PENGENALAN Sejarah Melayu mencakupi dimensi yang luas dengan rentang masa yang panjang.

Jika kerajaan Kutai dianggap sebagai kerajaan tertua dalam kebudayaan melayu, maka awal fasa sejarah Melayu adalah sekitar abad ke-4 dan ke-5 Masihi. Sejarah yang dimaksudkan di sini adalah kejadian atau peristiwa yang benar-benar berlaku baik berupa manuskrip, prasasti, sejarah lisan mahupun artifak. Menurut kamus dewan edisi ketiga, naskhah membawa maksud karangan dan lain -lain yang bertulis tangan (Kamus Dewan: 921: 1997). Naskhah merupakan peninggalan tertulis yang menceritakan hal-hal ehwal suatu masa tertentu pada masa lalu. Naskhah sejarah terbahagi kepada dua iaitu naskhah berbentuk manuskrip dan berbentuk prasasti. Di antara prasasti yang telah ditemukan adalah Batu Bersurat, Kedudukan Bukit, Talang Tuo, Telaga batu, Kota Kapur dan Karang berahi yang merupakan peninggalan kerajaan Sriwijaya. Sementara manuskrip yang ada kebanyakannya berkenaan dengan agama, adat, hikayat, salasilah, perubatan dan sejarah itu sendiri. Manuskrip ialah naskhah tulisan tangan atau bahan sesuatu karya yang telah disediakan oleh penulis untuk dicetak dan diterbitkan dalam bentuk buku (Kamus Dewan: 860: 1997). Manuskrip merupakan nashkah tulisan tangan peninggalan masa lalu yang menjadi bidang kajian fisiologi. Penelitian mengenai naskhah Melayu belum terlalu banyak dilakukan jika dibandingkan dengan khazanah sastera lama yang terdapat dalam tanah air kita ini. Jumlah naskhah Melayu yang tersebar di seluruh dunia ini belum boleh ditentukan. Terdapat anggaran jumlah sebanyak 4 000 naskah, ada juga anggaran sebanyak 10 000 naskhah. Di Indonesia tempat yang paling banyak menyimpan khazanah Melayu adalah di Muzium Nasional, Jakarta, Indonesia.
1

kekuasaan wilayah. Shellabear juga mengupas tentang isu kemerosotan Tanah Melayu akibat penyelewengan kuasa yang dilakukan oleh pembesar kanan negeri Melaka serta kejatuhan Melaka yang berpunca daripada pucuk kepimpinan yang masih muda iaitu Sultan Mahmud Syah yang sangat muda sewaktu ditabalkan menjadi Sultan Melaka selepas kemangkatan ayahandanya. Buku ini berkisar tentang sejarah kewujudan Tanah melayu dari awal sehinggalah berakhirnya pemerintahan kegemilangan Kesultanan Melayu Melaka yang merupakan zaman kegemilangan bagi sejarah Melayu satu waktu dahulu. kekayaan dan men yebarkan agama Kristian di Tanah Melayu yang terkenal dengan kekayaan rempah -ratus. menjadi rebutan pedagang datang.G Shellabear ini merupakan terbitan Fajar Bakti.SINOPSIS SEJARAH MELAYU BUKU Sejarah Melayu karya W. dan juga majoriti penduduk yang menganut agama Islam. Sejarah Melayu mengisahkan tentang kekuasaan Tanah Melaka sehingga terkenal ke China dan kejayaan Melaka menjalinkan hubungan akrab dengan negara-negara luar yang lebih besar kekuasaannya dengan kebijaksanaan pemerintah. Kekurangan ilmu pemerintahan menyebabkan Sultan Mahmud syah tersilap langkah dan mengikut kata-kata pembesar yang salah dan mempunyai niat yang lain sehingga tercetusnya permusuhan dengan pedagang Portugis yang sedari awalnya sengaja mahu mencetuskan perbalahan untuk mengaut kekuasaan. Bermula dengan kedatangan pendatang-pendatang daripada tanah asing ke Tanah Melayu sehinggalah kedatangan Portugis dengan niat untuk memonopoli kekuasaan Melaka. 2 .

3 .G Shellabear iaitu Hang Tuah bertarung dengan Hang Kasturi.G Shellabear turut menulis berkenaan kegemilangan pahlawan Melaka yang menjadi epik sehingga kini iaitu Laksamana Hang Tuah semasa pemerintahan kesultanan Melayu Melaka.G Shellabear di dalam kata-kata awal pada buku Sejarah Melayu ini yang mana beliau hanya menginterpretasikan karya beliau ke dalam bentuk yang lebih mudah yang diambil daripda manuskrip-manuskrip lama yang diperolehi beliau. Hal ini sendiri telah diperakui oleh W. bahasa yang digunapakai di dalam buku Sejarah Melayu ini diceduk daripada kata-kata lama yang diambil secara sepenuhnya dengan glosari kata yang disediakan di muka akhir buku ini. Buku ini berkisar dari cetera yang pertama tentang kisah Raja Khindi sehinggalah ke cetera yang ketiga puluh empat yang berkisar tentang kisah kesultanan Melayu Melaka yang telah menjalari negeri Johor selepas peperangan daripada Portugis. Shellabear seolah menyalin semula kata-kata atau perkara yang dipetik daripada manuskrip yang dikaji oleh beliau. W.ULASAN BUKU SEJARAH MELAYU (W.G Shellabear mengambil maklumat daripada penulis-penulis terdahulu yang menulis manuskrip berdasarkan pandangan peribadi penulis manuskrip itu sendiri. W. Terdapat dua pendapat yang mengatakan Hang Tuah bertarung dengan Hang Jebat manakala pendapat lain yang turut digunapakai oleh W. Selain daripada itu.G Shellabear.G SHELLABEAR) Buku terbitan Fajar Bakti ini ditulis oleh W. Di dalam buku hasil Shellabear ini juga diselitkan zaman kegemilangan Melayu Melaka yang diperintah oleh Parameswara sehinggalah pemerintahan kesultanan Melayu Melaka yang terakhir iaitu Sultan Mahmud Syah sebelum dijajah oleh Portugis pada tahun 1511. Shellabear menulis semula kisah pertarungan antara Laksamana Hang Tuah dan Hang Kasturi.

seorang pendekar yang kebal yang tidak dapat dilukakan. mereka berjaya menyelamatkan Dato' Bendahara (iaitu Perdana Menteri) daripada seorang lelaki yang sedang mengamok. Bapanya juga pernah menjadi hulubalang istana yang handal suatu ketika dulu. Bapanya bernama Hang Mahmud manakala ibunya pula ialah Dang Merdu Wati. Oleh itu Hang Tuah berjaya merampas keris berkenaan dan membunuh Taming 4 . Hang Tuah dan empat orang kawannya: Hang Jebat.kira dalam tahun 1444 Masihi. Sejak itu Hang Tuah dan sahabat-sahabatnya amat disayangi oleh Sultan hinggalah Hang Tuah mendapat gelar Laksamana. Selesai menuntut ilmu. Menurut rekod sejarah. Hang Kasturi. Dalam pertarungan itu Taming Sari. Melaka kira. mereka berlima kembali ke kota Melaka. Dato' Bendahara kagum dengan ketangkasan mereka dan menjemput mereka semua ke rumahnya dan seterusnya mengambil mereka untuk bertugas di istana. Semasa mengiringi Sultan Melaka ke Majapahit di tanah Jawa. Hang Tuah telah berjaya membunuh seorang pendekar Jawa bernamaTaming Sari. begitulah juga ibunya yang merupakan keturunan dayang di istana. Tetapi Hang Tuah mengetahui bahawa kekebalan Taming Sari terletak pada kerisnya. Hang Tuah ialah Laksamana yang terkenal dengan kesetiaannya kepada Raja dan merupakan petarung silat yang amat handal dan tiada tolok bandingnya. beliau lahir di Kampung Sungai Duyong.ULASAN PERBANDINGAN BUKU ³SEJARAH MELAYU´ DENGAN ³HIKAYAT HANG TUAH´ Siapakah sebenarnya Hang Tuah? Benarkah Hang Tuah wujud dalam sejarah dan adakah gambaran Hang Tuah dalam Sejarah Melayu dan Hikayat Hang Tuah itu sekadar fantasi sosial kesusasteraan Melayu? Hebat sangatkah Hang Tuah sebagai laksamana pada zaman empayar Melaka? Hang Tuah ialah seorang pahlawan lagenda berbangsa Melayu pada masa pemerintahan Kesultanan Melaka di abad ke-15 (Kesultanan Melayu Melaka) bermula pada 1400-1511 Masihi [1] . Hang Lekir dan Hang Lekiu menuntut ilmu bersama Adiputra di Gunung Ledang. Pada suatu hari.

Atas muslihat Tun Ali juga. Hang Tuah telah diutuskan ke Pahang bagi mendapatkan Tun Teja untuk dijadikan permaisuri Sultan Melaka. Hang Jebat sebagai sahabat karib Hang Tuah. 5 . bertindak derhaka kepada Sultan dan mengambil alih istana. Pemilik keris ini akan turut menjadi kebal seperti pendekar Jawa Taming Sari. Sultan Mahmud terpaksa melarikan diri dan berlindung di rumah Bendahara. Hang Tuah akhirnya berjaya merampas semula Taming Sarinya daripada Hang Jebat dan membunuhnya. Dalam pertarungan yang sedih ini. Hang Jebat telah cuba membela sahabatnya yang telah difitnah. Ketika Hang Tuah ke Pahang. Keris itu kemudiannya dianugerahkan oleh Betara Majapahit kepada Hang Tuah. Hang Tuah telah membantu sultan yang sebelum itu menghukumnya tanpa sebarang alasan. hukuman mati tidak dilaksanakan oleh Bendahara sebaliknya Hang Tuah disembunyikannya di sebuah hutan di Hulu Melaka. menyangka bahawa Hang Tuah telah teraniaya dan telah menjalani hukuman mati. Tidak ada pendekar atau panglima di Melaka yang dapat menentang Hang Jebat (atau Hang Kasturi) yang telah menjadi kebal kerana adanya keris Taming Sari di tangannya. Namun. Inilah masanya Bendahara memberitahu yang Hang Tuah masih hidup. Hang Jebat telah dilantik oleh Sultan menjadi Laksamana menggantikan Hang Tuah dan keris Taming Sari telah dianugerahkan kepada Hang Jebat. Pada masa itu baginda baru menyesal kerana membunuh Hang Tuah yang tidak bersalah. Hang Tuah kemudiannya telah dipanggil pulang dan dititahkan membunuh Hang Jebat.Sari. tetapi Sultan juga turut menyaksikan perbuatan Hang Tuah itu. Hang Jebat (menurut Hikayat Hang Tuah) atau Hang Kasturi (menurut Sejarah Melayu). Setelah tujuh hari bertarung. Hang Tuah yang kembali dari Pahang akhirnya dapat berjumpa Melor. Melor dan Hang Tuah dihukum bunuh kerana difitnah berzina dengan Melor yang telah menjadi gundik Sultan. Melor telah ditawan oleh Tun Ali atas hasutan Patih Karma Vijaya bagi dijadikan gundik Sultan. Melor turun dari Gunung Ledang mencari Hang Tuah. Namun begitu.

apabila penghormatan kepada pahlawan mereka mula dipersendakan dengan reaksi-reaksi melampau seperti yang kelihatan di dalam filem Hang Tuah. yang membezakan hanya plot cerita sahaja. Tyerdapat 4 buah filem yang telah dihasilkan sepanjang tahun sehingga tahun 2004 yang kebanyakan kisahnya berkisar tentang kehebatan Laksamana Hang Tuah. Namun begitu.A juga berkata kepada orang Muslim bahawa jika dia bersalah. Jika pepatah Melayu sendiri telah mengatakan 'bahasa jiwa bangsa' dan 'manusia mati meninggalkan nama' . kesilapan Hang Tuah yang tidak berfikir bahawa Allah S. 6 . menenggelamkan Dalam kalangan masyarakat Melayu dewasa ini telah timbul semacam keraguan tentang pahlawan mereka ini. ada juga yang menyokong Hang Tuah. Tindakan Hang Tuah yang membunuh Hang Jebat mungkin satu tindakan yang berupa hukuman mati terhadap pembunuh. Di dalam bilik-bilik darjah. Keraguan terhadap kedudukan Hang Tuah sebagai pahlawan Melayu telah menghasilkan satu penyelidikan yang telah dijalankan untuk menegtahui asal usul keturunan Hang Tuah yang dilakukan secara hipotesis. Selama ini orang-orang Melayu telah terkeliru atau mungkin tertipu dengan kedudukan Hang Tuah sebagai legenda pahlawan Melayu yang dibangga-banggakan.W. dewan-dewan kuliah atau seminar bermotifkan sejarah atau kajian serta ini sejarah kesetiaan telah hanya Hang membincangkan Tuah. rakyat boleh menjatuhkannya. Sumpah yang terkenal daripada Hang Tuah ialah "Tak Melayu hilang di dunia" yang bererti suku Melayu tidak akan punah di bumi ini. Hang Tuah sebenarnya telah dimelayukan untuk tujuan kemegahan semacam bentuk yang tercatat pada Robin Hood. Tuah tentang yang asal kebijaksanaan diagung-agungkan keturunannya. Tragedi ini masih menjadi perbalahan orang melayu sehingga sekarang. Kisah keadaan tentang Hang sebenar kepahlawanan.Sedangkan Abu Bakar Siddiq R. Ini kerana Hang Jebat bukan saja derhaka kepada sultan bahkan telah membunuh ramai orang atau rakyat Melaka yang tidak berdosa dengan mengamuk di dalam istana dan seluruh Melaka. Ternyata.T lebih berkuasa dari sultan dan memang tidak salah Hang Jebat cuba menegakkan kebenaran.

Laksamana. Dalam perbendaharaan nama-nama orang Melayu semasa zaman kesultanan Melaayu Melaka. iaitu Singapore utusan halaman 123-131. Oleh itu satu 'nama' kajian secara hipotesis telah bersandarkan kepada manusia untuk memperolehi jawapan tentang asal-usul Hang Tuah sebenarnya. Maa dan Lee. ketaatan atau kedudukan adalah diberi gelaran seperti Bendahara. Ia bergantung kepada suku kaum atau asal-usul untuk keturunan mereka bahawa dari gelaran wilayah 'Hang' tertentu telah dari China. juga Hang telah Lekiu. Hang Jebat.' Cuma menyatakan bahawa sesuatu penghormatan. Bahasa 'nama' merupakan identifikasi yang cukup jelas untuk mengetahui jenis sesuatu bangsa itu. Tan. hanyalah dapat disandarkan dijalankan pada dengan namanya. Hang Lekir. Ltd. 'Hang'. Shahbandar dan Mandulika. Shellabear penerbitan Malaya Publishing Perpatih House Putih. Kemungkinan oleh Raja-Raja mendakwa dianugerahkan Melayu juga tiada asasnya. ringkasnya ringkasan yang bermula bangsa Cina dengan yang Sejarah mencatatkan nama-nama dari bermula dengan Hang. Mengikut kertas kerja yang dihasilkan oleh Mohd. Temenggung. tiada terdapat nama-nama seumpama Hang Tuah. Syah menyatakan ke negeri tentang China Tun telah Sultan Mansur membawa balik bersamanya seramai 500 orang dayang serta Put ri Hang Li Po. Paduka Raja. Yunus Ibrahim dari Jabatan Sejarah Universiti Kebangsaan Malaysia dengan tajuk 'Melaka 1400-1511 Dari Aspek Kemasyarakatan. Bukti yang dapat menerangkan asal-usul Hang Tuah setakat ini. e Sultan Mansur Syah dikatakan telah berkahwin dengan puteri dari China ini dan telah menghasilkan anak bernama Paduka Mamat.Bagaimana pula kita hendak menafikan kenyataan 'nama menunjukkan bangsa'. Hang Kasturi. Mengikut buku 'Sejarah Melayu' edisi W.G. 7 .

Hang Lekir pula seperti Hang Lee Ker. 8 . Pendapat yang ketiga pula mengandaikan bahawa berkemungkinan nama Cina sebenar Hang Kasturi sukar disebut oleh masyarakat tempatan. Pendapat yang kedua pula berpendapat bahawa nama sebenarnya ialah Kasturi tetapi telah digelar Hang Kasturi oleh 4 orang rakan karibnya yang berketurunan Cina sehingga menjadi sebutan yang kekal. Shellabear ini ialah munculnya nama puteri Hang Li Po. manakala Hang Lekiu seperti Hang Lee Kiew. Jika dihubungkaitkan dengan nama Hang Tuah dari sebutan loghat Cina adalah berbunyi seperti Hang Too Ah.G. Hasil perkahwinan 'campur' antara puteri Hang Li Po dengan Sultan Mansur Syah. Tan. Mengikut prosedur tentang suku kata nama bangsa atau keturunan Cina. Oleh itu mereka telah memberikannya nama baru mengikut loghat orang Melayu tempatan dan nama ini telah diterima dengan baik oleh beliau.Perkara yang menarik daripada edisi W. Nama Hang Jebat berbunyi Hang Jee Fatt. baginda telah dikurniakan seorang putera dan telah diberi nama Paduka Mamat. Maa dan Lee bergantung kepada suku kaum mereka dan dari wilayah tertentu asal mereka. bermula Nama Hang Kasturi pula Hang. contohnya. Terdapat 3 andaian hasil kajian secara hipotesis yang dijalankan. andaian yang pertama mengandaikan Hang Kasturi adalah berbangsa Melayu tetapi bergaul rapat dengan anak cucu dari rombongan puteri Hang Li Po. Nama Paduka Mamat adalah nama Melayu dan tidak pula berlaku nama 'Paduka Hang Mamat' sebagai penghargaan kepada puteri Hang Li Po. walaupun dengan perkataan Perkataan Kasturi pula ada berbaurkan loghat bahasa Melayu. Sejarah telah membuktikan bahawa nama-nama dari keturunan Cina biasanya bermula dengan Hang. biasanya diragui cuma kerana terdiri 4 suku dari kata 3 suku kata ia sahaja.

Hal yang lebih lanjut mengenai Hang Kasturipula telah timbul percanggahan pendapat meragukan sejak tentang dahulu nama lagi. Andaian yang kedua mengenai perbezaan pendapat lawan Hang Tuah ialah pengarang 'Sejarah Melayu' telah menggunakan bahan dalam penulisannya secara mengambil pendapat lisan dan tiada ada satu penyeledikan terperinci. adalah keturunan dari rombongan puteri Hang Li Po. Jabatan Sejarah Universiti Kebangsaan Malaysia ada mengatakan bahawa Sultan Mansur Shah telah memberikan tempat kediaaman di Bukit Cina kepada puteri Hang Li Po serta 500 orang dayang-dayangnya. Hang Too Ah. Hang Lee Kiew. Perkara ini dapat disimpulkan kepada tiga bentuk simpulan daripada perbezaan pendapat iaitu yang pertama telah tersirat sesuatu hal yang unik dan tersembunyi tentang kedua-dua tokoh pahlawan ini sehingga tidak ada satu kata sepakat di kalangan kedua pengarang serta pakar sejarah lampau. Percanggahan berlaku antara pengarang 'Sejarah Melayu' dan pengarang 'Hikayat Hang Tuah' mengenai siapa sebenarnya telah menderhaka kepada Sultan Melaka. 9 . Hang Lekir dan Hang Kasturi. tidak kesemua dari anggota rombongan puteri Hang Li Po yang memeluk agama Islam. Hang Lee Ker. Sama ada yang sudah memeluk Islam atau masih memeluk agama asal mereka. Terdapat 3 andaian secara hipotesis yang diperolehi mengenai hal ini. Pengarang Sejarah Melayu menuduh Hang Kasturi manakala pengarang Hikayat Hang Tuah Pula menuduh Hang Jebat. Lekiu. Hang Jee Fatt. keempat-empat sahabat ini kemudiannya telah memeluk agama Islam tetapi mengekalkan sebutan nama mengikut loghat bahasa Melayu atas sebab-sebab tertentu. Anak-anak cucu mereka digelar 'biduanda Cina' juga bermakna golongan yang dilindungi. andaian yang pertama. Hang Jebat.Perkara lain yang menarik ialah petikan kertas kerja Ong Hak Ching. Manakala andaian yang ketiga. kerana ia menyentuh kisah-kisah yang terlalu luas serta hal-hal yang menyeluruh. Andaian yang kedua. sebenar sepertimana Hang kajian secara hipotesis pendapat ini ini seperti Hang Tuah.

Mengikut kajian hipotesis ini.Andaian yang ketiga pula ialah pengarang 'Hikayat Hang Tuah' adalah lebih formal kerana menggunakan semacam bentuk kajian sehingga dapat menggariskan hal-hal peribadi Hang Tuah secara lebih detail. Namanama mereka mengikut loghat Melayu telah tersebar dengan cepat dan meluas sama ada dalam kalangan istana atau orang-orang Melaka ketika itu termasuk nama Hang Kasturi. Hang Lee Ker dan Hang Lee Kiew. Tiada bantahan yang pernah dibuat ketika itu kerana masyarakat Melayu zaman itu telah pun menganggap anak cucu dari rombongan puteri Hang Li Po sama seperti saudara Melayu mereka. Hang Tuah adalah anak cucu kepada keturunan rombongan puteri Hang Li Po yang datang ketika pemerintahan Sultan Mansur Syah. iaitu rakan sebaya mereka yang berbangsa Melayu. Kelima-lima sahabat ini mula masyhur dalam kalangan istana apabila mereka menyelamatkan Bendahara daripada serangan orang mengamuk sewaktu kunjungan Bendahara ke kampung mereka. Keempat-empat sahabat baik ini juga bergaul rapat dengan Kasturi. Hasil kajian secara hipotesis ini telah membuktikan pengarang Hikayat Hang Tuah mempunyai banyak kelebihan dan penulisannya tentang hal Hang Jebat yang telah menderhaka kepada Sultan. Mereka berlima kemudiannya memeluk agama Islam. Tetapi bertukar kepada nama sebutan Hang Tuah apabila pahlawan ini memeluk agama Islam dan berkhidmat kepada Sultan Melaka. 10 . Rumusan daripada kajian yang dijalankan telah menghasilkan penemuan baru yang melibatkan kedudukan Hang Tuah sebagai lagenda pahlawan Melayu. Hang Tuah merupakan pahlawan yang telah diMelayukan demi untuk kemegahan atau simbol kepada orang-orang Melayu. Nama sebenar Hang Tuah ialah Hang Too Ah. Dilihat secara logikal bagaimana hipotesis ini menerangkan asal-usul Hang Tuah. adalah diterima mengikut hukum asal. Mereka juga menggelar Kasturi dengan gelaran Hang Kasturi sebagai tanda satu persahabatan yang abadi. Demikianlah serba ringkas kisah Hang Tuah yang berasal daripada keturunan puteri Hang Li Po dari kajian hipotesis ini. Pengislaman Hang Tuah telah mempengaruhi 3 orang rakan karibnya iaitu Hang Jee Fatt.

Sementara pada awal abad ke-15 iaitu 1511 empayar Melaka jatuh ke tangan Portugis pada tahun 1511. Hikayat Hang Tuah menjadi milik masyarakat. Zheng He (Cheng Ho) ke Melaka. Semua kehebatan ini diterima sebagai sejarah oleh sebahagian besar daripada kita. Hang Melayu Jebat telah atau terselamat asalnya daripada Hang tuduhan Jee Fatt menderhaka yang telah nama menderhaka kepada Sultan bukanlah daripada keturunan orang Melayu Jati. Hang Li Po. Meletakkan Hang Tuah abad ke-14 sebagai merujuk kepada kedatangan Laksamana China. Buku setebal 551 halaman itu ada menyebut tentang Sultan Melaka semasa Cheng Ho singgah di Melaka. Jika dilihat kepada periodiknya. Bagaimanapun Hang Li Po tidak ada dalam sejarah China atau Melaka. Tetapi dalam buku 1421: The Year China Discovered America tulisan Gavin Menzies yang menjejak kembali laluan Laksamana Zheng He. menjadi pengutus ke negara China dan orang pertama melihat wajah Maharaja China selain orang yang bertanggungjawab melarikan Tun Teja dari Terengganu untuk diberikan kepada Sultan Melaka. Sejarah Portugis di Melaka tercatat dengan fakta tetapi Hang Tuah terus diulang bicara tentang kehebatannya sebagai sebuah hikayat. Sementara Zheng He pula dikatakan membawa puteri Maharaja China. nama Hang Tuah sebagai laksamana Melaka tidak tercatat. Walaupun demikian kepada orang-orang Sultan.Berdasarkan hipotesis ini juga bererti orang-orang Melayu telah kehilangan seorang pahlawan lagenda yang selama ini mereka bangga-banggakan. menewaskan Patih Karma Wijaya dari Majapahit. Hang Tuah hidup pada abad ke-14. Kepada kita Hang Tuah adalah laksamana yang maha hebat. Masakan orang kanan sultan seperti Hang Tuah tidak wujud di sisi Sultan Melaka? 11 . Inilah satu-satunya hikayat yang paling berpengaruh lagi klasik dalam kesusasteraan Melayu.

Nilai-nilai mistik dalam Hikayat Hang Tuah barangkali paralel dengan imaginasi Melayu yang juga sangat jauh mistiknya. 12 . Dalam masyarakat hari ini Hang Tuah bukan lagi dianggap watak mitos dalam hikayat yang sama dengan sekian banyak hikayat lagi seperti Hikayat Awang Sulung Merah Muda. Tidak ada hikayat yang begitu berpengaruh dan mitos dianggap sebagai sejarah kecuali Hikayat Hang Tuah. Sewajarnya sebagai generasi kini mengagumi penulis atau individu yang menulis Hikayat Hang Tuah. Sekiranya Hang Tuah wujud pada abad ke-14 tetapi tidak disebut langsung dalam sejarah Melaka menentang Portugis hingga Melaka tewas pada 1511. adakah ketika itu Hang Tuah telah meninggal dunia? Buku ini antara yang menguatkan lagi tanggapan bahawa Hang Tuah adalah mitos Melayu yang paling agung. Hikayat Hang Tuah tergantung di atas sejarah Melaka membuatkan ia lebih kelihatan sebagai sejarah daripada hikayat. Adakah semasa sampai ke Melaka. Kenyataan yang hakiki dan telus. mereka berlima ini tidak pulang bersama Zheng He dan terus menetap di Melaka? Maka kita boleh bertanya lagi adakah Hang Tuah adalah Cina dan bukan Melayu seperti yang banyak orang fahami sebelum ini? Hujah ini diperkuatkan lagi dengan pangkal nama ``Hang'' tidak ada dalam bangsa Melayu dan lebih kepada pangkal nama orang Cina. Hang Tuah wujud dalam teks kesusasteraan Melayu dan kisah beliau sangat mistik. Ada pihak pula menganggap Hang Tuah dengan empat watak lagi itu sebenarnya lima pengiring Zheng He dari China yang mengikuti pelayaran laksamana tersohor China itu? Ini ada tercatat dalam 1421: The Year China Discovered America. Malah lebih mengagumkan lagi apabila hikayat itu ber ada di atas garis pemisah yang nipis antara latar sejarah dan mitos. Hang Tuah sebagai watak mitos apabila Hang Tuah sendiri tidak pernah dibuktikan wujud secara arkeologikal atau antropologikal. Hikayat Malim Demang dan pelbagai lagi. Hal ini kerana kejayaan yang luar biasa membawa hikayat itu hingga merentasi beberapa zaman.Ini satu bukti bahawa watak Hang Tuah (seorang melayu dan laksamana) adalah mitos dan hanya ditulis pada 1621 dalam Hikayat Hang Tuah.

lihatlah bagaimana orang Melayu dapat menerima tindakan Hang Tuah membunuh sahabatnya Hang Jebat yang membela penganiayaan ke atas Hang Tuah. Apabila sebuah empayar sehebat Melaka tewas sedangkan namanya tercatat di pentas dunia. Misalnya untuk melihat kesetiaan Melayu kepada raja. Tun Teja dipersembahkan kepada sultan. Orang Melayu tidak pernah menganggap Hang Tuah zalim kerana membunuh orang yang memperjuangkan keadilan ke atas dirinya. Sebaliknya kedudukan Hikayat Hang Tuah dalam masyarakat. 13 . Mungkin kita boleh bertanya. Kejayaan Hikayat Hang Tuah mempengaruhi masyarakat adalah kejayaan penulisnya menghadiahkan seorang wira kepada orang Melayu selepas Melaka kecundang di tangan Portugis. adakah Hikayat Hang Tuah sebagai usaha untuk mengembalikan semangat orang Melayu apabila mereka tidak mampu menentang Portugis? Kerana itu yang wajar dibincangkan sekarang bukan wujud atau tidaknya Hang Tuah. Hikayat Hang Tuah dan Sejarah Melayu adalah naskhah klasik untuk mengenali orang Melayu. ini adalah peristiwa malang bagi orang Melayu. Mereka telah hilang wira dan Hang Tuah muncul dengan igauan yang amat hebat. Sementara Sejarah Melayu pula ditulis pada 1621 oleh Tun Sri Lanang juga ada tersebut watak Hang Tuah di dalamnya dan wujud beberapa fakta yang bercanggah.Hikayat Hang Tuah dipercayai ditulis pada 1621 tetapi sehingga kini tidak dapat mengesan penulis ajaib yang berjaya memukau berbilang generasi selepas abad ke-16. Pada masa yang sama orang Melayu tidak pernah melihat Hang Tuah sebagai kaki ampu apabila sanggup melarikan Tun Teja tunang Megat Panji Alam. Inilah pengaruh sebuah naskhah sastera Melayu menggarap secara konvensional pertembungan watak hitam dan putih dalam Hikayat Hang Tuah. Malah Melayu berpegang kepada ``Pantang Melayu menderhaka raja''.

Kerana Hikayat Hang Tuah bukanlah sejarah maka ia membuka laluan untuk kita melihat dan memberikan tafsiran baru ke atas naskhah klasik ini. puteri itu berbuat demikian untuk mengelak berkahwin dengan Sultan Melaka kerana dia mencintai Hang Tuah. Dia dipanggil Puteri Gunung Ledang yang juga digilai oleh Sultan Melaka. Semuanya bermula daripada Hikayat Hang Tuah. Naskhah asal Hikayat Hang Tuah bahawa Puteri Gunung Ledang meminta pelbagai hantaran perkahwinan yang tidak masuk akal. Buatlah apa saja ke atas naskhah Hikayat Hang Tuah. Watak Hang Jebat yang hitam dalam Hikayat Hang Tuah menjadi putih di tangan Ali Aziz. Di tangan Usman Awang. Nasir) bercinta dengan seorang puteri dari Majapahit (lakonan Tiara Jacquelina) kemudian berlindung di Gunung Ledang. Dalam Puteri Gunung Ledang. 14 . Matinya Seorang Pahlawan adalah percubaan kedua membuat tafsiran baru selepas Ali Aziz menulis lakon layar filem Hang Jebat arahan Hussein Haniff. pahlawan bukanlah Hang Tuah tetapi Hang Jebat yang memperjuangkan keadilan dan bukan setia membuta tuli kepada sultan. Hang Tuah (lakonan M. ini satu lagi tafsiran baru terhadap Hikayat Hang Tuah. tidak ada siapa yang boleh menghalangnya. Sasterawan Negara Allahyarham Usman Awang memberikan konsep anti-hero apabila menghasilkan naskhah teater Matinya Seorang Pahlawan. Tetapi apabila menjadi naskhah filem ini. Kini apabila watak Hang Tuah dan Puteri Gunung Ledang dipinjamkan untuk filem Puteri Gunung Ledang.

adalah mustahil bagi seorang manusia boleh hidup dalam satu jangka masa yang begitu lama.KESIMPULAN Konklusinya. Terdapat juga watak-watak yang tidak begitu penting yang ditonjolkan oleh penulis. 15 . Penulis mungkin ingin membesarkan watak Hang Tuah seterusnya mencipta penulisan yang ekstaravaganza sedemikian. Belum tentu sesebuah manuskrip itu menceritakan kebenaran tentang peristiwa sejarah yang pernah berlaku secara benar. Hal ini boleh juga terjadi kepada watak yang begitu penting tetapi telah kurang ditonjolkan oleh penulis. sedangkan jika daripada peristiwa sejarah sebenar. watak tersebut tidak memainkan peranan yang begiru penting. Jika ditimbang tara daripada sudut logikal. Begitu juga dengan kegagahan Hang Tuah yang diriwayatkan oleh sesetengah penulis boleh hidup semenjak pemerintahan pertama kesultanan Melayu Melaka. sesuatu yang dicatit atau ditulis oleh seorang penulis terdahulu kadang-kala merupakan pandangan dari sudut penulis itu sendiri dan bukannya secara keseluruhan peristiwa yang sebenar.

Menzies. Akademi Pengajian Melayu: Universiti Malaya. Sejarah Melayu. Hikayat Hang Tuah. Shellabear.BIBLIOGRAFI H. 1952. The Year China Discovered America. Shellabear. 16 . Chadwick. G. 4 jilid jawi dan Rumi: Malay Publishing House. 1896. W. M. W. 1908. Penerbit Fajar Bakti Sdn. Bhd: Petaling Jaya. . Gavin. Kassim Ahmad. G. 1997. . The Growth of Literature ³charecterisation in Hikayat Hang Tuah´: London Hashim Musa. : . Kuala Lumpur: Dewan Bahasa Dan Pustaka. Kosmologi Melayu.

LAMPIRAN Naskhah Buku Sejarah Melayu Makam keturunan Kesultanan Melayu Melaka 17 .

Sign up to vote on this title
UsefulNot useful