You are on page 1of 5

Analisis Dokumen Standard :

Matlamat

Matlamat Kurikulum Standard Sekolah Rendah (KSSR) Pendidikan Khas


Masalah Pembelajaran ialah untuk memastikan perkembangan potensi murid
Pendidikan Khas ini berlaku secara menyeluruh, seimbang dan bersepadu mengikut
tahap kemampuan murid tersebut. (Kementerian Pendidikan Malaysia, 2003).
Perkembangan yang dimaksudkan dalam matlamat ini meliputi aspek jasmani,
emosi, rohani dan intelek bagi melahirkan insan yang seimbang, harmonis dan
berakhlak mulia.

Objektif

Objektif yang telah dinyatakan dalam KSSR mengutamakan supaya


kemahiran-kemahiran dan nilai murni dalam murid Pendidikan Khas dapat
ditingkatkan. Kemahiran yang ingin ditingkatkan atau diwujudkan dalam diri murid
Pendidikan Khas adalah seperti kemahiran berdikari dalam kehidupan seharian,
kemahiran berbahasa, dan kemahiran teknologi maklumat. Objektif nilai murni
dalam KSSR pula lebih mengutamakan supaya murid Pendidikan Khas menjadi
seorang yang mengamalkan tingkah laku positif dalam kehidupan dan menjadi
warganegara yang berguna dan menurut ajaran agama masing-masing.

Standard kurikulum berasaskan tunjang

Kurikulum berasaskan tunjang dibina berasaskan enam domain utama yang


saling menyokong antara satu sama lain. Domain bagi setiap tunjang ialah
komunikasi, kerohanian, sikap dan nilai, kemanusiaan, keterampilan diri,
perkembangan fizikal dan estetika, serta sains dan teknologi. Keenam-enam
domain ini memerlukan pemikiran yang kritis dan kreatif serta inovatif murid
Pendidikan Khas untuk dilaksanakan. Tunjang ini dibina bagi membentuk insan
yang seimbang dari segi jasmani, emosi, rohani dan intelek seperti yang telah
dinyatakan dalam objektif KSSR.

1
Kurikulum modular berasaskan standard

KSSR Pendidikan Khas Masalah pembelajaran ini telah digubal dalam


bentuk Standard Kandungan dan Standard Pembelajaran yang perlu dikuasai oleh
murid. Standard Kandungan ialah pernyataan spesifik tentang perkara yang murid
perlu kuasai dalam suatu tempoh persekolahan manakala Standard Pembelajaran
merupakan suatu penetapan kualiti pembelajaran dan pencapaian yang boleh
diukur bagi setiap standard kandungan yang telah ditetepkan. Persamaan kedua-
dua standard ini ialah ianya diorganisasikan dalam bentuk modular yang
mengandungi elemen pengetahuan, kemahiran dan nilai.

Fokus mata pelajaran

Fokus mata pelajaran KSSR Pendidikan Khas Masalah Pembelajaran


merangkumi tiga komponen iaitu komponen Bahasa Melayu, Bahasa Inggeris dan
Matematik. Murid Pendidikan Khas mata pelajaran ditegaskan bagi ketiga-tiga
komponen ini kerana ia bersesuaian dan mencukupi bagi mereka untuk menguasai
kemahiran yang diperlukan dalam kehidupan seharian mereka.

Dalam komponen Bahasa Melayu, ianya merangkumi kemahiran-kemahiran


yang membolehkan mereka untuk berinteraksi secara lisan atau secara bertulis
melalui perbualan atau penulisan untuk mendapatkan perkhidmatan dan
mengeratkan hubungan dengan orang lain. (Zulkifley Hamid, 2006). Contohnya
kemahiran mendengar dan memberi respon, bertutur dengan sebutan yang betul,
membaca dan memahami isi bacaan, dan menulis.

Pendekatan pengajaran dan pembelajaran

Pendekatan juga bermaksud cara-cara pengajaran dan pembelajaran. Guru


boleh mempelbagaikan pendekatan bagi mencapai kehendak kedua-dua standard
dalam KSSR iaitu Standard Kandungan dan Standard Pembelajaran. Antaranya
ialah pendekatan inkuiri, analasisi tugasan, bermain, bertema, kolaborasi,
konstruktivisme, multi sensori, konstekstual, interaktif, koperatif, simulasi, masteri
dan pembelajaran pengalaman.

2
Rancangan pendidikan individu

Rancangan Pendidikan Individu (RPI) adalah satu dokumen bertulis yang


menjelaskan matlamat perancangan pendidikan yang dirancang untuk setiap murid
bekeperluan khas dan dijadikan panduan oleh guru dalam proses pengajaran dan
pembelajaran dan boleh menyatakan tahap pencapaian murid. (KPM, 2003). RPI
suatu program pengajaran berasaskan penilaian yang disediakan bagi memenuhi
keperluan murid Pendidikan Khas. Rancangan pendidikan individu memperincikan
tahap prestasi sedia ada murid dan juga mengutamakan penerapan ke atas
program pembelajaran dan perkhidmatan yang disediakan bagi pendidikan murid.

Pentaksiran

Pentaksiran berdasarkan KSSR dilaksanakan di bilik darjah. Pentaksiran di


bilik darjah ini amat penting bagi menenalpasti tahap penguasaan dan pemahaman
murid tentang apa yang telah dipelajari. Pentaksiran dalam KSSR dijalankan secara
formatif dan sumatif. (Abdul Aziz Abd. Talib, 2002). Pentaksiran akan memberikan
guru maklumat yang diperlukan berdasarkan pemahaman murid terhadap
pengajaran dan pembelajaran. Oleh itu, amat sesuai bagi pentaksiran wujud dalam
KSSR. Pentaksiran membantu guru untuk memperoleh maklumat menambah baik
dan merancang tindakan yang sesuai untuk meningkatkan lagi penguasaan dan
pemahaman murid dalam pengajaran dan pembelajaran. Antara beberapa kaedah
yang boleh dilaksanakan ialah pemerhatian, ujian, persembahan secara lisan,
senarai semak, folio dan esei.

3
RUJUKAN

Abdul Aziz Abd. Talib. (2002). Pedagogi bahasa melayu prinsip, kaedah dan teknik.

Kuala Lumpur: Utusan Publications & Distibutors Sdn. Bhd.

Zulkifley Hamid. (2006). Aplikasi psikolinguistik dalam pengajaran dan pembelajaran

bahasa. Bentong: PTS Publications & Distributors Sdn. Bhd.

Kementerian Pendidikan Malaysia. (2003). Kurikulum bersepadu sekolah rendah.

Kuala Lumpur: Dewan Bahasa & Pustaka.

4
LAMPIRAN