BENTUK MUKA BUMI DAN POTENSINYA DI KUBANG BEMBAN,PASIR MAS KELANTAN DAN PERBANDINGAN DENGAN NEGARA THAILAND

NAMA SHAZA SHAZWANA BINTI RUZIMAN TINGKATAN 1 KHAS 2 NAMA GURU EN. MARZAIDIN B. YACOOB TARIKH HANTAR 14 NOVEMBER 2010

KANDUNGAN • SEJARAH/LATAR BELAKANG • PENGHARGAAN • PENDAHULUAN • OBJEKTIF KAJIAN • KAWASAN KAJIAN • KAEDAH KAJIAN • DAPATAN KAJIAN • RUMUSAN • LAMPIRAN • RUJUKAN

Kerja kursus ini dapat saya laksanakan dengan sempurna dengan bantuan daripada beberapa pihak. Saya ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada pihak-pihak yang berikut : a)Umi dan Abah yang memberikan dorongan, sokongan dan bantuan kewangan untuk melaksanakan kajian dan laporan ini. b)Cikgu Marzaidin , Guru Geografi Tingkatan 1 Khas 2, Sekolah Menengah Sultan Ibrahim 1, Pasir Mas, Kelantan yang banyak memberikan tunjuk ajar, bimbingan kepada saya. c)Rakan-rakan sekelas menjalankan kajian ini. d)Pengetua Sekolah e)Orang-orang perseorangan yang kami temubual di kawasan kajian. yang banyak membantu semasa

LATAR BELAKANG PASIR MAS
Pasir Mas merupakan satu daripada 10 jajahan di Negeri Kelantan terletak di bahagian utara Negeri Kelantan, bersempadan dengan jajahan Tumpat di sebelah Utara, Tanah Merah di sebelah selatan, Sungai Kelantan dan jajahan Kota Bharu di sebelah Timur dan Jajahan Sungai Golok, Thailand di sebelah Barat. Mengikut sejarah kewujudan Pasir Mas, sebuah penempatan telah dibuka oleh Che Leh Ismail atau lebih dikenali sebagai Che Leh Tok Pendekar. Beliau telah dipaksa ke Pasir Mas setelah tanahnya di Kota Bharu diambil alih oleh Sultan bagi tujuan membina istana. Pada masa itu, terdapat seorang guru agama dari Bachok, datang untuk mengajar kelas keagamaan di Pasir Mas.

Guru agama itu kemudiannya pulang semula ke Bachok setelah selesai mengajar tetapi selang beberapa hari setelah kepulangan guru itu, secara tiba-tiba muncul 3 biji mangkuk emas dari dalam semak. Mangkuk ini kemudiannya berpusing membentuk pusar di sekitar semak dan secara tidak langsung, penduduk yang melihat kejadian itu menjerit ‘Mas! Mas!’. Perkataan pasir terbit kerana berdekatan penempatan yang terletak di tebing sungai Kelantan, terdapat beberapa longgokkan pasir sehingga membentuk padang yang luas. Pasir Mas adalah cantuman dari perkataan Pasir dan Mas

KAMPUNG KUBANG BEMBAN Kawasan kajian saya untuk Folio Geografi ini adalah Kampung Kubang Bemban yang terletak dalam Jajahan Pasir Mas.

Bagi memenuhi keperluan Sukatan Pelajaran Georgafi Tingkatan 1 diwajibkan menjalankan kerja amali di lapangan.Hal ini dilaksanakan melalui tema Kajian Geografi tempatan. Pelajar-pelajar diberi pilihan untuk membuat suatu kajian Saya telah memilih Bentuk Muka Bumi Kubang Bemban Serta Pengaruhnya Terhadap Kegiatan Manusia serta Perbandingan dengan Negara Thailand. Masa yang diberikan untuk menjalankan kerja kursus ini bermula 20 Oktober 2010 sehingga 14 November 2010.Setiap pelajar perlu menulis laporan lengkap tentang kajian yang telah dijalankan itu. Saya berasa bangga kerana dapat tinggal di persekitaran yang mana bentuk muka buminya unik, indah dan terkenal seperti Kampung Kubang Bemban ini.Saya berharap agar kajian dan laporan ini akan mendatangkan manfaat khususnya kepada saya dan kepada seluruh masyarakat di sini amnya.

Setelah kajian ini dijalankan, saya mendapati OBJEKTIF KAJIAN telah tercapai sebagaimana berikut;
a)

Dapat mengetahui jenis bentuk muka bumi dan ciri-cirinya di kawasan kajian

b) Dapat mengenalpasti perhubungan bentuk muka bumi dan kegiatan manusia di kawasan kajian c) Dapat mengkaji halangan bentuk muka bumi terhadap penduduk d) Dapat mengetahui kesan kegiatan manusia terhadap alam sekeliling
e)

Memupuk semangat patriotisme

Latar belakang Kawasan Kajian

Kawasan kajian yang menjadi pilihan saya ialah Kampung Kubang Bemban, Pasir Mas, Kelantan.Kampung ini terletak kira-kira 2 kilometer dari Bandar Pasir Mas.Selain itu juga, kampung ini merupakan tempat tinggal keluarga saya sejak 10 tahun yang lalu. Kampung ini sangat menarik kerana mempunyai pelbagai kemudahan yang setaraf dengan berada di kawasan Bandar.Ia dilengkapkan dengan kemudahan jalan raya,elektrik ,sekolah dan masjid yang selesa serta memudahkan penduduk untuk menggunakannya. Terdapat rumah berbentuk banglo,rumah teres dan rumah berciri kampung terletak di Kampung Kubang Bemban.

JENIS PETEMPATAN Kampung Kubang Bemban adalah sebuah kawasan petempatan yang padat penduduk yang terdiri daripada majoritinya berbangsa Melayu. Manakala kawasan kajian yang menjadi perbandingan adalah Negara Thailand. Mengapa

saya memilih Negara Thailand? Pemilihan Thailand dibuat kerana Negara tersebut terletak berjiran dengan Negeri Kelantan.Selain dihubungkan dengan jalan air dan darat ke Negara Thailand, bentuk buma bumi, iklim, kegiatan ekonomi penduduk menjadi faktor kepada saya memilih Negara Thailand.

PANDUAN KE PASIR MAS, KELANTAN JALAN DARAT

Dari Kuala Lumpur boleh dihubungkan melalui jalan raya Gua Musang - Kota Bharu - Pasir Mas Dari utara semenanjung (Kedah, Pulau Pinang, Perak dan Perlis boleh dihubungkan

melaui Jalan Raya Timur Barat (Grik) Kota Bharu - Pasir Mas Dari Kuala Terenganu dan Kuantan melalui jalan Kuala Terengganu - Kota Bharu - Pasir Mas Dari Thailand ke Pasir Mas melalui lebuhraya Rantau Panjang - Pasir Mas

JALAN UDARA

Melalui kapal terbang - Lapangan Terbang Sultan Ismail Petra, Pengkalan Chepa (menaiki teksi di lapangan terbang kemudian bas terus ke Pasir Mas melalui jalan Pengkalan Chepa - Kota Bahru - Salor - Pasir Mas dan jalan Pengkalan Chepa - Kota Bahru Pasir Pekan - Pasir Mas

JALAN KERETAPI
• •

Kuala Lumpur - Pasir Mas - Tumpat Singapura - Pasir Mas - Tumpat

PETA NEGERI KELANTAN

PETA NEGARA THAILAND

Untuk mendapatkan maklumat berkaitan dengan Kajian ini , saya menggunakan beberapa kaedah berikut;

i)KAEDAH PEMERHATIAN Kaedah pemerhatian adalah kaedah pengumpulan maklumat yang paling mudah dan cepat dilakukan.Maklumat yang hendak dikumpulkan dapat diperolehi dengan cara melihat dan mencatat perkara-perkara yang berkaitan dengan maklumat yang hendak dikumpulkan. ii)KAEDAH TEMUBUAL Kaedah temu bual adalah kaedah pengumpulan maklumat secara lisan dengan berjumpa dan bersoal jawab dengan seseorang. Biasanya kaedah ini sesuai untuk mengumpulkan data atau maklumat yang berkait dengan berita,pendapat atau nasihat. Orang yang ditemu bual akan dikemukakan berapa soalan yang berkaitan dengan maklumat yang hendak dikumpulkan.Saya berpendapat kaedah ini banyak membantu maklumat tentang kajian ini. iii)KAEDAH KEPUSTAKAAN Kaedah rujukan kepustakaan adalah kaedah pengumpulan maklumat yang dilakukan dengan merujuk pada bahan-bahan yang sudah diterbitkan Contohnya ialah maklumat dengan merujuk pada buku-buku, majalah, risalah, keratan akhbar laman web atau cakera padat.

iv) INTERNET Kaedah ini sangat berguna kerana telah membantu saya memperolehi peta Negeri Kelantan dan Thailand serta maklumat berkaitan Kampung Kajian.

a)

Hasil daripada kajian dan pemerhatian yang telah dijalankan,kami mendapati kawasan kampung Kubang Bemban adalah sebuah kawasan bertanah pamah. Kawasan Kubang Bemban yang memperlihatkan sebuah kawasan yang luas ,bertanah rata serta amat sesuai untuk pelbagai aktiviti ekonomi penduduk.Contohnya, sesuai sebagai pusat pentadbiran,ekonomi,pendidikan dan sebagainya. Namun demikian, ada juga sesetengah kawasan di Kampung Kubang Bemban mempunyai lembah yang sering dilanda banjir kilat. b)Manakala Negara Thailand juga mempunyai kawasan bertanah pamah yang juga bersesuaian untuk dibangunkan sebagai pusat pentadbiran dan pusat perniagaan. c)Selain daripada itu juga, pada masa ini kemudahan institusi pendidikan seperti Sekolah telah memberikan lagi kemajuan kepada Kampung Kubang Bemban.Terdapat sebuah sekolah harian yang terkenal di Kelantan ini iaitu Sekolah Menengah Kubang Bemban menempatkan pelajar-pelajar luarbandar terbaik sekitar Pasir Mas.

d)Pembinaan jalan raya yang semakin dinaik taraf oleh pihak Kerajaan Persekutuan dan Kerajaan Negeri telah membantu penduduk di Kampung ini menikmati keselesaan dan keselamatan semasa memandu. e)Kedudukan kampung Kubang Bemban yang strategik iaitu terletak berhampiran Bandar Pasir Mas memudahkan penduduk berulang alik ke Bandar.Selain itu juga Kampung ini merupakan jalan alternative ke Pengkalan Kubur. f)Sistem perparitan sentiasa perhatian oleh pihak Kerajaan. g)Penduduk Kampung ini juga bekalan air paip yang bersih. diberikan mendapat

h)Pada musim tengkujuh, Kampung Kubang Bemban juga mengalami banjir terutama kawasan-kawasan yang lembah serti berdekatan dengan sawah padi dan tali air.Bagaimanapun keadaan ini hanyalah seketika.

PERTANIAN PENDIDIKAN PERINDUSTRIAN

POTENSI BENTUK MUKA BUMI DI KG.KUBANG BEMBAN PASIR MAS.,KELANTAN

PERNIAGAAN PENGANGKUT

PETEMPATAN

Kegiatan ekonomi sesuatu kawasan itu bergantung kepada bentuk muka bumi kawasan berkenaan. Kampung Kubang Bemban yang mempunyai bentuk muka bumi pamah memudahkan penduduk menjalankan kegiatan seperti pertanian, berniaga, mengusahakan industri kecil dan sederhana,pertukangan dan sebagainya. Jika diperhatikan penduduk Kampung Kubang Bemban , ramai yang menjalankan aktiviti perniagaan seperti berniaga runcit,restoran , pertukangan dan sebagainya.Pelbagai juadah makanan dapat dinikmati ketika berada di kampung Kubang Bemban.Gerai-gerai yang dihiasi dengan persekitaran yang menarik minat pembeli untuk berbelanja.Selain harga yang berpatutan, penduduk Kubang Bemban terkenal dengan sifat peramah, tolong-menolong dan rajin bekerja. Kebanyakkan penduduk di Kampung Kubang Bemban memiliki tanah kediaman sendiri.Rumah-rumah penduduk di sini terdiri daripada banglo, rumah teres dan dimiliki oleh orang Melayu. Bentuk muka bumi di Negara Thailand juga memperngaruhi kegiatan ekonomi penduduknya. Dataran Bangkok terkenal sebagai sebuah kawasan tanah pamah yang menyumbangkan hasil pertanian kepada Negara berkenaan. Selain ,dilengkapkan dengan teknologi pertanian moden, iklim Negara Thailand yang sama dengan Malaysia menjadikan penduduknya menjadikan pertanian sumber pendapatan utama. Saya berasa berbangga sekali dapat tinggal di sebuah Negara yang bentuk muka buminya menarik , khususnya di Negeri Kelantan ini.Kegiatan ekonomi seperti perniagaan dan perdagangan berkembang dengan begitu pesat, kerana bentuk muka buminya yang luas dan rata.

Meskipun kadangkala Kampung Kubang Bemban dilimpahi dengan air , sebagaimana juga di Thailand tetapi tidak di tahap yang merbahaya kepada penduduk.Tabiat penduduk yang suka membuang sampah di merata tempat memudahkan banjir kilat berlaku.Sistem perparitan telah dibaik pulih oleh pihak Kerajaan menerusi Jabatan Pengairan dan Saliran dapat mengelakkan banjir kilat berlaku. Jumlah kenderaan yang banyak menggunakan jalan ini terutama ke Bandar telah mengakibatkan kerosakan teruk.Lorilori dengan muatan yang berat mengakibatkan cepatnya berlaku kerosakan jalanraya.Kadangkala berlaku kemalangan disebabkan jalanraya yang tidak dibaikpulih. Saya sangat bersyukur kerana menjadi sebahagian daripada penduduk Kubang Bemban,walaupun terdapat bencana banjir tetapi tidaklah membawa kemusnahan yang teruk.

Kesan negatif yang wujud akibat daripada kegiatan manusia di kawasan kajian perlu diselesaikan melalui langkah-langkah berikut :

Langkah yang pertama ialah mengadakan kempen –kempen untuk menanam nilai cinta kepada alam sekitar dalam jiwa penduduk di Kampung Kubang Bemban . Contohnya,kempen “Cintailah Alam Sekitar” untuk mengurangkan masalah pembuangan sampah dan sisa buangan industri. Usaha menanam tumbuhan penutup bumi juga perlu ada di tebing sungai untuk mengurangkan hakisan.Tumbuhan penutup bumi ini dapat mengurangkan kesan hakisan.Tumbuhan penutup bumi ini dapat megurangkan kesan hakisan dan mengelakkan kejadian tanah runtuh. Kerajaan Negara Thailand juga mengambil tindakan yang hampir sama dengan kawasan kajian iaitu dengan mengadakan kempen kesedaran di kalangan penduduknya. Akhirnya, saya berasa bangga dan berterima kasih kepada kerajaan yang telah berusaha memajukan melalui pembangunan mampan.Diharapkan Kampung Kubang

Bemban akan menjadi lokasi yang lebih kondusif lagi pada masa hadapan

KEPENTINGAN BENTUK MUKA BUMI PERNIAGAAN PEMBINAAN PETEMPATAN PERTUKANGAN PENDIDIKAN JUMLAH RESPONDEN

BILANGAN (ORANG) 6 4 3 4 3 20

Graf menunjukkan Kegiatan Penduduk di Kampung Kubang Bemban yang ditemubual berkaitan dengan keadaan muka bumi

Setelah menjalankan kajian ini,saya telah mengenali ciri-ciri bentuk muka bumi disekitar Kampung Kubang Bemban,Pasir Mas,Kelantan dengan lebih mendalam. Saya mendapati bentuk muka bumi iaitu tanah pamah dan sedikit lembah .Dengan kajian ini saya dapat mengenali pasti kesan-kesan kegiatan manusia, terutamanya penduduk di Kampung Kubang Bemban. Selain itu,saya juga dapat mengenalipasti langkah-langkah penyelasaian yang sepatutnya dijalankan kesan daripada kegiatan manusia. Pada pendapat saya,Kg.Kubang Bemban sangat berpotensi untuk dimajukan tetapi mestilah mengekalkan pegangannya di kalangan Orang Melayu kerana ini tanah rizab Melayu. Sepanjang penghasilan kajian ini, saya telah mempelajari banyak perkara seperti bekerjasama,bersyukur terhadap usaha kerajaan membangunkan kawasan sekitar kawasan ini. Semua cabaran telah saya hadapi dan akhirnya terhasillah sebuah folio

lengkap dan padat mengenai Bentuk Muka Bumi dan ciri-cirinya di Kg.Kubang Bemban,Pasir Mas, Kelantan dan Perbandingan Dengan Negara Thailand.
SURAT KEBENARAN UNTUK MELAWAT/MENEMURAMAH DAN MENDAPAT BAHAN SUMBER

Sekolah Menengah Sultan Ibrahim (1) 17000 Pasir Mas. Kelantan.

Tel : 09-790992 Rujukan kami: Tarikh:

Tuan, Kajian Geografi Tempatan (KGT) Perkara di atas adalah dirujuk. 2. Adalah ini dimaklumkan bahawa pelajar-pelajar sekolah ini sedang menjalankan projek Kajian Geografi Tempatan. 3.Kajian ini merupakan sebahagian daripada pengajaran dan pembelajaran mata pelajaran Geografi KBSM.Kajian ini melibatkan pelajar sekolah mengumpul maklumat dan mendapatkan maklumat tentang beberapa aspek geografi tempatan. 4.Sehubungan itu,pihak kami berbesar hati jika pihak tuan dapat member kerjasama kepada pelajar untuk mendapatkan maklumat yang diperlukan. 5.Kerjasama dan bantuan tuan didahului dengan ucapan terima kasih Sekian, “Berkhidmat Untuk Negara”

Surat Pengenalan Diri Pelajar

Sekolah Menengah Sultan Ibrahim (1) 17000 Pasir Mas. Kelantan. 790992 Tel:09Rujukan kami: Tarikh: KEPADA SESIAPA YANG BERKENAAN Tuan/Puan, Kajian Geografi Tempatan(KGT) Pembawa surat iniShaza Shazwana Bt Ruziman adalah seorang pelajar tingkatan 1 Khas 2 di Sekolah Menengah Kebangsaan Sultan Ibrahim (1) 17000 Pasir Mas.Pelajar ini sedang membuat kajian luar untuk memenuhi syarat kehendak Kementerian Pelajaran Malaysia bagi mata pelajaran Geografi KBSM. 2.Kerjasama dan bantuan tuan didahului dengan ucapan terima kasih. Sekian, “Berkhidmat Untuk Negara” Saya yang menurut perintah

........................................... ( Pengetua ) SMK SULTAN IBRAHIM (1) 17000 Pasir Mas Kelantan.

SURAT KEBENARAN IBU BAPA/PENIAGA Pengetua , Sek Men Keb Sultan Ibrahim (1) 17000 Pasir Mas Kelantan Tuan, Menjalankan Kajian Geografi Tempatan (KGT) Merujuk perkara di atas saya Ruziman B. Che Yacoob membenarkan anak jagaan saya Shaza Shazwana Bt. Ruziman pelajar dari 1 Khas 2 untuk menjalankan Kajian Geografi Tempatan bagi memenuhi Sukatan Pelajaran Geografi Tingkatan Tiga.

Tel: 09-790992

Sekian,Terima Kasih Yang Benar .............................. (

)