You are on page 1of 5

Ceramah Motivasi 2016

PERSATUAN IBU BAPA DAN GURU


SEKOLAH KEBANGSAAN GADONG
BEAUFORT SABAH

KERTAS KERJA
CERAMAH MOTIVASI
SEKOLAH KEBANGSAAN GADONG BEAUFORT

1.0 Muqadimah

Ibu bapa mempunyai peranan yang besar dalam pendidikan terhadap anak-anak di bawah
jagaan mereka selain guru yang merupakan tugas utama mereka mendidik dan memimpin pelajar
ke arah perubahan dalam kehidupan dengan lebih baik. Antara rumah dan sekolah maka rumah
merupakan tempat yang paling lama pelajar berada dan di situ terdapat peranan ibubapa yang
mesti dijalankan selepas guru menjalankan amanah dan tugasnya di sekolah. Sehubungan
dengan itu ibubapa perlu dijelaskan peranan mereka agar paduan antara ibubapa dan guru dapat
menjadikan pelajar insan yang berjaya.

2.0 Objektif

2.1 Memberi kesedaran dan pengetahuan kepada ibubapa betapa pentingnya pelajaran
terhadap anak-anak di bawah jagaan mereka.
2.2 Mengeratkan lagi hubungan antara ibubapa dan guru di sekolah.
2.3 Memberi peluang dan ruang kepada ibubapa untuk menyedari dan mengimbau kelemahan
dan kekuatan yang ada pada anak mereka khususnya dalam pelajaran.
2.4 Membuat hubungan yang baik antara pihak PIBG dengan pihak Pentadbiran Pelajaran
Daerah Beaufort.

3.0 Tema

“Bersama Mendidik Anak Bangsa”


Ceramah Motivasi 2016

4.0 Anjuran

Yayasan Sabah dengan kerjasama Persatuan Ibu Bapa dan Guru serta pihak pentadbiran Sekolah
Kebangsaan Gadong Beaufort.

5.0 Perasmi

Cadangan Perasmian ialah:


Perasmian Pembukaan oleh Encik Maaruf Bin Juslim, Guru Besar SK Gadong

6.0 Tarikh

Program ini akan diadakan pada 25 Mac 2016 (Sabtu)

7.0 Tempat

Program ini akan diadakan di Bilik Gerakan Sekolah Kebangsaan Gadong Beaufort

8.0 Sasaran

Program ini mensasarkan pelajar-pelajar dan ibu bapa yang menghantar anak mereka di Sekolah
Kebangsaan Gadong Beaufort, Sabah.

9.0 Perisian Program

Ceramah tentang tanggungjawab pelajar dan nilai yang perlu sebagai penjaga pelajar.

10.0 Struktur Organisasi

AHLI MAJLIS TERTINGGI:


Pengerusi : En. Musal Sanini
Tim. Pengerusi : Imam Rumaini Bin Usup
Setiausaha : En. Liew Yet Foh
Tim. Setiausaha : En. Md. Rozey Hj. Suhailin
Bendahari : En. Wan Fazrizal Bin Atan
Ceramah Motivasi 2016

AHLI JAWATANKUASA PENYELARAS UNIT-UNIT

PENYELARAS PROGRAM Imam Rumaini Bin Usup

PENYELARAS TEKNIKAL En. Md. Rozey Hj. Suhailin


DAN PERALATAN
PENYELARAS JAMUAN Pn. Norainih Bte Sarin

PENYELARAS CENDERAMATA En. Saharul Azwar B. Muhamad

PENYELARAS PUBLISITI En. Liew Yet Foh

BIDANG TUGAS JAWATANKUASA PELAKSANA


1. PENGERUSI
 Membentuk jawatankuasa pelaksana
 Mempengerusi dan mengendalikan mesyuarat

2. NAIB PENGERUSI
 Membantu pengerusi
 Mengendali dan mempengerusikan mesyaurat semasa ketiadaan pengerusi

3. SETIAUSAHA
 Menguruskan surat menyurat
 Menyelaras dan menyelia persiapan jawatankuasa program
 Membentuk jawatankuasa kecil, mencatat dan menyediakan minit mesyuarat
 Mengeluarkan surat kebenaran ibu bapa
 Menyelaras dan menyelia pelaksanaan program
 Menyediakan laporan penuh program

4. BENDAHARI
 Menyediakan anggaran perbelanjaan
 Mendapatkan anggaran perbelanjaan daripada jawatankuasa
 Mengurus dan menyelia perolehan serta perbelanjaan
 Menyediakan laporan perbelanjaan

5. UNIT PROGRAM DAN PENDAFTARAN


 Menyediakan borang pendaftaran
 Menyediakan pamphlet aturcara program
 Menguruskan aturcara ceramah
 Mengatur jadual penceramah

6. UNIT TEKNIKAL DAN PERALATAN


 Menyedia dan menyusun tempat ceramah
 Memastikan kebersihan dan kekemasan tempat aktiviti
 Menyediakan alternatif tempat, alatan dan bahan jika ada kegunaan
 Menyenaraikan senarai barangan keperluan peserta
Ceramah Motivasi 2016

7. UNIT JAMUAN
 Menyediakan anggaran perbelanjaan
 Menyediakan tempat jamuan dan menguruskannya
 Menguruskan bil pembayaran tempahan makanan melalui bendahari

8. UNIT PUBLISITI
 Menyediakan kain rentang dan backdrop

11.0 Aturcara Program

25 Mac 2016 (Sabtu)

08.00 pagi : Ibu bapa dan pelajar mengambil tempat di dewan

08.40 pagi : Ucapan pengerusi majlis

08.50 pagi : Bacaan doa

09.00 pagi : Ceramah Motivasi

11.30 pagi : Penyampaian cenderahati

11.35 pagi : Jamuan

12.0 Anggaran Belanjawan

ANGGARAN BELANJAWAN

Jamuan RM 600.00
Dengan anggaran bilangan pelajar hadir 100 orang (RM6 sekepala)

Pengangkutan
Pengangkutan penceramah pergi & balik RM 40.00

Cenderamata Perasmi RM 50.00

Kain Rentang RM 150.00

Cenderahati Penceramah RM 50.00

Yuran penceramah RM 500.00

Sijil Penyertaan peserta 150 keping RM 150.00

JUMLAH KESELURUHAN RM 1540.00


Ceramah Motivasi 2016

13.0 Penutup

Pihak kami amat mengharapkan semoga aktiviti ini dapat diluluskan serta dilaksanakan dengan
jayanya dan mencapai objektif yang digariskan dalam melahirkan pelajar yang cemerlang dari
semua sudut sama ada akademik, akhlak dan sahsiah, hubungan dengan manusia dan dengan
Maha Pencipta. Semoga apa jua sumbangan dan bantuan yang diberikan mendapat keberkatan
dari Ilahi. Segala perancangan, pengurusan dan pentadbiran yang teliti menjadikan pelaksanaan
yang dibuat berjalan dengan lancar berserta hidayah dan pertolongan Allah SWT.

Disediakan oleh

...........................................
Liew Yet Foh
Setiausaha Kehormat
PIBG SK Gadong Beaufort.

Disemak oleh

..........................................
Musal Sanini
YDP PIBG
SK Gadong Beaufort

Diluluskan oleh

…………………………………
Maaruf Bin Juslim
Penasihat PIBG
SK Gadong Beaufort