You are on page 1of 5

SEKOLAH KEBANGSAAN SULTAN IDRIS II

FELDA IJOK, SELAMA PERAK DARUL RIDZUAN

KERTAS KERJA
MINGGU KECERGASAN

BERTEMPAT DI
SEK. KEB. SULTAN IDIRIS II
FELDA IJOK, SELAMA PERAK DARUL RIZUAN

OLEH
PANITIA PENDIDIKAN JASMANI DAN KESIHATAN
UNIT KOKURIKULUM
SEK.KEB. SULTAN IDRIS II

DENGAN KERJASAMA
PERSATUAN IBU BAPA DAN GURU (PIBG),
PERSATUAN BOLA SEPAK DAERAH SELAMA,
PUSAT DALAM KOMUNITI FELDA IJOK,
DAN MAJLIS BELIA FELDA IJOK

TARIKH
15 HINGGA 19 JULAI 2019
1.0 PENDAHULUAN

Aktiviti senamrobik merupakan salah satu sesi memanaskan badan sebelum


melaksanakan aktiviti bersukan. Melalui senamrobik, tahap kesediaan untuk
melakukan aktivtiti daripada intensiti rendah ke tahap intensiti tinggi akan lebih
terancang disamping membantu meransang otot dan tubuh badan secara
teratur. Aktiviti senamrobik merupakan senaman yang terancang yang boleh
dilakukan beramai-ramai untuk meningkatkan kecergasan disamping
memperoleh keseronokan dan ketenangan minda.

Aktiviti fizikal seperti senamrobik merupakan salah satu cara senaman


yang mampu meningkatkan prestasi paru-paru dan mengurangkan implikasi
saluran darah tersumbat disebabkan kolesterol. Melalui aktiviti senamrobik,
murid-murid dan guru-guru dapat meningkatkan kecergasan fizikal seterusnya
mampu melakukan aktiviti seharian tanpa merasa letih. Keupayaan fizikal
yang optimum melalui aktiviti senamrobik seterusnya akan dapat
meningkatkan kecerdasan minda.

Aktiviti senamrobik juga merupakan salah satu aktiviti kecergasan


fizikal yang seimbang terdiri daripada gabungan senaman yang boleh
meningkatkan daya tahan kadiovaskular atau daya tahan aerobik, kekuatan
otot, ketahanan dan kelenturan. Selain daripada itu, aktiviti senamrobik juga
meningkatkan kecergasan pelakuan psikomotor yang melibatkan kelajuan,
keseimbangan, koordinasi, kuasa dan ketangkasan.

2.0 NAMA PROJEK


Pelancaran dan Program Minggu Kecergasan Peringkat Sekolah

3.0 TARIKH

15 Julai hingga 19 Julai 2019

4.0 MASA

7.40 pagi hingga 8.10 pagi


5.0 ANJURAN

Panitia Pendidikan Jasmani Dan Kesihatan, Unit Kokurikulum Sek.Keb. Sultan


Idris II dengan kerjasama Persatuan Ibu Bapa Dan Guru (PIBG), Persatuan
Bola Sepak Daerah Selama, Pusat Dalam Komuniti Felda Ijok, Dan Majlis
Belia Felda Ijok

6.0 MATLAMAT
Matlamat mengadakan aktiviti senamrobik ini adalah untuk melahirkan
generasi murid yang cergas dan sihat, serta membudayakan senaman
sebagai amalan rutin sepanjang kehidupan mereka. Menerusi senamrobik,
setiap murid akan tertarik untuk melakukannya kerana senaman ini dilakukan
dengan iringan muzik beserta senaman yang dapat menyihatkan tubuh
badan. Di samping itu, aktiviti senamrobik ini juga bertujuan membina
keyakinan diri murid supaya yakin untuk melibatkan diri dalam aktiviti fizikal
dan sukan yang lain.

7.0 OBJEKTIF PROJEK

7.1 Memenuhi sukatan pelajaran bagi semua pelajar tahap I dan II bagi
sesi 2019.
7.2 Meningkatkan kecergasan dan tahap kesediaan murid dan guru untuk
bersukan.
7.3 Melibatkan penyertaan semua murid, guru dan komuniti Felda Ijok.
7.4 Mengamal dan mempraktikkan gaya hidup sihat dan cergas
7.5 Mengamalkan aktiviti kecergasan fizikal dengan cara yang betul.
7.6 Melatih murid dan guru supaya lebih berkemahiran dalam pelbagai bidang
dan sentiasa mencurahkan khidmat bakti kepada semua khususnya
warga sekolah.

8.0 LOKASI PROJEK


Padang Sekolah
9.0 KUMPULAN SASARAN
9.1 Semua warga sekolah dan komuniti yang diertikan seperti berikut:
9.1.1 Murid/pelajar
9.1.2 Guru/ibu bapa/rukun tetangga

10.0 CADANGAN ATURCARA


LAMPIRAN A

11.0 JAWATANKUASA INDUK


LAMPIRAN B

12.0 ANGGARAN PERBELANJAAN

Tiada

13.0 SUMBER KEWANGAN


Tiada

14.0 PENUTUP
Senamrobik ini diharapkan sebagai satu platform bagi warga pendidikan
memulakan amalan atau budaya bersukan dengan cara yang mudah dan
menyeronokkan.

Oleh itu, adalah menjadi hasrat dan harapan jawatankuasa pelaksana


supaya projek ini mendapat perhatian, pertimbangan dan seterusnya
sokongan daripada semua pihak. Segala kerjasama daripada pihak tuan amat
kami hargai dan didahului dengan ucapan terima kasih.
Disediakan oleh,

…………………………….

( NUR ATIQAH BT MAT SABERI)

Setiausaha Pelaksana,

Pelancaran dan Program Minggu Kecergasan,

SKSI II Felda Ijok,

Selama Perak

Disemak oleh, Disokong oleh,

………………………………… ………………………………..

(NOR AINI BT RAHIM) (EN OTHMAN BIN YAHAYA AMP. PJK)

Guru Penolong Kokurikulum, Guru Besar Cemerlang ,


SKSI II Felda Ijok, SKSI II Felda Ijok,

Selama Perak Selama Perak