You are on page 1of 2

MPU 3102

Nama Kumpulan:H’ng Lee Huang, Liew Hao En, Lim Pei Nee

Unit: S4

Situasi:

Jenayah peras ugut, kongsi gelap dan buli di kalangan remaja bukan lagi isu baru di
Malaysia malah semakin meningkat sejak kebelakangan ini. Sepuluh tahun dahulu kita
mungkin berasa terkejut dan takut apabila remaja berusia 12 tahun sudah berani
memebunuh orang, tetapi tidak lagi pada hari ini. Ia seolah-olah trend yang terpaksa kita
hadapi.

Cara Penyelesaian:

Penglibatan ibu bapa dalam menangani masalah sosial adalah penting. Ibu bapa
perlu menyedari bahawa pendidikan anak-anak bermula di rumah dan bukannya di
sekolah. Oleh itu, jenis dan corak alam persekitaran yang disediakan oleh para penjagalah
yang menjadi pengajar utama yang dapat menjadi perangsang kepada anak-anak.

Kawalan ketat ke atas anak-anak dapat menghindarkan mereka daripada terjebah


ke kancah sosial. Selain daripada itu, penglibatan aktif ibu bapa dalam persekolahan
anak-anak membolehkan mereka mengesan masalah yang dihadapi oleh anak-anak
mereka. Ibu bapa juga bertanggungjawab dalam mewujudkan suasana yang stabil di
rumah supaya anak-anak tidak terganggu dari segi emosi. Keadaan kucar-kancir dan
penceraian pasti meninggalkan kesan mendalam ke atas anak-anak.

Penekanan kepada aspek keagamaan juga perlu diutamakan oleh ibu bapa. Jika
ibu bapa tidak berkesempatan mengajarr asas-asas agam kepada anak-anak, warjar bagi
mereka untuk menghantar anak-anak mengikuti kelas fardhu ain. Sekiranya ibu bapa
boleh menghantar anak mereka ke pusat tuisyen untuk berjaya dalam peperiksaan,
mengapa pula anak-anak tidak dihantar ke kelas-kelas agama untuk menjalani kehidupan
yang sempurna di dunia dan akhirat?
Menyentuh peranan guru, guru ialah golongan yang paling hampir dengan murid
selepas ibu bapa. Sikap guru yang pernuh dedikasi dalam menyampaikan pengajaran
secara berkesan bukan sahaja dapat menghampuskan masalah disiplin, malahan
meningkatkan tahap akademik murid.

Guru besar pula harus memastikan hukuman yang dikenakan mestilah


bersesuaian dengan kesalahan yang dilakukan. Murid-murid harus ddisedarkan bahawa
hukuman dikenakan kepada kesalahan, bukannya kepada mereka. Guru dan guru besar
haruslah bertindak dalam pasukan dan tidak ‘menikam belakang’ dalam pelaksanaan
tugas.

Usaha membentuk Persatuan ibu bapa(PIBG) adalah satu bentuk kerjasama yang
baik bagi masalah sosial. Namun begitu, peranan yang dimainkan oleh PIBG sering
dipertikaikan. Hal ini kerana kurangnya penglibatan ibu bapa dan minat disebabkan
urusan lain. Keadaan ini dapat diperbaiki jika semua pihak tidak mementingkan diri dan
memberi perhatian dan kerjasama dalam membentuk murid beraklak mulia.

Kementerian Pelajaran Malaysia perlu sentiasa mengemas kini pekeliling dan


petunjuk tertentu dalam menangani masalah moral di sekolah. Pihak polis dan Jabatan
Kebajikan juga berperanan dalam menempatkan pegawai-pegawai tertentu bagi
menghadapi masalah disiplin, belia dan pelajar.

Kerajaan juga perlu sedar kewujudn media berteknologi tinggi mendedahkan


remaja kepada pelbagai budaya luar yang kebanyakannya merosakkan fikiran mereka.
Paparan di media massa dan elektronik juga harus dikawal dengan sebaiknya oleh
kerajaan supaya tidak bercanggah dengan nilai islam.