You are on page 1of 6

PANDUAN TEKNIK MENJAWAB PENG.

MORAL SPM KERTAS 1(1225/1), EDISI 2009


PENGENALAN :
Kertas 1 merupakan ujian bertulis yang mengandungi soalan struktur dan esei. Ia bertujuan menguji tahap pengetahuan, kefahaman,
analisis dan kemahiran berfikir (membuat keputusan dan menyelesaikan masalah) para calon.

I. Bahagian Struktur (80 markah) : Jawab semua


8 soalan
Prinsip asas ialah “Jawab Seperti Disoal”

A. Penulisan Nilai Sahaja

Kata Tugas :
1. Apakah nilai yang diamalkan ….
2. Berikan dua nilai yang patut ada pada …..
3. Nyatakan dua nilai yang ditunjukkan oleh …..
Cara Menjawab : Calon hanya perlu menyatakan nilai dalam bentuk ayat ringkas.
Contoh Jawapan : Nilai yang diamalkan ialah … amanah .

B. Soalan Yang Meminta Maksud/Definisi/Makna/Takrif Nilai


Kata Tugas :
1. Berikan maksud nilai amanah dalam situasi di atas .
2. Berikan definisi nilai ……
3. Jelaskan makna nilai ……
4. Huraikan takrif nilai …… ·
Cara Menjawab : Calon perlu menulis DEFINISI NILAI YANG LENGKAP (VERBATIM). Semua KATA KUNCI nilai tersebut perlu
ditulis dengan lengkap.
Contoh Jawapan : Maksud nilai amanah ialah sikap bertanggungjawab yang boleh menimbulkan kepercayaan dan keyakinan orang
lain. (3 KATA KUNCI)
C. Soalan Yang Memerlukan Nilai + Penerangan
Kata Tugas :
1. Berdasarkan tiga nilai murni, huraikan faktor-faktor kejayaan Nicol David dalam sukan skuasy. (6 markah)
2. Jelaskan dua nilai yang cuba dipupuk melalui iklan di atas. (4 markah)
3. Huraikan dua nilai yang perlu diamalkan oleh setiap anggota polis daripada didakwa ke mahkamah. (4 markah)
Cara Menjawab :
Jawapan haruslah merangkumi NILAI (1 mkh) + PENERANGAN (1 mkh) bagi setiap nilai.

PENERANGAN wajib mengikut format KADET :


KA = bermaksud KATA GANTI (untuk SUBJEK dalam soalan)/Watak
DE = bermaksud DEFINISI (iaitu, KATA KUNCI definisi nilai)
T = bermaksud TINDAKAN (yang dilakukan/patut dilakukan oleh subjek)/Situasi/Isu

Contoh Jawapan Tepat : Nicol David mengamalkan nilai kerajinan. Beliau (KA) telah menunjukkan usaha yang berterusan dengan
penuh semangat ketekunan, kegigihan dan dedikasi (DE) dalam menjalani latihan secara bersungguh-sungguh. (T)

ELAKKAN menulis Jawapan Umum (Tanpa Dikaitkan Dengan Situasi Soalan = TIADA TINDAKAN)
Contoh Jawapan Umum : Nicol David mengamalkan nilai kerajinan. Beliau telah menunjukkan usaha berterusan dengan penuh semangat
ketekunan, kegigihan dan dedikasi dalam melakukan sesuatu perkara. (PERKARA APA???)

D. Soalan Yang Memerlukan Nilai + Penerangan + Huraian/Contoh


Kata Tugas : 1. Huraikan satu nilai … (3 markah) 2. Jelaskan dua nilai ….. (6 markah) 3. Terangkan dua nilai ….. (6 markah)
Jawapan hendaklah merangkumi Nilai + Penerangan + Huraian/Contoh bagi setiap nilai untuk mendapat 3 markah
Penerangan mengikut format KADET.· Huraian = memberi maklumat tambahan mengenai penerangan.· Contoh = memberi contoh
spesifik mengenai penerangan.
Contoh 1 : Huraikan dua nilai yang perlu diamalkan oleh ibubapa bagi mewujudkan ‘Keluarga Bahagia’. (6 markah)
Contoh Jawapan : Ibu bapa harus mengamalkan nilai kasih sayang terhadap keluarga. Mereka (KA) perlu menyayangi ahli keluarga
dengan perasaan cinta yang mendalam (DE) untuk menwujudkan keluarga bahagia (T). Contohnya, mengambil tahu masalah dan
keperluan anak-anak.
Contoh 2 : Huraikan satu nilai yang patut diamalkan oleh masyarakat untuk mengelakkan pencemaran udara. (3 markah)
Contoh Jawapan : Masyarakat patut amalkan nilai menyayangi dan menghargai alam sekitar. Mereka (KA) hendaklah memelihara
(DE) kebersihan udara di sekitar rumah mereka (T). Contohnya, tidak membakar sampah di mana-mana sahaja kerana ini menyebabkan
jerebu.

E. Soalan Menguji Fakta atau Kandungan Akademik (Tidak Memberi Nilai)


Kata Tugas : Nyatakan dua kesan pencemaran ….. (2 markah) Berikan dua langkah membanteras ….. (2 markah) Jelaskan dua
kesan/akibat/sebab/aktiviti ….. (4 markah) Terangkan dua langkah/cara/masalah/tujuan ….. (4 markah)
Cara Menjawab : 1. Jika kata tugas “nyatakan/berikan” : tidak perlu beri huraian/contoh.
Contoh 1 : Nyatakan satu pertubuhan antarabangsa yang anda tahu.
Contoh Jawapan : Pertubuhan tersebut ialah KOMANWEL.
2. Jika kata tugas “jelaskan/terangkan” : tulis isi dan huraian/contoh.
Contoh 2 : Jelaskan dua kesan penebangan hutan yang berleluasa. (4 markah)
Contoh Jawapan : Dua kesan ialah kesan rumah hijau dan bencana alam. Suhu bumi akan semakin panas. Banjir lumpur akibat hakisan
tanah akan berlaku.
Contoh 3 : Terangkan satu tujuan ‘Hari Patriotisme’. (2 markah)
Contoh Jawapan: Tujuannya ialah untuk memupuk semangat patrotik di kalangan rakyat. Dengan itu rakyat akan menghargai dan
menyokong dasar-dasar negara.

II. Bahagian Esei (20 markah) : Jawab 2 daripada 3 soalan.


Aras soalan esei ialah analisis, menghurai, membuat keputusan dan menyelesaikan masalah.
Kata Tugas : Huraikan nilai-nilai yang diamalkan ….. Bincangkan nilai-nilai yang perlu diamalkan ..…
Cara Menjawab : Jawapan esei mesti ada TIGA NILAI.
Setiap nilai diikuti Penerangan Pertama dan Huraian/Contoh. Kemudian diikuti dengan Penerangan Kedua dan Huraian/Contoh.
Nilai (Na) + Penerangan (Pa1) + Huraian/Contoh + Penerangan (Pa2) + Huraian/Contoh
Nilai (Nb) + Penerangan (Pb1) + Huraian/Contoh + Penerangan (Pb2) + Huraian/Contoh
Nilai (Nc) + Penerangan (Pc1) + Huraian/Contoh + Penerangan (Pc2) + Huraian/Contoh
Perhatian : Setiap nilai dengan penerangan pertama dan kedua serta huraian/contoh berkaitan ditulis dalam perenggan berasingan. ·
Penerangan perlu mengikuti format KADET = Ada Kata Ganti untuk Subjek, Kata Kunci Nilai dan Tindakan berkaitan cerita situasi
soalan. ·
Mesti menjawab dalam bentuk esei. JANGAN menjawab dalam bentuk poin atau bernombor.
Contoh 1 : Huraikan nilai-nilai yang patut diamalkan oleh ketua pengawas sekolah. (10 markah)
Contoh Jawapan : Ketua pengawas perlu mengamalkan nilai bertanggungjawab. Dia (KA) perlu memikul tugasnya (DE) untuk
menguatkuasakan peraturan sekolah. Contohnya, mendenda murid yang lewat ke sekolah. Ketua pengawas (KA) juga harus
melaksanakan tugasnya (DE) dengan tidak berat sebelah (T). Dia perlu membuat laporan kepada guru disiplin walaupun rakannya
melanggar peraturan sekolah. (5 markah)
Contoh 2 : Bincangkan nilai-nilai yang perlu diamalkan oleh setiap warganegara untuk merealisasikan Wawasan 2020.
Contoh Jawapan : Rakyat harus amalkan nilai toleransi. Mereka (KA) harus sabar (DE) dalam tindak-tanduk mereka (T). Misalnya,
mendiamkan diri jika ada jiran berbangsa lain mahu bertengkar. Setiap warganegara(KA) juga harus bertolak ansur(DE) ketika sesuatu
kaum mengadakan aktiviti keagamaan (T). Misalnya, bertolak ansur dengan kesesakan jalan raya ketika Thaipusam di Batu Cave. Setiap
warganegara juga mengamalkan nilai kasih sayang. Mereka (KA) hendaklah peka (DE) terhadap keperluan orang lain (T). Misalnya,
bersimpati terhadap mangsa Tsunami di Kuala Muda. Rakyat (KA) perlu menunjuk perasaan cinta (DE) terhadap golongan orang kurang
upaya (T). Misalnya, menghulurkan bantuan kewangan/benda kepada yang memerlukan. (10 markah)
Kata Tugas : Berbentuk TINDAKAN
1. Wajarkah tindakan pemimpin X …..

Cara Menjawab : Mesti menyatakan sama ada Wajar atau Tidak Wajar pada permulaan jawapan sebelum memberi nilai-nilai dengan
penerangannya.
2. Setujukah anda dengan tindakan …..
Cara Menjawab : Saya Setuju atau Tidak Setuju dengan tindakan ..... Kemudian memberi nilai-nilai dengan penerangannya.
3. Jika anda adalah Perdana Menteri Negara X, jual atau tidak …..
Cara Menjawab : Saya akan jual kerana ..... atau Saya tidak akan jual kerana .....Kemudian memberi nilai-nilai dengan penerangannya.
Untuk Soalan Berbentuk Tindakan, calon hendaklah menulis :
Tindakan/Keputusan yang diambil dan diikuti …..

Nilai (Na) + Penerangan (Pa1) + Huraian/Contoh + Penerangan (Pa2) + Huraian/Contoh


Nilai (Nb) + Penerangan (Pb1) + Huraian/Contoh + Penerangan (Pb2) + Huraian/Contoh
Nilai (Nc) + Penerangan (Pc1) + Huraian/Contoh + Penerangan (Pc2) + Huraian/Contoh

III. Peraturan Pemarkahan


1. Jumlah isi bergantung kepada jumlah markah yang diperuntukkan untuk bahagian soalan tersebut.
Nilai – 1 markah; Penerangan – 1 markah ; Huraian – 1 markah Contoh – 1 markah; Jawapan – 1 markah
Kata Tugas : Berikan tiga sebab ….. Jawapan : Calon perlu memberi tiga alasan untuk memperoleh 3 markah
2. Jika soalan minta nilai dan tiada nilai diberi, maka diberi 0 markah walaupun penerangan/huraian tepat seperti dalam skema.
3. Nilai mesti DITULIS DENGAN TEPAT seperti dalam Sukatan Pelajaran.
 TIDAK boleh TUKAR EJAAN
Contoh : kemapanan (bukan kemampanan)
 TIDAK boleh guna SINGKATAN atau SIMBOL
Contoh : menghormati (bukan m’ghormati)
 TIDAK boleh ubah SUSUNAN PERKATAAN
 Contoh : mematuhi peraturan dan undang-undang (bukan mematuhi undang- undang dan peraturan)
 TIDAK boleh TUKAR PERKATAAN
Contoh : cinta akan Negara (bukan cinta kepada Negara)
4. JANGAN tulis dalam BENTUK POIN seperti berikut :
n Ah Meng mengamalkan nilai bertanggungjawab …..
n Kerajaan patut menggubal undang-undang …..
atau ditulis dengan nombor seperti berikut : 1. Ah Meng mengamalkan nilai bertanggungjawab 2. Kerajaan patut menggubal undang-
undang …
5. Jumlah Nilai Yang Patut Ditulis Dalam Jawapan
Untuk soalan esei, dasar 2 + 1. Hanya 3 nilai pertama diterima.
IV. Cara Mendapat Keputusan Baik
1. Menguasai NILAI, DEFINISI dan KATA KUNCI.
2. Jawab SEMUA soalan dengan LENGKAP. Jangan tinggal mana bahagian kosong. Panduan masa menjawab soalan: Soalan struktur
= 12 minit setiap soalan. Soalan esei = 20 minit setiap soalan
3. Calon digalakkan menjawab SEMUA soalan esei jika ada masa. Markah untuk dua jawapan terbaik akan dikira.
4. Banyak membuat LATIH TUBI, khususnya berkaitan isu-isu semasa.

Disediakan oleh :
En. William Pan Seow Phin,
Sek. Men. Teknik Likas,
Kota Kinabalu, Sabah.

You might also like