1

1.0 PENGENALAN Sudah menjadi sunnatullah, setiap yang ada di dunia ini perlu mengikut peraturan untuk mencapai kesejahteraan. Justeru bintang di angkasa raya berputar siang malam, tanpa bergeseran antara satu sama lain. Bintang-bintang ini berputar mengikut peraturan yang telah ditetapkan. Setiap bintang bergerak mengikut orbitnya pada kelajuan yang tertentu. Fenomena ini sudah pun berlaku ribuan tahun yang lalu, dan untuk jangka masa akan datang yang tidak diketahui, bintang-bintang itu akan terus beroperasi mengikut peraturan ini. Kehidupan haiwan di darat dan di laut tertakluk kepada peraturanperaturan yang sudah ditentukan. Di angkasa kelihatan burung-burung berterbangan ke sana sini mencari makanan. Harimau dan singa pula hidup di rimba dengan memakan binatang-binatang yang lemah dan kecil daripada mereka. Monyet dan kera melompat dari pohon ke pohon manakala ulat dan cacing hidup di dalam lubang dan tanah. Di laut pula, ikan menjadi makanan manusia. Ini sunnatullah yang telah ditetapkan untuk ikan-ikan di laut. Manusia juga tidak terlepas daripada peraturan hidup yang ditetapkan. Ada peraturan yang perlu diikuti apabila berhubungan sesama manusia sama ada dengan keluarga, jiran, dan masyarakat. Malahan, perhubungan dengan binatang dan persekitaran pula, terdapat cara-cara tertentu yang perlu diikuti. Melanggar peraturan boleh mengakibatkan kebinasaan.

Lantas berkahwin pula dengan manusia lain. memerlukan peraturan-peraturan yang perlu dipatuhi oleh agama.2 Manusia tidak boleh bersendirian. sebaliknya manusia terpaksa hidup secara berkelompok dan sentiasa memerlukan orang lain untuk melayan kehendaknya. Semasa dilahirkan. Apabila meninggal dunia. manusia perlu bekerja dengan mensual tenaganya lepada orang lain. ia perlu lepada bidan atau jururawat untuk mengeluarkannya dari perut ibunya. Setelah melihat dunia. sehinggalah meninggal dunia. manusia perlu kepada peraturan yang terdiri daripada etika. bangsa. Oleh kerana itulah. manusia tetap bergantung kepada manusia lain untuk keperluan makanan. dan masyarakat supaya tercapai keharmonian antara satu sama lain. . Hidup di dalam kelompok. Secara keseluruhannya. kesihatan dan keselamatan dirinya. pelajaran. manusia sentiasa memerlukan orang lain untuk meneruskan kelangsungan hidupnya. undang-undang dan moral untuk meneruskan kehidupan agar tercapai keharmonian dalam masyarakat. orang lain terpaksa pula menguruskan jenazahnya di dalam kubur. Sejak dari dalam perut ibunya.

0 KONSEP DAN DEFINISI MORAL. Manakala Moral membawa maksud keupayaan mengenali mana yang benar atau salah. tempat yang biasa. Aristotle melihatnya sebagai rukun tata tertib. Namun begitu Ismail Ibrahim (Nazirmuddin:2005) menyatakan etika proses pemikiran tentang baik dan buruk berkaitan perilaku seseorang. satu kontrak dan rukun harmoni. . Ia berkait rapat dengan kesedaran. Moral sesebuah masyarakat merujuk kepada perlakuan masyarakat tersebut dalam konteks mendukung nilai-nilai peradapan secara umum. ETIKA DAN UNDANG-UNDANG. hujah dan tujuan yang mengarah kepada makna sesuatu tindakan. Konsep etika berasal dari perkataan Greek ethos dan ethikos . suatu alat untuk mengecapi kebahagiaan serta satujalan untuk menemui gambar-gambar tentang struktur masyarakat. watak. Manakala ethikos pula tatasusila. etika merupakan teori yang berkaitan dengan tindakan. bagaimana manusia bertingkahlaku dalam sesuatu keadaan. Plato melihat undang-undang sebagai suatu jentera untuk mengawal kehidupan sosial. Tumpuan etika ialah terhadap tingkahlaku individu. adab.3 2. Menurut Thiroux (2001). Ethos bererti sifat. Justeru dalam erti kata yang mudah etika ialah sistem yang berdasarkan akhlak atau tingkahlaku manusia. Ia bukan bersangkutan dengan fakta atau fizikal manusia tetapi merupakan suatu falsafah moral yang mengambil kira tindakan atau tingkahlaku manusia. cara hidup atau budaya. kelakuan atau perbuatan yang baik. kebiasaan.

org/wiki/Undang-undang) . Maka tidak dapat dikesampingkan bahawa undang-undang itu ialah tatatertib yang dicipta untuk mengawasi dan mengatur tingkahlaku masyarakat atau kumpulan. orang yang melanggar peraturan tersebut mungkin dihukum atau didenda oleh mahkamah/polis. Kadangkala. Peraturan ini biasanya dibuat oleh pemerintah negara tersebut supaya rakyatnya boleh hidup.wikipedia. 2005) Manakala undang-undang dalam politik dan perundangan. Secara keseluruhannya. (Noor Aziah. takrifan undang-undang ialah satu peraturan yang dapat menjamin kesejahteraan dan keselamatan kehidupan sosial sesebuah masyarakat. bekerja dan bersosial antara satu sama lain. Jika peraturan-peraturan ini dilanggar. ( http://en. merupakan satu sistem peraturan atau norma yang cuba diikuti oleh ahli-ahli masyarakat. Manakala Aquinas pula menganggap undang-undang sebagai ordinan akal mengenai perkara-perkara yang diisytiharkan baik oleh ketua komuniti. Biasanya ini adalah peraturan sesuatu negara.4 Cicero melihatnya sebagai perseimbangan yang harmonis diantara akal dan alam semulajadi. suatu perbezaan antara keadilan dan ketidakadilan dan ia juga adalah satu perintah atau larangan. undang-undang juga dibuat oleh sekumpulan orang yang berfikiran sama. Pelbagai definisi undang-undang yang diberikan oleh ahli falsafah termasuklah juga oleh : Austin: Perintah yang dikeluarkan oleh satu badan yang berkuasa untuk orang-orang biasa dan dikuatkuasakan melalui hukuman .

Pada masa yang sama. Di sini. Cara dimana undang-undang ditadbir dipanggil sistem perundangan. tetapi tindakan mereka itu tidak bermoral kerana mereka sepatutunya berusaha untuk menyelamatkan kanak-kanak tersebut. Pegawai polis lazimnya harus terlatih dalam penguatkuasaan undang-undang sebelum mereka dibenarkan melakukan sesuatu dibawah warna undang-undang. Sekumpulan lelaki yang sedang bersembang di warung kopi yang tersebut di atas tidak bersalah kerana mereka tidak melakukan jenayah. Kebanyakan negara mengharapkan polis untuk menguatkuasakan undang-undang. Mereka hanya memandang kejadian tersebut tanpa mengambil sebarang tindakan.5 Undang-undang secara lazimnya ditadbir oleh suatu sistem mahkamah dimana hakim (kadangkala dengan bantuan juri atau lay magistrate) mendengar pertikaian diantara pihak. terdapat sekumpulan lelaki sedang bersembang di sebuah warong kopi berdekatan tempat kejadian. yang lazimnya berkembang mengikut adat-adat sendiri sesebuah negara.MORAL DAN UNDANG-UNDANG.0 PERBEZAAN KONSEP ETIKA. kita dapat melihat . dan mengaplikasi satu set peraturan untuk memastikan satu keputusan yang adil. Seorang kanak-kanak telah ditarik masuk ke dalam sebuah van oleh beberapa orang lelaki yang tidak dikenali semasa berjalan pulang dari sekolah. untuk mengarahkan satu pencarian atau apa-apa lagi waran membuat penangkapan. untuk mengeluarkan amaran berbentuk undang-undang dan petikan. 3.

Terdapat perbezaan yang jelas antara undang-undang dan etika. idealisme. dia hendaklah insaf dan perbetulkan dirinya. jika dilakukan hanya sekali-sekala dan dalam waktu yang sesuai. mendengar muzik dan mengambil kira keselesaan jiran sekeliling pastinya tidak akan bercanggah dengan undang-undang. 2005) Undangundang menentukan batas yang pasti manakala etika menentukan batas adat. tetapi etika juga menjelaskan bahawa rasuah merupakan sesuatu yang bertentangan dengan amalan kita dan tidak sesuai dilakukan. ( Nazirmuddin.6 bahawa undang-undang dan moral tidak sama. Tidak melanggar undang-undang belum pasti mematuhi etika tetapi mematuhi nilainilai etika pasti jauh daripada melangggar undang-undang. Seseorang yang menceroboh masuk tanpa kebenaran kediaman orang lain boleh dihukum penjara tetapi dari segi etika. . Akan tetapi. keyakinan dan nilai moral. Kedua-duanya boleh dihubungkait sahaja. Undang-undang dikuatkkuasakan oleh mahkamah dan hukuman akan dijatuhkan jika tidak dipatuhi sementara etika ialah tikaman hati . Memasang muzik dengan kuat di kawasan kejiranan bukannlah suatu kesalahan undang-undang. Memberi dan menerima rasuah adalah salah di sisi undang-undang dan etika.

bercakap bohong adalah salah dalam semua situasi kerana etika mencukupi untuk menentukan batas moral yang baik dan sebaliknya. guru sukar memenangi kes. Ini kerana seseorang itu mematuhi undang-undang sebab takutkan hukuman tetapi bukan berlandaskan etika. etika memberi ruang untuk perubahan sikap terhadap kelakuan baik dan buruk dalam masyarakat. jika dinilai dari sudut etika. Undang-undang tidak mencukupi untuk menentukan batas etika dan moral. Etika pula lebih umum dan lebih maksimum daripada undang-undang dalam mengawal jenayah. Umpamanya. tidak semua bercakap bohong salah di sisi undang-undang terutamanya dalam situasi untuk menyelamatkan nyawa seseorang. ia adalah salah di sisi undang-undang kerana guru merupakan pendidik sekaligus sebagai pelindung kepada pelajar. perbuatan guru memukul pelajar. Walau bagaimanapun. Dalam kebanyakan insiden. Contohnya. perbuatan pelajar memukul guru merupakan kesalahan yang sangat besar. . Secara objektifnya. Dengan ini kita dapat melihat bahawa berbanding undang-undang. Dari segi etika.7 Undang-undang juga merupakan peraturan yang minimum untuk mengawal jenayah. Bagaimana pula jika guru membalas pukulan pelajar untuk mempertahankan dirinya daripada diserang tanpa henti. Undang-undang adalah satu penguatkuasaan peraturan yang telah ditetapkan.

Bagaimana pula dengan amalan menggunakan telepon awam dalam tempoh yang lama sehingga menghalang hak orang lain? Perbuatan ini tidak diliputi oleh undang-undang. Walau bagaimanapun. . gangguan seksual merupakan satu keslahan. Undang-undang tidak mengambil kira perkara batin. Bagaimana pula jika seseorang suka mengenyitkan mata kepada orang yang tidak dikenali.8 Undang-undang tidak meliputi pelbagai ragam masyarakat. Etika menentukan batas kelakuan yang baik dan jahat yang meliputi pelbagai ragam masyarakat. dari sudut etika. Undang-undang tidak mengambil kira perkara samar-samar tetapi etika adalah sebaliknya. Dari segi undang-undang. Manakala etika meliputi perkara batin di mana menjauhi sifat cemburu boleh mengelakkan diri daripada ditimpa masalah. kerosakan telefon awam merupakan vandalisme dan salah di sisi undang-undang. Salah satu motif seseorang membunuh adalah cemburu tetapi motif tidak boleh mensabitkan seseorang individu itu bersalah. Misalnya. ia adalah salah.

3. Dikuatkuasakan oleh mahkamah. Dikuatkuasakan oleh hati sendiri.9 PERBEZAAN ANTARA ETIKA DENGAN UNDANG-UNDANG ETIKA UNDANG-UNDANG 1. Hukuman melanggar undang-undang adalah seperti yang diperuntukkan dalam undang-undang bertulis negara. mencuri adalah jenayah dalam semua masyarakat. Hukuman melanggar etika ialah rasa bersalah dalam diri sendiri. Dianggap melakukan jenayah jika melampaui batas tersebut. Mengembangkan sikap membezakan antara yang baik dan buruk dalam masyarakat Cukup untuk menentukan batas etika dan moral . Mematuhi nilai dan kod etika dapat menghindari perlanggaran undang-undang Mematuhi undang-undang tidak bermakna mematuhi etika MORAL. Bentuk perlakuan boleh bersifat global. Penentuan batas perlakuan adalah jelas. Merupakan peraturan minimum untuk mengawal jenayah 5. kayakinan dan nilai. 2. Misalnya. Bersifat lebi umum dalam mengawal jenayah. Batas teersebut adalah relatif dan abstrak mengikut masyarakat. idealisme. Menentukan batas adat. ETIKA DAN UNDANG-UNDANG 10 4.

Membatasi perlakuan baik dan jahat sama ada individu atau kelompok Tidak meliputi untuk menjadi panduan individu dan masyarakat yang rencam 7. orang yang beretika mulia tidak gemar memikirkan perkara-perkara yang tidak mendatangkan faedah. harmonis. keutuhan kekeluargaan dan setiap ahli keluarga akan berasa selamat dan bahagia. keluarga. persekitaran organisasi yang kondusif. Dengan itu.( Nazirmuddin. malahan berjaya mejudkan suasana mesra. MORAL DAN UNDANG-UNDANG DALAM KEHIDUPAN MANUSIA. semangat kekeluargaan dalam organisasi. nilai etika amat penting. Tidak mengambilkira perkara yang abstrak seperti engkar. Secara induvidunya. kesejahteraan. Dengan itu lahirlah suatu budaya kerja yang positif yang mementingkan produktiviti dan kualiti yang tinggi. 2005 ). pengasih. Manakala sebuah keluarga yang mempunyai amalan etika yang tinggi bukan hanya wujud perasaan tanggungjawab yang tinggi dan saling hormat-MORAL. Orang yang beretika sentiasa menjaga tingkahlakunya agar tidak bertentangan dengan kehendak masyarakat. rohani dan mental. Dari segi mentalnya pula. kerukunan dan kedamaian hidup. organisasi. Seandainya seluruh organisasi memiliki nilai etika yang tinggi. masalah pelanggaran disiplin organisasi seperti ponteng kerja.0 KEPENTINGAN ETIKA. masyarakat dan negara. Mengambilkira semua faktor termasuk yang abstrak.1 Kepentingan Etika Etika adalah penting dalam kehidupan manusia kerana ia membantu kepada pembentukan keharmonian. rasuah.6. rasional. Kepentingan etika ini dapat dilihat dari segi individu. ETIKA DAN UNDANGUNDANG 12 menghormati antara satu sama lain. Bagi sebuah organisasi pula . jadilah ia seorang yang mempunyai sifat-sifat terpuji dan siasah diri yang unggul walau di mana ia berada kerana nilai etika telah membentuk falsafah hidup. 4. kerukunan rumah tangga. seseorang yang beretika akan dapat menikmati kebaikan fizikal. gaya berfikir dan tindak tanduknya. gangguan seksual dan sebagainya tidak akan timbul. Hukuman hanya dijatuhkan akibat kesan daripada perlakuan hasad dengki yang dizahirkan 8.khianat daan sebagainya MORAL. aman. yang merosakkan dan sentiasa membuat perhitungan buruk baik sebelum melakukan sesuatu. penyalahgunaan kuasa. dan segala macam tingkahlaku yang baik dan terpuji dilam organisasi berkenaan yang menyumbang kepada peningkatan keuntungan . Begitu juga dengan kemurnian hati dan kawalan emosi atau kualiti emosi yang membantu kepada pembentukan sifat-sifat sabar. Mengambilkira faktor rohaniah seperti hasad dengki dan lain-lain penyakit jiwa Faktor rohaniah dan kejiwaan tidak diambilkira. ETIKA DAN UNDANG-UNDANG 11 4. bertimbang rasa dan lain-lain lagi.

etika memainkan peranan yang penting dalam kehidupan harmoni seharian. Melaka dan banyak lagi hanya disebabkan oleh pemimpin dan ahli masyarakatnya sudah tidak bermoral dan beretika lagi. Manakala bagi masyarakat dan negara.a) Membentuk karektor seseorang seperti berfikiran positif Apa yang difikirkan biasanya melibatkan unsur positif bagi beretika dan unsur negatif bagi yang tidak beretika. Sejarah telah membuktikan perkara ini. damai. 4) Etika dan agama Individu yang berpegang kepada ajaran agama adalah mudah melaksanakan nilai-nilai etika. Akibatnya manusia lebih mementingkan diri sendiri melupakan tanggungjawab dan kewajipan untuk hidup bermasyarakat. Mesir. aman.2 Kepentingan Moral Keghairahan dalam mengharungi kehidupan moden yang lebih berprinsipkan kepada pertimbangan materialistic ada kalanya kita terlupa bahawa ada manusia lain yang hidup disekeliling kita. Hubungan Etika dengan persekitaran dan masyarakat sebagai contoh . Masyarakat akan menjadi lebih progresif. keluarga. Ini adalah kerana ia berkaitan dengan empat perkara utama . 1996 ) MORAL.Betul Salah Baik Buruk Moral Bukan moral Etika Bukan etika Dalam persekitaran kita. Manusia menjadi begitu rakus hingga pertimbangan nafsu lebih menguasai akal dalam keputusan yang dibuat. Kombinasi ini akan melahirkan corak pilihan yang baik atau buruk . Oleh kerana pengurusan organisasi juga mengamalkan etika yang tinggi keuntungan tersebut turut dikongsi bersama oleh pekerja. keluarga dan organisasi yang beretika tinggi. berkeluarga dan beragama. sebagai contoh seperti di bawah . Kepentingan moral ini dapat dilihat dari segi individu. masyarakat dan negara juga turut mencapai faedahnya. Negara juga turut aman. Ianya berkaitan dengan kesedaran tentang kekuatan yang mantap. ETIKA DAN UNDANG-UNDANG 13 lenyap seperti tamadun Babylon di Iraq. ( Tam Yeow Kwai. maju dan mempunyai imej yang tinggi di peringkat antarabangsa. ETIKA DAN UNDANG-UNDANG 14 3) Etika dengan undang-undang Seseorang yang beretika sudah pasti tidak akan melanggar batas undang-undang. Rome. damai dan harmonis. dengan adanya individu. Beberapa tamadun agung yang pernah mengukir nama akhirnya tumpas dan MORAL..a) Jangan fikir dan lakukan perkara-perkara buruk seperti mencuri Hubungan Etika dan moral akan . masyarakat dan bangsa . Selagi sesuatu bangsa itu dapat mengekalkan tahap amalan etika yang tinggi selama itulah bangsa itu akan terus maju dan berkembang.organisasi. Abasiah dan Umayyah.1) Etika dan kuasa Menggunakan kuasa mengikut saluran yang dibenarkan 2) Etika dan individu Menghormati hak anda dan hak jiran anda MORAL. 4. ETIKA DAN UNDANG-UNDANG 15 . Maka bukan sahaja organisasi yang menikmati kemakmuran itu tetapi pekerja juga turut terlibat. Moral adalah penting dalam kehidupan manusia kerana ia dapat membantu manusia untuk mengenali mana yang benar atau salah.

MORAL. tolong menolong dan lain-lain lagi nilai yang baik.3 Kepentingan undang-undang Undang-undang memainkan peranan penting dalam kehidupan manusia. perjanjian. ETIKA DAN UNDANG-UNDANG 17 Kepentingan undang-undang dapat dilihat bagaimana ia dapat mengatur pelbagai perjalanan hidup manusia tidak mengira pangkat. Tidak dapat dinafikan kesedaran bahawa manusia itu makhluk yang dijadikan Tuhan dan menikmati segala rahmat-Nya menjadi asas utama untuk manusia itu bermoral. keselesaan. ETIKA DAN UNDANG-UNDANG 16 mewujudkan suasana mesra. mahu tidak mahu manusia mesti patuh kepada prinsip-prinsip kemoralan yang akan membawa kepada sikap bekerjasama diantara satu sama lain yang dapat menghidarkan diri daripada rasa takut dan kehilangan nyawa. Ini kerana sifat kemoralan yang ada pada diri masyarakat dapat memupuk persefahaman. kedamaian. Oleh itu keluarga dapat hidup aman kerana segala keperluannya dapat dipenuhi seperti pengeluran dan pengagihan barang. seseorang yang bermoral akan menikmati kehidupan aman dan sejahtera. Wujudnya undang-undang adalah berasaskan kepada amalan. warna kulit. keluarga dan masyarakat yang mempunyai nilai moral yang tinggi telah menjadikan negara Malaysia terkenal diseluruh dunia yang mana budi bahasa rakyatnya adalah diantara satu symbol negara yang sangat dikagumi walaupun negara sudah moden dan membangun. Untuk itu manusia perlukan kasih sayang. dihina. Ini kerana segala masalah yang timbul daripada masalah delinkuen tidak akan terjadi. persetujuan. norma prinsip dan injuksi mahkamah.Setiap manusia yang waras sentiasa menyedari bahawa adalah lebih baik untuk membuat kebaikan daripada membuat kejahatan yang akan membawa kesukaan kepada diri sendiri dan sesuatu kebaikan yang dilakukan itu pasti mendatangkan kepusan dan kesejahteraan kepada dirinya sendiri. 4. Tindakan tersebut dapat mempengaruhi perbuatan dan tindakan masyarakat contohnya seperti memperuntukan peraturan pembayaran cukai dan dengan cukai . Ini terbukti apabila undang-undang itu sendiri mengatur dan menentukan peranan institusi atau badan kerajaan dalam sesebuah negara bagi kepentingan semua. disekat kebebasannya dan ditindas. tolak ansur. dicuri harta bendanya . bertanggungjawab akan menyebabkan kerukunan rumah tangga akan berkekalan. Dengan adanya individu. satu-satu kejahatan yang dilakukan lambat laun akan membawa akibat buruk kepada dirinya sendiri. bertimbang rasa. institusi dan sebagainya agar keamanan hak dan tanggungjawab dapat dilaksanakan. Sebaliknya. Undang-undang inilah yang mengawal setiap perlakuan masyarakat. Keadaan emosi yang stabil di dalam setiap ahli keluarga dapat MORAL. Jadi sikap moral itu adalah asas untuk manusia hidup. Ini kerana sifat manusia itu yang lemah mengawal kehendak nafsunya. Untuk mencapai tujuan ini. kreativiti dan kestabilan. agama dan lain-lain lagi perbezaan. Seseorang yang bermoral ialah seorang yang telah menunaikan peranannya dengan berkesan. Hasilnya jurang generasi antara anak dan ibubapa tidak akan berlaku . 2003 ) Kepentingan moral dalam kekeluargaan pula ianya akan menjadikan sesebuah keluarga itu dapat hidup dalam keadaan yang aman dan tenteram. ditipu.Secara individunya. Manakala bagi masyarakat dan negara ianya dapat mewujudkan masyarakat yang harmonis dan progresif. ( Eow Boon Hin .

keselesaan. Perbezaan kolompok ini dapat membantu individu lain untuk terus menjalani kehidupan dengan lebih yakin dan teratur tanpa ada sebarang keraguan. Dengan adanya undang-undang ia dapat mengawal ahli masyarakat daripada melakukan sebarang tindakan yang salah dan memudaratkan diri dan orang ramai. mengapa manusia perlu bermoral? Kita patut sedar bahawa manusia adalah makhluk Tuhan yang paling tinggi darjatnya. Kesannya masyarakat dapat dengan tenang dan damai. kreativiti dan kestabilan bukan hanya untuk dirinya sendiri. Oleh yang demikian hak-hak dan kebebasan setiap individu terpelihara dan akhirnya satu bentuk kehidupan politik dan social yang stabil dapat diwujudkan. MORAL DAN UNDANG-UNDANG DALAM KEHIDUPAN MANUSIA. Perbezaan ini dapat lihat daripada perlakuan serta sifat-sifat yang ditonjolkan oleh setiap individu. ETIKA DAN UNDANG-UNDANG 19 berkonflik. Manusia juga mempunyai kehendak. Struktur peraturan yang tersedia itu membolehkan individu yang bersalah itu diadili dan seterusnya menerima hukuman yang setimpal. mahu tidak mahu manusia mesti patuh pada prinsip- . masyarakat merasakan kehidupan mereka terjamin dan tidak terbiar. MORAL.1 Fungsi Moral dalam Kehidupan Moral adalah perkara yang perlu diketahui. keinginan. kedamaian. Hukuman tersebut dibuat adalah bertujuan untuk memberi pengajaran serta mengurangkan jenayah. keutamaan nilai seseorang itu akan membantunya . Untuk mencapai tujuan ini. Aroff (1998). walaupun dalam sesuatu situasi beberapa nilai mungkin MORAL. tamadun. malah juga untuk orang lain. Individu yang melanggar peraturan undang-undang akan dikenakan hukuman yang setimpal dengan perbuatan mereka. 5. Kepentingan lain yang boleh kita perolehi daripada undang-undang ialah dapat membezakan dan meningkatkan seseorang manusia itu baik atau pun buruk. Menurut Abdul Rahman Md. Selain itu juga. ETIKA DAN UNDANG-UNDANG 18 Undang-undang dapat menghukum orang yang melakukan kesalahan. matlamat dan objektif yang sama iaitu inginkan kehidupan aman dan sejahtera. Dengan adanya hukuman keatas pesalah. 5. Manakala pihak yang teraniaya akan mendapat keadilan yang setimpal dengan apa yangn mereka alaminya. Ini bermaksud. peraturan dan keharmonian. difahami dan ditonjolkan kepada masyarakat umum yang menjadi fungsi kepada nadi penggerak pembangunan yang mementingkan peradapan dan tamadun kehidupan yang berasaaskan kepada budaya . Untuk ini manusia perlukan kasih sayang. Contohnya bagi individu yang sering melakukan kesalahan ia boleh dikelompokan sebagai seorang manusia yang buruk dan sebaliknya. Soalnya sekarang. kepentingan undang-undang juga dapat dilihat bagaimana ia berperanan sebagai ejen keamanan dan kesejahteraan.menyelesaikan konflik yang dihadapi.0 FUNGSI ETIKA. moral berfungsi sebagai panduan untuk menyelesaikan konflik serta membuat keputusan.ini dapat pula memperuntukan bantuan kepada masyarakat yang tidak berkemampuan melalui undangundang kebajikan.

pencuri dan penipu sudah pasti setiap ahli kelompok tersebut akan menadapat faedahnya. Contohnya. setiap individu itu menjadi teras kepada pembentukan masyarakat. Jadi moral berfungsi dalam pembentukan sikap bermoral individu dan lebih penting dari sistem moral itu sendiri. dibelenggu dan ditindas. Setiap perbuatan baik yang dilakukan dan membawa faedah kepada semua orang. pujian dan lain-lain. Thomas Hobbes telah menggambarkan kepentingan hidup bermoral seperti berikut: Tanpa peraturan sosial (moral). akan wujud satu keadaan konflik yang tidak berkesudahan dan persengketaan yang mengakibatkan kehidupan manusia menjadi jahat. MORAL. MORAL. selain mematuhi perintah Tuhan. mengapa manusia pada umumnya patut bermoral? daripada mengapa setiap individu harus bermoral? Kedua-duanya mempunyai penekanan yang berbeza-beza. Seseorang yang telah menunaikan peranannya dengan berkesan. Tidak dapat dinafikan moral mempunyai fungsi yang amat penting dalam membawa kesedaran bahawa manusia itu makhluk yang dijadikan Tuhan dan menikmati segala rahmat-Nya menjadi asas utama untuk manusia itu bermoral. tetapi berdasarkan keimanannya kepada Tuhan. Setiap manusia yang waras sentiasa menyedari bahawa adalah lebih baik untuk membuat kebaikan daripada berbuat kejahatan yang akan membawa kesukaran kepada dirinya sendiri dan orang lain. ETIKA DAN UNDANG-UNDANG 21 5. berjudi. kalau dalam satu kelompok masyarakat itu tidak seorang pun menjadi pembunuh. Oleh itu fungsi moral terhadap kesedaran moral induvidu itu bukan atas tekanan. ( Mohd. dan mencuri itu lambat-laun akan membawa akibat buruk kepada dirinya sendiri. Sikap dan perasaan bermoral adalah menjadi tugas dan tanggungjawab setiap individu yang tidak boleh dipersoalkan lagi kerana menurut Aristotle. Dicuri harta bendanya. manusia pula umumnya mesti bermoral untuk kehidupan yang aman. dihina. tetapi dalam kehidupan manusia. Oleh itu. Dengan perkataan lain. Jadi moral berfungsi dalam memelihara kemuslihatan kehidupan manusia sejagat pada asasnya. satu-satu kejahatan yang dilakukan seperti menipu. disekat kebebasannya. Ahli-ahli falsafah Barat lebih menekankan persoalan.2 Fungsi Etika dalam kehidupan . Sesuatu kebaikan yang dilakukan itu pasti mendatangkan kepuasan dan kesejahteraan kepada dirinya sendiri. bahagia dan bermakna. Sebaliknya. ETIKA DAN UNDANG-UNDANG 20 Moral juga berfungsi dalam membezakan baik buruk sesuatu perbuatan yang dilakukan oleh individu. ditipu. moral adalah berkaitan dengan fungsi manusia sejagat. segala apa yang dibuat itu adalah untuk penciptanya. 1994). Janib Johari. bersifat buas dan angkuh .prinsip kemoralan yang akan membawa kepada sikap kerjasama di antara satu dengan lain yang dapat menghindarkan diri daripada rasa takut dan kehilangan nyawanya.

etika berfungsi menjelaskan bahawa setiap ahli masyarakat perlu menggunakan segala ilmu pengetahuan yang dimilikinya untuk meningkatkan kesejahteraan manusia seluruhnya. MORAL. masyarakat atau pun majikan sentiasa berusaha untuk meningkatkan pengetahuan untuk terus memberi perkhidmatan yang lebih cemerlang dari semasa kesemasa. Begitu juga dalam kehidupan bermasyarakat hendakalah saling bekerjasama dalam menyokong tidakan ahli masyarakat yang melakukan tindakan yang tidak bercanggah dengan etika masyarakat tersebut. keselamatan. sokongan.2. memelihara keharmonian.2 Etika berfungsi sebagai sokongan Jika seseorang teknokrat didakwa atau diragui oleh pihak lain tentang apa yang dilakukan.1 Etika berfungsi sebagai memelihara keharmonian Tingkahlaku yang harus dipatuhi dan diamalkan sepenuhnya supaya kepentingan semua pihak terpelihara. Aduan-aduan ini akan dapat mengurangkan penyalahgunaan kuasa oleh mereka yang berkuasa dan berpangkat serta mempunyai kedudukan tertentu dalam sebuah organisasi atau jabatan. meningkat dan mempertahankan intigriti. Oleh itu. pencegahan disiplin. 5.3 Etika berfungsi sebagai memelihara maruah Etika merupakan satu garis panduan kepadaindividu untuk membina .4 Etika berfungsi sebagai pencegahan disiplin Badan-badan profesional telah menggunakan kod etika yang berfungsi sebagai asas untuk menyiasat sebarang penyelewengan ahli-ahlinya apabila terdapat sebarang aduan diterima.(http://members. Ini dapat mengelakkan daripada berlakunya pertembungan diantara kepentingan diri dan kepentingan umum. ETIKA DAN UNDANG-UNDANG 22 5.Hubungan etika kerja profesional dengan kehidupan manusia dalam bentuk menyuruh dan meninggalkan perkara yang mendatangkan kesalahan samaada di sisi undang-undang negara mahupun statusnya sebagai profesional.2.2.com/takingaoff/etika. Sacara datarnya etika berfungsi sebagai. Selain ia juga dapat . 5. setiap ahli profesional dalam bidang masing-masing perlu mengiktiraf kehidupan. Hendaklah ahli teknokrat tersebut yakin akan pekerjaan yang telah beliau lakukan tidak salah disisi undang-undang dan agama serta etika organisasi atau jabatan. dan memelihara maruah. jujur kepada diri sendiri. Ini secara umumnya.2. kejujuran dan maruah kehidupan masing-masing. kesihatan dan kebajikan setiap anggota masyarakatnya. etika merupakan satu landasan kepada masyarakat yang membolehkan individu mengawal tingkahlakunya sendiri serta membolehkan masyarakat sosial mengawasi dan menilai setiap tindak tanduk mereka dari semasa ke semasa. Ini akhirnya. 5. maka di boleh menggunakan kod etika untuk menyokong tindakanya dalam memberi sokongan akan apa yang telah dilakukan. Contohnya.tripod.html ). menyebabkan pelbagai konflik dan rasa tidak puas hati dikalangan pihak yang berkaitan.

etika juga berfungsi dalam perhubungan dengan unsur kerohanian manusia.ee. maka tidak ada keperluan untuk undang-undang dikuatkuasakan ke atas mereka. ETIKA DAN UNDANG-UNDANG 24 kegagalan individu tidak melakukan sesuatu perbuatan atau perkara. memalukan keluarga ataupun merosakan nama baik negara.itb. maka dia akan diingatkan dengan kuatkuasa undang-undang.3 Fungsi undang-undang dalam kehidupan Peraturan dan undang-undang terbentuk berpaksikan kepada nilai atau etika yang dipegang oleh sesebuah masyarakat. Dalam hal ini undang-undang jenayah memainkan peranan sebagai kawalan sosial. Jadi etika berpungsi dalam membentuk tingkahlaku atau mengawal tingkahlaku individu dalam masyarakat. Menurut Nor Aziah Mohd Awal (2004).ac. Andainya manusia bertindak di dalam batas-batas norma kehidupan. mungkin pula dianggap kebiasaan di negara lain. Ia menentukan sesetengah . Seseorang perlu mengetahui akan kewajipan dan perkara yang perlu dilakukan dalam memenuhi keperluan kerohaniannya. Ahmad Rafizi Salleh (1998). tanpa kehidupan manusia menjadi sempurna. atau MORAL. Suatu tindakan yang mungkin dianggap jenayah di negara ini. malah ia tidak dapat akan dapat untuk dibaik-pulih kerana generasi akan datang sebenarnya kehilangan sebahagian kesejahteraan apabila MORAL. perbuatan yang tidak beretika bukan sahaja menjejaskan pretasi organisasi. Umumnya. Iaitu untuk mengawal dan menyeimbangkan tindakan-tindakan manusia(http://zakiyamani. Undang-undang juga berfungsi menjaga kepentingan dan keharmonian masyarakat (http://kawan sejati. seorang yang menconteng dinding pondok menunggu bas atau mana-mana dinding awam. undang-undang sebagai kawalan sosial.id/node/14777).mengelakkan penggunaan maklumat-maklumat rahsia syarikat atau jabatan untuk kepentingan diri sendiri. harus dikenakan tindakan. kebajikan sosial dan pemudahcara. Undang-undang juga bertindak sebagai alternatif kepada perselisihan peribadi atau balas dendam (personal feud/vengeaance). Jesteru undang-undang boleh berbeza kerana nilai yang dipegang juga berbeza. Undang-undang sebagai kawalan sosial iaitu undang-undang menyatakan secara terperinci bila dan bagaimana individu tertentu dipertanggungjawabkan akibat melakukan sesuatu yang dilarang. Selain daripada itu. Contohnya.com/2006/07/apa-tujuan-undangundang. 5. etika berfungsi merupakan asas kepada kehidupan manusia. ETIKA DAN UNDANG-UNDANG 23 berlaku penyelewengan. biar betapa artistik atau indah sekalipun. Setiap orang mesti tahu dan mengamalkan etika yang baik di mana ianya akan memberi kebahagian dan kedamaian kepada semua orang. Hanya apabila seseorang bertindak berlawanan dengan nilai yang dipegang oleh komuniti. undang-undang mempunyai beberapa fungsi dalam masyarakat diantaranya.blogsport. Hukum dan undang-undang adalah untuk moderate kehidupan manusia. penyelesaian konflik.html ).

perbuatan atau kegagalan melakukan sesuatu sebagai perbuatan jenayah. ETIKA DAN UNDANGUNDANG 25 Undang-undang juga berfungsi sebagai pemudahcara. Undang-undang persendirian (private law) mengambil peranan sebagai pemudahcara untuk permasalahan masyarakat. Kedua-dua pihak akan menggunakan undang-undang apabila tiada persetujuan dicapai dan penyelkesaian tidak dapat diperolehi di luar mahkamah. ETIKA DAN UNDANG-UNDANG 26 . jika konflik timbul ia akan diselesaikan dengan undangundang. Oleh itu. Dalam keadaan ini undang-undang berfungsi sebagai wahana penyelesaian masalah. perkhidmatan. Pemerintah lazimnya menggunakan undang-undang bagi memperuntukkan hak-hak pendidikan. perlindungan kepada golongan tertentu. membunuh merupakan satu perbuatan yang salah UNDANG-UNDANG UNDANG-UNDANG + ETIKA ETIKA MORAL. Undang-undang juga berperanan dalam memastikan kesejahteraan masyarakat. Contohnya. kesatuan sekerja. Undang-undang juga berfungsi sebagai mpenyelesaian konflik. MORAL UNDANG-UNDANG. contohnya mahkamah. Contohnya. 6. ia boleh mengelirukan kerana persilangan itu seolah-olah menunjukkan bahawa ukuran etika dan undang-undang adalah sama walaupun sebenarnya ia bukanlah sesuatu yang objektif. undang-undang menyediakan satu kerangka tetap kepada individu bahawa mereka boleh menjalankan transaksi dengan pasti. Ia menyediakan prosedur yang mengatur hak-hak atau liabliti dipertahankan dan dikuatkuasakan di institusi tertentu. Tindakan undangundang biasanya bermula akibat berlakunya pertindihan kepentingan (conflict of interests) antara dua pihak atau lebih. Undang-undang yang mengatur kontrak. hartanah. Ini membolehkan satu bentuk kehidupan politik dan sosial yang stabil dapat diwujudkan. Undang-undang menyediakan satu set peraturan untuk bertingkah laku kepada anggota masyarakat. bank. MORAL. perkongsian (partnerships). Akan tetapi. Kawasan yang bersilang di antara ke dua-dua bulatan di atas mewakili pertalian undang-undang dan etika. kesihatan. Ia bertujuan agar hak-hak dan kebebasan individu terpelihara. tribunal atau panel timbang tara. perkahwinan dan lain-lain untuk mengatur dan memudahkan manusia menjalankan kegiatan mereka. Pemerintah boleh menggunakan undang-undang bagi memastikan kebajikan sosial tercapai. Akta Keganasan Rumah Tangga 1994 untuk wanitan dan Akta KWSP 1982 diperuntukan kepada majikan dan pekerja. instrumen kewangan (negotiable instrument). dan jika berlaku sebaramg kemungkiran dalam transaksi ia akan memperolehi ganti rugi. Institusi seperti mahkamah akan menetukan kesahihan tuntutan pihak-pihak yang bertikai.0 HUBUNGKAIT ANTARA ETIKA. Ini membolehkan sesetengah aktiviti tertentu yang memenuhi kepentingan bersama dapat dijalankan tanpa menimbulkan konflik.

J. kod etika bukan berperanan untuk mengatasi undang-undang. Ini juga membuktikan bahawa undang-undang merupakan suatu peraturan atau sistem yang mewakili nilai moral yang didukung oleh sesuatu kumpulan masyarakat.( Ahmad Rafizi Salleh .1 Faktor-faktor Penentu Pertalian Undang-undang dan Etika. d) Persamaan bahasa yang digunakan walaupun tidak merangkumi semua perkara. 1994 dalam Thiroux. Selain itu. Sebagai contoh. b) Etika dan undang-undang saling menyokong atau memperkuatkan atau menokok antara satu sama lain dalam kebanyakan nilai fundamental. undang-undang tersebut akan ditentang hebat oleh masyarakat kerana ia bertentangan dengan nilai moral. sekiranya hak-hak tertentu individu terancam. hak dan kewajipan. kemantapan etika bergantung kepada kewujudan sistem MORAL. jika undang-undang di Malaysia membenarkan hubungan sejenis. Undang-undang pula bertindak sebagai penyokong. masyarakat akan bebas untuk fitnah-memfitnah antara satu sama lain dan akan menyebabkan kehidupan menjadi tidak aman dan tenteram. mendakwa mereka tidak menipu bukan kerana takut kepada undang-undang tetapi atas desakan moral. seseorang individu dianggap wajar untuk .) Secara ringkasnya. moral dan undang-undang dalam kehidupan mereka. tingkah laku. 6. undang-undang akan masuk campur dan mengatasi kod-kod etika yang berkenaan. ETIKA DAN UNDANG-UNDANG 28 KESIMPULAN Berdasarkan kepada perkara-perkara yang telah dibincangkan di atas. MORAL. moral dan etika. Umpamanya. Ini adalah kerana kedua-dua undang-undang dan etika merujuk kepada tata amalan. ETIKA DAN UNDANG-UNDANG 27 perundangan.dari segi undang-undang dan moral tetapi tidak semua perbuatan membunuh itu salah sekiranya alasan disebaliknya adalah untuk mempertahankan diri.P. 1998 ). kenyataan mencuri itu salah dari sudut etika tidak akan memberi apa-apa erti tanpa wujudnya definisi pemilikan harta benda dari aspek undang-undang. Sesetengah yang lain pula. Sekiranya terdapat percanggahan antara undang-undang. a) Pengenaan nilai tatasusila tertentu dalam masyarakat Tanpa nilai-nilai tatasusila tersebut. 1995 . c) Undang-undang dan etika menjangkakan terlebih dahulu kewujudan satu sama lain. larangan. ( Freeman. manusia tidak boleh tidak mesti memerlukan etika. malah ia bertindak untuk memperjelaskan tentang kewujudan undang-undang yang sedia ada. Sesetengah individu menjauhkan diri daripada perbuatan menipu kerana takutkan undang-undang. Akan tetapi.

Apa yang penting. dalam kes penderaan kanak-kanak. mangsa akan dihantar balik ke rumah. Undang-undang yang bersendiri tanpa etika dan moral tertentu akan menjadi tempang. Contohnya. seseorang itu tidak akan mendapat penyelesaian yang terbaik jika hanya memandang sesuatu situasi atau masalah dari satu sudut sahaja. mematuhi etika. pihak berkuasa mewajibkan ahli keluarga atau jiran tetangga membuat laporan secepat mungkin apabila mereka menyedari penderaan telah berlaku. Namun begitu. undang-undang. Ini juga membuktikan bahawa perlakuan moral negatif telah dilakukan. MORAL. mangsa akan didera dengan lebih teruk sebagai cara untuk menebus dendam. Undangundang terutamanya perlu dipinda atau diubah supaya masyarakat mendapat manfaat sepenuhnya. Tindakan mungkin di ambil tetapi kenyataan sebenar masih tidak berubah di mana sementara siasatan dijalankan. ETIKA DAN UNDANG-UNDANG 29 Secara keseluruhannya. Kemungkinan besar. bukan semua nilai etika dan moral mengiringi setiap undang-undang kerana tidan semua orang memiliki tahap etika dan moral yang sama. Pada kebiasaannya. etika dan moral merupakan unsur penting dalam kehidupan manusia yang sejahtera. . Seseorang individu itu perlu melihat sesuatu situasi dari segenap sudut. selamat dan terjamin. moral dan undang-undang tidak semestinya diakhiri dengan penyelesaian yang terbaik. asalkan undang-undang yang sedia ada memberi kebaikan maksimum kepada manusia keseluruhannya. Ada sesetengan pendapat mengatakan bahawa undang-undang perlu mengatasi etika. Walau bagaimanapun.membuat pertimbangan peribadi yang profesional.

Sign up to vote on this title
UsefulNot useful