Pengenalan

Dalam meneliti tentang pensejarahan orang Yunani purba serta kaedah yang digunakan oleh mereka dalam menghasilkan penulisan Sejarah, tidak dapat tidak kita harus membuat suatu penelitian tentang peranan yang dimainkan oleh dua orang tokoh penting pada zaman itu iaitu Herodutus dan Thucydides dalam bidang pensejarahan Yunani khususnya serta pensejarahan dunia amnya. Disamping itu dalam usaha kita melihat kemampuan pensejarahan Yunani pada zaman klasik terhadap pembentukan ilmu mengenai kaedah yang dibuat bagi menulis sejarah, kita juga harus meneliti juga tentang sejauhmana mereka berjaya mewujudkan suatu idea baru tentang sejarah yang boleh menjadi rujukan para sejarawan pada masa ini. Namun begitu, secara umumnya para sejarawan beranggapan bahawa mereka iaitu Herodutus dan Thucydides sememangnya telah berjaya membawa suatu asas penting kedalam penulisan sejarah pada masa kini serta kita juga boleh menjadikan karya kedua-dua tokoh ini sebagai rujukan bagi menilai evolusi penulisan sejarah sejagat. Sungguhpun begitu, terdapat sesetengah sejarawan yang agak pesimis serta skeptikal dalam menghargai sumbangan kedua-dua tokoh penting ini dalam mewujudkan asas-asas mengenai kaedah persejarahan serta jasa mereka dalam memantapkan sejarah sehingga hari ini. Oleh itu, esei ini secara kritis akan membuat suatu analisa tentang kaedah yang digunakan oleh Heroduts dan Thucydides serta membuat suatu kajian yang lebih tepat tentang kemampuan kedua-dua tokoh ini

didalam memantapkan penjelasan sejarah secara lebih terperinci dan semua analisa tentang isu sejarah ini akan dibincangkan pada halaman yang berikutnya.1

1

R. Suntharalingam, Pensejarahan Barat, Petaling Jaya: Penerbit Fajar Bakti Sdn Bhd. 1987 hlm 1

1

Kaedah yang digunakan Oleh Herodutus serta analisa yang boleh dibuat terhadap kaedah yang digunakan oleh Herodutus

Herodutus sememangnya boleh dianggap sebagai bapa sejarah dunia yang utama dan bagi melihat sumbangannya kita wajar melihat kepada kaedah yang digunalkan dalam memperelokkan lagi sejarah sejagat. Antara aspek yang boleh dilihat dalam soal kaedah yang digunakan oleh Herodutus ialah melalui matlamat beliau dalam penulisan sejarah.Matlamat dalam penulisan merupakan aspek utama yang menentukan sejauhmana karya sejarah itu boleh dimanggap sebagai karya sejarah yang sebenarnya.Dalam meneliti aspek ini, Herodutus telah menekankan tentang usaha-usaha untuk merakamkan kejadian silam agar tidak luput daripada ingatan manusia. Dalam hal ini, sebenarnya Herodutus telah cuba untuk merakamkan peristiwa sejarah yang berlaku pada zaman silam serta memastikan bahawa sejarah itu tidak akan luput dalam pemikiran umat manusia pada zaman selepasnya2. Hal ini memang merupakan suatu perkara yang tidak dapat dielakkan dalam membahaskan tentang sejarah kerana perkataan sejarah itu sendiri adalah suatu rakaman tentang perkara yang telah berlaku pada masa silam. Oleh itu, tidak hairanlah kita akan melihat karya-karya herodutus ini mempunyai matlamat sedemikian.
3

Misalnya, karya beliau iaitu Perang Parsi atau

Persian War yang mengisahkan tentang perjuangan rakyat Yunani bagi menentang Parsi yang telah menjajah rantau Yunani terutamanya Ionia yang dianggap menerima kesan buruk akibat daripada penjajahan tersebut dan Herodutus telah cuba merakamkannya melalui karyanya yang bertajuk Perang Parsi ini.hal ini juga turut mendedahkan kepada kita bahawa Herodutus telah mempunyai suatu kesedaran tentang sejarah lebih lama berbanding dengan kesedaran sejarah yang telah diutarakan oleh para sejarawan moden khususnya pada abad ke 19 dan ke 20 yang telah dipelopori oleh Ranke dan sejarawan selepas Ranke dan Herodutus

R. Suntaharalingam, Pensejarahan Barat, Petaling Jaya: Penerbitan Fajar Bakti.,1987.hlm 8 E.H Carr, Apakah Sejarah, terjemahan oleh Abdul Rahman Haji Ismail, Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka. 1988 hlm 8.
3

2

2

sedar bahawa sejarah seharusnya dirakamkan sebagai suatu panduan yang berguna untuk manusia yang akan datang agar tidak lagi melakukan perkara tersebut. Herodutus juga sebenarnya selain daripada penekanan kepada matlamat, beliau juga turut memekankan soal sumber dalam karya sejarah yang dihasilkan. Tetapi sebelum berbincang dengan lebih lanjut tentang kaedah sumber yang digunakan oleh herodutus ini adalah lebih wajar untuk kita tahu akan pengertian sumber itu sendiri. Sumber mengikut pandangan R. Suntharalinggam adalah keterangan atau bukti-bukti yang bersesuaian dengan sesuatu isu yang ingin diketahui kebenarannya.4Namun begitu dari aspek sejarah keterangan atau bukti yang dapat mengesahkan sesuatu peristiwa yang berlaku pada masa lampau.5 Oleh itu, dari segi ini, Herodotus telah menekankan kaedah sumber yang wajar bagi menjalankan penyelidikannya tentang Perang Parsi.Antaranya beliau telah menggunakan sumber-sumber lisan dalam menyelidik tentang Perang Parsi.dalam hal ini dan , beliau telah menemubual saksi-saksi yang berkaitan seperti tentera, paderi-paderi dan sebagainya yang dapat memeberikan beliau maklumat yang sesuai bagi melihat Perang Parsi itu secara kritis. Beliau sebenarnya telah cuba menemubual saksi-saksi yang boleh dipercayai bagi menerangkan tentang Perang Parsi itu secara lebih teliti lagi.Antara saksi yang ditemubual adalah Pericles dan hal ini sememangnya agak mudah untuk dilakukan kerana beliau sebagai salah seorang bangsawan Athens pada zaman tersebut semestinya mempunyai hubungan rapat dengan pemerintah Athens seperti Pericles tetapi juga dengan para jeneral Athens disamping para pegawai daripada Liga Delos yang terlibat bersama Athens bagi memerangi Parsi seperti Sparta, Marathon, Ionia dan sebagainya yang mempunyai pengalaman dalam peperangan tersebut iaitu Perang Parsi dan dari situ kita akan dapati beliau telah menggunakan sumber lisan sebagai sumber utama, 6 Tetapi sungguhpun begitu. Pada konteks pada zaman itu

5

R. Suntharalinggam, Pengenalan Kepada Sejarah.Kuala Lumpur: Marican and Sons (M) Sdn Bhd.1985 hlm 28 ibid 6 A,D Mamigliano. Study In Historiography. London: Weidenfeld and Nicholson Compony Ltd.1966 hlm 129-130

4

3

sumber lisan adalah sumber paling tepat dalam mengkaji sesuatu peristiwa sejarah kerana Herodutus menulis peristiwa yang boleh dianggap hampir sezaman dengan beliau dan banyak saksi yang masih hidup yang boleh dirujuk untuk mengetahui kisah sebenar disebalik perang itu.7 Tambahan pula, pada zaman itu budaya menulis bukanlah sesuatu yang popular pada masa itu dan beliau juga terpaksa menggunakan sumber ini kerana sumber lisanlah yang paling rapat bagi membicarakan tentang sejarah Perang Parsi yang ingin ditulisnya. Namun begitu, kita juga harus memahami bahawa sumber ini kadangkala mempunyai kelemahannya juga dan dalam sistem penulisan sejarah moden sumber lisan adalah sumber yang paling lemah bagi mendapatkan sesuatu peristiwa sejarah kerana ingatan seseorang manusia itu tentang sesuatu perkara kadangkala sukar untuk individu yang ditemubual itu mengingati sesuatu yang berada dalam ingatannya serta kadangkala kebenaran cerita itu boleh diragui kesahihannya.Malah, mungkin juga dalam sesetengah kes masalah bahasa yang sukar difahami telah menimbulkan masalah dari segi ketepatan maklumat yang

disampaikan.Namun begitu, dalam konteks Pensejarahan Herodutus yang telah dipeloporinya beliau jugalah yang sebenarnya memberi asas dalam soal sumber ini dari segi aspek sumber lisan itu sendiri.8 Selain itu, beliau juga telah memperlihatkan kaedah lawatan ketempat kejadian yang dikatakan tempat berlakunya perang itu dan ini dimaksudkan dengan kawasan pertempuran antara Athens dan Parsi.Dalam hal ini beliau telah mengembara ke beberapa buah negara dikawasan Meditranean itu seperti Syria, Mesir, Aegean dan beberapa buah negara lain.Hal ini beliau lakukan kerana bagi beliau dengan melakukan kunjungan ke kawasan pertempuran antara orang Yunani dan Parsi itu beliau akan dapat suatu gambaran yang sebenar tentang peperangan tersebut serta beliau dapat melihat dengan jelas tentang apa yang sebenarnya
7 8

ibid Muhamad Yusuf Ibrahim et.al. Sejarawan dan Pensejarahan,Ketokohan dan Karya. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.1988,hlm 38

4

berlaku semasa peperangan tersebut dan beliau juga dapat melihat akan suasana politik dan kebudayaan orang yang dilawati dinegara-negara tersebut 9 .Hal ini apabila dikaji secara mendalam sebenarnya mempunyai kaitan dengan sumber utama yang menjadi alat bagi Herodutus melihat sejarah Perang Parsi.Hal ini beerti, semasa beliau melakukan pengembaraan ke kawasan tersebut beliau pastinya telah melakukan temubual yang merupakan aspek utama dalam sumber lisan itu dan dari situlah kita lihat bagaimana kaedah sumber lisan dan kaedah kunjungan itu dimanfaatkan oleh beliau bagi memudahkan beliau untuk menulis sejarah Perang Parsi yang penting bagi negaranya iaitu negara kota Athens 10.

Kaedah yang digunakan oleh Thucydides dan analisis yang boleh dibuat tentangnya.
Thucydides yang merupakan sejarawan yunani purba yang dianggap telah mempamerkan asas asas kepada pensejarahan moden pada hari ini merupakan sejarawan yang lahir di thens A pada tahun sekitar 460-470sm dan beliau memulakan kerjaya sebagai seorang jeneral dalam kerajaan Athens pada kurun ke 424sm sewaktu umur beliau baru berusia 30tahun.Malangnya, beliau telah dibuang negeri oleh pihak Athens kerana gagal mempertahankan kubunya diAmphipolis dan beliau telah dibuang negeri selama 20tahun dan hanya kembali ke Athens apabila Athens berjaya dikalahkan oleh pihak Sparta pada tahun 404sm dan beliau meninggal dunia pada tahun 399sm di Thrace. Tetapi perbincangan kita bukanlah berkaitan dengan riwayat hidup beliau semata-mata tetapi pada bahagian ini kita haruslah lebih fokus kepada kaedah yang digunakan oleh beliau bagi menulis sejarah perang Peloponessia yang menjadi matlamat utama didalam penulisannya dan beliau sebenarnya telah mengharapkan agar sejarah peperangan ini tidak luput dan menjadi kenangan kepada generasi akan datang.11Hal ini juga beerti bahawa beliau telah berhasrat untuk menulis tentang sejarah peperangan itu
9

R.Suntharalinggam.Pensejarahan Barat, Kuala Lumpur:Penerbitan Fajar Bakti.1987.hlm 10 ibid 11 Muhamad Yusuf Ibrahim.et.al. Sejarah dan Sejarawan, Ketokohan dan Karya.Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.1988.hlm50-51.
10

5

sejak ianya bermula dan dalam masa sama kegagalannya d alam pertempuran Amphipolis sebenarnya memudahkan lagi hasratnya untuk merakamkan peristiwa ini dan hasil daripada perusahaannya diThrace iaitu perusahaan emas dan perak itu sudah cukup bagi kegunaannya dalam menampung penyelidikannya12 .Hal ini juga telah membuktikan bahawa beliau juga sudah mempunyai kesedaran sejarah dan penulisan beliau iaitu Perang Peloponessia merupakan salah satu bukti kesedaran Thucydides terhadap sejarah.13 Kaedah yang digunakan oleh Thucydides itu sebenarnya adalah hampir sama den gan yang telah dilakukan oleh Herodutus tetapi perbezaan antara kedua-dua tokoh ini adalah Thucydides sebenarnya telah menjadikan sejarah itu lebih kemas berbanding dengan Herodutus.Oleh kaedah yang telah dilakukan oleh Thucydides bagi menjalankan penulisa n sejarah itu adalah dengan melakukan pemerhatian keatas tempat-tempat pertempuran dalam perang Peloponessi itu dan beliau melakukannya semasa berada dalam buangan.Hal ini sememangnya amat menarik kerana beliau bukan sahaja mengunjungi kawasan yang berada dibawah kekuasaan Athens tetapi juga turut berada dalam pihak yang menganggotai Liga peloponessia yang diketuai oleh Sparta.Disamping itu, beliau juga telah melihat akan kepentingan mengikuti pertempuran itu bagi kedua-dua belah pihak dan ini adalah suatu bukti bahawa beliau telah menilai kedua-dua pihak bukan daripada suatu analogi sempit tetapi sebaliknya adil kepada kedua-dua pihak itu dan meninjau akan kedua-dua pihak adalah penting 14 .Thucydides juga tidak melihat kepada sentimen patriotisme atau kebangsaan Athens semata-mata tetapi adil kepada Athens dan juga anggota-anggota Liga

Peloponessiaa.Sesungguhnya kaedah yang telah digunakan ini adalah hampir sesuai dengan saranan Ranke agar secara ditulis secara adil tanpa melihat kepada pandangan sempit mana -

R.Suntharalingam, Pensejarahan Barat,Petaling Jaya: Penerbitan Fajar Bakti.1987.hlm 14 Ibid. 14 Ibid.hlm16
13

12

6

mana pihak semata mata. 15 Secara tidak langsung menjadi asas kepada pensejarahan pada zaman seterusnya khususnya zaman abad ke 19 yang menjadi titik tolak antara pensejarahan zaman tradisional dengan zaman moden. Selain itu, beliau juga menggunakan kaedah penilaian sumber yang diperolehinya.Dalam hal ini, Beliau dikatakan tidak mengambil semua sumber secara membabi buta samaada pidato, temubual dan sebagainya tetapi beliau telah membuat suatu kajian yang mendalam tentang sesuatu isu atau peristiwa yang diceritakan kepadanya. Hal ini beerti bahawa beliau sebenarnya telah cuba untuk memastikan hanya sumber-sumber yang sesuai sahaja yang boleh dimasukkan didalam karyanya16. Oleh sebab itu kita dapat lihat bahawa beliau telah mengkritik Herodutus yang dianggap sebagai logrophoi atau bapa pembohong kerana

memasukkan perkara-perkara yang tidak penting didalam karya sejarah yang ditulisnya khususnya yang berkaitan dengan unsur-unsur ajaib yang telah dimuatkan oleh Herodutus dan sejarawan Yunani Purba sebelumnya. 17 Hal ini kerana, bagi beliau sesuatu peristiwa sejarah itu haruslah sesuatu yang logik atau dalam bahasa mudahnya ialah dapat diakui kesahihannya.Hal ini beerti, beliau telah cuba memisahkan dirinya daripada penulisan sejarah dan kaedah penulisan sejarah Yunani purba yang lebih sesuai dianggap sebagai separa sejarah ataupun dengan lebih cermat lagi kita juga boleh menilainya sebagai karya kesusasteraan klasik Yunani.Kesannya, dari aspek ini adalah Thucydides telah melengkapkan dirinya

dengan membina gaya penulisannya sendiri tentang Perang Peloponessia yang menjadi tajuk kajian sejarahnya. Selain itu, kita juga akan menilai suatu lagi kaedah yang digunakan oleh Thucydides bagi membuat suatu penulisan sejarah tentang perang peloponessia iaitu beliau mengkaji daripada kacamata politik dan pemerintahan.Oleh itu kita lihat sebenarnya dapat lihat aspek ini dengan
J.B.Bury,The Ancient Greek Historians, New York:Dover Publications.1958.hlm 123 ibid 17 R.Suntharalingam,Pensejarahan Barat, Petaling Jaya:Penerbitan Fajar Bakti.1987.hlm16
16 15

7

melihat latar belakang beliau sebagai seorang bangsawan da juga seorang jeneral tentera dalam negara kota Athens.
18

Dari segi ini,beliau telah memperlihatkan ketajaman

penulisannya dengan melihat bahawa sejarah itu diselusuri daripada aspek politik dan pemerintahan.Antaranya beliau telah melihat bahawa perang peloponessia bukan sekadar berlaku disebabkan oleh takdir semata-mata tetapi beliau juga menekankan faktor-faktor yang membawa kearah peperangan antara negara kota Yunani yang pada mula nya bersatu hati semasa memerangi Parsi.Beliau mengatakan bahawa sikap agresif Athens dibawah pimpinan Pericles telah menyebabkan pergeseran antara negara kota, tetapi juga memberitahu bahawa kebanyakan negara kota Yunani berasa bimbang terhadap tindak tanduk Athens yang boleh menggancam kedaulatan negara-negara kota Yunani purba lantas mereka yang bersekutu dengan Sparta yang merupakan kuasa terkuat dalam Liga Peloponessia supaya memerangi Athens yang dianggap keterlaluan dan mengancam dari aspek kedaulatan dan perdagangan negara kota Yunani purba yang sedang rancak pada masa itu.19 Hal yang demikian telah membolehkan beliau untuk keluar daripada kepompong pensejarahan Yunani purba ala Herodutus dan membina suatu teknik pensejarahannya sendiri yang menitikberatkan sejarah politik dan pemerintahan.Tambahan pula,sebagai seorang ahli politik dan jeneral tentera pastinya beliau melihat peperangan ini daripada kaca mata seorang ahli politik dan juga melhat peperangan ini daripada sudut pemikiran seorang tentera berbanding Herodutus yang
20 merupakan orang awam dan bangsawan Athens pada zaman tersebut. Oleh sebab itulah

Thucydides telah melihat bahawa peperangan ini adalah tindakbalas yang dilakukan oleh negara-negara kota Yunani apabila mereka menyedari akan ancaman yang boleh menggugat kepentingan politik dan ekonomi mereka serta memanipulasikan Sparta sebagai antara negara

A.D.Mamigliano, Study in Historiography,London: Weidenfeld and Nicholson Compony Ltd.1966 hlm 131 JB.Bury, The Ancient Greek Historians, New York:Dover Publications.1958 hlm 141-143 20 ibid
19

18

8

kota yang kuat dan mampu menyaingi Athens dalam peperangan tersebut agar berperang dengan Athens.21

Sejauhmanakah kaedah yang digunakan oleh Herodutus dan Thucydides dapat memantapkan Sejarah.
Perbincangan kita pada bahagian esei ini adalah untuk memberikan tumpuan kepada sejauhmanakah kaedah yang digunakan oleh Herodutus dan Thucydides itu berjaya memantapkan sejarah secara keseluruhannya.Oleh itu, pada awal perbincangan, kita akan lihat apa itu pemantapan sejarah.Pemantapan Sejarah itu bermaksud bahawa sejarah telah diberikan suatu nafas baru dari berbagai aspek yang menjadi cakupan dalam ilmu sejarah seperti sumber dan kritikan, pengadilan moral ,penjelasan sejarah dan sebagainya.Selanjutnya perbincangan kita juga akan menilai juga pandangan sejarawan yang menyokong pandangan tentang kedua-dua tokoh ini dalam memantapkan sejarah pada zaman ini dan kita akan menjelaskannya dengan lebih lanjut pada bahagian lain esei ini. Sememangnya kita harus bersetuju bahawa Herodutus dan Thucydides telah berjaya memantapkaan sejarah.Antaranya ialah dengan membawa kepada penjelasan

sejarah.penjelasan sejarah bermaksud bahawa sebab musabab yang menyebabkan berlakunya sesuatu peristiwa dan ini telah diterangkan oleh E.H Carr yang mengatakan bahawa Kajian sejarah adalah kajian tentang sebab musabab dalam sejarah. 22 Oleh itu,secara keseluruhannya, Herodutus dan Thucydides telah berjaya memantapkan sejarah dengan menekankan peranan individu itu dalam menentukan sebab berlakunya

peperangan atau sesuatu peristiwa yang dianggap bersejarah.Sebagai contoh, Herodutus telah memaparkan melalui karyanya Histories iaitu Perang antara Parsi dan Yunani b ukan sahaja

Muhamad Yusuf Ibrahim.et.al.Sejarah dan Sejarawan,Ketokohan dan Karya, Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka,1988.hlm55. 22 E.H.Carr,Apakah Sejarah, terjemahan oleh Abdul Rahman Haji Ismai,Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka,1988.hlm 87

21

9

perang antara dua peradaban yang berteraskan demokrasi dibawah Athens dengan Parsi yang bersikap tirani atau kuku besi tetap beliau juga menekankan bahawa sikap raja Parsi yang angkuh dan kejam telah menyebabkan perluasan kuasa oleh Parsi ke Yunani dan Athens dan negara-negara kota Yunani berusaha untuk menghalang sikap kejam raja-raja Parsi yang memberikan kesan buruk kepada orang Yunani nanti.Sambil itu, Thucydides pula telah menekankan bahawa sikap Athens yang kejam dan campurtangan dalam h ehwal Potidea al dan Cocyra telah menyebabkan Sparta dan Corinth bertindak dengan memujuk anggotaanggota Liga Peloponessia agar memerangi Athens
23

.Dalam hal ini, mereka telah

menekankan bahawa tindak tanduk manusia adalah penyebab kepada peperangan tersebut.manusia sememangnya mempunyai perasaan untuk mendapatkan kuasa , kekayaan dan sebagainya dan sifat-sifat tersebut adalah lumrah dalam diri manusia serta individu yang terlibat telah bertindak atas cita-citanya. Seterusnya,membuat suatu tindakan yang selaras dengan cita-cita besar tersebut.Lantas menyebabkan sesuatu peristiwa penting sejarah berlaku.Sungguhpun kita wajar mengakui memang ada kelemahan kedua-dua tokoh ini dalam memantapkan sejarah tetapi melalui kedua-dua tokoh ini jugalah yang telah memulakan asasnya kerana sebelum ini telah wujud orang yang menulis tetapi ianya lebih berbentuk separa sejarah serta mitos dan tidak menjelaskan akan sebab musabab sesuatu peristiwa secara terperinci. melalui karya Herodutus dan Thucydides sahajalah yang memulakan soal sebab musabab dalam sejarah,Hal ini secara tidak langsung telah memantapkan sejarah.24 Selain itu, sejarah juga dimantapkan melalui penekanan kepada pengadilan moral dan Thucydides dan Herodutus telah memulakan asas penting kepada pengadilan mo dalam ral sejarah.Mereka telah memuatkannya dalam karya-karya mereka iaitu Perang Parsi dan perang Peloponessia.herodutus dalam karyanya telah mengecam raja-raja Parsi seperti Darius

R.Suntaralingam, Pengenalan Kepada Sejarah, Kuala Lumpur: Marican and Sons (M) Sdn Bhd.1885.hlm 5860. 24 ibid

23

10

i,Xerxes dan sebagainya sebagai kejam dan bersikap kuku besi serta mempunyai dasar memperhambakan penduduk Yunani khususnya di Ionia.Namun begitu, Herodutus juga turut mengktritik tindakan menghambakan penduduk yang dibebaskan oleh Athens itu sebagai kejam malah lebih kejam daripada penjajah Parsi yang menjajah itu sendiri.Dalam soal ini, Herodutus telah memperkenalkan satu bentuk pengadilan moral yang pertama bagi penulisan sejarah dan corak pengadilan moral itu telah menjadi rujukan kepada pensejarahan selepasnya khususnya pensejarahan Romawi yang cenderung mempengaruhi sejarawan Rom bagi menulis sejarah seperti Cicero,Livy dan sebagainya.25Begitu juga dengan Thucydides yang kelihatan juga membuat pengadilan moral dengan menyalahkan tindaktanduk Athens dan para pegawai khususnya para panglima perang telah menyebabkan revolusi di Cocyra yang telah membunuh ramai bangsawan sehingga beliau telah dituduh sebagai pengkhianat negara. 26 Hal ini menunjukkan kepada kita bahawa melalui kedua-dua tokoh ini, kita khususnya para sarjana dalam bidang pensejarahan telah dapat merungkai dengan jelas tentang apa dan mengapa serta bila pengadilan moral itu dijatuhkan terhadap sesuatu peristiwa atau tindakan tokoh dalam sejarah.melalui mereka jugalah kita telah melihat tentang cara cara pengadilan moral yang dialankan secara teratur lantas menyebabkan kita dapat melanjutkan lagi kaedah-kaedah pengadilan moral yang lebih baik lagi melalui asas yang dikemukakan oleh Herodutus dan Thucydides itu didalam karya-karya sejarah mereka.27 Selain itu, mereka iaitu Herodutus dan Thucydides juga sebenarnya telah memantapkan sejarah dari aspek penilaian sumber yang diterima oleh mereka daripada sumber-sumber yang digunakan seerti babad-babad, temubual para saksi,pidato-pidato dan sebagainya.Dalam soal ini mereka telah membawa kita kepada suatu bentuk penulisan sejarah yang menjadi panduan kepada para sarjana sejarah seterusnya.mereka telah membuat kritikan yang tidak

R.Suntharalinggam, Pensejarahan Barat, Petaling Jaya: Penerbitan Fajar Bakti, 1987.hlm 27 ibid 27 Ibid hlm29
26

25

11

pernah dilakukan oleh para penulis sejarah sebelum mereka yang lebih suka meletakkan dongeng atau mitos serta unsur-unsur ajaib28. Antaranya,Herodutus pula telah mengganggap bahawa dongeng bahawa kaum Neurian pada malam bulan mengambang akan menjadi Serigala telah ditolak oleh Herodutus kerana dianggap tidak logik sungguhpun saksi yang ditemui beliau di Scythia telah berkali-kali cuba meyakinkan beliau dengan bersumpah bagi menunujukan bahawa dia adalah benar.Penolakan itu juga sebagai bukti bahawa Herodutus cuba menolak dongeng serta sesuatu yang dianggap penipuan,tetapi juga cuba menjadikan penulisan sejarah itu objektif.Beliau juga menganggap mungkin juga penduduk Scythia telah bermusuhan dengan kaum Neurian dan cuba memenangkan diri mereka dengan mengatakan perkara tersebut dan menjadi dakyah penduduk Scythia bagi merosakkan nama baik musuh mereka iaitu kaum Neurian. 29 Namun begitu, ironinya Herodutus juga turut memasukkan unsur ajaib dalam penulisannya bahawa Raja Darius dari Parsi tidak dapat mengenalpasti petanda-petanda yang diberikan Tuhan yang memberikan alamat tentang kekalahan Parsi dalam perang diSalamis itu.Tetapi, kita tidak boleh menyalahkan Herodutus seratus peratus kerana ikatan penulisan separa sejarah serta berkonvesikan kesusasteraan masih lagi kuat mempengaruhi pemikiran rakyat Yunani dan beliau terpaksa menyesuaikan diri dengan keadaan semasa yang menyebabkan penulisan beliau dianggap mempunyai kelemahan yang ketara berbanding Thucydides. Bagi Thucydides, beliau juga telah meletakkan pemantapan sejarah dan beliau juga telah berjaya mengasingkan antara mitos dan fakta serta bejaya mengasingkan diri daripada unsur ghaib yang gagal dilakukan oleh Herodutus.Dalam hal ini, Thucydides telah memasukkan fakta-fakta yang dpercayai sahaja dan fakta yang dianggap tidak benar atau logrophoi itu tidak dimasukkan didalam penulisannya kerana baginya sejarah itu ditulis untuk menjadi panduan kepada orang lain agar tidak mengulangi kesilapan lalu dan beliau menulis sejarah
28 29

R.Suntharalinggam,Pensejarahan Barat,Petaling Jaya: Penerbitan Fajar Bakti.1987.hlm 59 Ibid

12

sezaman lebih mudah untuk menganalisis sumber kerana berlaku pada zamannya.dari segi ini, beliau telah memberikan asas kepada penulisan sejarah serta memberikan kita suatu asas bagi menganalisis sumber yang kita terima.Maksudnya ialah beliau telah sedaya upaya menganalisis sumber yang diperolehi itu dan cara yang beliau lakukan serta Herodutus lalukan telah menjadi suatu rujukan sesuai bagi menganalisis sumber oleh sejarawan moden pada zaman selepasnya khususnya pada zaman moden kini.30

Kesimpulan
Kesimpulan yang boleh diambil daripada perbincangan kita tentang kaedah pensejarahan yang digunakan oleh Herodutus dan Thucydides didalam penulisan sejarah ialah mereka telah mengmukakan kepada kita beberapa kaedah yang sememangnya telah menjadi contoh kepada para sejarawan pada masa ini seperti temubual,pemerhatian dan sebagainya.Selain itu, mereka juga telah berjaya memantapkan sejarah kerana mereka berdua telah mengemukakan suatu asas yang penting bagi penulisan sejarah sejagat seperti kritkan sumber, penjelasan sejarah,pengadilan moral dan sebagainya yang tidak pernah dilakukan oleh penulisan sejarah sebelumnya.Oleh itu, mereka telah mewujudkan pemantapan sejarah sehingga kini yang menjadikan sejarah itu suatu bidang ilmu yang penting kepada manusia keseluruhannya.

Muhamad Yusuf Ibrahim.et.al.Sejarah dan Sejarawan,Ketokohan dan Karya, Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka, 1988.hlm 61.

30

13

Bibliografi
A.D.Mamigliano, Study in Historiography,London: Weidenfeld and Nicholson Compony Ltd.1966. Abdul Rahman Haji Abdullah, Pengantar Ilmu Sejarah, Kuala Lumpur dan Pulau Pinang: Dewan Bahasa dan Pustaka dan Penerbitan Universiti Sains Malaysia.1988. E.H.Carr,Apakah Sejarah, terjemahan oleh Abdul Rahman Haji Ismail,Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka,1988 JB.Bury, The Ancient Greek Historians, New York:Dover Publications.1958 Muhamad Yusuf Ibrahim.et.al.Sejarah dan Sejarawan,ketokohan dan Karya, Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.1988 R.Suntharalingam, Pengenalan Kepada Sejarah, Kuala Lumpur: Marican and Sons (M) Sdn Bhd.1985 R.Suntharalinggam,Pensejarahan Barat,Petaling Jaya: Penerbitan Fajar Bakti.1988 Stephen Usher, The Historians of Greece and Rome, Okhlohoma: Okhlohoma University Press, 1985.

14

15

Sign up to vote on this title
UsefulNot useful