INSTITUT LATIHAN JABATAN TENAGA MANUSIA KEMENTERIAN SUMBER MANUSIA MALAYSIA

KERTAS PENERANGAN
(B06-02-04-LE3-IS3B)

TAJUK KEMAHIRAN DAN TAHAP No. DAN TAJUK MODUL No. DAN TAJUK PENGALAMAN PEMBELAJARAN

TEKNOLOGI TELEKOMUNIKASI – TAHAP2 (SEMESTER2) M04 – COMMUNICATION LINES & TEST EQUIPMENT LE1-COMPILE INSTALLATION INFORMATION LE2- TEST LINE LE3- PERFORM CAN EQUIPMENT PERFORM COMMUNICATION LINE USING WORK ORDER SUPPORTING DOCUMENT SITE PLANS, CHECKLIST, DATABASE, COMMUNICATION TOOLS, WORKPERMIT, REQUISTION FORMS SAFETY EQUIPMENT, TEST INSTRUMENT, FIELD PHONE, TRANSPORTATION, STAFF DUTY ROSTER GEAR, CAN EQUIPMENT SO THAT: 1. RELEVANT INSTALLATION IS IDENTIFIED, VERIFIED, COMPILED AND SUBMITTED TO RESPECTIVE PARTIES ACCORDING TO ESTABLISHED PROCEDURES. 2. THE CABLE IS IDENTIFIED AND CONNECTED, CONNECTOR FABRICATED, TERMINATION POINT IDENTIFIED AND CHECKED ACCORDING TO TECHNICAL AND CONNECTION IS RECORDED TO ESTABLISHED PROCEDURES. 3. THE EQUIPMENT SUPPORT IS IDENTIFIED, MOUNTED, CHECKED AND RECORDED ACCORDING TO SPECIFICATION AND ESTABLISHED PROCEDURES. 4. THE VOICE EQUIPMENT IS IDENTIFIED, INSTALLED, CONNECTED, TESTED AND DOCUMENTED ACCORDING TO SPECIFICATION AND ESTABLISHED PROCEDURES. 5. THE NON-VOICE EQUIPMENT AND CONNECTION IS IDENTIFIED, CONNECTED TESTED, CONNECTION TESTED AND RECORDED ACCORDING SPECIFICATION AND ESTABLISHED PROCEDURES.
109

OBJEKTIF PRESTASI AKHIRAN / TERMINAL PERFORMANCE OBJECTIVE

ISI KANDUNGAN
LE3 – PERFORM CAN EQUIPMENT TASK 02.08 - Install Voice Equipment Connection TASK 02.09 – Install Non-Voice Equipment Connection

110

No. & TAJUK PENGALAMAN PEMBELAJARAN

LE3 – Perform CAN Equipment

No. & TAJUK TUGASAN

TASK 02.09 - Install Non-Voice Equipment Connection

Code No. : B06-02-04-LE3-IS3B TAJUK : PENGENALAN KEPADA SISTEM RANGKAIAN DAN TOPOLOGI TUJUAN :

Muka : 1 drp.9

Tujuan kertas penerangan ini adalah untuk menjelaskan definisi sebenar sistem rangkaian disamping dapat mengetahui jenis-jenis sistem rangkaian yang digunakan. Disamping dapat mengetahui perkakasan-perkasan yang digunakan untuk membina sesebuah sistem rangkaian.Selain daripada itu menerangkan ciri-ciri yang terdapat pada topologi. Pelajar juga akan didedahkan dengan kelebihan dan kekurangan yang terdapat pada pelbagai jenis topologi di dalam sistem rangkaian.

PENERANGAN : Definisi sistem rangkaian Rangkaian merupakan dua atau lebih komputer terhubung untuk berkongsi sumber (contoh: pencetak dan CDROM), bertukar fail dan membenarkan perhubungan secara elektronik. Komputer dalam rangkaian dihubungkan dengan kabel, talian telefon, gelombang radio, satelit atau pancaran cahaya inframerah.

KEBAIKAN MENGGUNAKAN SISTEM RANGKAIAN 1. Berkongsi fail – pengguna dapat berkongsi fail yang disimpan pada pelayan (server) atau komputer pusat. 2. Memindahkan fail – memudahkan pemindahan fail yang disimpan dari satu komputer ke komputer yang lain. 3. Berkongsi perisian (aplikasi) dan mengurangkan kos – memudahkan pengguna untuk berkongsi program aplikasi seperti Office, Lotus dan sebagainya. Ini dapat menjimatkan kos dan memudahkan instalasi perisian. 4. Berkongsi data dan menjimatkan masa untuk memasukkan data – data-data dapat dimasukkan serentak oleh dua atau lebih pengguna ke dalam satu aplikasi. Pada masa yang sama pengguna lain dapat menggunakan data-data tersebut. 5. Berkongsi pencetak, CD-ROM dan lain-lain – pencetak atau CD-ROM yang terdapat pada sesebuah komputer dapat digunakan oleh semua pengguna yang menggunakan komputer yang lain. 6. Menggunakan mel elektronik (E-mail) – pengguna dapat menghantar memo dari satu komputer ke komputer yang lain.

111

Code No. : B06-02-04-LE3-IS3B

Muka :

2 drp. 9

JENIS-JENIS SISTEM RANGKAIAN

  

Local Area Network (LAN) - Rangkaian kawasan setempat Metropolitan Area Network (MAN) - Rangkaian kawasan metropolitan Wide Area Network (WAN) - Rangkaian kawasan luas

RANGKAIAN KAWASAN SETEMPAT (LAN)

Rangkaian komputer jenis ini merangkumi kawasan yang kecil. Ia dihadkan mengikut kawasan geografi seperti bilik darjah, makmal, sekolah atau bangunan. Ciri-ciri LAN     LAN selalunya mempunyai kurang dari 2 km Menghantar data lebih kurang 10 mbps – 100 mbps Selalunya LAN digunakan untuk system rangkaian sesuatu bangunan, sekolah, institusi ataupun pejabat. Menggunakan topologi STAR, RING dan BUS.

112

Code No. : B06-02-04-LE3-IS3B RANGKAIAN KAWASAN METROPOLITAN (MAN)

Muka : 3 drp. 9

Rangkaian ini merangkumi kawasan geografi yang luas seperti antara bandar, atau sekolah dan daerah Ciri-ciri MAN


  

MAN selalunya mempunyai kurang dari 50 km Gabungan LAN Sistem rangkaian MAN lebih besar dari LAN Menghubungkan bandar ataupun metropolis

RANGKAIAN KAWASAN LUAS (WAN)

WAN menghubungkan rangkaian di antara LAN dengan LAN. Ianya boleh melibatkan kawasan yang luas iaitu di antara bandar, negeri dan negara.Ia mengandungi beberapa mesin untuk melarikan aplikasi pengguna dan mesin ini dinamakan hosts. Hosts dihubungkan oleh subnet. Tugas subnet ialah membawa mesej dari satu host ke satu host PERKAKASAN SISTEM RANGKAIAN:• • • • • • • File server - Pelayan fail Workstation - Stesen kerja Network Interface Cards - Kad antaramuka rangkaian Concentrators/Hubs - Penumpu Repeaters - Pengulang Bridges - Tetimbang Routers - Pelalu

113

Code No. : B06-02-04-LE3-IS3B

Muka : 4 drp. 9

File Server - Pelayan Fail File server merupakan jantung bagi semua rangkaian. Network Interface Cards - Kad Antara Muka Rangkaian Network Interface Cards (NIC) merupakan penyambungan fizikal antara rangkaian dengan komputer stesen kerja. i) Ethernet Cards ii)LocalTalk Connectors iii) Token Ring Cards Concentrators / Hubs - Penumpu Concentrator atau Penumpu adalah peranti penyambungan bagi semua kabel yang bersambung antara stesen kerja, pelayan dan persisian Repeaters Repeater adalah peranti yang menguatkan isyarat rangkaian apabila melaluinya. Bridges Bridge atau tetimbang ialah peranti yang membahagikan satu segmen rangkaian komputer kepada dua rangkaian kecil supaya lebih cekap. Routers Router bertugas menterjemahkan maklumat daripada satu rangkaian kepada rangkaian lain.

HUB

SERVER

REPEATER

NIC

114

Code No. : B06-02-04-LE3-IS3B

Muka : 5 drp. 9

38

DEFINISI TOPOLOGI Topologi rangkaian merujuk bagaimana komputer-komputer tersebut disambungkan secara pemetaan. Topologi rangkaian terbahagi kepada dua iaitu topologi fizikal dan topologi logical Topologi fizikal Suatu rangkaian merujuk pada suatu bentuk konfigurasi rangkaian yang terdapat pada kabel komputer dan lain-lain peripheral. Topologi logical Merupakan kaedah yang digunakan untuk memindahkan informasi atau maklumat diantara satu komputer dengan dengan satu komputer yang lain dalam stesen kerja.

JENIS-JENIS TOPOLOGI DALAM SISTEM RANGKAIAN Terdapat 3 jenis topologi yang utama iaitu;    Topologi Bus Topologi Bintang Topologi Cincin

115

Code No. : B06-02-04-LE3-IS3B TOPOLOGI BUS

Muka : 6 drp. 9

Topologi bus menggunakan satu kabel yang panjang yang menyambungkan kesemua sumber didalam network tersebut. Mesej atau data yang dihantar akan pergi ke pada semua komputer yang berada didalam sistem rangkaian tersebut sebelum sampai ke komputer yang sepatutnya menerima data atau mesej tersebut.

Kelebihan Topologi Bus 1. Pemasangan amat mudah dan murah. 2. Mudah untuk menambah nod iaitu dengan menyambung nod baru secara bersiri 3. Sesuai untuk rangkaian yang kecil Kekurangan Topologi Bus

1. Sebarang masalah pada mana-mana nod pada rangkaian tersebut berupaya menjadikan
keseluruhan rangkaian tersebut gagal berfungsi.

2. Titik pemula atau penutup diperlukan pada kedua-dua penghujung tulang belakang kabel tersebut.
3. Sukar untuk mengenali pemasalahan yang dihadapi jika keseluruhan system rangkaian itu gagal berfungsi Tidak boleh digunakan sebagai satu-satunya jalan penyelesaian rangkaian utama di dalam sesebuah bangunan yang besar.

116

Code No. : B06-02-04-LE3-IS3B

Muka : 7 drp. 9

TOPOLOGI BINTANG Topologi bintang menggunakan perkakasan pertengahan yang dipanggil hub. Semua sumber di dalam network atau sistem jaringan akan bercantum dengan menggunakan hub yang menjadi penghubung di antara sumbersumber tersebut. Semua mesej yang disampaikan akan melalui hub sebelum sampai ke destinasi yang sepatutnya.

Kelebihan Topologi Bintang 1. Mudah untuk ditempatkan (install) dan dipasang kabel (wiring) 2. Rangkaian tidak akan terganggu apabila salah satu daripada sumber dialih. 3. Mudah untuk mengesan kesilapan dan kecacatan yang berlaku dan memindahkan perkakasan yang rosak.

Kekurangan Topologi Bintang

1. Memerlukan kuantiti kabel yang lebih panjang berbanding dengan topologi bas. 2. Jika hub atau concentrator gagal berfungsi, nod juga turut gagal untuk menjalankan tugasnya.
3. Kos yang diperlukan adalah lebih tinggi berbanding dengan topologi bas kerana melibatkan kos concentrators yang agak mahal. Apabila komputer hos rosak, semua komputer akan terjejas menyebabkan kebilangan besar kuasa pengkomputeran

117

Code No. : B06-02-04-LE3-IS3B

Muka :

8 drp. 9

TOPOLOGI CINCIN Topologi cincin memerlukan beberapa sumber yang dicantumkan menjadi satu bentuk bulatan. Mesej atau data dari satu komputer pada yang lain dengan satu arah. Apabila sesebuah komputer menerima mesej atau data yang dihantar kepadanya, ia kemudianya akan mengubahsuai dan mengembalikanya untuk menunjukan yang ia telah menerima mesej tersebut.

Kelebihan Topologi Cincin 1. Jika komunikasi terputus di antara dua system bersebelahan, satu lintasan alternatif dia antara dua tempat ini boleh digunakan. 2. Mudah ditempatkan (install) dan dikabelkan (wiring) peralatan 3. Mudah mengesan kesilapan dan kerosakan dan mengasingkan peralatan yang rosak Kekurangan Topologi Cincin 1. Memerlukan kabel yang lebih panjang sama seperti topologi bintang. Jika hub atau concentrator gagal berfungsi, node berkenaan juga turut gagal berfungsi.

118

Code No. : B06-02-04-LE3-IS3B SOALAN:

Muka : 9 drp. 9

1. Apakah definisi sistem rangkaian? 2. Berikan 3 jenis sistem rangkaian? 3. Apakah yang dimaksudkan topologi bintang? 4. Nyatakan 5 perkakasan-perkakasan yang digunakan dalam sistem rangkaian. 5. Berikan dua kelebihan topologi bintang 6. Berikan dua kekurangan topologi bus dan topologi cincin

RUJUKAN : 1. Network + : Guide to Networks 2. http://www.topology.com.htm

119