You are on page 1of 2

Oktober, 2010

WINDOWS 7
Untuk PC Anda

W
indows 7 secara rasminya telah dilancarkan pada 22 Oktober 2009. Windows 7
asalnya dikenali dengan nama Blackcomb dan kemudian Vienna ialah versi terkini
sistem pengendalian Microsoft Windows seelepas Windows Vista. Ramai yang
menganggap Windows 7 jauh lebih baik dari vista yang sentiasa dikritik sejak dari
pelancarannya. Malah ada yang menganggap Vista adalah produk Microsoft yang gagal di pasaran.
Berbeza dengan Windows Vista, Windows 7 lebih difokuskan untuk kegunaaan komputer
dengan paparan multi-sesentuh (multi-touch), perekaan semula Windows Shell dengan taskbar yang
baru, sistem jaringan rumah yang dipanggil HomeGroup, penambahbaikan dari segi kelajuan sistem
dan lebih mesra pengguna berbanding keluaran sebelumnya.
Windows 7 dikeluarkan dengan beberapa edisi kepada pengguna – Windows 7 Home Basic,
Windows 7 Home Premium, Windows 7 Professional, Windows 7 Enterprise dan Windows 7
Ultimate. Setiap versi mempunyai ciri-ciri dan kebolehan tertentu dan versi Home Premium,
Professional, Ultimate sahaja akan berada di pasaran umum. Selebihnya disasarkan kepada pengguna
korporat.

Keperluan Sistem
Pihak Microsoft telah menetapkan keperluan minimum sistem untuk pemasangan Windows 7 ke komputer anda
adalah seperti yang berikut:

Keperluan Minimum 32 Bit 64 Bit

Pemproses 1 GHz 32-bit 1 GHz 64-bit

Memori (RAM) 1 GB RAM 2 GB RAM

Storan (HDD) 16 GB ruang storan 20 GB ruang storan

Kad Grafik Menyokong grafik DirectX 9 dengan memori 128 MB (untuk tema Aero)

NUR ASMA BINTI A BAKAR


FASILITATOR SCHOOLNET SKPP
FUNGSI-FUNGSI BARU DALAM WINDOWS 7

1 Antaramuka pengguna (User Interface)


Windows 7 masih mengekalkan ciri utama antara muka pengguna dan stail visual
grafiknya iaitu Windows Aero seperti digunakan di dalam Windows Vista tetapi banyak
penambahbaikan telah dilakukan. Ciri yang ketara ialah grafik yang menarik di desktop
seperti kesan kaca.

Taskbar
2
Taskbar Windows telah ditambah ketinggian sebanyak 10 piksel dari Windows Vista. Ia
merupakan ciri terbaru pada Windows 7 yang menggunakan grafik ikon yang lebih besar.
Tetapi sekiranya anda sudah biasa dengan ikon yang lebih kecil, ciri-ciri taskbar Windows
Vista yang lebih kecil turut disediakan.
Butang Start Menu
3
Masih kelihatan sama dengan Windows Vista tetapi ditambah dengan ciri-ciri untuk
akses terus Windows Explorer Libraries. Pilihan untuk menu klasik telah dibuang pada versi
ini.

Senarai Lompat (Jump List)


4
Pilihan menu ini kini boleh didapati dengan klik kanan pada ikon di taskbar. Setiap ikon
yang berlainan mempunyai senarai lompatnya yang berlainan mengikut kegunaan aplikasi
tersebut.

Cakera Keras Maya (Virtual Hard Disks)


5
Windows 7 juga telah menyediakan fungsi tambahan Microsoft Virtual PC iaitu dengan
menambah fungsi Ruang Penyimpanan Maya (Virtual hard disks) yang boleh digunakan
atau dijadikan sebagai pemacu.

Aero Peek
6
Dalam versi Windows yang sebelumnya, taskbar diakhiri dengan notification ar-
ea disebelah kanan. Walaubagaimanapun, bahagian tersebut telah ditambahkan dengan
butang Aero Peek dimana apabila butang tersebut diklik atau disentuh oleh kursor, desk-
top dan gadget dipaparkan terus-menerus dengan menjadikan kesemua tertingkap yang
terbuka menjadi lutsinar.

Aero Peek memudahkan pengguna Jumplist aplikasi windows Media Player


melihat desktop mereka

NUR ASMA BINTI A BAKAR


FASILITATOR SCHOOLNET SKPP

You might also like