PERSETIAAN PENGAKAP

Bahawa Dengan Sesungguhnya Saya Berjanji Dan BersetiaYang SayaDengan Seberapa Daya Upaya Saya Akan:

y

Taat Kepada Tuhan, Raja Dan Negara

y

Menolong Orang Pada Setiap Masa

y

Menurut Undang-Undang Pengakap

UNDANG-UNDANG

1. Pengakap adalah seorang yang sentiasa dipercayai maruah dan kehormatan dirinya. 2. Pengakap adalah seorang yang taat kepada Yang Dipertuan Agong, kepada Rajanya, Negaranya, pemimpin-pemimpin pengakapnya, i u-bapanya, orang-orang diatas dan orang-orang yang dibawahnya. 3. Pengakap wajib menjadikan dirinya berguna dan menolong orang pada setiap masa. 4. Pengakap itu sahabat kepada sekalian dan saudara kepada lain-lain pengakap walau apa negeri, pangkat dan agamanya sekalipun. 5. Pengakap itu baik dan sempurna budi pekertinya dan sentiasa berbudi. 6. Pengakap itu baik dan kasih kepada segala binatang. 7. Pengakap itu seorang yang sentiasa menurut perintah dan suruhan ibu-bapanya, kepala patrolnya atau pemimpin-pemimpin pengakapnya dengana tiada apa-apa soalan. 8. Pengakap itu seorang yang sentiasa sabar dan manis mukanya dalam kesusahan. 9. Pengakap itu jimat dan cermat 10. Pengakap itu bersih dan suci fikirannya, perkataannya dan perbuatannya

RUKUN NEGARA

BAHAWASANYA NEGARA KITA MALAYSIA mendukung cita-cita hendak:

y y y y y

Mencapai perpaduan yang lebih erat di kalangan seluruh masyarakatnya; Memelihara satu cara hidup demokratik; Mencipta satu masyarakat yang adil di mana kemakmuran negara akan dapat dinikmati bersama secara adil dan saksama; Menjamin satu cara yang liberal terhadap tradisi-tradisi kebudayaannya yang kaya dan berbagai corak; Membina satu masyarakat progresif yang akan menggunakan sains dan teknologi moden.

MAKA KAMI, rakyat Malaysia, berikrar akan menumpukan seluruh tenaga dan usaha kami untuk mencapai cita-cita tersebut berdasarkan atas prinsip-prinsip yang berikut:

y y y y y

Kepercayaan kepada Tuhan, Kesetiaan kepada raja dan negara, Keluhuran perlembagaan, Kedaulatan undang-undang, Kesopanan dan kesusilaan

y Menemui pemimpin. y Selesai menaikkan bendera Malaysia. . penolong pemimpin pengakap dan ketua patrol. hantu & manis) dirapatkan hampir dengan kening mata kanan. Ibu jari menindih jari kelingking. bendera negeri dan bendera pengakap. y Lagu kebangsaan dan lagu negeri dinyanyikan. sama ada dalam atau luar negeri. Cara Hormat Pengakap Hormat Pengakap dilakukan dengan mengangkat tangan kanan dengan 3 jari (jari telunjuk. iaitu menandakan persaudaraan dan penghormatan. y Berada di dalam istiadat-istiadat menerima anugerah. sijil dan sebagainya.HORMAT PENGAKAP Hormat Pengakap dilakukan apabila: y Menemui pengakap lain.

Makna Hormat Pengakap Tiga jari yang dirapatkan mengingatkan kepada Persetian Pengakap iaitu: y y y Taat kepada Tuhan. Raja dan Negara Menolong orang pada setiap masa Menurut Undang-undang Pengakap. kita ditekankan supaya sentiasa mematuhi 10 Undang Undang Pengakap. Ibu jari membawa maksud Undang-Undang Pengakap. Manakala hasil dari pertautan ibu jari dan jari kelingking bermaksud persaudaraan pengakap tanpa mengira pangkat. Simbol ibu jari menindih jari kelingking membawa maksud sebagai seorang ahli pengakap. darjah maupun keturunan. COGANKATA PENGAKAP KANAK KANAK Cogankata yang menjadi moto Pengakap Kanak-Kanak "BUAT HABIS BAIK" . Jari kelingking membawa maksud ahli pengakap.

pergerakan Pengakap dihidupkan semula oleh H. pergerakan ini bermula pada tahun 1928 dengan kumpulan pertamanya di Maktab Sultan Abu. Terengganu dan Kelantan memulakan pergerakan ini pada tahun 1927.juga di Singapura. pada tahun 1919 Pasukan Pengakap untuk budak-budak Melayu telah diasaskan oleh Kapten N.Sands menubuhkan pasukan Pengkap Kanak-Kanak (cubs) di Singapura pada tahun 2hb Julai 1910.C. Hashim dan Encik A.M.R. Selangor menubuhkan pergerakan Pengakap pada tahun 1926 oleh Ameen Akbar. Pengasas di Terengganu ialah A. Melaka dan Negeri Sembilan memulakan pergerakan Pengakap pada tahun 1926 oleh Brunstone.Laidlow.Z.P. .M.SEJARAH PENGAKAP MALAYSIA Frank Cooper Sands Pergerakan Pengakap mula berkembang di Malaysia (Malaya) apabila F.Alsagoff.J. Manakala di Johor pula.Pada tahun 1922. Pada tahun 1927.R.dan di Kelantan pula ialah YM Tengku Ahmad Temenggong. 2 tahun setelah BP mengasaskan Pergerakan ini di England.Laidlow meninggal. Bergerak dari tarikh itu. H.Namun begitu.Hertslet. pergerakan Pengakap bermula di Kedah.Wheeler. Mendiang juga menjawat jawatan sebagai Penolong Pesuruhjaya Pengakap Malaya selama 13 tahun lamanya. Cheesman (seorang ahli pendidikan yang terkenal) telah menubuhkan pergerakan Pengakap di Pulau Pinang iatu di Penang Free School pada tahun 1915. Frisby dan Wheeler dari Jabatan Pelajaran Pahang memajukan pergerakan ini. pergerakan ini terus terkubur setelah G. Negeri Melayu yang pertama memulakan Pergerakan Pengakap ialah Pahang (Pekan) oleh G.Gracle. pergerakan pengakap ditubuhkan di Maktab Melayu Kuala Kangsar (MCKK) pada tahun 1926 oleh I.Bakar. Di Perak pula.M.

Sands y 1913 Sarawak (tidak aktif sehingga tahun 1930) . Pada tahun 1963 (penubuhan Malaysia). Wheeler y 1926 Melaka & Negeri Sembilan Brunstone y .R.R. y 1915 Pulau Pinang H. y 1915 Sabah (tidak aktif sehingga tahun 1930) .C. Sarawak menubuh pergerakan pengakap pada tahun 1913 dan Sabah pada tahun 1915.AZ Alsagoff y 1922 Kedah EC Hicks / EAG Stuart / RPS Walker y 1926 Perak I. menjadi ahli dalam Persidangan Pengakap Sedunia. Persekutuan Budak-Budak Pengakap Tanah Melayu ditukar kepada Persekutuan Pengakap Malaysia. Setelah merdeka pada tahun 1957.Cheesman y 1919 Singapura (pengakap Melayu) Kepten NM Hashim/En.Perlis pula ialah pada tahun 1931. Persekutuan Budak-Budak Pengakap Tanah Melayu. Ringkasan Tahun Negeri Yang menubuhkan pergerakan Pengakap 1910 Singapura F.

J. Gracle y 1927 Kelantan YM Tengku Ahmad Temenggong y 1931 Perlis .1926 Selangor Ameen Akbar y 1928 Johor y 1927 Terengganu A.

sewaktu berumur 80 tahun. meninggalkan Bandar Raya London menuju Kenya di Afrika dan bermastautin di sebuah kampung yang aman dengan pemandangan yang indah. BP bersama-sama isterinya. iaitu seorang maha guru di Universiti Oxford. Lady Baden Powell. London.T. Ramai yang telah menerima ideanya kerana ini terbukti dengan perkembangan pergerakan ini ke serata dunia kecuali negara-negara komunis. kemuncak gunung yang diselaputi oleh saiji. BP amat sayang kepada kanak-kanak. Buku Scouting For Boys dijadikan panduan untuk semua pengakap dunia. Pada usia tiga tahun. BP ditauliahkan sebagai Leftenan Muda dalam Pasukan Askar Hussar ke-13 dan ditempatkan di India pada tahun 1876 dan kemudian mendapat pangkat Ketua Inspektor pada tahun 1903. di situlah BP berehat setelah lama berbakti kepada dunia. Kejayaan ini tidak dapat ditandingi oleh teman-teman yang sezaman dengannya. seorang bayi telah dilahirkan di sebuah rumah berhampiran Hyde Park. BP telah dilantik menjadi Pengakap Agung bagi seluruh dunia. pada tahun 1908. Beliau mempunyai tujuh orang adik-beradik. bapanya meninggal dunia dan tinggallah beliau dalam pemeliharaan ibunya. seorang yang telah bersungguh-sungguh membantu BP dalam segala kerja mengembangkan pergerakan pengakap. beliau telah menganjurkan suatu perkhemahan percubaan di Pulau Brownsea bagi kanak-kanak lelaki. Beliau sangat gemar kepada penghidupan di luar rumah.SEJARAH PENGAKAP DUNIA Pada 22 Februari 1857. hutan yang menghijau. Dalam Jambori Pengakap Sedunia Pertama di Olympia. Dalam satu serangan terhadap Mafeking pada tahun 1899. Pada .G. Ibunya ialah anak seorang Laksamana British bernama W. Smyth. Melalui kejayaan perkhemahan di Pulau Brownsea itu. Bayi itu dinamakan Robert Stephenson Smyth Baden Powell. Baden Powell. BP telah mengarang sebuah buku bernama Scouting For Boys. Bapanya bernama Reverend H. Inti daripada pusaka yang ditinggalkannya ialah adunan teratur bagi kecekapan dan tatatertib yang mengembangkan dasar dasar asas seorang manusia. Raja dan Negara. BP merancang membawa pesananpesanan dan menggantikan askar-askar di medan perang dengan kanak kanak yang tinggal di bandar yang diserang itu. Kepantasan dan kecekapan kanak kanak ini meninggalkan kesan yang amat dalam pada hati BP dan pada tahun 1907. BP menanam semangat taat kepada Tuhan. Pada tahun 1937. Beliau terkenal dengan nama ringkas BP. Pergerakan pengakap telah memberi peluang kepada muda mudi mengambil bahagian dalam pelbagai aktiviti dan telah menunjukkan kecekapan dalam berbagai perkara yang diuji. ketika pulang ke England. dengan disertai oleh anak-anaknya.

Mendiang dikebumikan dengan penuh kchormatan di bawah bayang-bayang kelembutan Gunung Kenya. Beliau kemudiannya melancong ke serata pelosok dunia untuk menyaksikan sendiri kegiatan pengakap dan pandu puteri. Lord Baden Powell telah menerima banyak anugerah scperti 'Baron¶ dan telah menjadi Ketua Pengakap Dunia. beliau menerima Order of Merit. Oleh yang demikian. adalah menjadi kerugian besar bagi semua orang khususnya pengakap apabila pada 8 Januari 1941 BP meninggal dunia. Beliau telah meneruskan usaha dalam lapangan ini sehingga berumur 80 tahun. Kata-kata akhirnya kepada kita semua di dalam pergerakan ini ialah : TUHAN MEMIMPIN DAN MEMBANTUMU DI DALAM KERJA-KERJAMU. BP telah berusaha mewujudkan kegembiraan kepada orang lain melalui pergerakan pengakap. .mulanya masyarakat menganggap perkhemahan sebagai sesuatu yang janggal. Seumur hidupnya. tetapi Lord Baden Powell telah menyangkal perkara ini sehinggalah kini perkhemahan bukan sahaja popular di kalangan pengakap malah di kalangan masyarakat biasa. Pada tahun 1937.

Pada suatu malam ketika dia menghendap-hendap mencari makanan Shere Khan ternampak sebuah khemah pemotong kayu. Kerana terlalu gembira menemui mangsanya itu Shere Khan terus menerkam. tiba-tiba dia terdengar sesuatu merayap di dalam semak. pemotong kayu suami isteri dan seorang anak meeka yang masih kecil sedang tidur dengan nyenyak. Sedang Bapa Serigala berlari keluar dari guanya hendak menyiasat kejadian itu. Apabila dia bersedia hendak menerkam. dia ternampak seorang anak manusia sedang merangkak ke arahnya dengan berani. Di sisi khemah itu.CERITA HUTAN MOWGLI Di pedalaman India pada zaman dahulu ada seekor harimau tua yang tempang kakinya dan paling dibenci oleh binatang-binatang yang hidup aman dalam sebuah kawasan hutan. . Malangnya Shere Khan terpijak bara unggun api yang ada di sisi khemah itu. unggun api menyala dengan maraknya. Harimau ini bernama Shere Khan. Budak itu adalah anak pemotong kayu yang tertinggal di dalam khemah ketika ibu bapanya melarikan diri apabila terdengar lolongan Shere Khan tadi. Di dalam khemah itu. Dia pun melolong kesakitan sehingga menggemparkan satu keluarga serigala yang tinggal dalam sebuah gua batu tidak jauh dari situ.

Mowgli tinggal bersama-sama keluarga serigala itu dan benar-benar sebagai anak serigala di dalam hutan. Shere Khan cuba hendak mengambil budak itu dari dalam gua. Bapa Serigala menunggu sehingga anak-anaknya termasuk Mowgli. Ibu serigala kasihan dan tertarik hati kepadanya kerana budak itu sedikit pun tidak takut kepada mereka malah berebut-rebut dengan anak serigala yang lain menghisap susu Ibu Serigala. mereka mestilah ditunjukkan kepada semua anggota Kumpulan.Bapa serigala menggonggong budak itu dan membawanya ke dalam gua. pada suatu malam bulan purnama. Di sinilah nasib anak-anak serigala ditentukan. seekor rubah (jackal). Tetapi tidak lama kemudian Shere Khan datang ke mulut gua itu dengan dipandu Tabaqui. sama ada diterima sebagai anggota Kumpulan atau sebaliknya. Ketua Kumpulan. Dengan marah dia akhirnya meninggalkan gua itu tetapi bersumpah yang suatu hari nanti budak itu akan tetap menjadi mangsanya. Kedua-dua Ibu dan Bapa Serigala bersetuju menerima budak itu sebagai anak mereka sendiri dan menamakannya Mowgli. Bapa dan Ibu Serigala menentang. Tabaqui terdahulu daripada itu telah dapat mengesan ke mana budak kecil pemotong kayu itu pergi dan mengharap dapat makan sisa-sisa Shere Khan jika harimau tempang itu memakan budak itu nanti. Semenjak itu. Mereka mengadakan Sidang Kumpulan sebulan sekali pada malam bulan purnama di kawasan berbatubatu yang dipanggil Batu Sidang. Anak-anak serigala yang lain juga sayang kepadanya dan menganggap Mowgli sebagai saudara mereka sendiri. hukumannya ialah bunuh juga. Apabila semua anggota Kumpulan sudah berada di situ dengan anak masing-masing. tidak seekor serigala lain pun boleh membunuhnya. Apabila anak -anak serigala sudah agak besar. dan jika ada yang membunuh. yang memang hidupnya memakan sisa tangkapan binatang -binatang lain. Apabila seekor anak serigala sudah diterima sebagai anggota Kumpulan. DITERIMA SEBAGAI AHLI KUMPULAN SERIGALA Ada suatu adat Kumpulan Serigala yang tinggal di hutan itu. Kemudian. Bagaimanapun apabila Shere Khan menuntut supaya Bapa Serigala menyerahkan budak itu. seekor Serigala Jantan yang gagah lagi bijaksana bernama Akela. mula menyuruh ibu-ibu serigala menunjukkan anak masing-masing untuk dilihat oleh anggota-anggota . Bapa dan Ibu Serigala pun membawa anakanak mereka ke Batu Sidang itu. yang didakwanya sebagai haknya. tetapi badannya tidak muat melalui pintu gua. sudah boleh berlari lari.

Tidak seekor pun anggota Kumpulan itu bersuara dan Ibu Serigala pun bersedia hendak bertempur bermati-matian untuk mempertahankan Mowgli. Seekor binatang lain yang bukan anggota Kumpulan itu tetapi dibenarkan bercakap dalam Sidang Kumpulan ialah Baloo. "Anak manusia milikku. Berikan dia kepadaku semula kerana anak manusia tidak layak hidup bersama kumpulan Serigala!" katanya. . Setelah senyap seketika. Walaupun dia tidak berhak bersuara. tiba-tiba bercakap. Mengikut Undang-undang Hutan.Kumpulan. dua anggota Kumpulan yang bukan ibu atau bapa kepada anak serigala itu mestilah bercakap menyokongnya baru dia diterima menjadi anggota Kumpulan. mulalah beberapa ekor anak serigala yang sudah agak dewasa menyatakan rasa tidak setuju mereka menerima Mowgli. seekor Harimau Kumbang yang tangkas tetapi baik hati. Baloo berdiri di tempatnya di belakang Batu Sidang dan menyokong supaya Mowgli diterima sebagai anggota Kumpulan. Setelah tidak ada serigala yang lain bercakap. Dia sedikit pun tidak menunjukkan rasa takut sebaliknya bergurau dengan anak-anak serigala lain seolah-olah dia pun serigala juga. apabila timbul perselisihan begitu. Tetapi Mowgli memerlukan lagi satu suara menyokongnya. nyawa seekor anak serigala boleh ditebus dengan seekor buruan. Ketua Kumpulan. seekor beruang tua yang menjadi guru mengajar anak-anak serigala Undang-undang Hutan. Dia sendiri berjanji akan mengajar Mowgli. Ketika Akela meminta sokongan lagi. tetapi mengikut Undang-undang Hutan. Bagheera. Akhirnya tibalah kepada giliran Mowgli. tibatiba Shere Khan mengaum dari belakang batu besar. Apabila Akela menyuruh anggota-anggota Kumpulan melihat Mowgli dan membuat keputusan. "Siapakah antara anggota Kumpulan yang bersedia menyokong?" tanya Akela.

terlalu marah kerana budak itu tidak diserahkan kepadanya. " Kekuatan sesebuah enam sekawan adalah ahli sekawannya dan kekuatan ahli sekawan terletak pada enam sekawannya " . Baloo dan keluarga Mowgli saja di Batu Sidang itu. Mereka turun dari bukit dan pergi beramai-ramai mendapatkan buruan itu dan tinggallah Akela.Dia akan menghadiahkan seekor lembu jantan yang baru dibunuhnya dan disembunyikan tidak jauh dari situ untuk menebus nyawa Mowgli supaya diterima sebagai anggota Kumpulan. Shere Khan mengaum lagi sekuat hatinya. Bagheera. Tetapi Akela berkata keputusan itu amat baik kerana manusia dan anak mereka memang baik dan Mowgli akan dapat memberi pertolongan kepada suatu hari kelak. Anggota-anggota Kumpulan segera bersetuju menerima Mowgli sebagai anggota apabila mendengar hadiah lembu jantan yang ditawarkan oleh Bagheera itu.

Menandakan permulaan atau tamat sesuatu perjumpaan Mengingati tradisi atau istiadat bagi PKK di seluruh dunia Untuk menghormati tetamu yang datang ke PEK Melahirkan semangat setiakawan.. Pada penghabisan perkataan BAIK. 7. Laung Agung hendaklah diadakan pada setiap awal dan akhir perjumpaan PEK 1. PEK" dan melipat tangan paras bahu sebagai isyarat kepada PKK membuat bulatan kecil bahu ke bahu mengeliling Akela 3. Akela angkat tangan depa dari bawah ke paras bahu dan PKK mengangkat tumit. TUJUAN 1. Akela turunkan tangan dan PKK menjatuhkan tangan mereka. 5.ISTIADAT LAUNG AGUNG Istiadat Laung Agung adalah tradisi dalam Istiadat PKK dan telah digunakan di seluruh dunia." (5 harkat) dan berlari anak megelilingi Akela dengan membuat bulatan kecil bahu ke bahu. 5.K. 6. Akela berdiri di hadapan bendera dan berteriak " PEK " (1 kali ± kuat & nyaring). Petugas (Ketua Sekawan Bertugas) memberi hormat kepada Akela dan mencabar "KAMU BUAT HABIS BAIK?" 8. Semua PKK berdiri diam dalam keadaan sedia 2.. 4.E. PEK. . 3. 2. 4.. PKK tidak jatuhkan tangan mereka sehingga Akela menjatuhkan tangannya. Akela depakan tangan sebagai isyarat kepada PKK membuat bulatan besar mengikut sekawan mengelilingi Akela sambil berpegangan tangan. perpaduan serta membina disiplin Menyatakan bahawa PKK membuat "Sehabis Baik" 2. Apabila bulatan telah berada dalam keadaan sempurna. CARA PELAKSANAAN ISTIADAT LAUNG AGUNG 1. Ia dilakukan oleh PKK untuk menunjukkan bahawa mereka telah membuat "Sehabis Baik".. PKK memberi hormat kepada Akela dan terus menjawab "KAMI BUAT HABIS BAIK" 9. PKK menjawab " P. Akela merapatkan tangan ke peha dan secara serentak PKK mencangkung dengan kedua-dua peha rapat ke hadapan dan tangan di sisi kedua-dua belah peha dengan hujung lima jari mencecah ke tanah sambil kepala memandang ke hadapan dan terus berkata serentak " A K E L A " KITA BUAT HABIS BAIK. Akela berteriak "PEK. Kata penghargaan itu ditujukan khas kepada pemimpin PKK atau Akela. Akela membalas hormat dalam keadaan sedia (tidak berpusing)... PKK suadah bangun tegak dalam keadaan sedia.

4. Semua PKK mengadap bendera. Petugas (Ahli dalam Sekawan Bertugas) keluar terus berjalan (berkawad) menuju ke tiang bendera. 3. Rahmat bahagia Tuhan kurniakan. ISTIADAT MENGIBARKAN BENDERA 1. 2. Dalam keadaan sedia. Akela akan berkata "BENDERA". PKK secara serentak n menyanyikan lagu Negaraku bersama-sama dan kuat. Rahmat bahagia Tuhan kurniakan. Sekiranya ada Ketua Pemimpin. Petugas (Ahli dalam Sekawan Bertugas) berhenti pada jarak satu langkah di hadapan tiang bendera.3. Pada akhir lagu semua PKK mengadap kembali ke dalam bulatan seperti asal. Selepas itu. 7. Akela akan berkata "NEGARAKU". Rakyat hidup bersatu dan maju. 6. Selepas itu Akela berkata "DOA". 5. Bagi yang bukan muslim. Raja kita selamat bertakhta. Selepas tamat doa Petugas (Ahli dalam Sekawan Bertugas) berkata "up" sebagai isyarat turunkan tangan. LAGU KEBANGSAAN Negaraku Tanah tumpahnya darahku. tundukkan kepala dan pandang tumit sambil bertafakur mengikut agama masing-masing. Selepas itu Pemimpin dikehendaki memeriksa dan membetuklan kesilapan uniform PKK sebelum membuat pengumuman. Petugas (Ahli dalam Sekawan Bertugas) berkata "up" sebagai isyarat menadah tangan berdoa. Raja kita selamat bertakhta Sila tunggu sebentar untuk mendengar lagu Negaraku . Petugas berpusing ke belakang dan kembali ke tempat asalnya dengan berkawad. Akela akan melapur kepada Ketau Pemimpin atau minta menjalankan tugas lain. tangan kanan petugas merentap (1 kali sahaja) tali bendera untuk "memecah bendera" dan selangkah ke belakang untuk memberi hormat bendera serta diikuti pemimpin dan PKK.

. Negeri Sembilan 6.BENDERA MALAYSIA Bendera Malaysia mengandungi 14 jalur merah dan putih (melintang) yang sama lebar bermula dengan jalur merah di sebelah atas dan berakhir dengan jalur putih di sebelah bawah. Pulau Pinang 8. Warna kuning pada anak bulan dan bintang itu ialah warna Diraja bagi Duli -duli Yang Maha Mulia Raja-raja. Selangor 13. Pahang 7. Johor 2. Perak 9. Terengganu 14. y y y y Warna biru tua maknanya perpaduan rakyat Malaysia. Kelantan 4. 15. Kerajaan Persekutuan. tanda keanggotaan yang sama dalam persekutuan 13 buah neger i: 1.agama rasmi Malaysia. Sabah 11. Bintang pecah 14 itu tanda perpaduan 13 buah negeri dan Kerajaan Persekutuan. Sarawak 12. Anak bulan tanda Agama Islam . Kedah 3. Perlis 10. Melaka 5.

Terdapat 3 kelopak pada lambang yang membawa maksud 3 Persetiaan Pengakap iaitu: y Taat kepada Tuhan. .LAMBANG PENGAKAP MALAYSIA 1. y Menurut undang-undang Pengakap. Bintang pecah 14 melambangkan "Kesemua negeri-negeri dalam Malaysia" 5. Lingkaran Tali melambangkan "Perpaduan Rakyat Malaysia dan Persaudaraan Pengakap Sedunia". Bulan Sabit menandakan "Agama rasmi Negara iaitu Agama Islam".Raja dan Negara. 2. Bintang pecah lima (berwarna hijau) menandakan undang-undang Pengakap yang sepuluh. Ikatan hijau yang mengikat kelopak melambangkan "Persaudaraan Pengakap" 4. 6. 3. y Menolong orang setiap masa.

Ikatan putih-menunjukkan ikatan persaudaraan pengakap. 6. Pecahan tiga kelopak-melambangkan Persetiaan Pengakap yang tiga.hijau. y Hijau . y Merah . 5. 4."Pengakap Kanak-Kanak"."Pengakap Remaja" 8. Dua buah bintang pecah lima warna ungu pada kelopak kiri dan kelopak kananmelambangkan Undang-undang Pengakap yang sepuluh itu. Warna ungu-warna Biro Pengakap Sedunia. taat kepada Raja dan taat kepada Negara.7. 3. iaitu taat kepada Tuhan. . Warna putih-kesucian dan kebersihan. LAMBANG PENGAKAP DUNIA 1. 2. Warna kuning. Lingkaran tali berwarna putih-melambangkan persaudaraan Pengakap Sedunia. Warna kuning pada bulan sabit dan bintang juga melambangkan warna diraja bagi DuliDuli Yang Maha Mulia Raja-Raja."Pengakap Muda".merah yang terdapat pada lambang menandakan unit-unit pengakap: y Kuning .

Di sesetengah Negara termasuk Negara kita Malaysia. Mereka berjabat tangan dengan menggunakan tangan kiri sebagai persaudaraan dan kepercayaan. dua suku kaum ini selalu bermusuh-musuhan. Ketika dia menghampiri lawannya dia menanggalkan perisai yang melindungi bahagian . menggunakan tangan kanan semasa berjabat tangan. Ketua suku kaum tersebut kemudian menghampiri ketua kaum lawannya secara bersendirian. Taktik peperangan serta keberanian yang ditonjolkan oleh pahlawan-pahlawan kedua-dua suku kaum menunjukkan kehebatan kepahlawanan masing-masing. Pada suatu ketika.SALAM PENGAKAP Salam Pengakap Dunia Menggunakan Tangan Kiri Salam Pengakap Malaysia Menggunakan Tangan Kanan Salam Pengakap adalah tanda persaudaraan dan kepercayaan serta hormat kepada saudara-saudara lain. meyerbu dan membunuh sesama sendiri sehingga menyebabkan banyak nyawa yang terkorban. Bila ketua salah satu kaum terserempak dengan ketua lawannya. dia menemui ketua-ketua dan pahlawan-pahlawan yang terdiri daripada suku kaum yang membawa lembing dan perisai. Ahli Pengakap di seluruh dunia berjabat tangan sesama sendiri dengan cara yang istimewa. dia memberi isyarat kepada pahlawannya supaya berundur. Permusuhan yang berlanjutan itu akhirnya menemui jalan pendamai. Bagaimana berjabat tangan tersebut wujud? Semasa Baden-Powell bertugas sebagai askar di Afrika.

B-P menerima idea berjabat tangan ini dan menjadikannya sebagai amalan tradisi Pengakap di seluruh dunia. Ketua suku kaum di Afrika sekarang menerima kenyataan bahawa orang yang paling berani di antara orang berani adalah orang yang berjabat tangan dengan menggunakan tangan kiri. Tanda tersebut membawa kepada perundingan perdamaian di antara kedua-dua suku kaum yang bermusuhan.dadanya dari terkena senjata musuh serta membuang lembingnya. Dia pun mengangkat tangan kirinya kepada musuhnya sebagai tanda persahabatan dan kepercayaan. .

Menyelia dan mengawal kemajuan unit pengakap di saekolahnya.Penganut Agama Buddha Kuil . Mengesahkan penyata akaun unit yang disediakan oleh pemimpin pengakap. Merupakan salah seorang dari dua penurun tandatangan rasmi ( official signatories) [ seorang lagi ialah pemimpin kumpulan] bagi akaun simpanan atau semasa untuk unit pengakap itu. Kuil. Gereja. perkhemahan dan sebagainya ) untuk ahli-ahli. kembara. Tokong dan lain-lain di kawasan sekitar tempat tinggalnya. TEMPAT BERIBADAT Mengetahui agama-agama di malaysia serta tempat-tempat ibadat seperti Masjid. Meluluskan permohonan untuk aktiviti-aktivi luaran ( seperti rombongan. Mengesahkan sebarang persuratan rasmi yang berkaitan dengan unit pengakap di mana perlu.KUASA PENGANJUR Tanggungjawab Kuasa Penganjur ialah:y y y y y y Meluluskan pendaftaran tahunan unit pengakap dengan ibu pejabat Persekutuan Pengakap Malaysia.Penganut Agama Hindu Gereja .Penganut Agama Kristian . y y y y Masjid .Penganut Agama Islam Tokong .

kita mempercayai adanya pesuruh-pesuruh Allah di muka bumi ini untuk dijadikan petunjuk dan teladan.t. y y Beriman Kepada Hari Kiamat Dengan Iman. kita mempercayai adanya kitab-kitab Allah yang memimpin manusia. y y Beriman Kepada Malaikat-Malaikat Dengan Iman kita mempercayai bahawa adanya makhluk ghaib yang bernama Malaikat yang menjalankan tugasnya mengikut perintah Allah. kita mempercayai bahawa di sebalik kehidupan di dunia yang fana ini masih ada lagi kehidupan yang abadi dan berkekalan iaitu suatu tempat penentuan kedudukan manusia sama ada di syurga atau neraka. yang di akhiri oleh Kitab Al-Quran.NILAI IBADAT Rukun Iman ada enam perkara iaitu: y y Beriman Kepada Allah Dengan Iman. y y Beriman Kepada Kitab-Kitab Dengan beriman kepada kitab-kitab suci. Allah telah menentukan segala sesuatu itu dan terletak di dalam kekuasaan-Nya. Rukun Islam ada lima perkara iaitu: y Mengucap dua kalimah syahadat . y y Beriman Kepada Qada' dan Qadar Dengan beriman kepada qada¶ dan qadar. kita membulatkan keyakinan dan menundukkan diri serta hati kita hanya kepada-Nya. kita mempercayai bahawa di samping kita berusaha dan merancang akan kehidupan di dunia ini.Secara positifnya kita menuju Tauhid yang semurni-murninya dan secara negatif kita menolak segala bentuk pemujaan kepada selain Allah s.w. y y Beriman Kepada Rasul-Rasul Dengan beriman kepada Rasul-Rasul.Secara positif kita percaya kepada alam ghaib yang ditegaskan oleh Allah dan secara negatif kita menolak segala bentuk ghaib yang tidak dinyatakan Allah.

kita mengabdikan diri dengan hati dan sanubari dan dengan pengakuan lidah bahawa Tuhan yang Maha Esa itu adalah Allah s.w.w.t dan Nabi Muhammad adalah pesuruh-Nya. kita mengabdikan kepada Allah dengan menyerahkan sebahagian daripada harta milik kita kepada mereka yang berhak menerimanya.t. y y Berpuasa di Bulan Ramadan Dengan berpuasa. kita mengabdikan hawa nafsu dan segala keinginan kita kepada Allah dengan menahan nafsu makan dan minum serta menjauhkan larangan-Nya.a. Ini secara langsung akan melahirkan rasa keinsafan serta meningkatkan ketaqwaan kepada Allah s. telinga dan fikiran terpusat dengan susunan rukun sembahyang yang diajar oleh Nabi Muhammad s. y y Mengeluarkan Zakat Dengan zakat. Mulai dari lidah yang membaca.y ³ Aku naik saksi bahawa tiada Tuhan yang disembah melainkan Allah dan Nabi Muhammad itu adalah pesuruh-Nya´ Dengan syahadat. kita menyembah Allah dengan harta kekayaan milik kita dan mengunjungi ke Baitullah kepada mereka yang mempunyai kemampuan sekurangkurangnya sekali dalam hidup . y y Mengerjakan Haji Di Baitullah Dengan mengerjakan haji. tangan bergerak. mata . y y Solat Lima Waktu Sehari Semalam Dengan sembahyang kita mengabdikan seluruh tubuh badan kita menyembah-Nya.w.

ASAS PERBARISAN Rehatkan Diri Senang Diri .

Sedia Ke Kanan Lurus Ke Hadapan Lurus .

Ke Kanan Pusing Ke Kiri Pusing .

butiran pemarkahan akan berdasarkan beberapa perkara berikut (contoh untuk pemarkahan penuh bersamaan dengan 200 markah): Persediaan Pasukan (20): y y y Pakaian Lengkap (10) Kekemasan (5) Keseragaman (5) Pergerakan & Formasi (Kawad Asas + Kawad Formasi = 180): Kawad Asas (120): y y y y y Ketua : Melaporkan pasukan (10) Ketua : Kata perintah (20) Ketua : Pengendalian pasukan (20) Ketua : Nada suara (10) Pasukan : Kekemasan berkawat (60) Kawad Formasi (60): y y y Pasukan : Kreativiti Formasi (30) Pasukan : Kemantapan (20) Pasukan : Dinamik (10) Butiran berikut juga perlu diberi perhatian: y kawad asas ketika masuk padang .Ke Belakang Pusing Nota Tambahan: Dalam sesuatu pertandingan kawad.

keluar. .y y y y kawad statik kawad dinamik kawalan pasukan tutur cara pasukan melapor keluar dari padang kawad. Markah akan ditolak sekiranya: y y y y berkawad di luar kawasan ditetapkan gagal meneruskan langkah pakaian asas atau aksesori terlucut atau tidak pada tempatnya tidak mengikut urutan kawad semasa masuk. mara menghadap dan formasi.

SERAGAM PENGAKAP Topi Skarf & Wogel .

Baju Lengan Pendek Tali Pinggang Seluar Biru .

Daerah & Kumpulan (Lengan Kanan) Lencana Malaysia (Poket baju kanan) & Lencana Keahlian (Poket baju kiri) .Lencana Negeri.

Cara Pemakaian Lencana Di Lengan Baju Pengakap .

Sign up to vote on this title
UsefulNot useful