PENGENALAN Kepentingan membuat keputusan secara bersama telah mula diperkatakan dan sering dikaitkan dengan gaya kepimpinan

secara bersama (Schlechty, 1997). Memandangkan tugas dan tanggungjawab pengetua sangat berat, maka pengetua mungkin menghadapi kekangan masa dan kepakaran untuk membuat keputusan yang terbaik bagi melaksanakan aktiviti yang dirancang dan menyelesaikan masalah yang timbul di sekolah. Oleh itu, untuk

mengurangkan beban yang ditanggung oleh pengetua dan menghasilkan suatu keputusan yang berkesan, para guru wajar dilibatkan dalam proses membuat keputusan. Penglibatan guru-guru bukan sahaja dapat membantu meringankan beban pengetua, malah keputusan bersama yang diambil merupakan alternatif yang terbaik bagi memastikan pelaksanaannya mengikut apa yang dirancang. Kajian-kajian lepas sering mengaitkan pengurusan kolaboratif dengan variabel-variabel bersandar seperti keberkesanan sekolah, kemajuan sekolah, kepuasan kerja guru, morale guru, komitmen guru, motivasi guru, kualiti pengurusan, profesionalisme guru dan komunikasi. Dapatan-dapatan kajian telah menunjukkan pengurusan kolaboratif berkorelasi positif dengan variabel-variabel tersebut. Dalam kajian yang dibuat oleh Abdul Ghani Abdullah dan Tang Keow Ngang (2006), penulis jurnal ini ingin mengenal pasti amalan pengurusan budaya kolaboratif oleh pengurus pendidikan wanita (pengetua) dan pengaruhnya terhadap motivasi guru. Penemuan penulis berdasarkan kajian yang berbentuk kuantitatif deskriptif ini dilakukan secara tinjauan dengan menggunakan kaedah soal selidik. Instrumen yang digunakan diadaptasi oleh Ng Kam Meng (2002) daripada versi asal Gruenert dan Valentine (1998). Instrumen ini terdiri daripada 35 item dengan skala Likert 5 mata. Pemboleh ubah motivasi pula telah diukur dengan menggunakan instrumen terjemahan Herzberg, Mauser dan Synderman (1959) oleh Che Noh (1995). Semua data yang diperoleh dianalisis dengan menggunakan unit analisis peringkat sekolah. Min, sisihan piawai, korelasi pearson dan hierarchical regression digunakan untuk menganalisis data Dengan melakukan tinjauan terhadap 73 buah sekolah me nengah harian biasa yang di Pulau Pinang dan Kedah, data deskriptif telah dapat dihasilkan seperti berikut:1. Amalan pengurusan budaya kolaboratif oleh pengurus pendidikan wanita (pengetua) diamalkan, tetapi fokusnya lebih tertumpu kepada menjana dan mengekalkan dimensi kolaboratif guru dan kepimpinan sahaja 2. Wujud perhubungan yang signifikan antara budaya kolaboratif dengan motivasi guru 3. Hubungan budaya pengurusan kolaboratif kejelekitan dan keperluan bersatu mempunyai pengaruh terhadap motivasi guru.

Keraguan ini memberi kesan terhadap kepercayaan dan kerjasama yang diberikan. Menyuburkan amalan pedagogi guru-guru (Gable 2004). Meningkatkan motivasi kerja guru (Johnson 2003). Keupayaan mereka menjalankan tugas kepimpinan di sekolah mungkin diragui oleh guru-guru bawahan. sebaliknya perlu berlandaskan kriteria seperti kemampuan. Cheng 1993. . pengetua wanita juga berhadapan dengan cabaran peribadi. Meningkatkan keakraban hubungan yang seterusnya menyebabkan guru mengalami kepuasan bekerja yang tinggi dan meningkatkan produktiviti (Cheng 1993). kekananan. Kesan yang sangat besar terhadap fungsi dan keberkesanan sekolah (Beare. terutama guru-guru lelaki. pemilihan pengetua tidak hanya berdasarkan jantina. Justeru. Di dalam kajian ini. Caldwell & Milikin 1989.APLIKASI PENGETAHUAN Penulis mendapati cabaran pengurus pendidikan pada akhir-akhir ini adalah lebih bertambah rumit. iaitu sebagai pengetua di sekolah dan menghadapi tugas dan tanggungjawab mengurus rumah tangga (Langer & Boris-Schacter 2003). nilai dan prestasi kerja warga organisasi (sekolah). Senario yang wujud dalam profesion perguruan di Malaysia masa kini adalah bilangan guru wanita dan pengetua wanita telah melebihi jumlah guru lelaki dan pengetua lelaki. Di samping itu. Kuasa yang hebat dalam membentuk dan menterjemah corak pemikiran dan tindakan warga organisasi (Barth 2002). Harapan masyarakat dan tuntutan tanggungjawab pengetua semakin meningkat dan pengurus harus menggerakkan pengamalan budaya cemerlang dalam pengurusan agar berlaku perubahan dari segi sikap. Sebagai pengetua wanita di sesebuah sekolah selalunya menghadapi dualisma dalam bebanan tugas. pengalaman dan tahap keilmuan (Harvey & Donaldson 2003). Sergiovanni 1984). iaitu espektasi masyarakat terhadap pemimpin wanita yang sentiasa dikaitkan dengan sifat penyayang (Langer & Boris-Schacter 2003). penulis juga menyentuh tentang dapatan kajian yang diperolehi daripada penyelidik luar yang mana sekolah yang mengamalkan budaya kolaboratif menunjukkan ciri-ciri seperti berikut: Ciri sebuah organisasi yang sihat.

Oleh itu ini akan meningkatkan motivasi guru apabila mereka melihat pemimpin atau ketua mereka mengamalkan pengurusan kolaboratif. melibatkan staf dalam membuat keputusan dan percaya terhadap guru serta dilibatkan dalam perancangan sekolah. Kurang memberi penekanan dalam membina budaya kolaboratif antara guruguru. Oleh itu. menyatakan bahawa tingkah laku kepimpinan sekolah yang menghala kepada gaya kerja kolaboratif mempengaruhi kesan positif dengan motivasi guru. Ada hubungan antara kepimpinan dengan guru dan staf. guru sepatutnya didedahkan dengan budaya sekolah yang positif dan kolaboratif supaya dapat menjalankan tugas dengan cemerlang dan motivasi yang tinggi (Wan Mohd Zahid . Ishak (1993) dan Noor Hashimah (2000). Manakala Che Asiah (1998). Anilisis Kolerasi: Wujudnya perhubungan yang signifikan. Daripada sorotan literatur yang dibuat oleh penulis. menghargai idea guru. tetapi fokusnya lebih tertumpu kepada menjana dan mengekalkan dimensi kolaboratif guru dan kepimpinan sahaja. Schein 1992).Membantu sekolah menghadapi cabaran dan kesulitan secara bersama (Deal & Kennedy 1982. Dapatan Deskriptif pengkaji: Pengurusan budaya kolaboratif memang diamalkan oleh pengurus wanita. Selari dengan dapatan kajian lepas seperti Che Asiah (1998). . kukuh dan positif antara pengurusan budaya kolaboratif guru dengan motivasi guru.1994). pemantauan dan perbincangan. ibubapa dan pelajar. Dapatan Kajian: 1. dapat dirumuskan bahawa guru adalah tunjang dan pelaksana yang paling utama menjayakan reformasi pendidikan pembangunan sumber manusia dan Falsafah Pendidikan Kebangsaan. 2.

3. Dapatan Regresi: Pengurusan budaya kolaboratif kejelekitan berterusan dan keperluan bersatu mempunyai pengaruh terhadap motivasi guru. Amalan budaya pengurusan kolaboratif masih lagi baru dan kurang diterapkan oleh pemimpin di sekolah. Manakala kurang memberi penumpuan dalam soal Pengajaran dan pembelajaran. Namun dapat juga dinyatakan disini ada sekolah yang dipimpin oleh pengetua wanita yang mengamalkan budaya kolaboratif menunjukkan prestasi yang cemerlang dan mempunyai kakitangan bermotivasi tinggi. Iaitu lebih mementingkan masalah disiplin guru-guru dan kepatuhan kepada arahan serta undang-undang penjawat awam. Kakitangan dan guru dibawah pimpinan sebegini dapat melaksanakan tugas masing-masing tanpa mengharapkan ganjaran ekstrinsik tetapi atas kesedaran sendiri. Ini bermakna kolaboratif guru lebih mantap apabila tahap motivasi guru tinggi. PEMERHATIAN AMALAN Dalam amalan sebenar disekolah. Keadaan ini ternyata menyebabkan budaya kolaborasi dan motivasi guru-guru di sekolah beliau kurang peningkatannya. Keadaan akan bertambah baik bila budaya kolaboratif diamalkan dan mengh asilkan iklim pengajaran dan pembelajaran yang baik di sekolah. pemantauan di kelas dan tidak mengajar subjek beliau. Dapatan Kajian Luar oleh Norhannan Ramli dan Jamaliah Abdul Hamid melalui jurnal kajian mereka bertajuk Gaya Kepimpinan Pengetua Wanita dan Hubungannya dengan Tahap Motivasi Guru Sekolah Menengah Tahun 2006 mendapati ada hubungan signifikan terhadap budaya kerja pengurus atau pengetua wanita terhadap tahap motivasi guru di sekolah. Mereka mendapati pengurus wanita menumpukan hampir 85% kerja-kerja pengurusan di sekolah berdasarkan struktur tugas semata-mata. Ini kerana beliau tidak hanya menumpukan kepada struktur tugas tetapi juga aspek lain yang lebih penting seperti motivasi guru dan penyeliaan pengajaran. . Tetapi pengaruh tersebut berbeza berdasarkan tahap motivasi guru. Masih banyak pengetua di sekolah sama ada wanita atau lelaki masih mengamalkan pentadbiran transactional. ada kajian yang pernah dilakukan berkaitan budaya pengurusan kolaboratif oleh pengetua wanita. Pengetua seperti ini mempunyai ciri-ciri kepimpinan yang bersifat tramsformasional. Keadaan ini jika berterusan boleh menyebabkan budaya kolaboratif dan iklim pengajaran dan pembelajaran yang sihat di skeolah akan terabai dan berkurangan.

fokusnya lebih kepada kolaboratif antara guru dan kepimpinan sahaja.KESIMPULAN Berdasarkan dapatan kajian ini ianya memberikan gambaran bahawa:  Pengurus wanita mengamalkan budaya kolaboratif di sekolah tetapi. .  Wujudnya hubungan yang signifikan dan kukuh antara pengurusan kolaboratif dengan motivasi guru.  Pengurusan kolaboratif lebih bermakna sekiranya tahap motivasi guru tinggi.

Tingkah laku kepimpinan pengetua dan kesannya terhadap motivasi guru: Satu kajian kes.W. Wawasan pendidikan : Agenda pengisian. Colombia. Montana: University of Missouri-Columbia. Wan Mohd Zahid Wan Mohd Noordin. Journal of Educational Leadership 41 (5): 4-13. Tesis Sarjana. Schlechty. The school culture survey. S. 1998. Bhd. Hubungan antara gaya kepimpinan pengetua dengan tahap motivasi guru berasrama penuh di Wilayah Persekutuan. . Sintok Gruenert. C. T. 1994. Inventing better schools action plan for educational reform. & Valentine. Fakulti Pendidikan. Bangi Che Noh Muda.J. P. Sergiovanni. Tesis Sarjana Pendidikan. Universiti Kebangsaan Malaysia. 1998. Kuala Lumpur: Cahaya Pantai Publishing (M) Sdn.RUJUKAN Che Asiah Che Mohamed. (1997). 1995. San Francisco: Bass Publishers. Universiti Utara Malaysia. 1984. J. Leadership and excellence in schooling.

Sign up to vote on this title
UsefulNot useful