Sinopsis Tengku Mazran,Syafinaz, dan Syarifah Rozan dating menemui Azfa Hanani di sekolahnya.

Meraka memberitahu Azfa Hanani bahawa wajahnya seiras dengan Tengkuu Murni. Tengku Murni telah meninggal dunia empat bulan yang lalu kerana terlibat dalam kemalangan jalan raya. Tengku Murni dan isterinya, Syafinaz ternampak akan gambar Azfa Hanani semasa datang ke rumah kawan mereka, Syarifah Rozan. Tengku Mazran meminta Azfa Hanani menyamar sebagai adiknya, Tengku Murni. Sekiranya Azfa Hanani sanggup memenuhi permintaannya, kos erubatan anak pak long Azfa Hanani yang lumpuh akan ditangggung oleh Tengku Mazran. Azfa Hanani bersetuju untuk menerima tawaran itu. Di rumah Datin Maziah, Azfa Hanani mula berlakon sebagai Tengku Murni. Penyamarannya berhasil berkat tunjuk ajar daripada Tengku Mazran dan isterinya, Syafinaz. Azfa Hanani juga telah dihantar belajar di Sekolah Menengah Taman Sari. Di situ dia mengenali kawan-kawan Tengku Murni. Melalui diari Tengku Murni, Azfa hanani megetahui hubungan cinta antara Tengku Murni dengan Ekran telah ter[utus disebabkan oleh bantahan abang Tengku Murni, iaitu Tengku Muzaffar. Tengku Muzaffar mengakui bahawa dia menghalang perhubungan mereka kerana Ekran berasal daripada keluarga yang miskin. Azfa Hanani berasa terhina. Dia bertikam lidah dengan Tengku Muzaffar. Pertengkaran itu didengar oleh Datin Maziah. Datin Maziah amat marah apabila mengetahui Azfa Hanani menyamar sebagai Tengku Murni. Datin Maziah menampar Azfa Hanani dan menghalaunya dari rumah.

Sign up to vote on this title
UsefulNot useful