PENGENALAN Kerjaya sebagai seorang guru memerlukan guru menguasai ilmu pengetahuan dan kemahiran yang tinggi malah

guru juga perlu sentiasa meningkatkan tahap keprofesionalisme mereka seiring dengan perubahan zaman yang sentiasa maju ke hadapan terutama dalam dunia ledakan teknologi maklumat. Kemahiran profesional keguruan harus dikuasai oleh seseorang yang bergelar pendidik. Kemahiran-kemahiran ini adalah seperti kemahiran belajar, berfikir, merancang, mengajar, pemudahcaraan, menilai, berkomunikasi, mengurus, termasuk kemahiran mengurus teknologi maklumat dan komunikasi (ICT). A. KEMAHIRAN-KEMAHIRAN PROFESIONAL GURU 1. Kemahiran belajar Proses pembelajaran merupakan proses berterusan semenjak kita lahir sehingga ke akhir hayat. Manusia menggunakan organ deria untuk memperolehi pengalaman dan ilmu pengetahuan yang terdapat di persekitaran mereka. Dalam kemahiran belajar ia banyak melibatkan kemahiran penggunaan mental manusia untuk memperolehi ilmu dalam bidang kognitif, psikomotor ataupun afektif. Ia merangkumi segala kemahiran seperti memerhati, membaca, menulis, meniru, menghafal, mengandai, memahami, menganalisis, mensintesis, menilai dan mengingat. Kemahiran belajar adalah kebolehan menerima isyarat dengan tepat, memproses maklumat yang diterima, menyimpannya dalam stor ingatan dan dapat mengaplikasikan yang dipelajari untuk menyelesaikan masalah dalam situasi yang berkaitan. Oleh itu dalam proses pembelajaran berkesan ia memerlukan kemahiran memerhati, mengandai, memahami, mengingat, memikir dan menaakul. R.M Gagne membahagikan hasil pembelajaran berdasarkan tiga jenis kemahiran belajar iaitu kemahiran kognitif, kemahiran menerima dan memahami isyarat, serta kemahiran mengaturkan strategi belajar. Seorang guru harus menguasai kemahiran belajar. Sebagai seorang pendidik yang bertanggungjawab , ia hendaklah mereformasikan diri ke arah pandangan, sikap dan daya usaha melengkapkan diri dengan ilmu pengetahuan dan kemahiran mengajar yang canggih, demi mempertingkatkan keupayaan dan prestasinya dalam bidang kerja yang kian mencabar. Latihan perguruan yang diterima dahulu dianggap kurang sesuai untuk

merancang .mempertimbangkan semua faktor dalam proses pilihan atau keputusan. menggunakan teknik penyelesaian masalah yang sesuai. Guru yang berinovatif akan memberi peluang kepada murid-muridnya memperkembangkan daya intelek dan kemahiran berfikir. Kemahiran berfikir Guru hendakah menguasai ciri-ciri kemahiran berfikir bagi menghadapi cabaran perguruan dan melaksanakan tugasnya secara profesional. Di sini guru mesti pandai merancang untuk mencapai objektif pengajaran dan pembelajaran. Menurut beliau. Untuk menghadapi cabaran dan tuntutan perubahan strategi pengajaran dan pembelajaran dalam bilik darjah. 3. Ringkasnya.teknik yang menggalakkan perkembangan kemahiran berfikir secara analitis. memilih isi pengajaran . Proses ini melibatkan aktivitiaktiviti menyusun idea. Dalam hal ini guru harus ada teknik menyoal dalam aktiviti p&p. meneliti segala akibat yang mungkin berlaku. Untuk itu guru mesti bijak merancang dalam menentukan objektif pelajaran. memilih strategi dan kaedah pengajaran. Seseorang itu cekap menyusun maklumat. kemahiran berfikir ialah kecekapan menggunakan akal menjalankan proses pemikiran. Teknik. meninjau idea atau pandangan dari sudut pandangan orang lain dan memahami dan menentukan tujuan dan objektif sesuatu perkara dalam kajian dengan cara yang tepat. 2. membuat kesimpulan untuk mendapatkan ilmu atau kemahiran baru yang boleh digunakan untuk penyelesaian masalah. konsep atau idea secara teratur dan membuat kesimpulan atau keputusan yang tepat untuk tindakan sistematik dan wajar. Edward de Bono.mencapai matlamat pendidikan dalam alaf baru. kritis dan rasional boleh didapati daripada Cort Thinking Programme yang disediakan oleh yang disediakan oleh Dr. kemahiran berfikir seseorang pelajar boleh dipertingkatkan melalui teknik-teknik seperti mengadakan perbincangan diantara pelajar dengan mempertimbangkan sesuatu idea atau isu dari segi kebaikan atau kelemahan. guru hendaklah sentiasa berusaha melengkapkan diri dengan mengemaskini ilmu pengetahuan dan kemahiran mengajar dari semasa ke semasa. Kemahiran Merancang Kejayaan seseorang guru sebagai pengajar bergantung kepada perancangan mengajarnya.Pemikiran merupakan proses yang menggunakan akal untuk menyelesaikan masalah.

. 4. PENINGKATAN TAHAP PROFESIONALISME GURU Peningkatan profesionalisme dalam keguruan adalah penting untuk mencapai kecemerlangan akademik dan meningkatkan kualiti pendidikan. memilih dan menyediakan bahan.Kemahiran mengajar amat penting untuk guru kerana murid-murid hanya dapat memperolehi ilmu pengetahuan dan menguasai kemahiran jika proses pelaksanaan rancangan mengajar guru itu sistematik dan teratur. Sekiranya perancangan guru adalah baik..aktiviti pengajaran dan pembelajaran. Kemahiran Mengajar Tugas guru adalah mengajar. memberi peneguhan dan menutup pelajaran dengan teknik yang sesuai supaya mendapat pengulangan tingkahlaku yang positif pada masa kelak. Untuk itu guru hendaklah menguasai kemahiran mengajar. dan portfolio pengajaran. Mengajar meliputi aktiviti memotivasikan murid-murid supaya bersedia belajar. menggerakkan murid-murid dengan aktiviti soal jawab supaya mendapat gerakbalas mereka dan interaksi yang positif. ia akan melicinkan pelaksanaannya dan seterusnya mencapai objektif pelajaran yang diharapkan. penekanan harus diberi kepada perkembangan profesionalisme keguruan secara berterusan. Oleh itu pencapaian objektif pelajaran amat bergantung kepada kecekapan guru mengendalikan aktiviti pengajaran dan pembelajaran dalam bilik darjah.bahan pelajaran serta menyedia dan menguruskan kemudahan-kemudahan untuk menjalankan aktivitiaktiviti pembelajaran. sistem pementoran dan aktiviti diskusi di Pusat Kegiatan Guru. amalan refleksi dan penulisan reflektif. Justeru itu. mengurus murid-murid supaya mereka berdisiplin. B. perkembangan professional melalui networking dan program secara “on-line” .amalan konsep “belajar seumur hidup”. penyelidikan tindakan. Antara strategi yang membolehkan peningkatan profesionalisme diri termasuk melibatkan diri dalam latihan dalam perkhidmatan. membimbing murid menjalankan aktiviti pengukuhan. untuk mewujud dan mengekalkan sistem pendidikan yang berkualiti. membimbing murid-murid menjalankan aktiviti pembelajaran. menyampaikan isi pelajaran.

Peningkatan Profesionalisme Melalui Latihan Dalam Perkhidmatan Dalam era teknologi moden. Pejabat Pendidikan Daerah ataupun dari pihak swasta. inovasi dalam pedagogi menuntut agar guru-guru dilatih semula semasa dalam perkhidmatan. kemahiran dan cara pengajaran-pembelajaran baru melalui kursus-kursus pendidikan dianjurkan oleh pihak Kementerian Pendidikan. 2. Refleksi memberi peluang guru menganalisis diri serta menyedari tentang kekuatan dan kelemahan diri. Berkaitan dengan ini. Amalan Refleksi Dan Penulisan Reflektif Amalan refleksi dapat memperkaya diri dan merangsang amalan professional.1. guru yang telah menghadiri kursus seharusnya menjalankan latihan dalaman untuk sekolah masing-masing agar semua guru dapat memperoleh pengetahuan dan kemahiran dalam bidang-bidang tertentu. Perkembangan refleksi memerlukan perkembangan sikap dan kebolehan seperti keterbukaan. mereka semestinya memperbaiki pembelajaran pelajar dengan melanjutkan pengetahuan profesional dan menguasai dan mengembangkan kemahirankemahiran . Jabatan Pendidikan Negeri. Ia sememangnya dapat mempertingkat dan memperkukuh profesionalisme diri selain mengembangkan potensi insan ke tahap yang diingini. guru dapat membuat pengubahsuaian serta membaiki proses pembelajaran mereka dengan efektif. Sebagai guru. Guru yang berpandangan progresif mampu memperkasakan diri dengan pengetahuan. perkembangan ilmu pengetahuan dan kemahiran dalam mata pelajaran pengkhususan. Teknologi Maklumat dan Komunikasi. Sebaran input-input yang baru seperti pembelajaran bestari. pengajaran Matematik dan Sains. Dengan ini. Bimbingan dan Kaunseling dan sebagainya diberi kepada guru akan meningkatkan kualiti pengajaran guru dari segi inovasi dalam pengajaran. Ia bertindak sebagai forum untuk membuat keputusan yang mengakibatkan tindakan tentang konteks pengajaran. . Refleksi yang dikemukakan oleh Dewey (1933) menjadi asas dalam mengkaji proses kognitif guru semasa membuat keputusan tentang pengajaran dan pembelajaran. kerelaan untuk menerima tanggungjawab untuk membuat keputusan dan mengambil tindakan. .

Ia membantu guru mendokumentasi dan menerangkan tindakan mereka. Richert. teori-teori dan persoalan-persoalan dipertikai dan diperkembangkan. sudah tentu amalan penelitian pengajaran sendiri meletus penilaian kendiri terhadap tanggungjawabnya. membuktikan pengetahuan professional mereka dan membuat refleksi tentang apa. 3. 1997). bagaimana dan mengapa mereka melakukan sesuatu tindakan (Loughran & Corrigan. Schon (1983. Ini kerana proses perkembangan portfolio secara berterusan memberi peluang guru membuat refleksi tentang perkembangan dan perubahan pelajarnya sepanjang masa. Contoh-contoh amalan baik dalam portfolio boleh dikaji dan diguna atau diadaptasikan dalam bilik darjah. Menurut Shulman (1987). Kedua-dua refleksi semasa tindakan dan refleksi ke atas tindakan dapat membantu guru memperkasakan diri dalam bidang profesionalnya. Zeichner & Liston. 1988. Dengan mengimbas balik pengalaman-pengalaman lepas dalam portfolio. melalui portfolio pengajaran. 1995. 1990. guru akan menjadi lebih reflektif tentang apa yang mereka lakukan dalam pengajaran dan pembelajaran. Apabila seseorang guru meneliti amalan pengajaran sendiri. Pemikiran baru akan dirangsangkan dan melalui perbincangan dengan rakan sekerja. Kajian menunjukkan aktiviti ini merupakan salah satu strategi terbaik untuk mendorong guru mengamalkan penyiasatan reflektif dan penilaian kendiri terhadap isu-isu pengajaran dan pembelajaran (Bolin. Dalam penulisan reflektif. Ia bukan sahaja membolehkan seseorang guru memperoleh pengertian mengenai tugasnya tetapi ia memberi pelbagai perspektif terhadap pengajaran yang boleh dicontohi atau dipelajari oleh guru-guru lain.Antara strategi yang boleh dilakukan oleh guru untuk meningkatkan profesionalisme mereka ialah penulisan jurnal/reflektif. Guru boleh mengubahsuai atau . 1987). 1987) membezakan proses pemikiran kepada refleksi semasa tindakan di mana seseorang melihat semula dan memikirkan permasalahan yang wujud untuk memahami situasi manakala refleksi ke atas tindakan di mana guru merenung kembali proses pemikirannya dan menganalisis situasi sebelum merancang tindakan susulan. Seldin. ia menggalakkan mereka mengenal pasti halangan-halangan dalam proses pengajaran dan pembelajaran dan memikirkan penyelesaian. Portfolio Pengajaran Mengenai Pengajaran Dan Refleksi Portfolio pengajaran memberi impak yang besar dan membawa manfaat serta meningkatkan kualiti pengajaran guru dalam profesionnya. Penulisan reflektif merupakan satu cara meninjau teori-teori pengajaran dan perkembangan professional.

Kesedaran tentang keputusan pedagogi dan tindakan hanya boleh dibentuk dengan penilaian kritikal melalui dialog reflektif. penulisan dan pembacaan wajib dipupuk di kalangan guru untuk meningkatkan perkembangan profesionalisme diri serta bertindak secara professional. keberkesanan strategi-strategi pengajaran dan merancang pendekatan baru atau teknik-teknik untuk masa akan datang. Peningkatan profesionalisme diri merupakan proses perkembangan peribadi yang memerlukan suatu kesedaran tinggi tentang “what’s going on”. 4. reflektif dan berinovasi dalam amalan pengajaran . Portfolio pengajaran dan refleksi membantu perkembangan pemahaman masalah yang dihadapi kerana proses refleksi memandu arah untuk meneroka idea-idea dari sumber-sumber lain. mengambilkira sama ada idea baru sesuai atau tidak.Penyelidikan Tindakan Budaya penyelidikan. Proses membina portfolio merangsang guru untuk memikirkan semula aktiviti pengajaran. menulis dan melakukan penyelidikan tindakan memperluaskan pengalaman. dan menentukan apa yang perlu disimpan dan apa pula yang harus dihapus kira.mengubah teknik pengajaran untuk mencapai matlamat. Proses ini akan membentuk seorang guru itu mengamal tabiat serta sikap berfikir dan berikhtiar dalam melaksanakan tugasnya. memikirkan sama ada idea itu boleh diaplikasi atau tidak. “why things are happening that way” dan “how are we going to resolve the problem”. Ia menajamkan kecekapan serta keyakinannya dan ia akan menjadi kreatif. Guru mampu memperbaiki diri sebagai pelajar dalam paradigma belajar seumur hidup. Untuk meningkatkan profesionalisme diri. guru harus mengamalkan konsep “belajar seumur hidup”.Amalan Konsep “Belajar Seumur Hidup” Dalam perkembangan diri. dokumentasi dan tindakan. 5. pengetahuan dan pandangan guru terhadap bidang. Portfolio pengajaran menjadi tempat di mana pemikiran reflektif berlaku untuk menghalusi pengajaran sendiri. mengumpul maklumat baru. Penyelidikan tindakan menyediakan cara untuk membolehkan proses tersebut berlaku. Ideaidea baru tentang kaedah-kaedah mengajar dalam pengajaran perlu diterokai. Amalan membaca. Seseorang guru boleh merekod kaedah mengetahui. Mereka perlu meningkatkan pengetahuan dan ketrampilan khususnya dalam era . guru wajar menjadikan profesion keguruan a research-based profesion iaitu profesion yang berasaskan kajian dan amalan pengajaran perlu berasaskan kajian saintifik dan bukan pendapat.

dan sebagai guru. 7. guru boleh meningkatkan profesionalisme diri dengan mengadakan perjumpaan dengan guru-guru lain di Pusat Kegiatan Guru (PKG) untuk membincangkan dan membuat refleksi sesama mereka pengalaman mengajar topik-topik tertentu di samping mendapat input-input baru daripada fasilitator yang pakar dalam bidang-bidang tertentu. pengalaman dan kematangan psikologikal seseorang yang sedang diasuh dan boleh memberi aktiviti-aktiviti yang akan membawa kepada peningkatan profesionalismenya.Perkembangan profesional melalui networking dan program secara “on-line” Satu langkah yang bijak untuk meningkatkan profesionalisme diri ialah membuat jaringan/networking dengan guru-guru di negara lain sebagai mencerminkan imej pengantarabangsaan serta berpeluang untuk berkongsi ilmu. Melalui sistem pementoran ini. membaca penulisan reflektif rakan-rakan dan berkongsi maklumat tentang strategi- . Diskusi di Pusat Kegiatan Guru Akhir sekali. Program secara “on-line” merupakan perkembangan baru dalam ICT dan guru boleh mendapatkan segala maklumat tentang pengajaran dan pembelajaran secara “on-line”. 8. Guruguru dapat menilai diri sendiri tentang pengajaran.globalisasi dan teknologi maklumat dan komunikasi (ICT) kini. dan bimbingan berterusan agar dapat meningkatkan tahap profesionalisme mereka. teknik-teknik baru dan bimbingan dalam penilaian seperti pembinaan item soalan. Dalam sistem pementoran ia membawa implikasi bahawa berlakunya proses perkembangan di mana orang yang mengasuh mampu untuk mengenal pasti kebolehan. memperoleh maklumbalas daripada rakanrakan. kita harus mempertajam kemahiran mengajar melalui ICT. meneroka dan menukar maklumat dengan guru-guru lain yang lebih berpengalaman. dan kemahiran dengan mereka. Guru boleh mengadakan perbincangan intelektual dengan guru yang lebih berpengalaman mengenai pengetahuan baru. setiap guru akan mempunyai seorang atau beberapa orang mentor di tempat bertugas bagi memberi nasihat.Sistem Pementoran Satu pendekatan untuk mempertingkat tahap professional diri guru ialah sistem pementoran di sekolah-sekolah. 6.

guru akan dapat menambahkan ilmu. Guru sentiasa perlu membuat refleksi mendalam tentang diri sendiri dan amalan pengajaran – pembelajaran. mereka akan menjadi “more thoughtful teachers”. Kewibawaan guru merupakan tunggak kepada profesionalisme guru. KESIMPULAN Kualiti guru adalah asas kecemerlangan pelajar dan sekolah.strategi pengajaran dan pembelajaran. Dengan ini. ketrampilan dan berkongsi pengalaman bagaimana hendak memilih strategi terbaik untuk menyelesai masalah pengajaran dan pembelajaran sesuatu mata pelajaran. Selain mempunyai kemahirankemahiran profesional guru yang sedia ada. Dengan cara ini. Apabila mereka merefleksi dan membincang sesama rakan tentang pengalaman pengajaran. ketrampilan dan kemahiran serta pembentukan sahsiah yang berakhlak mulia. . mereka juga harus meningkatkan profesionalisme diri dari segi keilmuan. guru dapat bergerak seiring dengan arus perubahan dalam era teknologi dan globalisasi.

Sign up to vote on this title
UsefulNot useful