You are on page 1of 6

Sebagai rakyat Malaysia nyatakan peranan anda untuk memperkasa semangat cinta akan negara?

(KBAT)

Saya perlu berusaha meningkatkan ilmu pengetahuan dalam pelbagai bidang. Melalui ilmu
pengetahuan saya dapat memberi sumbangan untuk membangunkan Negara Saya juga perlu
mengamalkan sikap bertoleransi. Hal ini dapat mengukuhkan kerjasama antara kaum. Antara contoh
ialah tidak menyentuh perkara sensitif yang melibatkan hal-hal seperti agama dan kepercayaan,
adat, bahasa dan sebagainya perlu dielakkan. Malah segala permasalahan perkauman perlu
dibincang dengan hati dan fikiran yang terbuka. Sebagai rakyat Malaysia yang bertanggungjawab,
saya akan sentiasa mengamalkan dan menghayati kandungan Rukun Negara. Bagi aspek
“Kepercayaan Kepada Tuhan” saya sentiasa mematuhi ajaran agama. Ini kerana mengamalkannya
saya akan menjadi warganegara yang baik dan mudah diurus. Pengamalannya juga dapat
menghindari diri saya daripada melakukan perkara yang tidak bermoral dan merugikan negara.
Contohnya vandalisme, gangsterisme, membuang masa dan sebagainya. Pengukuhan pegangan
agama dan nilai-nilai moral akan mengukuhkan jati diri. Kesannya saya dapat menangkis pengaruh-
pengaruh luar yang negatif. Selain itu saya akan sentiasa mematuhi untdang-undang negara. Ini akan
dapat memastikan keamanan dan keharmonian wujud dalam masyarakat. Keamanan membolehkan
kehidupan yang berkait dengan ekonomi, sosial dan politik dapat berjalan dengan lancar. 26- Saya
akan sentiasa mengamalkan nilai-nilai murni dalam kehidupan. Selain bersopan santun dan
bertatasusila, saya juga perlu mengamalkan nilai-nilai murni yang lain. Contohnya bersikap amanah,
bertanggungjawab, hormatmenghormati, yakin pada diri sendiri dan sebagainya. Amalan nilai murni
seperti ini akan menjadikan saya seorang yang mempunyai sahsiah yang terpuji. Sikap ini
menjadikan aset negara yang berguna.

Bagaimanakah semangat 1 Malaysia boleh memperkukuh nasionalisme bangsa Malaysia?(KBAT)

1 Malaysia boleh memperkukuhkan nasionalisme bangsa Malaysia melalui aspek pertama iaitu perpaduan
kaum untuk membentuk satu identiti nasional yang sama. Sekiranya mengamalkan prinsip ini, sudah pasti
mereka akan akan bekerjasama dalam mempertahankan kedaulatan negara. Sebagai contoh elemen
pengamalan gotong royong membersihkan kawasan petempatan atau kampung. Hal ini akan menyebabkan
rakyat Malaysia akan sentiasa menghormati di antara satu sama lain dan sentiasa mendokong hasrat
1Malaysia.
Selain itu, semangat 1 Malaysia menekankan prinsip keadilan sosial untuk semua kaum. Mereka diberi
kebebasan untuk bersuara dan mengembangkan ekonomi tanpa ada sekatan. Hal ini akan membolehkan
mereka mengembleng tenaga dalam memajukan negara. Sebagai contoh kerajaan membenarkan sekolah
SRJK Cina dan SRJK Tamil yang masih menggunakan bahasa ibunda masing-masing di sekolah . Perkara
ini membuktikan rakyat Malaysia diberikan hak sama rata untuk mengamalkan budaya dan identiti
masing-masing. Hal ini telah melahirkan rakyat yang memahami adat resam masyarakat yang berbilang
kaum.
Di samping itu, pelaksanaan prinsip-prinsip kenegaraan mampu mengukuhkan rasa cinta kepada
negara..Penghayatan rakyat terhadap prinsip-prinsip yang terkandung dalam Perlembagaan Persekutuan
dan Rukun Negara dapat melahirkan masyarakat yang bersifat terbuka dan menghargai hak masing-
masing.Contohnya,kedudukan istimewa orang Melayu ,bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan serta
agama Islam sebagai agama rasmi negara.Situasi ini menunjukkan keadaan harmoni dan saling hormat
menghormati antara rakyat dalam satu negara.
Akhir sekali,rasa cinta akan negara boleh diterapkan melalui penerapan nilai-nilai aspirasi.Antaranya nilai
ketabahan, kesetiaan, kebijaksanaan dan budaya inovasi. Nilai ini perlu ada pada masyarakat Malaysia
bagi mewujudkan masyarakat progresif dan dinamik yang akan memacu negara ke arah mencapai status

1
negara maju.. Contohnya, mengibarkan bendera Malaysia di sepanjang bulan kemerdekaan akan
menunjukkan rakyat sentiasa menyokong usaha untuk memantapkan pentadbiran negara.
Kesimpulannya, nilai-nilai aspirasi akan membantu dalam mewujudkan tenaga kerja mahir yang berdaya
maju berseuaian dengan matlamat TN50.

Semangat Nasionalisme Mampu Mendorong Kejayaan Malaysia Di Peringkat Antarabangsa.


Berikan Pandangan Anda.(KBAT)

Semangat nasionalisme telah mampu membawa kejayaan kepada Malaysia di peringkat


antarabangsa. Dalam bidang politik, Tunku Abdul Rahman telah diberi penghormatan untuk menjadi
Setiausaha Agung OIC yang pertama. Tan Sri Razali Ismail pula, menjadi Pengerusi Perhimpunan
Agung PBB dan dilantik sebagai wakil khas PBB untuk menyelesaikan konflik politik negara
Myanmar.Pengiktirafan ini telah menjadikan Malaysia disegani di seluruh dunia.

Dalam bidang ekonomi, teknologi industri berat (HICOM) telah berupaya mengeluarkan kereta
jenama tempatan setanding dengan negara maju.Contohnya,kereta nasional berjenama Proton dan
perodua. Bahkan,kereta nasional ini telah dieksport ke luar negara seperti Australia, Singapura,
United Kingdom dan sebagainya. Perusahaan automobil ini telah meningkatkan pendapatan negara
dan menjadi salah satu mercu kejayaan negara. Selain itu, kejayaan Malaysia turut dilihat melalui
pembinaan bangunan pencakar langit yang menjadi kebanggaan negara. Contohnya, Menara Kuala
Lumpur dan Menara Berkembar PETRONAS (KLCC).Kedua-dua bangunan ini menjadi destinasi
tarikan pelancong dalam dan luar negara. Malah,keunikannya juga menjadi mercu tanda kemajuan
negara Malaysia.

Begitu juga,kemajuan dalam bidang infrastruktur yang mampu meletakkan nama Malaysia di
peringkat antarabangsa.Contohnya, MRT,Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA),
Sistem Transit Ringan (LRT), KTM, PUTRA, monorel, Lebuh Raya Utara-Selatan dan Terowong SMART.
KLIA ialah lapangan kapal terbang terbesar di negara Malaysia dan merupakan salah satu
penerbangan yang terpenting di rantau Asia Tenggara. Selain itu, sistem pengangkutan seperti
Sistem Transit Ringan (LRT), KTM, monorel dan PUTRA menjimatkan masa, wang dan tenaga kepada
pengguna dan pelancong asing menuju ke destinasi mereka. Ringkasnya, kecanggihan infrastuktur
turut menjadi kayu ukur kejayaan negara pada alaf ini.

Hubungkait imperialisme Barat dengan nasionalisme Asia Tenggara. SET 3 no 4 (tulis Bahagian A8
ms 4 dan C6 ms 21-24 modul)

Imperialisme Barat telah membangkitkan semangat nasionalisme rakyat tempatan. Rakyat tempatan
menentang sistem pemerintahan dan pentadbiran imperialis Barat di Asia Tenggara. Mereka
menentang perubahan drastik yang dilakukan oleh penjajah. Para nasionalis tempatan menentang
penasihat dan juga pentadbir dari Barat. Mereka juga menentang kuasa imperialisme Barat yang
mengubahsuai perundangan peribumi. Nasionalis juga menentang usaha menukar undang-undang
yang menyerupai sistem Barat. Pejuang nasionalisme Asia Tenggara juga sedar dengan persaingan
kuasa-kuasa Barat di Asia Tenggara, contohnya British yang campur tangan di Tanah Melayu dan
Burma. Kepulauan Melayu telah dipecah perintah oleh kuasa Barat, iaitu British di Tanah Melayu dan
Belanda di Indonesia. Pejuang nasionalisme tempatan juga sedar pengaruh ekonomi pembesar
tempatan semakin hilang. Sebelum kedatangan kuasa imperialisme, pembesar berkuasa memungut
cukai dan mengeluarkan arahan dan peraturan. Sebaliknya selepas penjajahan pegawai Barat telah

2
mengeluarkan peraturan baru seperti cukai yang membebankan yang dipungut oleh pegawai Barat.
Pejuang nasionalisme telah menentang tindakan Barat tersebut. Pejuang nasionalisme tempatan
juga mengetahui hasil bumi seperti kekayaan hasil hutan juga diambil oleh imperialisme Barat.
Rakyat tempatan perlu mendapatkan kebenaran penjajah jika ingin mendapatkan hasil bumi mereka
sendiri. Kesan pejuang nasionalis tempatan terus menentang kuasa imperialis Barat. Gerakan
nasionalisme yang lebih radikal bermula apabila dipimpin oleh golongan yang berpendidikan serta
berpengetahuan luas dalam bidang kebudayaan dan ilmu pengetahuan Barat. Dengan itu, mereka
dapat menyedari perubahan yang diperkenalkan oleh imperialis penjajah serta kesannya terhadap
negara dan bangsa mereka. Matlamat perjuangan mereka lebih jelas, iaitu menuntut kemerdekaan.

Perbandingan tahap pertama dan kedua perkembangan nasionalisme di Asia Tenggara; (e)
Tanah Melayu no 4e (tambahan Sabah/Sarawak jika Malaysia)
Gerakan nasionalisme di Malaysia merupakan usaha masyarakat tempatan menentang apa sahaja
bentuk tekanan atau penjajahan terhadap mereka oleh kuasa luar. Penentangan mereka itu
didorong oleh hasrat untuk membebaskan negara mereka daripada kuasa penjajah. Semangat
nasionalisme menentang British telah dilakukan oleh pemimpin dan rakyat tempatan pada tahap
pertama sejak abad ke-19. Gerakan nasionalisme secara menyeluruh pada tahap kedua pula telah
bermula pada awal abad ke-20. Pada tahap pertama, walaupun ditentang oleh orang tempatan
British berjaya menjajah Tanah Melayu, Sarawak dan Sabah. Namun kejayaan ini tidak mematahkan
semangat penduduk tempatan untuk terus menentang penjajahan. Secara perlahan orang tempatan
bergerak membaiki diri dalam pendidikan dan ekonomi melalui persatuan negeri dan badan sosial
yang ditubuhkan dalam tahap kedua. Cara kebangkitan pejuang tempatan tahap pertama
menggunakan kekerasan. Mereka bertindak berperang menggunakan senjata. Contohnya Penghulu
Dol Said menentang kehendak British sehingga berlaku peperangan. Penentangan di Sarawak sama
dengan penentangan di Naning. Mereka enggan menyerahkan daerah mereka kepada James
Kemunculan dan Perkembangan Nasionalisme Tambahan 7 Brooke dan mengisytiharkan perang.
Pada tahap kedua pula, dimulakan dengan Gerakan Islah. Gerakan ini berusaha mendorong
masyarakat Melayu supaya membetulkan pandangan mereka terhadap Islam. Pendorong gerakan ini
termasuklah Sheikh Tahir Jalaludin, Syed Syeikh al-Hadi dan Dr. Burhanuddin al-Helmy. Mereka ini
dikenali sebagai Kaum Muda. Kemudian muncul pula akhbar membangkitkan kesedaran
nasionalisme, antara penulis akhbar yang terkenal ialah Zainal Abidin bin Ahmad (Za’ba). Wartawan
lain seperti Dato’ Onn Ja’afar dan Abdul Rahim Kajai. Tulisan mereka membangkitkan kesedaran
memajukan diri dan bersatu padu. Mereka mengkritik dasar-dasar British yang menekan orang
Melayu. Akhir sekali badan dan kesatuan turut membangkitkan kesedaran nasionalisme. antara
persatuan Melayu terawal tersebut seperti Kesatuan Melayu Singapura (KMS), Persatuan negeri
misalnya di Perak, Selangor, Negeri Sembilan dan Pahang. Seterusnya muncul kesatuan yang berani
menuntut kemerdekaan iaitu Kesatuan Melayu Muda (KMM).

3
.CIRI WARGANEGARA YANG MEMPUNYAI SEMANGAT NASIONALISME

Mematuhi undang-undang negara

-agar dapat mewujudkan masyarakat yang berdisplin

-dapat mengekalkan keamanan dan kaharmonian hidup

Menghormati lambang-lambang negara

-seperti berdiri tegak ketika menyanyikan lagu Negara Ku dan tidak mengubah lirik lagu Kebangsaan

-mengelak memijak dan membakar Bendera Kebangsaan

Menghayati prinsip Rukun Negara

-berpegang teguh kepada prinsip-prinsip Rukun Negara

-menunjukkan kesetiaan kepada Raja dan negara

-mencintai perpaduan

Menjaga nama baik negara

-mengelak terlibat dalam aktiviti yang mencemarkan nama dan imej negara

-seperti melibatkan diri dalam demonstrasi jalanan

-terlibat aktiviti pergerakan keganasan seperti IS

Menyokong dasar-dasar kerajaan

-agar berganding bahu dengan pemimpin dalam membangunkan negara

-sebarang ketidakpuasan tentang dasar-dasar kerajaan disuarakan melalui saluran yang betul

4
Ekonomi negara kita masih lagi dijajah. Adakah anda bersetuju dengan
pernyataan tersebut. (KBAT)
Bersetuju Saya bersetuju dengan kenyataan tersebut kerana lambakan barangan luar negara di
pasaran tempatan. Ini telah membuktikan mereka menguasai ekonomi negara. Mereka mendirikan
pasaraya besar dan menguasai peniagaan borong dan runcit. Antara contoh ialah pasaran TESCO,
AEON, IKEA dan sebagainya telah tumbuh seperti cendawan selepas hujan. Barangan Barat seperti
Pepsi, Milo, maggi dan sebagainya telah berada di seluruh stesyen minyak dan kedai runcit
tempatan. Situasi ini jelas telah menyebabkan barangan tempatan tidak mampu bersaing. Malah
memberi kesan negatif kepada peniaga tempatan. Syarikat pemasaran asing turut menguasai
pasaran negara. Perkembangan ekonomi global telah menyebabkan mereka bebas menggunakan
teknologi maklumat untuk menguasai pasaran negara. Antara contohnya ialah penggunaan media
social facebook, Instagram, you tube dan sebagainya digunakan untuk menembusi pasaran Malaysia.
Hal ini telah menyekat perkembangan industri kecil dan sederhana (IKS). Kesannya akan merugikan
peniaga tempatan. Penguasaan teknologi maklumat turut membantu negara luar memudahkan
penguasaan ekonomi negara. Antaranya mereka menghasilkan aplikasi-aplikasi canggih untuk
mendapatkan keuntungan ekonomi daripada negara kita. Sebagai contoh UBER, GRAB, dan
sebagainya. Tindakan tersebut dengan mudah mendapat tempat di hati pelancong asing dan rakyat
Malaysia. Kesannya ramai pemandu teksi di negara kita tidak dapat bersaing dengan mereka. Malah
telah menyekat sumber pendapatan rakyat Malaysia. Hal ini telah membuktikan bahawa mereka
telah menjajah secara tidak langsung di negara kita. 4- Tidak bersetuju Perdana Menteri Datuk Seri
Najib Razak berkata secara keseluruhannya, prestasi ekonomi negara bagi suku pertama 2017 kekal
stabil dan kukuh, . Sebagai contoh ekonomi Malaysia berkembang 5.6 peratus. Malah pelaburan
langsung asing (FDI) meningkat kepada RM17 bilion. Ini jelas membuktikan Malaysia mampu
membangunkan ekonomi negara dengan berkesan. Malaysia mendapat banyak pengiktirafan
antarabangsa. Ini membuktikan dasar yang kerajaan laksanakan untuk terus mengukuhkan ekonomi
negara adalah langkah yang tepat. Sebagai contoh antaranya agensi antarabangsa Price water House
Coopers yang meletakkan Malaysia di kedudukan ke-25 kuasa besar ekonomi dunia. Selepas
kemerdekaan, Malaysia juga telah berjaya memajukan ekonomi. Buktinya berlaku penurunanan
kadar kemiskinan negara. Contohnya penurunan kadar kemiskinan mutlak di Malaysia daripada
kadar 42.4% pada tahun 1976 kepada 5.1% pada tahun 2010. Hal ini jelas menunjukkan negara telah
berjaya memajukan ekonomi yang memberi manafaat kepada Malaysia.

5
6