You are on page 1of 4

Ringkasan artikel

Setelah saya meneliti beberapa artikel, tertarik saya dengan sebuah artikel yang

ditulis oleh Alphonse Crespo, M.D seorang doktor bedah ortopedik yang sekarang

menjadi seorang pengarah bahagian kajian di sebuah institusi Constant de Rebecque,

1001 Lausanne, Switzerland. Dalam artikel beliau yang bertajuk “ The End of Walfare,

and Its Effect on the Poor”, beliau menekankan tentang akibat dan kesan yang akan

berlaku jika sesebuah negara mengalami keruntuhan dalam kebajikan khususnya dalam

pentadbiran sesebuah negara oleh sesebuah kerajaan. Kerajaan memainkan peranan

penting dalam menyeimbangkan keadaan sosialiti agar tidak berlaku ketidakseimbangan

kebajikan antara pendudukya. Ketidak seimbangan pembangunan, rasuah, pecah amanah

dan sebagainya yang berlaku di sesebuah negara akan memberi kesan kepada penduduk

yang miskin. Ketipisan kebajikan yang diberi oleh sesebuah kerajaan menyebabkan

segelintir penduduk yang mempunyai sikap keperihatinan yang tinggi merasakan bahawa

mereka mempunyai kuasa pemberian kebajikan. Oleh itu penduduk miskin mula

mengambil kesempatan dengan keperihatinan tersebut dengan mejadi pengemis. Perkara

yang lebih merumitkan keadaan apabila terdapat juga sesetengah penduduk yang bertidak

menjadi pengemis kerana pendapatan dengan mengemis mejanjikan pulangan yang agak

lumayan. Penulis menyatakan bahawa keruntuhan kebajikan dalam sesebuah negara

secara tidak langsung akan menyumbangkan kepada peningkatan jumlah pengemis dan

akan berlaku kekurangan tenaga buruh yang boleh menyusutkan ekonomi sesebuah

negara.

Sesuai dengan subjek yang saya ambil pada semester ini iaitu ekonomi kebajikan. .Komen dan Perasaan Setelah saya membaca dan memahami isi kandungan artikel ini. saya mengagumi struktur ayat dan susunan isi serta objektif yang ingin disampaikan amat jelas. Saya memilih artikel ini kerana ia membincangkan tentang isu kebajikan seebuah negara dan implikasinya terhadap sosialiti. Setelah membaca artikel ini. Saya juga berasa bertuah kerana mendapat sedikit ilmu yang mungkin dapat membantu saya dalam memahami subjek ekonomi kebajikan. timbul satu perasaan sedih kerana mendapat tahu bagaimana sesebuah masyarakat bertindak keatas sesuatu perkara yang terjadi di sekeliling mereka khususnya dalam soal kebajikan.

Oleh itu demi untuk meningkatkan kebajikan saya maka saya memilih untuk membuat tugasan untuk mengelak dari tekanan peperiksaan. .Saya memilih untuk membuat tugasan sebagai gantian kepada peperiksaan pertengahan semester. Selain itu saya mempunyai banyak peperiksaan pertengahan semester yang perlu saya hadapi dalam subjek-subjek lain. Sebab saya memilih tugasan kerana pada saya tugasan memberikan lebih banyak faedah kepada saya khususnya dalam meningkatkan pengetahuan dalam bidang ekonomi.

and Its Effect on the Poor” Disediakan oleh: Muhammad Firdaus bin Shofri 110465 Diterima oleh: En Lim Hock Eam . EEP2023 GROUP C LATIHAN “The End of Walfare.