BAB 1

PENDAHULUAN 1.0 Pengenalan kurikulum sains di Malaysia banyak dipengaruhi oleh

Perkembangan

perkembangan sains luar negara khususnya Britain dan Amerika Syarikat.Pada mulanya pengajaran lebih memberi penekanan tentang fakta sains sahaja.Aktiviti amali telah dimuat turunkan dalam buku teks dan dibincangkan dalam amali sahaja. Perubahan telah berlaku selepas Rusia telah berjaya melancarkan setelit buatan manusia yang pertama.,iaitu sputnik 1957. Kajayaan ini telah mengejutkan Amerika Syarikat dan membuat reformasi dalam kurikulum sains dengan tertubuhnya National Science Foundation. Hasilnya wujudlah Program Elementry Science Study, Science Curriculum Improvement dan science dan

sebagainya.Science telah beralih dari pendakatan tradisional kepada proses aktiviti eksperimen dan aktiviti amali (hands on). (Pengenalan Amali Sains,OUM 2004) Perubahan ini turut melanda kurikulum sains di Malaysia . Kurikulum sains moden yang diperkenalkan pada tahun 1969 adalah ubahsuaian Scottish Integreted Science. Perubahan kurikulum ini melibatkan perubahan pendekatan dalam pengajaran sains sebagai satu proses. Masalah keberkesanan pengajaran dan pembelajaran bukan hanya dihadapi oleh pelajar- pelajar di Malaysia tetpi merupakan masalah sejagat. Perbincangan International Congres on Mathematics Education (ICME) telah mewujudkan kumpulan PME (International Group on Psychology of Mathematic Education). Perbincangan lanjut juga telah dibuat oleh

bumi dan alam semesta serta dunia teknologi. Penelitian dan pencarian factor mempengaruhi pengajaran dan pembelajaran yang seterusnya menentukan kejayaan di dalam subjek ini seringa diperbincangkan. Pendidikan sains dalam KBSM dirancang dengan hasrat untuk melahirkan rakyat Malaysia yang seimbang perkembangannya dari segi intelek. (Mohamad Khatim. Topik ini dianggap susah dan sukar difahami kerana kajiannya lebih mendalam dan lebih daripada pemerhatian kita. Sharma (1989. Ini kerana bidng sains merangkumi lima bidang utama iaitu menyiasat alam hidupan. Jesteru itu matapelajaran ini merupakan satu matapelajaran yang sangat penting dan perlu dikuasai oleh semua pelajar. menyiasat alam bahan. Tall (1991). emosi konsep yang lebih tinggi. Guru sepatutnya lebih . rohani . Subjek sains merupakan pelajaran teras di sekolah menengah di Malaysia. Walaupun pelbagai kaedah telah didedahkan namun terdapat sebilangan besar guru yang masih menggunakan kaedah tradisional yang biasa seperti pendekatan latih tubi tanpa memberi penerangan konsep yang mencukupi melahirkan pelajar yang tidak boleh berfikir secara kritis dan kreatif. Salah tanggapan pelajar yang mengganggapkan sains sebagai satu matapelajaran yang susah dan sukar untuk memahaminya. Pembelajaran memerlukan kefahaman memahami masalah ini. Kaedah pengajaran dan pembelajaran yang lebih berpusatkan guru dan bergantung penuh kepada buku teks antara factor yang dikenalpasti menyebabkan pelajar cepat bosan dan hilang minat dalam pelajaran sains.Krantz (1993). menyiasat alam fizikal. 2001)Pengajaran dan pembelajaran sains yang banyak melibatkan kemahiran proses sains dan manipulatif memerlukan daya pemikiran dan kreativiti yang tinggi.1990) . Nesher & Kilpatrick (1990). Datta & Scarfpin (1983).

Calhoon (1963) menyatakan pekerja yang tidak mempunyai kemahiran tidak dapat menjalankan tugas. Ini penting agar guru lebih yakin dalam pengajaran dan ilmu yang disampaikan adalah yang terkini dan mengikut peredaran zaman. Selain itu pemahaman tentang aplikasi sains melalui teknologi dalam kehidupan harian turut diberikan dalam semua kurikulum sains. Fizik. Tanpa sebarang matlamat.Guru perlulah meningkatkan ilmu pengatahuan sejajar dengan perkembangan semasa. penekanan kepada kaedah pengajaran sains adalah sangat penting. Kimia. Matapelajaran sains merangkumi Sains Teras.dan jasmani. Oleh itu untuk mencapai matlamat wawasan 2020 guru mestilah mempelbagaikan kaedah pengajaran dan pembelajaran.2001) Daripada kajian menunjukan kaedah guru banyak memberi kesan dalam pemahaman konsep dan keseronokan untuk belajar. kita mungkin tidak pasti hala tuju kita dan mengapa kita melakukkannya.1 Latar Belakang Kajian.tugas rutinnya dengan baik. Pendidikan sains di Malaysia yang dilaksanakan melalui KBSR dan KBSM mempunyai matlamat membina masyarakat saintifik yang progresif. Sesuai dengan sifat sains sebagai satu proses. (Shukor. Biologi dan Sains Tambahan yang perlu diajar dengan pendekatan yang sesuai samaada dalam bilik darjah mahupun dalam makmal. perubahan dunia dalam semu bidang memberi makna bahawa kita harus memperkenalkan isi kandungan baru dan kaedah pengajaran yang baru. Dengan itu secara tidak langsung guru harus menyediakan keseronokan mengajar dan belajar. Oleh yang demikian guru terpaksa menambahkan ilmunya sepanjang masa (Omardin Ashaari 1999) 1. Mengajar sains adalah . Dalam abad ke -21 ini.

telah menekankan bahawa pembelajaran merupakan satu proses dimana pelajar membina idea baru atau konsep berasaskan kepada pengetahuan semasa mereka. Sehubungan itu wajarlah pengajaran amali berasas inkuiri penemuan di ketengahkan bagi meningkatkan pemahaman pelajar. Strategi inkuiri penemuan dalam pengajaran dan pembelajaran sains boleh dilakukan secara amali.seperti mengajar mengenai sesuatu yag wujud disekeliling kita. Hasil kajian menunjukan pendekatan yang berpusatkan pelajar lebih efektif berbanding pedekatan tradisional yang berpusatkan guru. Mereka membentuk peraturan melalui refleksi tentang interaksi mereka dengan objek dan idea. beliau telah memperkenalkan pembelajaran penemuan (Discovery Learning) Brooks & Brooks (1993) menyatakan bahawa pelajar membina makna tentang dunia dan mensintesiskan pengalaman baru kepada apa yang mereka fahami sebelum ini. Ini jugalah strategi yang perlu diamalkan dalam pendidikan sains. Meneroka fenomena sekeliling kita adalah penerokaan sains. Bertolak daripada perasaan inilah. sains berkembang pesat. Pendekatan yang diberi focus pada masa kini ialah pendekatan berpusatkan pelajar. Perasaan inkuiri ini telah membawa kepada penemuan demi penemuan. Pelajar memilih dan mengintepretasikan maklumat membina hipotesis dan membuat keputusan yang melibatkan pemikiran mental (struktur kognitif seperti skema dan model mental) memberi makna dan pembentukan pengalaman dan membolehkan individu µmelangkau melebihi maklumat yang diberikan (Beyond the information given) Hasil daripada pendekatan ini. Manusia mempunyai perasaan ingin tahu lebih ± lebih lagi terhadap apa sahaja yang ada di sekeliling mereka. Perasaan inilah yang menjadikan manusia suka mengkaji dan menggunakan pengetahuan tersebut untuk kesejahteraan hidup. Brunner (1960). .

Dalam proses ini pelajar akan menyesuaikan pengetahuan yang baru diterima dengan pengetahuan sedia ada untuk membina pengetahuan baru. Agness Voo 1996. amalan dan penghayatan kurang diberi perhatian yang sewajarnya dan sehingga kini masih ramai guru menggunakan kaedah tradisional iaitu ³Chalk and Talk´. (Nik Azis Nik Pa.Jika sistem pendidikan dahulu dan sekarang dapat digabungkan kerjaya akan menjadi lebih baik. kegiatan hans-on dan minds. Fatimah 1996 dan Amir 1996). sosial dan psikologi pelajar. pada keseluruhannya adalah masih berpusatkan kepada guru dan terikat dengan kaedah tradisional (JNS 1996. Oleh itu . 1992). 1.Selain itu . ini menunjukan peningkatan yang cemerlang dalam pencapaian akademik. inovatif dan kreatif. tugasan amali juga biasanya dijalankan secara berkumpulan yang mengalakan perasaan positif serta saling menghargai. Abdul Razak & rakan-rakan 1996. didapati amalan guru dalam melaksanakan kurikulum tersebut . Saw Kian Swa 1996.on telah disepadukan. Dari sudut kaedah pengajaran. menyokong dan menghormati sesama sendiri dan menurut kajian .kaedah pengajaran yang terkini agar ia dapat diserap kedalam system pendidikan sekarang.2 Pernyataan Masalah Setelah KBSM berusia lebih dari 10 tahun. Kaedah ini juga dapat membantu pendidik melaksanakan pengajaran dan pembelajaran yang melibatkan pelajar secara aktif supaya mereka dapat membentuk pemikiran yang analitik. kritis . disamping menambahkan lagi kaedah. amalan guru masih sama dengan dasar kurikulum lama (KLSM) yang menekankan kaedah hafalan. Pembelajaran amali berupaya membantu pelajar membina pengetahuan sendiri. Kaedah ini dikatakan lebih senang dan tidak perlu menyediakan bahan . Aspek lain seperti pemahaman.

Pendekatan hafalan yang melibatkan pelbagai petua dan cara ringkas telah menyebabkan aktiviti pengajaran dan pembelajaran sains menjadi tidak bermakna (Ibrahim 1994). Guru juga lebih menekankan pembelajaran yang boleh meningkatkan prestasi sekolah daripada menumpukan kepada pembelajaran sepnjang hayat. Oleh itu kaedah ³Chalk and Talk´ digunakan kerana ia lebih menjimat masa dan peralatan tidak diperlukan. Menurut laporan Jemaah Nazir Sekolah (1996) masih terdapat kira-kira 25 % daripada guru-guru sekolah menengah yang masih kurang pengetahuan. Oleh itu satu kaedah pendekatan pengajaran yang berpusatkan pelajar ( inkuiri ) perlu diamalkan dalam pengajaran dan pembelajaran Salah satu lagi alasan yang menyebabkan murid kurang berminat subjek sains adalah kerana tanggapan yang negatif terhadap subjek itu sendiri. Tanggapan ini dibuat adalah berdasarkan kegagalan generasi terdahulu. Keadaan ini tentunya akan melahirkan pelajar yang hanya pandai mengingat tetapi jahil tentang sains dan tidak mampu menyelesaikan masalah harian yang melibatkan sesuatu konsep atau kemahiran berkaitan sains (Tengku Zawawi 1997). 'petua' dan 'hukumhukum' yang dicipta oleh guru tanpa mengetahui konsep sebenar (Tengku Zawawi 1999. salah tanggapan itu dapat diperbetulkan. Termasuk juga di kalangan guru-guru yang pernah mengikuti kursus orientasi KBSM. Aktiviti yang melibatkan pelajar secara aktif sangat terhad (Nik Azis 1992). Omar 1994. Pelajar menyatakan bahawa subjek sains adalah satu subjek yang sangat susah.bantu mengajar. Kini dengan adanya kaedah inkuiri. Murid-murid lebih banyak menghafal rumus. Amin 1993). Tanggapan ini tidak boleh . kefahaman dan kemahiran dalam pelajaran yang disampaikan mengikut kehendak dan keperluan KBSM.

kajian untuk menilai kesan pembelajaran inkuiri di sekolah amat sesuai dilaksanakan untuk melihat perubahan pencapaian pelajar di sekolah selepas perlaksanaan pendekatan pembelajaran inkuiri.3 1. menggalakan integrasi kumpulan dan membina perasaan positif diri dalam pembelajaran. Memberi kesan terhadap pencapaian pelajar secara signifikan berbanding dengan kaedah tradisional .4 Kerangka konseptual Tujuan Kajian Tujuan kajian ini ialah untuk menentukan sama ada penggunaan kaedah Pembelajaran Inkuiri dalam pembelajara Sains Tingkatan satu dapat : 1.diterima lagi memandangkan subjek sains adalah berpusatkan pelajar dan seperti yang diketahui banyak kajian yang menyatakn pembelajaran yang berpusatkan pelajar boleh menghasilkan pemahaman yang lebih baik dan pencapaian yang memuaskan. Oleh kerana pendekatan lama kurang memberi kesan maka guru perlu menggunakan pelbagai kaedah yang boleh menarik minat pelajar. 1. Kaedah pembelajaran inkuiri yang melibat secara langsung individu dalam aktiviti atau eksperimen sains akan mempertingkatkan keyakinan diri. Dalam beberapa kajian. Berdasarkan tinjauan yang dibuat di sekolah-sekolah menunjukan para pelajar tidak didedahkan dengan kaedah pembelajaran inkuri yang sebenar. menunjukan bahawa matlamat kumpulan dan individu memberi impak yang positif terhadap pencapaian mereka.

Memberi kesan terhadap pencapaian pelajar yang mempunyai tahap kecerdasan yang berbeza berbanding dengan kaedah tradisional 4. Adakah terdapat perbezaan terhadap pencapaian pelajar dalam pembelajaran . Memberi kesan terhadap pencapaian pelajar dalam topic pengembangan haba pembelajaran inkuiri penemuan berbanding dengan kaedah tradisional 1. Memberi kesan terhadap pencapaian pelajar tanpa mengira jantina berbanding dengan kaedah tradisional 3. Adakah terdapat perbezaan terhadap pencapaian pelajar dalam pembelajaran pengembangan haba tingkatan satu tanpa mengikut jantina menggunakan kaedah pembelajaran Inkuiri berbanding dengan kaedah tradisional.2. Adakah terdapat perbezaan terhadap pencapaian pelajar dalam pembelajaran pengembangan haba tingkatan satu menggunakan kaedah Pembelajaran Inkuiri berbanding kaedah tradisional. pengkaji telah mengenalpasti beberapa persoalan kajian antaranya : 1.4 Persoalan Kajian Berdasarkan kepada pernyataan masalah dan tujuan kajian. 3. 2.

beberapa hipotesis kajian turut diuji : Ho. 5.5 Hipotesis Kajian Berdasarkan persoalan kajian. Bolehkah mereka berfikir pada tahap yang tinggi menggunakan yang beza menggunakan kaedah Pembelajaran Inkuiri kaedah Pembelajaran Inkuiri untuk menyelesaikan masalah. 1. 4. Sejauh manakah kaedah Pemebelajaran Inkuiri berbanding dengan kaedah tradisional dapat memberi ransangan pembelajaran dan meningkatkan motivasi pelajar yang terlibat.pengembangan haba tingkatan satu di kalangan pelajar yang mempunyai tahap kecerdasan berbanding kaedah tradisional. 1 : Tidak terdapat perbezaan yang signifikan terhadap peningkatan pencapaian pelajar di antara pelajar yang mengikuti kaedah pembelajaran inkuiri berbanding dengan kaedah tradisional. Ho 2 : Tidak terdapat perbezaan yang signifikan terhadap peningkatan pencapaian pelajar tanpa mengira jantina yang mengikuti kaedah pembelajaran inkuiri berbanding kaedah tradisional Ho 3 : Tidak terdapat perbezaan yang signifikan terhadap peningkatan pencapaian pelajar di antara pelajar kecerdasan rendah yang mengikuti kaedah pembelajaran inkuiri berbanding kaedah tradisional .

guru-guru tentang keberkesanan penggunaan Kaedah Pembelajaran Inkuiri dalam mata pelajaran Sains.6 Kepentingan Kajian Matlamat yang ingin dicapai oleh guru adalah untuk memenuhi kehendak KBSM dan Falsafah Pendidikan Negara amnya. Kepada pihak PPD dan JPN akan dapat mengambil langkah proaktif memperkenal dan melaksanakan pendekatan kaedah Inkuiri ini di sekolah-sekolah khususnya untuk mata pelajaran Sains dan mata pelajaran lain amnya. Penggunaan kaedah pengajaran dan pembelajaran yang tidak berkesan akan memberi implikasi yang buruk terhadap pencapaian pelajar dan cita-cita falsafah Pendidikan Negara.Ho 4 : Tidak terdapat perbezaan yang signifikan terhadap peningkatan pencapaian pelajar di antara pelajar kecerdasan sederhana yang mengikuti kaedah pembelajaran inkuiri berbanding kaedah tradisional Ho. dapatan kajian ini juga akan menjadi pendorong kepada guru-guru mata pelajaran lain untuk mencuba pendekatan kaedah Inkuiri ini. . Di samping itu ia akan memberi peluang dan pengalaman kepada guru-guru Sains untuk mengetahui dan mempelajari teknik-teknik yang digunakan dalam kaedah Pembelajaran Inkuiri. Diharap dapatan kajian ini akan memberi maklumat kepada pihak-paihak berkenaan sperti pentadbir sekolah. 5 : Tidak terdapat perbezaan yang signifikan terhadap peningkatan pencapaian pelajar di antara pelajar kecerdasan tinggi yang mengikuti kaedah pembelajaran inkuiri berbanding kaedah tradisional 1. Selain daripada itu.

7 Batasan Kajian Kajian ini meninjau keberkesanan kaedah inkuiri khususnya amali dalam matapelajaran sains tingkatan satu melalui topic pengembangan haba. Kedah Darul Aman. 1. memperhebatkan. Kajian ini hanya terbatas bagi pelajar dua kelas yang terpilih iaitu seramai 80 pelajar yang terdiri daripada 40 pelajar lelaki dan 40 pelajar perempuan.Daripada dapatan ini juga diharap perancang kurikulum atau perancang modul pembelajaran memberi penekanan terhadap penggunaan pendekatan Pembelajaran Inkuiri.Tempat kajian dipilih berdasarkan kekangan masa dan pengurusan. Pelajar Tingkatan Satu : Pelajar yang belajar dalam tingkatan satu peringkat menengah rendah. Kajian ini juga terbatas di Sekolah Menengah Kebangsaan Tengku Laksamana. Meninggikan kedudukan. ( Kamus Dewan ). 1.8 Definisi Istilah Meningkatkan : tahap yang lebih tinggi. apa yang dicapai atau diperolehi. ( Kamus Dewan Edisi Kedua ) Pencapaian : Prestasi. Jalan Kuala Kedah. pencapaian dalam kajian ini merujuk kepada prestasi atau yang diperolehi berdasarkan ujian pra dan pos. meninggikan ke .

Zamri Sabran.9 Kesimpulan Kajian ini bertujuan untuk mengkaji keberkesanan penggunaan kaedah Inkuri penemuan dalam pengajaran dan pembelajaran dalam tajuk ³Pengembangan Haba´ mata pelajaran Sains KBSM tingkatan satu.1 Pengenalan Pengajaran sains adalah seperti mengajar mengenai sesuatu yang wujud disekeliling kita. Manusia mempunyai perasaan ingi tahu lebih.lebih lagi terhadap apa saja yang ada disekeliling mereka. BAB 2 TINJAUAN LITERATUR 2. Perasaan inilah yang menjadikan manusia . 1. 1994). Para pelajar akan dapat melaksanakan aktiviti mengikut langkah-langkah yang disampaikan dalam sesi pengajaran dan pembelajaran dengan lebih efektif.Kaedah Inkuiri Penemuan : Salah satu pendekatan penyelesaian masalah yang disusun khas supaya sesuatu yang ditujukan kepda pelajar akan menjadi cabaran kepada mereka untuk menyelidik dan meneliti secara lebih mendalam. ( Mohd.

pendidikan sains moden ialah proses yang mendidik pelajar berhubung sifat sains yang tidak muktamat dan boleh lentur. Perasaan inkuiri ini akhirnya akan membawa kepada penemuan demi penemuan. Perasaan inkuiri yang hadir dalam diri pelajar sejak lahir perlu diperkembangkan dalam proses mencari jawapan ataupun penemuan.suka mengkaji dan menggunakan pengetahuan tersebut untuk kesejahteraan hidup. Pembelajaran inkuiri. Berdasarkan epistemology. Penolakan hipotesis itu menunjukan bahawa ilmu dalam bidang sains boleh diperbaharui dan diformulasikan semula berdasarkan penemuan bru yang diperolehi daripada kaedah saintifik (Martin 1985). Konstruktif merujuk bagaimana individu membina pengetahuan sendiri dan bukan hanya menerima pengetahuan orang. 2.2. Ketika itu ramai yang beranggapan bahawa beluncas (larva) terhasil secara spontan daripada daging yang sedang mereput . telah melaksanakan telah ujikaji ringkas untuk membuktikan benar. Redi Ujikajinya membuktikan hipotesisnya kemudiannya menolak andaian yang diyakini oleh orang ramai ketika itu berhubung dengan penghasilan beluncas. Kaedah inkuiri Penemuan adalah satu pendekatan penyelesaian masalah yang disusun khas supaya sesuatu yang ditujukan kepada pelajar akan menjadi . Redi kemudiannya hipotesisnya. Sifat sains ini ditunjukan oleh sejarah yang memperihalkan bagaimana teori yang diusulkan oleh Francisci Redi telah menolak hipotesis yang diyakini oleh kebanyakan orang dikala itu. Mencari jawapan dalam sains melibatkan proses membina pengetahuan atau konstruktif.

Oleh yang demikian. idea dan .Ini bermakna menggunakan kaedah inkuri ±penemuan dalam pengajaran akan membolehkan pelajar mengambil peranan matematik mengenai strategi pengajaran yang mereka amalkan menunjukan bahawa guru pakar akan sentiasa menyediakan aktiviti pengajaran dan pembelajaran yang strategi yang mencari dan menemukan fakta melalui kaedah sainstifik yang mereka lakukan sendiri.3 Tinjauan kajian lepas. Apabila mereka bertemu dengan objek . Melalui langkah ini ahli sains berupaya memperolehi ilmu baru dan menolak data sains yang ditemui sebelum ini.cabaran mereka untuk menyelidik dan meneliti secara mendalam.Pelajar memilih dan mengintepresikan maklumat. beliau telah memperkenalkan pembelajaran penemuan. Brunner (1960) telah menekankan bahawa pembelajaran merupakan satu proses dimana pelajar membina idea baru atau konsep berasaskan kepada pengetahuan semasa mereka. Ini bermakna pelajar seharusnya membina hipoesis berhubung sesuatu perkara yang ingin dikajinya. pelajar dapat memahami sifat sins yang didak muktamat dan boleh lentur. membina hipotesis dan membuat keputusan yang melibatkan pemikiran mental (struktur kognitif seperti skema dan model mental) memberi makna dan pembentukan pengalaman yang membolehkan individu ³melangkau maklumat yang diberikan´ Hasil daripada pendekatan ini. Brooks & Brooks (1993) Menyatakan bahawa pelajar membina makna tentang dunia dengan mensintesiskan pengalaman baru kepada apa yang mereka fahami sebelum ini. kemudian menguji hipotesis untuk menunjukan kebenarannya. Mereka membetuk peraturan melalui refleksi tentang interaksi mereka dengan objek dan idea.(Martin 1985) 2. dijangkakan melalui pendekatan pembelajaran inkuiri.

gerak balas emosi dari aspek disiplin kerja dan hasil penglaman dalam alam sekitar. Ini bermakna proses pengajaran akan berjalan lancar sekiranya pelajar berminat dengan subjek dan kaedah yang dijalankan. Apabila seseorang itu berminat dengan apa yang dilakukannya.(S.perkaitan yang tidak bermakna kepada mereka. 1994) Fryland (1994) dalam Omardin (1999).1991. maka beliau akan bersedia belajar dengan tekun sehingga mencapai apa yang dicita. Oleh itu minat berkait rapat dengan desakan .pelajar lebih berminat dengan pengajaran apabila guru yang fleksibel dan mempelbagaikan strategi pengajaran yang digunakan dibilik darjah. menyatakan minat yang timbul dalam setiap diri pelajar akan mempengaruhi proses pembelajaran. Menurutnya lagi Jikalau seseorang itu berminat walaupun mempunyai kebolehan yang sederhana ia kan menghsilkan produk yang lebih baik berbanding dengan orang yang tidak mempunyai minat. maka mereka akan mengintepretasikan apa yang mereka lihat secocok dengan peraturan yang telah mereka bentuk atau mereka akan menyesuaikan peraturan mereka agar dapat meerangkan maklumat yang baru ini dengan lebih baik. Jika guru dapat menimbulkan minat pelajar yang diajar serta menimbulkan minat pelajar untuk membuat latihan. Menurut Zahari (1992) .citakan.Sukumaran . Burden dan Byrd.motif. Pelajar. Menurut Crow dan Crow (1983) minat merupakan daya pengerak yang mendorong kita supaya memberi perhatian kepada seseorang. . maka latihan yang disediakan akan menjamin mutu pembelajaran dan meningkatkan pencapaian. benda atau kegiatan. Ia boleh merupakan pengalaman berpengaruh yang telah dirancang oleh kegiatan itu sendiri.

Kajian deskriptif ini dilakukan dengan menggunakan kaedah perbandingan skor. penyelidikan deskriptif bermatlamat untuk meneroka sesuatu bidang yang belum atau kurang diterokai. Menurut Majid (1993).2 Reka bentuk kajian. Bab ini juga menerangkan mengenai kajian dan peringkat pengumpulan data hingga keperingkat penganalisan dan pentafsiran. prosedur kajian. BAB 3 METODOLOGI KAJIAN 3.Kesimpulan Berdasarkan kajian literature. didapati kaedah inkuri dapat menghasilkan pengajaran dan pembelajaran yang berkesan bukan sahaja dari segi menguasai tajuk yang diajar tetapi melahirkan interaksi yang baik diantara pelajar. 3.Best dan Kahn (1998) pula . Kajian oleh pakar psikologi tentang perlakuan atau tingkahlaku dan pemikiran pelajar adalah satu proses untuk mengembangkan potensi dan kemahiran individu dalam bidang tertentu.1 Pengenalan Tujuan bab ini adalah untuk membincangkan pelbagai prosedur metadologi yang digunakan untuk mengumpul data. analisis data dan kaedah pengajaran. Kajian ini bertujuan utuk menentukan keberkesanan pengajaran dan pembelajaran dengan menggunakan kaedah inkuiri dalam topic pengembangan haba tingkatan satu sains.

keberkesanan dan corak yang dibangunkan.Mereka terdiri daripada 40 lelaki dan 40 perempuan. Selepas itu kumpulan eksperimen akan diberikan amali dengan kaedah inkuiri tetapi kumpulan kawalan akan diajar menggunakan kaedah biasa yang digunakan oleh guru sebelumnya. 3. Soalan bagi ujian pos adalah sama dengan soalan pra tetapi susunan soalan telah ditukarkan. akan dibahagikan kepada dua kumpulan satu kumpulan eksperimen dan satu kumpulan kawalan. Graf bar digunakan untuk membandingkan keputusan skor ujian pra dan ujian pos.Pelajar yang mendapat gred A. Pengkaji membuat dua ujian iaitu ujian pra dan ujian pos. Perbandingan skor diambil kira untuk mengukur tahap kefahaman pelajar.3 Populasi dan sample. dan E. . C. Selepas ujian pra pengkaji menyusun semula pelajar agar tahap pencapaiannya adalah sekata . maklumat demografi. Penilaian deskripsi berguna untuk menilai sikap. Ini disokong oleh Gray (1996) bahawa kajian deskripsi melibatkan data dalam usaha menguji hipotesis atau menjawab persoalan kajian dengan melihat status semasa terhadap perkara yang dikaji. Kedah Darul Aman.buku rujukan yang sedia ada. Soalansoalan bagi soalan pra dan pos diambil daripada buku.Setiap kumpulan akan diajar tentang topic pengembangan haba. Jumlah sample diambil daripada 2 kelas yang berbeza yang telah dibahagikan dalam kumpulan selepas ujian pra.menyatakan bahawa kajian deskripsi dapat menerangkan dan menjelaskan apa sebenarnya berlaku. Ia juga menjelaskan keadaan atau perhubungan. pendapat pada proses yang berlaku. Jalan Kuala Kedah. Kajian ini dijalankan keatas 80 pelajar tingkatan satu Sekolah Menengah Tengku Laksamana. Selepas itu ujian pos akan dijalankan. Begitu juga dengan pelajar gred B. D. suasana dan prosedur.

Maklumat yang dikehendaki meliputi nama .Penganalisis data dibuat berdasarkan hasil pembelajaran topic pengembangan haba. penganalisaan.6 Kesimpulan . Borang maklumat pelajar mengandungi maklumat tentang latar belakang sample kajian..4 Instrumen Kajian Dalam kajian ini instrument kajian pelajar terdiri daripada borang maklumat pelajar. jantina bangsa dan markah ujian bulan lepas. Data yang diperolehi adalah bahan mentah seterusnya dianalisa untuk mendapatkan ilmu dan maklumat yang berguna.5 Prosedur Analisis Data Menurut Majid (1994) Pemprosesan data merupakan teknik untuk pengumpulan. Perbadingan ini dimasukan kedalam graf bar agar lebih jelas lagi.3. 3.Kertas ujian pra dan pos pula mengandungi 20 soalan objektif dan 2 soalan ujikaji yang mengandungi 4 pilihan jawapan. 3.0. Data ± data yng diperolehi dianalisis menggunakan perisian µStatistical For Social Science¶ (SPSS) For Windows Release 10. penyimpanan dan pengeluaran data. Perbandingan juga dibuat antara pelajar lelaki dan perempuan antara kumpulan eksperimen dan kumpulan kawalan.Susunan soalan bagi ujian pra dan pos akan diubahsuaikan agar pelajar tidak mengetahui corak jawapannya.Statik deskriptif dilakukan dengan menentukan min dan peratusan untuk dibuat perbandingan diantara ujian pra dan ujian pos. 2 kertas ujian iaitu ujian pra dan ujian pos. 2 Soalan ujikaji adalah soalan bercorak struktur yang akan menguji tahap kefahaman pelajar.Penganalisaan data kuantitatif dilakukan .

prosedur pengumpulan data dan analisis data. rumusan dibuat oleh pengkaji dengan menggunakan dapatan yang diperolehi. instrumen kajian.data yang diperolehi boleh membantu pengkaji bagi menentukan keberkesanan kaedah inkuiri melalui ujian pra dan ujian pos dalam pengajaran dan pembelajaran.Akhir sekali . Bab ini menjelaskan tentang metodologi yang digunakan untuk membuat kajian termasuklah rekabentuk kajian. Diharapkan data.populasi dan sampel . .

Sign up to vote on this title
UsefulNot useful