You are on page 1of 2

Mesyuarat AJK PETTC Kali - 3, 2018

Tarikh : 24/8/18

Masa : 10.00 pm

Kehadiran

1. En Nazri

2. En Omar

3. En Zolhairi b Abdullah

4. En Kamal

5. En Raus

6. En Zul botok

7. En Fauzi

8. En Md Noor

1.0 Ucapan Pengerusi

- pengerusi mengucapkan Selamat datang dan terima kasih Diatas kesudian melapangkan masa.

- Pengerusi berharap mesyuarat kali ini dapat merungkai permasalahan kelab khasnya berkait dengan
pemutihan ahli serta kewangan

- Pengerusi memaklumkan agar pemutihan ahli perlu mengambil kira berkaitan bayaran bulanan serta
sumbangan tenaga atau wang ringgit. Beliau meminta bendahari menyenaraikan ahli yang bayar yuran
bulanan dan ahli yang tidak membayar serta ahli yang tidak membayar tetapi memberikan sumbangan
tenaga ataupun peralatan.

- pengerusi juga meminta bendahari menguruskan pertukaran nama untuk urusan akaun bank yang
masih tertangguh.

2.0 Post Mortem Kejohanan Yang Lepas

- Pengerusi memaklumkan dalam kejohanan selepas ini mohon ajk tidak melangkaui tugas Ketua
pertandingan yang telah dilantik bagi mengelakkan pertindihan arahan dan keputusan.
-Bendahari juga memaklumkan urusan kewangan biar seorang sahaja yang menguruskan agar lebih
teratur dan tersusun.

3.0 Hal-hal Lain

- En Zul melaporkan peralatan rosak seperti cerek, kepala paip serta soket plug.

* Bendahari memaklumkan sekiranya membeli barang sila maklumkan dan serahkan resit pembelian
untuk menuntut wang kembali.

* Pengerusi akan meminta jasa baik saudara Rohizad untuk membaiki soket plug.

- Pengerusi meminta jasa baik En Omar Hussain membantu En Salim dalam menguruskan pertandingan
luar dan diharap juga setiap pertandingan luar PETTC tidak tercicir untuk menyertai.

- Pengerusi memaklumkan cadangan intuk pertandingan dalaman akan dibincangkan dalam mesyuarat
yg akan datang.

- Encik Omar mohon sebut harga bagi mengecat lantai kerana beliau telah mendapatkan penaja.

- Encik Fauzi bertanyakan tentang walk in.

* Bendahari memaklumkan bagi pemain kali pertama tidak perlu membayar RM 2, tetapi kedatangan
seterusnya barulah dikenakan bayaran RM2. Beliau akan menyediakan tabung khas dan diletakkan di
dalam kelab.

- Encik Zolhairi mencadangkan pemain para hanya membayar Wang pendaftaran untuk menjadi ahli dan
membayar secara walk in sekiranya mereka datang bermain kerana mereka hanya datang sekali sekala
sahaja.

* Majlis bersetuju sebulat suara..

4.0 Penutup

Pengerusi sekali lagi mengucapkan terima kasih, semoga Kelab PETTC lebih cemerlang dari segi
pengurusan dan dapat melahirkan pemain ping pong yang hebat

Mesyuarat ditangguhkan pada jam 12.00 tghmalam

Yang benar

Zolhairi b Abdullah