You are on page 1of 1

Cheong Pei Jie, Chong Li Shi, Hoo Xue Hua, Jessica Lee Zhuan Mun S4

Isu nilai

Buli ialah perbuatan mempermainkan orang yang lemah dengan tujuan


menjatuhkan maruah atau untuk menunjuk kekuatan atau suka-suka. Contohnya, Ali
sentiasa membuli murid yang lemah di sekolah dengan memeras ugut. Peras ugut ialah
perbuatan meminta wang secara paksa dan kekerasan. Jika tidak diberi, mangsa
berkenaan akan dicederakan atau diseksa. Hal ini telah membawa kesan yang serius
kepada mangsa daripada aspek fizikal dan emosi.

Cara menyelesaikan isu

Yang pertama, ibu bapa perlu meluangkan masa untuk berdampingan dengan
anak mereka. Ibu bapa tidak boleh sibuk dalam pekerjaan sendiri sehingga
mengabaikan kehidupan anak mereka. Hal ini kerana seorang kanak-kanak yang penuh
dengan kasih sayang tidak akan melakukan sesuatu yang negatif. Selain itu, ibu bapa
juga perlu memahami keadaan anak mereka di sekolah. Hal ini kerana penglibatan aktif
ibu bapa dalam persekolahan anak mereka membolehkan mereka mengesan masalah
yang dihadapi oleh anak-anak mereka. Di samping itu, penekanan agama juga perlu
diterapkan kepada anak-anak sejak kecil lagi. Agama merupakan satu benteng bagi
seseorang supaya tidak melakukan sesuatu yang melepasi batasan.

Daripada peranan guru, guru merupakan golongan yang paling hampir dengan
murid selepas ibu bapa. Sikap seorang guru yang dedikasi dalam menyampaikan
pengajaran secara berkesan bukan sahaja dapat menghapuskan masalah disiplin,
malahan meningkatkan tahap akademik murid. Contohnya, guru perlu memberikan
hukuman yang setimpal bagi murid yang melakukan kesalahan. Dengan itu, murid itu
tidak akan mengulangi kesalahan yang sama. Murid lain juga tidak akan melakukan
kesalahan yang sama. Di samping itu, guru juga perlu menerapkan nilai moral dalam
proses pengajaran dan pembelajaran. Hal ini dapat memupuk seorang murid yang
bermoral dan akan berfikir secara rasional sebelum melakukan sesuatu. Sementelahan,
usaha membentuk Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) juga adalah satu bentuk
kerjasama yang baik bagi mengatasi masalah sosial.

Akhirnya, semua pihak perlu bekerjasama supaya isu sosial ini dapat dibanteras
secara total dan dapat melahirkan insan yang cemerlang pada masa yang akan datang.