You are on page 1of 7

1.

0 Pendahuluan

Kementerian Pendidikan Malaysia telah melaksanakan pelbagai program untuk


melahirkan murid dan warga sekolah yang sihat dan produktif. Oleh hal yang
demikian, Rancangan Kesihatan Sekolah (RKS) diwujudkan pada tahun 1967.
Program ini bertujuan untuk menerapkan pengetahuan mengenai kesihatan dalam
diri murid selaras dengan Falsafah Pendidikan Kebangsaan yang ingin melahirkan
murid yang seimbang dari aspek jasmani, emosi, rohani, intelek dan sosial (Saharia,
2015). Pada tahun 1996, Rancangan Kesihatan Sekolah (RKS) telah ditukarkan
kepada Program Bersepadu Sekolah Sihat (PBSS) dengan kerjasama Kementerian
Pelajaran Malaysia dan Kementerian Kesihatan Malaysia. Antaranya program yang
dilaksanakan adalah seperti Rancangan Makanan Tambahan (RMT), Program Susu,
Program Dengue Patrol dan lain-lain lagi. Namun adakah program tersebut memberi
keberkesanan terhadap masalah kesihatan sepanjang hayat.

2.0 Keberkesanan Program Kesihatan Sekolah

Salah satu usaha murni Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM) dalam membantu
meningkatkan taraf kesihatan dan pemakanan murid sekolah rendah adalah dengan
melaksanakan Rancangan Makanan Tambahan (RMT) bermula pada tahun 1979
(Kementerian Pendidikan Malaysia, (2016a). Program ini bertujuan untuk memberi
makanan percuma kepada murid sekolah rendah terutamanya dari golongan
berpendapatan rendah secara imbuhan dan murid luar bandar. Rancangan ini
bermaksud untuk membekalkan makanan tambahan sebanyak 25% hingga 33%
daripada keperluan kalori harian yang diperlukan (Kementerian Pendidikan Malaysia,
2016b). Pelaksanaan rancangan ini tidak bermaksud untuk mengambil alih tugas ibu
bapa tetapi sebagai salah satu usaha dalam menjamin kesihatan murid-murid.

Keperluan pemakanan murid sekolah rendah adalah lebih tinggi berbanding


dengan semasa mereka berada di pra-sekolah (Siti Noramiril, 2015). Hal ini
disebabkan oleh aktiviti fizikal dan pertambahan saiz berat badan yang amat ketara.
Oleh hal yang demikian, murid hendaklah mendapat zat makanan yang secukupnya
agar dapat mencapai tumbesaran yang optimum. Jika sebaliknya, murid akan
mengalami gangguan pertumbuhan fizikal, kurang memberi tumpuan, keletihan dan
malnutrisi.

1
Pada pandangan saya, Rancangan Makanan Tambahan (RMT) berkesan
dalam menyelesaikan masalah kesihatan sepanjang hayat. Keberkesanan ini dapat
dilihat melalui pencapaian prestasi murid. Hal ini kerana terdapat hubungan antara
pemakanan seimbang dan perkembangan diri murid terutama perkembangan
kognitif. Rancangan Makanan Tambahan (RMT) yang diambil oleh murid sebagai
sarapan pagi dapat menyumbangkan tenaga, protein, karbohidrat dan mikronutrien
yang diperlukan untuk tumbesaran mereka (Shazli et.al, 2005). Oleh hal yang
demikian, prestasi yang menurun di sekolah dapat dikaitkan dengan kecenderungan
murid meninggalkan sarapan pagi. Hal ini kerana mereka akan mengambil lebih
banyak snek dan mengurangkan pengambilan makanan pada waktu utama, keadaan
inilah yang akan menyebabkan mereka sukar mengingati apa yang telah dipelajari
(Sjoberg et.al, 2003). Pencapaian ini dapat dilihat melalui jadual di bawah.

Jadual 1: Pencapaian murid berdasarkan mata pelajaran

Sumber: Sahandri & Saifuddin, (2017)

Hasil keputusan ujian yang dijalankan sebelum dan selepas menunjukkan


peningkatan nilai min di antara 0.35 hingga 0.9. Berdasarkan jadual di atas, terdapat
peningkatan prestasi murid yang menerima RMT dalam mata pelajaran Bahasa
Melayu, Sains dan Matematik. Oleh itu, Program Kesihatan Sekolah (PKS) telah
mendatangkan impak yang positif terhadap murid khususnya dalam pencapaian
prestasi. Keberkesanan program ini seterusnya dapat dilihat melalui tahap
penerimaan ibu bapa terhadap Rancangan Makanan Tambahan (RMT) di sekolah.

2
Jadual 2: Penerimaan ibu bapa terhadap Rancangan Makanan Tambahan (RMT) di
sekolah

Sumber: Daud & Izwani, (2008)

Berdasarkan jadual 2, penerimaan ibu bapa terhadap RMT amat baik. Hal ini
dapat dilihat melalui item 32 iaitu murid menunjukkan kesihatan yang baik setelah
menerima RMT. Menerusi item tersebut, kebanyakan ibu bapa mempersetujui
bahawa RMT membantu anak mereka dalam amalan pemakanan yang seimbang
dan berkhasiat. Hal ini kerana makanan seimbang merupakan keperluan bagi
perkembangan murid (Krishnan & Samsudin, 2014). Justeru, Rancangan Makanan
Tambahan (RMT) yang dilaksanakan di sekolah memberi kesan terhadap murid
khususnya dalam menyelesaikan masalah kesihatan.

Keberkesanan seterusnya dapat dilihat melalui Program Dengue Patrol yang


dilaksanakan di sekolah dengan kerjasama Kementerian Pendidikan Malaysia dan
Kementerian Kesihatan Malaysia. Program ini bertujuan untuk mendidik kesedaran
dan mengubah gaya hidup masyarakat khususnya murid mengenai bahaya denggi
serta cara untuk mencegahnya.

3
Hal ini kerana kes denggi kerap berlaku di mana pesakit bukan hanya
dijangkiti demam denggi bahkan turut meninggal dunia. Oleh hal yang demikian,
keadaan ini menunjukkan bahawa demam denggi telah menjadi satu lumrah
kehidupan. Menurut Kementerian Kesihatan Malaysia (2019), berlaku peningkatan
kes denggi yang telah dilaporkan iaitu sebanyak 3,223 kes berbanding 3,127 kes
pada tahun 2019.

Jadual 3: Kes denggi dan kematian

Sumber: Kementerian Kesihatan Malaysia, 2019

Berdasarkan jadual tersebut, dapat dirumuskan bahawa kes denggi pada


minggu kelima tahun 2019 meningkat drastik berbanding dengan tahun sebelumnya.
Oleh itu, dapat dinyatakan di sini bahawa program Dengue Patrol kurang berkesan

4
sepenuhnya. Kurangnya keberkesanan program ini dapat dilihat melalui jumlah kes
denggi sehingga 24 Februari 2019.

Jadual 4: Kes denggi mengikut negeri

Sumber: Bilik Gerakan Denggi Kebangsaan CPRC, 2019

Jelaslah di sini bahawa program Dengue Patrol kurang berkesan sepenuhnya


dalam menyelesaikan masalah kesihatan demam denggi. Oleh itu, sebagai usaha
penambahbaikan terhadap masalah ini, terdapat pelbagai langkah yang boleh
diambil. Antaranya adalah dengan melaksanakan program COMBI iaitu
Communication for Behavioral Impact. Program ini merupakan satu pendekatan yang
memerlukan penglibatan komuniti tempatan bersama-sama melaksanakan tindakan
memusnahkan kawasan pembiakan denggi (Choy & Wayandiana, 2016). Selain

5
daripada penglibatan komuniti tempatan, pihak Non-governmental organization
(NGO) dan swasta digalakkan untuk turut serta dengan menyumbang tenaga, wang
ringgit dan kepakaran dalam membasmi kawasan pembiakan nyamuk aedes.
Dengan ini, kes demam denggi dapat dikurangkan.

Seterusnya, pihak kerajaan hendaklah melaksanakan pengawasan terhadap


kes denggi. Langkah pengawasan ini boleh dilakukan dengan membuat notifikasi
berkaitan kes denggi melalui telefon kepada Pejabat Kesihatan Daerah yang
terdekat. Berdasarkan Pelan Strategik Pencegahan dan Kawalan Denggi 2016-2020
(2016), langkah tersebut telah dinyatakan di dalam Seksyen 10(c) Akta 342. Dengan
melakukan notifikasi ini, maka tindakan susulan dapat dilakukan. Melalui notifikasi
ini, pengawasan terhadap kes denggi dapat dilakukan.

3.0 Penutup

Dalam menangani masalah kesihatan sepanjang hayat, usaha yang diambil oleh
kerajaan dilihat amat proaktif. Hal ini dapat dilihat melalui pelbagai program yang
dilaksanakan di sekolah misalnya seperti Rancangan Makanan Tambahan (RMT)
dan Program Dengue Patrol. Namun, kedua-dua program ini mempunyai
keberkesanan yang berlainan dalam menyelesaikan masalah kesihatan. Oleh itu,
penambahbaikan harus diwujudkan bagi menjamin keberkesanan program ini pada
masa akan datang.

6
Rujukan

Bilik gerakan denggi kebangsaan (CPRC). (2019). Maklumat kes denggi. Diperoleh pada 21
Februari 2019 daripada http://idengue.remotesensing.gov.my/idengue/index.php.

Daud &Nor Izwani. (2008). Persepsi ibu bapa pelajar terhadap rancangan makanan
tambahan (RMT) di Sekolah Menengah. Disertasi, Universiti Teknologi Malaysia.

E.A Choy & Wayandiana Abdullah. (2016). Menangani wabak denggi di Malaysia: satu
tinjauan kaedah rawatan dan pencegahan. Geografia Malaysian journal of society
and space, 12(9): 56-68.

Kementerian Pendidikan Malaysia. (2016a). Rancangan Makanan Tambahan. Diperoleh


pada 21 Februari 2019 daripada https://www.moe.gov.my/index.php/my/bantuan-
pembelajaran/rancangan-makanan-tambahan-rmt.

Kementerian Pendidikan Malaysia. (2016b). Panduan program RMT. Bahagian pengurusan


sekolah harian: Kementerian Pendidikan Malaysia.

Kementerian Kesihatan Malaysia. (2019). Kenyataan akhbar situasi semasa demam denggi,
zika dan chikungunya di Malaysia. Diperoleh pada 22 Februari 2019 daripada
http://www.moh.gov.my/index.php/database_stores/store_view_page/21/1132.

Krishnan, M. & Samsudin A. Rahim. (2014). Hubungkait komunikasi kesihatan dengan


kesan hiraki isu kesihatan terhadap perubahan amalan gaya hidup sihat. Jurnal
komunikasi, 30(1): 140-169.

Mohd. Sahandri Gani Hamzah & Saifuddin Kumar Abdullah. (2017). The cost effectiveness
of food in the additional food plan (AFP/SMP) in Malaysian primary schools.
International Journal of academic research in progressive education and
development, 6(1): 107-120.

Pelan strategik denggi kebangsaan 2016-2020. (2016). Bahagian kawalan penyakit:


Kementerian Kesihatan Malaysia.

Saharia Ismail. (2015). Pembangunan insan dalam Falsafah Pendidikan Kebangsaan. Jurnal
pembangunan modal insan, 8(2): 83-99.

Shazli Ezzat Ghazali, Noor Aini Mohd Yusoff, Punnusamy & Syahiza Abas. (2005).
Pengambilan sarapan pagi dan pengaruh ke atas pencapaian kognitif kanak-kanak
sekolah rendah. Jurnal sains kesihatan Malaysia, 3(1): 1-7.

Siti Noraimi Anuar. (2015). Kempen pemakanan sihat berilustrasi untuk promosi dan
menggalakkan tabiat pemakanan sihat dalam kalangan murid sekolah. Disertasi.
Fakulti teknologi kreatif dan warisan.

Sjoberg, A., Hallberg, L., Hoglund, D., & Hulthen, L. (2003). Meal pattern, food choice,
nutrient intake and lifestyle factors in The Goteborg Adolescence Study. European
journal of clinical nutrition, 57(12): 1569-1578.