1.

Matlamat PSV Matlamat mata pelajaran Pendidikan Seni Visual sekolah rendah adalah untuk melahirkan insan yang harmonis, kritis, kreatif dan produktif menerusi pemupukan asas seni visual. Kandungan kurikulum berupaya membantu murid meningkatkan rasa kesyukuran terhadap Tuhan, menghargai keindahan alam persekitaran, keindahan seni dan warisan bangsa serta dapat menyumbang ke arah pembangunan diri, keluarga, masyarakat dan negara, selaras dengan hasrat Falsafah Pendidikan Kebangsaan. 2. Peranan guru PSV Peranan Guru Pendidikan Seni Dalam PKBS adalah untuk: (i) mengemaskini maklumat pelajar dalam pencapaian Pendidikan Seni Visual sepanjang persekolahan sehingga tahun enam; (ii) membuat laporan pencapaian untuk tindakan susulan dalam mata pelajaran Pendidikan Seni Visual; (iii) memperinci maklumat pencapaian aspek kognitif, afektif dan psikomotor; (iv) memastikan alat dan bahan untuk penilaian PKBS diperolehi daripada Pejabat Pelajaran Daerah dan Pejabat Pelajaran Negeri; (v) meneruskan penilaian bulanan, semester dan memenuhi keperluan rekod profil dan rekod prestasi; (vi) melakukan penilaian secara formal dan tidak formal; dan (vii) menggunakan penilaian formatif yang dikumpulkan untuk menghasilkan penilaian sumatif pada jangka panjang. 3. Penilaian Portfolio Portfolio merupakan himpunan atau koleksi hasil kerja pelajar, maklumat pelajar, pengetahuan pelajar, intelek dan kebolehan menyelesaikan masalah pelajar. Bahan portfolio pelajar menggambarkan amalan pelajar, proses pembelajarannya serta sikap dan nilai terhadap kerja. Penilaian portfolio merupakan satu cara atau kaedah menilai pelajar secara bersistem, menggambarkan penguasaan kemahiran dalam konteks jasmani, emosi, rohani dan intelek (JERI). Penilaian berportfolio ini telah dilaksanakan di sebahagi an besar negara-negara Eropah termasuk Amerika Syarikat. Satu projek di Universiti Stanford menunjukkan bahawa porfolio ini membawa kesan yang amat memberangsangkan untuk menilai pelajar. Penilaian yang demikian dianggap amat adil dan memperuntuk masa yang mencukupi kepada pelajar untuk menyiapkannya. Di Malaysia, penilaian portfolio ini diperkenalkan di maktab-maktab perguruan untuk menilai guru pelatih. Penilaian berportfolio ini amat wajar untuk diimplimentasi di sekolah -sekolah kerana amat relevan dengan Falsafah Pendidikan Kebangsaan yang menekankan konsep JERI

seperti yang disebut di atas. Portfolio merupakan satu bekas atau fail yang diisi dengan berbagai -bagai jenis dokumen, sketsa, penjanaan idea, pemeraman idea secara lakaran atau illustrasi, nota-nota dan refleksi pembelajaran. Menurut Paulson dan Meyer (1991), portfolio ialah satu koleksi bahan terpilih yang dapat menunjukkan daya usaha, kemajuan dan pencapaian seseorang pelajar dalam satu atau lebih bidang pelajaran. Portfolio dalam Pendidikan Seni Visual menampilkan beberapa ciri yang tertentu. Ia merupakan satu fail kerja yang dibina secara berterusan dan beransur-ansur mengikut keperluan semasa dalam proses pembelajaran. Koleksi perkembangan pembelajaran pelajar dirancang secara bersistem dengan menunjukkan adanya rujukan buku dan tokoh seni. Akhirnya, anda sebagai guru Pendidikan Seni Visual yang menilai portfolio pelajar akan dapat melihat usahanya, kemajuan pembelajaranya dan pencapaian secara menyeluruh dan pencapaian spesifik. 4. Format rancangan tahunan dan mingguan PSV (a) Rancangan Tahunan dan Semester (i) Berdasarkan Sukatan pelajaran dan huraian yang dibahagikan mengikut penggal, perkara-perkara yang perlu dinyatakan ialah: _ Kegiatan/Bidang _ Jenis Aktiviti _ Isi Kandungan _ Kemahiran _ Bahan/Alat _ Catatan (ii) Rancangan Penggal yang disediakan perlulah merangkumi aspek-aspek: _ Bidang Melukis dan Menggambar _ Mereka dan Mencorak _ Membentuk dan Membina _ Mengenali Kraf Tradisional (iii) Rancangan penggal yang disediakan mestilah mengikut peringkat perkembangan dan seboleh-bolehnya mempunyai kaitan di antara tajuk yang dirancang. Penggal ...................... Tahun .................. Kegiatan/ Bidang Jenis Aktiviti Isi Kandungan Kemahiran Bahan/ Alat Catatan (b) Rancangan Mingguan

ketelitian dan kesempurnaan. nilai-nilai yang sesuai diperhatikan adalah kebersihan dan keteraturan... membuat inerpretasi dan menilai aspek -aspek yang diperhatikan. Kriteria-kriteria yang relevan dalam penilaian adalah gubahan.(i) Rancangan mingguan adalah perincian daripada rancangan penggal yang mana rancangan ini menunjukkan kesinambungan dan perkembangan pelajaran dari seminggu ke seminggu... Pemerhatian hasil kerja adalah penilaian pencapaian kebolehan dan kemahiran mur id yang diperlihatkan pada hasil kerja. kemahiran. proses dan teknik yang dipilih dan kemasan adalah beberapa elemen yang perlu diperhatikan. Aspek afektif juga boleh dinilai oleh guru semasa menggunakan kaedah pemerhatian. Pemerhatian proses adalah penilaian yang menitikberatkan proses penghasilan bahan. Selain daripad itu.. pew ujudan idea dan cara mereka menggunakan alat.. mengelola idea. Perkara-perkara yang perlu dititikberatkan adalah pew ujudan idea di mana proses murid menentukan tema dan peningkatan idea mereka perlu diambil kira..... (ii) Perkara-perkara berikut perlu dicatatkan dalam rancangan mingguan: _ Mata Pelajaran _ Tahun _ Kemahiran _ Isi kandungan _ Aktiviti _ Alatan Minggu ke .. Melalui kaedah ini... guru perlu memberi bimbingan yang sewajarnya. ketekunan.. kreativiti dan kemasan.. Kaedah Pengajaran dan Pembelajaran PSV Terdapat tiga kaedah penilaian dalam Pendidikan Seni Vis ual iaitu pemerhatian.. keselamatan. Kaedah pemerhatian adalah proses penilaian yang melibatkan guru secara aktif. Guru perlu memerhati cara murid mentafsir. Guru memerhati. interpretasi. Mata Pelajaran Tahun Kemahiran Isi Kandungan Aktiviti Alatan 5.. penilaian dapat dijal ankan ke atas proses dan hasil kerja murid. Sekiranya proses tidak dilakukan dengan betul. Semasa proses pengajaran dan pembelajaran Pendidikan Seni Vi sual.. kemahiran berkomunikasi dalam bahasa seni dan menilai potensi murid . pemilihan da n penyediaan alat dan bahan. lisan dan interaksi dan penulisan.... Penilaian secara lisan dan interaksi ialah satu kaedah penilaian di mana guru berinteraksi dengan murid untuk mengetahui tahap penguasan murid terhadap aspek seni. bekerjasama. fungsi. keaslian.

perasaan dan perubahan sikap murid. Pembinaan soalan-soalan obejktif dan subjektif harus menggambarkan pembelajaran secara keseluruhan yang menitikberatkan aras kesukaran berasaskan taxonomy Bloom seperti ingatan. anda sebagai guru perlu memberi aktiviti-aktiviti tambahan untuk meluaskan pengetahuan dan pengalaman murid serta mengukuh kemahiran-kemahiran yang telah dikuasai. kritikal dan analitikal. sifat ingin tahu dan kerjasama antara individu atau kumpulan seperti menggunakan strategi pengajaran Belajar Cara Belajar.dalam kemahiran berfikir. Bagi pelajar-pelajar yang sudah menguasai sesuatu kemahiran-kemahiran asas seperti membentuk. contohnya . analisis. mengunting. forum. kemahiran berbahasa seni dan sosial. kajian serta tugasan-tugasan yang dapat melibatkan penggunaan daya kreatif. aktiviti pengayaan diperlukan terutamanya oleh murid yang lebih cerdas untuk mengisi masa terluang dan mengelakkan dari kebosanan. misalnya aktiviti yang berbentuk projek. Anda perlu gunakan aktiviti-aktiviti alternatif dalam usaha mengatasi kelemahan murid. peta minda. Murid juga digalakkan membuat kajian. Aktiviti yang lebih mencabar membolehkan murid berdikari dalam pembelajaran. Anda juga perlu memberi bimbingan yang lebih dan murid perlu mahir dalam sesuatu kemahiran dahulu sebelum beralih kepada kemahiran yang lain. Penilaian secara penulisan pula dapat mengesan dan mengukur perkembangan dan pemahaman murid dalam pelbagai aspek pengetahuan serta merekod proses dalam bentuk folio. aplikasi. perkembangan daya kreatif dan mengenalpasti perlakuan emosi. seminar. kefahaman. pemahaman konsep. Aktiviti-aktiviti ini dinamakan aktiviti pengayaan. proses dan teknik serta kemahiran bahasa seni dan kemahiran berfikir. Pemulihan amat perlu untuk murid-murid yang menghadapi masalah atau kesukaran belajar dalam menguasai satu-satu kemahiran dalam Pendidikan Seni. eksperimentasi serta membuat perancangan. Dalam sesuatu pelajaran. Perkara-perkara yang boleh dinilai secara lisan adalah penguasan pengetahuan. pemahaman konsep. penguasan kemahiran berfikir dan belajar. sintesis dan penilaian. guru dapat menilai tahap penguasan pengetahuan. Aktiviti-aktiviti lisan yang boleh dijalankan ialah soal jaw ab. Melalui penilaian ini. Kelemahan -kelemahan ini amat perlu di atasi sebelum ia terhimpun yang akan menyebabkan usaha memulih sudah terlewat. melakar dan mewarna. Penilaian menggunakan kaedah penulisa n dapat merangsang pemikiran mur id secara logikal. Maksud aktiviti Pengayaan dan Pemulihan Pengajaran dan pembelajaran dalam Pendidikan Seni juga akan melalui proses pengayaan dan pemulihan. Akses Kendiri atau Kajian Masa Depan. anda sebagi guru tidak dapat lari daripada menjalankan aktiviti pemulihan di dalam bilik darjah. 6. temubual. kuiz. lakonan dan sumbangsaran. Begitu juga dengan aktiviti pemulihan. teka teki.

prinsip dan struktur. Keadaaan cahaya dan udara studio yang cukup dapat membangkitkan suasana yang segar dan membawa keselesaan kepada murid. berasaskan kepada proses persepsi dan intelektual melalui empat tahap: (a) Menggambarkan ( description ) (b) Menganalisa ( analysis ) (c) Tafsiran ( interpretation ) (d) Penilaian ( evaluation ) (a) Menggambarkan Mengamati hasil seni dan menggambarkan sifat-sifat tampak seperti warna.strategi Masteri amat sesuai dalam situasi ini. gambar. (b) Menganalisa (i) Menganalisa perhubungan sifat-sifat tampak seperti unsur-unsur seni. Proses apresiasi seni Feldman (1967) dan Smith (1967) mencadangkan aktivi ti-aktiviti aprisiasi seni. rak pameran dan alat bantu mengajar yang mengalakkan aktiviti pengajaran dan pembelajaran. (iv) Tingkap-tingkap dan pintu yang mencukupi akan membolehkan cahaya masuk dan udara beredar bebas dalam studio. jalinan dan elemen -elemen gubahan iaitu prinsip dan struktur. rupa. (iii) Saiz studio yang mempunyai ruang yang cukup untuk bergerak dapat memberi keselesaan kepada murid-murid menjalankan aktiviti kumpulan dan permainan. Ianya dapat dilakukan dengan cara-cara berikut: (i) Penyusunan meja kerusi murid mengikut kumpulan. Iklim bilik seni dari segi aspek fizikal Iklim bilik darjah dalam konteks pengajaran dan pembelajaran Pendidikan Seni Visual sama ada di bilik seni ataupun di sebuah bilik darjah biasa. bentuk. Sudut seni untuk pameran contoh-contoh hasil kerja pelajar perlu ada dan diuruskan dengan menarik dan kemaskini. susunan perabot adalah teratur dan sesuai untuk aktiviti yang akan dijalankan. 7. (ii) Suasana di studio Pendidikan Seni yang dihiasi dan diatur kemas dengan carta. Pemulihan adalah penting untuk mengembangkan potensi murid disamping membina keyakinan untuk terus belajar dengan kadarnya sendiri. (v) Keadaan kebersihan dan keindahan bilik darjah pula dapat meningkatkan keberkesanan pengajaran dan pembelajaran. . guru seni hendaklah berusaha menentukan bahawa bilik darjah atau bilik seni adalah bersih. 8. (ii) Menganalisa kualiti ekspresif seperti mood dan suasana. (a) Aspek fizikal Dari aspek fizikal. merang kumi keadaan fizikal dan suasana pembelajaran yang sesuai dan kondusif untuk sesuatu pelajaran. garisan.

(c) Tafsiran (i) Mencari makna-makna yang terdapat pada sifat-sifat tampak seperti subjek. (iI) Mencari metafora-metafora (ibarat/kiasan) dan analogi-analogi (persamaan) untuk menjelaskan makna tersebut. teknik dan fungsi. . sejarah serta keseniannya. (d) Penilaian (i) Membuat penilaian berdasarkan kepada kriteria yang bersesuaian seperti keaslian. sosial. prinsip. struktur corak dan bahan. gubahan. unsur-unsur seni.(iii) Menghuraikan stail sesuatu karya. simbol. keagamaan dan kepercayaan. (ii) Menilai hasil seni berdasarkan kepada pengertiannya ( significance ) dari segi individu.

Pendidikan Seni dan kreativiti bukanlah diperolehi secara mutlak. Dalam kebudayaan manpun. sebaliknya ia harus dipupuk melalui proses pembelajaran. 1994 ) berpendapat bahawa emosi yang dialami apabila menghayati sesebuah karya seni adalah emosi yang tersendiri dan berada di dalam alam yang asing. C) Pandangan tokoh-tokoh mengenai Pendidikan Seni Pendidikan Seni merupakan suatu program pendidikan yang bersistem dan mempunyai matlamat serta hala tuju yang jelas. menurut barat.ISL MINGGU 9 (PNDGN TOKOH-TOKOH MNGENAI PERANAN GURU) Pandangan Tokoh-tokoh Barat. politik. Clive Bell ( Syed Ahmad Jamal. Timur dan Islam Tentang Seni dan Kesenian -> Seni dan kesenian. Berdasarkan kajian beliau. Selain daripada itu. Seni memberi bentuk tampak kepada bentuk yang terpendam. Ini adalah kerana seni visual adalah berkait rapat dengan alam dan persekitarannya yang turut merangkumi manusia dan kemanusiaannya. Dalam konteks ini. Seni merupakan intisari kemanusiaan lambang suatu kumpulan manusia dalam . Setiap tokoh-tokoh tersebut mengutarakan pandangan mengikut pendekatan masing-masing. seni adalah penghasilan rupa bentuk yang menimbulkan keceriaan. Seni yang dimaksudkan di sini adalah seni visual yang merangkumi keseluruhan bidangnya. Herbert Read dan Viktor Lowenfeld berpendapat Pendidikan seni seharusnya berasaskan aspek psikologi yang melihat kepada perkembangan kanak-kanak dalam melahirkan pernyataan dirinya. Keceriaan. pelajar dan guru itu sendiri dari asoek motivasi. Pada asasnya. keseronokan dan kesenangan estetik. seni adalah pernyataan dan teknik pembuatannya. perasaan dan fikiran dapat dilahirkan melalui seni. pendidikan seni mempunyai peranan di dalam segenap aspek kehidupan samada sosial. kanak-kanak yang datang daripada keluarga yang berpendapatan rendah mempunyai kebolehan yang rendah berbanding dengan kanakkanak sebaliknya. kebudayaan dan lainlain altiviti yang berkai dengan kehidupan. Eisner ( 1967 ). dipersembahkan di dalam bentuk imej yang dapat dilihat. personaliti dan sebagainya. kebudayaan mahupun ekonomi. keseronokan dan kesenangan estetik ini adalah kesan yang timbul daripada samada sewaktu menghasilkan produk seni mahupun menikmati hasil seni. Secara jelasnya. beliau juga berpandangan kreativiti dan kebolehan kanak-kanak adalah berbeza berdasarkan latar belakang dan pengalaman mereka. ii) Pandangan Barat tentang kesenian Menurut Herbert Read. Kedua-dua pihak samada artis mahupun pemerhati seni akan merasai kesan-kesan tersebut. Feldman ( 1996 ) berpendapat pendidikan seni sebagai usaha yang melibatkan pengajaran dan pembelajaran membuat dan memahami seni. Terdapat banyak pendapat dan pandangan yang diutarakan mengenainya oleh para pemikir seni. guru seni perlu melihat potensi kedua-dua pihak. di samping mengetahui tentang dunia dan diri kita melalui seni.

d) Herbert Read . keindahan mestilah diasingkan daripada estetika kerana barang yang buruk boleh diterima dengan cara yang indah dan sebaliknya. semuanya dibolehkan sehingga melahirkan kepelbagaian aliran di dalam seni itu sendiri seperti ekspressionisme. : Membandingkan lukisan dengan kebenaran. : Pelukis meniru objek yang dibuat oleh tukang pembuat. . Crose dan Collingwood ( Syed Ahmad Jamal. maka seni itu baik. seni diberi penekanan kepada konsep kepentingan aktiviti mata dan tangan.Seni dan pendidikan perlu dipandukan kepada kebenaran. Konsep seni mempunyai pertalian yang erat dengan estetika. bukan aspek kegunaannya.Dikatakan dengan perlakuan.Seni adalah penghasilan rupa dan bentuk yg menimbulkan .Lukisan adalah 3 kali terpisah daripada kebenaran. C) Pestalozzi (1746-1827) .Memberi peluang kepada kanak-kanak belajar seni sama ada berbakat atau tidak. Objek yang ideal yang dinyatakan di dalam bentuk fizikal melalui bahan yang terhasil daripada karya sebenar dalam fikiran pemerhati. . Ini adalah kerana beliau cuba membezakan seni dengan kraf. nilai dan moral. . Demi seni. kebaikan. Pemisahan ini wujud dengan lahirnya sekularisme. Perkataan estetika mula digunakan oleh Baumgarten pada tahun 1735. Kebudayaan Barat telah memisahkan seni dengan agama. . kubisme. Beliau sebenarnya menyokong pendapat yang menyatakan bahawa seni adalah pernyataan rasa yang imaginatif.Kerja tangan atau kraftangan diajar dengan konsep sepanjang hayat. estetika bererti sesuatu yang berkaitan dengan pengamatanterhadap sesuatu perkara atau suasana yang menekankan aspek kesenian atau keindahan. kesejahteraan dan keindahan. Menurut pandangan Barat. impressionisme dan sebagainya. seni menjadi suatu yang bebas. aktiviti bercorak praktikal. Pandangan Tokoh Barat a) Plato (347 SM) . Lantaran itu.Mencipta sesuatu persekitaran yang berbudaya dan meningkatkan perpaduan: : Lukisan dibincang dengan konsep imitasi. b) Aristotle (384-322SM) . Kraf pada pandangan beliau merupakan aktiviti mengubah bahan mentah menjadi barangan dengan menggunakan kemah iran yang boleh dipelajari.kebudayaannya. akhlak. Menurutnya. 1994 ) berpendapat bahawa. karya seni itu suatu imej mental.pelukis tidak meniru tetapi memberi struktur bentuk kepada benda alam. kesempurnaan.

riang. minat untuk belajar dan memajukan diri. Kepelbagaian pandangan tersebut sebenarnya turut menjadi perencah di dalam mewujudkan kepelbagaian genre. peradaban dan kebudayaan manusia.Seni dan kebudayaan tunjang pembangunan seni manusia.Seni boleh menyatukan semua Negara (pendidikan dan pembentukan diri) e) Frank Cizek ( 1865-1946) . Kerusi. pemikiran) g) Walter Gropius . teknik serta variasinya seni itu sendiri. (kreativiti. Chapman . kita dapat melihat variasi dan kepelbagaian pandangan yang dilontarkan oleh tokoh-tokoh seni seantero dunia.Aktiviti seni merupakan satu pengalaman kepada kanak-kanak. Peredaran masa memperlihatkan perubahannya yang berkembang seiring dengan kehendak persekitaran dan naluri manusia itu sendiri. sikap dan psikomotor. .Menekan kpd kesenian dan individu serta seni dalam masyarakat warisan budaya. keseronokan dan kedamaian estetik.Kanak-kanak diberi ruang untuk melukis mengikut pandangan mereka supaya tidak hilang kreativiti dan sifat keperibadian diri.Seni visual memberi faedah kepada kehidupan seharian seperti dalam prinsip-prinsip rekaan dan nilai estetik bagi menghasilkan barangan harian eg. Sememangnya telah sekian lama mewarnai ketamadunan. Seni dan kesenian .Memberi kebebasan kepada kanak-kanak menysun pengalaman untuk mencerdaskannya. . h) Efland dan Laura H. f) John Dewey (1859 ± 1952) . suka.Seni sebagai satu peranan ekspresi bebas dalam pendidikan . aliran.Seni dan kreativiti menjadi satu unsur imaginasi.Seni adalah untuk masyarakat .Seni alat untuk mendidik seseorang .keceriaan.meja dsb. -Seni mewujudkan suasana gembira. J) June McFee . pertukangan. k) Feldman .Seni dapat mengembangkan potensi pemikiran. pandangan tokoh-tokoh yang dilontarkan mencerminkan apa yang sebenarnya mampu diterjemahkan oleh seni dan kesenian itu sendiri di dalam masyarakat. . sains dan teknologi. i) Lansing .Ianya mengabungkan seni. . Lantaran itu. Sejajar dengan peranan seni dan kesenian di dalam kaitannya dengan warisan dan kebudayaan masyarakat.

.Seni bersandarkan daripada Allah kpd Allah.Pemangkin kepada ketaqwaan ( tawaduk & beriman ) c) Sidi Ghazalba . ekonomi serta kebudayaan sehingga para ilmuwan dalam setiap bidang tersebut turut terpanggil untuk membentuk seni dan kesenian yang sejajar aliran dan fahaman mereka. Jelasnya. Intipati kesenian islam adalah tauhid. kesenian Islam adalah terbentuk dan terikat kukuh di dalam konsep µ tauhid ¶ itu sendiri. b) Pandangan Al-Ghazali . i) Pandangan Islam tentang seni dan kesenian di dalam Islam Sering kali timbulnya pertanyaan adakah kaitannya antara seni dengan agama Islam itu sendiri? Pertanyaan tersebut sebenarnya telah mengundang perdebatan demi perdebatan sejak berabad lamanya. Melalui asas-asas tauhid juga terbentuk dunia Islam yang berkembang secara organik. agama bukanlah kebudayaan. sosial. Bagi agama Islam. politik. Islam menuntut umatnya menjalankan aktiviti kesenian berpandukan akhlak Islam. Setiap perbuatan di dalam Islam mestilah berpaksikan kepada agama sementara budaya bergerak selari dengan kehendak agama.Seni menuju kepada Al-Falah ( keredhaan Allah ) . Lalu. sebagai jalan keluar daripada polemik yang timbul. Pandangan Tokoh Timur dan Islam a) Muslim ±Dalam kitab Al-Iman. Di sinilah wujudnya perbezaan jelas di antara kesenian Islam dengan bukan Islam.Seni bertunjang daripada Allah kepada Allah .Hasil seni itu bertunjang ³mardatillah´ ( diredhai Allah) -Seni membentuk peribadi muslim pengurusan panitia seni visual Contoh Pengurusan panitia pendidikan seni Carta organisasi lengkap ( buat le ) TENAGA PENGAJAR EN.terlalu akrab dengan aspek keagamaan. Seni di dalam Islam adalah kerana Allah manakala seni bukan Islam mementingkan estetika semata mata tanpa mempunyai ikatan kukuh dengan keagamaan. ±Org yg mempunyai ilmu seni bertemu dgn objek alam s/jadi dapat mencipta suatu karya dan menghargai objek tersebut. ketauhidan kepada Maha Pencipta. Islam sebenarnya penuh dengan kesenian. ALIAS ISMAIL PN MANIRAH BT HASSAN . yang melalui berbagai proses transformasi adaptasi daripada unsur-unsur alam. Kesan daripada ketauhidan tersebut lahirlah keindahan dan kesatuan yang harmoni yang membentuk acuan yang tersendiri. Ia merupakan penyatuan. maka para seniman Islam telah mencipta suatu dimensi baru di dalam kesenian.Seni tidak melampui batas kesusilaan .

Pencapaian target Peperiksaan 2010 -strategi b. Asas-asas Senireka b. Jadual Waktu dan masa pengajaran dan pembelajaran c. Bank Soalan 5.Ceramik . Pameran c. Lawatan Sambil Belajar 6.Agenda a. Pengetua adalah bertanggungjawab kepada Kementerian Pendidikan tentang pelaksanaan kurikulum di sekolahnya untuk mencapai matlamat Dasar Pendidikan Kebangsaan. adalah wajar bagi Pengetua menjadi Pengerusi Jawatankuasa Kurikulum di sekolahnya dengan PK 1 sebagai Naib Pengerusi. Mesyuarat Panitia Pendidikan Seni Visual . Minggu PSV a. Pertandingan Lanskap / Taman 4. Fungsi JKS ialah untuk merancang dan menyelaras segala hal berkenaan dengan pelaksanaan kurikulum di sekolah. PENGURUSAN PANITIA PSV 1. 2.Ukiran 3. Program Peningkatan Pengajaran dan Pembelajaran PSV -Untuk guru-guru yang mengajar PSV Topik a. Kuiz d. Peperiksaan dan Ujian g. Pertandingan Melukis b. Kraf tangan . Pencerapan f. Ahli-ahli JKS . Oleh itu.AKTIVITI PANITIA PENDIDIKAN SENI VISUAL 2010 1. Pengenalan Dalam struktur organisasi sebuah sekolah menengah. Pertandingan Melukis Mural e.Batik . Guru Penolong Kanan 1 bertanggungjawab kepada Pengetua dalam hal Pengurusan kurikulum. Sukatan Mata Pelajaran dan Huraian d.Walau bagaimanapun. Pendedahan Pelajar Kepada Seni -multimedia -pekerjaan -hasil-hasil seni KE ARAH PENGURUSAN PANITIA PSV YANG CEMERLANG A. Penyediaan Buku Rancangan Mengajar e.Anyaman . Jawatankuasa Kurikulum Sekolah (JKS) adalah badan yang menentukan dasar-dasar sekolah yang berkaitan dengan kurikulum. Lain-lain-Cadangan buku rujukan -Aktiviti Panitia PSV 2010 2.

4.3 Melalui badan ini.8 Keputusan Ujian dan Peperiksaan Menganalisis dan mengkaji keputusan tersebut untuk mengesan kelemahan dan cara mengatasi. pengalaman dan kepakaran untuk mempertingkatkan keberkesanan proses pengajaran dan pembelajaran. Tugas-tugas Panitia PSV 4.3 Rancangan Harian Menentukan adanya rancangan berasaskan Sukatan Pelajaran semasa. 4. 3. 4.4 Keputusan yang diambil oleh panitia perlu dibawa oleh ketua panitia kepada Pengetua untuk mendapat penyelesaian atau makluman. 4.7 Ujian dan Peperiksaan Menyelaras kertas-kertas soalan untuk semua tingkatan.1 Anggota Panitia Pendidikan Seni Visual merupakan semua guru yang mengajar PSV di sekolah. memahami sukatan dan huraian sukatan. a.10 Sudut PSV Mengadakan sudut PSV dibilik darjah . perpustakaan dan tempat-tempat tertentu. 5 .Mengumpul soalan sekolah lain untuk kajian. 3. Pengelolaan yang sistematik c.1 Sukatan Pelajaran Menentukan sukatan yang digunakan ialah sukatan semasa.5 Buku-buku rujukan Mencadangkan pembelian buku-buku rujukan untuk PSS dan Bilik PSV. Perancangan yang teliti b.adalah terdiri daripada Ketua Bidang dan Guru-guru Kanan @ Ketua Panitia Mata Pelajaran . 4. Pengawasan yang berkesan 3. Tugas-tugas Ketua Panitia . motivasi dan sikap serta tabiat belajar yang dimiliki oleh pelajar disamping dapat memupuk kerjasama. 4. 3.2 Pengurusan mata pelajaran PSV yang baik dapat memperlihatkan.11 Mesyuarat Mengadakan mesyuarat formal dan tidak formal. 4. guru-guru PSV berpeluang untuk mencari penyelesaian kepada masalah dalam bidang pengajaran. 4.Manakala AJK dilantik oleh panitia sendiri. 4. Panitia Pendidikan Seni Visual 3.9 Kertas Soalan Mengadakan bank soalan.6 Alat Bantu Mengajar Mengumpul berbagai jenis BBM untuk kegunaan guru PSV dalam P & P.12 Hal-hal lain Kerjasama dengan panitia lain seperti lawatan dan minggu panitia. Ketua Panitia ialah seorang guru kanan yang dilantik oleh Pengetua.4 Alat dan Bahan Merancang pembelian yang perlu untuk P & P disemua tingkatan. 4. berkongsi fikiran.2 Rancangan Pelajaran. Menyediakan dan menyelaraskan rancangan bagi semua kelas mengikut tingkatan . 4. 4. Ciri-ciri kepimpinan yang dinamik d.

5.5 Bilik Seni dan peralatan 5.9 Analisis Peperiksaan 5. 5.15 Tugas-tugas lain yang berkaitan -menerima dan menjalankan tugas lain dengan penuh kerelaan.8 Rancangan Pengajaran -menyelaras dan menyemak rancangan pengajaran semester.11 Pencerapan -membantu pihak Pengetua dalam pencerapan guru PSV 5. laporan. -menyelenggarakan fail-fail.3 Sukatan Pelajaran -mendapat dan membekalkan Sukatan PSV untuk panduan semua ahli.2 Penyeliaan Panitia 5.14 Guru Sumber 5.10 Kemajuan Diri -mempertingkatkan kualiti kerja amali untuk menguasai kemahiran PSV 5.5.12 Koleksi BBM -mengadakan koleksi BBM secara kolektif. .surat menyurat dan dokumen yang berkaitan dengan kemaskini.13 Pemilihan Guru -mencadangkan kepada pihak Pengetua pemilihan guru PSV 5.1 Mesyuarat Panitia -mempengerusi semua mesyuarat PSV -mengadakan mesyuarat secara berkala atau perjumpaan tidak formal.4 Buku stok 5. 5.6 Perkembangan staf -menyediakan dan mengadakan perkembangan staf bagi guru-guru PSV 5.minit mesyuarat.7 Perbelanjaan Tahunan 5. 5.

.

.

.

.

.

.

.

00-4.K u r i k u l u m PENDIDIKAN SENI TUGASAN INDIVIDU KUMPULAN B HARI: KHAMIS WAKTU: 2. A. Langkah. MADYA HJ. IBERAHIM BIN HASSAN SOALAN 1 (SSP 3093) Jel kan kandungan sukatan pelajaran Seni Visual STPM. termasuklah Objekti . Huraian Kurikulum dan Rancangan tahunan yang telah disediakan diperingkat JPN. Perancangan Pengajaran pula melibatkan perancangan apa yang hendak dilakukan semasa pengajaran. serta dapat menggunakan pengetahuan dan kemahiran Seni Visual dalam kehidupan dan bidang kerjaya.00 PETANG M HAMAD AFIFFUDDIN BIN M HAMAD TAKIUDIN D20071029673 PENSYARAH: PR F.   £ £ ¢¡     . Melibatkan kurikulum PSV. Sukatan pelajaran Seni Visual STPM ini dilaksanakan untuk pelajar tingkatan enam rendah dan tingkatan enam atas yang mengambil subjek Pendidikan Seni Visual dan bakal menduduki peperiksaan Sijil Tinggi Penilaian Malaysia.langkah dan strategi. Kandungan Sukatan Pelajaran Seni Visual STPM. Terdapat lapan objekti dalam sukatan pelajaran Pendidikan Seni Visual STPM yang dikenalpasti mampu meningkatkan keberkesanan dalam pengajaran dan pembelajaran yang dilaksanakan untuk pelajar tingkatan enam. B. Pengenalan Sukatan pelajaran Pendidikan Seni Visual STPM mempunyai matlamat untuk menyediakan pelajar dengan pengetahuan dan kemahiran Seni Visual bagi membolehkan pelajar mengikuti program Seni Visual atau program yang berkaitan di Institusi Pengajian Tinggi kelak.

nilai utiliti dan hiasan. dan di bawah topik ini juga terdapat beberapa komponen pecahan subtopik. a. Manakala subtajuk bahasa Seni Visual ini pula akan menjelaskan tentang aspek formal dan makna/fungsi/konteks. pendekatan sejarah dan kritikan Seni Visual ini akan menjelaskan tentang konsep dan kaedah sejarah Seni Visual serta konsep dan kaedah kritikan Seni Visual. bahasa Seni Visual dan pendekatan sejarah serta kritikan Seni Visual. gaya penampilan. teori Seni Visual (apresiasi Seni Visual dan teori penghasilan). Subtajuk pengenalan Seni Visual ini akan menjelaskan kepada pelajar mengenai pengertian Seni Visual. Antara subtajuk yang akan menjelaskan lagi makna Seni Visual ialah pengenalan Seni Visual. Teori Seni Visual (144 waktu). peranan Seni Visual dan pengalaman estetik. Di bahagian aspek formal akan menyentuh mengenai unsur seni dan prinsip rekaan. kepercayaan. Konsep dan kaedah sejarah Seni Visual ini akan menghuraikan tentang pengolahan karya.lukis an dan projek penghasilan kerja. peranan Seni Visual yang meliputi psikologi dan sosiologi serta pengalaman estetik yang menekankan mengenai pengalaman langsung dan pengalaman intelektual. Bagi aspek makna/fungsi/konteks akan menghuraikan tentang aliran. Apresiasi Seni Visual. kebudayaan. pendekatan . Antara subtopik di bawah teori penghasilan ialah pembentukan idea. period iaitu sejarah dan kebudayan serta makna yang tersurat dan tersirat. Apresiasi Seni Visual ini akan diajar kepada pelajar tingkatan enam dan di bawah tajuk aspresiasi Seni Visual ini mempunyai beberapa komponen pecahan subtajuk yang dapat menjelaskan makna Pendidikan Seni Visual secara berkesan. perekaan. Subtajuk terakhir di bawah tajuk apresiasi Seni Visual ialah pendekatan sejarah dan kritikan Seni Visual.Dua aspek utama yang terkandung di dalam sukatan pelajaran Pendidikan Seni Visual ialah apresiasi Seni Visual dan penghasilan Seni Visual yang terdiri daripada tiga komponen yang utama iaitu. Masa yang diperuntukkan bagi Teori Penghasilan ini ialah 30 waktu untuk diajar kepada pelajar tingkatan enam. Bagi konsep dan kaedah kritikan Seni Visual ianya menyentuh mengenai pendekatan dan juga strategi. b. Ketiga-tiga subtajuk ini akan menghuraikan lagi tentang pengkaryaan. Teori Penghasilan.

Subtopik yang pertama iaitu pembentukan idea akan menjelaskan pengertian idea dan sumber idea.penjanaan idea. . penterjemahan idea dan penyediaan portfolio serta hasil karya.

Sign up to vote on this title
UsefulNot useful