang dan tidak menggelabah. Bak kata pepatah

A. seperti air di dalam kolam


B. seperti katak di bawah tempurung
C. seperti aur dengan tebing
D. seperti rusa masuk ke kandang

2 Shafina tidak akan mudah terpedaya dengan kata-kata pemuda itu kerana sebelum ini
dia pernah ditipu. Keadaan ini

A. bagai balak terendam


B. ibarat beban belum lepas dari bahu
C. ibarat burung, mulut manis jangan dipakai
D. bagai murai dicabut ekor
3 Anak lelaki Mak Cik Lijah tidak boleh duduk diam apabila dia melawat ke rumah
kawannya. Keadaan ini dikatakan

A. seperti langau di ekor gajah


B. seperti gunting makan di hujung

小学藏书阁 70
C. seperti sampah hanyut
D. seperti kera kena belacan

4 "Janganlah _____________, perkara yang kecil tidak perlulah kita besar-besarkan tanpa
maknanya,” nasihat Lim kepada Ben.

A. laksana pohon kayu tiada berbuah


B. laksana buah bemban, masak jatuh ke lumpur
C. laksana kodok ditimpa kemarau
D. laksana kata, sedikit hujan banyak bermain

5 Davison dianggap ______________ kerana tidak pernah menziarahi ibu bapanya di


kampung setelah menjawat jawatan tinggi di sebuah syarikat swasta.

A. seperti langau di ekor gajah


B. seperti ulat lupa akan daun
C. seperti ular kena palu
D. seperti mencurahkan air ke daun keladi

6 Beberapa orang pelajar bersungguh-sungguh menghiaskan dewan sekolah untuk


menyambut Hari Guru yang akan datang. Perbuatan mereka boleh dikatakan

A. Seperti Belanda minta tanah


B. Seperti anai-anai makan kayu
C. Seperti cacing kepanasan
D. Seperti harimau menyembunyikan kuku

小学藏书阁 71
7 Hamzah tidak dapat duduk diam di luar bilik operasi semasa menanti ibunya menjalani
pembedahan di hospital. Perumpamaan yang sesuai dengan pernyataan di atas ialah

A. seperti lipas kudung


B. seperti murai tercabut ekor
C. seperti kera kena belacan
D. seperti ayam berak kapur
8 Seseorang yang menerima nasib buruk atau melakukan sesuatu kerja yang buruk,
akibatnya turut dirasai oleh orang lain. Perumpamaan yang sesuai dengan maksud di
atas ialah

A. ibarat burung, mulut manis jangan dipakai


B. ibarat telur sesangkak, pecah sebiji pecah semuanya
C. ibarat tahun berubah musim
D. ibarat rumput yang sudah kering, ditimpa hujan segar sekali

9 “Usah berpusing-pusing _______________ nanti kepala kamu pening,” nasihat Puan Tan
kepada anaknya.

A. seperti lalat buta


B. seperti katak kena simbah air
C. seperti ular kena palu
D. seperti tikus jatuh di beras

10 Sikap Bennie yang sungguh teliti dan bersungguh-sungguh dalam menjalankan


tugasnya, akhirnya dia dinaikkan pangkat menjadi pengurus di syarikatnya.
Perumpamaan yang sesuai dengan pernyataan di atas ialah

A. seperti orang buta kehilangan tongkat


B. seperti katak di bawah tempurung

小学藏书阁 72
C. seperti kera mendapat bunga
D. seperti menarik rambut di dalam tepung, rambut jangan putus tepung jangan
berselerak

11 Seseorang yang pandai mengambil kesempatan daripada pertelingkahan antara dua


pihak. Perumpamaan yang sesuai dengan maksud di atas ialah

A. seperti harimau menyembunyikan kukunya


B. seperti gergaji dua mata
C. seperti api dalam sekam
D. seperti mengajar itik berenang

12 Fredie ________ apabila terlanggar Cikgu Faidah di luar pejabat sekolah. Perumpamaan
yang sesuai dengan pernyataan di atas ialah

A. seperti anjing dengan kucing


B. seperti hujan jatuh ke pasir
C. seperti cicak makan kapur
D. seperti cacing kepanasan

13 Walaupun baru pertama kali bertemu dengan Encik Phang, saya berasa sudah mesra
dan seperti pernah berkenalan suatu masa dahulu. Perumpamaan yang sesuai dengan
pernyataan di atas ialah

A. laksana asam dengan garam


B. laksana janda baru bangun tidur

小学藏书阁 73
C. laksana buah bemban, masak jatuh ke lumpur
D. laksana kunyit dengan kapur

14 Menunjukkan maksud kalau tidak bekerja, tiada makan

A. Ibarat perahu, tak akan karam sebelah


B. Ibarat ayam, tiada kais, tiada makan
C. Ibarat bung, sedap dipakai layu dibuang
D. Ibarat tahun berubah musim

15 Kegagalan Daphne dalam menguruskan perniagaan sehingga mengalami kerugian yang


besar turut dirasai oleh ahli keluarganya. Keadaan ini boleh dikatakan

A. ibarat perahu, tak akan karam sebelah


B. ibarat beban belum lepas dari bahu
C. ibarat telur sesangkak, pecah satu pecah semuanya
D. ibarat burung, mulut manis jangan dipakai

16 Perumpamaan yang maksudnya orang yang elok dan tampan tetapi tidak berbudi
bahasa

A. laksana wau melawan angin


B. laksana kunyit dengan kapur
C. laksana jentayu menantikan hujan
D. laksana bunga dedap, sungguh merah berbau tidak

小学藏书阁 74
17 Mak Cik Marry sangat rindu akan cucu kesayangannya yang sudah beberapa tahun tidak
balik ke kampung untuk menziarahinya. Perumpamaan yang sesuai dengan pernyataan
di atas ialah

A. Laksana lembu kasi


B. Laksana antah melukut, lapar sangat baru berguna
C. Laksana jentayu menantikan hujan
D. Laksana katak, sedikit hujan banyak bermain

18 “Janganlah kamu menjadi _____________ dan membuang masa, Shakira itu memang
pandai menjawab soalan Matematik itu,” kata Issac kepada Amina.

A. seperti mengajar itik berenang


B. seperti katak di bawah tempurung
C. seperti gergaji dua mata
D. seperti langit dengan bumi

19 Sikap Jumiliah yang melakukan sesuatu kerja dalam diam tetapi berhasil selalu dipuji
oleh orang ramai. Keadaan ini dikatakan

A. Seperti katak kena simbah air


B. Seperti gunting makan di hujung
C. Seperti limau masuk seulas
D. Seperti pungguk merindukan bulan

20 Sandy tidak mempunyai pendirian yang tetap ________________ apabila membuat


keputusan yang berubah-ubah itu.

A. ibarat burung, mulut manis jangan dipakai

小学藏书阁 75
B. ibarat perahu, tak akan karam sebelah
C. ibarat ayam, tiada kais, tiada makan
D. ibarat tahun berubah musim

21 Setiap kali bertemu, Shahimi dan Beka pasti bertengkar walaupun mengenai perkara
yang tidak penting. Keadaan ini boleh dikatakan

A. Seperti anak ayam kehilangan induk


B. Seperti katak di bawah tempurung
C. Seperti orang buta kehilangan tongkat
D. Seperti anjing dengan kucing

22 Perumpamaan yang mengambil kesempatan dalam keadaan yang tidak baik untuk
kepentingan sendiri ialah

A. seperti menangguk di air keruh


B. seperti lalat buta
C. seperti pungguk merindukan bulan
D. seperti lipas kudung

23 Yannee berasa amat jemu akan kehidupannya yang sentiasa dikongkong.


Perumpamaan yang sesuai dengan pernyataan di atas ialah

小学藏书阁 76
A. ibarat ayam, tiada kais, tiada makan
B. ibarat rumput sudah kering, ditimpa hujan segar sekali
C. ibarat burung dalam sangkar, mata lepas badan terkurung
D. ibarat tahun berubah musim

24 Perumpamaan yang membawa maksud menurut kemahuan orang besar atau orang
ramai

A. Seperti pahat dengan penukul


B. Seperti katak kena simbah air
C. Seperti kera mendapat bunga
D. Seperti langau di ekor gajah

25 Setelah seminggu terlantar di hospital akibat menghidap demam denggi, muka Puan
Shanti menjadi pucat dan tidak bermaya. Perumpamaan yang sesuai dengan
pernyataan di atas ialah

A. Seperti ayam berak kapur


B. Seperti cicak makan kapur
C. Seperti harimau menyembunyikan kukunya
D. Seperti Belanda minta tanah

26 “Kamu mesti pandai menyesuaikan diri apabila menuntut di Australia,” kata Puan Chan
kepada anak lelakinya. Perumpamaan yang sesuai dengan pernyataan di atas ialah

A. Seperti katak di bawah tempurung


B. Seperti rusa masuk ke kampung
C. Seperti ular kena palu
D. Seperti pungguk rindukan bulan

小学藏书阁 77
Skema Jawapan
Latihan 1
Bahagian A
1 Bagai isi dengan kuku
2 Bagai aur dengan tebing
3 Bagai sumbu pelita, menerangi orang lain dengan membakar diri sendiri
4 Bagai puyu laga
5 Bagai wau putus tali
6 Bagai geluk tinggal di air
7 Bagai buntal kembung
8 Bagai berumah di tepi pantai
9 Bagai anjing berebut tulang
10 Bagai kelip-kelip terbang malam
11 Bagai lintah dipotong ekor
12 Bagai lebah menghimpun madu
13 Bagai melepaskan batuk di tangga
14 Bagai bulan purnama penuh
15 Bagai kambing diseret ke air
16 Bagai bunyi cempedak jatuh

Bahagian B

1 Bagai ayam disambar helang


2 Bagai kacang melupakan kulit

小学藏书阁 78
3 Bagai si kudung beroleh cincin
4 Bagai badak terendam
5 Bagai rambut dibelah tujuh
6 Bagai denai gajah berlalu
7 Bagai mencari belakang di atas akar
8 Bagai kambing dalam biduk
9 Bagai gembala diberi keris

Bahagian C

1 B 2 A 3 C 4 B
5 A 6 C 7 D 8 A
9 C 10 B 11 D 12 C
13 B 14 C 15 A 16 C
17 B 18 B 19 C 20 B
21 A 22 C

Latihan 2
Bahagian A

1 Seperti sampah hanyut


2 Seperti mencurah air ke daun keladi
3 Seperti orang buta kehilangan tongkat
4 Laksana katak, sedikit hujan banyak bermain

小学藏书阁 79
5 Ibarat telur sesangkak, pecah sebiji pecah semuanya
6 Seperti cendawan tumbuh selepas hujan
7 Laksana pohon kayu tiada berbuah
8 Ibarat tahun berubah musim
9 Seperti cacing kepanasan
10 Seperti ular kena palu
11 Seperti pahat dengan penukul
12 Seperti kera kena belacan
13 Seperti langau di ekor gajah
14 Seperti pungguk rindukan bulan

Bahagian B

1 Ibarat beban belum lepas dari bahu


2 Laksana kodok ditimpa kemarau
3 Seperti kera mendapat bunga
4 Seperti harimau menyembunyikan kukunya
5 Seperti menangguk di air keruh
6 Ibarat rumput yang sudah kering, ditimpa hujan segar sekali
7 Laksana buah bemban, masak jatuh ke lumpur
8 Laksana antah melukut, lapar sangat baru berguna
9 Seperti rusa masuk ke kampung
10 Seperti ayam berak kapur
11 Seperti langit dengan bumi

Bahagian C

小学藏书阁 80
1 A 2 C 3 D 4 D
5 B 6 B 7 C 8 B
9 A 10 D 11 B 12 C
13 D 14 B 15 A 16 D
17 C 18 A 19 B 20 D
21 D 22 A 23 C 24 D
25 B 26 B

Jom,selanjut ke Pepatah…

小学藏书阁 81