You are on page 1of 1

.

Antara isu yang menarik perhatian saya ialah budaya generasi abad ke 21 mengakses and melayari
media baru yang semakin berkembang setiap masa. Mengikut statistik yang dikeluarkan pada tahun
2015, terdapat 10.4 juta orang pengguna aktif Facebook, 3.5 juta orang pengguna twitter dan 5.6 juta
orang yang menjadi pengguna Instragram. Selain itu, data juga menunjukkan bahawa 21.9 juta (73%)
penduduk Malaysia menggunakan aplikasi Whatsapp yang secara nisbah dengan jumlah penduduk
adalah yang ketiga tertinggi di seluruh dunia. Malah, data juga menunjukkan 19.2 juta (64%) orang
penduduk adalah pengguna internet yang mana mereka menggunakan 2.8 jam sehari untuk melayari
laman-laman web sosial. Selain dapatan juga menunjukan bahawa 16.5 juta (55%) penduduk
Malaysia adalah pengguna aktif dalam media sosial. (Malaysia Social Media Statistic 2014, 2016).
Malah tahap penggunaan ini dijangka akan meningkat khususnya Facebook dijangka pada tahun 2019
dijangka terdapat 13.2 orang pengguna Facebook di Malaysia (Malaysia number of Facebook users,
2016).

Kewujudan media sosial kini merupakan cabaran baru dalam dunia pendidikan kerana ianya telah
digunakan secara amat meluas dalam generasi muda. Media sosial yang popular seperti Facebook,
Facebook Messenger, YouTube, Instragram, Whatsapp, Telegram, Wechat, Google+, Linkedin, Skype,
Line telah digunakan secara meluas di negara ini. Penggunaan media sosial menjadi semakin popular
di Malaysia menjadi satu budaya baru dengan kewujudan alat mudah alih tanpa wayar seperti
broadband, Streamyx, P1 Wimax dan Unifi semakin meluas dikalangan masyarakat telah berkembang
kepada peningkatan pengguna di negara ini.

Hasil daripada perkembangan dan kemajuan teknologi dan kemudahan asas yang sempurna, impak
budaya media baru bukan sahaja dirasai oleh remaja di kawasan bandar sahaja, malah ianya turut
melibatkan cara dan budaya golongan remaja di kawasan luar bandar (Ab. Halim 2015). Malah, pihak
media sering menggunakan alasan hak dan kebebesan seperti hak dalam demokrasi, kebebasan
bersuara dan juga hak individu bagi membolehkan mereka melaksanakan berbagai-bagai bentuk
rancangan dan program yang akhirnya telah merosakkan budaya dan cara hidup serta pegangan agama
seseorang. Ini menjadi semakin serius apabila konsep “budaya tanpa sempadan” digunakan bagi
menyebarkan maklumat. Syed Ali Ashraf (1997:1) menyatakan kebimbangan tentang isu “kebebasan
bersuara” ini diawal-awal era perkembangan teknologi maklumat sebagaimana kenyataannya