KAEDAH PENGAJARAN BAHASA MELAYU SEKOLAH RENDAH (BMM3117

)

1.0

PENGENALAN Dalam kehidupan sehari-harian, kita menggunakan bahasa sebagai alat

perhubungan untuk berkomunikasi dengan orang di sekeliling kita. Bahasa menjadikan urusan kita menjadi mudah dan tanpa bahasa, kita tidak dapat berkomunikasi dengan orang lain bagi menyampaikan kehendak, perasaan, pendapat, pengalaman, buah fikiran, pengalaman, pengetahuan, mendapatkan informasi dan menambahkan ilmu pengetahuan serta memahami orang lain di sekeliling kita. Tanpa bahasa siapalah kita, kerana bahasa melambangkan bangsa. Secara formalnya, pembelajaran bahasa berlaku di sekolah. Pendidikan menjadi wadah utama dalam proses pengajaran dan pembelajaran. Hal ini menyebabkan penguasaan bahasa adalah lebih ketara dalam bidang pendidikan yang penuh dengan cabaran ini. Bahasa digunakan dalam interaksi lisan antara guru dengan murid. Ini jelas dibuktikan dalam Sukatan Pelajaran Bahasa Melayu sekolah rendah dan sekolah menengah. Aspek-aspek kemahiran bahasa amatlah ditekankan melalui aktiviti-aktiviti dan kemahiran yang dilaksanakan oleh guru-guru. Objektifnya ; untuk memastikan setiap pelajar dapat menguasai kebolehan mendengar, bertutur, membaca dan menulis dengan baik dan lebih mantap bagi melahirkan barisan generasi baru yang celik ilmu selari dengan kehendak Falsafah Pendidikan Kebangsaan. Oleh yang demikian, sudah tentu sekali guru bahasa Melayu memainkan peranan yang penting bagi menggalas tanggungjawab menyampaikan pengajaran bahasa dengan berkesan agar pelajar dapat menguasai bahasa dengan baik. Guru juga menjadi medium penentu kejayaan pelajar dalam penguasaan bahasa. Ab. Rahman Ab. Rashid, Yap Kim Fatt dan Ab. Rahim Selamat (1997) menggariskan empat peranan guru bahasa Melayu iaitu sebagai perancang pengajaran dan pembelajaran; penggerak dan pendorong pengajaran dan pembelajaran; pembimbing murid; dan pemupuk semangat dan pembentuk sahsiah murid. Justeru, pembentukan guru-guru bahasa yang dikehendaki dan dapat

melaksanakan peranan dan tanggungjawab seperti yang disebutkan hendaklah bermula daripada peringkat institut. Guru-guru pelatih hendaklah didedahkan dengan pelbagai kaedah pengajaran bahasa yang sesuai untuk diaplikasikan di dalam pengajaran dan pembelajaran apabila mereka sudah bergelar guru suatu hari nanti.
1

KAEDAH PENGAJARAN BAHASA MELAYU SEKOLAH RENDAH (BMM3117)

Oleh itu, pelaksanaan kursus Kaedah Pengajaran Bahasa Melayu Sekolah Rendah ( BMM 3117 ) adalah satu usaha yang amat berguna kepada setiap guru pelatih bagi mempersiapkan bekalan mereka untuk mengajar anak-anak murid pada masa akan datang. Dalam tugasan kerja kursus projek Kaedah Pengajaran Bahasa Melayu Sekolah rendah ini, mengenalpasti teori-teori huraian dan pemerolehan bahasa, definisi dan konsep strategi, pendekatan, kaedah dan teknik yang menarik dalam pengajaran bahasa serta menyediakan satu penyediaan hendaklah Rancangan Pengajaran Harian.

Rancangan

Pengajaran

Harian

disediakan

dengan

mengambilkira

pendekatan, kaedah dan teknik yang menarik untuk diaplikasikan dalam satu sesi pengajaran selama 60 minit. Objektif tugasan ini adalah termasuk dalam modul pembelajaran kursus Kaedah Pengajaran Bahasa Melayu Sekolah Rendah ini. 2.0 TEORI-TEORI HURAIAN BAHASA

Pengajaran bahasa merupakan tugas amali yang kompleks. Hal ini kerana ianya digunakan untuk menyelesaikan masalah-masalah pengajaran dan pembelajaran. Dalam mendefinisikan bahasa, para ahli linguistik telah memberi pandangan yang berbeza-beza berdasarkan kajian yang telah mereka lakukan. Tiap-tiap mereka telah mentakrifkannya dengan susunan perkataan dan ayat yang berlainan. Walau apa pun yang telah diperkatakan oleh tiap-tiap definisi itu, dapatlah dikatakan bahawa konsep tatabahasa itu merupakan satu set peraturan yang terdapat dalam sesuatu bahasa. Terdapat empat teori huraian bahasa yang telah digunakan dalam pengajaran dan pembelajaran iaitu teori tradisional (Panini), teori analisis struktural (Bloomfield), teori analisis transformasi-generatif (Chomsky) dan teori fungsional (Halliday).

2

KAEDAH PENGAJARAN BAHASA MELAYU SEKOLAH RENDAH (BMM3117)

2.1

Teori tradisional ( Panini ) Teori huraian bahasa yang pertama yang akan dibincangkan ialah teori

tradisional yang dikonsepsikan oleh Panini bermula pada sejak zaman silam Yunani iaitu abad ke-5 S.M. Tatabahasa pd masa ini adalah salah satu cabang falsafah yg membantu ahli falsafah mengkaji tabii alam. Teori ini kemudiannya berkembang ke Eropah pada zaman pertengahan dan seterusnya meresap ke dalam beberapa bahasa lain. Huraian tatabahasa yang dibuat oleh ahli-ahli falsafah Yunani ini adalah berasaskan logika. Plato (429-437 S.M) telah membahagikan golongan kata kepada dua iaitu kata nama dan perbuatan. Pembahagian ayat adalah berdasarkan fungsi bahagian ayat tersebut. Ayat didefinisikan sebagai ucapan yang mengandungi fikiran yang lengkap. Susunan ayat dibuat bertujuan untuk menempatkan bahagian-bahagian ayat yang berhubung antara satu sama lain. Bahagian-bahagian itu dikenali sebagai subjek, predikat, objek dan keterangan. Istilah-istilah seperti aktif, pasif, transitif juga wujud sebagai akibat kecenderungan untuk mencari kenyataan dan hubungan logika dalam ayat. Tatabahasa tradisional dikatakan bersifat nasional iaitu pendirian yang menganggap ada kategori-kategori bahasa yang universal dan kategori ini dijadikan asas penggolongan kata dan sebagainya. Di samping itu juga, teori ini dikatakan tidak mempunyai µtheoretical framework¶ yang memuaskan. Secara ringkasnya teori

tradisional boleh disimpulkan dengan bersifat nasional dan tidak mengikut konsep formal atau struktur, terdapat campur aduk antara kategori semantik dengan nahu, tidak mempunyai pola morfologi atau sintaksis tetap yang boleh digunakan sebagai dasar untuk menerbitkan pelbagai struktur, tidak mempunyai pemeringkatan atau pemilihan bahan sama ada gramatikal atau leksikal, berasaskan yang mudah atau yang kompleks serta kekerapan dan kenyataan butir-butir yang hendak diajar. Dalam teori tradisional ini, ayat-ayat dibina dengan menggunakan konsep µword building¶ manakala dalam menghuraikan bahasa, tatabahasa tradisional bersifat preskriptif, humanistik dan normatif. Terdapat juga ciri-ciri tertentu tentang huraian bahasa yang dibuat oleh ahli-ahli bahasa tradisional. Ahli bahasa zaman ini berpendapat bahawa bahasa dapat
3

KAEDAH PENGAJARAN BAHASA MELAYU SEKOLAH RENDAH (BMM3117)

dihuraikan berasaskan tatabahasa sejagat yang berasaskan tatabahasa Yunani dan Latin. Mereka juga menganggap bahawa bahawa bahasa-bahasa yang terbit di dunia ini merupakan variasi daripada kedua-dua bahasa tersebut.

Selain daripada itu, teori ini tidak mementingkan pemilihan dan pemeringkatan bahan-bahan pengajaran sama ada bahan-bahan itu gramatik atau leksikon; iaitu daripada yang mudah kepada yagn lebih rumit. kekerapan dan kebolehan pengajaran Bahasa menurut teori ini pula adalah suatu organisma iaitu ia hidup dan berubah. Manakala, bahasa adalah tulisan dan rakaman bahasa dalam bentuk tulisan adalah bentuk yang tulen dan percakapan merupakan kedua terpenting. Bahasa juga adalah konvensional, dicipta, dinamik, progresif, dan beragaman mengikut tujuan dan objektif penggunaannya.

Di samping itu, huraian bahasa pula tidak dibuat berasaskan unsur-unsur struktural yang terdapat dalam sesuatu bahasa. Sebaliknya bahasa dibuat berasaskan anggapan disiplin lain yang tidak ada kaitan dengan bahasa, contohnya falsafah, logik, epistomologi dan lain-lain. Contohnya dalam huraian tatabahasa bahasa Melayu dibuat berasaskan tatabahasa tradisional ialah kata nama am. Menurut Pelita Bahasa Melayu Penggal 1, 1954 halaman 83, kata nama am didefinisikan sebagai; µ...... nama yang dipakai bagi menyebut segala benda yang sejenis (satu aneka) asalkan sama keadaannya dan sifatnya seperti budak, negeri, kitab.....¶ Huraian di atas berbentuk tanggapan, tetapi huraian kata sifat pula berasaskan fungsi. ..... segala perkataan yang menerangkan atau menunjukkan sifat sesuatu nama atau perbuatan atau lain-lainnya seperti besar, bodoh, pandai, segera, selalu..... (Pelita Bahasa Melayu, Penggal 1, 1954:72)

4

KAEDAH PENGAJARAN BAHASA MELAYU SEKOLAH RENDAH (BMM3117)

Kategori tatabahasa ini dirumuskan kepada tiga fungsi iaitu; i. ii. Kategori utama iaitu golongan kata, Kategori-kategori sampingan- kala,mood,kasus infleksi, gender dan sebagainya dan iii. Kategori-kategori tugas- subjek, predikat, objek dan sebagainya.

Plato (429-397SM) mengemukakan golongan kata itu dibahagikan kepada dua bahagian iaitu; nama dan perbuatan. Nama ialah kata yg mempunyai fungsi sebagai subjek dalam ayat manakala perbuatan merupakan kata yang dapat memberikan gambaran tindakan. Ahli falsafah juga mentafsirkan ayat sebagai ucapan yang mengandungi fikiran yang lengkap. Tatabahasa tradisional telah melahirkan analisa tradisional yang bersifat preskriptif iaitu bertujuan menetapkan peraturan untuk penggunaan yang betul. Ia mengutamakan pelajar menghafaz peraturan tersebut. Dari segi analisa ayat pula, ia mementingkan penjenisan kata. Deskriptif menekankan morfologi dan pembinaan perkataan manakala preskripsi struktur dan bentuk mestilah dielakkan. Pada keseluruhannya kajian-kajian ahli bahasa tradisonal adalah bersifat deduktif yang mengutamakan pembentukan hukum-hukum sesuatu bahasa. Mereka juga telah membentuk tatabahasa normatif yang mengandungi hukum-hukum bahasa yang mesti dikuasai oleh pelajar-pelajar supaya mereka dapat menggunakan bahasa dengan betul.

2.2

Teori Stuktural ( Bloomfield )

Sejarah pertumbuhan tatabahasa struktural ini sering dikaitkan dengan tumbuhnya linguistik empiris yang dianggap sebagai linguistik ilmiah di Amerika pada tahun 1930-an yang kemudiannya berkembang luas kira-kira antara tahun 1940-an
5

KAEDAH PENGAJARAN BAHASA MELAYU SEKOLAH RENDAH (BMM3117)

hingga 1950-an. Pelopor utama teori ini ialah Leonard Bloomfield yang terkenal dengan bukunya yang bertajuk Language (1933). Pada zaman itu, buku ini didapati paling baik dalam menghuraikan ilmu linguistik. Justeru, buku ini dianggap sebagai µBible of Amrican Linguistics¶.

Teori linguistik yang telah dikemukakan oleh Bloomfield ini kemudiannya merebak ke Eropah. Pengaruh Bloomfield ke atas linguistik di Amerika dan Eropah amat kuat sehinggakan dalam tempoh beberapa tahun setelah terbitnya buku Language itu, Bloomfield telah menjadi pakar rujuk dalam kajian bahasa yang paling berjaya dalam menghuraikan bahasa yang pernah dibuat pada zaman tersebut.

Aliran struktur ini juga dikenali dengan nama µtaxonomic¶ atau µBloomfieldian¶. Ia muncul sebagai tentangan kepada cara-cara penyelidikan yang dijalankan oleh aliran tradisional.Teori analisis struktural ini merupakan teori yang bertentangan dengan cara penyelidikan yang dibuat oleh aliran tradisional. Perkara yang ditentang kuat oleh mereka ialah dasar nasional yang digunapakai oleh para ahli bahasa aliran tradisional untuk membentuk kategori-kategori bahasa dan pegangan bahawa semua bahasa mempunyai kategori universalnya. Antara ahli-ahli bahasa yang menganuti aliran ini ialah de Saussure, Bloomfield, Otto Jespherson, Harris dan lain-lain lagi.

Aliran struktural mengkaji bahasa sebagai lambang-lambang pertuturan. Datadatanya terdiri daripada bunyi-bunyi bahasa yang dikeluarkan oleh penutur asli daripada bahasa yang hendak diselidiki. Tujuannya ialah untuk membuat kenyataan am yang berkaitan dengan stuktur-struktur pada data ini dan ia akan mengkaji kenyataankenyataan am berasaskan data itu sahaja. Mereka menggunakan istilah bahasa bagi merujuk kepada sistem yang diandaikan dn ujaran (speech) untuk merujuk kepada ucapan yang dikeluarkan oleh penutur asli.

Aliran ini juga mengkaji bahasa secara deskriptif dan menganggap bahasa sebagai satu sistem bunyi pertuturan yang arbitari iaitu berkaitan dengan sifat bahasa yang menunjukkan tiadanya kepadanan fizikal yang semula jadi antara bentuk bahasa
6

KAEDAH PENGAJARAN BAHASA MELAYU SEKOLAH RENDAH (BMM3117)

dengan entiti sebenar untuk menyatakan sesuatu objek, keadaan atau konsep. Ia juga digunakan dalam perhubungan manusia dan kajiannya bersifat saintifik dan empirikal. Tegasnya, huraian bahasa menurut teori ini adalah semata-mata berdasarkan fakta yang tidak dilihat. Jadi pendekatan yang digunakan bagi ahli-ahli teori ini ialah pendekatan deduktif. Manakala bahasa yang dianalisis adalah bahasa lisan.

Huraian tatabahasa struktural bersifat formal dan tidak mengambil kira kategori psikologi, logika dan metafizik. Peringkat tatabahasa bermula daripada bunyi dan diikuti oleh morfem, frasa, klausa dan ayat serta unsur supra segmental. Penggolongan kata yang dibuat berasaskan distribusi dan fungsi setiap unit linguistik. Kata dibahagikan mengikut kelas. Ayat dipecahkan mengikut konstituen. Konstituen yang paling kecil ialah perkataan, diikuti oleh frasa, klausa, subjek dan predikat. Terdapat pelbagai cara boleh digambarkan bagi mununjukkan hubungan konstituen dalam sesuatu konstruksi salah satunya ialah mengikut Fries, dalam bukunya yang berjudul The introduction to the Construction of English Sentences, 1957, beliau telah menggunakan µhierarchical bracketing¶. Nida pula menggunakan lambang anak panah dan pangkah untuk menandakan hubungan yang tertentu antara bahagian dalam ayat. Manakala menurit Nelson Francis pula beliau menggunakan µChinese box¶ untuk menjelaskan maksud tersebut. Antara ciri-ciri tatabahasa struktur ialah; i. Tatabahasa struktur membuat kajian bahasa secara objektif yang padanya penggolongan kata dan peraturan-peraturan kajiannya berasaskan analisis struktur yang terdapat pada fonologi, morfologi dan sintaksis. Dalam hal ini, ia telah menunjukkan bagaimana filtur-filtur bahasa yang penting berkait antara satu sama lain. ii. Ia hanya melibatkan fakta-fakta bahasa yang dapat dilihat sahaja dan tidak melibatkan faktor-faktor yang bukan linguistik serta perkara-perkara yang tidak dapat diamati. iii. Ia menghindarkan faktor-faktor yang berkaitan dengan psikologi, logika dan metafizikal.
7

KAEDAH PENGAJARAN BAHASA MELAYU SEKOLAH RENDAH (BMM3117)

iv.

Tatabahasa struktur membezakan pelbagai peringkat analisis seperti peringkat morfologi dan sintaksis. Pada peringkat morfologi, sesuatu kata itu dapat digolongkan dalam kelas kata tertentu tetappi pada peringkat sintaksis penentuan kelas itu harus dibuat dengan berdasarkan pada kedudukannya dalam ayat.

v.

Ia mengkaji semua ujaran dengan maksud untuk meghuraikan ciri-ciri bentuk lain yang berbeza.

vi.

Teori penguasaan dan pembelajaran bahasanya berdasarkan teori psikologi aliran behaviurisme.

vii.

Tidak mementingkan makna dalam analisis bahasa.dengan kata lain kajiannya bersifat formal.

viii.

Tumpuan aliran ini adalah semata-mata kepada struktur permukaan ( surface structure ) iaitu penganalisisan yang memecahkan bahagian-bahagian dalam sesuatu ayat kepada konstituen-konstituennya, iaitu sintaksis dihurai berdasarkan konstituen terdekat.

Aliran struktural menggunakan hubungan terdekat untuk menganalisis ayat atau sintaksis. Mereka menganggap bahawa ayat atau binaan sintaksis merupakan suatu konstruksi. Teori ini membuat kajian tentang bahasa secara objektif dengan membuat penggolongan kata dan peraturan-peraturan kajiannya berasaskan analisis struktural yang terdapat pada aspek fonologi, morfologi, dan sintaksis. Secara ringkasnya teori ini boleh disimpulkan sebagai satu teori yang hanya menyatakan fakta-fakta bahasa yang dapat dilihat sahaja, tidak melibatkan faktor-faktor bukan linguistik dan perkara-perkara yang tidak diamati, membezakan pelbagai peringkat analisis, mengkaji semua bentuk ujaran dengan maksud menghuraikan ciri-ciri bentuk lain yang berbeza dan tidak mementingkan makna dalam analisis bahasa.

8

KAEDAH PENGAJARAN BAHASA MELAYU SEKOLAH RENDAH (BMM3117)

2.3

Teori Transformasi-Generatif ( Chomsky )

Dipelopori oleh Noam Chomsky dari Massachussetts Institute of Technology, USA. Ia bermula pada tahun 1957 dengan terbitnya sebuah buku berjudul µSyntactic Structures¶ . Sejak tahun 1957 banyak perubahan yang berlaku pada teori Transformasi Generatif sehinggalah terbitnya dikonsepsikan pada tahun 1957 sebuah lagi buku Noam Chomsky yang bertajuk dengan menggunakan Model Teori Struktur

Aspect of the Theory of Syntax (1965). Peringkat perkembangan pertama teori ini Sintaksis yang terdiri daripada rumus struktur frasa, tranformasi dan fonologi. Peringkat kedua, menggunakan Extended Standard Theory ( EST ) yang terdiri daripada komponen sintaksis, semantik dan fonologi. Perbezaan antara kedua-duanya ialah pada semantik. Perbezaan kedua-dua peringkat ini terletak pada semantik. Disinilah timbulnya Selectional Rules dan Strict Sub-Categorization Rules bergantung kepada konsep nahu. Selectional Rules menghuraikan kehadiran kata semata-mata berdasarkan perhubungan kata, sementara Strict Sub-Categorization Rules bergantung kepada konsep nahu. Teori ini menyatakan bahawa seseorang penutur asli suatu bahasa mempunyai kecekapan bebahasa yang dikenali sebagai(competence). Keadaan ini ditafsirkan sebagai mengandungi satu set rumus yang sifatnya explisit. Dengan adanya set rumus ini membantu penutur asli membentuk serta memahami berbagai ayat dalam bahasanya. Penutur asli boleh membezakan berbagai jenis struktur ayat, boleh mengenali sama ada ayat itu gramatis atau tidak, boleh membentuk, mengenali dan memahami ayat yang terkira jumlahnya. Kebolehan ini dikaitkan dengan persepsi intuitif seorang penutur terhadap sesuatu yang disebut sebagai struktur dalaman. Melalui struktur dalaman ini, penutur asli boleh mengenali ayat yang berprafrasa dan ayat yang punyai unsur ketaksaan. Ayat berprafrasa terdiri daripada dua ayat yang berlainan struktur permukaannya, tetapi mempunyai struktur dalaman yang sama. Contohnya;
9

KAEDAH PENGAJARAN BAHASA MELAYU SEKOLAH RENDAH (BMM3117)

a) b)

anjing mengejar kucing kucing dikejar anjing

Kedua-dua ayat di atas mempunyai pengertian yang sama. Oleh itu ia dinamakan sebagai ayat yang berprafrasa. Ayat yang mempunyai unsur ketaksaan ialah ayat yang mempunyai satu struktur permukaan tapi mempunyai dua atau lebih struktur dalaman. Contohnya : a) b) Ibu kepada Cong,iaitu nenek Ali telah mati. Kedua ibu dan bapa Cong telah mati.

Teori ini mengandaikan terdapat dua peringkat struktur ayat iaitu struktur dalaman dan struktur permukaan. Ia juga mengandaikan rumus tatabahasa menjadi sebahagian daripada unsur kecekapan berbahasa bagi seseorang individu. Fonologi menentukan representasi fonetik untuk sesuatu ucapan manakala semantik merujuk representasi semantik. Antara kedua-dua ini, wujud sintaksis tatabahasa. Ciri-ciri tatabahasa tranformasi-generatif adalah berasaskan teori psikologi koda kognitif yang termasuk dalam aliran mentalis. Aliran ini mempercayai bahawa pembelajaran dan penguasaan bahasa merupakan proses mental yang bertunggakkan Alat Pemerolehan Bahasa (LAD). Dalam melakukan huraian terhadap bahasa, teori ini menggunakan sistem rumus. Sistem ini melibatkan penggunaan dua set peraturan sintaksis iaitu peraturan frasa dan transformasi. Teori ini mementingkan semantik dalam

menghasilkan kajian dan menganalisis bahasa berasaskan ciri-ciri rasional.

Rumus Struktur Frasa Leksikal

Struktur dalaman

Rumus transformasi Struktur permukaan Reprensentasi semantik

Komponen fonologi Komponen semantik

Reprensentasi fonetik

Rajah 1.1 Komponen Sintaksis
10

KAEDAH PENGAJARAN BAHASA MELAYU SEKOLAH RENDAH (BMM3117)

Dalam rajah di atas, komponen fonologi menentukan representasi fonetik untuk suatu ucapan, komponen semantik merujuk kepada representasi semantik. Antara kedua-dua ini terdapat apa yang disebut sebagai komponen sintaksis tatabahasa. Oleh sebab itu, bunyi dan makna adalah berkaitan melalui peraturan sintaksis yang berkait dengan struktur dalaman yang bertindak sebagai input kepada peraturan semantik dan struktur prmukaan bertindak sebagai input kepada peraturan fonologi. Rumus struktur frasa berfungsi melahirkan rajah-rajah pohon yang menunjukkn hubungn gramatis (subjek,predikat,objek dan lain-lain) antara berbagai kata yang terdapat pada sesuatu ayat dasar. Berdasarkan penulisan buku oleh Juriah Long, et al. (1992). Perkaedahan Pengajaran Bahasa Malaysia, menyatakan bahawa analisis bahasa yang dijalankan oleh ahli-ahli linguistik transformasi generatif bertujuan untuk membentuk rumus-rumus yang lengkap berdasarkan kecekapan bahasa penutur naif. Pendekatan yang digunakan oleh ahli-ahli teori ini pula ialah bersifat deduktif dan µkaji diri¶. Tegasnya, teori ini tidak menghasilkan kaedah pengajaran yang dapat diubah untuk dijadikan teknik pengajaran.

2.4

Teori Fungsional ( Halliday )

Muncul dan berkembang pada tahun 1960-an dan 1970-an. Tokoh yang terlibat ialah Halliday, Wilkins, Widdowsondan Candlin. Menumpukan fungsi bahasa sebagai alat untuk komunikasi dan melihat kepentingan sistem bahasa. Halliday berpendapat dalam bukunya yang berjudul Journal of Linguistic,3, 1967 bahawa bahasa digunakan untuk melahirkan fikiran, perasaan dan pendapat serta memperlihatkan status sosial penutur bahasa dalam masyarakat. Elemen dalam struktur bahasa ialah semantik dan bukan hubungan sintaksis. Halliday menghuraikan unsur dalaman berdasarkan fungsi struktur tersebut sebagai alat untuk berkomunikasi. Fungsi setiap unsur yang terdapat dalam struktur bahasa diinterprestasikan berdasarkan aspek semantik. Beliau cuba mengkaji sumbangan

11

KAEDAH PENGAJARAN BAHASA MELAYU SEKOLAH RENDAH (BMM3117)

bahasa kepada manusia dan bagaimana manusia dapat mencapai maksud melalui pendengaran, pertuturan, membaca dan menulis. Ahli bahasa fungsionalis menyatakan sistem tatabahasa dan fungsi bahasa ialah dua perkara yang diutamakan. Pengajaran harus dapat memberi pengetahuan kepada pelajar tentang sistem tatabahasa atau prinsip struktur bahasa yang dipelajari. Penggunaan variasi bahasa yang pelbagai dapat meningkatkan tahap kemahiran berbahasa pelajar. Halliday merupakan salah seorang ahli teori Fungsionalis. Beliau telah menghuraikan pengajaran dan pembelajaran bahasa berdasarkan fungsi-fungsi tertentu. Dalam buku Exploration In The Functions of Language, beliau telah

mengemukakan lima aspek perbincangan tentang fungsi bahasa iaitu Model bahasa yang sesuai mencadangkan interprestasi fungsional kepada perkembangan bahasa awal kanak-kanak apabila mereka mula belajar bahasa. Fungsi instrumental dan fungsi kebiasaan menunjukkan bahawa mereka sedang belajar makna bahasa dan potensi makna yang dibina untuk mengukur kebolehan berbahasa. Aspek perbincangan beliau yang kedua ialah beliau menghubungkan fungsi perkembangan bahasa kanak-kanak dalam menguasai aspek pengajaran dan pembelajaran bahasa daripada penjaganya sendiri, dengan teori fungsional orang dewasa. Selain itu beliau juga mencadangkan supaya interprestasi fungsional bahasa dalam konteks signifikan dilakukan berdasarkan arah sosial dan perubahan sosial yang berlaku. Faktor fungsionalis dalam proses sosialisasi dapat memberikan kanak-kanak menggunakan bahasa secara efektif. Bagi ahli ± ahli fungsionalis, pengajaran bahasa adalah bertujuan untuk memberi pengetahuan kepada pelajar tentang prinsip struktur bahasa yang merangkumi bidang tatabahasa seperti fonologi, morfologi, sintaksis, semantik dan laras bahasa. Pelajar akan dapat mempraktikkan pengetahuan mereka tentang prinsip tersebut dalam kehidupan seharian mereka atau dalam sebarang situasi sosial melalui pengajaran bahasa. Berikut merupakan ciri-ciri penting teori fungsionalis ;

12

KAEDAH PENGAJARAN BAHASA MELAYU SEKOLAH RENDAH (BMM3117)

i.

Sistem bahasa bukan satu sistem yang statik atau tertutup sifatnya tetapi sistem itu bertenaga dan terbuka.

ii.

Perkara dasar yang ditekankan dalam struktur bahasa ialah semantik dan bukan hubungan-hubungan sintaksis.

iii. iv.

Terdapat kepelbagaian di dalam bahasa semasa bahasa dituturkan. Bahasa sebagai alat untuk berhubung, melahirkan pendapat dan menyatakan perasaan dan dapat menggambarkan watak dan peribadi penuturnya.

2.5

Banding Beza Teori-Teori Huraian Bahasa

2.5.1 Banding Beza Dari Aspek Tokoh

‡ Panini

‡ Bloomfield

Tradisional

Struktural

Fungsional Transforasi Generatif ‡ Halliday &Wilkins ‡ Chomsky

Rajah 1.2

Perbezaan teori huraian bahasa dari aspek tokoh

13

KAEDAH PENGAJARAN BAHASA MELAYU SEKOLAH RENDAH (BMM3117)

2.5.2 Banding Beza Dari Aspek Ciri-Ciri

Tradisional Setiap bahasa ada hubungan dengan bahasa induk.

Struktural Bersifat pertuturan, bersistem, arbitrari dan untuk perhubungan

Transformasi Generatif Bersifat sejagat & kreatif

Fungsional Terdiri daripada 3 fungsi iaitu idea, interpersonal, tekstual.

Rajah 1.3 : Perbezaan Ciri Teori Huraian Bahasa

2.5.3 Banding Beza Dari Aspek Ciri-Ciri Tradisional ‡ Bersifat nasional dan tidak mengikut konsep formal / struktur.

Transformasi - Generatif ‡ Berasaskan teori psikologi kod-kognitif yang terdapat dalam aliran mentalis.

Struktural ‡ Kajian bahasa secara objektif

Fungsional ‡ Elemen dalam struktural bahasa adalah semantik dan bukan hubungan sintaksis. Rajah 1.4 : Perbezaan Ciri Teori Huraian Bahasa
14

KAEDAH PENGAJARAN BAHASA MELAYU SEKOLAH RENDAH (BMM3117)

2.5.4 Banding Beza Dari Aspek Kajian Bahasa

‡ bentuk-bentuk tulisan Tradisional

Struktural

‡ Fonem, morfem serta kaitan antara morfem, fonem dan ayat.

‡ Mengkaji komponen sintaksis, semantik dan fonologi. Transformasi - Generatif

Fungsional

‡ Perubahan yang berlaku struktural ketika seseorang berkomunikasi

Rajah 1.5 : Perbezaan Kajian Teori Huraian Bahasa 2.5.5 Banding Beza Dari Aspek Kajian Bahasa

Tradisional Bersifat Deduktif

Struktural Mengkaji lambang pertuturan dan pentingkan fakta yang dilihat.

KAJIAN BAHASA

Transformasi - Generatif Bahasa adalah sistem tentang rumus bahasa dan pengetahuan bahasa adalah fenomena mental.

Fungsional Fungsi sosial penting dalam pembentukan sistem bahasa.

Rajah 1.6 : Perbezaan Kajian Bahasa Teori Huraian Bahasa
15

KAEDAH PENGAJARAN BAHASA MELAYU SEKOLAH RENDAH (BMM3117)

3.0

TEORI PEMEROLEHAN BAHASA Psikolinguistik adalah gabungan dua perkataan iaitu psikologi dan linguistik

merupakan dua disiplin ilmu yang berlainan dan dapat berdiri sendiri walaupun terpisah di antaranya. Bidang ini memperlihat pertalian antara penguasaan bahasa yang ditinjau dari sudut psikologi yang mempengaruhi seseorang dalam proses penguasaan bahasa.

Berdasarkan buku Pengajian Melayu 1, 1997:75, menurut pandangan Lado (1976), Psikolinguistik adalah pendekatan gabungan melalui psikologi dan linguistik bagi kajian pengetahuan bahasa, bahasa dalam pemakaian, perubahan bahasa dan lain-lain yang berkaitan dengannya yang tidak mudah dicapai atau didekati melalui salah satu daripada kedua ilmu tersebut secara terpisah atau tersendiri.

Justeru, dapat disimpulkan bahasa pencapaian terhadap sesuatu tidak akan berlaku sekiranya salah satu daripada kedua-dua ilmu sahaja digunakan sebaliknya haruslah menggunakan kedua-dua disiplin ilmu tersebut walaupun setiap satunya maampu berdiri dengan sendiri.

Penulisan daripada buku Pengajian Melayu 1, 1997:75, menghuraikan pendapat yang dikemukakan oleh ahli-ahli psikolinguistik seperti C.F. Miller (1964), Slobin (1974) dan Slama-Cazaku (1973) menyatakan bahawa psikolinguistik sebagai satu ilmu yang cuba menghuraikan proses-proses psikologi yang terjadi apabila seseorang

mengucapkan ayat-ayat dan memahami ayat-ayat yang didengarnya pada waktu berkomunikasi dan bagaimana kebolehan itu diperoleh manusia.

Berdasarkan kepada pendapat yang dikemukakan oleh tokoh tersebut, satu kajian berkaitan kebolehan seseorang manusia yang berlaku apabila seorang penutur itu bertutur dan mendengar serta memahami pertuturan itu. Selain itu, Garnham (1985) berpendapat bahawa:

16

KAEDAH PENGAJARAN BAHASA MELAYU SEKOLAH RENDAH (BMM3117)

«psikolinguistik adalah kajian tentang mekanisme-mekanisme mental yang membolehkan manusia menggunakan bahasa. Disiplin ini merupakan disiplin saintifik yang matlamatnya untuk mencapai satu teori yang koheren tentang cara bahasa dihasilkan dan difahami.

Oleh itu, dapat disimpulkan di sini bahawa Garnham cuba mencari penyelesaian bagaimana mekanisme mental manusia berfungsi bagi membolehkan individu itu menggunakan bahasa dan pada masa yang sama menterjemahkan dan memahami bahasa yang dituturkan.

Bidang psikolinguistik telah meluasi implikasi-implikasi psikologi terhadap bidang lain, daripada fonetik akustik hingga ke bidang patologi dan lain-lain. Sebagai perkembangan terakhir kepada transformasi-generatif, kajian tentang cara-cara penguasaan bahasa oleh kanak-kanak adalah antara bidang dan minat yang terpenting dalam disiplin ini. Disebabkan skop tumpuan psikolinguistik adalah terhadap pemerolehan bahasa di samping pembelajaran dan pengajaran bahasa, masalahmasalah dalam pengajaran bahasa telah banyak dicuba untuk diselesaikan melalui kajian-kajian psikolinguistik. Secara tidak langsung, sumbangan psikolinguistik dalam pengajaran bahasa tidak sepatutnya dinilai berdasarkan teori-teori pengajaran bahasa sahaja, malah dilakukan terhadap teori pembelajaran dan pemerolehan bahasa juga.

Kajian mengenai bagaimana manusia memperoleh bahasa terangkum dalam disiplin psikolinguistik. Berdasarkan kajian secara empirical, terdapat dua teori utama yang mengutarakan bagaimana manusia memperoleh bahasa. Teori pertama menyatakan bahawa bahasa diperoleh manusia secara behaviouris atau mekanis sementara teori yang kedua pula dikenali sebagai teori kognitif atau mentalis. Selain itu, teoriinteraksional juga tidak kurang pentingnya serta mempengaruhi pendekatan pengajaran dan pembelajaran bahasa. Justeru, seseorang guru bahasa wajar mengetahui teori-teori dan proses pemerolehan dan pembelajaran bahasa agar dapat menyampaikan pengajaran secara berkesan.

17

KAEDAH PENGAJARAN BAHASA MELAYU SEKOLAH RENDAH (BMM3117)

Pemerolehan bahasa ditakrifkan sebagai pengusaan bahasa oleh seseorang tanpa disedari atau dipelajari secara langsung. Seseorang itu tidak mendapat pendidikan secara formal untuk mempelajari sesuatu bahasa tetapi menmperolehnya daripada bahasa yang diucapkan oleh ahli-ahli masyarakat di persekitarannya. Proses pemerolehan bahasa berlaku dengan aktifnya pada kanak-kanak dalam lingkungan umur dua hingga enam tahun. Hasil penyelidikan mendapati bahawa pemerolehan bahasa yang paling kritikal di kalangan kanak-kanak adalah adalah antara umur satu hingga lima tahun (Awang Mohamad Amin, 1979). Seandainya jangka masa ini terlangkau, perkembangan bahasa kanak-kanak akan terhalang. Ahli-ahli psikolinguistik bersependapat bahawa kanak-kanak akan mengalami kesukaran untuk menguasai bahasa secara pemerolehan sesudah umur 13 tahun.Sebaliknya, kanak-kanak akan lebih cenderung menguasai bahasa melalui proses pembelajaran yang berat. Mutu bahasa yang diperoleh oleh kanak-kanak pada masa itu bergantung kepada bahasa yang mula-mula didedahkan kepadanya. Namun, ini tidak bermakna orang dewasa tidak memperoleh bahasa, tetapi pada kadar yang lebih perlahan berbanding dengan kanak-kanak (Krashen dan Terrell, 1983).

Pemerolehan bahasa pertama berlaku sejak manusia lahir lagi berbanding pemerolehan bahasa kedua yang berlaku melalui pembelajaran sesuatu bahasa. Bahasa pertama adalah bahasa kandung atau bahasa ibunda seseorang itu yang mulamula didengar, ditutur dan dikuasai oleh kanak-kanak.. Misalnya seseorang yang lahir dalam sebuah keluarga yang berbangsa Melayu akan memperoleh bahasa pertamanya iaitu Bahasa Melayu dan berlaku secara tidak sedar serta melibatkan pendedahan terhadap input linguistik dalam persekitaran alamiah. Proses penguasaan bahasa pertama terbahagi kepada peringkat fonologi iaitu pengeluaran bunyi dan

membiasakan diri dengan bunyi-bunyi bahasa yang didengar. Sementara peringkat morfologi pula menggabungkan unit-unit bunyi agar menjadikan bunyi yang lebih bermakna dan peringkat sintaksis pula menggabungkan morfem-morfem menjadi frasa dan ayat yang bermakna. Bahasa Kedua didefinisikan sebagai bahasa yang kedua yang dipelajari oleh seseorang itu di samping bahasa kandung yang dia peroleh dan dipelajari untuk tujuan18

KAEDAH PENGAJARAN BAHASA MELAYU SEKOLAH RENDAH (BMM3117)

tujuan tertentu serta berlaku secara formal berbanding pemerolehan bahasa pertama yang berlaku secara tidak formal. Brooks (1964), menyatakan bahawa: µSetiap orang yang bertutur telah menguasai bahasa ibundanya melalui ajukan dan analogi tanpa sebarang pertolongan daripada analisa, maka adalah wajar sebahagian daripada kebolehan ini akan menolongnya dalam mempelajari bahasa asing. (Pedagogi untuk Asas Pendidikan, 2003: 115) Oleh itu, adalah wajar bagi seseorang untuk memahami bahasa baru yang dipelajarinya misalnya seseorang yang dilahirkan dan dibesarkan dengan Bahasa Melayu, Bahasa Melayu yang diperoleh itu adalah secara semulajadi dengan membuat ajukan dan analogi tanpa pertolongan daripada analisa. Justeru, keadaan yang sama juga boleh diaplikasikan ketika mempelajari baharu baharu sebagaimana cara yang telah digunakan semasa mempelajari bahasa ibundanya. Latih tubi menggalakkan kebolehan ini berfungsi. Sementara Chomsky pula mengatakan µMempelajari bahasa adalah satu proses menguasai dengan cara sedar akan pola-pola fonologi, sintaksis dan leksikal satu-satu bahasa itu. Teori ini menekankan kepentingan pemahaman murid akan struktur-struktur bahasa asing.¶ Kekangan yang sering berlaku kepada bahasa kedua adalah kekurangan masa untuk mempelajari bahasa tersebut serta bahasa tersebut tidak dapat dipraktikkan dengan sepenuhnya. Pada masa yang sama, pembelajaran bahasa kedua ini adalah terhad kepada tujuan-tujuan yang tertentu sahaja dan keinginan belajar bahasa kedua tidak kuat walau sedar bahasa itu berguna. Sebagaimana yang telah diterangkan, guru yang berkesan adalah guru yang mempunyai pengetahuan tentang bagaimana proses pemerolehan atau pembelajaran bahasa berlaku. Pendapat yang bertentangan tentang pemerolehan bahasa timbul daripada dua teori yang utama iaitu teori behaviouris atau mekanis dan teori kognitif

19

KAEDAH PENGAJARAN BAHASA MELAYU SEKOLAH RENDAH (BMM3117)

atau mentalis. Di samping itu, teori interaksional dan teori fungsional juga mempengaruhi dalam proses pemerolehan bahasa.

3.1

Teori Behaviouris atau Mekanis

Teori ini menekankan kepentingan persekitaran dalam pembelajaran bahasa daripada fenomena mental. Mereka yang sealiran dengan teori ini terdiri daripada ahliahli bahasa seperti Bloomfield, Sapir, Boas, Fries dan Brooks. Sementara sarjanasarjana psikologi yang menyertai aliran ini adalah J.B. Watson, E.R. Guthrie, Edward L. Thorndike, I.P. Pavlov dan B.F. Skinner. Golongan ini berpendapat bahawa pemerolehan sesuatu lakuan terjadi melalui ulangan lakuan. Proses pengulangan amat penting dalam pemerolehan bahasa. Misalnya sesuatu perkataan atau bentuk-bentuk bahasa yang sering diulangi akan lebih cepat dipelajari oleh kanak-kanak. Dalam kajian mereka dalam pemerolehan bahasa, didapati dapatan mereka menuju kepada satu kesimpulan yang sama. Thorndike menyatakan bahawa semua pemerolehan bahasa manusia berlaku melalui proses cuba jaya sementara Watson pula berpendapat bahawa semua tingkah laku manusia merupakan gerak balas terlazim manakala Guthrie mengatakan bahawa rangsangan dan gerak balas mestilah berlaku secara bersama-sama untuk mewujudkan pembelajaran. Penambahbaikkan dilakukan oleh Skinner untuk memperbaiki teori behaviouris ini iaitu pengukuhan adalah asas dalam proses pembelajaran dan berlaku apabila diberi ganjaran. Secara umumnya, ahli behaviouris memberi keutamaan kepada pengaruh persekitaran dalam pemerolehan bahasa. Sesuatu ujaran terbentuk apabila adanya rangsangan dalam bentuk bahasa atau bukan bahasa. Seseorang kanak-kanak bertutur apabila wujudnya rangsangan daripada persekitaran. Bentuk bahasa yang dihasilkan secara betul akan diteguhkan oleh orang dewasa dalam persekitarannya. Kemudian, bentuk-bentuk tersebut akan diulangi lagi. Terdapat pelbagai cara yang dilakukan oleh ibu bapa atau penjaga bagi meneguhkan gerak balas yang betul, contohnya memberi senyuman, mengangguk kepala, kata pujian dan lain-lain lagi. Menurut golongan aliran
20

KAEDAH PENGAJARAN BAHASA MELAYU SEKOLAH RENDAH (BMM3117)

behaviouris lagi, penguasaan bahasa adalah satu proses mekanis yang tidak memerlukan daya mental tetapi diperoleh melalui latihan dan pengulangan.

Rangsangan yang ada pada seseorang itu adalah dari dalam dirinya sendiri dan daripadanya timbul gerak balas pada orang lain untuk melahirkan pertuturan bagi menjawab ujarannya itu. Di samping itu, pengukuhan dalam pembelajaran ditimbulkan melalui ganjaran adalah sangat dipentingkan. Sesuatu ganjaran akan mendorong kepada pengulangan berlaku dan secara tidak langsung akan menjadi penguasaan atau pemerolehan bahasa. Dalam konteks pengalaman dan pembelajaran bahasa pula, teori ini menegaskan latihan dan latih tubi pola yang bertujuan bagi membentuk satu kebiasaan baru bagi murid. Bloomfield (1933), µ Penguasaan satu-satu bahasa bukanlah satu hal pengetahuan , adalah satu hal latihan. Latihan pula hendaklah dalam keadaan yang bermakna. Teori pembentukan kebiasaan juga menekankan kemahiran lisan, mendengar dan bertutur ditegaskan kerana kedua-dua kemahiran ini mempunyai hubungan yang rapat dan mudah untuk dikuasai berbanding aktiviti membaca dan menulis. Faktor-faktor seperti pengukuhan, pemerhatian, sifat-sifat ingin tahu dan aktiviti meniru menjadi faktor utama dalam penguasaan bahasa.

3.2

Teori Mentalis

Teori behaviouris mendapat tentangan yang hebat daripada golongan mentalis. Penganut-penganut teori ini adalah terdiri daripada Jean Piaget, E.H. Lenneberg, Robin Lakoff, D. Slobin, Chomsky dan Hamboldt. Teori mentalis menganggap bahawa pemerolehan bahasa sebagai satu proses pemikiran yang melibatkan aktiviti mental. Selain itu, teori ini menjelaskan bahawa bahasa adalah pengetahuan yang dihasilkan oleh sesuatu proses dalam otak dan saraf. Bahasa sudah terancang untuk berkembang dalam diri kanak-kanak tersebut dari segi biologis. Pada pendapat McNeill, sejak dilahirkan, kanak-kanak telah memiliki alat pemerolehan bahasa (Language Acquisition

21

KAEDAH PENGAJARAN BAHASA MELAYU SEKOLAH RENDAH (BMM3117)

Device) bagi membolehkan kanak-kanak memperoleh dan menguasai bahasa yang didedahkan. Begitu juga Chomsky yang berpendapat bahawa seseorang kanak-kanak telah dilahirkan dengan kecekapan sejadi (innate) untuk menguasai bahasa ibundanya. Beliau telah memberi tiga sebab utama bagi mempertahankan hipotesis sejadi (innate hypothesis) dalam proses pemerolehan bahasa. Pertama, wujudnya ciri sejagat dalam sesuatu bahasa kerana semua bahasa mempunyai ciri-ciri tatabahasa sejagat iaitu kesemestaan formal dan kesemestaan substansif. Setiapp individu memiliki keupayaan kognitif sejadi yang mengandungi kedua-dua ciri tatabahasa sejagat tersebut. Kesemestaan formal merupakan ciri tatabahasa yang menyatakan bagaimana sesuatu bahas itu bertugas. Misalnya, setiap bahasa di dunia ini mempunyai rumus-rumus dasar dan rumus-rumus transformasi bagi menyatakan bagaimana bahasa bertugas sementara kesemestaan substansif pula adalah kategori-kategori tatabahasa yang terdapat pada sesuatu bahasa itu. Sebagai contoh, setiap bahasa mempunyai kata kerja, kata nama dan lain-lain lagi. Kedua, Chomsky berpendapat bahawa bentuk ujaran yang terdedah kepada pendengaran kanak-kanak tidak mungkin diperoleh seandainya kanak-kanak tidak dikurniakan dengan keupayaan semula jadi. Bahasa yang sering digunakan oleh orang dewasa ketika bertutur dengan kanak-kanak adalah dalam bentuk tidak sempurna. Justeru, seseorang kanak-kanak perlulah memiliki keupayaan bahasa yang semula jadi untuk membolehkan mereka mentafsirkan bahasa yang didengar itu. Sementara yang ketiga pula, Chomsky berpendapat bahawa kanak-kanak memperoleh sistem bahasa ibundanya dalam jangka masa yang amat singkat iaitu antara empat hingga lima tahun. Keupayaan ini tidak akan tercapai seandainya kanak-kanak tidak mempunyai keupayaan semula jadi untuk membolehkan mereka berbuat demikian. V. Hamboldt menekankan kreativiti yang wujud dalam atau pemikiran penutur bahasa itu. Beliau menegaskan juga bahawa bahasa dibawa sejak kanak-kanak dilahirkan dan penutur-penutur boleh menghasilkan unit-unit linguistik yang tidak terhad bilangannya. Selain itu, menurut golongan mentalis lagi, seseorang itu mempunyai kecekapan (competence), iaitu rumus-rumus yang terdapat dalaam stok mental dan
22

KAEDAH PENGAJARAN BAHASA MELAYU SEKOLAH RENDAH (BMM3117)

prestasi (performance) yang merupakan aspek penggunaan bahasa oleh penutur berdasarkan kecekapan. Kecekapan dalam penguasaan bahasa akan mempengaruhi prestasi berbahasa seseorang. Lenneberg (1967) pula berpendapat bahawa kanak-kanak yang sihat dan normal akan mula bercakap pada peringkat umur yang hampir sama. Sebelum bertutur, mereka terlebih dahulu menguasai kebolehan memahami dan membezakan bunyibunyi yang berlainan. Justeru, pada peringkat umur ini, kanak-kanak sudah dapat mengenali dan membezakan bentuk-bentuk pertuturan yang berlainan. Ketika berumur dua belas bulan, kanak-kanak akan belajar bunyi yang serupa dengan bunyi-bunyi bahasa dan akan menyebut perkara yang umum dahulu kemudiaan diikuti dengan perkara-perkara khusus. Secara tidak langsung, kefahaman mereka akan meningkat dan mula menyebut rangkai kata. Setelah mencapai umur dua tahun, pola-pola ayat mula menjadi pemerolehan bahasa kanak-kanak bermula dan pada ketika inilah otak kanak-kanak sudah berkembang sebanyak 60% jika dibandingkan dengan otak orang dewasa dan merupakan tempoh yang genting dalam perkembangan kemahiran berbahasa. Aliran mentalis juga menegaskan ciri-ciri kesejagatan nahu bagi setiap bahasa di dunia ini mempunyai hubungan dengan kognitif. Peranan kognitif pada otak manusia inilah yang akan menjadikan penghasilan bahasa itu bersifat kreatif.

3.3

Teori Kognitif Dalam bidang psikologi, ahli kognitif yang terkenal adalah Jean Piaget yang

berpendapat bahawa manusia mempunyai peringkat otak dan saraf yang tinggi serta dengan otak jugalah manusia berkebolehan mempelajari pelbagai hal. Selain itu, proses pembelajaran juga dikatakan sebagai proses mental dan bukannya mekanis kerana melibatkan seorang kanak-kanak itu menyerap atau menyesuaikan

pengetahuan yang telah sedia ada dalam otaknya (skema mental) dengan data baru yang diperoleh melalui persekitarannya. Namun, pembelajaran sesuatu konsep akan

23

KAEDAH PENGAJARAN BAHASA MELAYU SEKOLAH RENDAH (BMM3117)

berlaku hanya apabila seseorang kanak-kanak telah mencapai taraf kematangan yang tertentu. Menurut Piaget, pemerolehan bahasa dapat dapat dihuraikan berasaskan perkembangan kognitif pusat. Kecekapan tersebut diperoleh oleh seorang kanak-kanak melalui pengalaman mereka dengan objek dan tindakan-tindakan dalam

persekitarannya. Perkembangan bahasa bermula seawal kanak-kanak berusia 18 bulan hingga dua tahun yang juga dikenali sebagai peringkat deria motor. Pada peringkat umur sebegini, kanak-kanak dapat melibatkan diri secara aktif dalam persekitaran dan hasil daripada tindakan tersebut, kanak-kanak akan membentuk pola-pola tindakan yang digelarkan sebagai skema atau struktur kognitif. Setelah struktur kognitif terbentuk, kanak-kanak akan berubah menjadi individu yang berpengetahuan. Sebelum keadaan ini, kanak-kanak hanya merupakan seorang individu yang bertindak sahaja. Justeru, hasil daripada pembentukan skema ini, kanak-kanak dapat menggambarkan pengetahuannya dalam bentuk simbolik misalnya permainan simbolik, bahasa, lukisan, gambaran mental dan sebagainya. Pada peringkat selepas deria motor, iaitu peringkat praoperasi konkrit iaitu daripada umur dua tahun hingga tujuh tahu, tindakan kanak-kanak terhadap persekitaran mereka bertambah dan bahasa mereka juga turut berkembang. Walaubagaimanapun, hanya pada peringkat operasi konkrit iaitu antara peringkat umur tujuh hingga dua belas tahun barulah kanak-kanak akan dapat membatini pola-pola tindakan yang lebih kompleks seperti hukum pengekalan (conservation rules), konsep hubungan (relational concepts), pemasukan kelas (class inclusion) dan persirian (seriation). Sebenarnya, pada peringkat ini, kanak-kanak sudah dapat memperkembang pengetahuan mereka tentang objek-objek dalam persekitaran mereka serta pada masa yang sama, pengetahuan bahasa mereka juga turut bertambah. Seorang penyokong Jean Piaget iaitu Sinclair telah menjalankan kajian terhadap pemerolehan bahasa kanak-kanak berasaskan kerangka teoretis Piaget. Buktinya, kajian tersebut mendapati bahawa kanak-kanak tidak akan mampu menggunakan bahasa yang kompleks sebelum sampai ke peringkat perkembangan intelek yang tertentu. Selain itu, menurut Sinclair lagi, kanak-kanak yang belum sampai ke peringkat
24

KAEDAH PENGAJARAN BAHASA MELAYU SEKOLAH RENDAH (BMM3117)

operasi konkrit boleh menggunakan istilah bagi konsep-konsep yang dilatih dalam percubaannya tetapi tidak akan memahami makna istilah tersebut. Di samping itu, Sinclair juga menyimpulkan bahawa latihan lisan kurang berkesan terhadap pemerolehan operasi seandainya kanak-kanak belum sampai ke peringkat

perkembangan intelek yang tertentu. Secara keseluruhannya, ahli kognitif berpendapat bahawa proses pemerolehan bahasa merupakan proses mental dan perkembangan bahasa mempunyai perkaitan yang rapat dengan perkembangan kognitif am. Pada peringkat awal, bahasa terbentuk pada peringkat perkembangan deria motor dan seterusnya berkembang selaras dengan perkembangan kognitif seseorang kanak-kanak itu. Selain itu, proses perkembangan kognitif merupakan proses sejagat. Terdapat juga ahli kognitif yang berpendapat bahawa sejagat bahasa adalah hasil daripada kecekapan kognitif pusat sementara ahli mentalis pula menyatakan bahawa sejagat bahasa merupakan kandungan kecekapan kognitif pusat.

3.4

Teori Interaksional Pelopor dalam teori ini ialah Halliday, Schlesinger, Cromer dan lain-lain

lagi.Mereka menganggap bahawa perkembangan bahasa kanak-kanak melibatkan dua aspek iaitu proses mental dan interaksi bahasa. Perkembangan kognitif kanak-kanak akan membantu dalam proses mentafsirkan makna sesuatu perkataan sementara interaksi bahasa pula mendedahkan kanak-kanak kepada cara-cara menggambarkan makna kognitif dalam bentuk bahasa yang tepat. Selain itu, teori ini menegaskan bahawa kanak-kanak menguasai bahasa kerana mempunyai keperluan untuk berinteraksi dengan ahli masyarakat dalam persekitaran mereka. Pada peringkat awal pula, keperluan kanak-kanak disuarakan untuk memenuhi fungsi-fungsi instrumental, penentu, interaksi, peribadi, heuristik, dan imaginatif Halliday (1973) untuk memenuhi keperluan asasi mereka. Setelah menguasai keenam-enam fungsi yang telah dinyatakan Halliday, barulah kanak-kanak dapat menggunakan fungsi imformatif atau fungsi ideasional yang
25

KAEDAH PENGAJARAN BAHASA MELAYU SEKOLAH RENDAH (BMM3117)

diistilahkan oleh Halliday dan boleh dikesan apabila menyampaikan maklumat kepada orang lain dengan menggunakan bahasa secara tepat. Pada masa yang sama timbullah keperluan untuk menguasai tatabahasa. Kanak-kanak akan menggabungkan fungsi ideasional dengan fungsi interaksi dalam masyarakat sekitarnya. Selain itu, kanak-kanak juga dikatakan telah dilengkapi dengan nahu sejagat yang dikenali sebagai alat pemerolehan bahasa. Tugas kanak-kanak bukanlah untuk mendapatkan rumus-rumus yang terkandung bahasa ibunda tetapi menyesuaikan rumus-rumus tersebut dengan bahasa ibundanya. Penyesuaian ini sangat penting kerana membolehkan nahu sejagat disesuaikan dalam bentuk yang boleh menghasilkan pertuturan yang gramatis dan dapat difahamai oleh para pengguna sesuatu bahasa yang tertentu. Di samping itu, penegasan diberikan kepada peranan situasi sosial dalam pemerolehan bahasa. Halliday (1973) menyatakan pendapatnya bahawa interaksi bahasa sangat penting bagi membantu kanak-kanak menguasai sistem bahasa. Oleh yang demikian, pendedahan kepada interaksi linguistik adalah perlu bagi membolehkan mereka mempelajari cara-cara menggambarkan makna kognitif dalam bentuk-bentik linguistik yang jelas serta tepat. Sementara itu, kanak-kanak dapat mentafsir makna yang terdapat dalam situasi sosial dan seterusnya menginterpretasikan makna tersebut dalam bentuk bahasa. Keadaan ini akan menyebabkan kanak-kanak berkomunikasi dengan berkesan dalam masyarakat bahasa itu. Dalam pengajaran dan pembelajaran bahasa, teori interaksional menyarankan supaya latihan amali diutamakan. Menurut Halliday, beliau beranggapan bahawa perkembangan bahasa

melibatkan proses kognitif dan proses interaksi bahasa. Beliau menggunakan buktibukti daripada pemerhatian terhadap perkembangan bahasa anaknya bagi

meneguhkan pendapat yang diutarakannya. Di samping itu, Halliday juga berpendapat bahawa perbezaan yang ketara antara sistem bahasa kanak-kanak pada peringkat awal dengan orang dewasa ialah sistem bahasa kanak-kanak menyatakan satu fungsi sementara orang dewasa pula mengandungi lebih daripada satu fungsi. Halliday juga menegaskan bahawa sistem tatabahasa kanak-kanak diperoleh kerana mereka mempunyai keperluan untuk menyatakan dua perkara pada suatu ketika.
26

KAEDAH PENGAJARAN BAHASA MELAYU SEKOLAH RENDAH (BMM3117)

Perkembangan bahasa bersifat sedemikian kerana bahasa mempunyai perananperanan yang tertentu. Pada mulanya hanyalah untuk memenuhi keperluan asasi kanak-kanak dan seterusnya adalah untuk menyampaikan maklumat.

3.5

Banding Beza Teori Pemerolehan Bahasa 3.5.1 Banding Beza Dari Aspek Tokoh

Teori Behavioris :Skinner

Teori Konstruktivisme::

Lev Semenovich Vygotsky

TOKOH

Teori Mentalis : Chomsky

Teori Interaksionalis : Halliday

Teori Kod Kognitif : Piaget

Rajah 2.1 : Perbezaan Tokoh Teori Pemerolehan Bahasa

27

KAEDAH PENGAJARAN BAHASA MELAYU SEKOLAH RENDAH (BMM3117)

3.5.2 Banding Beza Dari Aspek Pendapat Tokoh

Teori Behaviouris Pengaruh persekitaran dalam pembelajaran bahasa berbanding fenomena mental.

Teori Mentalis Pemerolehan bahasa sebagai satu proses pemikiran yang melibatkan aktiviti mental.

Teori Kognitif Proses pembelajaran dikatakan sebagai proses mental dan bukannya mekanis atau behaviouris.

Teori interaksional Perkembangan bahasa kanakkanak melibatkan dua aspek iaitu proses mental dan interaksi bahasa.

Rajah 2.2 : Perbezaan Pendapat Tokoh

28

KAEDAH PENGAJARAN BAHASA MELAYU SEKOLAH RENDAH (BMM3117)

3.5.3 Banding Beza Dari Aspek Teori

Teori Behaviouris

‡ Pemerolehan bahasa pertama kanakkanak.

Teori Mentalis

‡ Kanak-kanak diberi pendedahan kepada sesuatu bahasa.

Teori Kognitif

‡ Sejak lahir, kanak-kanak mempunyai satu alat yang membolehkannya faham bahasa yang didengar dengan mudah.

Teori Interaksionalis

‡ Pemerolehan bahasa kanak-kanak akibat interaksinya dengan penjaganya

Teori Konstruktivisme

‡ Mendidik kanak-kanak dalam bentuk menyokong minat dan keperluan kanakkanak

Rajah 2.3:

Perbezaan Pemerolehan Bahasa Kanak-Kanak.

29

KAEDAH PENGAJARAN BAHASA MELAYU SEKOLAH RENDAH (BMM3117)

3.5.4 Banding Beza Dari Aspek Proses Pembelajaran Bahasa

Teori Behaviouris: Belajar bahasa secara tidak formal melalui proses peniruan daripada ibu bapa dan ahli keluarga.

Teori Mentalis: Bahasa diperoleh dengan cara merumus dan membentuk ayat-ayat mengikut sistem bahasa menggunakan keupayaan sedia ada.

Teori Kognitif: Peringkat perkembangan kognitif kanak-kanak mempengaruhi pemerolehan bahasa kanak-kanak.

Teori Interaksionalis: Kanak-kanak menguasai bahasa kerana ingin memenuhi keperluan untuk berinteraksi dalam situasi sosial masyarakat dan persekitaran mereka Teori Konstruktivisme: Kanak-kanak diandaikan membawa bersama idea kepercayaan dan pendapat yang perlu diubah oleh guru melalui tugasan-tugasan dan soalan yang boleh membentuk dilema pada pelajar. Rajah 2.4: Perbezaan Proses Pembelajaran Bahasa.

30

KAEDAH PENGAJARAN BAHASA MELAYU SEKOLAH RENDAH (BMM3117)

3.5.5

Banding Beza Dari Aspek Penguasaan Bahasa

Teori Behaviouris ‡ Penguasaan bahasa kanak-kanak berlaku dengan menekankan pengukuhan dalam P&P.

Teori Mentalis ‡ Kanak-kanak diandaikan membawa bersama idea kepercayaan dan pendapat yang perlu diubah oleh guru melalui tugasan-tugasan dan soalan yang boleh membentuk dilema pada pelajar.

Teori kognitif ‡ Pembelajaran menjadi lebih bererti seandainya aspek kognitif atau keupayaan berfikir dilibatkan.

Teori Interaksional ‡ Mementingkan komunikasi atau interaksi (lisan) yang berasaskan pendekatan komunikatif.

Teori Konstruktivisme ‡ Pembelajaran yang bermakna bermula dengan pengetahuan atau pengalaman sedia ada murid.

Rajah 2.5:

Perbezaan penguasaan bahasa Teori Pemerolehan Bahasa

31

KAEDAH PENGAJARAN BAHASA MELAYU SEKOLAH RENDAH (BMM3117)

3.5.6 Banding Beza Dari Aspek Fungsi Teori Behaviouris Sesuatu ujaran terbentuk apabila adanya rangsangan dalam bentuk bahasa atau bukan bahasa Teori Mentalis Kanak-kanak telah memiliki alat pemerolehan bahasa (Language Acquisition Device) bagi membolehkan kanak-kanak memperoleh dan menguasai bahasa yang didedahkan Teori Kognitif Manusia berkebolehan mempelajari pelbagai hal menggunakan otak dan saraf yang tinggi. Teori Interaksional Mendedahkan kanak-kanak kepada cara-cara menggambarkan makna kognitif dalam bentuk bahasa yang tepat.

Teori Konstruktivisme Peranan murid dalam menentukan apa yang akan mereka pelajari.

Rajah 2.6 : Perbezaan Fungsi Teori Pemerolehan Bahasa

32

KAEDAH PENGAJARAN BAHASA MELAYU SEKOLAH RENDAH (BMM3117)

3.5.7 Banding Beza Dari Aspek Penguasaan Bahasa

Teori Behaviouris Kanak-kanak belajar berbahasa daripada data bahasa yang didengar, kemudian diulang-ulang sehingga memperolehi kebiasaan

Teori Mentalis Kanak-kanak memperoleh alat penguasaan bahasa secara semulajadi yang digunakan untuk membentuk rumus-rumus bahasanya sendiri tanpa mempelajari terlebih dahulu.

Teori Kognitif Pembelajaran harus melibatkan proses mental dan tidak hanya menekankan aspek mekanikal sahaja.

Teori Interaksional Penyampaian makna lebih diutamakan daripada struktur bahasa dalam pembelajaran bahasa atau interaksi bahasa.

Teori Konstruktivisme Penekanan diberi dengan menyediakan murid peluang untuk membentuk kemahiran dan pengetahuan iaitu mereka menghubungkaitkan pengalaman lampau mereka dengan kegunaan masa depan. Rajah 2.7 : Perbezaan Penguasaan Bahasa Teori Pemerolehan Bahasa
33

KAEDAH PENGAJARAN BAHASA MELAYU SEKOLAH RENDAH (BMM3117)

4.0

STRATEGI

Untuk

mencapai

objektif-objektif

pengajaran,

seseorang

guru

biasanya

menggunakan gabungan berapa pendekatan serta kaedah mengajar tertentu. Rancangan gabungan pendekatan dan kaedah serta turutan pendekatan dan kaedah itu dilaksanakan merupakan strategi pengajaran. Peranan strategi pengajaran adalah amat penting lagi jika kita mengajar pelajarpelajar yang berbeza dari segi kebolehan, pencapaian, kecenderungan serta minat yang berbeza-beza. Guru perlu rancangkan pendekatan dan kaedah yang digunakan untuk mengajar kumpulan-kumpulan yang berbeza-beza itu. Contohnya, dalam bilik darjah biasanya terdiri daripada kumpulan lemah, kumpulan serdahana serta kumpulan cergas. Guru terpaksa memikirkan strategi pengajaran yang terdiri daripada pelbagai kaedah mengajar untuk memenuhi keperluan semua kumpulan. Di samping itu, setiap bilik darjah mempunyai halangan serta rintangan-rintangan yang tersendiri seperti keadaan fizikal, kemudahan bilik darjah, nilai, norma serta latar belakang sekolah dan murid. Lantaran itu, seseorang guru bukan sahaja mesti menguasi berbagai-bagai kaedah mengajar tetapi yang lebih penting lagi ialah bagaimana mengintegrasikan serta menyusun kaedah-kaedah itu untuk membentuk strategi pengajaran yang paling berkesan dalam pengajarannya. Oleh yang demikian, adalah amat penting bagi setiap guru mengaplikasikan strategi pengajaran supaya pelajar dapat menimba segala isi pelajaran yang hendak disampaikan. Terdapat tiga strategi pengajaran bahasa iaitu; i. ii. iii. Berpusatkan guru Berpusatkan pelajar Berpusatkan bahan

34

KAEDAH PENGAJARAN BAHASA MELAYU SEKOLAH RENDAH (BMM3117)

4.1

Berpusatkan Guru

Strategi di mana guru mengawal keadaan dan berperanan sebagai ketua. Fokus pengajaran atau aktiviti dimonopoli oleh guru. Mengikut Brophy (1978), pendekatan ini merupakan suatu pendekatan yang mudah dirancang dan diurus. Contoh strategi atau teknik pengajaran yang berpusatkan guru ialah syarahan, demonstrasi dan bercerita (guru sebagai pencerita). Antara ciri-ciri strategi pengajaran pemusatan guru adalah seperti:

i. ii. iii. iv. v. vi. vii. viii. ix. x. xi. xii.

Guru berperanan utama dalam prose pengajaran dan pembelajaran Komunikasi sehala Murid pasif dan mendengar sahaja Guru mengarah dan mengawal pembelajaran Guru berkuliah Kepimpinan bercorak autokratik Murid kurang berminat terhadap penerangan guru Kepimpinan bercorak autokratik Mementingkan pencapaian objektif pendidikan guru Menekankan ujian sumatif untuk penggredan Sifat-sifat sosial kurang dipupuk

4.2

Berpusatkan Pelajar

Strategi

pemusatan

pelajar

bermaksud

pelajar

mengambil

alih

sedikit

tanggungjawab untuk apa yang diajar dan bagaimana la dapat dipelajari. Ada sedikit kecenderungan terhadap pembelajaran eksperiential dan membuat pemuan untuk mereka. pengajaran yang berpusatkan murid adalah pembelajaran secara aktif berpusatkan pelajar dan meningkatkan penglibatan pelajar (Orlich et al., 2007). Dalam
35

KAEDAH PENGAJARAN BAHASA MELAYU SEKOLAH RENDAH (BMM3117)

strategi ini, tumpuan diberikan kepada pelajar dalam melaksanakan aktiviti pengajaran. Pelajar memiliki kebebasan untuk melakukan aktiviti bersama guru dan proses pembelajaran berbentuk penerokaan idea-idea dan konsep-konsep baru. Strategi berpusatkan pelajar dapat menggalakkan pelajar bertanggungjawab dan melibatkan diri bagi membantu mereka memahami bagaimana untuk belajar .Kaedah ini boleh dilakukan dengan mewujudkan iklim bilik darjah yang dapat memperkembangkan kreativiti pelajar. Melalui strategi ini, pelajar dapat menyertai aktiviti pengajaran dan pembelajaran secara aktif. Komunikasi berbentuk dua hala serta berlakunya soal jawab antara guru dengan pelajar. Pendekatan ini sesuai digunakan apabila maklumat tidak disampaikan secara berkesan berbanding dengan strategi berpusatkan guru dan matlamatnya adalah untuk mengembangkan kemahiran pemikiran kreatif serta kritis. Pengajaran di dalam bilik darjah yang berpusatkan pelajar selalunya kurang eksplisit atau kurang tepat dan jelas. Walaupun strategi berpusatkan pelajar kurang eksplisit, guru tidak membiarkan pelajar untuk melakukan aktiviti tanpa pemantauan. Guru bertindak sebagai fasilitator dan bertanggungjawab terhadap pelajar. Guru juga bertindak secara autoritatif dengan mengagihkan sedikit kuasanya kepada pelajar. Kajian menunjukkan bahawa strategi berpusatkan pelajar mempunyai kelebihan untuk memperkembangkan kebolehan pelajar dalam mengaplikasikan konsep sikap yang positif, mewujudkan motivasi serta memperkembang peribadi dalam

menggalakkan kemahiran sosial

kumpulan termasuklah memupuk nilai kerjasama

antara pelajar. Bilik darjah yang berpusatkan pelajar juga menunjukkan perkembangan kognitif di peringkat yang tinggi dalam kalangan pelajar dimana aktiviti yang dijalankan memerlukan pelajar untuk menggunakan minda bagi menjawab soalan guru. Pembelajaran menekankan kepada pembelajaran kendiri, arahan kendiri dan inkuiri penemuan. Contoh strategi pemusatan pelajar ialah induktif, lakonan, permainan, main peranan, sumbang saran dan sebagainya. Antara ciri pengajaran berpusatkan murid ialah ; i. ii. iii. Murid aktif dalam aktiviti pengajaran dan pembelajaran Pemindahan pembelajaran Komunikasi dua hala berlaku
36

KAEDAH PENGAJARAN BAHASA MELAYU SEKOLAH RENDAH (BMM3117)

iv. v. vi. vii. viii. ix. x. xi. xii. xiii.

Naluri ingin tahu dikembangkan Kepimpinan bercorak demokratik Mementingkan perkembangan jasmani, emosi, rohani dan intelek Murid minat dalam pelajaran Disiplin tidak terkawal Menekankan pencapaian objektif pembelajaran murid Pembelajaran bercorak pengarahan kendiri Murid lebih kreatif Sifat-sifat sosial yang positif seperti bekerjasama, tolongmenolong Murid aktif dalam aktiviti pengajaran dan pembelajaran

4.3

Strategi Berasaskan Sumber/Bahan

Strategi berpusatkan bahan bermaksud guru menggunakan banyak bahan seperti buku, blok-blok binaan, bahan lukisan, peralatan saintifik, komputer, pusat sumber, pusat akses kendiri dan lain-lain untuk menjalankan pengajarannya. Strategi berpusatkan bahan meliputi cara yang luas bagi pelajar yang dibimbing oleh guru hingga yang belajar secara individu dapat belajar. Penekanan diberikan kepada penggunaan bahan-bahan untuk meningkatkan pengajaran dan pembelajaran. Penggunaan bahan-bahan harus berasaskan kepada beberapa faktor seperti objektif pengajaran, keperluan pelajar, strategi pengajaran clan kebolehan pelajar. Kepelbagaian media akan meningkatkan proses pengajaran dan pembelajaran serta meningkatkan pemikiran kritikal dan kemahiran mental. Bentuk penyampaian juga akan dipelbagaikan. Antara sumber pengajaran dan pembelajaran ialah: (a) (b) (c) (d) Slaid dan jalur filem. Projektor lutsinar dan lutsinar. Pita rakaman dan televisyen. Model-model tiga dimensi seperti glob dan rangka manusia.
37

KAEDAH PENGAJARAN BAHASA MELAYU SEKOLAH RENDAH (BMM3117)

(e) (f)

Modul terancang. Pakej pembelajaran dengan penggunaan komputer.

Komputer di bilik darjah boleh digunakan untuk latihan, latih tubi dan permainan pendidikan. Contohnya dalam pengajaran Matematik, Bahasa dan pengajaran interaktif melalui CD-ROM (Compact Disk). Di samping itu, penggunaan internet juga membolehkan pelajar memfokus kepada isu-isu global. Penggunaan slaid dan transparensi turut membantu pelajar memahami sesuatu dengan lebih mudah, cepat serta tepat penanggapan. Hal ini membolehkan pembelajaran lebih bermakna dan menyeronokkan. Gambar, peta dan carta juga dapat membantu pelajar memahami dengan lebih jelas. Gambar yang besar dan berwarna-warni dapat menarik minat serta dapat meningkatkan penumpuan pelajar dalam pelajaran. Carta pula memudahkan

pemahaman pelajar dari segi mudah diingati seperti carta pai, histogram dan graf. Pembelajaran berpusatkan bahan juga penting bagi membantu guru memenuhi keperluan pelajar yang pelbagai. Pembelajaran ini dapat menunjukkan cara untuk belajar mengikut kadar sendiri, pada bila-bila lokasi yang tidak menyulitkan mereka. Selain itu, la juga dapat membantu pelajar yang tidak hadir.

38

KAEDAH PENGAJARAN BAHASA MELAYU SEKOLAH RENDAH (BMM3117)

4.3

Banding Beza Strategi Berpusatkan Guru
‡guru mengawal keadaan dan berperanan sebagai ketua ‡Guru mengarah dan mengawal pembelajaran ‡Mementingkan pencapaian objektif pendidikan guru

Berpusatkan Murid ‡ bermaksud pelajar mengambil alih sedikit tanggungjawab untuk apa yang diajar dan bagaimana la dapat dipelajari ‡ dapat menggalakkan pelajar bertanggungjawab dan melibatkan diri bagi membantu mereka memahami bagaimana untuk belajar

Berpusatkan Bahan ‡ menggunakan banyak bahan seperti buku, blokblok binaan, bahan lukisan, peralatan saintifik, komputer, pusat sumber, pusat akses kendiri dan lain-lain untuk menjalankan pengajarannya ‡ Penekanan diberikan kepada penggunaan bahanbahan untuk meningkatkan pengajaran dan pembelajaran

Rajah 3.1

Perbezaan Strategi

5.0

PENDEKATAN

Pengajaran dan pembelajaran tatabahasa merupakan satu daripada aspek bahasa yang penting yang perlu dikuasai oleh seseorang untuk membolehkannya menguasai bahasa yang dipelajari dengan cekap dan berkesan. Menurut Abdullah Aziz (2000), mengatakan kelemahan pelajar menguasai tatabahasa dan penggunaan idea akan mewujudkan karangan yang tidak ³terkarang´. Kenyataan ini disokong oleh Husin Mahmmod (1983) dan Azman Wan Chik (1987) yang merumuskan aspek utama dalam sesebuah pengajaran dan pembelajaran ialah tatabahasa dan gaya bahasa, iaitu penulisan struktur ayat dan butiran leksikel.

Oleh itu, menurut Corder (1975), berpendapat bahawa seorang guru bahasa yang baik tidak melaksanakan tugasnya berasaskan peraturan-peraturan atau resepi.
39

KAEDAH PENGAJARAN BAHASA MELAYU SEKOLAH RENDAH (BMM3117)

Guru tersebut mempunyai satu set prinsip yang dijadikan panduan bagi melaksanakan tugasnya itu. Dengan perkataan lain, guru tersebut mempunyai pegangan umum tentang apa yang terjadi apabila seseorang murid belajar bahasa ataupun guru tersebut mempunyai satu teori tidak formal tentang cara bagaimana bahasa diajar dan dipelajari. Prinsip-prinsip umum tentang pengajaran bahasa tidak terbentuk secara sewenang-wenang tetapi berasaskan teori-teori ilmu linguistik dan psikologi khususnya teori-teori seperti huraian dan pemerolehan bahasa. Tegasnya prinsip-prinsip umum yang dijadikan panduan oleh guru dalam pengajaran terbentuk daripada teori-teori linguistik dan psikologi menentukan orientasi pengajarannya ataupun pendekatan pengajarannya serta menjamin pemantapan murid-murid dalam menguasai tatabahasa. Dalam pengajaran bahasa terdapat empat pendekatan pengajaran yang sering digunakan iaitu pendekatan induktif, pendekatan deduktif, perdekatan elektif dan pendekatan komunikatif. Pendekatan biasanya dimaksudkan dengan arah atau hala yang kita ambil untuk menuju sesuatu sasaran. Dalam pengertianyang lebih luas pendekatan juga diertikan sebagi "to come near to in any sense" atau jalan yang diambil untuk melakukan sesuatu. Pendekatan-pendekatan yang dipilih biasanya berasaskan teori-teori atau generalisasi yang tertentu. Sebagai contoh tentang pendekatan melakukan sesuatu ialah pendekatan seseorang dalam belajar bermain tenis. Dia boleh menggunakan pendekatan profesional atau pendekatan konvensyenal (tradisional atau acquired) atau biasa. Bagi pendekatan profesional, semua kaedah bermain dipelajari berdasarkan prinsip-prinsip sains yang sangat bersistematik. Manakala bagi pendekatan konvensyenal, kaedahkaedah bermain dipelajari berdasarkan pengalaman, perbincangan informal serta dengan pemerhatian. Dalam pengajaran bahasa, terdapat empat pendekatan yang boleh digunakan oleh para guru bagi memastikan pelajar dapat menguasai bahasa dengan mudah. Pendekatan-pendekatan yang dimaksudkan ialah;

40

KAEDAH PENGAJARAN BAHASA MELAYU SEKOLAH RENDAH (BMM3117)

i. ii. iii. iv.

Pendekatan induktif Pendekatan deduktif Pendekatan eklektik Pendekatan komunikatif

5.1

Pendekatan Induktif

Menurut Juriah Long et.al. (1990). Perkaedahan Pengajaran Bahasa Malaysia, menerangkan bahawa pendekatan induktif atau jumpaan merupakan satu pendekatan yang berasaskan lima prinsip pengajaran iaitu persediaan, penyampaian, penyatuan, generalisas dan penerapan. Menurut John, M. Kierzek dan Alker Gilson (1960), pendekatan ini mengutamakan penggunaan contoh-contoh bahasa, diikuti dengan generalisasi oleh murid-murid sendiri atau undang-undang bagi unsur tersebut dan kemudiannya diakhiri dengan aktiviti penerapan atau aplikasi. Contohnya dalam pengajaran tentang ayat tunggal, guru akan memulakan pengajarannya dengan menunjukkan contoh-contoh ayat tunggal. Kemudian berpandukan contoh-contoh yang dibuat, guru akan memandu murid-murid supaya sampai kepada takrif ayat tunggal. Model pengajaran danpembelajaran pendekatan ini dirumuskan seperti berikut:

Contoh-contoh

Aplikasi

Generalisasi

Rajah 4.1 : Modal Induktif (Perkaedahan pengajaran Bahasa Melayu, m/s 236)

Contoh-contoh bahan pengajaran bukan sahaja disediakan oleh guru tetapi juga boleh diminta daripada murid. Perkara penting, contoh-contoh itu mestilah jelas, tepat dan dapat memudahkan pelajar-pelajar memikirkan rumus-rumus yang menjadi dasar
41

KAEDAH PENGAJARAN BAHASA MELAYU SEKOLAH RENDAH (BMM3117)

pembentukannya.

Sebaik-baiknya

contoh-contoh

itu

haruslah

memperlihatkan

keseragaman dari segi struktur dan menepati struktur yang hendak diajarkan serta mencukupi pula jumlahnya. Contoh-contoh yang memperlihatkan penyimpangan haruslah dielakkan. Pada peringkat yang kedua, guru tidak memberikan rumus-rumus tatabahasa yang hendak diajarkan itu, sebaliknya ia mestilah membimbing murid-murid untuk mengenal pasti rumus-rumus yang tersirat daripada contoh-contoh yang ditunjukkan. Tegasnya, murid diberi peluang menggunakan kebolehan kognitif mereka untuk menetukan rumus. Tugas guru hanyalah memandu, membimbing dan menjuruskan pemikiran murid ke suatu arah yang sama supaya rumus-rumus tatabahasa yang hendak disampaikan itu dapat dikesan oleh murid dengan lebih cepat. Guru-guru harus cekap mengesan dan memperbetulkan rumus-rumus yang salah yang mungkin dikemukakan oleh murid. Pada bahagian aplikasi pula, latihan yang harus diberikan mestilah banyak dan pelbagai supaya pembelajaran murid dapat

diperteguhkan dengan lebih berkesan.

Brian Seaton (1982) berpendapat bahawa :

««.learning by induction, the student experience a mental process in which he observes many instance and then makes a general rule (generalisation) incorporating the truth of the fact observes. Every generalisation is arrived at, therefore, by induction.

Prinsip-prinsip pengajaran secara induktif ialah: i. Contoh haruslah relevan dan sesuai untuk menerangkan sesuatu. Tambahan pula, contoh dipelbagalkan supaya generalisasi dapat di¬capal dengan inudah. Dalam proses membentuk generalisasi, guru menggalakkan pelajar untuk mengemukakan contoh.

42

KAEDAH PENGAJARAN BAHASA MELAYU SEKOLAH RENDAH (BMM3117)

ii.

Guru

hendaklah

membimbing

pelajar

untuk

membuat

kesimpulan.

Berdasarkan contoh yang dikemukakan, guru bersairia pelajar membentuk kesimpulan umum. iii. Guru memberikan peluang kepada pelajar untuk memerhati dan

menganalisis contoh agar generalisasi dapat dibuat. iv. Guru merancang aktiviti pengajaran yang berkisar daripada contoh khusus kepada suatu generalisasi atau kesimpulan umum. Langkah sedemikian akan membimbing pelajar untuk memudahkan pelajar menguasai peraturanperaturan umum yang dapat diperoleh daripada fakta atau contoh khusus. v. Pengajaran secara induktif nienekankan pengajaran yang berbentuk konkrit.

5.1.1 Kelebihan Pendekatan Induktif.

Kelebihan pendekatan induktif ialah pendekatan ini dapat mengasah kemahiran berfikir dalam kalangan murid. Hal ini disebabkan mereka perlu menggunakan keupayaan mental untuk mengenal pasti rumus-rumus yang menjadi dasar kepada pembentukan sesuatu ayat. Selain itu, daya kefahaman dan ingatan murid terhadap isi pelajaran dapat dipertingkatkan kerana mereka sendiri yang terlibat dalam pengesanan rumus. Pendekatan ini juga melibatkan penyerapan yang aktif dalam kalangan pelajar. Melalui pendekatan ini, strategi perbincangan dapat digalakkan kerana tugas menentukan rumus dibuat oleh murid-murid sendiri dengan ini suasana pembelajaran akan menjadi lebih hidup. Kelebihan lain menggunakan pendekatan ini ialah kemahiran lisan dapat disuburkan kerana pendekatan ini memerlukan perbincangan yang banyak di dalam bilik darjah dan juga murid-murid tidak begitu dibebani dengan rumus-rumus pada peringkat awal pembelajaran sebaliknya mereka didedahkan dengan pelbagai contoh penggunaan terlebih dahulu. Justeru itu perkara ini boleh mengurangkan kebosanan mereka.

43

KAEDAH PENGAJARAN BAHASA MELAYU SEKOLAH RENDAH (BMM3117)

5.1.2 Kelemahan Pendekatan Induktif.

Setiap sesuatu itu mempunyai kelebihan dan kelemahan yang tersendiri begitu juga dengan pendekatan induktif. Antara kelemahaan pendekatan ini adalah pengajaran yang dilakukan mengambil masa yang panjang kerana guru perlu membimbing murid mengesan rumus. Sekiranya sesebuah kelas itu terdiri daripada murid-murid yang ramai jumlahnya, µpenjurusan fikiran ke satu arah¶ sukar dibuat kerana setiap murid mempunyai fikiran, pendapat dan pemahaman yang berbeza.Bagi murid-murid yang lemah pula, pendekatan ini akan menimbulkan masalah kerana adalah sukar bagi mereka untuk memikirkan rumus-rumus tatabahasa daripada contohcontoh ayat yang diberikan.

Selain itu, pendekatan ini memerlukan pengetahuan-pengetahuan asas tentang tatabahasa dalam kalangan murid. Tanpa pengetahuana asas (sekurang-kurangnya tentang istilah dalam tatabahasa dan pengertiannya), rumus-rumus tatabahasa sukar dikesan. Sekiranya banyak kekecualian daripada rumus-rumus tatabahasa dalam konteks penggunaan bahasa yang sebenarnya, pendekatan ini akan menimbulkan masalah kerana rumus-rumus yang dibuat hanya berdasarkan contoh-contoh yang diberi. Kelemahan lain pendekatan ini ialah tidak dapat memperlihatkan penggunaan tatabahasa yang diajarkan dalam konteks yang sebenarnya. Oleh yang demikian, kecekapan berkomunikasi dalam situasi yang sebenar tidak dapat diperkembangkan. Tegasnya pengajaran dan pembelajaran lebih memberatkan aspek ilmu bahasa.

5.2

Pendekatan Deduktif

Pendekatan deduktif dalam pengajaran dan pembelajaran merupakan satu pendekatan yang didahului dengan pengajaran rumus-rumus, undang-undang ataupun peraturan bahasa, kemudian diikuti dengan contoh-contoh dan diakhiri pula dengan aplikasi atau penerapan rumus-rumus tersebut seperti yang dikatakan oleh Brian Seaton (1982), ³learning by deduction the student start with a general truth and applies
44

KAEDAH PENGAJARAN BAHASA MELAYU SEKOLAH RENDAH (BMM3117)

it to a particular cases´. Sebagai contoh, apabila seseorang guru mengajar ayat tunggal, guru akan memberi takrif ayat tersebut sebelum menunjukkan contoh-contoh penggunaannya. Model pengajaran dan pembelajaran bahasa pendekatan ini dapat diringkaskan seperti berikut mengikut Paul D. Eggen (1979) :

Rumus/Generalisasi

Contoh

Aplikasi

Rajah 4.2 : Model Deduktif Dalam pengajaran yang bermodelkan pendekatan ini guru memainkan peranan penting untuk menerangkan atau mengajarkan rumus-rumus tatabahasa manakala murid hanya mendengar dan mengikutinya. Walaubagaimanapun, kefahaman mereka dinilai melalui aktiviti-aktiviti yang disediakan pada peringkat aplikasi.

Untuk menentukan bahawa pengajaran tatabahasa ini mendatangkan kesan yang lebih mendalam, guru haruslah memastikan bahawa generalisasi tatabahasa yang hendak diajarkan itu dihuraikan dengan jelas, difahami dan contoh-contoh penerapan generalisasi di dalam ayat-ayat mestilah mencukupi dan benar-benar menepati rumusrumus tersebut. Guru tidak digalakkan untuk dimasukkan contoh-contoh yang memperlihatkan penyimpangan, terutamanya pada awal pengajaran.

Contoh-contoh tidak semestinya diberikan oleh guru tetapi boleh juga diminta daripada murid, iaitu setelah contoh-contoh yang disediakan oleh guru dikemukakan. Dalam aplikasi pula, latihan-latihan yang disediakan haruslah beraneka jenis dan dalam konteksyangbermakna. Hal ini bertujuan untuk memberi peluang kepada murid menerapkan rumus dalam situasi yang baru.

Pendekakatan menggunakan deduktif dicirikan dengan pelajar mempelajari berdasarkan sesuatu hukum. Pelajar perlu menaakul untuk mendapatkan fakta/contoh
45

KAEDAH PENGAJARAN BAHASA MELAYU SEKOLAH RENDAH (BMM3117)

tertentu daripada peraturan umum. Dalam penaakulan, pelajar mengumpulkan fakta untuk membuktikan satu penyataan umum itu benar atau tidak. Proses penganalisisan fakta yang akan dikumpulkan berlaku sebelum membentuk generalisasi. Pada peringkat proses deduktif, pelajar bersama guru akan membuat kesimpulan tentang fakta-fakta daripada yang umum kepada yang spesifik.

Prinsip penggunaan pengajaran deduktif merangkunil aspek-aspek berikut: i. sesuatu masalah diperkenalkan dan ditakrifkan. Guru dan pelajar mengemukakan cara penyelesaian masalah. Dalam konteks ini, generalisasi dikemukakan harus dinyatakan secara eksplisit. ii. iii. penyelesaian masalah mengikut langkah demi langkah. beberapa contoh digunakan untuk menerangkan generalisasi atau peraturan. Berdasarkan contoh yang digunakan, pelajar meniru atau hafal contoh dan membentuk contoh lain melalui latihan. iv. pelbagai aktiviti dijalankan untuk meningkatkan pemahaman pelajar terhadap isi pelajaran yang disampalkan. Latihan menulis untuk mengesan kebolehan pelajar nienguasal kemahiran turut diberikan. 5.2.1 Kelebihan Pendekatan Deduktif.

Kelebihan pendekatan deduktif adalah, dengan huraian dan penjelasan yang mudah, disertai pula dengan contoh-contoh pada awal pengajaran, murid-murid dapat memahami rumus-rumus tatabahasa dan dengan demikian mereka dapat menerapkan rumus-rumus tersebut untuk membentuk ayat-ayat yang gramatis. Selain itu, pengetahuan tentang tatabahasa dapat dipertingkatkan dengan cepat dan kaedah ini amat sesuai sekiranya matlamat murid dalam mempelajari sesuatu bahasa itu ialah untuk mendalami aspek tatabahasa.Pendekatan ini berbeza dengan pendekatan induktif kerana pendekatan ini menjimatkan masa pengajaran kerana rumus-rumus tatabahasa disediakan dan dihuraikan terus oleh guru. Murid tidak perlu mengambil masa untuk memikirkan atau mengesan rumus. Pendekatan ini juga boleh meninggalkan kesan pembelajaran yang memuaskan kepada pelajar-pelajar dewasa
46

KAEDAH PENGAJARAN BAHASA MELAYU SEKOLAH RENDAH (BMM3117)

yang pada praktiknya lebih mudah mempelajari sesuatu berdasarkan peraturanperaturan yang ditetapkan.

5.2.3 Kelemahan Pendekatan Deduktif

Manakala kelemahan menggunakan pendekatan ini adalah pengajaran mungkin membosankan kerana murid dibebani dengan rumus-rumus yang wajib dipatuhi. Pendekatan ini boleh mengongkong kreativiti mereka dalam menggunakan bahasa kerana mereka terlalu terikat kepada rumus. Walhal dalam penggunaan bahasa yang sebenarnya, terdapat banyak kekecualian daripada rumus, yang masih boleh diterima sebagai bentuk yang betul oleh penutur jati. Selain itu, pemikiran murid tidak tercabar untuk mengesan dan menentukan rumus kerana rumus-rumus tatabahasa diberikan oleh guru. Justeru itu, penglibatan murid tidak begitu aktif kerana guru lebih banyak memainkan peranan, khususnya dalam hal menghuraikan rumus. Melihat dari segi psikologi, sesuatu yang dapat dikesan atau dijumpai sendiri oleh murid dalam sesuatu pembelajaran dapat menjamin ingatan yang lebih kekal, berbanding dengan sesuatu yang diberitahu terus oleh guru. Dengan demikian, pendekatan ini tidak begitu menjamin ingatan yang berkekalan dalam kalangan murid tentang rumus-rumus tatabahasa yang diajarkan itu.

5.3

Pendekatan Eklektik

Pendekatan elektif adalah satu pendekatan yang menggabungkan pendekatan deduktif dan induktif dengan mengambil dan mencantumkan ciri-ciri yang baik daripada kedua-dua pendekatan tersebut untuk menghasilkan pembelajaran yang lebih berkesan. Mengikut pendekatan ini, contoh-contoh boleh diberikan terlebih dahulu oleh guru, kemudian diikuti dengan keterangan atau penjelasan tentang unsur-unsur bahasa yang diajarkan itu, di samping murid-murid juga boleh dibimbing untuk mengesan rumus-rumus dan memberikan contoh-contoh baru.

47

KAEDAH PENGAJARAN BAHASA MELAYU SEKOLAH RENDAH (BMM3117)

Pendekatan ini menggunakan dua atau lebih kaedah yang menggabungkan segala ciri yang balk daripada pendekatan tersebut dan menggunakannya dalam satusatu pengajaran dan pembelajaran. Pendekatan ini sesuai untuk kelas yang mempunyai pelajar pelbagai kebolehan. Ada kala kaedah induktif lebih sesuai digunakan untuk segelintir pelajar, manakala ada pula pelajai yang akan memahami dengan lebih jelas melalui kaedah deduktif.

Pendekatan eklektik boleh dihasilkan dengan menggunakan induktif dan deduktif. Contohnya, guru boleh mula dengan memberikan contoh, dlikut] dengan generalisasi. Guru juga akan mengakhiri dengan memberikan contoh untuk

mengukuhkan peraturan atau generalisasi. Hal ini lebih mirip kepada pendekatan induktif. Selain itu, guru boleh memulakan pelajaran dengan memberikan peraturan atau generalisasi diikuti dengan contoh dan kemudian diakhiri dengan penerangan tentang peraturan sekali lagi. Hal ini pula lebih mirip kepada pendekatan deduktif.

Strategi pengajaran menggunakan pendekatan eklektik boleh dilakukan dengan dua cara, iaitu: 1 Strategi yang mirip kepada pendekatan deduktif. 2 Strategi yang mirip kepada pendekatan induktif. Dalam strategi yang mirip kepada pendekatan induktif, langkah-langkah adalah seperti berikut: i. Guru mula dengan menggunakan contoh-contoh untuk membantu membentuk konsep yang jelas. ii. iii. Daripada contoh tersebut, guru bersaina pelajar membuat generalisasi. Untuk pengukuhan, contoh diberikan oleh guru dan pelajar. Guru akan mendorong pelajar untuk mengaplikasi pengetahuan dan kemahiran situasi yang hampir serupa.

Dalam strategi yang cenderung kepada pendekatan deduktif, langkah--langkah adalah seperti berikut: i. guru menerangkan generalisasi /hukum-hukum/peraturan.
48

KAEDAH PENGAJARAN BAHASA MELAYU SEKOLAH RENDAH (BMM3117)

ii. iii.

guru memberikan contoh untuk menerangkan generalisasi tersebut. mengaitkan contoh dan menjelaskan lagi kesimpulan.

5.3.1 Kelebihan Pendekatan Eklektik

Kelebihan pendekatan elektik pula adalah guru mempunyai kebebasan untuk mengajarkan isi pelajaran. Maksudnya, guru tidak terikat kepada satu pendekatan sahaja. Manakala, murid-murid boleh dilibatkan secara aktif, sama ada dalam tugas mengesan rumus ataupun diberikan contoh. Penglibatan ini akan mengelakkan kebosanan dalam diri pelajar. Oleh sebab guru memberi penerangan terlebih dahulu, rumus-rumus tatabahasa lebih mudah dikesan oleh murid dan ini akan menjimatkan masa. Pendekatan ini sesuai untuk semua murid, iaitu sama ada murid yang pandai ataupun yang kurang pandai, juga sesuai untuk pelajar-pelajar yang lebih dewasa.

5.4

Pendekatan Komunikatif

Berbeza dengan pendekatan-pendekatan lain yang telah dinyatakan,pendekatan komunikatif menekankan aspek komunikasi dalam pengajaran. Asas ini disarankan oleh ahli-ahli bahasa seperti H.G Widdowsson, C. Jbrumfit, K. Johnson, D.H Hymes dan W. Littlewood. Menurut ahli-ahli berikut mereka menyatakan bahawa pengajaran bahasa mestilah merangkumi kecekapan bahasa yakni penguasaan sistem tatabahasa serta kecekapan berkomunikasi. Kecekapan yang pertama membolehkan seseorang murid menguasai struktur bahasa yang tepat bagi menyampaikan mesej kepada khayalaknya. Kecekapan yang kedua membolehkan murid tersebut menggunakan bahasa yang sesuai dengan khalayak yang dihadapinya.

Pengajaran dimulakan dengan aktiviti komunikasi, sama ada secara lisan atau tulisan oleh murid, baik secara berpasangan ataupun berkumpulan. Komunikasi itu boleh diwujudkan dalam konteks situasi yang sebenarnya ataupun berupa lakonan, main peranan, simulasi, penyelesaian atau sebagainya yang memerlukan murid
49

KAEDAH PENGAJARAN BAHASA MELAYU SEKOLAH RENDAH (BMM3117)

berkomunikasi dalam bahasa yang dipelajari. Walau bagaimanapun, untuk pengajaran tatabahasa, guru haruslah merancang situasi penggunaan bahasa yang benar-benar sesuai dengan unsur-unsur tatabahasa yang hendak diajarkan supaya murid-murid dapat melihat hubungan di antara unsur tatabahasa itu dengan konteks

penggunaannya yang sebenar. Pendekatan pengajaran ini lebih berpusatkan murid daripada guru. Mengikut pendekatan ini, latih tubi hanya diadakan apabila perlu, iaitu sekiranya didaati murid-murid lemah dalam penggunaannya.

Secara amnya, Roger W. Shuy(1982), berpendapat bahawa pendekatan ini dijalankan berdasarkan model berikut:

Komunikasi

Pengajaran tatabahasa

Latih tubi (jika perlu)

Rajah 4.3 : Modal Komunikatif. 5.4.1 Kebaikan Pendekatan Komunikatif.

Kebaikan pendekatan ini memberi adalah mewujudkan peluang kepada murid untuk berkomunikasi secara bebas dengan menggunakan bahasa yang dipelajari. Oleh itu, mereka dapat mengalami dan menggunakan sendiri bahasa tersebut dalam konteks yang sebenar. Selain itu, pengajaran tatabahasa lebih bermakna kerana murid dapat melihat bagaimana sesuatu unsur tatabahasa itu berfungsi dalam situasi penggunaan yang sebenar. Manakala peglibatan murid adalah secara aktif dan tugas guru hanya memandu serta membimbing mereka. Hal ini sekaligus menjadikan suasana bilik darjah lebih hidup. Kebaikan lain pula, murid dapat menggunakan kreativiti mereka sendiri dalam penggunaan bahasa sekaligus mereka dapat menguasai dua kemahiran secara serentak, iaitu kemahiran komunikasi (kemahiran menggunakan bahasa) dan
50

KAEDAH PENGAJARAN BAHASA MELAYU SEKOLAH RENDAH (BMM3117)

kemahiran linguistik (pengetahuan tentang struktur bahasa). Dalam erti kata lain, mereka bukan sahaja boleh menggunakan bahasa itu mengikut konteks, tetapi juga mengetahui strukturnya. Hal ini menjamin penggunaan bahasa yang lebih baik.

Secara langsung atau tidak langsung, pendekatan ini mendedahkan aspekaspek paralinguistik dau sosiobudaya masyarakat penutur bahasa yang dipelajarinya. Justeru itu dapat menjamin bahawa murid-murid boleh menggunakan bahasa tersebut mengitut ciri-ciri ketatasusilaan bahasa itu seperyi mana penutur jati, di samping dapat pula melihat laras-laras bahasa yang berlainan, yang dibezakan oleh konteks.

5.4.2 Kelemahan Pendekatan Komunikatif.

Sekiranya pengajaran tidak dirancang dengan rapi, unsur tatabahasa yang hendak diajarkan mungkin tidak dapat ditonjolkan dengan jelas dan murid tidak dapat mengenal pasti rumus atau struktur unsur-unsur tatabahasa yang hendak diajarkan. Pada peringkat awal pengajaran, guru terpaksa µbertoleransi¶ dengan kesilapankesilapan bahasa yang dilakukan oleh murid-murid, khususnya semasa mereka berkomunikasi. Sekiranya guru tidak cekap mengawal dan memperbetulkan kesilapan murid pada waktu-waktu yang seterusnya, ada kemungkinan kesilapan-kesilapan akan menjadi biasa kepada murid itu. 5.5 Banding Beza Pendekatan

5.5.1 Banding Beza Pendekatan Dari Aspek Definisi

51

KAEDAH PENGAJARAN BAHASA MELAYU SEKOLAH RENDAH (BMM3117)

Pendekatan Induktif - mengutamakan penggunaan contoh-contoh bahasa, diikuti dengan generalisasi oleh murid-murid sendiri atau undang-undang bagi unsur tersebut dan kemudiannya diakhiri dengan aktiviti penerapan atau aplikasi.

Pendekatan deduktif - didahului dengan pengajaran rumus-rumus, undang-undang ataupun peraturan bahasa, kemudian diikuti dengan contoh-contoh dan diakhiri pula dengan aplikasi atau penerapan rumus-rumus tersebut

Pendekatan eklektik -menggabungkan pendekatan deduktif dan induktif dengan mengambil dan mencantumkan ciriciri yang baik daripada kedua-dua pendekatan tersebut untuk menghasilkan pembelajaran yang lebih berkesan.

pendekatan komunikatif -menekankan aspek komunikasi dalam pengajaran

Rajah 4.4

Perbezaan Definisi Pendekatan

52

KAEDAH PENGAJARAN BAHASA MELAYU SEKOLAH RENDAH (BMM3117)

5.5.2 Banding Beza Pendekatan Dari Aspek Kebaikan

Pendekatan deduktif Pendekatan Induktif -dapat mengasah kemahiran berfikir dalam kalangan murid. - murid-murid dapat memahami rumusrumus tatabahasa dan dengan demikian mereka dapat menerapkan rumus-rumus tersebut untuk membentuk ayat-ayat yang gramatis

Kebaikan Pendekatan

Pendekatan Komunikatif -mewujudkan peluang kepada murid untuk berkomunikasi secara bebas dengan menggunakan bahasa yang dipelajari

Pendekatan Eklektik -adalah guru mempunyai kebebasan untuk mengajarkan isi pelajaran. Maksudnya, guru tidak terikat kepada satu pendekatan sahaja.

Rajah 4.5

Perbezaan Kebaikan Pendekatan

5.5.3 Banding Beza Pendekatan Dari Aspek Kelemahan Pendekatan induktif ‡ pengajaran yang dilakukan mengambil masa yang panjang kerana guru perlu membimbing murid mengesan rumus. ‡ adalah sukar bagi mereka untuk memikirkan rumusrumus tatabahasa daripada contohcontoh ayat yang diberikan. Pendekatan deduktif ‡ pengajaran mungkin membosankan kerana murid dibebani dengan rumus-rumus yang wajib dipatuhi ‡ ini boleh mengongkong kreativiti mereka dalam menggunakan bahasa kerana mereka terlalu terikat kepada rumus Pendekatan Eklektik ‡ unsur tatabahasa yang hendak diajarkan mungkin tidak dapat ditonjolkan dengan jelas dan murid tidak dapat mengenal pasti rumus atau struktur unsur-unsur tatabahasa yang hendak diajarkan.

Rajah 4.6

Perbezaan Kelemahan Pendekatan
53

KAEDAH PENGAJARAN BAHASA MELAYU SEKOLAH RENDAH (BMM3117)

6.0

Kaedah Pengajaran Bahasa Kaedah Pengajaran merupakan satu perancangan ataupun prosedur bagi

melaksanakan sesuatu pengajaran secara teratur, kemas, sistematik. Ia juga merupakan satu siri tindakan guru yang bersistematik serta berturutan bagi mencapai objektif. Kaedah pengajaran merupakan satu perancangan atau prosedur bagi melaksanakan sesuatu pengajaran secara teratur, kemas,dan sistematik. Kaedah merupakan langkah-langkah atau peringkat-peringkat pengajaran yang tersusun rapi dan kesinambungan yang harus dituruti dengan saksama bagi mencapai sesuatu objektif pengajaran (Mangantar Simanjuntak, 1982:72). Terdapat beberapa kaedah pengajaran bahasa. Antaranya ialah :

Nama kaedah Kaedah natural Kaedah ini

Penerangan mementingkan konsep komunikatif.

Bahasa dilihat sebagai alat yang menghubungkan makna dan mesej. Kaedah tatabahasa terjemahan Kaedah klasik ini menekankan ejaan dan penulisan. Hukum tatabahasa dihafaz. Terjemahan difikirkan sebagai satu cara yang penting untuk mempelajari perbendaharaan kata. Ejaan dan penulisan diberikan keutamaan manakala aspek fonetik kurang dititik beratkan kerana kaedah ini dirancangkan untuk memberi kemahiran menulis, dan bukan kemahiran bertutur. Kaedah ini

menentukan perbendaharaan kata diberi di pangkal peljaran. Perbendaharaan kata dipelajari melalui cara terjemahan dengan pemberian kata-kata dalam

bentuk terasing daripada konteks. Kata-kata yang disusun dalam ayat melalui hukum tatabahasa kemudiannya dihafaz sebagai cara menguasai

54

KAEDAH PENGAJARAN BAHASA MELAYU SEKOLAH RENDAH (BMM3117)

bahasa

tersebut.

Ayat

pula

mungkin

tidak

bersambung antara satu sama lain kerana isis atau kefahaman tidak menjadi keutamaan.

Kaedah terus

Kaedah ini sesuai untuk pembelajaran bahasa kedua. Antara prinsipnya ialah hubungan terus perkataan dengan benda, perkaitan dengan pengalaman,

mewujudkan rasa ingin tahu, dan berkaitan dengan asas kanak-kanak mempelajari bahasa ibunda. Kaedah ini dilihat sesuai untuk pengajaran bahasa kedua kerana tidak sekali-kali menggunakan bahasa yang telah diketahui oleh murid dan lebih berkesan dalam membolehkan kanak-kanak bahasa menguasai dan terus yang

keempat-empat menggunakannya berkenaan.

klemahiran dalam

masyarakat

Ianya juga menekankan pengajaran

bahasa kedua dan bahasa asing dilaksanakan menggunakan bahasa sasaran semata-mata.

Kaedah askar

Seperti melatih tentera, kaedah ini mementingkan latih tubi, lisan, dan ketegasan. penyampaian merupakan bagi kaedah Empat terus adalah asas ianya

perhubungan

secara

langsungantara

perkataan dengan benda atau ayat dengan fikiran ataupun sebaliknya. Pengajaran juga harus dikaitkan dengan pengalaman-pengalaman yang telah sedia ada, guru harus menimbulkan perasaan ingin tahu kanak-kanak dirancangkan melalui serta soalan-soalan pengajaran yang telah

yang

dilakukan

haruslah berpandu kepada lunas-lunas kanak-kanak semasa mempelajari bahasa ibunda mereka iaitu
55

KAEDAH PENGAJARAN BAHASA MELAYU SEKOLAH RENDAH (BMM3117)

seperti

mengutamakan

bahasa

lisan,

serta

mendahului kemahiran ,mendengar terlebih dahulu berbanding kemahiran bertutrur. Murid-murid juga harus dihubungkan secara terus dengan bahasa yang diajar tanpa penterjemahan, tidak mempelajari yang

sebarang

undang-undang

tentang bahasa

hendak dipelajari, memperbanyakkan ulangan dan pengukuhan, mempelajari sesuatu secara

keseluruhan dan lain-lain lagi. Kaedah ajuk/hafaz Kaedah ini menekankan konsep ajukan dan latih tubi. dilakukan melalui demonstrasi dan latih tubi. Ianya haruslah berkaitan dengan tatabahasa, pertuturan, perbendaharaan kata melalui guru bahasa atau penutur jati. Sesudah ayat dibacakan murid-murid dikehendaki mengajukkannya sehingga ayat-ayat tersebut tidak dapat dilupakan. Harus diingat oleh guru-guru bahawa kejelasan dalam menyampaikan pelajaran adalah penting. Sesuatu yang jelas seperti sebutan yang terang dan nyata akan memberikan tanggapan yang betul kepada murid-murid sekaligus melahirkan satu

penguaaaan habit bahasa yang baik dan sempurna. Kaedah linguistik Kaedah ini mementingkan pertuturan dan

membenarkan

penggunaan bahasa yang telah

diketahui oleh murid. Ia juga dikenali sebagai kaedah fonetik atau kaedah reform. Ianya berasaskan ilmu linguistik, khususnya linguistik struktural dan dihasilkan untuk mengatasi kelemahan-kelemahan yang terdapat dalam kaedah terus pula. Ianya juga ialah kaedah mengajar bahasa yang moden serta saintifik. Pada dasarnya ia
56

KAEDAH PENGAJARAN BAHASA MELAYU SEKOLAH RENDAH (BMM3117)

membandingkan dua bahasa iaitu bahasa yang dipelajari dengan bahasa-bahasa yang telah

diketahui oleh murid-murid sama ada bahasa ibunda ataupun bahasa-bahasa yang lain.

Kaedah kod-kognitif

Perkara

yang

ditekankan

dalam

kaedah

ini

(tradisional) ialah bacaan dan tulisan. Aspek yang ditekankan ialah sintaksis dan diikuti oelh morfologi dan fonologi. Kaedah ini mengutamakan pengajaran kecekapan berbahasa atau rumus-rumus tatabahasa dalam pengajaran bahasa yang juga bersamaan dengan ciri pengajaran bahasa melalui kaedah nahu terjemahan. Pengajaran unsur-unsur bahasa pula adalah secara deduktif dan huraian tatabahasa dibuat berasaskan ayat pencilan bukan ayat-ayat dalam pula konteks lebih

penggunaan. mengutamakan

Pengajaran kecekapan

bahasa bahasa

daripada

kecekapan berbahasa.

Kaedah situasional

Situasional Language Teaching ini mementingkan latihan penyebutan, ulang kaji, struktur baru,

perbendaharaan kata, latihan lisan, dan membaca bahan yang melibatkan struktur baru atau melakukan latihan bertulis. Guru menjadi model. Kaedah bahasa komuniti (CLL) Murid menjadi ahli dalam komuniti. Mereka belajar melalui interaksi dengan rakan. Walau

bagaimanapun, kaunseling dan psikologi diambil kira untuk memotivasikan pembelajaran. Kaedah Oral-Aural Konsep yang paling utama ialah dengar dan tutur. Kaedah ini membolehkan murid-murid
57

KAEDAH PENGAJARAN BAHASA MELAYU SEKOLAH RENDAH (BMM3117)

memperkembangkan

kemahiran

mendengar, Alat pandang

bertutur, membaca dan menulis.

dengar yang lengkap merupakan salah satu bahan yang boleh menjadikan dialog lebih realistik

sementara bahan latihan menyebut dan membaca bahan dikawal oleh bahan yang telah diberi atau disusun rapi. Sistem tatabahasa seperti

perbendaharaan kata diberikan penekanan tetapi secara beransur-ansur dan kemahiran seterusnya pula dikuasai seperti menguasai bacaan, latihan menulis tentang bahan-bahan yang telah dipelajari dan seterusnya latihan menulis itu dibebaskan. Tujuan penggunaan kaedah ini ialah bagi

membolehkan

murid-murid

memperkembangkan

keempat-empat kemahiran bahasa iaitu kemahiran mendengar, kemahiran bertutur, kemahiran membaca dan kemahiran menulis. Namun demikian, kemahiran mendengar dan kemahiran bertutur lebih diberikan keutamaan.

Kaedah

penglibatan

tindak Total Physical Response (TPR) lebih mementingkan pemahaman bahasa melalui pendengaran serta memulakan pelajaran dengan kemahiran mendengar.

balas fizikal (TBF)

Kaedah suggestopedia

Kaedah ini dikenali Super Learning yang pada pendapat pengasasnya bahawa tiada suatu aksi pun yang todak boleh dijadikan contoh. Penumpuan amat penting. Muzik dan alunan irama boleh menggiatkan pembelajaran.

Kaedah eklektik

Kaedah yang menggabungkan segala ciri yang baik dalam pengajaran bahasa yang terdapat dalam
58

KAEDAH PENGAJARAN BAHASA MELAYU SEKOLAH RENDAH (BMM3117)

kaedah-kaedah lain ataupun tidak terikat dengan hanya satu-satu kaedah btertentu sahaja. Ia

merupakan hasil daripada pengubahsuaian terhadap kaedah terus. Kaedah eklektik ini cuba yang

menggabungkan

teknik-teknik

pengajaran

terbaik daripada kaedah terus dan kaedah nahu terjemahan untuk tujuan membentuk satu strategi pengajaran bahasa kedua atau bahasa asing yang berkesan. Kaedah ini menjalankan proses pengajaran dan pembelajaran mengikut kemampuan dan keupayaan murid dan boleh juga bermula dengan menguasai kemahiran mendengar dan bertutur dahulu sebelum mula menguasai kemahiran menulis. Unsur-unsur tatabahasa juga diajarkan secara induktif dan deduktif dan guru menggunakan unsur-unsur masalah terjemahan tatabahasa bagi yang di

menghuraikan menimbulkan

kepada

murid-murid

samping guru yang boleh menggunakan alat bantu mengajar. Rajah 5.1 Kaedah-kaedah pengajaran

Menurut Edward M. Anthony (1963) : ³Method is overall plan for the orderly presentation of language material, no part of which contradicts, and all of which is based open, the selected approach. Whitin one approach is axiomatic, a method is procedural. Within one apporach, there can be many methods´.

59

KAEDAH PENGAJARAN BAHASA MELAYU SEKOLAH RENDAH (BMM3117)

6.1

Banding Beza Kaedah

‡mengutamakan pengajaran kecekapan berbahasa atau rumusrumus tatabahasa dalam pengajaran bahasa yang juga bersamaan dengan ciri pengajaran bahasa melalui kaedah nahu terjemahan

‡membolehkan murid-murid memperkembangkan kemahiran mendengar, bertutur, membaca dan menulis

kaedah kodkognitif

kaedah oral-aural

kaedah terus
‡hubungan terus perkataan dengan benda, perkaitan dengan pengalaman, mewujudkan rasa ingin tahu, dan berkaitan dengan asas kanak-kanak mempelajari bahasa ibunda.

kaedah tatabahasa terjemahan
‡Kaedah klasik ini menekankan ejaan dan penulisan. Hukum tatabahasa dihafaz. Terjemahan difikirkan sebagai satu cara yang penting untuk mempelajari perbendaharaan kata.

Rajah 5.2

Perbezaan Kaedah Pengajaran
60

KAEDAH PENGAJARAN BAHASA MELAYU SEKOLAH RENDAH (BMM3117)

7.0

Teknik pengajaran bahasa Teknik adalah satu muslihat atau strategi atau taktik yang digunakan oleh guru

untuk mencapai hasil segera yang maksimum pada waktu mengajar sesuatu bahagian pengajaran tertentu (Mangantar Simanjuntak,1981:57) Teknik pengajaran merupakan ciri-ciri khusus yang ada pada sesuatu prosedur pengajaran seperti langkah-langkah pengajaran yang dilaksanakan, cara penyampaian bahan dan alat bantu mengajar. Teknik yang dipilih haruslah sejajar dengan kaedah yang digunakan dan seirama dengan pendekatan yang dianuti. Tujuan teknik- teknik ini digunakan dalam pengajaran bahasa adalah kerana untuk menarik minat murid, mengekalkan perhatian dan membangkitkan rasa ingin tahu murid. Antara teknik-teknik pengajaran bahasa ialah :

7.1

Teknik latih tubi Teknik ini merupakan aktiviti pengulangan fakta-fakta yang dipelajari. Tujuannya

adalah

untuk

mencapai

taraf

penguasaan

kemahiran

di

samping

menjamin

ketekalannya. Teknik ini boleh digunakan untuk mencapai sesuatu kemahiran seperti kemahiran menyebut perkataan, ayat-ayat atau mengingat fakta-fakta penting. Melalui teknik ini pelajar akan mengalami proses mendengar, melihat, memikirkan maksud perkataan serta tugasnya dalam situasi yang menggunakan perkataan-perkataan itu. Teknik ini berasaskan kaedah pengajaran bahasa dengar dan sebut (audiolingual) yang biasanya digunakan dalam pengajaran bahasa kedua. Berdasarkan teknik ini, perhatian diberikan kepada lima aspek kebolehan menggunakan bahasa iaitu sebutan, tatabahasa, perbendaharaan kata, kefasihan, dan kefahaman. Teknik ini dikenali juga dengan menghafaz. Antara pengalaman teknik ini ialah ia mengehadkan kebebasan berfikir dan menumpukan daya kreativiti murid. Namun begitu, teknik ini amat dan sesuai untuk isi kandungan pengajaran yang memerlukan ikutan dan ulangan.

61

KAEDAH PENGAJARAN BAHASA MELAYU SEKOLAH RENDAH (BMM3117)

7.2

Teknik simulasi Teknik simulasi boleh didefinisikan sebagai satu situasi yang diwujudkan hampir

menyerupai keadaan sebenar yang memerlukan pelajar berinteraksi sesama sendiri berdasarkan peranan masing-masing bagi membuat keputusan menyelesaikan masalah, isu atau tugasan semula. Melalui teknik ini, pelajar akan dapat menggunakan kemahiran belajar seperti mengumpulkan maklumat, menjalankan temuramah dengan individu tertentu dan mencatat isi penting. Dalam proses ini, pelajar digalakkan untuk memberikan pendapat, cadangan, membuat keputusan dan menyelesaikan masalah berdasarkan peranan yang dipertanggungjawabkan. Teknik ini memberi pelajar peluang untuk mengalami sendiri situasi dan masalah. Terdapat pelbagai kemahiran yang dapat digabungjalinkan dan dipertingkatkan dalam teknik ini terutamannya kemahiran lisan, membaca dan menulis. Melalui teknik ini, pelbagai aktiviti menarik yang menjadi sumber motivasi kepada pelajar untuk meneruskan proses pengajaran dan

pembelajaran dapat diwujudkan.

7.3

Teknik main peranan Main peranan boleh ditakrifkan sebagai melakonkan sesuatu situasi, masalah

atau peristiwa yang dianggap penting. Pelajar diberi peranan dan bertindak sebagai watak-watak yang ditentukan dalam satu situasi yang disediakan. Main peranan ialah dramatisasi yang tidak memerlukan penghafalan skrip. Pelakon-pelakon perlu menyelesaikan atau menjelaskan situasi kepada pelajar-pelajar yang lain supaya mempraktikkan kepada diri mereka berdasarkan peranan yang dimainkan secara spontan. Proses ini biasanya dimulakan dengan pemikiran masalah yang sesuai. Masallah dikemukakan kepada pelajar dengan membacakannya atau memperlihatkan melalui filem, televisyen, mendengar rakaman dan sebagainya.

7.4

Teknik sumbangsaran Teknik ini juga dikenali sebagai percambahan fikiran (brainstorming) yang

merupakan satu sesi perbincangan yang membolehkan setiap ahli kumpulan
62

KAEDAH PENGAJARAN BAHASA MELAYU SEKOLAH RENDAH (BMM3117)

meyumbangkan pendapat dan idea. Teknik ini boleh dimulakan dengan aktiviti permainan bahasa pada peringkat sekolah rendah dan berkembang menjadi aktiviti perbincangan yang lebih serius dan kompleks pada peringkat sekolah menengah, universiti, dan latihan profesional. Teknik sumbangsaran ini menekankan pengeluaran idea daripada pembelajaran yang kreatif dan bukan pembelajaran secara bertulis.

7.5 Teknik permainan bahasa Permainan bahasa merupakan salah satu cara adalah mempelajari bahasa melalui teknik permainan. Penglibatan pelajar dalam permainan telah memberikan mereka peluang untuk memperoleh latihan intensif, pembelajaran bermakna dan sebagai alat diagnostik. Kebanyakan aktiviti yang dijalankan akan menggunakan pelbagai kemahiran berbahasa pelajar seperti kemahiran mendengar, bertutur, membaca dan menulis. Permainan bahasa mempunyai hala tuju yang bertepatan dengan kemahuan Falsafah Pendidikan Kebangsaan. Hala tuju ini diinterprestasikan melalui objektif tersirat dalam permainan bahasa iaitu merangsang interaksi verbal pelajar, menambah kefasihan dan keyakinan, menyediakan konteks pembelajaran, bertindak sebagai alat yang dapat mengikis rasa bosan dan bertindak sebagai alat pemulihan, pengukuhan dan pengayaan. 7.6 Teknik soal jawab Teknik ini merupakan teknik yang paling lama dan popular dalam dunia pendidikan. Pemilihan teknik ini adalah kerana bentuknya yang mampu mewujudkan interaksi yang lebih berkesan antara guru dengan murid. Teknik ini dilaksanakan dengan cara guru mengemukakan soalan-soalan yang berkaitan dengan isi pelajaran yang memerlukan pelajar berfikir di samping dapat menguji dan menilai apa yang diajar dan pelajar dikehendaki memberikan tindak balas yang sewajarnya. Soalan yang terancang dan bermutu dapat menajamkan pemikiran pelajar serta dapat mewujudkan suasana pembelajaran yang lebih dinamik dan berkesan. Tujuan utama teknik soal jawab adallah untuk mengesan pengetahuan berbahasa murid, menggalakkan pelajar
63

KAEDAH PENGAJARAN BAHASA MELAYU SEKOLAH RENDAH (BMM3117)

berfikir secara kritis, inovatif, logik dan kritis serta untuk mendorong pelajar menyusun dan menghuraikan bahan yang diajar.

7.7

Teknik bercerita Teknik bercerita merupakan salah satu pendekatan yang sesuai digunakan untuk

membina kecekapan berbahasa kerana cerita merupakan sesuatu yang menarik minat dan perhatian pelajar. Melalui teknik ini, latihan pemahaman , perluasan

perbendaharaan kata dan tatabahasa dapat disampaikan. Selain itu, penguasaan kemahiran berbahasa dalam kalangan murid dapat dipertingkatkan. Perkembangan cerita hendaklah diberi perhatian agar ada peringkat permulaan, kemuncak dan kesudahan cerita. Perhatian perlu diberikan kepada teknik

persembahan, suara, gerak laku dan kawalan mata. Suara memainkan peranan yang penting. Ia haruslah dikawal supaya tidak mendatar dan tidak menimbulkan kebosanan.

Langkah-langkah dalam persediaan teknik bercerita ialah guru perlulah memilih cerita-cerita yang sesuai dengan umur, kecerdasan dan minat murid serta sesuai dengan isi pelajaran yang hendak disampaikan. Selepas itu guru perlu mengkaji cerita itu dan memasukkan aspek-aspek bahasa. seterusnya guru perlu menghafaz frasa atau ayat-ayat penting dan berlatih bercerita sekurang-kurangnya sekali sebelum

menggunakan teknik ini. Langkah yang seterusnya ialah guru perlu bercerita dalam keadaan yang selesa. Guru boleh menggunakan gambar, objek sebenar atau lain-lain BBM. Akhir sekali guru perlu menyediakan kad-kad perkataan, frasa-frasa atau ayatayat yang berkaitan dengan aspek-aspek bahasa yang hendak disampaikan. 7.8 Teknik drama Teknik ini sering kali digunakan dalam kaedah komunikatif dan kaedah yang berasaskan pendekatan induktif iaitu kaedah terus, elektif dan audiolingual. Tujuan utama teknik ini adalah untuk melatih pelajar menggunakan unsur bahasa, unsur para linguistik (jeda, nada, intonasi) dan bukan linguistik (mimik muka, gerak tangan, kepala dan lain-lain) dengan berkesan dalam sesuatu interaksi bahasa atau perbuatan.
64

KAEDAH PENGAJARAN BAHASA MELAYU SEKOLAH RENDAH (BMM3117)

Penggunaan

teknik

ini

dapat

mendorong

dan

merangsang

pelajar

untuk

menghubungkan perasaannya dengan mata pelajaran yang dipelajarinya.

Melalui teknik ini pelajar bebas meluahkan sesuatu, membuat penemuan, memberi dan berkongsi sesuatu serta dapat menimbulkan keseronokan dan keberkesanan pembelajaran kepada pelajar, di samping dapat menyuburkan sahsiah pelajar. Teknik drama berperanan sebagai ragam pembelajaran iaitu sebagai salah satu alat bantu pengajaran dan pembelajaran.

7.9

Teknik inkuiri Teknik ini dikenali sebagai teknik tinjau siasat. Teknik ini merangkumi aspek soal

selidik untuk mendapatkan jawapan atau kesimpulan yang berorientasikan masalah. Melalui teknik ini, daya refleksi dalam kalangan pelajar dapat ditimbulkan. Teknik ini merupakan satu kaedah pengajaran yang dinamik untuk menimbulkan minat dan daya kreativiti dalam kalangan pelajar kerana pelajar sering mengemukakan soalan µbagaimana¶. Oleh itu, ia dapat melatih pelajar mengemukakan pelbagai soalan. Teknik ini dapat memberi latihan sebenar dalam proses kemahiran berfikir secara kreatif dan kritis. Pengendalian teknik ini adalah proses mengenali masalah, mengkaji ramalan, mengumpul maklumat, menganalisis, dan membuat rumusan. 7.10 Teknik perbincangan

Teknik perbincangan boleh didefinisikan sebagai satu aktiviti mengeluar dan mengulas pendapat tentang sesuatu tajuk. Tujuan teknik ini adalah untuk melatih pelajar mengeluarkan fikiran dan pendapat dengan bernas (Kementerian Pendidikan 1990:85). Teknik ini merupakan satu aktiviti pengajaran dan pembelajaran berbentuk perbualan yang dilakukan dalam kalangan pelajar di bawah pemantauan seorang guru. Pelajar akan bekerjasama antara satu sama lain dalam melontarkan pandangan masing-masing mengenai sesuatu topik atau perkara yang diberi misalnya dalam mesyuarat, forum, seminar, bengkel, bahas dan debat. Melalui perbincangan, murid
65

KAEDAH PENGAJARAN BAHASA MELAYU SEKOLAH RENDAH (BMM3117)

mempunyai peluang dan ruang untuk bercakap terutama ketika dalam aktiviti separa normal. Latihan ini bukan sahaja dapat menajamkan minda murid malah dapat melatih murid untuk bercakap dan mengeluarkan pendapat.

Peranan guru akan sentiasa berubah-ubah kerana aktiviti ini dikendalikan oleh pelajar sendiri. Bagi menjalankan teknik ini, terlebih dahulu guru perlu menarik minat murid terhadap tajuk perbincangan yang akan dijalankan. Kemudian, guru

membahagikan murid kepada beberapa kumpulan dan memilih seorang ketua yang boleh dipertanggungjawabkan untuk memastikan semua aspek perbincangan dapat dijalankan dan dicapai. Seterusnya guru menugaskan setiap kumpulan mendapatkan maklumat dengan cara berbincang dengan ahli ± ahli kumpulan. Ketika proses perbincangan berlaku,guru harus bergerak dari satu kumpulan ke satu kumpulan yang lain, menegaskan perkara-perkara yang perlu dibincangkan dan mengarahkan perbincangan menghala ke arah yang betul. Setelah tamat sesi perbincangan, guru boleh meminta laporan daripada setiap kumpulan. Hasil perbincangan boleh dicatat di papan tulis mengikut kepentingan. Setelah di bincang, guru bolehlah menjalankan aktiviti penulisan dan sebagainya.

7.11

Teknik forum

Forum merupakan satu sesi perbincangan yang melibatkan beberapa ahli panel untuk mencanai fikiran dan mengemukakan pendapat tentang sesuatu tajuk yang dilakukan secara formal. Teknik forum merupakan salah satu aktiviti lisan yang sesuai dijalankan kerana pelajar akan berkongsi pengalaman dan pengetahuan secara langsung untuk meningkatkan kemahiran menyampaikan idea dan fikiran dengan jelas, objektif, kreatif dan rasional. Bagi menjalankan aktiviti ini, tajuk forum yang dipilih haruslah mudah, menarik dan mancabar selaras dengan kemahiran, pencapaian dan peringkat umur mereka. Teknik ini memerlukan persediaan yang rapi sebelum, semasa dan selepas aktiviti.

66

KAEDAH PENGAJARAN BAHASA MELAYU SEKOLAH RENDAH (BMM3117)

7.12

Teknik perbahasan

Teknik perbahasan sesuai diajar di semua peringkat pelajar di sekolah menengah. Bahas merupakan pengucapan sama ada menyokong atau membangkang sesuatu pendirian dengan alasan yang logik dan idea yang tersusun. Teknik ini mempunyai manfaatnya yang tersendiri. Antara manfaat penggunaan teknik ini ialah dapat memperkembangkan kecekapan berkomunikasi dengan berkesan, melatih murid berfikir dengan pantas dan melahirkan buah fikiran dengan tepat, teratur dan bernas, membolehkan murid menguasai kemahiran berbahasa dengan menggunakan struktur ayat yang betul dan laras bahasa yang sesuai.

Selain itu melalui teknik ini juga dapat melatih murid untuk mengemukakan hujah secara rasional, kritis dan membidas, melatih kemahiran mendengar, menaakul, berhujah dan membidas. Guru perlu mengambil inisiatif sendiri untuk memupuk kebolehan berbahas dalam kalangan pelajar. Perkembangan kebolehan berbahas dengan sendirinya dapat membantu perkembangan kemahiran berbahasa,

perkembangan mental yang positif, peningkatan ilmu dan pemupukan sifat-sifat kepimpinan. 7.13 Teknik kuiz

Aktiviti kuiz merupakan aktiviti pertandingan yang meliputi pertandingan antara pelajar. Tujuan teknik ini diperkenalkan adalah kerana guru dapat mengukuhkan dan memantapkan pemahaman pelajar mengenai sesuatu topik. Selain itu, pelajar dapat mengulangkaji sambil bergembira, dapat melupakan permasalahan mereka dengan mengemukakan soalan-soalan secara teka-teki. Pelajar juga dapat belajar kaedah berfikir yang baru serta dapat membantu pelajar memahami sistem Bahasa Melayu terutama dari segi bentuk, makna dan penggunaan bahasa yang tepat. Terdapat dua bentuk pengajaran dan pembelajaran bahasa melalui teknik ini iaitu menjalankan teknik kuiz secara spontan pada peringkat permulaan, perkembangan dan penutup serta menjadikan kuiz sebagai aktiviti rangsangan, pengayaan, pemulihan dan pengukuhan.

67

KAEDAH PENGAJARAN BAHASA MELAYU SEKOLAH RENDAH (BMM3117)

7.14

Banding beza Teknik

Teknik main peranan

‡melakonkan sesuatu situasi, masalah atau peristiwa yang dianggap penting. ‡Pelajar diberi peranan dan bertindak sebagai watakwatak yang ditentukan dalam satu situasi yang disediakan. ‡ Main peranan ialah dramatisasi yang tidak memerlukan penghafalan skrip. ‡dikenali sebagai percambahan fikiran (brainstorming) yang merupakan satu sesi perbincangan yang membolehkan setiap ahli kumpulan meyumbangkan pendapat dan idea. ‡Teknik ini boleh dimulakan dengan aktiviti permainan bahasa pada peringkat sekolah rendah dan berkembang menjadi aktiviti perbincangan

Teknik sumbangsaran

Teknik inkuiri

‡merangkumi aspek soal selidik untuk mendapatkan jawapan atau kesimpulan yang berorientasikan masalah ‡, daya refleksi dalam kalangan pelajar dapat ditimbulkan. Teknik ini merupakan satu kaedah pengajaran yang dinamik untuk menimbulkan minat dan daya kreativiti dalam kalangan pelajar kerana pelajar sering mengemukakan soalan µbagaimana¶.

Teknik kuiz

‡merupakan aktiviti pertandingan yang meliputi pertandingan antara pelajar. Tujuan teknik ini diperkenalkan adalah kerana guru dapat mengukuhkan dan memantapkan pemahaman pelajar mengenai sesuatu topik

Rajah 6.1

Perbezaan Teknik-Teknik Pengajaran

68

KAEDAH PENGAJARAN BAHASA MELAYU SEKOLAH RENDAH (BMM3117)

8.0

PENYEDIAAN RANCANGAN PENGAJARAN HARIAN

69

KAEDAH PENGAJARAN BAHASA MELAYU SEKOLAH RENDAH (BMM3117)

RANCANGAN PENGAJARAN HARIAN ( RPH )

1.

Butiran Am : : Bahasa Melayu :4A : 31 orang : Hari Kokurikulum : Pertunjukkan Seni Mempertahankan Diri : 26 Mac 2010 : 60 minit

Mata pelajaran Tahun Bilangan Murid Tema Tajuk Tarikh Masa

2. y 5.1

Hasil Pembelajaran: Fokus utama : Membaca kuat perkataan dan ayat dengan sebutan dan intonasi yang betul dan memahami perkara yang dibaca. Aras 2 i. Membaca dan memahami pelbagai jenis ayat dengan memberikan penekanan pada intonasi berdasarkan tanda baca.

6.1

Merujuk pelbagai sumber untuk mendapatkan maklumat bagi tajuk yang sedang dikaji termasuk maklumat daripada internet.

Aras 2 i. Meneliti halaman kandungan dan sinopsis prakata untuk mendapatkan maklumat.

8.4

Membina dan menulis ayat topik dan ayat huraian berdasarkan sesuatu perkara.

70

KAEDAH PENGAJARAN BAHASA MELAYU SEKOLAH RENDAH (BMM3117)

Aras 1 i. Mengenal pasti isi yang sesuai dengan tajuk. ii. Membina ayat topik dan ayat huraian berdasarkan isi yang dikenal pasti tentang sesuatu tajuk.

y 7.1

Fokus sampingan : Membaca dan menerangkan maksud kandungan teks yang tersurat dan tersirat.

Aras 2 i. Menjelaskan maksud tersurat dan tersirat berdasarkan bahan yang dibaca.

3.1 Menyampaikan maklumat tentang sesuatu perkara atau tajuk menggunakan kata, Istilah, frasa, struktur ayat yang betul dan laras bahasa yang sesuai. i. ii. Menyusun isi penting sesuatu topik. Menyampaikan isi penting sesuatu topik secara tersusun dengan bahasa yang mudah. Objektif : y Pada akhir pelajaran murid dapat; i. Membaca perkataan, frasa, dan ayat dengan sebutan dan intonasi yang betul i. Membaca halaman teks dan prakata untuk mendapatkan maklumat penting ii. Menyatakan makna perkataan dengan menggunakan kamus serta memberikan maksud frasa dalam ayat yang diberikan iii. Membina ayat topik dan ayat huraian daripada isi karangan

3.

4. y y

Sistem Bahasa : Tatabahasa : imbuhan, kata nama, kata kerja, kata adjektif Kosa kata : mempertahankan, cergas, menghindarkan, vandalisme

71

KAEDAH PENGAJARAN BAHASA MELAYU SEKOLAH RENDAH (BMM3117)

5. i) ii) iii)

Pengisian Kurikulum Ilmu : Pendidikan Jasmani dan Kesihatan Nilai : Berani, berkeyakinan dan bekerjasama Kemahiran Bernilai Tambah (KBT): - Kemahiran belajar - Belajar Cara Belajar - Kinestatik - Interpersonal - Kemahiran berfikir- menghubungkait, membuat inferens Bahan Bantu Mengajar i) Gambar-gambar seni mempertahankan diri ii) Petikan Teks iii) Soalan pemahaman

6.

7.

Pengetahuan Sedia Ada : i) Murid-murid sudah mengetahui atau pernah menyertai seni mempertahankan diri. ii) Murid-murid pernah didedahkan dengan seni mempertahankan diri sebelum ini.

72

KAEDAH PENGAJARAN BAHASA MELAYU SEKOLAH RENDAH (BMM3117)

Langkah / masa Set induksi ( 5 minit )

Isi Pelajaran -Guru bertanyakan soalan berkenaan gambar-gambar tersebut -Contoh soalan : i. Apakah yang sedang dilakukan oleh orang tersebut? ii. Pernahkah kamu melihat orang mempertahankan diri dengan seni mempertahankan diri tersebut?

Aktiviti Pengajaran dan Pembelajaran - Guru memaparkan gambar-gambar yang berkaitan dengan seni mempertahankan diri. - Guru mengaitkan tajuk dengan isi pelajaran pada hari ini.

Catatan KB : menghubungkait, inferens BCB: melihat dengan aktif BBB : gambar-gambar Teknik : Guru menggunakan teknik soal jawab dan perbincangan bagi menarik minat muridmurid mengenali jenis-jenis seni mempertahankan diri. Pendekatan : Induktif

Langkah 1 ( 8 minit )

-Membaca dan berbincang tentang teks yang bertajuk ³Faedah Seni Mempertahankan Diri´

- Guru membahagikan petikan teks dan mengarahkan murid supaya membaca teks tersebut.

KB : membuat inferens BCB : i) mengemukakan pendapat dan idea yang bernas. ii) membaca dengan teliti. BBB : petikan teks

- Murid-murid diminta Teknik : guru untuk membaca teks tersebut dengan sebutan dan intonasi yang betul. - Guru dan muridmurid berbincang mengenai makna
73

menggunakan teknik sumbangsaran Kaedah : oral-aural bagi meningkatkan kemahiran mendengar dan membaca.

KAEDAH PENGAJARAN BAHASA MELAYU SEKOLAH RENDAH (BMM3117)

perkataan-perkataan yang baru di dalam teks.

Langkah 2 (20 minit )

- Murid menjawab soalan-soalan berdasarkan teks yang telah disediakan. - Contoh soalan : 1) Apakah salah satu jenis kegiatan kokurikulum di sekolah? 2) Mengapakah murid-murid digalakkan untuk mengambil bahagian dalam aktiviti seni mempertahankan diri?

- Guru memberi arahan kepada murid-murid untuk menjawab soalansoalan yang telah disediakan. - Setelah murid selesai menjawab, guru dan murid berbincang mengenai jawapan bagi soalan-soalan tersebut.

KB : menghubungkaitkan, menjana idea BCB : memproses maklumat, melaporkan maklumat KP : verbal linguistik,visual, intrapersonal, interpersonal Nilai : kerjasama, Teknik : guru menggunakan teknik kodkognitif bagi meransang murid berfikir

Langkah 3 ( 22 minit )

- Membina ayat topik dan ayat huraian tentang Kebaikan Seni

-Guru menyoal dan berbincang dengan murid tentang kebaikan seni

KB : menjana idea, menghubungkaitkan, membuat inferens. BCB : mengumpul, memproses, mencatat dan melaporkan maklumat. KP : intrapersonal;interpersonal, visual, verbal-linguistik.
74

Mempertahankan Diri mempertahankan diri Contohnya : Ayat topik : Menyihatkan badan - guru mengarahkan murid-murid membina ayat huraian berdasarkan

KAEDAH PENGAJARAN BAHASA MELAYU SEKOLAH RENDAH (BMM3117)

ayat huraian : Kita digalakkan menyertai seni mempertahankan kerana ia boleh menyihatkan badan.

ayat topik yang telah dibincangkan tadi secara berpasangan. - Guru mengarahkan pelajar membaca ayat yang telah dibina.

Nilai : bekerjasama, BBB : isi-isi penting Teknik : sumbangsaran dan perbincangan

Penutupan ( 5 minit )

- Rumusan : i. Nilai murni

- Guru berbincang dengan murid tentang pelajaran yang mereka telah pelajari hari ini. - Guru bertanya murid tentang nilainilai murni yang telah dinyatakan.

Teknik : perbincangan Kaedah : eklektif

75

KAEDAH PENGAJARAN BAHASA MELAYU SEKOLAH RENDAH (BMM3117)

8.1

Laporan Analisis Pengajaran dan Pembelajaran

Langkah Masa

Kekuatan/Kelemahan Sebab/ Punca

Cara Memperbaiki

Set Induksi : Guru bertanyakan soalan berkenaan gambar-gambar seni mempertahankan diri.

Kekuatan : Murid-murid mengambil perhatian dan bersoal-jawab dengan guru

Sebab : Gambar-gambar yang menarik minat murid.

Kelemahan : Murid tidak tahu beberapa jenis seni mempertahankan diri

Punca : Set induksi seharusnya memainkan peranan dalam menarik minat dan meransang murid untuk meneruskan pembelajaran.

Cara : Menambah pengetahuan murid dengan pelbagai jenis seni mempertahankan diri.

Langkah 2 : Guru memberi arahan kepada murid-murid untuk menjawab soalansoalan yang telah disediakan.

Kekuatan: Murid mengambil masa yang sedikit untuk menjawab soalan yang diberikan.

Sebab : Aras soalan yang disediakan adalah aras 1-mudah.

Kelemahan : Murid membuat

Punca : Sesetengah murid

Cara : Bersoal jawab dengan

76

KAEDAH PENGAJARAN BAHASA MELAYU SEKOLAH RENDAH (BMM3117)

bising di dalam kelas selepas menjawab soalan yang diberikan.

mengambil masa yang sikit untuk menjawab soalan, sementara menunggu rakan lain, mereka membuat bising.

murid-murid tentang pengalaman mereka menyertai seni mempertahankan diri.

Langkah 3 : -Guru menyoal dan berbincang dengan murid tentang kebaikan seni mempertahankan diri -Guru mengarahkan murid-murid membina ayat huraian berdasarkan ayat topik yang telah dibincangkan tadi secara berpasangan.

Kekuatan : -Pelajar memahami dengan mudah kebaikan seni mempertahankan diri yang telah diterangkan oleh guru. -Semua murid menunjukkan minat dalam sesi perbincangan.

Sebab : -Guru menerangkan dengan jelas maksud keselamatan beserta contoh, kemudian guru meminta pelajar membaca semula maksud tersebut. -Guru memberikan arahan yang jelas dan menggunakan strategi berpusatkan murid.

Kelemahan : Semua murid ingin bersuara dan guru tidak dapat mengawal kelas.

Punca : Guru mengaitkan kebaikan seni mempertahankan diri dengan isu semasa dan ini menyebabkan ramai pelajar ingin berkonsi cerita dan pendapat mereka.

Cara: Guru perlu bijak mengawal kelas dengan mengenakan syarat kepada mereka. (letak satu jari di mulut).

77

KAEDAH PENGAJARAN BAHASA MELAYU SEKOLAH RENDAH (BMM3117)

Penutup :

Kekuatan :

Sebab :

Pengajaran dan pembelajaran berlaku secara berkesan.

Pengaplikasian kaedah, teknik dan strategi dalam pengajaran dan pembelajaran.

8.2

Refleksi Kendiri

Menimba pengetahuan dalam subjek Pedagogi Bahasa Melayu ini merupakan perkara yang amat bermakna dan berguna. Subjek ini bukan sahaja sekadar teori tetapi secara lahiriahnya juga tanpa disedari adanya amali berkaitan hal-hal tertentu yang di lakukan secara sedar mahupun tidak sedar. Subjek ini bukanlah sebuah subjek yang mudah kerana setiap tajuk atau topik yang dipelajari terkandung segala macam teori yang memerlukan pemahaman yang tinggi dan perhatian yang penuh juga perlu diberikan. Tidak ketinggalan juga, pelbagai pendekatan, strategi, teknik dan kaedah yang telah diperolehi melalui subjek ini yang boleh diguna pakai dalam proses pengajaran dan pembelajaran bahasa Melayu. Sebagai bakal pendidik, guru pelatih perlu mempelajari semua maklumat dan ilmu ini supaya dapat diamalkan kelak. Bagi merealisasi dan mengaplikasikan semua dapatan ini satu program profesional telah dijalankan iaitu program Pengalaman Berasaskan Sekolah (PBS). Sepanjang menjalani program ini, saya berpeluang melakukan proses pengajaran dan pembelajaran untuk tahun empat selama satu jam iaitu pada 26 Mac 2010 Berdasarkan pengalaman yang saya lalui ini, pelbagai pro dan kontra yang dapat saya perolehi. Pada waktu sesi pembelajaran dilakukan, murid-murid memberikan tumpuan penuh dan tertarik dengan penggunaan alat bantu mengajar yang digunakan. Oleh yang demikian, penggunaan alat bantu mengajar yang menarik perlu diaplikasikan
78

KAEDAH PENGAJARAN BAHASA MELAYU SEKOLAH RENDAH (BMM3117)

di dalam bilik darjah kerana ini merupakan satu cara yang dapat menarik minat pelajar sekaligus menjadikan proses pengajaran dan pembelajaran lebih menarik. Manakala pendekatan yang diaplikasikan sewaktu proses pengajaran dan pembelajaran ini adalah pendekatan induktif. Terdapat sedikit masalah menggunakan pendekatan ini kerana pada peringkat awalnya pelajar kurang faham tentang tajuk yang hendak dipelajari mereka pada hari itu. Setelah penerangan yang jelas beserta contoh diberikan oleh guru barulah aktiviti pengajaran dan pembelajaran ini menjadi lebih menarik. Murid-murid di dalam kelas ini adalah seramai 31 orang, oleh yang demikian proses pengajaran dan pembelajaran yang dilakukan masih dapat dikawal baik walaupun terdapat beberapa orang pelajar yang ada juga menimbulkan sedikit masalah dengan membuat bising di dalam kelas. Sepanjang tempoh melakukan proses pengajaran dan pembelajaran Bahasa Melayu ini, saya telah membuka satu dimensi baru yang mana mampu mendekatkan diri saya dengan kanak-kanak sekaligus memberi pengalaman kepada saya berkaitan alam persekolahan sebelum saya memikul tanggungjawab sebagai pendidik. Saya mula belajar bagaimana untuk mengawal kerenah murid-murid dan emosi sendiri ketika berhadapan dengan mereka. Saya juga mula belajar untuk mengenali diri saya sendiri sama ada baik mahupun buruk dan memuhasabahkan diri semula. Secara kesimpulannya, subjek ini memberikan banyak input yang berguna kepada saya di dalam peperiksaan dan paling penting sekali adalah untuk diaplikasikan di dalam kehidupan seharian saya. Penerangan yang jelas dan perkongsian maklumat memberikan kredit terhadap setiap diri individu itu sendiri. Subjek ini juga telah menambahkan lagi minat saya untuk mendalami ilmu bahasa dengan lebih mendalam. Keseluruhannya, ini merupakan satu subjek dan sesi pengajaran dan pembelajaran yang menarik.

79

KAEDAH PENGAJARAN BAHASA MELAYU SEKOLAH RENDAH (BMM3117)

9.0

RUMUSAN

Dalam penghasilan kerja kursus ini, dapatlah disimpulkan bahawa dalam mendefinisikan bahasa, para ahli linguistik telah memberi pandangan yang berbezabeza berdasarkan kajian yang telah mereka lakukan. Tiap-tiap mereka telah mentakrifkannya dengan susunan perkataan dan ayat yang berlainan. Walau apa pun yang telah diperkatakan oleh tiap-tiap definisi itu, dapatlah dikatakan bahawa konsep tatabahasa itu merupakan satu set peraturan yang terdapat dalam sesuatu bahasa. Terdapat empat teori huraian bahasa yang telah digunakan dalam pengajaran dan pembelajaran iaitu teori tradisional (Panini), teori analisis struktural (Bloomfield), teori analisis transformasi-generatif (Chomsky) dan teori fungsional (Halliday). Manakala, dalam teori pemerolehan bahasa pula, ahli-ahli bahasa telah membuat kajian tentang bagaimana proses pemerolehan bahasa itu berlaku, lalu terbitlah teori-teori seperti teori behaviuris, teori mentalis, teori kod kognitif dan teori interaksional. Dalam membincangkan tentang definisi pendekatan, dapatlah dirumuskan bahawa pendekatan merupakan cara mendekati sesuatu , iaitu bagaimana sesuatu matapelajaran diajar berdasarkan objektif jangka panjang. Pendekatan yang

dibincangkan termasuklah pendekatan induktif, deduktif, eklektik dan komunikatif. Pendekatan-pendekatan ini mempunyai kelebihan dan kelemahannya yang sendiri. Sementara itu, terdapat tiga jenis strategi pengajaran yang boleh digunapakai dalam pengajaran harian bagi meningkatkan kefahaman murid dalam pembelajaran. Strategi-strategi yang dimaksudkan itu ialah strategi berpusatkan guru, berpusatkan murid dan juga berpusatkan bahan. Tidak lengkap kiranya subjek Kaedah Pengajaran Bahasa Melayu Sekolah Rendah ini tanpa membincangkan tentang kaedah dan teknik dan pengajaran yang boleh digunakan dalam proses pengajaran dan pembelajaran. Terdapat pelbagai kaedah dan teknik pengajaran boleh digunakan untuk menyampaikan pengetahuan dan kemahiran kepada pelajar antaranya ialah kaedah oral-aural, kaedah kod-kognitif, kaedah terus, kaedah askar dan sebagainya. Terdapat juga teknik-teknik pengajaran seperti teknik bercerita, teknik perbincangan, teknik sumbangsaran, teknik kuiz dan sebagainya.
80

KAEDAH PENGAJARAN BAHASA MELAYU SEKOLAH RENDAH (BMM3117)

Melalui penulisan kerja kursus ini juga, dapatlah saya mengaplikasikan segala ilmu pengetahuan yang telah ditimba. Untuk melaksanakan satu sesi pengajaran dalam kelas selama 60 minit, saya telah menggunakan pendekatan, strategi, kaedah dan teknik yang sesuai dengan tajuk dan bahan pengajaran. Ini juga memberikan banyak pengalaman kepada saya untuk membaikpulih kekhilafan dalam penghasilan rancangan pengajaran harian yang lengkap pada masa akan datang.

81

Sign up to vote on this title
UsefulNot useful