You are on page 1of 14

See discussions, stats, and author profiles for this publication at: https://www.researchgate.

net/publication/322222527

PENGURUSAN STRES DALAM KALANGAN PELAJAR UNIVERSITI

Chapter · January 2018

CITATIONS READS

0 8,128

6 authors, including:

Shamsaadal Sholeh Saad Othman Hussain


Universiti Tun Hussein Onn Malaysia Malaysian Association of Problem-based Learning (MyPBL)
8 PUBLICATIONS   0 CITATIONS    57 PUBLICATIONS   48 CITATIONS   

SEE PROFILE SEE PROFILE

Harliana Halim
Universiti Tun Hussein Onn Malaysia
11 PUBLICATIONS   1 CITATION   

SEE PROFILE

Some of the authors of this publication are also working on these related projects:

Problem-based learning View project

islamic cemetery View project

All content following this page was uploaded by Othman Hussain on 03 January 2018.

The user has requested enhancement of the downloaded file.


BAB 7
PENGURUSAN STRES
DALAM KALANGAN PELAJAR UNIVERSITI

Shamsaadal Sholeh Saad, Wan Zaimah Wan Adnan,


Zahrul Akmal Damin, Harliana Halim, Hussain Othman,
Khairul Azman Mohamad Suhaimy*

Abstrak

Kajian ini bertujuan untuk mengetahui sejauhmana masalah stres


yang dialami dalam kalangan pelajar di Universiti Tun Hussein Onn
Malaysia (UTHM). Ia memfokus kepada tiga faktor utama yang
menyebabkan stres; akademik, pengurusan masa dan hubungan
sosial. Tujuan kajian ini adalah untuk mengetahui tindakan yang
diambil oleh pelajar bagi mengurus stres yang dialami. Sampel
yang terlibat adalah seramai 260 orang yang terdiri daripada pelajar
tahun pertama yang dipilih secara rawak daripada enam fakulti di
UTHM. Instrumen kajian yang digunakan ialah borang soal selidik.
Kaedah analisis data bagi menjalankan kajian ini ialah statistik
deskriptif menerusi frekuensi dan skor min. Hasil dapatan daripada
kajian yang dilaksanakan menunjukkan tahap stres yang dialami
oleh pelajar dari segi faktor akademik dan pengurusan masa adalah
tinggi berbanding dengan hubungan sosial yang menunjukkan
tahap stres yang sederhana. Bagi mengatasi masalah ini, pelajar
dalam mengurus isu stres telah mengambil tindakan dengan
memperuntukkan masa dengan melakukan kerja mengikut
keutamaan, merujuk kaunselor, berkongsi masalah dengan rakan
dan berehat.

*
Penulisan sitasi: Shamsaadal, S., W. Zaimah, W.A., Zahrul, A.,
Harliana, H., Hussain, O., Khairul A. (2017). Pengurusan Stres Dalam Kalangan
Pelajar Universiti, dalam Hussain Othman & Rosman Md. Yusoff (peny.),
Pendayaupayaan Bahasa, Agama dan Transformasi Masyarakat (135-147). Batu
Pahat, Johor: Penerbit UTHM.
Pendayaupayaan Bahasa, Agama dan Transformasi Masyarakat
Bab 7: Pengurusan Stres Dalam Kalangan Pelajar Universiti

Pengenalan

Perkembangan kehidupan hari ini begitu pantas sehingga


mendesak manusia untuk mengharungi perubahan yang berlaku.
Ini telah menyebabkan manusia sentiasa berhadapan dengan
cabaran iaitu stres akibat daripada ingin menyesuaikan diri dengan
situasi perubahan (Seaward, 2004). Menurut Fazilah (2003), untuk
mengatasi masalah stres yang dihadapi, setiap individu
menggunakan strategi daya tindak yang berbeza-beza diantara
satu sama lain. Setiap strategi mempunyai tahap keberkesanan
yang tersendiri. Dusselier et al. (2005) menegaskan bahawa stres
boleh berpunca daripada pelbagai peristiwa dalam kehidupan sama
ada dalam bentuk fizikal, sosial mahupun psikologikal. Stres yang
dialami oleh individu banyak bergantung kepada ciri dan sikap
individu itu bagaimana untuk mengatasinya. Oleh demikian, bagi
menangani masalah stres, mengenal pasti faktor stres merupakan
langkah permulaan untuk menyelesaikan masalah stres yang
dialami oleh setiap individu. Dengan mengambil tindakan ini, maka
permasalahan stres dalam kalangan individu dapat diminimakan.

Latar Belakang Kajian

Golongan pelajaradalah tidak terkecuali dalam menghadapi


masalah stres. Di peringkat antarabangsa, Womble (2002) dalam
kajiannya mendapati faktor pengurusan masa, masalah kewangan,
dan aktiviti sosialmerupakan faktor yang menyumbang stres kepada
pelajar. Jogaratnam dan Buchanan (2004) pula mendapati
masalah kewangan yang dialami oleh pelajar telah menyebabkan
stres. Hasil kajiannya mendapati bahawa pelajar terpaksa
memperuntukkan masa 10 hingga 40 jam untuk bekerja untuk
membiayai perbelanjaan di kampus. Sementara itu, kajian di
peringkat nasional oleh Ferlis et al. (2006) mendapati pelajar
universiti terutama pelajar tahun pertama cenderung mengalami
stres. Punca yang menyebabkan pelajar stres ialah tiada masa
untuk menyiapkan tugasan yang diberikan oleh pensyarah,
persaingan untuk mendapatkan gred yang baik, ujian dan
peperiksaan, tuntutan masa dan persekitaran bilik darjah.
Stres yang dialami menyebabkan seseorang pelajar itu
berusaha untuk menanganinya. Menurut Pfeiffer (2001), kehidupan
sebagai seorang pelajar merupakan hidup yang penuh dengan
stres. Beban akademik yang berat merupakan faktor utama yang
menyebabkan stres dalam kalangan pelajar. Bertepatan dengan
pendapat Pfeiffer, Ross et al. (1999), mendapati faktor
intrapersonal, interpersonal, persekitaran dan akademik adalah
merupakan faktor yang menyebabkan stres dalam kalangan pelajar.

136
Pendayaupayaan Bahasa, Agama dan Transformasi Masyarakat
Bab 7: Pengurusan Stres Dalam Kalangan Pelajar Universiti

Faktor intrapersonal merupakan faktor yang paling cenderung


menyebabkan stres kepada pelajar berbanding faktor interpersonal,
persekitaran dan akademik.
Berdasarkan temubual bersama kaunselor UTHM iaitu
Zakaria Yasin dan Noraishah Daud mendapati pelajar UTHM juga
mengalami masalah stres. Menurut Zakaria Yasin, pelbagai
masalah stres telah dikenal pasti dan dirujuk kepada pihak
kaunseling untuk mendapatkan khidmat nasihat. Masalah yang
dikenal pasti adalah berkaitan keputusan akademik, Projek Sarjana
Muda (PSM), putus cinta, beban tugasan yang terlalu banyak,
masalah diri sendiri, masalah keluarga yang berpecah belah dan
pengurusan masa yang tidak betul. Begitu juga yang dinyatakan
oleh Noraishah Daud, terdapat pelbagai faktor yang boleh
mendatangkan stres dalam kalangan pelajar antaranya beban kerja
yang berat, keputusan Malaysian University English Test (MUET)
yang tidak mencapai tahap yang dikehendaki, peluang kerjaya
selepas tamat belajar, masalah kewangan, tidak mendapat
biasasiswa, dan kurang persefahaman dengan rakan-rakan.
Masalah pengurusan masa yang tidak teratur juga
menyumbangkan kepada stres kepada pelajar.
Oleh demikian, dalam menangani masalah stres yang
dialami, masalah stres perlu dititikberatkan kepada semua pihak
terutama kepada pelajar agar mereka dapat menangani stres
dengan baik dan menjalani kehidupan sebagai seorang pelajar
yang berjaya serta cemerlang. Selari dengan itu, kertas kerja ini
bertujuan untuk mengkaji (i) Sejauhmanakah faktor akademik,
pengurusan masa dan hubungan sosial menyebabkan stres dalam
kalangan pelajar? (ii) Apakah tindakan yang diambil oleh pelajar
dalam mengurus stres?

Sorotan Literatur

Terdapat tiga konsep yang digunakan secara meluas untuk


memahami kajian ini. Konsep-konsep berkenaan ialah stres, faktor
stres, dan pengurusan stres.

Stres
Menurut Mohd Taib dan Hamdan (2006), stres adalah penyakit
emosi yang tidak dapat dipisahkan daripada kehidupan. Masalah
dengan rakan sekerja, bebanan kerja dan suasana kerja yang tidak
kondusif amat memeningkan kepala sehingga kadangkala
menyebabkan tekanan perasaan. Berdasarkan kepada Lahey
(2002), terdapat beberapa punca stres yang utama iaitu
kekecewaan, konflik, tekanan dan peristiwa dalam kehidupan.

137
Pendayaupayaan Bahasa, Agama dan Transformasi Masyarakat
Bab 7: Pengurusan Stres Dalam Kalangan Pelajar Universiti

Faktor Stres
Selye (1976) dalam Dusselier (2005), menyatakan faktorstres boleh
berpunca daripada faktor dalaman dan luaran. yang dibina hasil
daripada permintaan yang terlalu tinggi. Simptom-simptom hasil
daripada stres juga boleh dilihat bukan hanya melalui fizikal malah
memberi kesan terhadap emosi.

Pengurusan Stres
Menurut Hatta et al. (2003), pengurusan stres adalah mengambil
kira aspek individu, keupayaan dan kemampuan untuk mengurus
diri sendiri, keluarga dan masyarakat. Menurut Pettinger (2002),
pengurusan stres yang berkesan melibatkan proses memahami
stres, sumber, sebab, simptom dan kesan. Pengurusan stres juga
dilakukan dengan mereka bentuk persekitaran kerja dari segi
mengenal pasti perbezaan aspek organisasi dan ruang kerja.
Langkah mengenal pasti interaksi antara kehidupan di tempat kerja,
di luar waktu bekerja, memahami tekanan dan penyebab kepada
tekanan adalah langkah-langkah seterusnya dalam mengurus stres.

Metodologi Kajian

Kajian ini mengaplikasikan pendekatan kuantitatif dengan


mengguna pakai instrumen borang soal selidik. Kaedah analisis
pula adalah berbentuk ananlisis deskriptif dan ia digunakan bagi
menganalisa faktor yang menyebabkan stres dalam kalangan
pelajar dan tindakan yang diambil oleh pelajar dalam mengurus
stres. Seramai 260 orang pelajar terlibat dalam kajian ini. Mereka
terdiri daripada 125 orang pelajar lelaki dan 133 orang pelajar
perempuan daripada enam buah fakulti di UTHM.

Jadual 7.1: Bilangan Responden Mengikut Fakulti


No. Fakulti Bilangan Peratus
1. FPTV 26 10
2. FKAAS 42 16
3. FKMP 45 17
4. FPT 52 20
5. FKEE 73 29
6. FTMM 22 8
JUMLAH 260 100

Dari segi responden mengikut fakulti pula, pelajar-pelajar adalah


terdiri daripada Fakulti Pendidikan Teknikal dan Vokasional (FPTV),
Fakulti Kejuruteraan Awam dan Alam Sekitar (FKAAS), Fakulti
Kejuruteraan Mekanikal dan Pembuatan (FKMP), Fakulti
Pengurusan Teknologi dan Perniagaan (FPTP), Fakulti

138
Pendayaupayaan Bahasa, Agama dan Transformasi Masyarakat
Bab 7: Pengurusan Stres Dalam Kalangan Pelajar Universiti

Kejuruteraan Elektrik dan Elektronik (FKEE), dan Fakulti Teknologi


Maklumat dan Multi-Media (FTMM) sebagaimana Jadual 7.1.

Analisis Dapatan Kajian

Faktor-faktor Stres

Akademik
Faktor stres yang dikaji dari segi akademik adalah seperti kursus
yang tidak diminati, persaingan untuk mendapatkan Purata Nilai
Gred Keseluruhan (PNGK), beban tugas, pencapaian yang tidak
memuaskan, tugasan yang tidak jelas, tugasan dalam tempoh
masa yang pendek dan gagal menumpukan perhatian semasa
belajar. Jadual 2 menunjukkan hasil analisis yang telah diperolehi
daripada data yang telah dikumpul daripada 260 pelajar di UTHM.
Daripada jadual berkenaan, didapati item 5 mempunyai nilai min
yang paling tinggi iaitu sebanyak 4.20. Ini diikuti oleh item 4 iaitu
menunjukkan nilai min 4.15, item 3 dengan nilai min 3.73 dan
seterusnya item 6 dan 8 dengan nilai min masing-masing ialah 3.64
dan 3.53. Nilai-nilai min ini telah menunjukkan tahap pentafsiran
yang tinggi. Ini bermakna responden bersetuju dengan item yang
telah dikemukakan. Purata min keseluruhan telah menunjukkan min
berada pada tahap pentafsiran yang tinggi iaitu dengan nilai
sebanyak 3.54. Kesimpulannya, faktor yang menyebabkan stres
dari segi akademik telah mendapat tahap pentafsiran yang tinggi
dan ini bermakna majoriti responden bersetuju dengan item-item
yang dikemukakan dan menunjukkan tahap stres yang tinggi dalam
kalangan pelajar tahun satu di UTHM dari segi faktor akademik.

Jadual 7.2: Skor Min Faktor Stres Dari Segi Akademik


No. N Item Skor SD Piawai
Min Tafsiran
1. 260 Saya stres kerana tidak 2.83 1.230 Sederhana
berminat dengan kursus
yang ditawarkan.
2. 260 Saya stres kerana tugasan 3.32 1.103 Sederhana
yang diberikan tidak jelas.
3. 260 Saya stres kerana 3.73 1.093 Tinggi
terpaksa bersaing dengan
rakan untuk mendapatkan
keputusan yang lebih baik.
4. 260 Saya stres kerana tidak 4.15 0.935 Tinggi
mencapai tahap kejayaan
yang diimpikan.
5. 260 Beban kerja yang banyak 4.20 0.784 Tinggi

139
Pendayaupayaan Bahasa, Agama dan Transformasi Masyarakat
Bab 7: Pengurusan Stres Dalam Kalangan Pelajar Universiti

menyebabkan saya stres.


6. 260 Tugasan dalam tempoh 3.64 1.073 Tinggi
masa yang pendek
menyebabkan saya stres.
7. 260 Saya stres kerana gagal 3.45 1.006 Sederhana
menumpukan sepenuh
perhatian semasa belajar.
8. 260 Saya stres kerana CGPA 3.53 1.019 Tinggi
tidak memuaskan
berbanding dengan rakan-
rakan yang lain.
9. 260 Saya tidak bersemangat 3.00 1.238 Sederhana
untuk mengikuti
pembelajaran.
N = 260 Purata 3.54 1.054 Tinggi

Pengurusan Masa
Item stres dari segi pengurusan masa yang dikaji adalah seperti
tidak mempunyai masa yang terancang (3.61), tidak pandai untuk
menolak ajakan kawan-kawan apabila ada waktu terluang (3.66),
tidak dapat meluangkan masa bersama keluarga (3.33), tidak
pandai untuk membahagikan waktu (3.58), tiada masa untuk
berehat (3.47), sibuk dengan aktiviti luar (3.08), tiada jadual
perancangan belajar (3.60), terlalu banyak kerja sampingan yang
perlu disiapkan dalam satu masa (3.55) dan tidak dapat
memperuntukkan masa tidur dengan secukupnya (3.63)
menyebabkan stres. Keseluruhan, purata nilai min bagi faktor yang
menyebabkan stres dari segi pengurusan masa seperti dalam
Jadual 7.3 menunjukkan nilai min 3.50 dan berada pada tahap
pentafsiran yang tinggi. Ini bermakna item yang dikemukan adalah
dipersetujui oleh responden. Oleh itu, kesimpulan yang dapat
dibuat ialah faktor-faktor yang terkandung dalam pengurusan masa
juga telah menyebabkan stres yang tinggi dalam kalangan pelajar di
UTHM.

Jadual 7.3: Skor Min Faktor Stres Pengurusan Masa


No. N Item Skor SD Piawai
Min Tafsiran
10. 260 Saya stres kerana tidak 3.61 0.958 Tinggi
mempunyai masa yang
terancang.
11. 260 Saya stres kerana tidak 3.66 3.350 Tinggi
pandai untuk menolak
ajakan rakan-rakan apabila
ada waktu terluang.

140
Pendayaupayaan Bahasa, Agama dan Transformasi Masyarakat
Bab 7: Pengurusan Stres Dalam Kalangan Pelajar Universiti

12. 260 Saya stres kerana tidak 3.33 1.134 Sederhana


dapat meluangkan masa
untuk bersama keluarga.
13. 260 Saya stres kerana tidak 3.58 1.162 Tinggi
pandai untuk
membahagikan waktu
mengulangkaji pelajaran
dengan aktiviti lain.
14. 260 Saya stres kerana tiada 3.47 1.130 Sederhana
masa untuk berehat.
15. 260 Saya stres kerana selalu 3.08 1.234 Sederhana
sibuk dengan aktiviti luar.
16. 260 Saya stres kerana tiada 3.60 1.205 Tinggi
jadual belajar yang
terancang.
17. 260 Saya stres kerana banyak 3.55 1.156 Tinggi
kerja sampingan yang
perlu disiapkan dalam satu
masa.
18. 260 Saya stres kerana tidak 3.63 1.083 Tinggi
dapat meluangkan masa
untuk tidur dengan
secukupnya.
N = 260 Purata 3.50 1.380 Tinggi

Hubungan Sosial
Jadual 7.4 menunjukkan skor bagi item yang berkaitan dengan
faktor stres disebabkan oleh hubungan sosial di mana konflik
dengan rakan sekelas mencatatkan skor min 2.77, rakan sebilik
(2.81) dan keluarga (2.78). Tiada masa bersama keluarga (3.15),
tiada masa bersama rakan (2.62), tidak mendapat sokongan
daripada keluarga (2.60) dan tiada kerjasama dengan rakan-rakan
(3.30). Keseluruhan, purata nilai min bagi faktor yang
menyebabkan stres dari segi hubungan sosial menunjukkan nilai
min 2.90 dan berada pada tahap pentafsiran yang sederhana. Ini
bermakna item yang dikemukakan adalah kurang dipersetujui oleh
responden. Oleh itu, kesimpulan yang dapat dibuat ialah faktor-
faktor yang terkandung dalam hubungan sosial tidaklah
menyebabkan stres yang tinggi dalam kalangan pelajar di UTHM.

Jadual 7.4: Skor Min Faktor Stres Hubungan Sosial


No. N Item Skor SD Piawai
Min Tafsiran
19. 260 Konflik dengan rakan 2.77 1.225 Sederhana
sekelas menyebabkan
saya stres.

141
Pendayaupayaan Bahasa, Agama dan Transformasi Masyarakat
Bab 7: Pengurusan Stres Dalam Kalangan Pelajar Universiti

20. 260 Konflik dengan rakan 2.81 1.289 Sederhana


sebilik menyebabkan saya
stres.
21. 260 Konflik dengan keluarga 2.78 1.353 Sederhana
menyebabkan saya stres.
22. 260 Tiada masa untuk bersama 3.15 1.240 Sederhana
keluarga menyebabkan
saya stres.
23. 260 Tiada masa untuk bersama 2.62 1.104 Sederhana
rakan-rakan menyebabkan
saya stres.
24. 260 Tiada sokongan daripada 2.60 1.176 Sederhana
keluarga menyebabkan
saya stres.
25. 260 Kurang kerjasama 3.30 1.147 Sederhana
daripada rakan-rakan
menyebabkan saya stres.
N = 260 Purata 2.90 1.220 Sederhana

Rumusan bagi Faktor Stres


Item 1 hingga 25 adalah item yang digunakan untuk mengetahui
sejauhmana faktor akademik, pengurusan masa dan hubungan
sosial yang telah menyebabkan stres dalam kalangan pelajar
UTHM. Item daripada segi pengurusan masa merupakan item yang
banyak menyumbang kepada stres pelajar dengan menunjukkan 6
tahap pentafsiran yang tinggi dan diikuti dengan item dari segi
akademik iaitu 5 item menunjukkan tahap pentafsiran yang tinggi.
Ini bermakna majoriti responden mempersetujui item-item yang
dikemukakan pada bahagian ini yang menyebabkan stres dalam
kalangan pelajar UTHM. Daripada faktor akademikpula beban kerja
yang banyak merupakan faktor utama yang menyebabkan stres
dalam kalangan pelajar diikuti dengan pencapaian yang tidak
memuaskan dan terpaksa bersaing dengan rakan-rakan untuk
mendapatkan keputusan yang lebih baik.Manakala bagi item dari
segi hubungan sosial, semua item memberi nilai skor min pada
tahap yang sederhana. Oleh itu, kesimpulan yang dapat dibuat,
responden agak bersetuju dengan item yang dikemukakan pada
bahagian hubungan sosial.

Tindakan Mengurus Stres


Dalam bahagian ini, sebanyak 30 item telah dikemukakan kepada
responden. Item-item ini dianalisis untuk mengetahui apakah
tindakan yang diambil oleh pelajar bagi mengurus stres yang
dialami. Tindakan-tindakan ini telah dipecahkan kepada cara
mengurus stres dari segi pengurusan masa, hubungan sosial dan

142
Pendayaupayaan Bahasa, Agama dan Transformasi Masyarakat
Bab 7: Pengurusan Stres Dalam Kalangan Pelajar Universiti

pengurusan pembelajaran.Item yang dikaitkan dengan pengurusan


masa dalam mengetahui tindakan yang diambil oleh pelajar bagi
mengurus stres adalah mempunyai jadual perancangan masa,
memperuntukkan masa bersama rakan dan keluarga serta masa
untuk mengulangkaji pelajaran dengan betul. Item memperuntukkan
masa bagi melakukan aktiviti sosial juga dikemukakan sebagai
salah satu tindakan mengurus stres dari segi pengurusan masa.
Seterusnya memperuntukkan masa berehat, melakukan kerja
mengikut keutamaan dan mempraktikkan pengurusan masa yang
berkesan. Hasil analisis dapat dilihat daripada Jadual 7.5.
Berdasarkan jadual berkenaan, item 32 menunjukkan nilai min yang
paling tinggi iaitu sebanyak 3.78 diikuti dengan item 31, pada min
3.77, item 33 pada 3.65, dan item 29 sebanyak 3.58. Item-item ini
berada pada tahap pentafsiran yang tinggi dan ia telah mendapat
persetujuan daripada responden. Walau bagaimanapun, item-item
lain adalah pada tahap pentafsiran yang sederhana. Sementara itu,
item 26 menunjukkan nilai min yang paling rendah berbanding
dengan item-item yang lain iaitu 2.95.

Jadual 7.5: Tindakan Mengurus Stres Dari Segi Pengurusan Masa


No. N Item Skor SD Piawai
Min Tafsiran
26. 260 Saya mempunyai jadual 2.95 0.999 Sederhana
perancangan masa.
27. 260 Saya memperuntukkan 3.43 1.142 Sederhana
masa untuk bersama
rakan-rakan apabila stres.
28. 260 Saya memperuntukan 3.45 1.150 Sederhana
masa untuk bersama
keluarga bagi
mengurangkan stres.
29. 260 Saya memperuntukkan 3.58 0.920 Tinggi
masa mengulangkaji
pelajaran dengan betul
bagi mengelakkan stres.
30. 260 Saya memperuntukkan 3.49 1.023 Sederhana
masa untuk melakukan
aktiviti sosial bagi
mengurangkan stres.
31. 260 Saya memperuntukkan 3.77 0.900 Tinggi
masa untuk berehat bagi
menghilangkan stres.
32. 260 Saya memperuntukkan 3.78 0.927 Tinggi
masa bagi menyelesaikan
kerja dengan mengikut
keutamaan.

143
Pendayaupayaan Bahasa, Agama dan Transformasi Masyarakat
Bab 7: Pengurusan Stres Dalam Kalangan Pelajar Universiti

33. 260 Saya mempraktikkan 3.65 0.973 Tinggi


pengurusan masa yang
berkesan bagi mengurus
stres.
N = 260 Purata 3.40 1.004 Sederhana

Tindakan Dari Segi Hubungan Sosial


Terdapat 11 item yang dikemukakan pada bahagian ini seperti yang
disenaraikan dalam Jadual 7.6 di bawah. Item-item ini adalah bagi
mengetahui tindakan pelajar mengurus stres dari segi hubungan
sosial. Item yang dikaitkan adalah berkongsi masalah dengan
keluarga dan rakan. Seterusnya, memperuntukkan masa
melakukan aktiviti sosial, bercuti bersama keluarga, meminta
bantuan daripada keluarga dan rakan, berkongsi dengan sesiapa
sahaja dan tindakan mengasingkan diri bagi mengurus stres yang
dialami.Min keseluruhan telah menunjukkan nilai pada tahap
pentafsiran yang tinggi iaitu pada 3.51. Ini menunjukkan item pada
bahagian hubungan sosial dipersetujui oleh responden sebagai
tindakan yang diambil oleh pelajar bagi mengurus stres yang
dialami. Jadual 7.6 menunjukkan hasil analisis yang telah
diperolehi.

Jadual 7.6: Tindakan Mengurus Stres Dari Segi Hubungan Sosial


No. N Item Skor SD Piawai
Min Tafsiran
34. 260 Saya lebih suka berkongsi 3.55 1.196 Tinggi
masalah dengan keluarga
apabila stres.
35. 260 Saya lebih suka berkongsi 3.74 1.033 Tinggi
masalah dengan rakan
apabila stres.
36. 260 Saya lebih suka bersama 3.60 1.015 Tinggi
rakan apabila saya stres.
37. 260 Saya lebih suka bersama 3.53 1.144 Tinggi
keluarga apabila saya
stres.
38. 260 Saya suka melakukan 3.65 1.034 Tinggi
aktiviti sosial apabila stres.
39. 260 Saya suka bercuti bersama 3.50 1.134 Tinggi
keluarga apabila saya
menghadapi stres.
40. 260 Saya lebih suka keluar 3.33 0.990 Sederhana
bersama rakan-rakan
apabila stres.
41. 260 Saya meminta bantuan 3.63 2.071 Tinggi

144
Pendayaupayaan Bahasa, Agama dan Transformasi Masyarakat
Bab 7: Pengurusan Stres Dalam Kalangan Pelajar Universiti

rakan-rakan bagi
mengurangkan stres.
42. 260 Saya meminta bantuan 3.49 1.184 Sederhana
daripada keluarga bagi
mengurangkan stres.
43. 260 Saya bersedia untuk 3.22 1.207 Sederhana
berkongsi masalah dengan
sesiapa sahaja di sekeliling
saya.
44. 260 Saya lebih suka 3.28 1.230 Sederhana
mengasingkan diri apabila
saya stres.
N = 260 Purata 3.51 1.203 Tinggi

Tindakan Dari Segi Mendapatkan Perkhidmatan Bimbingan


Nasihat dan Kaunseling
Pada bahagian ini, terdapat 11 item yang dikemukakan berkaitan
dengan tindakan mengurus stres dari segi mendapatkan
perkhidmatan bimbingan nasihat daripada kaunselor dan golongan
profesional. Jadual 7.7 telah diringkaskan bagi mendapat gambaran
yang lebih jelas. Secara keseluruhan, purata min bagi bahagian ini
menunjukkan tahap pentafsiran yang sederhana dengan nilai
sebanyak 2.90. Oleh itu, item pada bahagian ini mempamerkan
persetujuan yang sederhana sebagai satu cara yang diambil oleh
pelajar dalam mengurus stres yang dialami.

Jadual 7.7: Tindakan Mengurus Stres dan Khidmat Nasihat


No. N Item Skor SD Piawai
Min Tafsiran
45. 260 Saya mendapatkan 2.40 1.126 Rendah
bantuan kaunseling
apabila stres.
46. 260 Pihak kaunselor mampu 2.55 1.029 Sederhana
mengurangkan stres yang
saya alami.
47. 260 Saya kerap berjumpa 2.40 1.063 Rendah
dengan kaunselor apabila
saya stres.
48. 260 Saya memerlukan 3.60 0.987 Tinggi
seseorang untuk menjadi
pendengar apabila stres.
49. 260 Saya juga mendapatkan 2.73 1.158 Sederhana
bantuan pensyarah apabila
stres.
50. 260 Saya pernah mengikuti 2.80 1.152 Sederhana

145
Pendayaupayaan Bahasa, Agama dan Transformasi Masyarakat
Bab 7: Pengurusan Stres Dalam Kalangan Pelajar Universiti

apa jua program yang


dianjurkan oleh pihak
kaunseling.
51. 260 Saya tidak suka berjumpa 3.12 1.213 Sederhana
dengan kaunselor apabila
stres.
52. 260 Saya bersedia untuk 3.15 1.171 Sederhana
mendapatkan nasihat
daripada kaunselor apabila
stres.
53. 260 Bimbingan nasihat 3.16 1.089 Sederhana
daripada pihak kaunseling
mampu mengurangkan
stres yang saya alami.
54. 260 Saya amat memerlukan 2.90 1.079 Sederhana
khidmat nasihat daripada
pihak kaunseling apabila
stres.
55. 260 Saya lebih suka 2.83 1.181 Sederhana
mendapatkan bantuan
kaunseling daripada
keluarga dalam mengurus
stres.
N = 260 Purata 2.90 1.113 Sederhana

Rumusan bagi Tindakan Mengurus Stres


Secara keseluruhan hasil analisis yang dikemukakan pada
bahagian ini, item 32 merupakan item yang mempunyai min paling
tinggi iaitu sebanyak 3.78 iaitu responden memilih memperuntukkan
masa bagi menyelesaikan kerja mengikut keutamaan untuk
mengurus stres. Ini diikuti dengan tindakan memperuntukkan masa
berehat bagi menghilangkan stres iaitu nilai min 3.77 pada item 31.
Seterusnya, antara tindakan lain yang digunakan ialah lebih suka
berkongsi masalah dengan rakan-rakan bagi mengurus stres yang
dialami.Responden juga memilih untuk mempraktikkan pengurusan
masa yang berkesan dan melakukan aktiviti sosial bagi mengurus
stres yang dialami. Manakala item 45 dan 47 adalah tidak
dipersetujui oleh responden sebagai satu tindakan mengurus stres.
Item ini mempunyai tahap pentafsiran yang rendah iaitu masing-
masing mempunyai nilai min 2.40. Item ini adalah berkaitan
dengan mendapatkan kaunseling dan berjumpa dengan kaunselor
bagi mengurus stres yang dialami. Walau bagaimanapun, min
secara purata bagi keseluruhan item bagi pembolehubah dalam
tindakan mengurus stres ialah pada 3.23. Ini bermakna, item-item
yang dikemukakan pada bahagian ini iaitu tindakan mengurus stres

146
Pendayaupayaan Bahasa, Agama dan Transformasi Masyarakat
Bab 7: Pengurusan Stres Dalam Kalangan Pelajar Universiti

dari segi pengurusan masa, hubungan sosial dan mendapatkan


perkhidmatan bimbingan nasihat dan kaunseling adalah pada tahap
pentafsiran yang sederhana. Oleh yang demikian, item-item ini
agak dipersetujui sebagai satu cara yang diambil bagi mengurus
stres dalam kalangan pelajar di UTHM.

Kesimpulan
Dapatan kajian menunjukkan faktor akademik telah menyumbang
tahap stres yang tinggi kepada responden. Ini menunjukkan item
yang dikemukakan mendapat persetujuan daripada responden.
Faktor akademik dari segi beban tugas yang besar merupakan item
pilihan majoriti responden yang mempersetujui bahawa beban kerja
yang banyak menyebabkan stres dalam kalangan pelajar. Secara
keseluruhan, hasil dapatan menunjukkan item tidak pandai untuk
menolak ajakan rakan-rakan apabila mempunyai waktu terluang,
tiada jadual perancangan yang baik dan tidak dapat meluangkan
masa untuk tidur merupakan penyebab utama stres kepada pelajar
dari segi pengurusan masa. Hasil dapatan yang diperolehi adalah
selari dengan dapatan oleh Dusselier, et al. (2005) dan pendirian
Mohd Taib dan Hamdan (2006). Berdasarkan kepada faktor yang
menyebabkan stres dari segi hubungan sosial menunjukkan tahap
stres yang dialami adalah sederhana dan bukan menjadi faktor
utama yang menyebabkan stres dalam kalangan pelajar.
Keseluruhannya, faktor hubungan sosial tidak mendatangkan stres
yang tinggi kepada pelajar berbanding faktor akademik dan
pengurusan masa. Sementara itu, dapatan hasil kajian yang
diperoleh daripada ketiga-tiga faktor yang menyebabkan stres
dalam kalangan pelajar telah menunjukkan stres yang dialami
adalah berada pada tahap yang sederhana. Faktor akademik dan
pengurusan masa menunjukkan tahap pentafsiran yang tinggi
berbanding dengan faktor hubungan sosial. Konklusi yang
diperoleh hasil daripada analisis ini ialah tahap stres yang dialami
dari segi faktor akademik, dan pengurusan masa adalah
tinggidalam kalangan pelajar di UTHM. Sungguhpun begitu, stres
merupakan satu lumrah yang terpaksa dilalui dalam kehidupan
dalam dunia pembelajaran. Namun, stres yang dialami dapat
membangkitkan semangat juang yang tinggi dalam diri pelajar bagi
mencapai matlamat yang telah ditetapkan jika ia diuruskan dengan
baik.

147

View publication stats