1

1.0 PENGENALAN

Sesungguhnya mencegah itu lebih baik daripada mengubat.Menutup jalan maksiat itu lebih baik daripada merawat penyakit yang timbul akibat daripada gejala maksiat yang berlaku. Firman Allah dalam Surah Al-Israa¶ ayat 32 yang bermaksud: ³Dan janganlah kamu mendekati zina, sesungguhnya zina itu adalah suatu perbuatan yang keji dan suatu jalan yang buruk´. Sebelum ini kita sering memperkatakan permasalahan tentang seks bebas, pergaulan bebas, minum arak, penagihan dadah, bohsia, bohjan, mat rempit, sumbang mahram, rogol, pencabulan, penderaan anak-anak, keganasan rumahtangga, dan pelbagai lagi permasalahan masyarakat. Kini, kita dikejutkan pula dengan permasalahan pembuangan bayi yang semakin berleluasa sehingga melangkaui daripada norma-norma kemanusiaan yang tidak dapat diterima akal oleh masyarakat Malaysia yang terkenal dengan nilai-nilai ketimuran dan ajaran Islam yang menjadi pegangan. Bagi tugasan kursus Kemahiran Penulisan pada semester ini, penulis telah diminta untuk menyiapkan satu kertas kerja yang berkaitan dengan isu-isu semasa yang berlaku di negara ini.Sehubungan dengan itu, penulis telah memilih tajuk yang sesuai dengan kehendak tugasan ini iaitu ³ Pembuangan Bayi Dalam Kalangan Remaja Di Malaysia ´. Seperti telah sedia maklum, masalah pembuangan bayi dalam kalangan remaja di Malaysia semakin serius dan membimbangkan.Penularan masalah pembuangan bayi ini menimbulkan pelbagai persoalan kepada masyarakat, adakah remaja di Malaysia sudah bersedia untuk menjadi pewaris kepada kepimpinan yang sedia ada sekarang? Dalam kajian ini, penulis akan mengenalpasti faktor-faktor yang menyebabkan berlakunya pembuangan bayi dalam kalangan remaja di Malaysia. Selain itu, kajian ini juga akan melihat kesan-kesan buruk permasalahan ini kepada semua pihak iaitu, individu, masyarakat dan negara. Akhir sekali, kajian ini akan cuba mencari jalan terbaik dan relevan untuk mengatasi masalah pembuangan bayi dalam kalangan remaja ini. Semua aspek ini dipilih oleh penulis kerana masih ramai yang tidak tahu akan permasalahan pembuangan bayi dalam kalangan remaja. Tambahan

Selain itu. Secara eroninya. Masalah pembuangan bayi dalam kalangan remaja ini merupakan satu natijah buruk yang terhasil akibat daripada pelbagai masalah masyarakat yang melanda pada masa kini. selari dengan tajuk yang dipilih. sumber internet dan sebagainya. isu ini merupakan salah satu isu yang mendapat liputan menyeluruh daripada pihak media dan sering dibincangkan secara meluas oleh semua pihak yang prihatin akan masalah ini. Kaedah resensi perpustakaan merupakan satu kaedah yang merangkumi penyelidikan yang dilakukan berdasarkan pencarian di perpustakaan dan pusat sumber sama ada dalam bentuk data serta bahan sekunder atau primer seperti buku. . remaja merupakan golongan yang banyak terlibat dengan masalah ini.Bagi mengatasi masalah ini.Sehubungan dengan itu. Kajian yang akandijalankan oleh penulis hanya menggunakan kaedah resensi perpustakaan sahaja.2 pula. Justeru itu. mikrofilem. jurnal. dan langkah-langkah untuk mengatasi masalah pembuangan bayi dalam kalangan remaja di Malaysia.cara yang sewajarnya bagi menangani permasalahan buang bayi adalah membenteras segala punca yang menjadi sebab kepada permasalahan ini. video. penulis akan memberi tumpuan kepada golongan remaja sahaja. penulis akan cuba untuk mencari jalan penyelesaian yang terbaik untuk menangani permasalahan ini yang jelas bertentangan nilai-nilai yang ada dalam Islam khasnya dan norma-norma kemanusiaan sejagat amnya. filem. artikel. kajian juga semestinya akan memberi penekanan yang khusus kepada faktor-faktor. kesan-kesan. Kajian ini hanya akan melihat permasalahan pembuangan bayi dalam kalangan remaja di Malaysia sahaja.

3 2. 3. kajian ini akanmencari langkah-langkah terbaik dan relevan untuk mengatasi masalah pembuangan bayi dalam kalangan remaja ini.Selain itu. kajian juga semestinyamemberi penekanan yang khusus kepada faktor-faktor. kesan-kesan. dan langkah-langkah untuk mengatasi masalah pembuangan bayi dalam kalangan remaja di Malaysia.0 TUJUAN KAJIAN Kajian ini dijalankan bertujuan untuk mengenalpasti faktor-faktor yang menyebabkan berlakunya pembuangan bayi dalam kalangan remaja di Malaysia. masyarakat dan negara. remaja merupakan golongan yang banyak terlibat dengan masalah ini. . individu. Tambahan pula. Semua aspek ini dipilih kerana masih ramai yang tidak tahu akan permasalahan pembuangan bayi dalam kalangan remaja.Sehubungan dengan itu. kajian juga akan melihat kesan-kesan negatif permasalahan ini kepada semua pihak iaitu. Akhir sekali. isu ini merupakan salah satu isu yang mendapat liputan menyeluruh daripada pihak media dan sering dibincangkan secara meluas oleh semua pihak yang prihatin akan masalah ini. penulis telah memberi tumpuan yang penuh kepada golongan remaja sahaja. Selain itu.Secara eroninya.0 SKOP KAJIAN Kajian ini hanya melihat permasalahan pembuangan bayi dalam kalangan remaja di Malaysia sahaja. selari dengan tajuk yang dipilih.

di tepi longkang. Kaedah resensi perpustakaan merupakan satu kaedah yang merangkumi penyelidikan yang dilakukan berdasarkan pencarian di perpustakaan dan pusat sumber sama ada dalam bentuk data serta bahan sekunder atau primer. 5. Kaedah resensi perpustakaan meliputi bahan. filem. terdapat pelbagai laporan tentang pembuangan bayi di merata-rata tempat seperti di dalam tandas. Isu pembuangan bayi yang tidak pernah berkesudahan sejak beberapa tahun kebelakangan ini boleh dianggap sebagai wabak atau bencana kepada negara. sumber internet dan sebagainya.Apakah tidak ada lagi nilai kemanusiaan di dalam diri mereka yang tidak bertanggungjawab ini? . mereka telah lupa dengan perkembangan sosial di negara ini. malah dibakar.Mereka yang melakukan perkara ini merupakan individu yang tidak ada maruah diri dan tidak bertamadun. artikel. dan sebagainya. video.Pembuangan bayi yang semakin hari semakin banyak dilaporkan di dada akhbar dan paling menyayat hati terdapat bayi yang tidak berdosa bukan saja dibuang.0 KAEDAH KAJIAN Kajian yang telah dijalankan hanya menggunakan kaedah resensi perpustakaan sahaja.4 4. mikrofilem. Namun.1 Pendahuluan Pada era moden yang serba mencabar ini.Golongan yang tidak bertanggungjawab ini membuang bayi secara membuta tuli sahaja tanpa ada sifat dan perasaan berperikemanusiaan. di sebalik kemodenan ini. jurnal. Malaysia dengan bangganya menuju ke satu tahap yang lebih kompetitif bertunjangkan sains dan teknologi.0 HASIL KAJIAN 5.Saban hari.bahan seperti buku.

Mereka yang membuang bayi ini biasanya mereka yang sudah terlanjur melakukan seks bebas. ambil yang jernih ´. ³ buang yang keruh.Persepsi seperti ini sedikit sebanyak boleh melunturkan keyakinan dan kewibawaan remaja untuk terus berbakti kepada negara.Mereka ini tidak sepatutnya dicemuh dan dikeji. terdapat juga ahli masyarakat yang hanya menuding jari terhadap golongan remaja apabila berlakunya pembuangan bayi. Selain itu.dicemuh dan dicaci oleh masyarakat setempat tentang perlakuan mereka. . nescaya kes-kes pembuangan bayi akan berkurangan. remaja merupakan pencetus berlakunya pembuangan bayi kerana remaja sering kali mengamalkan pergaulan bebas. Masalah yang begitu serius ini telah membuka mata penulis untuk turut sama membantu bagi menyelesaikan isu yang kian bertambah parah ini. Pepatah melayu ada menyebut. penulis telah mengenalpasti kesan-kesan daripada masalah pembuangan bayi dalam kalangan remaja di Malaysia.Pada pandangan mereka. Pada pandangan penulis.Mereka sanggup membuang bayi dengan harapan mereka diberi peluang untuk menjalani kehidupan yang baru dan semestinya bagi mengelakkan daripada diejek.Masyarakat perlu menukar persepsi mereka supaya remaja seperti ini tidak terus hanyut dibawa arus pemodenan.Lebih teruk lagi. Sekiranya masyarakat ambil tahu tentang kesan masalah pembuangan bayi ini. masyarakat menganggap remaja yang suka mengamalkan pergaulan bebas ini sebagai sampah masyarakat dan tidak berguna untuk negara. ia dilihat bukan satu langkah yang bijak kerana pegawai tersebut juga rakyat biasa yang mungkin juga mempunyai bayi dan keluarga. Datuk Seri Sharizat Abdul Jalil untuk mengatasi masalah pembuangan bayi dalam kalangan remaja ini. Penulis ingin berkongsi satu artikel dengan pembaca yang dipetik daripada tulisan Abdul Halim Abdullah (2010) iaitu mengenai cadangan Menteri Pembangunan Wanita. Selain itu. satu kajian telah dibuat oleh penulis untuk mencari faktor-faktor yang menyebabkan berlakunya masalah pembuangan bayi di Malaysia terutama sekali melibatkan golongan remaja. dalam kajian ini juga.5 Sehubungan dengan itu. sebaliknya diberi bantuan dan sokongan moral dalam mengharungi kehidupan yang serba mencabar ini. Beliau telah mengarahkan semua pegawai Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) bersedia 24 jam untuk memberikan bantuan dalam usaha menangani kes pembuangan bayi yang berleluasa akhir-akhir ini. Keluarga dan Masyarakat.

mereka sudah hilang nilai kemanusiaan kerana mereka hidup bertuhankan nafsu.Sehubungan dengan itu.Binatang mungkin membunuh anak mereka ketika dilahirkan. perbuatan membunuh anak mengatasi nilai hidup kebinatangan. tak hendak seribu dalih ´. masalah pembuangan bayi dapat ditangkis sekiranya wujud kesedaran dan rasa tanggungjawab dalam diri setiap individu. Bak kata bidalan. . tetapi mereka akan menjadi lebih teruk daripada binatang jika hidup bertunjangkan nafsu´.Menurut pandangan Amran Kasimin (1945).Tetapi bagi manusia.Sesungguhnya.6 Secara realitinya. ³ hendak seribu daya. penulis telah berjaya memperolehi banyak langkah untuk mengurangkan masalah pembuangan bayi ini daripada berlaku. tetapi kebanyakannya atas faktor survival (dijadikan makanan). ³kedudukan manusia boleh menjadi lebih mulia daripada malaikat jika akal mereka boleh menundukkan nafsu.

perkataan buang bermaksud mencampakkan. menghapuskan.2 Penemuan Hasil Kajian 5.2.1. dan menghilangkan.7 5.2.1 Definisi 5. melemparkan.1. pengguguran dan pembuangan bayi membawa maksud penamatan proses kehamilan sebelum cukup bulan (sembilan bulan untuk manusia) yang mengakibatkan kemusnahan janin. Selain itu.Definisi yang ditakrifkan dalam kamus Dewan ini menjurus ke arah menerangkan makna pembuangan bayi yang lebih jelas.Perkataan bayi bermaksud anak kecil yang baru dilahirkan oleh si ibu.1 Definisi dari Laman Sesawang Menurut pandangan Anitayahya (2007). halaman 208.Pandangan yang diberikan oleh saudari Anitayahya ini membuktikan bahawa pembuangan bayi ini merupakan satu jenayah yang boleh dianggap sebagai jenayah berat dan teruk. definisi dari saudari Anitayahya turut memaparkan kesan negatif kepada ibu sekiranya proses kelahiran dalam melahirkan anak tidak mengikut kaedah yang betul.Manakala.2. .Maksud yang diberikan ini mampu memberi lebih kefahaman kepada pembaca untuk mengetahui lebih mendalam tentang masalah pembuangan bayi ini. 5.2 Definisi dari Kamus Mengikut Kamus Dewan Edisi 4. makna pembuangan bayi pula adalah perbuatan mencampakkan atau menghapuskan anak kecil yang tidak berdosa ke merata-rata tempat tanpa ada sifat berperikemanusiaan.

8 5. Kini.Hal ini telah menyebabkan remaja perempuan mengandung sebelum ada ikatan yang sah.Sikap negatif mereka ini telah menimbulkan seribu tanda tanya kepada masyarakat tentang kewibawaan mereka dalam memacu Malaysia ke arah pemodenan pada masa hadapan. Malaysia merupakan sebuah negara yang pesat membangun dan bersedia dalam menongkah arus pemodenan dan globalisasi.1 Kurang Didikan dan Kefahaman Agama Faktor utama berlakunya permasalahan ini ialah kurangnya didikan dan kefahaman agama.Kekurangan didikan agama yang merupakan panduan dan pedoman hidup remaja telah menyebabkan mereka hilang haluan dalam kehidupan dan seterusnya terlibat dalam gejala-gejala negatif seperti pergaulan bebas dan sebagainya.Remaja yang melibatkan diri dalam gejala pergaulan bebas antara lelaki dan perempuan sudah semestinya menjalinkan hubungan di luar tabii.3 Faktor-faktor yang menyebabkan berlakunya pembuangan bayi dalam kalangan remaja di Malaysia.3. apakah faktor-faktor pencetus utama yang menyebabkan berlakunya pembuangan bayi dalam kalangan remaja di Malaysia? 5. nama Malaysia begitu terkenal di mata dunia. Namun begitu. . iaitu masalah pembuangan bayi. remaja yang hilang pegangan agama tidak teragak-agak untuk membuang dan meninggalkan anak mereka selepas dilahirkan.Lebih teruk lagi. di sebalik kegemilangan ini. Persoalannya. ada segelintir remaja membunuh dan membakar bayi yang mereka lahirkan semata-mata mahu menghilangkan bukti hasil hubungan sulit mereka. Pada zaman abad ke 21 ini. golongan remaja yang sering terlibat dalam kes pembuangan bayi di Malaysia. Biasanya.Dalam situasi tersebut. masyarakat Malaysia masih dihantui satu penyakit sosial yang sudah lama bersarang dalam kalangan masyarakat Malaysia.

Apabila seseorang remaja perempuan melahirkan anak luar nikah. pada usia muda lagi. 5. remaja tersebut mengambil jalan mudah dengan membuang bayinya ekoran bimbang dipandang jijik dan hina oleh masyarakat. pengaruh rakan sebaya juga menyebabkan masalah kes pembuangan bayi dalam kalangan remaja berlaku. Hal ini kerana.Demi menjaga imej sendiri dan juga keluarga. . sikap masyarakat yang suka mengkritik dan menghukum turut menyebabkan masalah pembuangan bayi ini berlaku. dan sebagainya.Jalan mudah yang diambil mereka membuktikan bahawa mereka memerlukan bimbingan dan sokongan daripada masyarakat untuk menyelesaikan masalah yang mereka alami.3.9 5. sudah pastinya masyarakat setempat menghina dan memandang serong padanya. remaja amat mudah dipengaruhi oleh rakan sebaya mereka. Hal ini menjadi bertambah teruk apabila mereka bergaul dengan rakan sebaya yang negatif dan tidak bermoral. mereka terpaksa membuang bayi mereka demi mengelakkan maruah diri dan keluarga tercemar. melepak.Remaja perempuan berasa tertekan dengan bebanan yang ditanggung seorang diri tanpa sokongan daripada pelbagai pihak. tanpa segan silu melakukan hubungan seks rambang dan akhirnya menemui jalan buntu apabila mendapati bahawa dirinya mengandung. remaja perempuan itu juga pastinya dianggap menjatuhkan maruah keluarganya. Remaja yang terjerumus dalam kancah-kancah negatif tersebut. melakukan pergaulan bebas antara lelaki dan perempuan.3.Dalam keadaan yang terdesak.Secara tidak langsung. Rakan-rakan yang negatif ini tidak teragak-agak mengajak remaja untuk melakukan perkara-perkara di luar batasan agama dan norma masyarakat seperti pergi ke tempat hiburan.2 Pengaruh Rakan Sebaya Selain itu.3 Sikap Masyarakat Di samping itu. menghisap dadah.

Remaja berfikiran bahawa mereka menjadi lebih matang sekiranya mencuba benda yang jarang dilakukan oleh orang lain.3. sesal kemudian tiada gunanya ´. ³ sesal dahulu pendapatan. . mereka gemar mencuba sesuatu yang baru.Biasanya. mereka mestilah berfikiran rasional dan bijak dalam menilai sesuatu perkara supaya tidak menyesal dikemudian hari.4 Sikap Ingin Tahu Remaja Faktor yang terakhir adalah sikap remaja yang ingin mencari sesuatu yang baru atau sikap ingin tahu.Setiap perkara yang dilarang. lebih-lebih lagi seks rambang. itulah yang ingin diterokai oleh mereka.Sebagi remaja yang matang.Sikap ingin tahu tentang sesuatu memang wujud dalam diri remaja.10 5. Sikap remaja yang ingin mencuba sesuatu ini sebenarnya tidak mengetahui baik dan buruknya serta akibat yang bakal diterima mereka. Bak kata pepatah. Mereka juga beranggapan bahawa diwaktu usia remajalah mereka patut berseronok dan bergembira sehingga melakukan perkara seperti seks bebas ini.

Sebagai contoh.Bayi-bayi ini juga terpaksa memikul gelaran anak luar nikah sepanjang hidup mereka walaupun mereka menjadi mangsa keadaan dalam masalah ini. Apa yang lebih teruk lagi. bayi juga menjadi bebanan kepada pasangan-pasangan kekasih yang telah terlanjur dan tidak bersedia untuk memikul tanggungjawab di usia yang masih mentah. baru-baru ini di Melaka.4. mereka dibuang tempat-tempat yang terpencil dan jauh daripada pandangan masyarakat sehingga menyebabkan bayi-bayi yang tidak berdosa ini meninggal dunia.Kesan-kesan pembuangan bayi boleh diklasifikasikan kepada beberapa bahagian seperti kesan kepada bayi. bayi-bayi ini masih kecil lagi dan tidak mengerti apa yang sedang berlaku kepada mereka. 5.Mengikut sumber dari pengarang utusan Malaysia. memainkan peranan yng besar dalam pembangunan negara. bayi tersebut adalah anak kepada pasangan remaja yang baru berusia 15 dan 19 tahun. Pembuangan bayi dalam kalangan remaja di Malaysia pada hari ini telah memberi kesan dan impak yang begitu besar dalam masyarakat. ibu yang melahirkan.Siasatan polis . yakni usia remaja.Remaja merupakan aset utama dan penting negara pada masa hadapan. kesan kepada masyarakat dan juga kesan kepada negara itu sendiri. Batu Berendam. semua bayi ini hidup tidak mengenali dan mendapat kasih sayang daripada ibu bapa kandung mereka. Rizanizam Abdul Hamid (2010). seorang bayi lelaki dijumpai mati dalam keadaan yang sungguh menyayat hati. keluarga remaja perempuan yang terlibat dalam pembuangan bayi.Apa yang lebih mengejutkan lagi.4 Kesan-kesan masalah pembuangan bayi dalam kalangan remaja di Malaysia. bayi-bayi telah menjadi mangsa dan kesannya.1 Kesan kepada Bayi Bayi merupakan anugerah Tuhan yang paling berharga kepada pasangan suami isteri tetapi. Akibat daripada hilangnya sifat kemanusiaan dalam diri.Tambahan lagi. mayat bayi itu ditanam berhampiran Sungai Melaka selepas dikatakan meninggal dunia di Taman Melaka Baru. Kesan jangka panjang dan jangka pendek pasti berlaku seandainya remaja pada hari ini tidak tahu cara terbaik untuk membentuk dan memuliakan akhlak mereka.11 5.

ibu bapa berasa malu mempunyai anak yang sebegitu rupa tingkah lakunya. dan juga kehilangan darah yang banyak. hilang keyakinan diri.Mereka menganggap anak seperti ini telah menconteng arang ke muka mereka. 5.4.Tanpa persediaan yang rapi.Hal ini akibat daripada perbuatan mereka sendiri yang sememangnya salah dari segi undang-undang.12 mendapati bayi lelaki yang cukup sifat itu masih hidup ketika dilahirkan selain terdapat beberapa kesan lebam di bahagian kepala. dan juga masalah emosi.Hal ini kerana. Ibu bapa remaja yang terlibat dengan perbuatan yang tidak bermoral ini bergaduh dan menyalahkan sesama sendiri kerana tidak pandai mendidik dan memelihara anak sehingga anak-anak yang lain terpaksa menanggung akibatnya. akibat daripada pembuangan bayi juga. keharmoniaan dalam kekeluargaan juga turut terkena tempiasnya. Sebagai ibu . kecederaan semasa melahirkan anak.Kejadian seperti ini cukup jelas membuktikan betapa kejamnya insan yang bergelar remaja yang tidak tahu menghargai pemberian dari Tuhan.4. pesalah ini pastinya mengalami jangkitan kuman yang serius.Apa yang mereka bimbangkan adalah jiran sekeliling mereka yang pastinya memandang serong dan negatif dengan keluarga mereka. pesalah juga sudah semestinya mengalami pelbagai masalah dalam diri seperti kemurungan. mereka melahirkan anak dengan menggunakan kudrat sendiri tanpa pertolongan daripada pihak hospital dan pihak lain. 5. agama.Hal ini disebabkan. mereka tidak berada dalam keadaan dan situasi yang selesa dan mengizinkan. Selain itu. berlakunya keruntuhan institusi kekeluargaan.2 Kesan kepada Ibu Bayi Kesan yang kedua pula adalah kesan kepada ibu bayi berkenaan atau lebih tepat lagi pesalah.Apabila institusi sesebuah keluarga itu runtuh.3 Kesan kepada Institusi Kekeluargaan Di samping itu.Majoritinya. masalah penceraian berlaku.Disebabkan masalah pembuangan bayi juga. sewaktu pesalah melahirkan anak. dan negara.

Antara kesan yang pastinya berlaku ialah kerancakan pembangunan terbantut serta ekonomi negara sukar untuk berkembang disebabkan wujudnya gejala sosial ini. 5.Kes pembuangan bayi yang berlaku telah menjejaskan imej masyarakat sekeliling. Sudah semestinya remaja dipersalahkan dalam kes ini kerana biasanya. Pada masa yang sama. bayi yang dijumpai biasanya ditempatkan di rumah kebajikan masyarakat sebagai penempatan sementara.4. Mereka pastinya berasa malu dan kecewa dengan apa yang berlaku. rosak susu sebelanga´. ibu bapa bayi tersebut dicari dan sekiranya tidak menjumpai.4.4 Kesan kepada Masyarakat Kesan yang seterusnya adalah kepada masyarakat.Masyarakat telah menerima akibatnya hasil daripada kegiatan tidak bermoral ini dan secara tidak langsung telah menimbulkan persepsi orang luar tentang kredibiliti masyarakat setempat dalam membendung kes-kes seperti daripada berlaku.Secara eroninya.13 bapa.Hal ini kerana.³Kerana nila setitik. remaja merupakan golongan terbesar melibatkan diri dalam kegiatan ini. Perkara seperti ini pastinya membebankan pihak kerajaan dan pihak yang berkaitan dari segi kewangan. 5. rumah kebajikan masyarakat pastinya menjadi penempatan kekal mereka. janganlah terus menyalahkan anak-anak mereka tetapi membantu dengan memberi sokongan dan panduan untuk meneruskan hidup. .Tambahan lagi.5 Kesan kepada Negara Tidak dapat dinafikan juga pembuangan bayi memberi kesan yang sangat besar kepada negara.Peribahasa ini bertepatan sekali dengan situasi yang berlaku ini. jatuh dan bangun sesebuah negara itu bergantung sepenuhnya kepada akhlak remaja atau generasi pada waktu sekarang. perbelanjaan kerajaan turut meningkat untuk menampung bayi yang diletakkan di rumah kebajikan masyarakat.

para ibu bapa seharusnya memberi perhatian.Malah haiwan lebih baik daripada itu kerana mengasihani dan memelihara anak dan sanggup mati demi keselamatan dan nyawa anakanak. kasih sayang dan bimbingan yang penuh kepada anak-anak mereka lebihlebih lagi pada peringkat remaja.Langkah yang lebih berkesan perlu diambil oleh semua pihak untuk membendung gejala sosial itu agar tidak ada lagi anak-anak luar nikah yang dilahirkan terbiar dan tidak mendapat kasih sayang yang sewajarnya.14 6.1. Perbuatan membuang bayi di merata-rata tempat adalah satu jenayah yang amat zalim dan keji serta lebih hina tarafnya daripada haiwan.1 Langkah-langkah mengatasi masalah pembuangan bayi dalam kalangan remaja di Malaysia.0 CADANGAN 6. Sekiranya ibu bapa kurang atau tidak memberi kasih sayang yang secukupnya maka anak-anak akan mencari kasih sayang tersebut dari orang lain seperti rakan sebaya. keperluan peringkat kendiri. 6. ibu bapa mestilah memainkan .Berdasarkan teori ini kasih sayang diletakkan pada peringkat ketiga di mana memberi gambaran bahawa penghargaan dan kasih sayang sangat penting kepada manusia lebih-lebih lagi diperingkat remaja.1 Peranan Ibu Bapa Bagi mengatasi masalah ini dari terus berpanjangan.Inilah kesannya apabila rohani seseorang tidak diisi dengan ajaran agama.Ini bertepatan dengan teori motivasi Maslow (1954) yang menyatakan teori motivasi melalui hirarki keperluan. Oleh itu.Manusia perlu memenuhi keperluan peringkat asas atau keperluan hayat atau fisiologi terlebih dahulu sebelum timbul keperluan peringkat berikutnya iaitu keperluan keselamatan. Peringkat yang terakhir adalah sempurna kendiri.Seterusnya. keperluan kasih sayang dan diikuti pada peringkat berikutnya.Ini termasuklah keinginan kasih sayang dari ibu bapa atau rakan sebaya dalam kumpulannya.

danberusaha melaksanakan pelbagai pendekatan. merancang dan melaksanakan segala programdan aktiviti tindakan berhubung dengan pendidikan pencegahan masalah sosial diperingkat sekolah. pihak pentadbiran sekolah perlu mewujudkan Sekolah Bebas Gejala Sosial dengan mengadakan pendidikan secarakomprehensif melalui kurikulum dan ko-kurikulum di sekolah/IPT. dan sebagainya. Kementerian Pelajaran telahdiberi tanggungjawab bagi mengenalpasti.Bagi mencapai hasrat diatas. semua pihak perlu memberikan komitmen.latihan guru dan penglibatan ibubapa.1. pergaulan bebas. kerjasama. Menurut pandangan Karen Yong (2006). 6. menyediakan alternatif-alternatif berfaedah yang dapat mencegah daripada terlibat dengan gejala sosial danmewujudkan suasana sekitar yang menjadikan masalah sosial itu dibenci dan jijik (Khoo Kay Kim dan Alias Mohammed 1937). Institusi Latihan Guru dan IPT untuk mewujudkan pemikirangenerasi muda supaya menjauhi gejala sosial.15 peranan yang penting dalam membentuk sahsiah diri anak-anak mereka supaya tidak terjerumus ke lembah maksiat seperti seks rambang.2 Peranan Sekolah Selain itu. pihak sekolah juga memainkan peranan dalam mencorak sahsiah peribadi remaja daripada terjebak dengan gejala ini. intervensi. . Pendidikan ini adalah elemen penting dalamstrategi pencegahan dan sekolah merupakan institusi penting bagi melahirkanmasyarakat Malaysia yang bebas dari gejala sosial. dalam penulisannya yang bertajuk µ masalah sosial tiada penghujungnya ¶.

Di samping itu.Semuapihak digesa agar turut serta dalam memberi bimbingan dan bantuan kepada kaum lelaki dalamusaha mendidik golongan tersebut untuk tidak mengambil kesempatan terhadap wanita.1.0 RUMUSAN .1. keluarga dan masyarakat di satu-satu kawasan perlu bekerjasama dan mempunyai peranan dalam pencegahan gejala ini dan memastikan kawasan mereka bersih daripada gejala sosial ini. mereka juga perlu merangsang penglibatan seluruh masyarakat setempat dalam usaha memerangi masalah pembuangan bayi yang semakin meruncing ini.4 Bantuan kepada ibu-ibu yang hamil luar nikah Akhir sekali.16 6.Hal ini penting bagi menjamin kesihatan si ibu dan juga anak yang bakal dilahirkan.Sehubungan dengan itu.Setiap individu. Walaupun gejala ini bermula dengan masalah individu tetapi jika tidak dibendung ianya akan memberi kesan yang mendalam kepada keseluruhan masyarakat sekitarnya. 7.3 Pencegahan sebelum berlaku Pencegahan merupakan strategi jangka panjang yang bertujuan mencegah seseorang daripada terlibat dengan gejala yang tidak sihat seperti pergaulan bebas lelaki dan perempuan. Masalah pembuangan bayi boleh diklasifikasikan sebagai salah satu jenayah yang paling kritikal di Malaysia.Sekiranya penjagaan rapi dibuat. semua pihak mestilah bekerjasama dalam mewujudkan kesedaran tentang kesan dan bahaya pembuangan bayi.Strategi jangka panjang ini juga untukmewujudkan kesedaran kepada semua lapisan masyarakat bahawa pergaulan bebas membawa mudarat kepada diri. dan sebagainya. 6. anak-anak remaja yang hamil luar nikah mestilah dibantu bagimenjalani pemulihan yang bukan sahaja menyediakan bantuan menjaga ketika merekahamil tetapi yang paling utama ialah membina kekuatan dalaman serta rohaniah. gejala pembuangan bayi mungkin dapat dikurangkan walaupun tidak sepenuhnya. keluarga dan masyarakat.Pemimpin-pemimpin masyarakat setempat juga perlu tampil ke hadapan bagi membantu kerajaan dalam melaksanakan program-program seperti pencegahan pergaulan bebas di kawasan mereka.

melihat kepada kesan-kesan yang dikaji.17 Setelah meneliti dan mengkaji tentang permasalahan pembuangan bayi dalam kalangan remaja di Malaysia ini. dan sikap remaja yang suka mencuba sesuatu yang baru.Penulis yakin dengan langkah-langkah yang diperolehi ini mampu mengurangkan masalah pembuangan bayi dalam kalangan remaja ini. kesan kepada ibu yang melahirkan. Antara kesan-kesan pembuangan bayi dalam kalangan remaja adalah seperti kesan kepada bayi yang dibuang. pencegahan yang dilakukan sebelum berlaku apa-apa yang tidak diingini. kesan-kesan daripada permasalahan ini juga patut dititikberatkan. kesan kepada masyarakat dan juga kesan kepada negara itu. dan langkah-langkah mengatasi. 8. Antara punca-punca masalah pembuangan bayi dalam kalangan remaja adalah kurangnya didikan agama dalam diri. semua pihakperlulah berganding bahu dalam membendung gejala sosial itu agar tidak ada lagi anak-anak luar nikah yang dilahirkan terbiar dan tidak mendapat kasih sayang yang sewajarnya. Semua punca ini membuktikan betapa ampuhnya jati diri seseorang dalam meneruskan kehidupan yang penuh cabaran ini.0 PENUTUP . pastinya negara Malaysia tidak mampu untuk terus bersaing dengan negara laindisebabkan golongan remaja terus hanyut dengan masalah sosial ini. penulis telah berjaya mencari langkah-langkah terbaik bagi mengatasi masalah pembuangan bayi ini. dan memberi bantuan kepada remaja perempuan yang hamil luar nikah. Walaubagaimanapun. peranan sekolah. Hal ini kerana. Selain itu. Kesan jangka panjang dan jangka pendek pasti berlaku sekiranya remaja pada hari ini tidak tahu cara untuk membentuk dan memuliakan akhlak mereka sendiri. sikap masyarakat yang sukamengkritik dan menghukum individu yang terlibat tanpa usul periksa. terpengaruh dengan rakan sebaya yang mempunyai moral yang negatif. kesan-kesan daripada masalah.Antara langkah-langkahnya adalah peranan ibubapa itu sendiri. kesan kepada institusi kekeluargaan.Justeru itu. penulis mendapati terdapat banyak aspek yang boleh dikaitkan dengan masalah ini seperti punca-punca masalah.

Remaja adalah kumpulan masyarakat yang bakal mencorakkan masa depan negara. 9. ia sedikit sebanyak dapat mengurangkan masalahini daripada terus menjadi satu penyakit berbahaya di negara Malaysia ini.Tindakan untuk mengawalnya sudah sampai ke tahap yang dianggap terdesak. forum atau seminar sahaja.Namun demikian.Justeru itu. Meskipun ada cadangan mengenai cara untuk mengatasi masalah ini. bulat manusia kerana muafakat ´. namun.18 Melihat kepada permasalahan dan gejala pembuangan bayi yang melanda remaja pada hari ini sememangnya amat mencemaskan. Mereka adalah aset kekayaan semulajadi yang bakal memegang peranan penting dalam politik.Dengan usaha-usaha yang dilakukansecara bersama dan menyeluruh ini. Bak kata pepatah. masalah akhlak di kalangan remaja adalah salah satu daripada ancaman kepada sumber tenaga manusia yang merugikan negara dalam jangka masa panjang. Pihak atasan seperti badan-badan kerajaan dan bukan kerajaanjuga perlu lebih peka dan menganjurkan pelbagai ceramah atau motivasi kepadaremaja supaya mereka mendapat lebih informasi tentang gejala ini dan sedar mengenaikesan dan bahaya daripada perbuatan tidak bermoral itu. tindakan untuk membendung masalah tidak lagi berfokus. ³ bulat air kerana pembetung. Tiadasiapa patut menuding jari pada pihak yang lain. Memang ada program yang dirangka untuk remaja tetapi ianya tidak memberi kesan yang sepenuhnya. ekonomi dan kemasyarakatan di negara ini. kerana setiap daripada kita adalahmerupakan ahli masyarakat. Walaupun sudah banyak kajian yang dilakukan oleh pelbagai pihak mengenai sikap dan tingkahlaku remaja tetapi kajiannya lebih bersifat tujuan akademik dan tertumpu kepada punca masalah dan biasanya bersifat umum sahaja.0 RUJUKAN . setiap warga masyarakat tanpa mengira kaum haruslah bersatupadu menggembleng tenaga mencegah dan membanteras supaya penyakit sosial ini tidakmenular dengan lebih serius.Di sebabkan terlalu banyak punca yang berlaku. semuanya berakhir di meja perbincangan. Pertaruhannya adalah masa depan negara dan generasi Malaysia.

Surah Al-Israa¶ 17 : 32. Cheras. 17 Mei: 17. 2005. Remaja Tanam Bayi. 2010. Masalah Sosial Dan Hubungannya Dengan Didikan Agama. http://pengguguranbayi. Kuala Lumpur : Darulfikir. 2010. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka. Masalah Sosial Tiada Penghujungnya. Cetakan Kedua Belas. 2001. Masalah Sosial Dan Politik Di Malaysia. Karen. http://www. Kuala Lumpur : Dinie.net/HafiziGhazali/isi-isi-penting-masalah-pembuangan-bayi . 1945. Utusan Malaysia. Khoo Kay Kim dan Alias Mohammed. Amran Kasimin. Koleksi Berita Buang Bayi: Remaja Tanam Bayi. 2006. Edisi baru. 2007. http://inijalanku. 1937. Selangor: Penerbitan Premier. Rizanizam Abdul Hamid.wordpress. Pengguguran dan Pembuangan Bayi: Definisi pembuangan bayi.com/[ 19 Mei 2010 ] Kamus Dewan Edisi 4. Kuala Lumpur: Gateway.slideshare. Yong.blogspot.19 Abdul Halim Abdullah. Anitayahya.com/berita-baru/mayat-bayi-ditemui/[ 20 Mei 2010 ] Al-Quran.

Sign up to vote on this title
UsefulNot useful