You are on page 1of 5

SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN KEPONG BARU

JALAN HELANG, KUALA LUMPUR

MINIT MESYUARAT PUSAT SUMBER BIL 2/ TAHUN 2019

Tarikh : 09 Mei 2019 ( Khamis )

Masa : 2.00 Petang

Tempat : Bilik Mesyuarat Seri Mutiara

Pengerusi : Puan Teoh Chui Lim

Kehadiran:

1. Puan Juliana binti Zulkifli


2. Puan Teoh Chui Lim – Pengetua
3. Puan Nor Waja binti Nordin – Penolong Kanan Pentadbiran
4. En. Lim Song Nam – Penolong Kanan HEM
5. Pn. Kamaliah Binti Saad – Penolong Kanan Kokurikulum
6. Puan Tan Siew Choo - Penolong Kanan Petang
7. Puan See Ko Nee - Guru Kanan Bahasa
8. Puan Zaireen Binti Hassan – Guru Kanan Teknik dan Vokasional
9. Puan Stella Rethinawathi A/P Vedamanikkam – Guru Kanan Kemanusiaan
10. Puan Ooi Saw Ngoh – Guru Kanan Sains dan Matematik
11. Encik Syed Ikhmal Al-Gadrie bin Syed Alias
12. Cik Fatihah Binti Nazri
13. Cik Haryani binti Rozali
14. Encik Mohd Asrul Fadli Bin Ahmad Fuade
15. Puan Norhayati Binti Mohd Noor
16. Puan Noor Jannah Binti Juhari
17. Puan Marizam Binti Mohammed Yusoff
18. Cik Hoh Swee Ching
19. Puan Mahani
Tidak hadir bersebab :
1. Pn Roselizah Binti Son

1.0 PERUTUSAN PENGERUSI


1.1 Pengerusi mengucapkan terima kasih kepada semua guru yang hadir ke
Mesyuarat Pusat Sumber kali kedua tahun 2019.
Tindakan: Makluman

2.0 PENGESAHAN MINIT MESYUARAT


2.1 Minit mesyuarat lalu telah disahkan oleh Puan Mahani dan disokong oleh Cik Hoh
Swee Ching.
Tindakan: Makluman

3.0 PERKARA BERBANGKIT


3.1 Puan Teoh memaklumkan bahawa pembentukan jawatankuasa galeri ada kaitan
dengan pusat sumber sekolah. Bilik galeri melibatkan pusat sumber, ICT, majalah
dan program-program sekolah boleh diletakkan di bilik galeri. Penghargaan
terhadap bidang sejarah maka jawatankuasa dibentuk untuk memajukan galeri
sekolah.
Tindakan: Makluman
3.2 Puan Teoh memaklumkan bahawa ruang sudut yang masih kosong memerlukan
peruntukan untuk dibaikpulih dan dihias.
3.2.1 Puan Teoh menambah, laluan ilmu di setiap bangunan boleh diselitkan
mural dan informasi.
Tindakan: Guru Pusat Sumber
3.2.2 Puan Teoh menyatakan bahawa Encik Syed Ikhmal ingin menambah
informasi di tangga berkaitan dadah, PPDA dan carta organisasi di tangga
utama perlu diperbaiki. Puan Teoh juga meminta agar menanggalkan papan
kenyataan dan menggantung maklumat berkaitan PPDA.
Tindakan : Puan Roselizah dan En. Syed Ikhmal
4.0 Analisis(Nadi Ilmu Amalan Membaca) NILAM
4.1 Puan Juliyana memaklumkan bahawa pihak pusat sumber telah mengutip dan
memulangkan buku NILAM kepada murid.
4.1.1 Puan Juliyana memaklumkan bahawa kaedah kutipan dan pengiraan
NILAM juga diteruskan seperti yang telah dirancangkan.
4.1.2 Puan Juliyana memaklumkan data kutipan NILAM kali pertama juga
meningkat berbanding tahun lalu.
4.1.3 Puan Juliyana mengatakan bahawa buku NILAM akan dikutip tiga kali
pada tahun ini iaitu pada bulan Mac, Mei dan September. Penambahbaikan
dari segi tempoh kutipan NILAM juga telah dibuat dengan melantik ajk
NILAM bagi setiap kelas untuk meningkatkan kecekapan pengurusan
kiraan jumlah bahan bacaan murid di samping dapat memendekkan
tempoh kiraan jumlah bahan bacaan.
4.1.4 Bagi analisis rekod bacaan NILAM untuk kutipan pertama, Devatarshine
dari kelas 1B dan Nur Amirah Abd Rafi dari kelas 2A menunjukkan jumlah
bacaan tertinggi.
4.1.5 Puan Nor Waja meminta senarai nama murid dengan jumlah bacaan kosong
diserahkan pada guru mata pelajaran bahasa kelas masing-masing dan juga
guru tingkatan.

5.0 Cadangan Aktiviti Tahunan PSS

5.1 Puan Teoh Chui Lim meminta jawatankuasa yang bertanggungjawab agar
menceriakan dan menambah baik papan kenyataan di setiap laluan blok.
Tindakan: AJK papan kenyataan
5.2 Puan Juliyana memaklumkan bahawa segala peminjaman peralatan pusat sumber
perlu direkodkan untuk pemantauan.
Tindakan : Guru mata pelajaran
5.3 Puan Teoh Chui Lim mencadangkan Puan Salmiah membeli LCD projektor untuk
diletakkan di bilik tayangan dengan anggaran belanjawan RM2000 dan meminta
agar dibincangkan di dalam mesyuarat panitia.
Tindakan : Puan Salmiah
5.4 Puan Teoh Chui Lim mencadangkan Puan Maple menguruskan duit sumbangan
exhibition untuk membeli LCD projektor dan diletakkan di pusat sumber, bilik
UBK dan juga bilik seni.
Tindakan : Puan Maple
5.5 Puan Juliyana memaklumkan Program galakan membaca boleh dilaksanakan
melalui Program Masa Itu Emas, NILAM, Minggu Pusat Sumber, Kem Membaca
Malaysia dan Laluan Ilmu. Setiap unit kelab dan persatuan diminta mencari sudut
untuk mewujudkan laluan ilmu.
Tindakan: Guru Kelab dan Persatuan
5.6 Puan Teoh meminta agar AJK Landskap dibentuk bagi setiap unit beruniform dan
melantik murid yang mempunyai kemahiran dan kecekapan untuk menjaga setiap
sudut yang dipilih.
Tindakan: Guru Unit Beruniform
5.7 Puan Juliyana mencadangkan bersama panitia Pendidikan Seni Visual untuk
melaksanakan dan membentuk “snake game” di laluan bersebelahan kedai buku.
Tindakan: Puan Juliyana

6.0 Hal-Hal Lain

6.1 Puan Juliyana memaklumkan bahawa Encik Syed Ikhmal akan melaksanakan PA
Sistem bergerak dan sedang dalam usaha pelaksanaan termasuk yang boleh
membekalkan “power suply” di astaka dan foyer.

6.2 Puan Nor Waja meminta agar kertas kerja dibuat untuk dimasukkan dalam
mesyuarat PIBG dan meminta Encik Syed Ikhmal membuat kertas kerja untuk
dibekalkan PA Sistem di dewan.

8.0 Rumusan Pengerusi

8.1 Puan Teoh mengucapkan jutaan terima kasih kepada semua yang hadir dalam
mesyuarat kali ini dan mengumumkan penangguhan mesyuarat pada jam 3.30
petang.
Disediakan oleh:

..............................
(HARYANI BINTI ROZALI)
Setiausaha Pusat Sumber
Tarikh: 011 MEI 2019