DEEPA A/P RAMALINGAM 860710236158001

PENGENALAN
Rekaan dan corak merupakan suatu asas utama dalam menghasilkan sesuatu karya seni. Pada dasarnya, tanpa rekaan dan corak, hasil seni baik yang tradisional mahupun yang moden akan tidak terhasil. Corak dapat didefinisikan sebagai suatu susunan motif sama ada secara teratur, terancang atau secara bebas. Ini bermaksud corak boleh dibahagikan kepada dua cabang iaitu Corak Terancang dan Corak Tidak Terancang. Corak Terancang dibuat menggunakan motif yang disusun dengan teratur dalam susunan tertentu. Motif ini menghasilkan corak yang mempunyai pelbagai jenis susunan termasuk penggunaan garisan grid dalam penghasilan corak. Dengan kata lain corak terancang mempunyai pengulangan motif. Sementara corak tidak terancang pula dihasilkan secara bebas tanpa mempunyai motif tertentu. Biasanya corak tidak dirancang ini dihasilkan dengan cara merenjis, meniup, mengayak, mengolek dan sebagainya. Motif pula merupakan rupa atau bentuk asas dalam satu-satu rekaan atau gubahan. Motif terdiri daripada motif flora, fauna, geometrikal dan organik. Corak tradisi mempunyai motifnya tersendiri dan mempunyai nama-nama tertentu yang berunsur tradisional. Corak tradisi ialah corak yang mempunyai motifnya tersendiri dan mempunyai nama-nama tertentu yang berunsur tradisi. PENGHASILAN CORAK Terdapat dua cara untuk mendapatkan corak iaitu: a) Corak Terancang b) Corak Tidak Terancang

1

Susunan Berselang Seli Motif yang disusun secara berselang seli di antara motif yang lain atau di antara ruangan yang kosong. 2 . Penggunaan garisan grid dapat membantu menghasilkan corak yang menarik dan teratur. Motif yang digunakan boleh terdiri daripada motif yang sama atau berbeza. Susunan Bertindih Motif yang sama disusun secara bertindih atau bertindan antara satu sama lain sehingga membentuk corak yang menarik. Susunan Bertimbal Motif ini diwujudkan secara cerminan. Susunan Beralun Motif yang dihasilkan kelihatan berombak dalam bentuk garisan yang sekata atau tidak. Motif seterusnya disusun di antara pertemuan dua motif yang sebelumnya. Susunan Batu Bata Motif disusun secara berurutan pada baris atau lajur yang sama. Susunan corak ini selalunya menggunakan garisan grid sebagai panduan.DEEPA A/P RAMALINGAM 860710236158001 JENIS-JENIS SUSUNAN DALAM CORAK DAN REKAAN Susunan Ulang Sekata Motif yang diulang secara berurutan dalam baris dan lajur yang sama bagi menghasilkan corak yang menarik. Motif akan kelihatan dalam posisi yang bertentangan.

Motif ini boleh dihasilkan dalam bentuk bulatan. segitiga dan rupa geometri yang lain. hexagon. bujur. JENIS-JENIS MOTIF DALAM MEMBUAT CORAK DAN REKAAN Motif di dalam membuat corak dan rekaan boleh didapati daripada: • • Rupa atau bentuk daripada alam ciptaan Ilahi Rupa atau bentuk asas seperti persegi. oktagon dan sebagainya. bulat. • • • Rupa atau bentuk dari bahan buatan manusia Rupa atau bentuk angka dan huruf Rupa atau bentuk kraf tradisional 3 .DEEPA A/P RAMALINGAM 860710236158001 Susunan Berpusat Motif susunan berpusat berpunca daripada satu titik tengah yang dikembangkan. segi empat.

4 .DEEPA A/P RAMALINGAM 860710236158001 PERBEZAAN ANTARA CORAK DAN REKAAN.

landskap. kraf dan sebagainya dalaman. psikomotor dan afektif Dibahagikan kepada 2 jenis iaitu. kraf dan sebagainya Susunan Ulang Sekata Contoh rekaan penghasilan rumah di 5 sesebuah kawasan perumahan. Rekaan rumah yang dihasilkan diulang sama ke semua jenis rumah yang dihasilkan. kesedaran serta pengetahuan disusun seni untuk menghasilkannya. memerlukan pemikiran yang Melibatkan proses berfikir yang berhubung mendalam malah boleh dihasilkan dengan dengan asas rekaan dan prinsip rekaan Terdapat dalam seni bina. landskap. atau bahan buatan atau ciptaan. corak Penghasilan terancang dan tidak terancang. .CORAK 860710236158001 REKAAN DEEPA A/P RAMALINGAM Corak dapat didefinisikan sebagai suatu Rekaan pula dimaksudkan dengan hasil susunan motif sama ada secara teratur. hiasan dalaman. hiasan Terdapat dalam seni bina. Ia juga terancang atau secara bebas didefinisikan sebagai suatu bentuk kreativiti artistic yang dapat memenuhi keperluan domain kognitif. • corak dipengaruhi oleh kemahiran. susunan Terancang: dengan tertentu motif yang dalam teratur • Tidak terancang: dihasilkan secara bebas tertentu tanpa mempunyai motif Tidak spontan.

potongan kertas. buluh. jut dan sebagainya. Bahan ini biasanya mudah dikeringkan dan lembut. SEJARAH DAN PERKEMBANGAN ANYAMAN.DEEPA A/P RAMALINGAM 860710236158001 KEPENTINGAN MEMBUAT CORAK DAN REKAAN • • • Mencantikkan bahagian atau permukaan luar sesuatu objek Corak sebagai elemen hiasan Corak sebagai nilai estetik TUGASAN 2 DEFINISI ANYAMAN. akar. Anyaman juga boleh dilakukan dengan menggunakan bahan-bahan alternatif seperti tali. rotan. Anyaman bermaksud proses menyilangkan bahan-bahan daripada tumbuhtumbuhan untuk dijadikan satu rumpun yang kuat dan boleh digunakan. daun pisang. Bahan-bahan tumbuhan yang dianyam ialah lidi. reben. 6 . mengkuang. pandan. daun bertam dan sebagainya. daun kelapa.

bekas pakaian dan lain-lain Tikar sembahyang. hiasan dinding. Sarawak dan Sabah. Perak. bekas buah. bekas seba guna dan lain-lain. Kampung Kijing. CORAK ANYAMAN. Negeri-negeri lain yang masih terdapat aktiviti anyaman ialah negeri Perlis. Tempat tembakau. Perkembangan sejarah anyaman adalah sama dengan perkembangan seni tembikar. Dungun. Pahang. 7 . bekas sirih terbus. Antaranya di daerah Rusila. tempat buaian anak dan lain-lain Lekar. Negeri Sembilan. penggunaan anyaman digunakan oleh raja. nyiru. bekas telor. bekas pakaian.DEEPA A/P RAMALINGAM 860710236158001 Anyaman merupakan seni tradisi yang tidak mempunyai pengaruh dari luar. Kedah. Bakul. JENIS-JENIS ANYAMAN. bekas pakaian. Melaka. Selangor. bakul. Anyaman tersebut dipanggil ‘Tikar Raja’ yang diperbuat daripada pohon bemban. beg dan lain-lain Bakul. Jenis anyaman Anyaman Mengkuang Anyaman pandan Anyaman Buluh Anyaman Rotan Anyaman Lidi Anyaman ribu-ribu Bahan Daun mengkuang Daun pandan duri Jenis-jenis buluh yang sesuai Rotan yang telah diproses Lidi kelapa Paku pakis ribu-ribu Hasil anyaman Tikar. Kampung Ru Renggoh. Cendering dan Kuala Ibai di negeri Terengganu. Menurut Siti Zainun dalam buku Reka bentuk kraftangan Melayu tradisi menyatakan pada zaman pemerintahan Long Yunus (1756-94) di negeri Kelantan. tudung salji. Sehingga kini beberapa negeri masih terus aktif menjalankan kegiatan anyaman di peringkat kampung. Jenis seni anyaman pada masa Neolitik kebanyakannya adalah rotan adalah bahan asas yang awal untuk menghasilkan anyaman.

Di kalangan masyarakat Melayu. ada motif anggota haiwan. bunga cina. kelarainya dirujuk sebagai ragi. Daripada unsur fauna pula. Misalnya. Akhir sekali. pinang). Juga kelarai dengan bentuk-bentuk bahagian tertentu ikan. Jumlah mata menentukan saiz satu-satu corak. kelarai serong. Anyaman kelarai disusun secara tunggal dan lepas (menyeluruh) atau disusun di dalam ruang tertentu. serangga dan unggas. mata ketitir. seperti kelarai belah ketupat. Motif-motif yang digunakan biasanya yang berunsur alam semulajadi dan tradisional. cengkih dan cengkih beranak. belalang cucuk. Antaranya ialah anak ikan. motif tumbuhan menjadi pilihan utama. iaitu sebagai suatu ciri perhiasan. Unsur-unsur tumbuhan yang lain termasuk akar. merah dan Dalam penghasilan anyaman. khususnya untuk tikar mengkuang.DEEPA A/P RAMALINGAM 860710236158001 Corak anyaman umumnya disebut kelarai. bunga tanjung. pusat belanak. bunga pecah lapan. 8 . sisik kelah dan tulang ikan. dan bunga rumput. seperti siput. perkara utama yang diperhatikan ialah jumlah mata atau langkah daripada bilah daun yang digunakan. kelarai beras patah dan kelarai madu manis. berembang. unsur utama yang menjadikan ia unik adalah dengan adanya motif-motif yang dipilih dan disusun dengan kreatif serta dianyam dengan sempurna dengan kreatif. Kelarai dibuat dalam pelbagai motif dan peranannya sama seperti corak bunga dalam tenunan. Semua jenis kelarai berunsurkan alam semula jadi. Untuk hiasan pinggir atau birai pula terdapat satu kelarai khusus iaitu kelarai pucuk rebung. Untuk menyerlahkan kelarai. terdapat kelarai bunga atur. bilah-bilah dicelupkan dua warna yang bertentangan atau berkontras. manggis. Diantara unsur-unsur yang terdapat adalah bermotifkan fauna. tapak anjing dan tapak harimau. jari kedidi. kelarai kisar mengiri. mata berkait. Susunan menegak disebut kelarai berdiri dan susunan sendeng. siku keluang. Daripada bentuk bunga. Dalam membuat kelarai. pucuk (rebung) dan tampuk (jantung pisang. bunga telur. kepala gajah. bunga kundur. bunga durian. flora dan geometri. Bagaimanapun. kuning dan hijau. terdapat bentuk bebas.

Beberapa contoh kelarai bermotifkan bahagian tumbuhan dan bunga: • • • • • • • • • • • • • Tampuk pinang Tampuk pinang berantai Tampuk jantung Tampuk manggis Pucuk rebung Pucuk di dalam Berakar Pecah lapan Bunga cina Bunga durian Bunga cempaka Bunga cengkik Bunga melur • Bunga beremban 9 . daun dan ranting digunakan dan diolah serta dipelbagaikan dalam corak yang pelbagai. Bunga.DEEPA A/P RAMALINGAM 860710236158001 Motif flora yang merupakan unsur tumbuhan yang amat digemari dan digunakan ialah daun berserta corak bunga dan sebagainya.

Beberapa contoh kelarai bermotifkan haiwan: • • • • Jari kedidi Mata ketitir Mata punai Anak ikan 10 . serangga dan unggas. Motif ini selalunya diolah dan digabungkan dengan motif flora.DEEPA A/P RAMALINGAM 860710236158001 • Bunga ator Motif fauna pula menjurus kepada motif haiwan yang kerap digunakan ialah ayam.itik.

DEEPA A/P RAMALINGAM 860710236158001 • • • • • • • • • • • Tulang ikan Sisik kelah Pusat beranak Kepala lalat Belalang cucuk Kepala gajah Tapak anjing Tapak harimau Buntut siput Mata berkait Berhati Motif abstrak selalunya lebih digemari dalam penghasilan tikar kerana ianya lebih mudah dan ringkas untuk diolah. Beberpa contoh kelerai bentuk bebas: • Belah ketupat Kisar mengiri Beras patah Swastika Tumbu gila madu manis • • • • 11 .

Corak dijalin secara selang-seli hingga meninggalkan kesan geometri asli. Terdapat 11 corak yang dianyam iaitu: • • Corak Tapak Catur – seringkali dianyam dalam dua atau tiga warna. Namanya akan berbeza jikan dianyam dalam bentuk. ukuran dan susunan yang berlainan. Warna gelap dianyam satu mata sahaja dengan warna cerah.DEEPA A/P RAMALINGAM 860710236158001 • Corak tapak catur CORAK ANYAMAN TIKAR. Corak lebih menekankan kepada penggunaan susunan warna pada sesuatu anyaman biasa atau ghadas. • Corak Beras Patah – menyerupai corak mata bilis tetapi warna cerah dianyam tiga mata diselangi dengan satu mata gelap. Kedua-dua warna ini timbul seakan-akan beras patah. Hasil cantuman ini member gambaran seakan-akan beras patah. Hasil cantuman warna cerah dan gelap Corak Mata Bilis – menggunakan warna teang dan gelap. 12 . Warna-warna penting dalam menentukan corak.

• Corak Bugis – berasal dari Bugis dan penggunaan dua warna yang berdekatan hijau dan putih. hijau dan kuning. Antara petak-petak digunakan adalah campuran merah dan biru. Corak Berdiri – kurang mendapat sambutan dari pengusaha. Dianyam dengan dua warna iaitu cerah dan gelap. • Corak Muar – berasal dari Muar dan bermotif empat segi. hijau dan biru Rujukan 13 . • • • • • Corak Selang-seli – penggunaan warna gelap dan cerah. Anyaman dua warna merah dan biru serta dikelilingi dengan jalur-jalur putih. putih. Corak Malaysia – corak selang-seli.DEEPA A/P RAMALINGAM 860710236158001 • Corak Palembang – berasal dari Palembang. Petak-petaknya lebih kecil dari corak Muar serta dianyam dalam bentuk berdiri dan serong. Corak Ketapang Gilir Kacang – seakan-akan corak selang-seli dan susunan yang rapat. Petak empat segi atau biji kundang dianyam dengan warna hijau dan dikelilingi jalur-jalur dua warna iaitu merah dan putih. Kedua-dua bahagian dianyam mata sama banyak dan selari. Corak Serong – corak yang mudah. dikelilingi dengan warna merah. Penggunaan dua warna tetapi untuk mendapatkan corak yang betul-betul lurus amat sukar. Bermacam kelarai boleh dianyam melalui contoh ini serta amat digemari oleh para penganyam.

oum. http : // www. my Jabatan Kemajuan Masyarakat 5. www. Pendidikan awal kanak – kanak kemas ( Jabatan Kemajuan Masyarakat kemas) Kementerian Kemajuan luar bandar dan Wilayah. Pusat Perkembangan Kurikulam. 6. edu. http : // www. Dewan Bahasa dan Pustaka. kemas. http://www.com 7. 2003.DEEPA A/P RAMALINGAM 860710236158001 1. gov. KL. my (Open University) 4. Kurikulum Prasekolah Kebangsaan . http://www.com 14 .wikipedia. 2.wordiq.org 3.artfactory.

Sign up to vote on this title
UsefulNot useful