You are on page 1of 11

Pilihan Raya Pihak Berkuasa

Tempatan (PBT)
Sistem Kerajaan Tempatan ini asalnya meniru apa sahaja yang telah dilaksanakan di Britain. Setelah
Malaysia mendapat kemerdekaan pada 31 Ogos 1957, amalan ini masih diteruskan. Kemudiannya
dibatalkan selepas mengalami gejala sosial yang negatif dan peristiwa hitam yang mencetuskan
permusuhan kerana isu perkauman, dikatakan juga berlakunya jurang yang tidak saksama khususnya
dalam aspek ekonomi di antara bandar dan luar bandar yang melibatkan kaum yang berbeza.

Kedengaran pula baru-baru ini, suara dan tulisan supaya diadakan semula Pilihan Raya Pihak Berkuasa
Tempatan (PBT) dengan pelbagai hujah atau dalil. Ada daripada kalangan yang mahu menghidupkannya
semula, alasannya untuk menghidupkan demokrasi, memperbaiki pengurusan lebih bersih dan bijak.
Paling penting bagi mereka adalah untuk menjana ekonomi, kerana itu ia dijadikan akidah dan kiblat
seperti agama.

Keseluruhan ideologi ciptaan manusia yang berpayungkan politik dan pentadbirannya tanpa menyentuh
soal roh dan akhlak, serta tidak mempedulikan hubungan antara kaum, maka persoalan akhlak berpisah
daripada agama, jauh sekali mengambil kira soal dosa dan pahala.

Kebanyakan mereka lebih bertuhankan akal semata-mata, tanpa melihat kepada segala aspek yang ada
kaitan dengan kejadian manusia, khususnya aspek negatif yang boleh mengundang dengan mudah
beberapa bencana, akhirnya kepayahan dihadapi dan sukar untuk menyelesaikan masalah yang bertalu-
talu datang selepasnya.

Ramai di kalangan umat Islam terlupa bahawa Rasulullah S.A.W. telah menunjukkan kebijaksanaannya
dalam pembangunan bandar apabila menegakkan negara Kota Suci Madinah dengan berlakunya Hijrah.
Perkataan ‘bandar’ dalam Bahasa Arab disebut Madinah, menggantikan nama sebelumnya, Yathrib atau
Taibah.

Islam mentadbir penduduknya yang didiami masyarakat majmuk yang terdiri daripada kumpulan Ansar
iaitu suku Aus dan Khazraj yang menganut Islam dan menerima saudara seagama yang datang
berhijrah dinamakan Muhajirin. Wujud pula kaum bukan Islam bangsa Yahudi (ahli Kitab) daripada
pelbagai kabilah (Bani An-Nadir, Qainuqa’, Quraizoh dan lain-lain) dan diizinkan juga dari kalangan
musyrikin dan munafik.

Kaum Yahudi pula paling menguasai ekonomi. Adapun kaum lain lebih menumpukan ternakan dan
pertanian. Ada juga daripada kalangan para sahabat R.A. yang berniaga, seperti Uthman bin Affan,
Abdul Rahman bin ‘Auf, Saad bin Abi Waqqas, Zubair bin Awwam, Asma’ binti Abu Bakar R.A. dan lain-
lain.

Langkah pertama yang dilakukan oleh Rasulullah S.A.W. adalah memilih tapak masjid dan membinanya
untuk menjadi pusat ibadat, ilmu dan pentadbiran, sehingga rumah Rasulullah S.A.W. bersambung
dengan masjid. Seterusnya menempatkan Pasar Madinah yang menjadi pusat perniagaan
mengumpulkan hasil pertanian, ternakan dan barangan lain yang dibawa oleh para musafir.
Rasulullah S.A.W. telah menyatukan masyarakat majmuk, dimulakan umat Islam daripada kalangan
‘Aus dan Khazraj yang dahulunya sentiasa berperang, digabungkan dengan kalangan Muhajirin yang
datang dengan semangat persaudaraan Islam.

Penduduk bukan Islam diajak hidup bermasyarakat atas sifat persaudaraan kemanusiaan sehinggalah
dimeteraikan Sahifah Madinah (Piagam) yang melibatkan semua kaum yang menerima Islam untuk
menjadi pihak yang berkuasa. Mereka menerima Islam untuk memerintah tanpa dipaksa menganutnya.
Sebelum kedatangan Islam, berlaku perpecahan dan peperangan dalam kalangan kaum dan agama
yang berbeza dan juga dalam kalangan satu kaum dan satu agama. Islam berjaya mewujudkan
perdamaian dan keharmonian.

Ibnu Khaldun (784-808H / 1332-1406) yang diberi gelaran peneroka ilmu kemasyarakatan moden oleh
semua ilmuwan Islam dan bukan Islam, kerana hasil karangannya yang bernama Al-Muqaddimah,
dianggap kalangan ulama Islam paling hebat dan tersohor yang mendahului pemikiran pada zamannya.

Beliau menulis secara khusus berkenaan perancangan dan pembangunan bandar. Turut disentuh segala
aspek kemasyarakatan yang menyeluruh, merangkumi peranan agama, politik, ekonomi, sosial,
pendidikan, keamanan, pertahanan dan lain-lain, bukan hanya sekadar mengurus penduduk, bangunan,
perjalanan dan pasarnya sahaja, bahkan merangkumi segala aspek hubungan persaudaraan
kemanusiaan.

Ini menunjukkan perlunya pembangunan bandar yang disusun kehidupan bermasyarakat, sekali gus
akan mewujudkan keharmonian sesama manusia supaya bermasyarakat madani. Ini adalah perkara
terpenting bagi menjamin kehidupan yang selesa bersama keamanan dan persaudaraan khususnya
dalam masyarakat majmuk. Bukan sekadar mengurus bangunan rumah kediaman, sekolah, pasar raya,
hotel, jalan raya, parit dan longkang dan pusat hiburan sahaja. Inilah barangkali yang difikirkan oleh
kalangan yang bernafsu mahukan Pilihan Raya PBT diadakan bagi melangsungkan pusaka Barat tanpa
menilai atau muhasabah dalam segala aspek.

Penjajah yang menakluk kita dahulu bukan hanya sekadar mendirikan bangunan kediaman, perniagaan,
dan lain-lain di bandar-bandar yang dibangunkan oleh mereka. Dalam masa sama, mereka turut
meletakkan acuan masyarakat yang akan bertembung dan bermasalah. Masyarakat luar bandar di
kalangan orang India menjadi pekerja ladang yang dibawa daripada tanah jajahan, kalangan Cina
menguasai kawasan perlombongan dan mengekalkan kampung-kampung Melayu serta kaum
bumiputera lain yang dipencilkan di kawasan pedalaman.

Mereka juga menyusun pembangunan insan mengikut acuan mereka sendiri. Keadaan yang berbeza
agama, bangsa dan budaya ini, ditambah pula perbezaan kedudukan, pendidikan, ekonomi, politik dan
sosial, yang juga telah diatur mengikut acuan kepentingan mereka dalam jangka masa yang pendek dan
panjang. Semuanya demi kepentingan mereka, bukannya kepentingan kita, sehingga kita menjadi
masyarakat yang cacamarba.

Sejarah hitam peristiwa 13 Mei 1969 di Malaysia masih dikenang oleh generasi yang kini bertaraf warga
tua. Mungkin yang masih muda lagi bebal atau yang tua bersikap pekak badak tidak mengambil kisah.
Peristiwa Ahok di Jakarta juga menjadi iktibar, walaupun majoriti besar penduduknya adalah umat
Islam, tetapi kepentingan ekonomi dijadikan alat dan kiblat sehingga ada di kalangan umat Islam
terperangkap dengan agenda subsidi umrah yang berwalikan Ahok. Mereka yang hidupnya laksana
katak di bawah tempurung, termasuk di kalangan para ulama yang alim kitab kuningnya sahaja,
walaupun berpengajian tinggi di atas kertas, tetapi fikirannya dikongkong pada zaman kitab itu ditulis
atau berkisar di biliknya sahaja. Mereka tidak memandang ke sana dengan bijaksana untuk mengambil
iktibar.

DAP yang mendukung kuat Pilihan Raya PBT hanya mengambil kira kaum Cina yang mengundinya
sahaja, tanpa mengambil kira kaum dan pihak lain yang menjadi nadi dan urat saraf dalam
menghidupkan bandar yang terdiri daripada pelbagai kaum dan agama yang wajib dijaga segala
hubungan dan sensitivitinya.

Adapun PKR dan PAN pula tidak berbangsa dan ada yang punya kebangsaannya, tetapi tanpa jiwa atau
tidak berjantungkan agama. Kaumnya tidak berjiwa bangsa dan agama. Bangsa dan agamanya laksana
jenama yang ditampal pada botol majun penguat nafsu yang menjadi syarat rukun hidup masyarakat
Melayu dahulu kala dan Melayu kini yang dikatakan mudah lupa. Petandanya menjadi leka dalam usia
yang terlalu muda, belum sampai setahun jagung. Sudahlah UMNO pula mengalami kelumpuhannya
yang berusia tua dan berpenyakit kerana panjang usia memerintah.

Berfikirlah dengan matang dan sejahtera bersama Islam, tanpa paksaan menganut agama dan menukar
bangsanya, demi keselamatan semua dan masa depan generasi akan datang.

Jangan sekadar mentadbir bandar dengan bangunannya tanpa pembangunan manusia yang bersopan
dan bersaudara. Jangan sekadar membangun bandar yang banyak duit daripada sumber apa sahaja,
termasuk duit haram, seperti cukai rumah urut, pelacuran dan bayaran untuk gengster dan kongsi
gelap. Semuanya akan menempah kehidupan yang cerah untuk sementara waktu dan selepasnya
bergelap sepanjang waktu.

Alasannya juga kerana terdapat sebanyak 101 daripada 192 buah negara di dunia yang mengadakan
Pilihan Raya PBT. Oleh kerana Malaysia berada dalam dunia, maka wajiblah mengikut alam dunia itu
sehinggalah berlakunya Kiamat Kubra.

Jika diluluskan, Pilihan Raya PBT hendaklah diadakan di seluruh Malaysia, sama ada secara serentak
atau berperingkat. Beberapa pindaan akta diperlukan. Dikatakan juga, mungkin lebih meriah berbanding
Pilihan Raya Umum (PRU) sedia ada, tetapi dalam kemeriahan itu banyak berlaku perkara sebaliknya.

Mengikut perhitungan kasarnya, kaum Melayu atau Bumiputera sekadar menguasai bandar seperti
Baling di Kedah, Gua Musang di Kelantan, Kuala Berang di Terengganu, Tembeling di Pahang, Lubuk
Antu di Sarawak dan sebagainya. Keputusannya sekadar untung seguni ubi, ruginya pula berhutang
dengan bank yang tidak mampu dibayar dengan nilai seguni ubi dan boleh berundur daripada tapak
rumah dan tapak ubinya sehingga melarikan diri ke hutan rimba dan sebagainya.

Adapun DAP dan PKR serta yang sewaktu dengannya akan menguasai Bandar Raya Kuala Lumpur, Ipoh,
Seremban, Kota Melaka, Johor Bahru, Pulau Pinang dan sebagainya. PKR boleh menumpang sementara
waktu dan PAN dapat menumpang semangkuk dan akan hilang waktunya.
Apabila adanya berita bahawa Perdana Menteri menolak diadakan Pilihan Raya PBT, ia menjadikan ada
yang terkejut meracau, namun keadaannya:

Parti Bersatu terbuka hati,


UMNO dan BN berkecil hati,
DAP sakit hati,
PKR luka hati,
PAN pula buta hati,
Adapun PAS sentiasa berhati-hati.

“Islam Memimpin”

ABDUL HADI AWANG


Presiden PAS

Bertarikh: 12 Rabi’ul Akhir 1440 / 21 Disember 2018

Wajarkah pilihan raya kerajaan


tempatan dikembalikan di Malaysia?
RAMAI dalam kalangan kita yang mungkin memberi perhatian kepada demokrasi di dua peringkat utama
negara: Parlimen dan Dewan Undangan Negeri.

Tetapi tahukah anda akan demokrasi peringkat ketiga di dalam sistem Malaysia?

Ia demokrasi di peringkat kerajaan tempatan, kebolehan untuk penduduk sesuatu kawasan itu untuk
mengundi bukan saja Ahli Parlimen dan Ahli DUN, tetapi juga Datuk Bandar mereka, dan ahli-ahli
tertinggi Dewan Bandaraya atau Majlis Perbandaran mereka.

Berlandaskan manifesto Pakatan Harapan, sesetengah pihak kini menyeru supaya pilihan raya kerajaan
tempatan diadakan semula.

Pilihan raya kerajaan tempatan diamalkan di Malaysia dahulu, sebelum ia dihentikan sekitar tahun 1964.

Sebelum ini, Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad berkata kerajaan tidak akan mengembalikan
pilihan raya kerajaan tempatan buat masa ini kerana risau ada kebarangkalian ia akan menyemarakkan
ketegangan kaum.

Kekhuatiran ini lahir daripada tanggapan bahawa di sesetengah bandar yang didominasi sesetengah kaum,
mungkin ramai pengundi akan cenderung menyokong calon dari kalangan kaum mereka saja.

Tetapi Ahli Parlimen Petaling Jaya, Maria Chin Abdullah, masih tekad untuk memperjuangkan
pengembalian pilihan raya kerajaan tempatan.

“Apa yang kita hendak adalah supaya perkhidmatan menjadi lebih bagus, dan kalau kita tidak suka apa
yang ahli majlis buat, kita boleh tukar.
“Sekarang kita tak boleh tukar kerana mereka semuanya dilantik oleh parti politik,” katanya.

Tinjauan persepsi pengundi mengenai prestasi pihak berkuasa tempatan (PBT) sebelum PRU14.

Sementara itu, antara pihak yang lantang menentang pilihan raya kerajaan tempatan dikembalikan adalah
Pas.

“Dari segi demografi yang ada di negara ini, kita bimbang nanti satu kaum akan mewakili suatu majlis
perbandaran itu.

“Dia akan berlaku kelompok, apabila di bandar nanti dikuasai satu kelompok dan di luar bandar pula oleh
kelompok yang lain,” kata Naib Presiden Pas Idris Ahmad ketika ditemu bual rancangan Pilihan AWANI
13 Januari lalu.

Beliau turut menolak kritikan bahawa pendirian Pas ini bersifat rasis.

Naib Presiden Pas, Idris Ahmad menolak dakwaan bahawa Pas bersifat rasis dalam isu pilihan raya kerajaan tempatan.

“Bukan soal perkauman atau tidak. Kita lihat sejarah negara kita berbeza dengan tempat lain, perlu kita
rasakan selama ini bahawa apa yang kita lakukan selama ini mendatangkan kebaikan kepada majlis
kerajaan tempatan itu sendiri,” katanya.

Bagaimanapun, kekhuatiran mengenai ketidakseimbangan kaum atau jurang antara penduduk bandar dan
luar bandar ditolak oleh ahli akademik, Dr Chandra Muzaffar.

“Kalau kita tengok dari segi demografi, majoriti kerajaan tempatan yang beroperasi sekarang terdiri
daripada masyarakat Melayu yang merupakan majoriti di negara kita – hampir 85 peratus.

“Hujah daripada pihak tertentu bahawa (pilihan raya kerajaan tempatan) akan mengakibatkan tahap ketiga
demokrasi kita dikuasai oleh masyarakat Cina, tidak tepat sama sekali.

Mungkin mereka masih terperangkap dalam pemikiran 1960-an...

- Dr Chandra Muzaffar, Bekas Pengerusi Lembaga Pemegang Amanah Yayasan Perpaduan Malaysia (YPM)

Chandra berkata beliau kurang pasti atas dalil apa sesetengah pihak menentang pilihan raya kerajaan
tempatan.

“Mungkin kerana mereka belum ada fakta-fakta yang tepat tentang demografi kerajaan tempatan.

“Mungkin mereka masih terperangkap dalam pemikiran 1960-an, di mana memang benar kebanyakan
majlis bandaran dan tempatan pada masa itu kebanyakannya dikuasai oleh masyarakat Cina.

“Tapi ini dah berubah sama sekali ekoran urbanisasi yang telah berlaku sejak 40 tahun yang lalu,” katanya.
Bagaimana Indonesia laku

PILIHAN RAYA PIHAK BERKUASA TEMPATAN (PBT)

Sistem Kerajaan Tempatan ini asalnya meniru apa sahaja yang telah dilaksanakan di Britain. Setelah Malaysia
mendapat kemerdekaan pada 31 Ogos 1957, amalan ini masih diteruskan. Kemudiannya dibatalkan selepas
mengalami gejala sosial yang negatif dan peristiwa hitam yang mencetuskan permusuhan kerana isu
perkauman, dikatakan juga berlakunya jurang yang tidak saksama khususnya dalam aspek ekonomi di antara
bandar dan luar bandar yang melibatkan kaum yang berbeza.

Kedengaran pula baru-baru ini, suara dan tulisan supaya diadakan semula Pilihan Raya Pihak Berkuasa
Tempatan (PBT) dengan pelbagai hujah atau dalil. Ada daripada kalangan yang mahu menghidupkannya
semula, alasannya untuk menghidupkan demokrasi, memperbaiki pengurusan lebih bersih dan bijak. Paling
penting bagi mereka adalah untuk menjana ekonomi, kerana itu ia dijadikan akidah dan kiblat seperti agama.

Keseluruhan ideologi ciptaan manusia yang berpayungkan politik dan pentadbirannya tanpa menyentuh soal
roh dan akhlak, serta tidak mempedulikan hubungan antara kaum, maka persoalan akhlak berpisah daripada
agama, jauh sekali mengambil kira soal dosa dan pahala.

Kebanyakan mereka lebih bertuhankan akal semata-mata, tanpa melihat kepada segala aspek yang ada kaitan
dengan kejadian manusia, khususnya aspek negatif yang boleh mengundang dengan mudah beberapa
bencana, akhirnya kepayahan dihadapi dan sukar untuk menyelesaikan masalah yang bertalu-talu datang
selepasnya.

Ramai di kalangan umat Islam terlupa bahawa Rasulullah S.A.W. telah menunjukkan kebijaksanaannya dalam
pembangunan bandar apabila menegakkan negara Kota Suci Madinah dengan berlakunya Hijrah. Perkataan
‘bandar’ dalam Bahasa Arab disebut Madinah, menggantikan nama sebelumnya, Yathrib atau Taibah.

Islam mentadbir penduduknya yang didiami masyarakat majmuk yang terdiri daripada kumpulan Ansar iaitu
suku Aus dan Khazraj yang menganut Islam dan menerima saudara seagama yang datang berhijrah
dinamakan Muhajirin. Wujud pula kaum bukan Islam bangsa Yahudi (ahli Kitab) daripada pelbagai kabilah
(Bani An-Nadir, Qainuqa’, Quraizoh dan lain-lain) dan diizinkan juga dari kalangan musyrikin dan munafik.

Kaum Yahudi pula paling menguasai ekonomi. Adapun kaum lain lebih menumpukan ternakan dan pertanian.
Ada juga daripada kalangan para sahabat R.A. yang berniaga, seperti Uthman bin Affan, Abdul Rahman bin
‘Auf, Saad bin Abi Waqqas, Zubair bin Awwam, Asma’ binti Abu Bakar R.A. dan lain-lain.

Langkah pertama yang dilakukan oleh Rasulullah S.A.W. adalah memilih tapak masjid dan membinanya untuk
menjadi pusat ibadat, ilmu dan pentadbiran, sehingga rumah Rasulullah S.A.W. bersambung dengan masjid.
Seterusnya menempatkan Pasar Madinah yang menjadi pusat perniagaan mengumpulkan hasil pertanian,
ternakan dan barangan lain yang dibawa oleh para musafir.

Rasulullah S.A.W. telah menyatukan masyarakat majmuk, dimulakan umat Islam daripada kalangan ‘Aus dan
Khazraj yang dahulunya sentiasa berperang, digabungkan dengan kalangan Muhajirin yang datang dengan
semangat persaudaraan Islam.
Penduduk bukan Islam diajak hidup bermasyarakat atas sifat persaudaraan kemanusiaan sehinggalah
dimeteraikan Sahifah Madinah (Piagam) yang melibatkan semua kaum yang menerima Islam untuk menjadi
pihak yang berkuasa. Mereka menerima Islam untuk memerintah tanpa dipaksa menganutnya. Sebelum
kedatangan Islam, berlaku perpecahan dan peperangan dalam kalangan kaum dan agama yang berbeza dan
juga dalam kalangan satu kaum dan satu agama. Islam berjaya mewujudkan perdamaian dan keharmonian.

Ibnu Khaldun (784-808H / 1332-1406) yang diberi gelaran peneroka ilmu kemasyarakatan moden oleh semua
ilmuwan Islam dan bukan Islam, kerana hasil karangannya yang bernama Al-Muqaddimah, dianggap kalangan
ulama Islam paling hebat dan tersohor yang mendahului pemikiran pada zamannya.

Beliau menulis secara khusus berkenaan perancangan dan pembangunan bandar. Turut disentuh segala aspek
kemasyarakatan yang menyeluruh, merangkumi peranan agama, politik, ekonomi, sosial, pendidikan,
keamanan, pertahanan dan lain-lain, bukan hanya sekadar mengurus penduduk, bangunan, perjalanan dan
pasarnya sahaja, bahkan merangkumi segala aspek hubungan persaudaraan kemanusiaan.

Ini menunjukkan perlunya pembangunan bandar yang disusun kehidupan bermasyarakat, sekali gus akan
mewujudkan keharmonian sesama manusia supaya bermasyarakat madani. Ini adalah perkara terpenting bagi
menjamin kehidupan yang selesa bersama keamanan dan persaudaraan khususnya dalam masyarakat
majmuk. Bukan sekadar mengurus bangunan rumah kediaman, sekolah, pasar raya, hotel, jalan raya, parit
dan longkang dan pusat hiburan sahaja. Inilah barangkali yang difikirkan oleh kalangan yang bernafsu
mahukan Pilihan Raya PBT diadakan bagi melangsungkan pusaka Barat tanpa menilai atau muhasabah dalam
segala aspek.

Penjajah yang menakluk kita dahulu bukan hanya sekadar mendirikan bangunan kediaman, perniagaan, dan
lain-lain di bandar-bandar yang dibangunkan oleh mereka. Dalam masa sama, mereka turut meletakkan acuan
masyarakat yang akan bertembung dan bermasalah. Masyarakat luar bandar di kalangan orang India menjadi
pekerja ladang yang dibawa daripada tanah jajahan, kalangan Cina menguasai kawasan perlombongan dan
mengekalkan kampung-kampung Melayu serta kaum bumiputera lain yang dipencilkan di kawasan
pedalaman.

Mereka juga menyusun pembangunan insan mengikut acuan mereka sendiri. Keadaan yang berbeza agama,
bangsa dan budaya ini, ditambah pula perbezaan kedudukan, pendidikan, ekonomi, politik dan sosial, yang
juga telah diatur mengikut acuan kepentingan mereka dalam jangka masa yang pendek dan panjang.
Semuanya demi kepentingan mereka, bukannya kepentingan kita, sehingga kita menjadi masyarakat yang
cacamarba.

Sejarah hitam peristiwa 13 Mei 1969 di Malaysia masih dikenang oleh generasi yang kini bertaraf warga tua.
Mungkin yang masih muda lagi bebal atau yang tua bersikap pekak badak tidak mengambil kisah.

Peristiwa Ahok di Jakarta juga menjadi iktibar, walaupun majoriti besar penduduknya adalah umat Islam,
tetapi kepentingan ekonomi dijadikan alat dan kiblat sehingga ada di kalangan umat Islam terperangkap
dengan agenda subsidi umrah yang berwalikan Ahok. Mereka yang hidupnya laksana katak di bawah
tempurung, termasuk di kalangan para ulama yang alim kitab kuningnya sahaja, walaupun berpengajian tinggi
di atas kertas, tetapi fikirannya dikongkong pada zaman kitab itu ditulis atau berkisar di biliknya sahaja.
Mereka tidak memandang ke sana dengan bijaksana untuk mengambil iktibar.

DAP yang mendukung kuat Pilihan Raya PBT hanya mengambil kira kaum Cina yang mengundinya sahaja,
tanpa mengambil kira kaum dan pihak lain yang menjadi nadi dan urat saraf dalam menghidupkan bandar
yang terdiri daripada pelbagai kaum dan agama yang wajib dijaga segala hubungan dan sensitivitinya.
Adapun PKR dan PAN pula tidak berbangsa dan ada yang punya kebangsaannya, tetapi tanpa jiwa atau tidak
berjantungkan agama. Kaumnya tidak berjiwa bangsa dan agama. Bangsa dan agamanya laksana jenama
yang ditampal pada botol majun penguat nafsu yang menjadi syarat rukun hidup masyarakat Melayu dahulu
kala dan Melayu kini yang dikatakan mudah lupa. Petandanya menjadi leka dalam usia yang terlalu muda,
belum sampai setahun jagung. Sudahlah UMNO pula mengalami kelumpuhannya yang berusia tua dan
berpenyakit kerana panjang usia memerintah.

Berfikirlah dengan matang dan sejahtera bersama Islam, tanpa paksaan menganut agama dan menukar
bangsanya, demi keselamatan semua dan masa depan generasi akan datang.

Jangan sekadar mentadbir bandar dengan bangunannya tanpa pembangunan manusia yang bersopan dan
bersaudara. Jangan sekadar membangun bandar yang banyak duit daripada sumber apa sahaja, termasuk duit
haram, seperti cukai rumah urut, pelacuran dan bayaran untuk gengster dan kongsi gelap. Semuanya akan
menempah kehidupan yang cerah untuk sementara waktu dan selepasnya bergelap sepanjang waktu.

Alasannya juga kerana terdapat sebanyak 101 daripada 192 buah negara di dunia yang mengadakan Pilihan
Raya PBT. Oleh kerana Malaysia berada dalam dunia, maka wajiblah mengikut alam dunia itu sehinggalah
berlakunya Kiamat Kubra.

Jika diluluskan, Pilihan Raya PBT hendaklah diadakan di seluruh Malaysia, sama ada secara serentak atau
berperingkat. Beberapa pindaan akta diperlukan. Dikatakan juga, mungkin lebih meriah berbanding Pilihan
Raya Umum (PRU) sedia ada, tetapi dalam kemeriahan itu banyak berlaku perkara sebaliknya.

Mengikut perhitungan kasarnya, kaum Melayu atau Bumiputera sekadar menguasai bandar seperti Baling di
Kedah, Gua Musang di Kelantan, Kuala Berang di Terengganu, Tembeling di Pahang, Lubuk Antu di Sarawak
dan sebagainya. Keputusannya sekadar untung seguni ubi, ruginya pula berhutang dengan bank yang tidak
mampu dibayar dengan nilai seguni ubi dan boleh berundur daripada tapak rumah dan tapak ubinya sehingga
melarikan diri ke hutan rimba dan sebagainya.

Adapun DAP dan PKR serta yang sewaktu dengannya akan menguasai Bandar Raya Kuala Lumpur, Ipoh,
Seremban, Kota Melaka, Johor Bahru, Pulau Pinang dan sebagainya. PKR boleh menumpang sementara waktu
dan PAN dapat menumpang semangkuk dan akan hilang waktunya.

Apabila adanya berita bahawa Perdana Menteri menolak diadakan Pilihan Raya PBT, ia menjadikan ada yang
terkejut meracau, namun keadaannya:

Pilihan raya pihak berkuasa tempatan (PBT)


ABDUL HADI AWANG

21 DECEMBER 2018
SISTEM Kerajaan Tempatan ini asalnya meniru apa sahaja yang telah dilaksanakan di Britain.
Setelah Malaysia mendapat kemerdekaan pada 31 Ogos 1957, amalan ini masih diteruskan.
Kemudiannya dibatalkan selepas mengalami gejala sosial yang negatif dan peristiwa hitam yang
mencetuskan permusuhan kerana isu perkauman, dikatakan juga berlakunya jurang yang tidak
saksama khususnya dalam aspek ekonomi di antara bandar dan luar bandar yang melibatkan kaum
yang berbeza.
Kedengaran pula baru-baru ini, suara dan tulisan supaya diadakan semula Pilihan Raya Pihak
Berkuasa Tempatan (PBT) dengan pelbagai hujah atau dalil. Ada daripada kalangan yang mahu
menghidupkannya semula, alasannya untuk menghidupkan demokrasi, memperbaiki pengurusan
lebih bersih dan bijak. Paling penting bagi mereka adalah untuk menjana ekonomi, kerana itu ia
dijadikan akidah dan kiblat seperti agama.
Keseluruhan ideologi ciptaan manusia yang berpayungkan politik dan pentadbirannya tanpa
menyentuh soal roh dan akhlak, serta tidak mempedulikan hubungan antara kaum, maka persoalan
akhlak berpisah daripada agama, jauh sekali mengambil kira soal dosa dan pahala.
Kebanyakan mereka lebih bertuhankan akal semata-mata, tanpa melihat kepada segala aspek yang
ada kaitan dengan kejadian manusia, khususnya aspek negatif yang boleh mengundang dengan
mudah beberapa bencana, akhirnya kepayahan dihadapi dan sukar untuk menyelesaikan masalah
yang bertalu-talu datang selepasnya.
Ramai di kalangan umat Islam terlupa bahawa Rasulullah S.A.W. telah menunjukkan
kebijaksanaannya dalam pembangunan bandar apabila menegakkan negara Kota Suci Madinah
dengan berlakunya Hijrah. Perkataan 'bandar' dalam Bahasa Arab disebut Madinah, menggantikan
nama sebelumnya, Yathrib atau Taibah.
Islam mentadbir penduduknya yang didiami masyarakat majmuk yang terdiri daripada kumpulan
Ansar iaitu suku Aus dan Khazraj yang menganut Islam dan menerima saudara seagama yang datang
berhijrah dinamakan Muhajirin. Wujud pula kaum bukan Islam bangsa Yahudi (ahli Kitab) daripada
pelbagai kabilah (Bani An-Nadir, Qainuqa’, Quraizoh dan lain-lain) dan diizinkan juga dari kalangan
musyrikin dan munafik.
Kaum Yahudi pula paling menguasai ekonomi. Adapun kaum lain lebih menumpukan ternakan dan
pertanian. Ada juga daripada kalangan para sahabat R.A. yang berniaga, seperti Uthman bin Affan,
Abdul Rahman bin ‘Auf, Saad bin Abi Waqqas, Zubair bin Awwam, Asma’ binti Abu Bakar R.A. dan
lain-lain.
Langkah pertama yang dilakukan oleh Rasulullah S.A.W. adalah memilih tapak masjid dan
membinanya untuk menjadi pusat ibadat, ilmu dan pentadbiran, sehingga rumah Rasulullah S.A.W.
bersambung dengan masjid. Seterusnya menempatkan Pasar Madinah yang menjadi pusat
perniagaan mengumpulkan hasil pertanian, ternakan dan barangan lain yang dibawa oleh para
musafir.
Rasulullah S.A.W. telah menyatukan masyarakat majmuk, dimulakan umat Islam daripada kalangan
'Aus dan Khazraj yang dahulunya sentiasa berperang, digabungkan dengan kalangan Muhajirin yang
datang dengan semangat persaudaraan Islam.
Penduduk bukan Islam diajak hidup bermasyarakat atas sifat persaudaraan kemanusiaan
sehinggalah dimeteraikan Sahifah Madinah (Piagam) yang melibatkan semua kaum yang menerima
Islam untuk menjadi pihak yang berkuasa. Mereka menerima Islam untuk memerintah tanpa
dipaksa menganutnya. Sebelum kedatangan Islam, berlaku perpecahan dan peperangan dalam
kalangan kaum dan agama yang berbeza dan juga dalam kalangan satu kaum dan satu agama. Islam
berjaya mewujudkan perdamaian dan keharmonian.
Ibnu Khaldun (784-808H / 1332-1406) yang diberi gelaran peneroka ilmu kemasyarakatan moden
oleh semua ilmuwan Islam dan bukan Islam, kerana hasil karangannya yang bernama Al-
Muqaddimah, dianggap kalangan ulama Islam paling hebat dan tersohor yang mendahului
pemikiran pada zamannya.
Beliau menulis secara khusus berkenaan perancangan dan pembangunan bandar. Turut disentuh
segala aspek kemasyarakatan yang menyeluruh, merangkumi peranan agama, politik, ekonomi,
sosial, pendidikan, keamanan, pertahanan dan lain-lain, bukan hanya sekadar mengurus penduduk,
bangunan, perjalanan dan pasarnya sahaja, bahkan merangkumi segala aspek hubungan
persaudaraan kemanusiaan.
Ini menunjukkan perlunya pembangunan bandar yang disusun kehidupan bermasyarakat, sekali gus
akan mewujudkan keharmonian sesama manusia supaya bermasyarakat madani. Ini adalah perkara
terpenting bagi menjamin kehidupan yang selesa bersama keamanan dan persaudaraan khususnya
dalam masyarakat majmuk. Bukan sekadar mengurus bangunan rumah kediaman, sekolah, pasar
raya, hotel, jalan raya, parit dan longkang dan pusat hiburan sahaja. Inilah barangkali yang difikirkan
oleh kalangan yang bernafsu mahukan Pilihan Raya PBT diadakan bagi melangsungkan pusaka Barat
tanpa menilai atau muhasabah dalam segala aspek.
Penjajah yang menakluk kita dahulu bukan hanya sekadar mendirikan bangunan kediaman,
perniagaan, dan lain-lain di bandar-bandar yang dibangunkan oleh mereka. Dalam masa sama,
mereka turut meletakkan acuan masyarakat yang akan bertembung dan bermasalah. Masyarakat
luar bandar di kalangan orang India menjadi pekerja ladang yang dibawa daripada tanah jajahan,
kalangan Cina menguasai kawasan perlombongan dan mengekalkan kampung-kampung Melayu
serta kaum bumiputera lain yang dipencilkan di kawasan pedalaman.
Mereka juga menyusun pembangunan insan mengikut acuan mereka sendiri. Keadaan yang berbeza
agama, bangsa dan budaya ini, ditambah pula perbezaan kedudukan, pendidikan, ekonomi, politik
dan sosial, yang juga telah diatur mengikut acuan kepentingan mereka dalam jangka masa yang
pendek dan panjang. Semuanya demi kepentingan mereka, bukannya kepentingan kita, sehingga kita
menjadi masyarakat yang cacamarba.
Sejarah hitam peristiwa 13 Mei 1969 di Malaysia masih dikenang oleh generasi yang kini bertaraf
warga tua. Mungkin yang masih muda lagi bebal atau yang tua bersikap pekak badak tidak
mengambil kisah.
Peristiwa Ahok di Jakarta juga menjadi iktibar, walaupun majoriti besar penduduknya adalah umat
Islam, tetapi kepentingan ekonomi dijadikan alat dan kiblat sehingga ada di kalangan umat Islam
terperangkap dengan agenda subsidi umrah yang berwalikan Ahok. Mereka yang hidupnya laksana
katak di bawah tempurung, termasuk di kalangan para ulama yang alim kitab kuningnya sahaja,
walaupun berpengajian tinggi di atas kertas, tetapi fikirannya dikongkong pada zaman kitab itu
ditulis atau berkisar di biliknya sahaja. Mereka tidak memandang ke sana dengan bijaksana untuk
mengambil iktibar.
DAP yang mendukung kuat Pilihan Raya PBT hanya mengambil kira kaum Cina yang mengundinya
sahaja, tanpa mengambil kira kaum dan pihak lain yang menjadi nadi dan urat saraf dalam
menghidupkan bandar yang terdiri daripada pelbagai kaum dan agama yang wajib dijaga segala
hubungan dan sensitivitinya.
Adapun PKR dan PAN pula tidak berbangsa dan ada yang punya kebangsaannya, tetapi tanpa jiwa
atau tidak berjantungkan agama. Kaumnya tidak berjiwa bangsa dan agama. Bangsa dan agamanya
laksana jenama yang ditampal pada botol majun penguat nafsu yang menjadi syarat rukun hidup
masyarakat Melayu dahulu kala dan Melayu kini yang dikatakan mudah lupa. Petandanya menjadi
leka dalam usia yang terlalu muda, belum sampai setahun jagung. Sudahlah UMNO pula mengalami
kelumpuhannya yang berusia tua dan berpenyakit kerana panjang usia memerintah.
Berfikirlah dengan matang dan sejahtera bersama Islam, tanpa paksaan menganut agama dan
menukar bangsanya, demi keselamatan semua dan masa depan generasi akan datang.
Jangan sekadar mentadbir bandar dengan bangunannya tanpa pembangunan manusia yang
bersopan dan bersaudara. Jangan sekadar membangun bandar yang banyak duit daripada sumber
apa sahaja, termasuk duit haram, seperti cukai rumah urut, pelacuran dan bayaran untuk gengster
dan kongsi gelap. Semuanya akan menempah kehidupan yang cerah untuk sementara waktu dan
selepasnya bergelap sepanjang waktu.
Alasannya juga kerana terdapat sebanyak 101 daripada 192 buah negara di dunia yang mengadakan
Pilihan Raya PBT. Oleh kerana Malaysia berada dalam dunia, maka wajiblah mengikut alam dunia itu
sehinggalah berlakunya Kiamat Kubra.
Jika diluluskan, Pilihan Raya PBT hendaklah diadakan di seluruh Malaysia, sama ada secara serentak
atau berperingkat. Beberapa pindaan akta diperlukan. Dikatakan juga, mungkin lebih meriah
berbanding Pilihan Raya Umum (PRU) sedia ada, tetapi dalam kemeriahan itu banyak berlaku
perkara sebaliknya.
Mengikut perhitungan kasarnya, kaum Melayu atau Bumiputera sekadar menguasai bandar seperti
Baling di Kedah, Gua Musang di Kelantan, Kuala Berang di Terengganu, Tembeling di Pahang, Lubuk
Antu di Sarawak dan sebagainya. Keputusannya sekadar untung seguni ubi, ruginya pula berhutang
dengan bank yang tidak mampu dibayar dengan nilai seguni ubi dan boleh berundur daripada tapak
rumah dan tapak ubinya sehingga melarikan diri ke hutan rimba dan sebagainya.
Adapun DAP dan PKR serta yang sewaktu dengannya akan menguasai Bandar Raya Kuala Lumpur,
Ipoh, Seremban, Kota Melaka, Johor Bahru, Pulau Pinang dan sebagainya. PKR boleh menumpang
sementara waktu dan PAN dapat menumpang semangkuk dan akan hilang waktunya.
Apabila adanya berita bahawa Perdana Menteri menolak diadakan Pilihan Raya PBT, ia menjadikan
ada yang terkejut meracau, namun keadaannya:
Parti Bersatu terbuka hati,
Umno dan BN berkecil hati,
DAP sakit hati,
PKR luka hati,
PAN pula buta hati,
Adapun PAS sentiasa berhati-hati.

You might also like