----------------------------------------------------------------------------------------------------------Soalan Sistem demokrasi berparlimen menjadi amalan Malaysia sejak 1952 tahun yang lalu.

Fenomena ini telah mewujudkan kerajaan campuran.Bagaimanakah keadaaan ini boleh berlaku dan apakah implikasi keatas senario hubungan etnik negara masai kini.Bincangkan Pengenalan Kewujudan masyarakat majmuk di Malaysia bermula ketika era

keagungan kerajaan Kesultanan Melayu Melaka yang ketika itu sudah menjadi tempat interaksi di kalangan pedagang luar seperti India, Cina dan Arab. Ketika itu kehadiran masyarakat pedagang luar bukan untuk menjadi rakyat tetap, sebaliknya mereka datang semata-mata untuk menjalankan aktiviti perniagaan.Selain itu, konsep negara masa itu bergantung sepenuhnya kepada kewujudan `raja' iaitu rakyat hanya memberikan ketaatan sepenuhnya kepada raja yang bertanggungjawab menjamin keselamatan rakyat yang berada dan tinggal di wilayah atau empayarnya. Keadaan berbeza berlaku apabila penjajah British mula membawa konsep pemerintahan dan pentadbiran moden dalam kerangka konsep negara moden. Konsep negara bangsa dalam dunia moden hari ini menetapkan bahawa sesebuah negara itu bukan saja mesti memiliki ‘territoriality’ malah perlu memiliki ciri lain seperti kedaulatan, pemerintahan, perlembagaan, simbol kesatuan seperti lagu kebangsaan dan bendera, perasaan patriotisme, perpaduan serta memiliki satu ideologi dan sebagainya. Semua elemen itu dianggap sebagai ciri penting bagi penyatuan dan perpaduan rakyat sesebuah negara moden. Salah satu dasar dicipta British ketika menjajah kita ialah dasar membawa masuk kaum asing dari tanah besar India dan China ke Tanah Melayu untuk bekerja dalam sektor perladangan (India) dan perlombongan timah (Cina). Dasar dan proses kemasukan kaum asing ini dimulakan sejak pertengahan abad ke-19 dan ia berlanjutan sehingga dekad 1930-an. Dasar kemasukan imigran asing bertujuan memajukan sektor perlombongan dan perladangan demi kepentingan penjajah British, dan pada 1.

----------------------------------------------------------------------------------------------------------masa sama British menjalankan dasar ‘pecah dan perintah’ bukan saja dalam konteks politik, malah dalam konteks ekonomi dan sosial dengan mencipta pengasingan ekonomi antara kaum. 1 Kerajaan campuran keadaaan ini boleh berlaku Jika diimbas kembali sejarah negara, usaha untuk mencapai perpaduan kaum di Malaysia dapat dikesan menerusi penubuhan Jawatankuasa Hubungan Antara Kaum (CLC) pada 1949. Penubuhan jawatankuasa ini selari kehendak British iaitu mesti wujud satu kerjasama kaum sebelum kemerdekaan diserahkan kepada rakyat negara ini. CLC ditubuhkan di Pulau Pinang yang dianggotai dua kaum utama iaitu Melayu (Umno) dan Cina (MCA) dan ia bolehlah dianggap sebagai permulaan kepada kerjasama kaum, khususnya dalam konteks kerjasama politik. Perlembagaan Malayan Union dikatakan pelaksanaan Malayan Union pada April 1946 di Tanah Melayu telah menyemarakkan semangat nasionalisme penduduk tempatan khususnya orang-orang Melayu.

Rajah 1:Logo Parti perikatan Mereka merasakan adat dan tradisi tercabar, Malayan Union secara drastik menukarkan taraf negeri-negeri Melayu daripada negeri-negeri naungan British kepada jajahan langsung British, menghapuskan hak istimewa orang Melayu sebagai bumiputera dengan memperkenalkan konsep kerakyatan 'jus soli' iaitu kewarganegaraan diberikan kepada semua orang asing yang dilahirkan
1

Barbara Watson , Sejarah Malaysia, Macmillan Publisher, Petaling Jaya, 1983, Hlm 67

2.

----------------------------------------------------------------------------------------------------------di tanah Melayu serta mereka yang berumur 18 tahun ke atas daan telah bermastautin selama 10 daripada 15 tahun sebelum 15 Februari 1942, serta menghapuskan kedaulatan raja-raja Melayu. Orang-orang Melayu terasa terancam berikutaan sewenag-wenangnya orang bukan Melayu khususnya Cina dan India menjaadi rakyat di negara ini. Keadaan ini menimbulkan kegusaran orang Melayu kehilangan kuasa politik dan tergugat institussi tradisional. Hal ini telah menimbulkan tentangan yang dipimpin oleh pegawai-pegawai daan golongan bangsawan Melayu seperti Dato Onn Jaafar. Mereka terasa terhina dengan sikap pihak British yang angkuh bertindak sesuka hati dalam meengemukakan pembaharuan. Bantahan bertambah hebat berikutan peranan akhbaar Melayu seperti Utusan Melayu, Majlis dan Warta Negara mengkritik dan menghebah keburukan Malayan Union. Keadaan ini disemarkkan lagi oleh galakan daripada ppegawai British yang telah bersara mereka seperti terhadap Frank cara Swettanham, George Maxwell daan Winstedt melalui penulisan mereka diakhbar-akhbar British menyatakan kekesalan ketidakadilan British membuat pembaharuan perlembagaan. 2 Ketika ini Kongres ini belum mempunyai sebaarang rancangan

kemasyarakatan daan ekonomi yang tertentu sebaliknyaa hanya mahu memulih kembali kedaulatan raja-raja Melayu dan hak-haak orang Melayu sebagai bumiputera. Ia juga telah mengistiharkan bahawa perjanjian Mac Michael itu tidak sah kerana tiada persetujuan dan perbincaangan pembesar Melayu dan rakyat jelata. Melalui Kongres ini Pertubuhaan Kebangsaan Bersatu (UMNO) ditubuhkan pada 11 Mei 1946 bagi memelihara kepentingan orang Melayu, dimana Dato Onn Jaafar sebagai Presiden utama dan pertama. Keengganan penerimaan Malayan Union ini diburukkan lagi apabila kaum Cina dan India turut mengkritik sesetengah bahagian gagasan itu. Bantahan-bantahan orang Melayu menjadi begitu memuncak menjelang Mei 1946, akhirnya British terpaksa akur
2

Lofti Ismail, Sejarah Malaysia 1400-11963, Petaling Jaya, Penerbit Fajar Bakti, 1978, Hlm 248

3.

----------------------------------------------------------------------------------------------------------bagi mengseimbangkan berlakunya aktiviti komunis dan pelampau Melayu yang mahukaan penyatuan politik dengan Indonesia. Mereke sedar bahawa sejauhmana sekali pun sokongan orang Cina dan India terhadap gagasan ini masih tidak dapat menandingi kehebatan bantahan orang Melayu. Akhirnya satu perundngan perubahan perlembagaan dilakukan yang kemudiannya melahirkan Persekutun Tanah Melayu pada taahun 1948. Ternyata Malayan Union adalah satu peristiwa yang mempunyai rahmat yang tersembunyi. Dimana buat pertama kali umat Melayu bangun menentang British melalui penyatuan. Dasar rejim penjajah ketika itu tidak mementingkan perpaduan dan integrasi pelbagai kaum. Namun begitu selepas berlakunya pembentukan Persekutuan Tanah Melayu (1948) yang kemudiannya diikuti kemerdekaan Tanah Melayu (1957) serta disusuli pula dengan pembentukan Malaysia (1963) meletakkan kedudukan dan taraf kaum lain setanding dengan kaum Melayu dari segi kewarganegaraan dan hak sebagai rakyat dilindungi oleh perlembagaan negara. Pada masa sama, kaum bukan Bumiputera menerima dan mengiktiraf beberapa hak istimewa orang Melayu sebagai satu ‘kontrak sosial’ yang dipersetujui bersama dengan sebahagian daripadanya termaktub di dalam perlembagaan negara. Elemen perpaduan penting untuk memenuhi impian pembangunan dan kemajuan negara seperti yang dirangka akan dapat dilaksanakan dengan lancar dan berkesan. Namun pada awal pasca kemerdekaan, integrasi dan perpaduan nasional belum begitu kukuh di kalangan rakyat berbilang kaum sehingga tercetusnya peristiwa 13 Mei 1969. Kejadian mendukacitakan ini menyedarkan tampuk kepemimpinan negara betapa pentingnya integrasi dan perpaduan nasional dijadikan wawasan dan matlamat negara. Jika dikaji hakikat sejarah tanah air, kemelut perkauman khususnya di antara Cina dan Melayu boleh dikatakan bermula ketika dan selepas zaman pendudukan Jepun (1941 - 1945), disusuli peristiwa darurat (1948 -1960). Idea awal tentang bangsa dan negara bermula apabila penjajah British memperkenalkan Malayan Union pada tahun 1946. Orang Melayu telah bangun menentang gagasan ini kerana Malayan Union merupakan satu tindakan politik 4.

----------------------------------------------------------------------------------------------------------penjajah British yang boleh membinasakan bangsa Melayu. Malayan Union bukan sahaja melenyapkan kekuasaan Raja-Raja Melayu, agama Islam, dan adat resam Melayu, malah pemberian kerakyatan secara jus soli kepada orang bukan Melayu adalah dianggap sebagai satu percubaan nekad menghapuskan hak dan kepentingan, serta masa depan orang Melayu.Pada tahun 1946 orang Melayu masih belum dapat melupakan penderitaan semasa di bawah pemerintahan Jepun, serta peristiwa keganasan Bintang Tiga yang ditaja oleh Parti Komunis Malaya. Pemerintahan zalim selama 14 han di sesetengah tempat oleh Bintang Tiga menjadi satu pengajaran bagi orang Melayu. Oleh itu, orang Melayu pada masa itu tetap mempertahankan haknya dan tidak mahu berkongsi negeri dengan kaum pendatang. Di Semenanjung Tanah Melayu, orang Melayu telah bangun menentang Malayan Union bukan sahaja kerana tidak bersetuju dari segi kandungan perlembagaannya, tetapi juga membantah tentang cara Harold MacMichael memperdayakan Raja-Raja Melayu untuk bersetuju melaksanakan Malayan Union. Dalam keadaan yang terdesak dan tertekan, Raja-Raja Melayu tidak menyedari kesan buruk Malayan Union yang boleh menghapuskan kuasa dan kedaulatan baginda semua. Oleh itu, orang Melayu bangkit mempertahankan Raja-Raja Melayu, iaitu satu-satunya lambang maruah bangsa.Asas pemikiran dan perjuangan untuk mewujudkan satu bangsa dan sebuah negara yang bermaruah dan berdaulat telah dicetuskan oleh seorang pejuang agung negara iahu Dato' Onn bin Jaafar. Beliau telah mengetuai bangsa Melayu menentang pentadbiran Malayan Union yang hendak diperkenalkan oleh penjajah British. Beliau telah berjaya membangkitkan kesedaran di kalangan orang Melayu tentang maruah, identiti, kebudayaan dan peradaban bangsa Melayu. Dato' Onn telah menghadap dan menggesa Raja-Raja Melayu supaya memulaukan upacara perlantikan Edward Gent sebagai Gabenor Malayan Union. Pengaruh beliau yang bertambah kuat dengan sokongan padu daripada orang Melayu telah menimbulkan rasa takut dan bimbang di kalangan pihak British sekiranya Dato' Onn akan terus berjuang menuntut kemerdekaan. Malah beberapa orang bekas pegawai tinggi penjajah British yang pernah berkhidmat di 5.

----------------------------------------------------------------------------------------------------------Tanah Melayu juga turut menyuarakan bantahan mereka terhadap dasar Malayan Union itu yang diisifatkannya tidak akan membawa perubahan.3 Secara tidak sedar, kini Tanah Melayu bukan sahaja milik eksekutif orang melayu tetapi milik bersama kaum-kaum lain. Hal ini di tentang oleh PKKM yang dahulunya menyertai UMNO, atas perbezaan prinsip perjuangan PKKM atau Parti Kebangsaan Melayu ditubuhkan pada Oktober 1945, diasaskan oleh nasionaalis-nasionalis Melayu yang berjiwaa Melayu dengan cogankata 'membela hak keadilan putera Melayu' bertujuan untuk memerdekkan bangsa dan taanah air. Ia juga bermatlamat menyatukan bangsa Melayu dan menyerapkan semangat kebangsaan Melayu ke dalam jiwa orang Melayu seluruhnya melalui gabungan kemerdekaan bersama Indonesia yang dikenali sebagai Republik Indonesia Raya.Melalui gagasan Melayan Union ,juga mendaulatkan bahasa.Selepas itu satu usaha ke arah kerjasama kaum yang lebih terarah wujud menerusi penubuhan Persidangan Kebangsaan (Februari 1953) oleh Sir Malcolm MacDonald. Tujuannya adalah untuk mencapai kerjasama politik bagi mengendurkan masalah perkauman di Tanah Melayu. Tunku Abdul Rahman kemudian menganjurkan konvensyen kebangsaan yang disertai pelbagai parti politik yang akhirnya menjadi asas kepada penubuhan Parti Perikatan. Pada pilihan raya Majlis Perundangan Persekutuan pada 27 Julai 1955, Parti kaum Perikatan melalui menang 51 daripada Dalam 52 kerusi yang membolehkannya membentuk Kabinet pelbagai kaum. Ia menjadi titik awal perpaduan politik kompromi. usaha mencapai kemerdekaan, Datuk Onn Jaafar memikirkan keperluan kerjasama dan rundingan di antara pemimpin pelbagai kaum ke arah berkerajaan sendiri. Idea ‘Sistem Ahli’ dikemukakan kepada British, ketika itu Sir Henry Gurney adalah Pesuruhjaya Tinggi Persekutuan Tanah Melayu. Sistem yang menyerupai
3

Firdaus Abdullah, Radical Malay Politics:It's Origin And Early Develompent, Pelanduk Publicaation, Petaling

Jaya, 1985, Hlm 77

6.

----------------------------------------------------------------------------------------------------------Kabinet bayangan ini dilaksanakan pada 1951 adalah selaras hasrat British untuk menjalankan dasar ‘dekolonisasi’. Ia di anggap sebagai asas ke arah proses perpaduan kaum kerana ahlinya terdiri daripada pelbagai kaum. Implikasi keatas senario hubungan etnik negara Perpaduan dan integrasi nasional dalam skop penyatuan wilayah dan masyarakat Malaysia yang lebih besar dibuat melalui pembentukan gagasan Malaysia (1963). Gagasan Malaysia adalah konsep integrasi dan penyatuan wilayah serta menyatukan masyarakatnya dalam konteks bangsa Malaysia baru dengan pada awal cadangan penubuhannya ia ditentang Borneo (Sabah dan Sarawak). Tentangan ini akhirnya dapat diselesaikan melalui penubuhan Suruhanjaya Cobbold. Singapura yang pada awalnya bersama dalam gagasan Malaysia akhirnya keluar dari Malaysia (1965) atas beberapa isu tertentu termasuk soal perkauman. Peristiwa itu adalah cabaran awal dalam membentuk integrasi dan perpaduan di kalangan negeri yang menyertai pembentukan Malaysia pada 1963. 13 Mei 1969 adalah titik hitam dalam sejarah perhubungan kaum di negara ini. Ia tercetus akibat meluasnya isu perkauman. Tindakan segera pemimpin pelbagai kaum menyelesaikan kemelut ini dengan penuh bijaksana dan berwawasan, merintis ke arah ‘kejuruteraan sosial’ yang akhirnya membawa kepada hubungan kaum yang lebih sihat dan dinamik dalam kerangka dasar, wawasan integrasi dan perpaduan yang lebih fokus. Arkitek (pemimpin) perpaduan negara berjaya melaksana ‘revolusi integrasi’ yang memberikan impak cukup positif terhadap kestabilan politik dan kemakmuran ekonomi negara. Peristiwa hitam menyebabkan negara diletakkan di bawah pengawalan Majlis Gerakan Negara (Mageran) dipengerusikan Tun Abdul Razak Hussein. Menerusi Mageran, langkah konkrit bagi membentuk asas perhubungan kaum yang berkesan mula difikirkan secara serius. Malaysia merupakan sebuah negara yang berbilang kaum (Plural society). Ia wujud hasil impak daripada zaman penjajahan colonial British yang melakukan campur tangan dalam struktur sosiopolitik masyarakat Melayu tradisi. Di samping itu masyarakat 7.

----------------------------------------------------------------------------------------------------------khususnya dari Tanah Besar China dan India yang menjadi sumber buruh kepada pihak Inggeris untuk mengerjakan kegiatan perlombongan biji timah dan pengeluaran getah di Tanah Melayu.( Mansor Ms.Noor 2005,Hlm 170) Mengikut pandangan J.S.Furnivall (1948) konsep masyarakat majmuk merujuk kepada masyarakat yang dicirikan dengan perpecahan tetapi dalam masyarakat majmuk perbezaan yang wujud dari segi ras dan etnik itu selari dengan perbezaan ekonomi sehingga ketegangan dan ketidakstabilan lebih mudah tergugatKesan yang paling ketara ialah penggunaan Bahasa Melayu adalah sebagai bahasa pengantar di sekolah-sekolah. Ia dianggap parti radikal kerana berani mengkritik British serta sentiasa membakar semangat kebangsaan orang. Melayu. Perbezaan prinsip perjuangan PKKM iaitu penentangannya didasarkan atas kepentingan rakyat jelata dan demi membela maruah dan kedudukan mereka bukanlah didasarkan untuk membela kedudukan kaum fuedal. Manakala UMNO pula yang ditubuhkan pada 11 Mei merupakan gabungan pertubuhan Melayu hanya pada tahun 1948 baru wujud sebagai unit politik dan dipimpin oleh golongan brpendidikan Inggeris seperti Dato Onn Jaffar. Pada awalnya ia bukanlah sebuah parti politik untuk menuntut kemerdekaan tetapi sekadar membuat beberapa program pendidikan, ekonomi dan kebajikan daan kepentingan orang Melayu. Selain itu telah wujud jugaa API (Angkatan Pemuda Insaf) dan Angkatan Wanita Sedar (AWAS). Masing-masing dipimpin oleh Ahmad Boestamam dan Shamsiah Fakeh. Ia menyediakan kekuatan sebagai pejuang barisan hadapan untuk negara. Disamping itu memberikan latihan dalam bidang politik kepada pemuda Melayu supaya boleh mempimpin dalam apa jua keadaan. Ia melaungkan slogan 'merdeka dengan darah' melalui ucapan Boestamam; 'kemerdekaan tidak boleh dicapai melalui saaliva atau rayuaan, ia harus diperjuangkan dengan menumpahkan darah'

8.

----------------------------------------------------------------------------------------------------------Sikap radikal ini menyebabkan ia diharamkan oleh British pada Julai 1947, manakala PKKM pada darurat 1948. Jelas disini UMNO yang sanggup mengikut telunjuk British terus kekal berbanding yang radikal. Penubuhan UMNO, PKKM, API dan sebagainya menunjukkan wujud politik perkauman yang mementingkan orang Melayu.

Rajah 2:Logo Parti UMNO Manakala kaum Cina dan India yang dulunya mementingkan perjuangan berkiblatkan negeri msing-masing. Penentangan orang Melayu ini telah memberikan kesedaran kepada kedua-dua kaum ini untuk menubuhkan parti politik bagi menjaga kepentingan kaum mereka di tanah Melayu. Kerjasama MCA dengan British diperlihatkan melalui usaha memindahkan setinggan Cina dipinggir hutan ke kampung-kampung baru. Kaum India pula menubuhkan MIC, Kongres India Semalaya pada Ogos 1946. Peringkat awalnya merupakan persatuan kelas pertengahan India dan dianggotai oleh ahli profesional berpendidikan Inggeris yang mempunyai kepentingan sendiri. Parti ini secara sedar menyertai AMCJA kerana beranggapan ini akan menguatkan partinya yang ketika itu lemah.Dalam masa darurat MIC telah beralih semula menjadikan parti perkaumaan semata-mata. Jelas disini parti yang tertubuh selepas perang adalah berbentuk perkauman, dimana masing-masing menentang demi kepentingn kaum mereka. Keadaan ini menampakkan perubahan apabila UMNO pimpuinan Dato Onn Jaafar menggalakkan kerjasama yang lebih rapat di antara orang Melayu dan bukan Melayu bagi menuntut kemerdekaan daripada British tetapi ramai ahli UMNO berpendapat sekiranya ini berlaku UMNO tidak lagi 9.

3

----------------------------------------------------------------------------------------------------------memperjuangkan hak-hak orang Melayu semata-mata. Pada 27 Ogos, Dato Onn dengan rasmi letak jawatan dan diikuti oleh kebanyakan anggota jawatakuasa mereka ini menubuhkan parti politik yang baru iaitu parti Kemerdekaan Tanah Melayu (IMP). Ia boleh dianggap sebuah parti politik yaang tidak bersifat perkauman, ditubuhkan pada tahun 1951. Ia muncul dari kegagalan Dato Onn untuk melebarkan asas UMNO supaya semua kaum dapat diterima menjadi anggota iaitu membuka keahliannya kepada semua rakyat persekutuan Tanah Melayu, rakyat British dan penduduk semenanjung Tanah Melayu yang telah tinggal selama lebih daripada 10 tahun. Tetapi disebabkan ketika itu politik perkauman masih menebal dikalangan penduduk tanah Melayu, maka parti ini tidak mendapat sambutan yang menggalakkan. Akhirnay, mereka menubuhkan parti negara yang bersifat perkauman Melayu. Jelas disini parti yang bersifaat percampuran kaum tidak berjaya menambat hati penduduk kerana pada umumnya ketika itu kepentingan perkauman jelas menguasai suasana politik. Wujud juga parti yang bersifat ideologi seperti Parti Islam Setanah Melayu (PAS). Parti ini beridealogikan kepada agama Islam. Matlamatnya pula ialah penubuhan sebuah negara yang berdasarkan peraturan. Parti ini kebanyakannya dianggotai oleh pemimpin agama dikampung-kampung dan guru-guru agama. Para pemimpin parti ini telah menuduh UMNO sebagai bersifat Malaya daan bukan bersifat Melayu. Namun parti ini pada keseluruhannya tidak mendapat sokongan yang menyeluruh daripada penduduk kerana ia terbatas kepada orang Islam sahaja.Menurut Wilson(1967 :23) menjelaskan walaupun dalam konteks masalah social negara, masalah atau aspek hubungan antara suku etnik adalah kurang penting jika dibandingka dengan masalah atau aspek hubungan antara etnik. Tambahan pula, perbezaan antara suku etnik dalam tiap kumpulan etnik utama ini akan diketepikan bilamana kumpulan ini berhadapan antara satu sama lain dalam isu atau masalah yang bersangkut paut dengan kepentingan mereka. (M.Kntayya 1984).Nilai perpaduan di kalangan masyarakat pelbagai kaum harus dipertahankan agar ia dapat mengekalkan keharmonian kaum. Kemajuan dan kemakmuran sesebuah negara sangat terikat dengan kestabilan politik dan 10.

----------------------------------------------------------------------------------------------------------pengurusan sumber manusia dan aslinya. Malahan kekuatan Malaysia terletak kepada kemampuannya membina mekanisme mengurus masyarakat pelbagai budaya yang lebih bersifat divisive dari penyatuan.Walaupun begitu, permuafakatan dan kerjasama adalah berbeza mengikut budaya sesuatu kaum. Proses pembudayaan bermula dari institusi kekeluargaan yang mana nilai budaya dan norma sesuatu komuniti atau masyarakat diterapkan kepada ahli keluarga oleh ketua keluarga dan ibu yang telah melalui proses pembelajaran dan pembudayaan dari ibu bapa mereka. 4 Kesimpulan Ketika inilah Majlis Perundingan Negara (MPN) di tubuhkan sebagai penasihat kepada Mageran mengenai perhubungan kaum dan ia menjadi mekanisme penting dalam mencipta formula mujarab bagi menyelesaikan masalah perkauman. Di antara formulanya yang berkesan ialah kelahiran Dasar Ekonomi Baru (DEB) yang diterima dan dipersetujui semua pucuk pimpinan pelbagai kaum di negara ini. DEB bermatlamat mencapai perpaduan dan integrasi nasional menerusi pelaksanaan ‘serampang dua mata’ iaitu pengagihan dan perkongsian ekonomi secara pembasmian kemiskinan di kalangan rakyat Malaysia tanpa mengira kaum. Selain DEB, satu lagi formula berkesan yang dicipta MPN ialah Rukun Negara sebagai ideologi nasional yang meletakkan negara ke arah matlamat jelas dan terarah dalam membentuk perpaduan dan integrasi nasional. Dalam bidang politik pula, lahir gabungan permuafakatan politik pelbagai kaum lebih kukuh dan terarah iaitu Barisan Nasional (BN) yang sebelum itu dikenali sebagai Parti Perikatan. Kini seelpas hampir 50 tahun kemerdekaan, kita terus menikmati pembangunan dan kestabilan politik hasil daripada wujudnya perpaduan nasional yang kukuh dan dinamis. Integrasi dan

4

Ahmad Bustamam,merintis jalan kepuncak, Penerbitan Pustaka Kejora, Kuala Lumpur, 1972, Hlm 121

11.

----------------------------------------------------------------------------------------------------------perpaduan di kalangan rakyat benar-benar menjadi ramuan dan tunjang utama kepada pembentukan negara yang kukuh dan bersatu padu.

CARTA LAMBANG PARTI POLITIK TAHUN 1937-2008

12.

-----------------------------------------------------------------------------------------------------------

Rujukan 13.

-----------------------------------------------------------------------------------------------------------

1. Barbara Watson Andaya Dan Leonard Andaya, Sejarah Malaysia, Macmillan Publisher, Petaling Jaya, 1983, Hlm 298 2. Firdaus Abdullah, Radical Malay Politics:It's Origin And Early Develompent, Pelanduk Publicaation, Petaling Jaya, 1985, Hlm 77 3. K J Ratmaan, Faham Perkauman Dan Proses Politik Di Malaya, Universiti Malaya, Kuala Lumpur, 1969, Hlm 171 4. Lofti Ismail, Sejarah Malaysia 1400-11963, Petaling Jaya, Penerbit Fajar Bakti, 1978, Hlm 248 5. Ramlah Adam, Dato Onn Jaaafar Pengasas Kemerdekaan, Dewan Bahasa Dan Pustaka, Kementerian Pendidikan Malaysia, Kuaala Lumpur, 1993, Hlm 82 6. Simandjuntak, Federalisme Tanah Melayu 1945-1963:Satu Kaajian Mengenai Masalah-Masalah Persekutuan Di Dalam Sebuah Masyarakat Majmuk. Penerbit Fajar Bakti, Petaling Jaya, 1985, Hlm 70

14.

Sign up to vote on this title
UsefulNot useful