You are on page 1of 2

Kejohanan Olahraga Tahunan Institut Pendidikan Guru Kampus Raja Melewar telah diadakan

pada 2 Mei yang lalu. Saya Syasya Fakhira Binti Rosdi dari unit Pendidikan Jasmani Semester 4
telah diberi tugas sebagai Ahli Jawatankuasa Peralatan. Dalam skop kerja ini, kami ditugaskan
untuk menyediakan peralatan yang diperlukan dalam acara-acara yang dipertandingkan.

Ahli kelas kami bekerjasama dalam menjalankan tugas yang diberikan dan segalanya
berjala lancar. Dalam tugasan ini, kelebihan yang diperolehi ialah saya dapat belajar cara untuk
mengira dan membuat stagger iaitu garisan dan penanda penting dalam acara balapan. Tugasan
ini dibantu oleh Encik Kamalul pensyarah Pendidikan Jasmani kami. Beliau telah banyak memberi
tunjuk ajar kepada kami sekelas bertujuan memberi pengetahuan dan pengalaman untuk kami di
sekolah kelak.

Tambahan. Melalui tugasan ini saya dapat belajar bekerja dalam kumpulan di mana setiap
keputusan perlu dibincangkan terlebih dahulu. Pro dan kontra setiap keputusan akan dibahaskan
kerana kami mahu lakukan yang terbaik untuk kejohanan yang terakhir di IPGK Raja Melewar ini.
Kami juga turut dibahagikan tugas dan setiap orang mempunyai tugas untuk menyediakan
peralatan tertentu. Saya ditugaskan untuk menyediakan tiang penamat dan reben untuk garisan
penamat. Namun, setelah berbincang dengan Encik Kamalul, beliau mengatakan reben tidak
diperlukan kerana ia seperti sukaneka. Ia boleh digunakan untuk acara seperti sukaneka namun
kurang sesuai untuk acara dewasa.

Terdapat juga kelemahan dalam menjalankan tugasan ini iaitu salah faham antara AJK
kami dan AJK lain. Mereka menyangkakan kami perlu menyediakan semua peralatan berkaitan
KOT termasuk meja untuk hadiah dan sebagainya. Dalam hal ini, kami merujuk Encik Abd Rahim
untuk menjelaskan salah faham ini kepada AJK lain. Dalam skop tugasan AJK peralatan, kami
hanya perlu menyediakan peralatan untuk acara-acara yang akan dilangsungkan sahaja dan
bukan semua peralatan di luar acara KOT. Kami telah menyelesaikan salah faham ini secara
perbincangan dan segalanya berakhir dengan baik.

Penambahbaikan adalah sesuatu yang penting dalam mengatasi setiap masalah yang
berlaku. Dalam konteks ini,ada peralatan yang tidak cukup dan rosak. Oleh itu, kami mengambil
iktibar untuk masa akan datang, peralatan yang akan digunakan perlu dipastikan masih berfungsi
dan selamat digunakan. Hal ini untuk mengelakkan sebarang kecedeaan kepada ahli jawatan
kuasa atau peserta pertandingan. Oleh hal demikian, mesyuarat atau perbincangan antara ahli
perlu diadakan untuk menyemak kelancaran dan pergerakan tugasan yang diberi.
Kesimpulannya, KOT ini memberi pengalaman kepada saya dalam menjalankan tugas
sebagai AJK peralatan iaitu antara ajk yang paling penting. Dalam hal ini, pengalaman yang
diperolehi dapat saya gunakan semasa menjadi seorang guru di sekolah kelak. Bimbingan para
pensyarah juga amat membantu dan sangat dihargai. Segala tunjuk ajar dan teguran saya jadikan
sebagai medium untuk lebih maju kelak. Saya berharap semua pihak berpuas hati dengan segala
persiapan peralatan oleh ajk kami dan segala kelemahan dimaafkan agar dapat diperbaiki kelak.