Ke Arah Pengajaran dan Pembelajaran Berintegrasikan Komputer dan Permasalahannya.

Oleh: Kharul Adawiah Binti Abdul Jalil (P33543)
awiejb@yahoo.com

Oktober 2005

Abstrak Menurut teori pelbagai kecerdasan Garder, terdapat 8 jenis kecerdasan yang dimiliki oleh insan iaitu logik matematik, linguistik, muzik, intrapersonal, ruang, kinestetik, interpersonal dan kemahiran ahli alamiah. (Ma’rof, Haslinda, 2004). Beliau menegaskan bahawa seseorang itu cerdas dalam sesuatu jenis kecerdasan tetapi tidak semestinya cerdas pada jenis kecerdasan yang lain. Demi mencapai sesuatu kecerdasan, guru perlu bersedia dengan pelbagai teknik pendekatan pengajaran agar memberi ruang kepada pelajar untuk memperolehi ilmu dengan cara berbeza dan tidak membosankan. Pelbagai   teknik   P&P   yang   perlu   dimasukkan   dalam   kelas.   Antaranya   pembelajaran   kooperatif  dan   kolaboratif,  kaedah  inkuiri,  kaedah  P&P  berbantukan  komputer  dll.   Apabila   banyak teknik dan kaedah digabung­jalinkan dengan sepadunya, ia dapat mencernakan pelajar   yang   mahir   berbincang,   mengeluarkan   idea,   saling   bekerjasama,   mastery   learning   melalui   bimbingan guru yang mahir.  Apa yang menariknya, P&P ini bukan sahaja dapat dilakukan secara nyata (sinkronis) malah secara maya (asinkronis). Pada peringkat maya ini, P&P berbantukan komputer memainkan peranan yang penting. Perbincangan tidak lagi terhad pada sesuatu masa, tempat dan keadaan yang ditetapkan. Malah ia boleh dilakukan pada bila-bila masa, di mana-mana sahaja tanpa perlu duduk setempat bersama-sama. Justeru, banyak ilmu akan dapat digali. Idea-idea baru dapat ditunasi. Masyarakat yang berpengetahuan, bermaklumat yang berasaskan nilai dapat dilahirkan (Wawasan e-Malaysia, 2020). Kelihatannya seperti mudah untuk diperkatakan namun untuk melaksanakannya adalah rumit dan remeh sekali. Pelbagai faktor dari segi fizikal, material, moral dari semua pihak perlu diselidiki dan dimurnikan. Artikel ini membicarakan tentang halangan, keperluan dan beberapa cadangan untuk diguna pakai demi memberi maklumbalas kepada Wawasan e-Malaysia yang diazamkan. Semoga berkat daripada pengalaman sedia ada di sekolah dapat menjadikan panduan dan rujukan kepada pihak berkenaan dalam memperbaiki sistem pendidikan ke arah yang lebih profesional dan gemilang.

PENDAHULUAN Pengajaran dan Pembelajaran (P&P) adalah bidang tugas seorang guru. Kelebihan ini menjadikan guru adalah seorang yang profesional dalam mendidik insan. Pelbagai kaedah P&P dan teori psikologi diguna pakai selain perlu mahir dari segi intelektual, emosi, moral, sahsiah serta beriman demi mencapai agendanya: MEMANUSIAKAN INSAN. Antara kaedah yang ditekankan dalam artikel ini ialah kaedah P&P berbantukan komputer yang menggabung-jalinkan pelbagai kaedah P&P sedia ada seperti teacher-centered, student-centered, kemahiran berfikir, lateral-thinking, kaedah inkuiri dsb dalam penyediaan modul P&P berantarakan komputer ini. Pendekatan jenis pedogogi dapat digunakan secara meluas dan global. Pelajar dapat belajar bukan di kelas sahaja, malah di rumah, di Cyber Café, di perpustakaan, di makmal dan di mana-mana sahaja tanpa mengira waktu. Sebenarnya, dari kajian Biologi, setiap individu pelajar mempunyai ritma belajar biologi selain daripada ritma tidur yang tersendiri. Setiap orang ada masa atau waktu belajar yang sesuai, mungkin pada waktu pagi, petang, malam atau dinihari. Pada waktu inilah mereka berdaya atau mampu untuk menyerap ilmu semaksimumnya, kemudian memproses maklumat lalu membentuk skema yang dikatakan intelek. Hal ini tidak diberi penekanan tatkala ini. Mungkin akibat tidak sedar betapa pentingnya menyediakan emosi yang stabil bagi seseorang untuk belajar. Kengkangan kemudahan prasarana, kelas, guru yang mahir dsb. Walaubagaimanapun, hal ini dapat dimurnikan apabila kaedah P&P berbantukan komputer dapat disediakan kepada semua pelajar di Malaysia. e-Learning adalah salah satu daripadanya. PERMASALAHAN DI SEKOLAH Penggunaan software yang dibekalkan oleh pihak Kementerian Pendidikan Malaysia secara  idealnya   adalah   untuk   memudahkan   pengajaran   dan   pembelajaran   di   sekolah.   Selain  mendedahkan   kepada   suatu   bentuk   pengajaran   dan   pembelajaran   yang   terkini,   Ia   dianggap  menjadi   daya tarikan  untuk belajar dan  juga memudahkan  semua pihak: guru, pelajar,  ketua  panitia, pentadbir, jabatan dan kementerian. Benarkah anggapan ini? Subjek Matematik, Sains, Sastera, Bahasa Melayu, Bahasa Inggeris dsb banyak dibekalkan  di   sekolah.   Kemudahan   laptop   dan   LCD   turut   diberikan   kepada   guru   Matematik,   Sains   dan  Bahasa Inggeris. Apa yang menghairankan CD software tersebut tidak digunakan sepenuhnya.  Penulis sendiri adalah seorang guru Matematik tingkatan 1 dan tingkatan 2.  Ada  serba sedikit  kemahiran IT, pun tidak mampu menggunakannya. Apakah sebabnya? LCD   yang dibekalkan  amat  jarang  digunakan  semasa P&P.  Troli  yang lengkap  dengan  speaker,   kabel,  power dsb.  Apakah  masalah guru di sekolah  sebenarnya tentang penggunaan  alatan komputer ini?  Fobiakah dengan alatan tersebut?  Tidak mahirkah memasang alatan atau  sambungan antara alatan?  Adakah bekalan elektrik tidak mencukupi?  Makmal komputer yang  tidak lengkap prasaranakah ? Adakah masalah melibatkan penyelenggaraan komputer termasuk  di makmal komputer? Bagaimanakah   sokongan   daripada   pihak   pentadbir?  Adakah   guru­guru   dibenarkan  menggunakan   LCD   dan   laptop   secara   bebas?  Adakah   para   guru   dibenarkan   menggunakan 

internet   sedia   ada   di   sekolah?  Apakah   permasalahan   antara   guru   dan   permasalahan   yang  dihadapi oleh pentadbir? Apakah cara untuk mengatasi masalah ini? Kewujudan Makmal Komputer di sekolah dirasakan sesuatu perkara yang wajib. Tujuannya  untuk membolehkan pelajar dan juga guru menggunakan alatan yang disediakan sepenuhnya.  Pelajar   dan   guru   bebas   belajar   menggunakannya   untuk   mengakses   maklumat,  mencari   data,  meneroka   ilmu   baru   dsb.  Malangnya,   hal   ini   tidak   dapat   dijalankan   sepenuhnya.  Apakah  masalahnya? Bagaimana pula dengan persediaan guru di sekolah. Adakah mereka bersedia menyediakan  bahan P&P berantarakan komputer ini?  Mampukah mereka merekacipta persembahan mereka  menggunakan   word   processing   seperti  ms  Power   Point   dsb?  Bagaimana   pula   dengan  menyediakan   bahan   P&P   secara   laman   web,   adakah   mereka  sudah   ada   kepakaran  di   bidang  tersebut? Siapakah yang terlibat dalam pembangunan staf dibidang ini? BEKALAN CD SOFTWARE DI SEKOLAH Anggapan   bahawa   CD   software   yang   dibekalkan   oleh   pihak   kementerian   membantu  pengajaran   dan   pembelajaran   sepenuhnya   adalah   tidak   tepat.  Kebanyakan   pendekatan   yang  digunakan oleh pereka software mengabaikan teknik atau kaedah pedagogi yang pelbagai.  Isi  kandungannya tidak relevan (Peter, 2001).  Adakalanya, konsepnya tidak berubah seperti cara lama iaitu berpusatkan guru dan seperti  gaya  menulis   buku.   Contohnya:   CD   Pengurusan   Jenazah   (Pendidikan   Islam)   bercorakkan  syarahan.  Penerangan ilustrasi atau tayangan gambar yang disertakan bersifat ulangan dengan  syarahan yang telah disampaikan.  Gaya  persembahan yang  sama. Menjadikan  ia  tidak menarik  dan agak membosankan. CD: Loci In Two Dimension (Form 2 Mathematics) pula menggunakan  perisian Authorware Macromedia.  Ada  pembelajaran interaktif dari satu tahap lemah ke tahap  yang   lebih   tinggi.  Namun,   ada   juga   aktiviti   yang   membingungkan   pelajar   dan   guru   untuk  menerokanya.  Rekabentuk modul P&Pnya adalah tidak menepati kehendak guru.  Ada  sesetengah guru  yang menggunakan CD software terpaksa mengedit semula bahan­bahan tersebut agar sesuai dan  tidak membosankan pelajar untuk memberi penerangan atau perbincangan.  Walaubagaimanapun,   CD   software   yang   digunakan   adalah   sesuai   untuk   pembelajaran  kendiri  pelajar.  Pelajar  belajar atau meneroka sendiri di  luar kelas samada di  rumah  atau   di  makmal komputer kerana ia memerlukan banyak masa. Komputer perlu ada di depan mata.  Ini adalah kerana penerokaannya memerlukan minat dan kesediaan diri yang seratus peratus  supaya   kaedah   inkuiri   (Mak   Soon   Sang,   1997)   yang   digunakan   dalam   CD   software   dapat  diterima. Sekiranya tidak, proses penerokaan ini menjadi bosan. Pelajar tenggelam punca. Tidak  jelas apa yang perlu dipelajari. Akhirnya, apa yang diperolehinya cuma membuang masa. Ada sebahagian guru menghadapi masalah untuk membuka CD yang dibekalkan. Ini adalah  kerana software tersebut tidak boleh dibuka atau dibaca oleh komputer laptop yang dibekalkan. 

Contohnya: iBook G4 Apple (Mac Os). Ia tidak “compatible”. Inilah salah satu sebab mengapa  sebahagian guru tidak dapat menggunakan CD yang dibekalkan. Apabila komputer iBook Apple tidak dapat membaca CD Kementerian yang diberikan,  maka   guru   tersebut   mengambil   inisiatif   merekabentuk   P&P   dengan  ms  Power   Point   untuk  dipersembahkan   kepada   pelajar.  Persediaan   bahan   P&P   memerlukan   masa,   kesungguhan,  kreativiti, minat dan kesabaran.  Sebagai contohnya, bagi 2 masa pengajaran mengambil masa  lebih   seminggu   untuk   menghasilkan   sendiri   bahan   tersebut.  Dalam   pada   yang  sama,   P&P  dijalankan secara biasa: chalk and talk dan perbincangan, Sehingga habis topik tersebut bahan  presentation tersebut masih tidak selesai pembuatannya.  LAPTOP, LCD DAN TROLI  Microsoft Office XP merupakan perisian biasa yang terdapat dalam mana­mana laptop  biasa. User friendly. Mudah diadaptasi dan diaplikasi oleh sesiapa sahaja. Namun ia menjadi luar  biasa jika seseorang itu dibekalkan dengan iBook Apple  yang menggunakan perisian Mac Os X.  Suatu perisian yang baru dan tidak biasa.  Banyak program tidak boleh dibaca dan diinstall secara bebas. Hatta printer tertentu sahaja yang boleh digunakan. Untuk memaksimumkan penggunaan laptop Apple tersebut, maka guru itu perlulah dibantu dengan pembelian buku rujukan mengenainya. Urusan jual-beli di sekolah dipermudahkan. Ini adalah kerana, ia tidak lagi hanya menunjukkan resit pembelian, malah memerlukan 2-3 borang yang melemaskan guru-guru untuk mengisinya. Penggunaan LCD di sekolah juga tidak dapat digunakan sepenuhnya. Melainkan kedudukan LCD ditetapkan pada suatu tempat seperti yang berlaku di makmal sains dan bilik media. Ada juga LCD di makmal komputer. Cuma penggunaan makmal komputer perlu dipromosikan dan beberapa kemudahan perlu diperbaiki. Persediaan untuk pemasangan dan pembukaan kabel tertentu di kelas mengambil masa yang lama iaitu 5 hingga 10 minit. Jadinya, peruntukan masa untuk pemasangan LCD boleh mengambil masa 10 hingga 20 minit masa pembelajaran. Keadaan inilah merencat penggunaan LCD dikalangan guru. Troli yang disediakan oleh kerajaan diabaikan penggunaan di kelas. Kedudukan penyimpanannya yang berjauhan dari kelas P&P. Bilik simpanan yang berkunci dan troli yang perlu ditolak ke kelas juga memerlukan tambahan masa P&P. Pada awalnya sahaja, para guru menggunakannya. Namun, akibat kengkangan masa dan silibus pembelajaran, akhirnya troli terus tersimpan di bilik persembunyiannya. Inilah realiti di sekolah. PENGGUNAAN MAKMAL KOMPUTER Makmal komputer adalah salah satu tempat yang menarik. Kedudukannya seharusnya strategik. Tidak berapa jauh dengan bilik guru, perpustakaan, pejabat, kelas, kantin dan tandas. Hal ini sepatutnya difikirkan. Apabila keselamatan difikirkan dan prasarananya diabaikan. Jadilah ia gajah putih di sekolah. Kedudukan makmal ini sangat penting. Sekiranya prasarana ini tidak diendahkan, maka apa yang terjadi di sekolah, penggunaannya semakin dipinggirkan. Penyelaras makmal komputer juga perlu diberi masa pengajaran yang rendah. Baru-baru ini, guru penyelaras makmal komputer diarahkan hanya 8 jam masa pengajarannya untuk menguruskan makmal komputer dan membaikpulih komputer. Tugas penyelaras ini adalah suatu tugas khas. Ia tidak mampu untuk dilaksanakan sekiranya pelbagai jawatan khas lain dipegang seperti SU Peperiksaan, Guru Tingkatan, Emis dsb. Hal ini berlaku di sekolah.

Adalah lebih baik, sekiranya jawatan juruteknik komputer diwujudkan di sekolah. Ia memudahkan pihak guru penyelaras makmal. Ia membantu tugas-tugas penyelenggaraan penyelaras makmal boleh menumpukan perhatian kepada hal pembangunan IT di sekolah iaitu pelajar, guru, staf sokongan, laman web sekolah yang memerlukan masa yang banyak untuk dimurnikan. NETWORK DAN PERISIAN KOMPUTER Wawasan   e­Malaysia   2020   ialah   melahirkan   generasi   masyarakat   yang   bermaklumat,  berpengetahuan dan bersahsiah. Justeru itu sekolahlah yang menjadi asasnya. Sekolah termasuk  guru, alatan komputer, network, perisian komputer, pentadbir, pelajar, staaf sokongan, jabatan  kementerian dan masyarakatpun terlibat sama. Sekolah­sekolah   telah  dibekalkan   dengan  modem  oleh   pihak  Kementerian  Pendidikan  Malaysia   supaya   memberi   keistimewaan   warga   sekolah   untuk   mengakses   maklumat   melalui  internet.   Bahan­bahan   ilmu   terkini   boleh   diperolehi   dari   internet   dengan   kadar   yang   segera.  Komunikasi berperantarakan komputer juga boleh dijalankan sama bagi menginduksi P&P yang  lebih menarik. Namun, jika network terhad, maka penggunaannya adalah tidak berbaloi. Setakat makmal  komputer,   pejabat   dan   perpustakaan.  Bagaimana   guru   atau   pelajar   ingin   menggunakan  kemudahan  tersebut   sekiranya   makmal   komputer   sentiasa   berkunci,   pejabat   tidak   dibenarkan  bebas   penggunaannya   dan   perpustakaan   hanya   di   bahagian   pentadbiran   sahaja.  Bagaimana  matlamat wawasan ini dapat direalitikan? Komputer   di   sekolah   juga   perlu   mempunyai   perisian   yang   terkini   agar   mampu  menggunakan   kemudahan   internet   dan   seangkatan   dengannya.  Perisian   msWindow98   perlu  diupgradekan   untuk   memudahkan   beberapa   program   seperti   USB   port   boleh   berfungsi.  Ini  adalah   kerana,   rata­rata   alat  simpanan   data   pada   masa   kini   menggunakan   thumb   drive  yang  menggunakan USB port, begitu juga dengan kamera digital, printer, scanner dsb. SIKAP PENTADBIR Sesungguhnya, pihak pentadbir sebenarnya mempunyai beban tugas yang sangat berat. Di  mana   jika   mereka   tidak   menjalankan   amanah   yang   diberikan   atau   menyalahgunakan   kuasa,  mereka akan menjadi penyebab utama kerana tidak menjayakan matlamat pendidikan negara dan  wawasan e­Malaysia 2020. Selain itu, mereka perlu juga menjawap di depan tuhan dikemudian  hari   kelak   dan   akan   diazab   dengan   pedih   sekali   kerana   melambatkan   kerja­kerja   baik   dan  menghalang kemungkaran. Sesungguhnya Allah itu Maha Mengetahui dan Maha Melihat. Sikap keterbukaan, toleransi, percaya kepada pekerja bawahan adalah amat diperlukan di mana-mana jabatan. Jika tidak, terjadilah banyak perkara tidak puas hati antara dua pihak. Kerja yang dilakukan tidak rela dan terpaksa. Kesan ini memberikan rasa tidak baik dan tidak selesa kepada guru-guru untuk menjalankan usahanya ke arah pengajaran dan pembelajaran berperantarakan komputer. Kebajikan guru juga perlu dijaga. Masa dan tenaga yang dicurahkan perlu dihargai dengan membenar dan memudahkan penggunaan komputer dan internet secara bebasnya. Guru-guru juga perlu faham sekiranya

menyalahgunakan kemudahan akan memberi kesan kepada kehidupannya kelak. Iaitu tiada keberkatan. Duit sentiasa tidak mencukupi, hati sentiasa gelisah, harta dicuri, dimusuhi orang dsb. Pengalaman  ditegur  dan  dimarahi   oleh  pentadbir   kerana  kesalahan  tidak  menjalankan  tugas adalah wajar. Namun, jika sedang menjalankan tugas menghantar e­mail ke pihak jabatan  tertentu,  ia  adalah   suatu   perkara   yang   menyakitkan.  Pengalaman   negatif   ini   merencat   dan  memperlambatkan usaha seseorang guru itu untuk berbakti dengan jayanya. Sikap   pentadbir   terhadap   penggunaan   komputer   juga   adalah   sangat­sangat   penting.  Mereka   perlu   menggalakkan   penggunaan   komputer   dan   LCD   kepada   semua   guru.  Bukan  menghalang mereka menggunakannya sesama mereka.  Ada  sesetengah pentadbir menghalang  penggunaan   LCD   untuk   tayangan   semasa   bekerja.  Walhal,  ia  adalah   suatu   pengajaran   dan  pembelajaran informal yang dilakukan untuk pengetahuan guru lebih­lebih lagi kepada guru yang  fobia kepada komputer. Kertas kerja, perbincangan, mesyuarat dan dokumentasi yang perlu diadakan di sekolah  juga   boleh   dilakukan   secara   on­line.  Penggunaan   e­mail,   laman   web,   e­Forum   dsb   perlu  digalakkan kepada semua pekerja bawahannya. Kertas kerja dan dokumentasi bolehlah disiarkan  melalui laman web sekolah.  Mesyuarat tidak perlu lagi diadakan selalu sehingga mengganggu  P&P di sekolah. Ia boleh dilakukan melalui e­Groups dsb. Perbincangan dan idea­idea baru akan  sentiasa dibaikpulihkan. Ini boleh terjadi dengan sokongan dan kerjasama oleh pihak pentadbir. PERSEDIAAN GURU Guru­guru dewasa ini telah didedahkan dengan penggunaan komputer.  Kursus Celik IT  juga  disediakan oleh  pihak jabatan  setiap negeri  sehingga  tahun  2007 .  Selepas tahun 2007,  sesiapa guru yang dikenalpasti tidak mahir menggunakan komputer  akan  disenaraikan.  Justeru  itu, semua guru perlu bersedia untuk belajar dan memahirkan diri menggunakan komputer dan  internet.  Apa   yang   didapati   di   sekolah   pada   masa   kini,   masih   ramai   guru   tidak   tahu  mengaplikasikan msWord, msExcel, msPowerPoint. Akaun E­Mail tiada menunjukkan guru­guru  di sekolah tidak menggunakan internet di rumah.  Ini mungkin disebabkan tiada keperluan menggunakan komputer dan internet dan juga  kengkangan   masa.   Jadi,   pihak   tertentu   perlu   bertindak   agar   pihak   guru   diberi   peluang  menggunakan internet dan komputer dengan mudah. Guru juga seperti pelajar yang memerlukan  ruang dan masa yang selesa pada masa­masa tertentu. Mungkin semasa di rumah. Mungkin juga  bila berada di sekolah.  Adalah baiknya network disediakan di bilik guru untuk memberi kemudahan guru­guru  mengakses komputer bagi suatu tujuan yang baik. Guru­guru juga perlu diberi insentif untuk  menggalakkan penggunaan internet di rumah dari peruntukan panitia dsb. Bagi pembangunan  ilmu dan penggunaan pengurusan sekolah kelak.

PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN MENGGUNAKAN KOMPUTER Apabila masalah-masalah diatasi dan diperbaiki, para guru kian mahir menggunakan aplikasi pada komputer maka langkah berikutnya adalah menggunakan kemahirannya kepada pelajar di kelas pula. Setiap guru mampu menyedia dan menguruskan bahan P&P secara on-line. Pengajaran tidak lagi kepada berpusatkan guru. Malah berpusatkan murid pula. Bahan-bahan pengajaran tersedia dalam talian dan boleh dibuka dan diedarkan kepada pelajar dengan kadar yang segera. Maklumbalas juga diperolehi dengan cepat. Kengkangan masa untuk berbicara tentang hal lanjut kepada pelajar tidak setakat di kelas. Ia boleh diatasi dengan penggunaan e-Forum dan e-mail. Masalah pembelajaran pelajar dapat diketahui disebabkan pelajar lebih berani bersuarakan masalah pembelajaran mereka secara maya. Perbincangan e-Forum juga boleh dilakukan dikalangan pelajar sendiri dan guru boleh memantau perbincangan tersebut. Teknik pembelajaran koperatif dan kolaboratif boleh digunakan secara tidak langsung (Salleh, 2000). Pelajar dapat dibimbing diberi nasihat secara tidak langsung dengan menggunakan komputer melalui komunikasi berperantarakan komputer. Bagi guru pula, mereka juga boleh melakukan perbincangan secara e-Forum tanpa mengganggu masa pengajaran mereka. Masa senggang pada hari-hari bekerja boleh dijadikan medan untuk berbincang dan mengakses maklumat yang banyak dari dalam dan luar negeri. Semakin banyak guru mengakses bahan, semakin banyak ilmu yang akan dipelajari. Maka guru yang bermaklumat dan berpengetahuan inilah dapat menjalankan P&P dengan baik. Seterusnya wawasan e-Malaysia dapat dicapai. Mesyuarat guru, mesyuarat PIBG, mesyuarat Guru Tingkatan, mesyuarat Sukan dsb tidak  akan mengambil masa yang lama dan kerap jika kaedah komunikasi berperantarakan komputer  ini   diimplementasikan.  Tiada   lagi   masalah   masa   atau   tempat   untuk   perbincangan.  Melalui  komunikasi ini, perbincangan boleh dilakukan di mana dan bila­bila masa sahaja. Pentadbir dan setiausaha dapat memantau projek yang ingin dijalankan dengan segera. Komunikasi berlaku dengan cepat. Jadi segala tindakan dapat dilaksanakan dengan segera walau jarang berjumpa. Mesyuarat secara bersemuka selalunya tidak menggunakan konsep menangmenang. Selalunya, banyak ahli yang membisu tidak bersuara walau tidak berpuas hati dengan perjalanan sesuatu projek. Masalah ini dapat diselesaikan dengan kemudahan komunikasi ini. KESIMPULAN Pengajaran dan pembelajaran berbantukan komputer dapat dilaksanakan dengan baik dan mudah sekiranya masalah-masalah yang dibincangkan di atas dibaikpulih. Persediaan guru adalah tersangat penting kerana gurulah agen perubahan bagi menggunakan konsep P&P dalam pengajaran mereka. Kemahiran mereka menggunakan komputer perlu dipantau oleh pihak-pihak tertentu agar piawai dengan zaman sekarang. Pentadbir perlu memberi sokongan moral yang tinggi kepada guru-guru untuk memudahkan guru mendekati dan memahirkan diri dengan komputer. Komputer yang disediakan haruslah berdaya untuk menjalankan operasi melibatkan internet dan bahan-bahan P&P yang disediakan. Penyediaan network atau rangkaian haruslah disediakan secara meluas sehingga ke kelas-kelas, kantin, surau, dewan, bilik guru, asrama, dorm dsb supaya memudahkan sesiapa sahaja menggunakannya di mana-mana yang selesa. Pentadbir juga perlu mempunyai sikap yang positif kepada guru-guru yang berminat untuk menggunakan kemudahan komputer di sekolah.

Rujukan: Maarof Redzuan dan Haslinda Abdullah, Psikologi Edisi Kedua, McGrawHill, 2004. Laman E-komuniti UKM. Atas talian http://www.ukm.my/ekomuniti/. Mac 2005. LearningCare System User’s Manual 2003. Atas talian http://www.mitech.com.my. Januari 2003. Introduction to WebCT. Atas talian http://www.csus.wdu/uccs/webct/faculty/train/manual_3x/01intro3x.htm. Februari 2004. Norizan Abdul Razak Phd, Mohd Azul Mohamad Salleh, Nik Hairi Omar, Memacu Kerjasama ke arah E-Pembelajaran: Isu dan Cabaran UKM & UNPAD, Pusat Kajian E-Komuniti, Universiti Kebangsaan Malaysia, 2000 Peter J. Denning, When IT Becomes a Profession, George Mason University, August 2001. Roach, R. Transformative Connections. Black Issues in Higher Education v. 22 no. 2 (March 10 2005) p. 32-5 Atas talian, http://vnweb.hwwilsonweb.com/hww/jumpstart.jhtml?recid=0bc05f7a67b1790eecc4e5b16b83ac 7b567e218f3ac66f4f6b1644cff85eac23bcc88e3437f12af7&fmt=H Atas talian, http://www.shkaminski.com/Classes/Handouts/powerpoint.htm#For%20Teach ers http://www.shkaminski.com/Classes/Handouts/powerpoint.htm#For%20Stude nts Goldberg, R., et. al., A Novel Approach to Curing Quantiphobia. Mathematics and Computer Education v. 37 no. 1 (Winter 2003) p. 39-54 Atas talian: http://vnweb.hwwilsonweb.com/hww/jumpstart.jhtml?recid=0bc05f7a67b1790eecc4e5b16b83ac 7b29c1c1ff5a8a72a3128055bc136608470efa06646f6dc4ef&fmt=H Goldsborough, R. Teaching Good Computing Habits, Not Bad. Black Issues in Higher Education v. 20 no. 11 (July 17 2003) p. 38 Atas talian, http://www.infotoday.com/linkup/lud061503-goldsborough.shtml Fortunato, J. Selling Your Students on Spreadsheets. Learning and Leading with Technology v. 30 no. 2 (October 2002) p. 28-31 Atas talian www.holtsoft.com/chris/BEITPres2001.pdf Stephenson, C. Computer Science Education: Looking Back and Looking Ahead. Learning and Leading with Technology v. 30 no. 2 (October 2002) p. 6-9, 44-5

Van Dam, J. Leading the Leaders. Learning and Leading with Technology v. 30 no. 4 (December 2002/January 2003) p. 64 Rovai, A. P., et. al., Explaining and Predicting Resistance to Computer Anxiety Reduction among Teacher EducationStudents. Journal of Research on Technology in Education v. 35 no. 2 (Winter 2002/2003) p. 226-35 Murdoch, S. What a Difference Technology Makes. Learning and Leading with Technology v. 30 no. 1 (September 2002) p. 28-9 Salleh Long, Maklumat Tentang Projek, SMKTAM, 2000 Atas talian http://www.anglefire.com/mi/salleh/infoprojek.html Jamalludin, Baharuddin dan Zaidatun, Pembangunan Perisian Multimedia, Satu Pendekatan Sistematik, Venton Publishing, 2003. Portal Learning Care atas talian http://portal.ukm.my/educare/. Mac 2005. Yahoogroups atas talian http://asia.groups.yahoo.com/group/form1smkbts. September 2005.