You are on page 1of 34

1.

0 Pernyataan Permasalahan Berdasarkan Tema

Perkataan “merdeka” bermaksud bebas daripada penjajahan berdiri sendiri dan tidak
bergantung pada lain (Kamus Dewan, 2005). Manakala, perkataan “kemerdekaan” pula ditakrifkan
sebagai keadaan merdeka atau bebas.

Menurut Kamus Dewan Edisi Keempat, tokoh didefinisikan sebagai orang yang kenamaan
dan orang yang terkemuka dalam apa-apa bidang seperti bidang politik, kebudayaan, agama dan
lain-lain . Ciri-ciri seorang tokoh ialah berani, pintar, tidak mudah berputus asa, bertanggungjawab
dan banyak lagi sifat-sifat yang dikagumi dan boleh dicontohi oleh semua orang. Tokoh juga
disifatkan sebagai seseorang yang telah banyak memberikan sumbangan yang besar kepada
negara. Tokoh kemerdekaan ialah tokoh di dalam sesebuah negara yang sangat dihormati dan telah
diiktiraf kerana telah banyak berjasa kepada negara dalam memperjuangkan kemerdekaan.

Tokoh yang saya pilih ialah Dato' Onn Jaafar. Beliau Dilahirkan di Bukit Gambir, Muar Johor
pada 12 Februari 1895, Dato' Onn Jaafar merupakan anak kepada Menteri Besar Johor yang
pertama iaitu Datuk Jaafar bin Haji Muhammad, Dato’ Onn hanya diiktiraf sebagai tokoh yang
berjasa kepada negara kerana mengasas penubuhan UMNO dan menjadi Yang di Pertua pertama
dari 1946 hingga 1951. Dato’ Onn berjasa menentang Malayan Union.

Sumbangan Dato’ Onn dalam perjuangan ke arah kemerdekaan negara pada hakikatnya tidak
boleh dinafikan. Meskipun ada suara-suara yang melabelkan beliau sebagai pemecahbelah
perpaduan UMNO dan pembunuh semangat kemerdekaan yang amat gairah diperjuangkan oleh
orang-orang Melayu, beliau tetap merupakan seorang tokoh Melayu terulung yang mempunyai
wawasan yang begitu jauh. Kemerderkaan hari ini yang tercapai pada 31 Ogos 1957 meskipun
tidak dianggap sebagai buah tangan darinya, tetapi sebenarnya adalah merupakan hasil asas yang
dibinanya. Asas dan rangka kemerdekaan yang dilakar oleh Dato’Onn tetap menjadi ikon perintis
jalan kepada bangsa Melayu walau pun beliau tidak dianggap sebagai pemimpin Melayu yang
memperjuangkan kemerdekaan.
Beliau dilahirkan di Bukit Gambir, Johor Bahru, Dato Onn ialah anak kepada Datuk Jaafar
bin Haji Muhammad, Menteri Besar Johor yang pertama. Seorang kerabat diraja Johor, beliau
dipelihara oleh Sultan Ibrahim ibni Sultan Abu Bakar sejak kecil, dan mendapat pendidikan
Melayu sebelum melanjutkan pelajarannya di England.

Dato Onn bekerja sebagai wartawan pada tahun 1930 ketika berumur 35 tahun, dan pada tahun
1934, menjadi pengarang Lembaga Malaya dan Harian Lembaga. Disamping itu, beliau juga
pernah menjadi ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Johor. Semasa zaman Pendudukan Jepun, Dato
Onn menjadi Ketua Pejabat Kawalan Makanan Negeri Johor.Dato' Onn pernah bertugas sebagai
Pegawai Daerah dalam pentadbiran penjajah British, tetapi kemudian berhenti kerana membantah
dasar-dasar jajahan.

Pada 1 - 4 Mac 1946, 41 buah persatuan Melayu telah berhimpun di Kelab Sultan Sulaiman,
Kuala Lumpur untuk menghadiri Kongres Melayu pertama yang diadakan untuk menentang
Malayan Union yang diperlihatkan sebagai ancaman terhadap hak istimewa orang Melayu dan
kedudukan sultan-sultan Melayu. Hasil daripada mesyuarat ini, sebuah badan yang mewakili orang
Melayu telah ditubuhkan ketika Kongres ketiga diadakan di Johor Bahru pada 1 Mei 1946.
Disebabkan Dato Onn amat aktif dalam gerakan nasionalisme Melayu, kongres itu melantik beliau
sebagai presiden pertama.

Pada 1 Oktober 1946, Datuk Onn dilantik menjadi Menteri Besar Johor. Tiga tahun kemudian,
beliau meletakkan jawatan untuk menumpukan masanya kepada UMNO. Di bawah
kepimpinannya, UMNO berjaya memaksa kerajaan British untuk membubarkan Malayan Union
dan diganti dengan Persekutuan Tanah Melayu. Persekutuan Tanah Melayu 1948 mengekalkan
kedudukan Raja-raja Melayu dan memperketatkan syarat-syarat kerakyatan, serta memberi hak
istimewa Melayu.

Datuk Onn kemudian berasa kecewa dengan apa yang beliau menganggap sebagai dasar-dasar
perkauman UMNO, dan mencadangkan bahawa keahlian parti dibuka kepada semua penduduk
Tanah Melayu, tanpa mengira kaum, dan nama UMNO ditukarkan menjadi "Pertubuhan
Kebangsaan Penduduk Tanah Melayu Bersatu". Oleh sebab cadangan itu ditentang, Dato Onn
meletakkan jawatan sebagai presiden UMNO apabila persidangan Majlis Mesyuarat Agung
Keenam diadakan pada 25 - 26 Ogos 1951.
Dato Onn kemudian menubuhkan Parti Kemerdekaan Malaya (IMP) pada 26 Ogos, 1951.
Malangnya, parti tersebut tidak mendapat sokongan daripada orang Melayu. Pada tahun 1954,
beliau meninggalkan parti itu untuk menubuhkan Parti Negara bagi tujuan bertanding dalam
pilihan raya umum yang pertama di Persekutuan Tanah Melayu pada tahun 1955. Parti Negara
menyekatkan keahlian bukan orang Melayu dalam satu percubaan untuk memperoleh sokongan
daripada orang-orang Melayu. Walaupun demikian, partinya masih gagal mendapat sokongan dan
tidak memenangi sebarang kerusi dalam pilihan raya itu. Bagaimanapun, Dato Onn masih
berusaha untuk mendapatkan tempat dalam politik. Akhirnya, beliau berjaya mendapat satu kerusi
di kawasan parlimen Kuala Terengganu Selatan dalam Pilihan Raya Umum 1959 dengan bantuan
parti PAS.

Dato Onn Jaafar mendirikan rumah tangga bersama Datin Halimah Hussein, dan salah seorang
daripada anak mereka ialah Allahyarham Tun Hussein bin Dato' Onn. Beliau meninggal dunia
pada tahun 19 Januari 1962 dan dikebumikan di Makam Mahmoodiah, Johor Bahru, Johor.

Foto tokoh Dato Onn Jaafar


2.0 Penentuan Konsep, Subjek dan Kandungan

Konsep merupakan hal umum yang menjelaskan sesuatu peristiwa, idea, atau pemikiran.
Konsep juga didefinisikan sebagai pengetahuan yang dibina berdasarkan pemahaman kepada apa
yang ingin disampaikan. Sebagai contohnya, dari segi patriotik, kesukanan, perasaan, kebudayaan,
benda, tenaga, negara dan manusia. Konsep yang saya gunakan di dalam karya saya ialah konsep
tradisonal. Konsep tradisonal ialah menggunakan ragam reka bentuk yang mempunyai hubungan
dengan aspek formal, nilai, makna, dan fungsi dalam aliran tradisional. Konsep yang diterapkan
dalam karya iaitu dengan meletakkan subjek yang melambangkan ciri-ciri tradisi seperti subjek
keris, sarung keris, kain pelikat dan tengkolok.

Selain itu saya juga menggunakan konsep minimalisme atau secara ekonomi iaitu hanya
menggunakan satu atau lebih warna tetapi masih boleh berfungsi dengan baik atau masih dapat
menimbulkan nilai estetika yang menampilkan makna atau fungsi tertentu. Konsep ini sangat
bersesuaian untuk menghasilkan karya yang mengambarkan suasana zaman dahulu. Pengkarya
akan menggunakan sekurang-kurangnya 3 warna pada bahagian latar dan subjek utama.

Subjek didefinisikan sebagai hal benda atau imej yang digunakan dlm penghasilan sesebuah
karya. Subjek terbahagi kepada dua iaitu subjek utama dan subjek sokongan. Subjek utama
merujuk kepada objek atau sesuatu benda yang menonjol di dalam sesebuah karya tersebut.
Manakala, subjek sokongan pula merujuk kepada imej yang memberi kekuatan kepada mesej yang
ingin disampaikan. Subjek utama yang saya gunakan dalam karya saya ialah tokoh kemerdekaan
Dato Onn Jaafar dengan berpakaian baju melayu yang bersesuaian dengan tema. Subjek
sampingan karya ialah lambang umno pada ketika itu dan bendera Malaysia yang berada pada
latar belakang tokoh tersebut.

Kandungan ialah mesej tertentu yang menjadi dasar kepada kajian tema yang memaparkan
nilai estetik, penampilan subjek yang menerangkan tema, makna tersirat dan tersurat yang terdapat
dalam sesebuah karya. Kandungan yang terdapat dalam karya saya adalah untuk menyampaikan
mesej mengenai seseorang tokoh kemerdekaan yang memperjuangkan kemerdekaan. Makna
tersurat yang terdapat dalam karya ialah tokoh kemerdekaan iaitu Dato Onn Jaafar. Selain itu,
terdapat juga lambang umno pada ketika itu pada bahagian latar karya.
Makna yang tersirat yang ingin disampaikan oleh saya ialah semangat perjuangan seorang
tokoh kemerdekaan yang memperjuangkan demi keamanan negara semasa penjajahan negara
barat ke negara kita. Di samping itu, lambang umno menggambarkan bahawa Dato Onn Jaafar
telah memperjuangkan kemerdekaan dengan melalui sumbangan beliau dalam parti tersebut.

3.0 Penentuan Pendekatan Aspek Formal dan Gaya Penghasilan

Pendekatan aspek formal yang saya pilih dalam menghasilkan karya saya ialah unsur seni
dan prinsip rekaan. Sesuatu imej dalam karya seni visual digambarkan melalui elemen-elemen
bahasa seni visual. Pengkarya menghasilkan karya melalui bahasa seni visual dengan menyusun
atur aspek formal iaitu unsur seni dan prinsip rekaan yang diolah secara bersesuaian. Unsur seni
ialah garisan, jalinan, rupa, bentuk dan warna dan dihubung kait melalui aturan prinsip rekaan
seperti keseimbangan, kadar banding, penegasan, pergerakan dan ekonomi yang membentuk
harmoni dan kepelbagaian. Aplikasi unsur seni dan prinsip rekaan dalam sesebuah karya
digunakan secara bersesuaian untuk menimbulkan ruang dan membentuk kesatuan dalam karya.

Jalinan ialah kesan yang terdapat pada sesuatu permukaan benda semula jadi atau benda
buatan manusia. Selain itu, ianya dapat dikesan melalui deria penglihatan dan deria sentuhan.
Jalinan terbahagi kepada dua bahagian, iaitu jalinan tampak dan jalinan sentuh. Penghasilan karya
menggunakan jalinan tampak iaitu jalinan yang dapat dilihat tetapi tidak dapat disentuh dan
dikesan keadaan permukaannya dengan deria sentuhan. Seterusnya, karya dihasilkan
menggunakan jalinan tiruan iaitu olahan imej Dato Onn Jaafar pada catan cat minyak.

Rupa ialah garisan luar sesuatu benda. Garisan luar tersebut akan bertemu pada satu titik dan
berakhir pada titik yang sama. Rupa dalam karya adalah rata dan bersifat dua dimensi serta tidak
mempunyai jisim, ton warna dan jalinan. Rupa organik digunakan dalam menghasilkan karya ini
terutamanya pada subjek utama dalam karya. Rupa organik ialah rupa bebas yang tidak bersudut
seperti rupa daun, buah, batu dan manusia. karya menggunakan rupa organik kerana subjek utama
ialah seorang manusia.
Warna memainkan peranan yang penting dalam menwujudkan suasana yang tidak bosan.
Warna dapat menunjukan perasaan seseorang pelukis semasa menggunakan jenis-jenis warna
dalam penghasilan lukisan. Warna merupakan elemen yang amat penting dalam bidang seni visual.
Karya dihasilkan menggunakan warna panas seperti merah, coklat, kuning, dan jingga yang akan
menonjolkan subjek utama. Warna yang turut digunakan di dalam karya ialah warna sejuk seperti
biru, ungu, dan hijau.

Gaya penghasilan yang akan diterapkan dalam karya ialah realistik. Ianya merupakan olahan
imej Dato Onn Jaafar yang dihasilkan menyerupai imej sebenar objek yang ditiru. Penampilan
imej dalam karya dapat dikenali dengan jelas. Selain itu, gaya penampilan separa abstrak iaitu
olahan hal benda seperti imej Dato Onn Jaafar diubahsuai dan dipermudahkan.

Media yang akan saya digunakan ialah media cat minyak. Saya menggabungkan beberapa
teknik catan cat minyak iaitu teknik alla prima, glazing dan scumbling. Saya menggunakan Teknik
alla prima menggunakan warna tanpa mencampur dengan warna lain . Manakala, teknik glazing
pula saya menggunakannya untuk menimbulkan kesan lembut, licin, lutsinar dan berkilau. Teknik
scumbling pula menggunakan lapisan nipis warna yang sederhana tebal memberikan kesan sapuan
warna yang memberikan permukaan dan jalinan yang bersrtuktur.

4.0 Pernyataan Kepentingan Projek dan Keaslian

Pernyataan kepentingan projek karya ini ialah memberi kesedaran kepada masyarakat tentang
kepentingan proses kemerdekaan negara kita dan bersma-sama memelihara kemerdekaan serta
kedaulatan negara. Proses mendapatkan kemerdekaan telah pun selesai pada tahum 1957 tetapi
pengisiannya bukanlah perkara yang mudah. Lebih sukar di negara majmuk seperti Malaysia. Jika
generasi muda hari ini tidak memahami sejarah pembentukan negara, apa yang telah bina akan
runtuh dan musnah. Meruntuhkan sesuatu amat mudah tetapi untuk membina atau
membentuk sesuatu itu yang sukar. Negara merdeka Tanah Melayu dibentuk usaha yang dilakukan
oleh tokoh-tokoh kemerdakaan seperti Dato Onn Jafaar. Namun begitu dengan adanya karya ini
diharap masyarakat akan menghargai sumbangan yang telah diberikan oleh tokoh-tokoh
kemerdekaan. Dengan ini, masyarakat Malaysia akan bersyukur seterusnya bersama-sama
membangun dan mengukuhkan negara. Jelas kepada kita kepentingan karya ini dalam memberi
kesedaran kepada masyarakat tentang kepentingan proses kemerdekaan negara. Selain itu,
masyarakat akan lebih menghargai perjuangan-perjuangan yang dilakukan oleh Dato Onn Jaafar
bagi memastikan kemerdekaan tanah air daripada campur tangan negara asing. Seterusnya,
meningkatkan apresiasi masyarakat terhadap objek warisan dalam memahami konteks sejarah dan
teknologi yang membentuk tamadun sesebuah masyarakat bagi sesebuah negara. Oleh itu,
penghasilan karya ini juga mampu menanam rasa cinta masyarakat tempatan terhadap semangat
patriotik dan menambahkan lagi koleksi pengkaryaan.

Keaslian hasil karya saya ialah saya tidak meniru mana-mana karya yang telah dihasilkan
sebelum ini. Keaslian karya saya dapat dilihat melalui idea-idea asal yang saya fikirkan sendiri
dan saya tidak meniru daripada mana-mana karya yang telah dihasilkan sebelum ini dan walaupun
saya merujuk beberapa buah karya serta gambar yang lain tetapi imej yang ditampilkan oleh saya
ialah asli, mengikut tema, proses kajian dan kehendak soalan. Selain itu, keaslian karya saya juga
dapat dilihat melalui proses penghasilan iaitu saya menggunakan usaha dan idea saya sendiri untuk
menyiapkan projek ini dengan melakar, melukis dan mewarna karya saya tanpa menggunakan
tenaga serta idea orang lain
5.0 Sumber dan Rujukan

Kamus dewan, 2005. Kuala Lumpur : Dewan Bahasa Pustaka

TOKOH NEGARA MALAYSIA: Tokoh : Dato Onn Jaafar

https://penatokoh.blogspot.com/2014/01/tokoh-dato-onn-jaafar.html

Kemerdekaan - Wikipedia Bahasa Melayu, ensiklopedia bebas

https://ms.wikipedia.org/wiki/Kemerdekaan

https://www.scribd.com/document/362376678/Contoh-Proposal-Seni