You are on page 1of 4

KERTAS KERJA

PROGRAM PENINGKATAN PRESTASI AKADEMIK PELAJAR TINGKATAN 3 DAN 5


SMK SRI MATANG

1.0 PENGENALAN

Program Peningkatan Prestasi Akademik Tingkatan 3 dan 5, merupakan satu


program yang dilaksanakan untuk meningkatkan pencapaian akademik murid-murid
Tingkatan 3 dan 5. Program ini akan dilaksanakan sepanjang bulan Mac hingga Oktober
sepanjang tahun. Program ini merupakan salah satu program untuk memperkasakan
sekolah dalam bidang akademik. Program ini juga sebagai pendedahan kepada murid-
murid yang bakal menduduki peperiksaan PT3 dan SPM kerana ia lebih menjurus kepada
strategi menjawab soalan peperiksaan dengan lebih berkesan, memperbanyakkan latihan
atau latih tubi, serta mengadakan program berbentuk bengkel atau seminar.

2.0 OBJEKTIF

2.1 Meningkatkan pencapaian akademik murid-murid Tingkatan 3 dan 5 SMK


Sri Matang.

2.2 Menaikkan nama dan imej sekolah kepada sebuah sekolah yang melahirkan
murid-murid yang cerdas akademik.

2.3 Membudayakan pengajaran dan pembelajaran yang bermutu, berkesan dan


berkualiti.

2.4 Memberikan pendedahan kepada murid-murid teknik-teknik menjawab


soalan PT3 dan SPM.

2.5 Melahirkan rasa akrab antara murid dan guru.

2.6 Menggalakkan penglibatan semua warga sekolah secara aktif dalam


mencapai sasaran kecemerlangan dalam PT3 dan SPM.

3.0 SASARAN

Semua murid Tingkatan 3 dan 5 SMK Sri Matang yang akan menduduki peperiksaan PT3
dan SPM.

1
4.0 MAKLUMAT PROGRAM

Program Kelas Tambahan

Tempoh : PT3 – Mac hingga Oktober

SPM – Mac hingga November

Tiada kelas tambahan semasa cuti persekolahan dan diganti dengan


Program Cuti Terancang

Hari : Isnin, Selasa dan Khamis

Masa : PT3 – 2.00 petang hingga 3.00 petang

SPM – 2.00 petang hingga 3.00 petang

– 2.30 petang hingga 3.30 petang

Pengisian Program

Murid-murid diberi modul dan soalan-soalan PT3 dan SPM oleh guru bertugas.
Modul-modul ini akan disediakan oleh setiap panitia mata pelajaran teras dan elektif
sebelum kelas dijalankan. Murid-murid diberi masa selama 30 minit untuk
menjawab soalan dan 30 minit untuk sesi perbincangan bersama guru.

5.0 JAWATANKUASA

Pengerusi : Tuan Haji Maseli b Haji Idi

Naib Pengerusi I : En. Kastamy bin Haji Mudin

Naib Pengerusi II : Puan Maznah bt Najar

Naib Pengerusi III : Puan Suriani bt Nasib

Penyelaras : Puan Thaibah bt Bedrin

Bendahari : Puan Nancy Branat

Setiausaha Kelas Tambahan PT3 : En Romji bin Tambutu

Setiausaha Kelas Tambahan SPM: Thaibah bt Bedrin

AJK : Semua Guru Mata Pelajaran PT3 dan SPM

2
6.0 ANGGARAN PERBELANJAAN

PENDAPATAN PERBELANJAAN
Anggaran Perbelanjaan
1) Sumbangan Murid Tingkatan 3 :
1) Kertas A4
148 org x RM 150.00 = RM 22,200.00 (RM 10.00 x 568 RIM) RM 5,680.00

2) Sumbangan Murid Tingkatan 5 : 2) Dakwat


(RM 250.00 x 15 Unit) RM 3,750.00
138 org x RM 150.00 = RM 20,700.00
3) Bayaran Penceramah
JUMLAH = RM 42,900.00 (RM 200.00 x 15 Subjek) RM 3,000.00

4) Master
(RM 103.50 x 18 Unit) RM 1,853.00

5) Program Motivasi Pembangunan Diri


(RM 250.00 x 6 Kali) RM 1,500.00

6) Bayaran Sagu Hari Guru Kelas Tambahan


(RM 12.00 x 730 Jam) RM 8,760.00

7) Majlis Restu Ilmu PT3 dan SPM


(RM 2.00 x 268 Orang) RM 572.00

8) Program Pushing The Limits


(RM 200 x 4 Kali) RM 800.00

9) Program Excellent
(RM 200 x 2 Kali) RM 400.00

10) Program Pecutan Akhir PT3 & SPM


(RM 250 x 2 Kali) RM 500.00

11) Program The Champion


(Alat Tulis dan Bahan Cetak) RM 641.00

12) Makan Pelajar


(RM 1.50 x 12 Kali x 268 Orang) RM 15,444.00

Jumlah RM 42,900.00 Jumlah RM 42,900.00

3
7.0 PENUTUP

Semoga pelaksanaan Program Peningkatan Prestasi Akademik Tingkatan 3 dan 5


dapat meningkatkan pencapaian pelajar dalam PT3 dan SPM. Usaha sekolah dengan
menyediakan makanan kepada pelajar dapat memudahkan serta menggalakan lagi
pelajar untuk hadir ke kelas tambahan dengan lebih baik.

Disediakan oleh : Disemak & disahkan oleh :

……………………………. ………………………………
(THAIBAH BT BEDRIN) (KASTAMY BIN MUDIN)
Penyelaras Program, Penolong Kanan Pentadbiran,
SMK Sri Matang SMK Sri Matang,
Pedawan. Pedawan