You are on page 1of 11

1 Kertas Rancangan Perniagaan (KRP) SHYAMILLA ENTERPRISE

1. TUJUAN

Tujuan Kertas Rancangan Perniagaan (KRP) ini dikemukakan kepada Yayasan Tekun Nasional
ialah bagi mendapatkan pembiayaan sebanyak RM 100, 000.00 (Ringgit Malaysia : Seratus
Ribu Sahaja) untuk membiayai pembukaan cawangan kedua Shyamilla Enterprise yang
beralamat di : NO. 4A JALAN PASAR, 34500 BATU KURAU PERAK DARUL RIDZUAN.

2. LATAR BELAKANG SYARIKAT/PERNIAGAAN

2.1 PENGENALAN

Nama Perniagaan : SHYAMILLA ENTERPRISE

Nombor pendaftaran : IP 0158718 A

Jenis Perniagaan : Kedai Runcit

Keluasan Kedai :

Mula Berniaga :

Alamat : No 10 Jalan Kampung Perak Baru,

34500 Batu Kurau

Perak Darul Ridzuan

PERANCANGAN MASA HADAPAN

Shyamilla Enterprise mempunyai perancangan masa hadapan yang amat jelas. Kami
ingin menjadi sebuah rangkaian kedai runcit dan pasar mini bumiputera yang
mempunyai beberapa cawangan di sekitar negeri Perak.

Kami ingin dikenali sebagai sebuah rangkaian kedai runcit dan pasar mini yang cukup
dihormati dan dipercayai serta mempunyai reputasi perkhidmatan yang terbaik. Kami
ingin memberikan perkhidmatan bertaraf pasaraya dan berkualiti kepada para
pelanggan khasnya kepada pelanggan setia kami dan masyarakat setempat amnya.

Selain itu kami juga ingin memberikan pelbagai pilihan produk kepada para pelanggan
dan ditawarkan dengan harga yang amat berpatutan.

“ BERSAMA KITA MEMANTAPKAN & MEMPERKASA INDUSTRI PERUNCITAN BUMIPUTERA”


2 Kertas Rancangan Perniagaan (KRP) SHYAMILLA ENTERPRISE

MISI

Misi kami ialah untuk memberikan perkhidmatan yang terbaik kepada para pelanggan
dan menawarkan pelbagai pilihan produk yang berkualiti tinggi dan pada harga yang
berpatutan.

VISI

Visi kami ialah untuk menjadi peneraju utama dan pemangkin kepada pertumbuhan
industri peruncitan bumiputera di Malaysia.

LATAR BELAKANG PENGUSAHA

Nama Pemilik : Ansan Bin Abdul Wahab

No Kad Pengenalan : 760413-08-5447

No Telefon : 012 5857572

Kerjaya : Usahawan

Pengalaman : 15 tahun pengalaman dalam perniagaan

Alamat : No 10 Jalan Kampung Perak Baru,

34500 Batu Kurau

Perak Darul Ridzuan

“ BERSAMA KITA MEMANTAPKAN & MEMPERKASA INDUSTRI PERUNCITAN BUMIPUTERA”


3 Kertas Rancangan Perniagaan (KRP) SHYAMILLA ENTERPRISE

3. RANCANGAN PENGURUSAN

3.1 STRUKTUR ORGANISASI

PENGURUS

PEMBANTU
JURUWANG
PENGURUS

PENGHANTAR PEMBANTU
BARANG KEDAI

“ BERSAMA KITA MEMANTAPKAN & MEMPERKASA INDUSTRI PERUNCITAN BUMIPUTERA”


4 Kertas Rancangan Perniagaan (KRP) SHYAMILLA ENTERPRISE

4. RANCANGAN PEMASARAN

4.1 ANALISIS PEMASARAN

 RAMALAN JUALAN
Permintaan terhadap industri peruncitan adalah tinggi. Barangan runcit adalah
keperluan di dalam kehidupan masyarakat manusia dan merupakan produk
utama di dalam industri peruncitan.

Manusia sentiasa berkehendakkan produk makanan seperti beras, gula, tepung,


minyak masak dan sebagainya. Bidang peruncitan selama ini telah dimonopoli
oleh golongan usahawan bukan bumiputera. Mereka menguasai keseluruhan
rantaian industri peruncitan.

Namun begitu kebelakangan ini usahawan bumiputera telah mula menempa


nama dan berjaya memecahkan monopoli bukan bumiputera.

Penglibatan usahawan bumiputera di dalam industri ini adalah amat penting


kerana hampir separuh daripada permintaan pengguna di dalam industri
peruncitan adalah daripada pengguna bumiputera.

Oleh itu kami amat berkeyakinan permintaan yang tinggi terhadap perniagaan
kami selari dengan kesedaran masyarakat pengguna bumiputera untuk
menyokong usahawan bumiputera.

 Analisis pelanggan

Seperti yang kami jelaskan sebelum ini, hampir separuh daripada


permintaan di dalam industri peruncitan adalah daripada pengguna
bumiputera. Dengan wujudnya kesedaran masyarakat bumiputera
untuk menyokong usahawan bumiputera, kami amat berkeyakinan
perniagaan kami akan mendapat sokongan padu daripada masyarakat
pengguna bumiputera setempat.

Produk halal adalah merupakan keperluan di dalam industri peruncitan.


Industri halal menjana keuntungan yang lumayan. Memandangkan
kesedaran masyarakat muslim dan bukan muslim terhadap kesucian
produk makanan halal, kami sebagai usahawan muslim yang
bertanggungjawab amat berkeyakinan kami akan mendapat
kepercayaan pelanggan.

“ BERSAMA KITA MEMANTAPKAN & MEMPERKASA INDUSTRI PERUNCITAN BUMIPUTERA”


5 Kertas Rancangan Perniagaan (KRP) SHYAMILLA ENTERPRISE

Usahawan bumiputera amat menitik beratkan aspek halalan toyibah


dan ini merupakan kekuatan utama terhadap pasaran industri
peruncitan.

 Pasaran
Perniagaan kami berada di lokasi luar bandar. Ini bermakna kami
mempunyai pasaran yang luas khasnya dari masyarakat pengguna
bumiputera.

Memandangkan lokasi perniagaan kami yang jauh dari pasaraya besar,


ini bermakna pasaran kami adalah lebih baik berbanding dengan kedai-
kedai runcit yang berada dalam jarak kilometer radius yang hampir
dengan pasaraya besar.

 Perkhidmatan
Kami menawarkan perkhidmatan yang mesra pengguna. Kami
menawarkan perkhidmatan penghantaran dan pesanan melalui telefon
kepada pelanggan tetap kami.

Ini merupakan nilai tambah yang baik kepada industri peruncitan.

Selain itu kami juga melayan pelanggan dengan penuh kemesraan dan
layanan seumpama ahli keluarga terdekat dan rakan taulan.

“ BERSAMA KITA MEMANTAPKAN & MEMPERKASA INDUSTRI PERUNCITAN BUMIPUTERA”


6 Kertas Rancangan Perniagaan (KRP) SHYAMILLA ENTERPRISE

 KAJI ARAH ALIRAN PASARAN DALAM INDUSTRI

Arah aliran industri peruncitan di Malaysia amnya dan di Batu Kurau khasnya
semakin berkembang pesat selari dengan pertumbuhan ekonomi negara yang
mampan.

Kadar inflasi yang rendah juga menjadi faktor penyumbang terbesar kepada
pertumbuhan positif industri peruncitan negara.

Kadar penganguran yang cukup rendah, menjamin permintaan yang tinggi


terhadap masa depan industri peruncitan negara.

Selain itu, pertumbuhan ekonomi setempat yang terkenal dengan produk


pertanian dan pelancongan juga memberikan impak yang besar terhadap aliran
pertumbuhan positif perniagaan kami.

 MENGUKUR SAIZ PASARAN

Seperti yang telah kami jelaskan sebelum ini, lokasi perniagaan kami terletak di
kawasan Batu Kurau, Kawasan luar bandar yang mempunyai jumlah penduduk
yang padat dan ramai.

Batu kurau mempunyai jumlah kepadatan penduduk yang tinggi dan


pertumbuhan ekonomi setempat yang amat baik. Pendapatan penduduk yang
bergantung kepada sektor pertaniaan dan perlancongan juga memberikan
keyakinan yang tinggi kepada kami terhadap jumlah pengguna dan kuasa beli
mereka.

Batu Kurau mempunyai saiz pasaran yang cukup besar dan kuasa beli yang baik
hasil dari kemakmuran hasil bumi yang subur.

Secara kesimpulannya, kami dapat rumuskan dengan adanya kepadatan


penduduk yang tinggi, pendapatan penduduk yang stabil maka permintaan
terhadap perniagaan kami adalah amat baik dan saiz pasarannya juga adalah
besar.

“ BERSAMA KITA MEMANTAPKAN & MEMPERKASA INDUSTRI PERUNCITAN BUMIPUTERA”


7 Kertas Rancangan Perniagaan (KRP) SHYAMILLA ENTERPRISE

 PESAING
Pesaing utama perniagaan kami adalah golongan usahawan bukan bumiputera.
Mereka telah bertapak sebelum ini dari generasi ke generasi di dalam industri
peruncitan di Batu Kurau.

Tetapi perkembangan positif terhadap daya saing usahawan bumiputera dan


sokongan pengguna setempat telah menampakkan tanda-tanda kesedaran
masyarakat pengguna bumiputera untuk menyokong usahawan seperti kami.

Cawangan pertama kami telah mendapat permintaan dan sokongan yang tinggi
daripada masayarakat setempat.

Pasaraya besar tidak begitu mempengaruhi jualan harian kami kerana lokasi
pasaraya besar adalah sekitar Kamunting dan Taiping yang jaraknya melebihi 13
kilometer dari batu Kurau.

“ BERSAMA KITA MEMANTAPKAN & MEMPERKASA INDUSTRI PERUNCITAN BUMIPUTERA”


8 Kertas Rancangan Perniagaan (KRP) SHYAMILLA ENTERPRISE

4.2 RAMALAN JUALAN (PENDAPATAN) CAWANGAN KEDUA

Jualan Harian (pendapatan) RM 8000.00

Kos Barang Jualan RM 6300.00

Gaji Pekerja(sehari)
Pembantu Pengurus RM 30.00
Juruwang RM 25.00
Penghantar barang RM 20.00
Pembantu kedai RM 20.00

Utiliti (purata sehari) RM 30.00

Pengangkutan (petrol) RM 15.00

(Tolak) Perbelanjaan Harian RM 6440.00

----------------

Pendapatan Bersih(sehari) RM 1560.00

-----------------

PENDAPATAN BULANAN (RM1560.00 X 30 HARI) RM 46,800.00

(TOLAK)

Sewa Kedai RM

Lain-lain Kos Berubah RM

-----------------

PENDAPATAN BERSIH RM

===========

“ BERSAMA KITA MEMANTAPKAN & MEMPERKASA INDUSTRI PERUNCITAN BUMIPUTERA”


9 Kertas Rancangan Perniagaan (KRP) SHYAMILLA ENTERPRISE

4.3 STRATEGI PEMASARAN

Strategi pemasaran memainkan peranan yang amat penting di dalam sesebuah


perniagaan. Kami mempunyai strategi pemasaran yang cukup efektif dan berkesan.
Antara strategi pemasaran yang dirancang ialah :

 Hebahan melalui flyers tentang pembukaan cawangan kedua


SHYAMILLA ENTERPRISE.
 Promosi PWP iaitu purchase with purchase iaitu menawarkan harga
yang istimewa untuk pembelian kedua setiap produk promosi kami.
 Menawarkan harga istimewa untuk produk terpilih.
 Memberikan harga istimewa kepada peniaga yang mendapatkan produk
kami untuk dijual semula atau untuk menghasilkan produk makanan
melalui pembelian bahan mentah di kedai kami.
 Hadiah istimewa untuk produk terpilih
 Cabutan bertuah
 Pemberian kalendar 2014 percuma kepada pelanggan.

4.4 STRATEGI PERKHIDMATAN

Perkhidmatan yang terbaik adalah merupakan nilai tambah yang baik kepada kaedah
pemasaran yang berkesan.

Kami menawarkan perkhidmatan penghantaran barangan ke rumah kepada pelanggan


tetap kami. Pelanggan juga boleh menghubungi kami melalui telefon untuk membuat
pembelian.

Selain itu, kami juga memberikan perkhidmatan yang mesra pengguna dengan melayan
mereka seperti ahli keluarga kami.

4.5 STRATEGI HARGA

 PENENTUAN HARGA
Penentuan harga dibuat berdasarkan polisi margin perniagaan yang diamalkan
di cawangan pertama kami.

Kami akan meletakkan margin keuntungan yang berpatutan di mana kami akan
mewujudkan situasi menang menang (win win situation) bagi memberikan
tawaran harga yang terbaik kepada para pelanggan dan pada masa yang sama
kami dapat mengekalkan rentak dan corak pertumbuhan yang positif kepada
perniagaan.

“ BERSAMA KITA MEMANTAPKAN & MEMPERKASA INDUSTRI PERUNCITAN BUMIPUTERA”


10 Kertas Rancangan Perniagaan (KRP) SHYAMILLA ENTERPRISE

 TAWARAN HARGA DAN SEBAGAINYA


Tawaran harga yang menarik adalah merupakan strategi pemasaran dan
promosi perniagaan kami. Kami akan memberikan tawaran harga yang cukup
istimewa bagi produk terpilih.

Selain itu, tawaran harga juga akan diadakan pada setiap musim perayaan bagi
menarik perhatian pelanggan untuk terus kekal menyokong kami.

4.6 STRATEGI PENGEDARAN

 CARA PENGEDARAN DIBUAT


Pengedaran dibuat untuk kilometer radius yang terhampir dan bergantung
kepada jumlah pembelian dan keperluan penghataran barangan keapada
pelanggan tersebut.

 KOS-KOS TERLIBAT
Kos-kos yang terlibat ialah kos bahan api(petrol) dan kos penyelenggaraan
kenderaan.

 RANCANGAN JANGKA PENDEK DAN PANJANG


Kami bercadang untuk mendapatkan kenderaan yang lebih sesuai seperti lori
untuk memudahkan penghantaran barangan dengan lebih menjimatkan.

“ BERSAMA KITA MEMANTAPKAN & MEMPERKASA INDUSTRI PERUNCITAN BUMIPUTERA”


11 Kertas Rancangan Perniagaan (KRP) SHYAMILLA ENTERPRISE

4.7 STRATEGI PROMOSI

Promosi memainkan peranan penting untukmemperkenalkan cawangan baru Shyamilla


Enterprise. Promosi ini akan dijalankan secara bersama dengan cawangan pertama
kami.

Kepercayaan pelanggan kepada cawangan pertama kami memudahkan untuk usaha


promosi cawangan kedua.

Pelbagai promosi produk dan tawaran harga yang menarik akan diadakan semasa
pembukaan cawangan kedua kami nanti.

Pelbagai medai pemasaran seperti sisipan akhbar dan flyers akan merancakkan lagi
usaha promosi kami.

4.8 BELANJAWAN PEMASARAN

Belanjawan pemasaran akan ditentukan nanti oleh pihak syarikat berdasarkan kepada
keperluan semasa kaedah-kaedah dan alat-alat pemasaran yang dirancang.

“ BERSAMA KITA MEMANTAPKAN & MEMPERKASA INDUSTRI PERUNCITAN BUMIPUTERA”