You are on page 1of 2

Modul Permainan Congkak

1.1 Peraturan

1.1.1 Bilangan Peserta

 Dua orang pemain dalam satu masa.

1.1.2 Sistem pertandingan (K.O / Liga)

 Sistem Liga Kalah Mati


 Pertanding akan dijalankan serentak setelah undian dibuat.
 Papan congkak yang diguna mestilah mengandungi 7 rumah anak
dan 1 rumah ibu
 Pertandingan akan dijalankan sebanyak 3 papan serentak. Jika kedua
pemain memenangi satu papan seorang, permainan papan ketiga
akan diadakan untuk menentukan pemenang.

1.1.3 Kesalahan

1. Bermain dengan genggam terlungkup dan tidak memasukkan


buah/guli ke rumah ibu atau rumah anak.
2. Sentuhan buah/guli yang tidak berjalan/menapak.
3. Berfikir melebihi lima (5) saat.
4. Buah/guli akhir digenggam tidak dilepaskan sebelum mengambil bawa
buah/guli yang baru atau memasukkan buah/guli di mana-mana
rumah anak dan ibu lebih dari satu (1) butir.

1.2 Faktor Kemenangan

1.2.1 Cara yang menentukan kemenangan

Menang tapak (pihak lawan telah ketiadaan buah/guli di rumah anak) tiap
papan. Pemenang ialah pemain yang memenangi dua (2) papan/pusingan,
ataub. Pihak lawan membuat tiga (3) kali kesalahan yang sama. Pemenang
adalah pasukan yang mengalahkan dua/tiga pemain pasukan lawan.

1.2.2 Bilangan Hadiah


1.3 Peralatan

1.3.1 Spesifikasi dan Ukuran Peralatan


1. papan congkak
2. buah congkak

1.4 Lokasi Pertandingan


 Perpustakaan / bilik darjah

1.5 Cara Bermain

1. Dua orang pemain duduk berhadapan menghadap papan congkak, dimulakan


dengan kedua-dua pemain serentak mencapai buah di kampung masing-
masing dan memasukkan buah satu demi satu di dalam lubang kampung
dengan pergerakan dari kanan ke kiri hingga ke rumah dan kampung lawan.
2. Gerakan diteruskan hingga buah yang terakhir pada tangan dimasukkan dalam
kampung kosong di kawasan sendiri atau lawan dan pemain hendaklah
berhenti, sekiranya buah itu jatuh atau mati di kampung sendiri. Pemain itu
boleh menembak kampung lawan yang setentang dengan kampungnya iaitu
mengaut kesemua buah (jika ada) di dalam kampung tersebut, hanya selepas
membuat satu pusingan.
3. Pihak lawan mengambil giliran meneruskan permainan hingga buahnya mati.
Sekiranya buah terakhir jatuh di dalam rumah sendiri, pemain boleh
meneruskan permainan dengan mengambil buah yang masih banyak di mana-
mana kampung sendiri. Sekiranya buah terakhir jatuh di kampung kosong pihak
lawan, maka permainan itu mati di situ sahaja dan pihak lawan boleh
memulakan permainan seterusnya hingga mati.
4. Sekiranya tidak terdapat sebarang buah di kampung pemain sungguhpun giliran
berada dipihaknya, maka giliran untuk menggerakkan buah akan berpindah
kepada pihak lawan.
5. Setelah tamat pusingan pertama, setiap pemain mengisi semula kampung
dengan buah congkak dan jika ada kampung yang tidak cukup buah, ia
dianggap 'terbakar'. Kampung ini tidak boleh diisi apabila bermain pada
pusingan yang kedua, ketiga dan seterusnya hingga pihak lawan mengaku
kalah.
Di akhir permainan, buah congkak dikira dari rumah masing-masing. Pemenang adalah
yang memiliki buah congkak terbanyak. Sekiranya jumlah buah congkak sama banyak,
maka pemain dengan jumlah kampung terbakar terbanyak dikira kalah.