1.

0

DEFINISI FONOLOGI Fonologi ialah bidang yang mengkaji salah satu daripada aspek yang

terpenting di dalam bahasa iaitu bunyi.

Bidang ini disebut juga oleh

kebanyakan orang sebagai bidang fonetik. Bidang fonologi boleh terbahagi kepada dua iaitu fonetik dan fonemik. Jika diteliti tentang fonetik, dapatlah disimpulkan bahawa fonetik ialah kajian yang ditinjau daripada segi bahan fizik atau jisim yang mewujudkan bentuk ucapan. Oleh itu, jelaslah kepada kita bahawa fonetik ialah kajian yang berkaitan dengan organ pertuturan, sifat bunyi bahasa ( akuistik ) dan pendengaran ( auditori ). Manakala fonemik pula ialah bidang yang mengkaji bunyi-bunyi sesuatu, iaitu pengkajian tentang fungsi atau struktur bunyi bahasa itu. Namun, perlu kita ketahui bahawa sebenarnya di antara fonetik dan fonologi terdapat sedikit perbezaan. Bidang fonetik mengkaji fenomena bunyi atau pertuturan manusia sejagat sementara bidang fonologi mengkaji system bunyi-bunyi tertentu dalam pertuturan, khusus bagi sesuatu bahasa. Ini jelas daripada pendapat Henderson yang menyatakan : “ The study of the systematic organization of selected speech sounds in the spoken form of individual language has variously been called “ phonology “. Bidang ini juga umumnya disebut sebagai “fonemik “ atau “functional phonetics “. Tugas bidang fonologi sebenarnya ialah merumuskan, menghuraikan dan menjelaskan dengan teliti dan cermat segala bentuk bunyi dalam sesuatu bahasa untuk menentukan peraturan dan bentuk bunyi yang tertentu itu. Oleh itu, jelaslah kepada kita bahawa bidang fonetik adalah bidang yang mengkaji fenomena bunyi bahasa sejagat. Jelasnya, bunyi bahasa adalah bunyi-bunyi yang berfungsi dalam pertuturan. Ia juga turut mengkaji bunyi dari segi sifat bunyi itu, cara pengeluarannya dan aspek pendengarannya. 1

Biasanya, aspek yang dikaji merangkumi bunyi-bunyi yang digunakan untuk bertutur iaitu bunyi-bunyi bahasa sementara bunyi bukan bahasa seperti dengkuran, siulan, sendawa dan lain-lain tidak termasuk dalam kajian bidang fonetik.

2

2.0

DEFINISI FONETIK Fonetik adalah bidang pengajian bunyi bahasa. Menurut Fromkin, dan

Rodman ( 1983 ) fonetik adalah “ kajian bunyi bahasa pertuturan yang membawa makna dalam semua bahasa manusia”. Walau bagaimanapun, pada dasarnya, bunyi-bunyi bahasa dapat dihuraikan melalui tiga perspektif yang berbeza: fonetik artikulatori, fonetik auditori dan fonetik akustik. Artikulatori menerangkan bagaimana terusan ujaran ( vocal tract ) menghasilkan bunyi-bunyi bahasa. Fonetik Auditori pula mengkaji bagaimana pendengaran menghasilkan bunyi-bunyi bahasa. Manakala Fonetik Akustik meneliti ciri-ciri fizikal bunyi-bunyi bahasa itu sendiri. Menurut Arbak Othman ( Fonetik dan Fonologi Bahasa Melayu ) fonetik mempelajari segala bunyi yang diucapkan dalam atau melalui mulut manusia, baik bunyi bahasa, bunyi bukan bunyi bahasa, mahupun bunyi marjinal, dan memberikan simbol fonetik untuk masing-masing bunyi. Cabang-cabang fonetik adalah Fonetik Artikulasi iaitu mempelajari cara-cara mekanisma badan menghasilkan bunyi dan klasifikasi bunyi berdasarkan atas artikulasi. Fonetik Penerima ( auditori ), mempelajari bagaimana mekanisma telinga menerima bunyi. Fonetik Akustik pula mempelajari hakikatnya bunyi dan klasifikasi bunyi berdasarkan atas hakikatnya bunyi ini. Kesimpulannya, kedua-dua pendapat yang diberikan ini telah

menjelaskan tentang maksud yang sama dalam menerangkan definisi fonetik. Manakala fonologi pula mengkaji keadaan dan organisasi ucapan iaitu tentetan bunyi yang berupa unit-unit yang dapat dipecah-pecahkan, hubungan antara unit-unit itu, fungsi pembentukannya dan kejadiannya yang membentuk pola dan hirarki. Unit-unit asas yang dimaksudkan disini adalah fonem-fonem iaitu unit-unit terkecil yang distingtif yang ikatan ucapannya dapat dipenggal-penggal. Kajian mengenai fonem-fonem ini pula umumnya diistilah sebagai fonemik.

3

Pada kesimpulannya, fonologi merupakan bahagian dari linguistik deskriptif yang mempelajari tentang bunyi-bunyi yang diucapkan dalam atau melalui mulut manusia, seterusnya terbahagi lagi menjadi fonetik dan fonemik. Fonetik merupakan bidang yang mempelajari segala bunyi bahasa dan memberikan simbol fonetik untuk masing-masing bunyi itu. Dengan singkat dapat dikatakan bahawa fonetik adalah kajian tentang bunyi-bunyi ujar. Sebagai ilmu, fonetik berusaha menemukan kebenaran-kebenaran umum dan memformulasikan hukum-hukum umum tentang bunyi-bunyi itu dan pengucapannya, manakala sebagai kemahiran , fonetik memakai data deskriptif dasar daripada fonetik ilmiah bagi memberi kemungkinan pengenalan dan pengucapan bunyi-bunyi ujar itu. Fonemik pula bermaksud bidang yang mempelajari bunyi-bunyi bahasa dan cara pengelompokan mereka ke dalam fonem-fonem. Dengan singkat, fonemik merupakan bidang yang mempelajari fonem-fonem sesuatu bahasa.

4

Pendapat ahli-ahli psikologi ini ada benarnya dalam beberapa perkara. mencipta keindahan. Dalam hal ini penggunaan nada suara itu penting seperti intonasi. Anggapan sebegini tidaklah tepat kerana bahasa itu seringkali dirujuk sebagai organisma yang hidup. Ahli-ahli linguistik pula sering memperkatakan mengenai bahasa sebagai sesuatu yang berlaku seolah-olah ia suatu objek seperti jam loceng yang mempunyai struktur dalaman yang boleh dikaji. Sekiranya ia diletakkan dalam satu masyarakat lain. diperoleh malah dihalangi. marah. 1982:29). ia akan menggunakan bahasa sebagai alat menyatakan perasaannya seperti suka. Kebanyakan kita hanya menganggap kebolehan bertutur itu sebagai salah satu kebolehan asasi manusia tanpa mempersoalkan sama ada ia merupakan kebolehan semula jadi manusia ataupun yang dipelajari. kasih sayang. kanak-kanak itu akan terus berjalan tetapi tidak bertutur. kita sering mendapati bahawa bahasa itu sering dianggap sebagai suatu alat yang boleh dipunyai. Pada aspek keindahan pula. Apabila seseorang itu berbicara. Jika diteliti akan cara orang bertutur tentang bahasa. seseorang itu 5 . menurunkan ilmu kebudayaan peradaban dan untuk berkomunikasi (Raja Mukhtaruddin Mohd Dain.3. ia akan terus berjalan dan seterusnya menuturkan bahasa masyarakatnya yang baru itu. manusia bertutur dipengaruhi oleh masyarakat yang berada disekelilingnya. Sebenarnya kebolehan bertutur itu adalah satu keanehan. Ini menunjukkan bahawa berjalan adalah fungsi biologi tubuh badan secara naluri. tetapi pertuturan adalah fungsi kebudayaan yang harus dipelajari. Berbeza dengan kebolehan berjalan. tekanan dan jeda. benci dan lain-lain. menyampaikan ilmu.0 DEFINISI BAHASA Fenomena yang penting dalam hidup kita adalah bahasa. Ahli-ahli psikologi pula menganggap bahasa itu sebagai alat untuk melahirkan perasaan. Sekiranya masyarakat itu dihapuskan.

6 . Sesungguhnya ilmu yang kita miliki dan peroleh itu adalah melalui perantaraan bahasa.menggunakan bahasa untuk menyampaikan nyanyian. puisi. bahasa memerlukan alat yang berkuasa merakamnya. Bagi menyampaikan ilmu. pantun dan sebagainya dalam bahasa yang puitis.

3. 7 . Oleh itu. Bunyi bahasa ialah bunyi yang terdapat di dalam apa juga bahasa di seluruh dunia. Udara yang bergerak keluar daripada paru-paru melalui tengkorak. Fonetik mengkaji bunyi bahasa dari segi penyebutan dan pendengaran atau sifatnya. Kajian bunyi lazimnya terbahagi kepada dua bidang. kitar suara.2 Alat-alat Pertuturan Bahasa Melayu mempunyai sistem bunyi yang tersendiri dan untuk menguasai kemahiran bertutur dalam bahasa Melayu dengan baik dan berkesan. Alat artikulasi adalah alat-alat atau organorgan yang berfungsi dalam mengeluarkan bunyi-bunyi bahasa. bunyi bahasa itu ialah bunyi yang bermakna yang dihasilkan oleh alat artikulasi. seseorang pengguna bahasa perlulah mempunyai pengetahuan yang mendalam tentangnya. Fonologi pula mengkaji bunyi-bunyi yang berfungsi dalam sesuatu bahasa. iaitu fonetik dan fonologi. rongga takak dan mulut atau hidung atau keduaduanya. bahan yang terkandung dalam pertuturan ialah bunyi-bunyi. mereka saling memahami perkara yang dituturkan.Bunyi Bahasa Bunyi bahasa adalah gelombang bunyi yang terjadi pada arus udara yang bergerak. Ini kerana apabila dua orang bertutur. Bunyi bahasa ialah bunyi yang berfungsi dalam pertuturan. Kita sedia memaklumi bahawa pertuturan ialah bunyi-bunyi yang bermakna. Udara yang kelar itu akan mengenai bahagian gegendang telinga dan akhirnya didengar sebagai bunyi. Pertuturan di sini membawa maksud bahasa yang diungkapkan secara lisan. Pada hakikatnya.

19. 2. 16. Tengah lidah Belakang lidah Akar lidah Epiglotis Pita suara Rongga tekak Rongga Hidung Rongga mulut Rahang Tenggorok Bunyi-bunyi bahasa dikeluarkan oleh alat-alat sebutan dan fungsinya seperti yang berikut : 3. 9. 3. 20. 7. 17. 18. 10. 6. Bibir atas Bibir bawah Gigi atas Gigi bawah Gusi Lelangit keras Lelangit lembut Anak tekak Hujung lidah Hadapan lidah 11. 12.1. 5. 15. 8. 4.3 Fungsi Alat Pertuturan Lidah 8 . 13. 14.

tengah lidah dan belakang lidah penting dalam pengeluaran bunyi-bunyi vokal. Bibir Bibir adalah alat artikulasi yang terletak pada bahagian luar rongga mulut. Penampan aliran udara inilah yang menghasilkan bunyi. • Gigi Gigi juga berperanan dalam penghasilan bunyi bahasa tetapi peranannya tidaklah aktif. iaitu hujung lidah. Bibir terdiri daripada otot-otot kenyal yang boleh dihamparkan dan dibundarkan dan berperanan mengeluarkan bunyi yang berbagai-bagai. Kedudukannya yang statik dan sentiasa digunakan sebagai penampan aliran udara dalam penghasilan bunyi. Pembahagian ini membolehkan lidah membuat deskripsi pelbagai jenis penghasilan bunyi. Organ ini digunakan sebagai daerah sebutan dengan bantuan hujung lidah yang berfungsi membuat penyekatan. Bahagian hadapan lidah. • Lelangit 9 . Bibir juga berfungsi membuat sekatan kepada udara yang keluar daripada rongga mulut. Hujung lidah merupakan bahagian paling aktif dan boleh digerakkan ke mana-mana bahagian mulut untuk membuat penyekatan. • Gusi Gusi merupakan bahagian yang embung dan menurun dari gigi ke bahagian dalam rongga mulut. tengah lidah. Lidah terbahagi kepada empat bahagian.Lidah ialah alat artikulasi yang terpenting dan paling aktif dalam pengeluaran bunyi bahasa. tengah dan belakang. dan belakang lidah. hadapan lidah. iaitu bunyi vokal hadapan. Bibir juga menjadi sempadan paling luar daripada rongga mulut.

Lelangit keras bermula dari sempadan gusi di bahagian hadapan atas rongga mulut dapat diturunnaikkan untuk menutup atau membuka saluran rongga tekak terus ke rongga hidung. rongga mulut akan tertutup dan udara terpaksa keluar melalui rongga hidung. iaitu lelangit keras dan lelangit lembut. Rongga hidung boleh dibuka atau ditutup. rongga mulut akan terbuka dan udara akan keluar melalui rongga mulut dan apabila diturunkkan. Pita Suara Pita suara terletak dalam ruang tenggorok (halkum) dan amat penting dalam penghasilan bunyi. Apabila dinaikkan. Proses pengeluaran suara berlaku dengan cara memperluas dan mempersempit lubang yang terdapat di antara dua keping selaput nipis berkenaan. bergantung kepada keadaan sama ada anak tekak dan lelangit lembut dinaikkan atau tidak. • Rongga Hidung Terletak di atas rongga mulut yang dipisahkan oleh lelangit. 10 .Lelangit dapat dibahagikan kepada dua bahagian. Lelangit lembut menganjur dari sempadan lelangit keras hingga ke akhir rongga mulut.

4.0 BUNYI VOKAL 11 .

manakala bibir dalam keadaan bundar semasa vokal belakang dihasilkan. Kedudukan vokal-vokal tersebut bolehlah dirumuskan seperti berikut : 12 . terdapat sembilan jenis vokal yang sering dihasilkan. dan [ a ]. Terdapat lapan bunyi vokal. iaitu enam vokal asli { a.o dan u } dan dua vokal yang terdapat dalam kebanyakan dialek { ε. pita suara digetarkan. Keadaan bibir neutral semasa menghasilkan vokal tengah.} כ‬ Terdapat empat vokal depan. i . Bunyi-bunyi vokal mempunyai ciri-ciri kelantangan dan berpanjangan dalam erti kata bunyi itu dapat didengar dengan jelas dan lebih panjang daripada bunyi-bunyi konsonan. Rajah di bawah ini menunjukkan keratan rentas lidah. keadaan rongga mulut dan bentuk bibir. ] כ‬ Walaupun dari segi tulisan dan penyebutan standard. Vokal-vokal itu dapat digambarkan melalui carta vokal yang disediakan. Rajah tersebut juga menunjukkan kedudukan lidah semasa bunyi vokal dihasilkan. iaitu [ i ] . Kata depan. Bibir dalam keadaan terhampar semasa bunyi vokal depan dihasilkan. Garisgaris melintang menunjukkan ketinggian lidah.dan ‫. tengah dan belakang lidah merujuk kepada bahagian pada lidah. Bunyi vokal ialah bunyi-bunyi bahasa yang bersuara iaitu ketika menghasilkan bunyi tersebut.Bunyi vokal terhasil apabila udara keluar daripada rongga mulut tidak mengalami sekatan atau himpitan. tetapi di dalam pertuturan. vokal-vokal di dalam bahasa Melayu terbahagi kepada enam jenis. satu vokal tengah [ ə ] dan tiga vokal belakang [ u ]. Bunyi vokal juga dipengaruhi oleh pengaruh lidah. [ e ]. e. [ o ] dan [ ‫. [ε ].

logo ‫כ‬rang. keadaan rongga mulut dan bentuk bibir. Bunyi vokal terhasil apabila udara keluar daripada rongga mulut tidak mengalami sekatan atau himpitan. tεlor anak.tengah. εlok. akhir kata ) Ikan. sekatan dan geseran sama ada di 13 . taugeh. bosan. butang. vokal dapat dilihat seperti berikut: Carta Vokal Bunyi vokal juga dipengaruhi oleh pengaruh lidah. masa. Konsonan adalah bunyi bahasa yang apabila di keluarkan bunyi – bunyi ini akan menerima sempitan.0 BUNYI KONSONAN. kail Ekor. lalu otak. Kedudukan vokal- 5.Nama Vokal g Vokal depan sempit Vokal depan separuh sempit ( e taling ) Vokal depan separuh luas Vokal depan luas Vokal tengah ( e pepet ) Vokal belakang sempit Vokal belakang separuh Sempit Vokal belakang separuh luas Lamban [i ] [e] [ε] [a] [ə] [u] [o] [‫]כ‬ Contoh (awal . b ‫כ‬leh. lima əmak. boleh. bila. bətul Udang.

Proses ini dinamakan sengauan. bunyi vokal yang mengikutinya turut akan disengaukan. Bunyi konsonan boleh mempengaruhi bunyi vokal dalam sebutan. Bunyi Konsonan Melayu Asli Terdapat 19 bunyi konsonan Melayu asli iaitu: [p] [b] [t] [d] [k] [g] [ʔ] [č] [ǰ] [s] [r] [h] [l] [m] [n] [ŋ] [ɲ] [w] Konsonan letupan dua bibir tidak bersuara Konsonan letupan dua bibir bersuara Konsonan letupan gusi tidak bersuara Konsonan letupan gusi bersuara Konsonan letupan lelangit lembut tidak bersuara Konsonan letupan lelangit lembut bersuara Hentian glotis Konsonan letusan lelangit keras tidak bersuara Konsonan letusan lelangit keras bersuara Konsonan geseran gusi tidak bersuara Konsonan geseran gusi bersuara Konsonan geseran glotis bersuara Konsonan geseran sisian gusi bersuara Konsonan sengau dua bibir bersuara Konsonan sengau gusi bersuara Konsonan sengau lelangit lembut bersuara Konsonan sengau gusi lelangit keras bersuara Separuh vokal dua bibir bersuara 14 . tekak atau hidung. misalnya apabila menyebut konsonan sengau.bahagian rongga mulut. Konsonan terbahagi kepada dua iaitu: 1.

Bunyi Konsonan Melayu Pinjaman Terdapat 8 bunyi konsonan Melayu pinjaman iaitu: [f] [v] [θ] [ŏ] [z] [š] Konsonan geseran bibir gigi tidak bersuara Konsonan geseran bibir gigi bersuara Konsonan geseran gigi tidak bersuara Konsonan geseran bersuara Konsonan geseran gusi bersuara Konsonan geseran gusi lelangit keras tidak bersuara [x] [γ] Konsonan geseran lelangit lembut tidak bersuara Konsonan geseran lelangit lembut bersuara Cara Membunyikan Konsonan Melayu Asli Rajah berikut menunjukkan bagaimana bunyi konsonan Melayu asli dihasilkan.[j] Separuh vokal lelangit keras bersuara 2. Daerah Artikulasi Gusi Cara Dua Lelangit Lelangit Gusi Lelangit Penghasilan Bibir Keras lembut Keras Letupan p b t d k g Letusan č ǰ Geseran s Getaran r Sisian l Sengauan m n ɲ Ŋ Separuh w J Pita Suara ʔ h 15 .

16 . 3. Pita suara direnggangkan. Dua bibir dirapatkan untuk membuat sekatan penuh pada arus udara dari paru-paru ke rongga mulut.Vokal 5. Udara dari paru-paru keluar ke rongga mulut tanpa menggetarkan pita suara. Bezanya ialah: 1. 3. 2. Bunyi yang dihasilkan ialah letupan dua bibir tidak bersuara [p]. Arus udara dari paru-paru keluar melalui rongga mulut dengan menggetarkan pita suara. Pita suara dirapatkan. 2. 4. (b) Konsonan letupan dua bibir bersuara [b] Cara membunyikannya: Cara membunyikannya sama seperti membunyikan konsonan [p].1 Konsonan Letupan (a) Konsonan letupan dua bibir tidak bersuara [p] Cara membunyikannya: 1. Bunyi yang dihasilkan ialah letupan dua bibir bersuara [b]. Lelangit lembut dinaikkan ke belakang/ke dinding rongga tekak untuk membuat sekatan udara dari paru-paru ke rongga hidung.

Arus udara dari paru-paru keluar melalui rongga mulut dengan menggetarkan pita suara. 17 . (d) Konsonan letupan gusi bersuara [d] Cara membunyikannya: Cara membunyikannya sama seperti membunyikan konsonan [t]. 6. Pita suara dirapatkan. Bunyi yang dihasilkan ialah letupan gusi tidak bersuara [t]. 2. 3. Sekatan yang dibuat oleh hujung lidah dan gusi dilepaskan sertamerta. Lelangit lembut dan anak tekak dinaikkan ke belakang/ke dinding rongga tekak untuk menutup arus udara ke rongga hidung. 4. Bezanya ialah: 1. 2.(c) Konsonan letupan gusi tidak bersuara [t] Cara membunyikannya: 1. Arus udara dari paru-paru keluar melalui rongga mulut tanpa menggetarkan pita suara. 5. Hujung lidah dinaikkan rapat ke gusi untuk membuat sekatan penuh pada arus udara. Pita suara direnggangkan.

Bunyi yang dihasilkan ialah letupan lelangit lembut tidak bersuara [k]. Bunyi yang dihasilkan ialah letupan gusi bersuara [d]. Lelangit lembut dan anak tekak dirapatkan ke rongga tekak bagi menutup arus udara dari paru-paru ke rongga hidung. Arus udara dari paru-paru keluar melalui rongga mulut tanpa menggetarkan pita suara.3. 2. 4. 18 . 3. Sekatan udara yang dibuat oleh belakang lidah dilepaskan serta-merta. Pita suara direnggangkan. (e) Konsonan letupan lelangit lembut tidak bersuara [k] Cara membunyikannya: 1. Belakang lidah dirapatkan ke lelangit lembut untuk membuat sekatan penuh pada arus udara. 6. 5.

Bunyi yang dihasilkan ialah letupan lelangit lembut bersuara [g]. Pita suara dirapatkan. Arus udara dari paru-paru keluar melalui rongga mulut dengan menggetarkan pita suara. (g) Hentian glotis [ʔ] 19 .(f) Konsonan letupan lelangit lembut bersuara [g] Cara membunyikannya: Cara membunyikannya sama seperti membunyikan konsonan [k]. 5. Bezanya ialah: 4. 6.

Udara disekat oleh pita suara tanpa menggetarkan pita suara 20 . Manakala pita suara pula diarapatkan sepenuhnya supaya udara tersekat di belakang pita suara.Cara membunyikannya: Semasa udara dari peparu keluar lelangit lembut dan anak tekak akan dinaikkan ke belakang dinding rongga tekak untuk membuat sekatan udara dari peparu ke rongga hidung.

Hadapan lidah dinaikkan rapat ke lelangit keras untuk membuat sekatan pada arus udara. 6. Lelangit lembut dan anak tekak dinaikkan ke belakang/ke dinding rongga tekak untuk membuat sekatan terhadap arus udara dari paru-paru ke rongga hidung. Bunyi yang dihasilkan ialah letusan lelangit keras bersuara [ǰ]. Pita suara direnggangkan. Bezanya ialah: 1. Bunyi yang dihasilkan ialah letusan lelangit keras tidak bersuara [č]. 2. 2. (b) Konsonan letusan lelangit keras bersuara [ǰ] Cara membunyikannya: Cara membunyikannya sama seperti membunyikan konsonan [č]. 3.5. 21 . Arus udara dari paru-paru keluar melalui rongga mulut tanpa menggetarkan pita suara. 4.2 Konsonan Letusan (a) Konsonan letusan lelangit keras tidak bersuara [č] Cara membunyikannya: 1. Arus udara dari paru-paru keluar melalui rongga mulut dengan menggetarkan pita suara. 3. Udara yang tersekat oleh hadapan lidah di lelangit keras dilepaskan perlahan-lahan. 5. Pita suara dirapatkan.

lalu terhasillah bunyi ( s ). 22 . Pita suara di renggangkan.5.3 Konsonan Geseran (a) Konsonan geseran gusi tidak bersuara [s] Cara membunyikannya: Konsonan geseran adalah dengan lidah dinaikkan ke gusi untuk membuat sempitan pada arus udara. arus udara melaui rongga mulut tanpa menggetarkan pita suara. Pada masa ini lelangit lembut dan anak tekak dinaikkan ke belakang rongga tekak untuk menyekat arus udara ke rongga hidung.

Bunyi yang terhasil pada waktu itu dinamakan bunyi getaran gusi bersuara ( r ). Lelangit lembut pada waktu itu dinaikkan.4 Konsonan Getaran (a) Konsonan getaran gusi bersuara [r] Cara membunyikannya: Konsonan getaran terjadi apabila hujung lidah diletakkan dekat gusi sehingga udara melalui antara lidah dan gusi. lidah bergetar.5. 23 .

Udara keluar melalui bahagian tepi lidah.5 Konsonan Sisian (a) Konsonan sisian gusi bersuara [l] Cara membunyikannya: Konsonan sisian berlaku apabila hujung lidah dinaikkan ke gusi dan laluan udara tersekat. Lelangit lembut dinaikkan dan pita suara bergetar.5. Bunyi yang dihasilkan dinamakan bunyi sisian sisi bersuara ( l ) 24 .

5. 25 .6 Konsonan Sengauan ( nasal ) Konsonan Sengauan ini boleh dibahagikan kepada empat bunyi nasal yang terdapat di dalam bahasa melayu. bibir bawah akan dirapatkan untuk membuat sekatan udara. lelangit lembutn dan anak tekak akan ditirunkan manakala pita suara akan dirapaatkan. Contohnya adalah :(a) Konsonan sengau dua bibir bersuara [m] Cara membunyikannya: Semasa udara dari peparu dikeluarkan. Pita suara digetarkan dan lelangit lembut dinaikkan. Perbezaan yang berlaku pada keempat – empat bunyi nasal itu adalah pada daerah udara disekat yang berlaku pada rongga mulut.arus udara akan menggetarkan pita suara dan akan masuk ke rongga mulut seterusnya ke rongga hidungakan menghasilkan bunyi [m]. Arus udara dilepaskan perlahan-lahan.

26 .(b) Konsonan sengau gusi bersuara [n] Cara membunyikannya: Apabila udara dilepaskan secara perlahan-lahan melalui pita suara yang dirapatkan dan terus melalui mulut terus ke rongga hidung kerana hujung lidah dinaikkan ke atas gusi untuk membuat sekatan udara. Ini akan menghasilkan bunyi sengauan bersuara [n].

27 .(c) Konsonan sengau lelangit lembut bersuara [ŋ] Cara membunyikannya: Cara pengeluar udara bagi konsenan sengauan [ŋ] adalah sama tetapi berbeza pada sekatan di mulut iaitu arus udara di sekat oleh lidah belakang dan lelangit lembut yang menyebabkan udara terus ke hidung.

(d) Konsonan sengau gusi lelangit keras bersuara [ɲ] Cara membunyikannya: Depan lidah dianakkan ke lelangit keras. 28 . Maka terhasillah bunyi sengauan bersuara [ɲ]. Pita suara dirapatkan. Pita suara akan ke rongga mulut dan terus ke rongga hidung kerana lelangit lembut dan anak tekak tidak dirapatkan.

5.7 Separuh Vokal (a) Separuh vokal dua bibir bersuara [w] Cara membunyikannya: 29 .

udara dari peparu akan keluar ke rongga mulut. Lelangit lembut akan dinaikkan ke belakang tekak untuk membuat sekatan ke rongga hidung.Bibir dibundarkan dan belakang lidah dinaikkan ke lelangit lembut. Pita suara pula akan bergetar dan lidah bergerak pantas untuk membunyikan vokal tengah [ə]. (b) Separuh vokal lelangit keras bersuara [j] Cara membunyikannya: 30 .

Pita suara di getarkan sambil lidah bergerak pantas untuk membunyikan vokal [ə]. Bibir dihamparkan dan lelangit lembut dinaikkan ke belakang nak tekak.Depan lidah diangkat tinggi ke arah gusi. 31 .

oi. Manakala dalam bahasa melayu terdapat tiga diftong iaitu ( au. 32 . yang disebut secara berterusan tanpa ada segmen.0 BUNYI DIFTONG Diftong akan terjadi bila terdapat gabungan dua vokal yang terdapat di dalam satu suku kata. yang pertama mengikuti yang kedua. Contoh [pakai]. Diftong bermula daripada perkataan inggeris yang mana dua vokal hadir dalam konteks yang sama.6. ai ) seperti yang digambarkan dengan gambarajah di bawah :- Tengah Hadapan sempit Belakang i e ε a (a) (b) u (c) o ‫כ‬ Separuh sempit Separuh luas luas (a) (ai) (b) (au) (c) (oi) PERGERAKAN LIDAH UNTUK MEMBUNYIKAN DIFTONG Diftong yang pertama ialah diftong ( ai ) iaitu bahagian depan lidah pada mulanya berada pada kedudukan untuk vokal ( a ) tetapi kemudiannya bergerak kepada kedudukan untuk vokal ( i ) tetapi tidak setinggi sebagaimana membunyikan ( i ).

kemudiaannya dibundarkan pula. bibir yang mula-mula dihamparkan. Semasa dihasilkan. Pada ketika ini depan lidah berada pada kedudukan untuk vokal [a] tetapi kemudiannya bergerak untuk vokal [u]. bibir yang mula – mula bundar tetapi kemudian bekeadaan hampar. Contoh [pulau]. lidah berada pada kedudukan [o] dan kemudian bergerak kepada [i].Diftong yang kedua pula ialah [ai]. 33 . Diftong yang ketiga pula ialah diftong [oi]. Contoh [amboi].

hm 34 .” Selangor: Synergymate Sdn. Masudi Bahari. Mahani Razali dan Ramlah Jantan. Lokman Abdul Wahid (IPBMM) (2007).RUJUKAN i. www. Onn.com. Universiti Pendidikan Sultan Idris. Dr Ali Mahmood. Pengantar Linguistik Am. McGrawHill Sdn Bhd. “Mari berbahasa baku: Sebutan baku dan ejaan rumi. Bhd.karyanet. Nik Safiah Karim dan Farid M. Jurnal. 2008. Pengenalan Fonetik dan Fonologi Bahasa Melayu. Siri Pendidikan Guru Bahasa Melayu 1. ii. Meteor Doc Sdn. 2004. Pendekatan Kontemporari. Kuala Lumpur. vii.my http://www. Arbak Othman dan Ahmad Mahmood Musanif. Karyanet.ship. 2004. Siti Hajar Abdul Aziz. vi.htmlhttp://www. Psikologi Pendidikan. Selangor. Tatabahasa Dewan Edisi Baru. iv.my/knetbeta/dbp_jawi/pengenalan/105konsonan. Bhd iii. Oxford Fajar Sdn. Kuala Lumpur.karyanet. Dawarna Sdn Bhd. v. Awang Sariyan (1995).edu/~cgboeree/bandura. Bhd.com. viii.

com.tutor. http://www.pdf 35 .htm http://www.com/downloadcorner/PDF/bm_training.my/stpm/fonologi/Fonologi. x.e-learn-dot.ix.

TRANSKRIP ASAL Bahasa y 36 .

37 .

TERANGGANU.BIODATA Nama Tarikh lahir Umur Status Alamat rumah : MOHD HAZIM BIN ABDUL KADIR : 1 JANUARI 1988 : 22 : BUJANG : 1243 LRG MURNI. 22200 KAMPONG RAJA. KG SEBERANG LIMBONGAN. Negeri Pekejaan : TERANGGANU : PELAJAR (BAKAL GURU) institut / Universiti: INSTITUT PERGURUAN KAMPUS KOTA BHARU 38 .

[# sɔ bahasɔ # sc baŋsɔ # ̃] [# bahasɔ məbetu? səbuɔh baŋsɔ məlajsia ialah bahasɔ kəbaŋsaƐ ͂ ͂ iaitu bahasɔ məlayu səbab bahasɔ ǰiwɔ baŋsɔ #] [# bahasɔ saŋãt bədaṵlat ͂ səbab bahasɔ məbetu? ǰiwɔ dƐ ǰati diɣi kəbaŋsaƐ #] ͂ [# kalu səluruh ra?jat məlajsia tɔ? kirɔ bezɔ asal-usul mendaṵlatkƐ ͂ bahasɔ kəbaŋsaƐ # mãkɔ nãpɔ? Čitrɔ dƐ kəpəribadiƐ kitɔ səbagai sc baŋsɔ məlajsia #] [# kalu kitɔ daṵlat bahasɔ-bahasɔ asiŋ # mãkɔ kitɔ ni jati diɣi asiŋ ͂ #] [# ǰadi čačatlah pəmbentukƐ ǰati diɣi kitɔ səbagai baŋsɔ mãlajsia #] [# walaṵpon kitɔ ŋãǰi kot bahasɔ asiŋ tapi ǰaŋƐlah sampai ǰiwɔ dƐ pemĩkirƐ kitɔ alah kot bahasɔ asiŋ #] [# nĩ bukƐ budaja baŋsɔ mãǰu #] [# bahasɔ kəbaŋsaƐ ǰugɔ maen peranƐ dalƐ baɲa? bidaŋ # pa dalƐ ͂ ͂ bahasɔ pətadbirƐ # bahasɔ ekonomi # bahasɔ sosial # dƐ bahasɔ pəradabƐ moden #] [# ǰadi bahasɔ kəbaŋsaƐ pətiŋ səbagai wadah təpətiŋ selain wadah ͂ pədidikƐ dƐ kəbudayaƐ kəbaŋsaƐ bagi məbətu? kəpəribadiƐ baŋsɔ məlajsia ͂ ͂ #] [# mãkɔ tələta?lah pəranƐ̃ bahas ɔ kəbaŋsaƐ dalƐ račaŋƐ̃ mərialisasikƐ wawasƐ duwɔ puloh duwɔ puloh #] [# Kalu kitɔ abaḭ pəranƐ̃ d Ɛ ͂ kəpətiŋƐ̃ bahas ɔ kəbaŋsaƐ makɔ kitɔ ni təgəlicir daripadɔ gabak pəbətukƐ ͂ bahasɔ kitɔ sediri #] 39 .

40 .

BIODATA Nama Tarikh lahir Umur Status Alamat rumah : ABDUL FATAH BIN ABDULKHAIR :23 APRIL 1988 : 22 : BUJANG : LOT 3542 KAMPUNG DELEK KANAN. 41250 KLANG. SELANGOR Negeri Pekerjaan : SELANGOR DARUL EHSAN : PELAJAR (BAKAL GURU) Institut / Universiti : INSTITUT PERGURUAN KAMPUS KOTA BHARU 41 .

[# Satu bahasə # satu baŋsə #] [# bahasə yang məmbəntu? səbuah baŋsə məlajsiə ialah bahasə ͂ ͂ kəbaŋsaan iaitu bahasə mẽlayu keranə͂ bahasə jiwə baŋsə #] [# bahasə saŋat bərdaulat kəranə͂ boləh məmbəntu? jiwə dan ǰati diri kəbaŋsaan #] ͂ [# jikə səluruh ra?jat məlajsiə tanpə meŋirə pərbezaan asal-usul ͂ ͂ məndaulatkan bahasə kəbaŋsaan akan tərzahirlah citra dan kəpəribadian kitə ͂ səbagai satu baŋsə malajsia #] [# səbali?ɲə͂ jikə kitə məndaulatkan bahasə͂ ͂ bahasə asiŋ akan tərpančarlah jati diri asiŋ#] [# lantas akan tərənčatlah pəmbəntu?kan jati diri kitə səbagai bangsə məlajsiə #] [# Walaṵpun kitə ͂ ͂ dituntut məŋuasai bahasə asiŋ tətapi jaŋanlah pulə jiwə dan pəmikiran kitə ͂ ͂ ͂ dikuasai oleh bahasə asiŋ #] [# ini bukanlah budayə bangsə yang maju #] [# bahasə kəbaŋsaan jugə bərpəranan səbagai bahasə elmu͂ dalam ͂ səgənap bidaŋ # bahasə pəntadbiran # bahasə ekonomi # bahasə sosial # ͂ ͂ dan bahasə pəradaban moden #] [# oleh itu kəpəntiŋan bahasə kəbaŋsaan ͂ ͂ səbagai wadah tərpənting selain wadah pəndidikan dan kəbudayaan kəbangsaan # untuk məmbentu? kəpəribadian bangsə məlajsiə #] ͂ ͂ [# di sini tərləta?ɲa͂ pəranan bahasə kəbaŋsaan dalam rančaŋan merialisasikan wawasan duwə puloh duwə puloh #] [# səkirəɲə͂ kitə ͂ məŋabaikan pəranan dan bahasə kəbaŋsaan # ini bermaknə͂ kitə telah ͂ ͂ ͂ tərgəlinčir daripadə gəraba? pəmbəntu?kan bangsə məlajsiə itu sendiri #] ͂ 42 .

43 .

13200 KEPALA BATAS SEBERANG PERAI UTARA. 212 PEMATANG TINGGI B.BIODATA Nama Tarikh lahir Umur Status Alamat : ZUL HAKIM BIN IBRAHIM : 26 OKTOBER 1989 : 21 : BUJANG : NO. PULAU PINANG. Negeri Pekerjaan : PULAU PINANG : PELAJAR Institut / Universiti: INSTITUT JEPUN-MALAYSIA (JMTI) 44 .

[# Satu bahasa # satu baŋsa #] [# bahasa yang məmbəntu? səbuah baŋsa məlajsia adalah bahasa ͂ ͂ kəbaŋsaan iaitu bahasa mẽlayu səbab ia adalah bahasa jiwa baŋsa #] [# bahasə mẽmãŋ bərdaulat səbab ia buləh məmbəntu? jiwa dan ǰati diɣi ͂ kəbaŋsaan #] [# kalaṵ semũa oɣaŋ məlajsia ta? kiɣa pərbezaan asai-usui depa ͂ məndaulatkan ͂ bahasa kəbaŋsaan jadi akan tərzaherlah citɣa dan kəpƐribadian kita səbagai baŋsa məlajsia #] [# tapi kalaṵ depa məndaulatkan ͂ ͂ bahasa-bahasa asiŋ mẽmãŋ akan tərpančarlah jati diɣi asiŋ #] [# səbab tulah tərənčat jati diɣi kita səbagai oɣaŋ məlajsia #] [# Walaṵpun kita dituntut ͂ məŋuasai bahasa oɣaŋ lua? tapi jaŋanla sampai jiwa dəŋãn kita puɲã pala ͂ ͂ ota? kita dikuasai oleh bahasa oɣaŋ lua? #] [# ni bukanɲã budaya bangsa yang maju #] [# bahasa kəbaŋsaan juga bəpəɣanan səbagai bahasa elmu͂ dalam ͂ səgənap bidaŋ # bahasa pəntadbiɣan # bahasa ekonomĩ # bahasa sosial # ͂ ͂ dəŋãn bahasa pəɣadaban moden #] [# səbab tulah kəpəntiŋan bahasa ͂ ͂ kəbaŋsaan ni səbagai wadah tərpənting selain daɣipada wadah pəndidikan dan kəbudayaan kəbangsaan # bagi məmbentu? kəpəɣibadian bangsa ͂ məlajsia #] ͂ [# kat sinila tərləta?ɲa͂ pəranan bahasa kəbaŋsaan dalam rančaŋan me͂ɣialisasikan wawasan duwa puloh duwa puloh #] [# kalaṵ kita do? abaikan pəranan dia dəŋãn kəpəntiŋan bahasə ni mẽmãŋ kita akan tərgəlinčir la ͂ ͂ daripada gəɣaba? pəmbəntu?kan bangsa məlajsia tu sendiɣi #] ͂ 45 .

Pertama sekali saya mendapat tugasan ini.Kebanyakkan sumber yang saya jumpa adalah berbahsa Indonesia. dengan bantuan dan kerjasama rakan sekelas. Kapayahan dalam melaksanakan tugasan ini amat mencabar kerana sumber rujukan yang agak terhad.REFLEKSI Nama: Muhammad Aizat Bin Abdul Hamid Bersyukur saya kehadrat Illahi kerana limpah dan kurnia-Nya saya berjaya menyiapkan kerja kursus ini dengan jayanya. Oleh itu agak sukar untuk saya memahami teks tersebut. Saya mengakui bahawa amat sukar untuk saya memulakan tugasan ini. sememangnya amat sukar untuk difahami apa yang patut dimuatkan dalam buku kerja kursus ini. Pada hari pertama menerima kerja kursus pendek ini. Puas fikiran saya berputar-putar mencari jalan penyelesaian untuk menghadapi cabaran ini. Peringkat awal semasa proses membentuk rangka kerja kursus pendek ini. keserabutan otak mula bermain di minda. saya seperti semester-semester yang lepas telah bersedia untuk menerima tugasan ini dengan tangan yang terbuka dan perasaan yang berkobar-kobar. Tidak lupa juga bantuan pensyarah mata pelajaran ini yang selalu berhempas pulas cuba untuk memahamkan kami sekelas. Hal ini kerana. dapat juga saya memahami sedikit demi sedikit mengenai tajuk berdasarkan tugasan yang diberikan. Hari demi hari berlalu begitu sahaja tanpa sebarang anjakan yang bergerak dari 46 . tajuk yang dibekalkan agak mencabar minda untuk memahaminya iaitu berkaitan fonetik dan fonologi. Tidak dapat dinafikan setiap kerja pasti terselit juga masalah-masalah yang menggangu kelancaran setiap perancangan kerja buat kita. Alhamdulillah.

Oleh itu semasa di dalam kelas saya dan juga rakan-rakan sering mengajukan soalan berkaitan tugasan ini kepada pensyarah iaitu Encik Ibrahim Bin Idris. Setiap kali soalan diajukan. Daripada ”menunggu bulan jatuh ke riba”. setelah beberapa kali diterangkan. terima kasih. Sekian. tiada lagi masalah yang cuba untuk menguji saya. Dalam tugasan ini juga saya perlu menyelidik tiga orang yang berlainan negeri. Berkat kesabaran dan keikhlasan saya menyiapkan tugasan ini memberi impak yang amat positif kepada saya dan juga pihak lain. saya masih lagi kabur dengan jawapan yang diberikan oleh pensyarah berkenaan walaupun pada dasarnya. sekali lagi saya berjumpa pensyarah untuk mengetahui keterangannya yang diberikan semalam dengan lebih mendalam. Alhamdulillah selepas itu. Setelah semuanya selesai kami kembali meneruskan perjuangan menyiapkan tugasan ini. Akhirnya. (MUHAMMAD AIZAT BIN ABDUL HAMID) 47 . Ini kami perlu mentranskipkan percakapan dialek negeri mereka itu mengikut penyebutan fonetik yang betul. akhirnya saya berjaya menyiapkan kerja kursus jangka pendek ini dengan jayanya sebagaimana tarikh yang telah ditetapkan. Setelah bertungkus-lumus mencari. YANG BENAR ………………………………………….tugasan ini. Saya bersyukur kerana kolaborasi saya dan Aizat dalam menyiapkan tugasan ini berjalan dengan lancar. pensyarah berkenaan telah memberi penerangan yang terbaik. barulah saya dan rakan-rakan dapat cara untuk melaksanakan tugasan ini. saya meminta pandangan daripada pensyarah penasihat iaitu Encik Ibrahim selaku pensyarah yang mengajar subjek ini. Bagi meyakinkan kerja saya betul. menyunting dan mengemaskini maklumat serta kerap kali bertanya kepada pensyarah tentang kekeliruan yang saya hadapi malahan pelajar lain juga turut menghadapi masalah yang sama.

48 .

Sign up to vote on this title
UsefulNot useful