PERMAINAN BAHASA Nama Permainan: Buah Dadu Objektif: Murid dapat mengeja suku kata Bahan : Kad suku

kata,kad perkataan,buah dadu. Cara menjalankan permainan: 1. Guru memberi arahan kepada murid. 2. Murid-murid dibahagikan kepada dua kumpulan. 3. Murid diminta melontarkan buah dadu. 4. Murid diminta mengeja suku kata berdasarkan suku kata atau perkataan yang tertera. 5. Murid bergilir-gilir melontarkan buah dadu dan cuba membunyi dan menyebut perkataan. 6. Guru membimbing murid yang lemah. 7. Kumpulan yang mendapat skor markah yang banyak akan menjadi pemenang. 8. Guru membuat rumusan berdasarkan permainan “Buah Dadu”.

Nama Permainan: NOMBOR MISTERI Objektif : Murid dapat mengeja dan menyebut perkataan mengikut suku kata Bahan : kad suku kata,kad gambar,buah dadu,sampul surat.

Cara menjalankan permainan: 1. Guru memberi arahan kepada murid. 2. Murid-murid dibahagikan kepada dua kumpulan. 3. Murid diminta melontarkan buah dadu yang berdasarkan nombor. 4. Murid diminta mengambil sampul surat berdasarkan nombor yang tertera. 5. Murid diminta mengejakan perkataan yang terdapat dalam sampul surat tersebut. 6. Murid-murid mengulang aktiviti ini mengikut giliran. 7. Guru membimbing murid yang lemah. 8. Kumpulan yang mendapat skor markah yang tertinggi dikira pemenang. 9. Guru membuat rumusan berdasarkan permainan “Nombor Misteri”.

Nama Permainan:

MUSIC CHAIR

OBJEKTIF : Murid dapat mengeja dan menyebut perkataan KVK + KV + KVKK

BBM : kad gambar,kad suku kata,CD. Cara menjalankan permainan: 1. Guru memberi arahan kepada murid. 2. Semua murid dikehendaki duduk di atas kerusi yang telah dilekatkan dengan kad perkataan. 3. Muzik dimainkan. Murid mula bergerak mengeliling kerusi-kerusi. Apabila muzik di berhentikan, murid dikehendaki duduk di atas kerusi. 4. Guru memilih seorang murid dan murid tersebut mesti mengeja kad perkataan yang dilekat di belakang kerusi tersebut 5. Ulang aktiviti ini sehingga semua murid mengeja perkataan sebanyak 3 kali. 6. Guru membimbing murid yang lemah. 7. Kumpulan yang mendapat skor markah yang banyak akan menjadi pemenang. 8. Guru membuat rumusan berdasarkan permainan “music chair”.

Nama Permainan: WIN-WIN OBJEKTIF : Murid dapat membunyi suku kata dan mengeja perkataan KVK + KV + KVKK berdasarkan gambar. BBM : kad suku kata,kad gambar,kad perkataan.

Cara menjalankan permainan: 1. Guru memberi arahan kepada murid. 2. Murid-murid dibahagikan kepada dua kumpulan. 3. Setiap kumpulan diberi kad gambar berlainan. 4. Murid diminta memilih gambar berdasarkan perkataan yang diberi oleh guru. 5. Murid diminta bergerak ke hadapan dan melekatkan gambar berdasarkan perkataan yang tertera di papan putih. 6. Guru membimbing murid yang lemah. 7. Murid mengulang aktiviti ini secara bergilir-gilir. 8. Kumpulan yang mendapat skor markah yang banyak akan menjadi pemenang. 9. Guru membuat rumusan berdasarkan permainan “Win-Win”.

Nama Permainan:

KAD TEKA-TEKI

OBJEKTIF: Murid dapat mengeja suku kata,perkataan,dan membaca

ayat mudah. BBM : kad suku kata,kad perkataan ,kad ayat,kad teka teki. Cara Menjalankan Permainan: 1. Guru memberi arahan kepada murid. 2. Murid-murid dibahagikan kepada dua kumpulan. 3. Guru melekatkan kad-kad teka-teki yang bergambar haiwan. 4. Murid diminta bergerak ke hadapan dan memilih gambar haiwan yang disukainya. 5. Guru mengambil kad tadi dan membaca soalan teka-teki di belakang kad haiwan. 6. Murid dikehendaki menjawab soalan teka-teki yang dibaca oleh guru. 7. Murid bergilir-gilir keluar memilih kad teka-teki. 8. Guru membimbing murid yang lemah. 9. Kumpulan yang mendapat skor markah yang banyak akan menjadi pemenang. 10. Guru membuat rumusan berdasarkan permainan “Kad Teka-Teki”.

Sign up to vote on this title
UsefulNot useful